SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Kemahiran-kemahiran Kaunseling yang Penting
Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu
menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling
membantu. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika
berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.
Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina
perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran
penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran
memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan
minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran
membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,
kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan
teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran
meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.
Selain itu juga, kemahiran-kemahiran yang penting dalam kaunseling juga ialah
kesedaran silang budaya, penilaian kaunseling, penyelesaian masalah dan temubual
motivational.
1. Kesedaran silang budaya
Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya sebagai “sikap, nilai, kepercayaan dan tingkahlaku
yang dimiliki oleh sekelompok manusia. Manakala, menurut Ogbu (1990) kebudayaanadalah satu
pemahaman manusia secara keseluruhan kepada sosial, fizikal atau kedua-duanyasekali. Kamus
Dewan (2005) menyifatkan budaya adalah “kemajuan fikiran, akal budi (caraberfikir) berkelakuan
dan sebagainya”. Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsepmenyeluruh yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan
lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Setiap negara mempunyai pelbagai etnik, setiap etnik mempunyaipelbagai kepercayaan,pegangan
agama dan juga budaya. Budaya merupakan sesuatu yang bolehdipelajari, ia tidak lahir dengan
sendiri.
Setiap manusia belajar bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orangyang
lebih tua dan lain-lain. Budaya juga boleh diwarisi, yang mana ia boleh diperturunkan daripada satu
generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Contohnya; budaya dan adat orang melayu, cina atau
india adalah merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu. Selain itu,budaya sesuatu etnik
juga boleh dikongsi kepada etnik-etnik yang lain dan ia juga boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian
zaman, masa dan tempat. Setiap manusia seharusnya menghormati budaya etnik-etnik tersebut. Silang
budaya akan terwujud apabila terdapat individu daripada berlainan budaya di sesuatu tempat
atau situasi. Masalah akan timbul sekiranya individu berlainan budaya ini tidak memahami
dan menghormati budaya etnik yang lain. Justeru itu, kaunselor memainkan peranan untuk
memahami silang budaya tersebut dan sekaligus
Pelbagai budaya memastikan isu silang budaya akan dapat diselesaikan secara aman
dan harmoni. Secara lazimnya, adalah sangat mustahak kepada kaunselor untuk memahami
sesuatu budaya itu terlebih dahulu sebelum menyelesaikan isu silang budaya. Seorang
kaunselor yang mengendalikan isu silang budaya haruslah keluar daripada sifat atau cara tradisional
yang wujud dalam diri mereka. Mereka seharusnya memberi penumpuan kepada isu-isu yang
melibatkan budaya dan keluarga dan sewajarnya dilatih untuk memahami budaya masyarakat yang
berbeza.
Pelbagai pandangan telah diberikan oleh kaunselor dan individu tentang jalan
penyelesaian isu silang budaya ini. Antaranya ialah penggunaan satu teknik atau teori universal yang
boleh diaplikasikan oleh semua ahli terapi. Sistem universal yang telah dikenalpasti adalahTeori
Pemusatan Insan oleh Carl Rogers. Perkara utama yang dititik beratkan ialah menghormati klien.
Teori ini mengambil kira tentang kepercayaan terhadap klien yang mampu mengubah dirinya dengan
mengambil tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan benar. Empati
juga merupakan komponen utama yang perlu dimainkan oleh kaunselor dalam mengendalikan isu
silang budaya ini. Kaunselor yang berempati akan berupaya memasukidan memahami dunia klien dan
kepercayaan serta budaya mereka. Namun, sekiranya perasaan empati tiada dalam diri kaunselor,
maka agak sukar untuk klien meluahkan serta berkongsi pendapat serta masalah dengan kaunselor,
maka, sesi penerokaan akan terbantut dan matlamat tidak tercapai.Selain itu, komunikasi juga
merupakan antara komponen terpenting dalam kehidupan. Majoriti masalah yang terwujud
adalah disebabkan oleh masalah komunikasi yang timbul dikalangan manusia. Masalah
komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk bersedia dari segi mental dan
fizikal serta komunikasi apabila berhadapan dengan klien kelak. Menurut Sue, 1989; Sue & Sue ,
1990 memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam menjalani
sesi kaunseling silang budaya. Apabila kaunselor mempraktikkan komunikasi yang baik dan positif,
maka ia akan memudahkan proses kaunseling itu berlaku. Klien juga akan lebih bersikap terbuka dan
dapat menilai dirinya sendiri apabila diteroka oleh kaunselor yang mempraktikkan kemahiran-
kemahiran kaunseling yang efektif seperti penerimaan tanpa syarat, serta membantu klien
berkembang dengan sendiri. Penstrukturan juga sangat penting dalam proses kaunseling. Ini akan
terjadi apabila klien yang datang dari budaya yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri dan
dengan cara mengingatkan peranan yang dimainkan akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri.
Proses ini dapat membantu klien daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih focus
kepada isu yang dibincangkan dan ianya akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan
sistematik. Rasionalnya, gabungan teori dan kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam
memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori yang
belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan perbezaan yang wujud dalam diri setiap klien.
Kaunselor yang efektif haruslah memahami peranan sesuatu budaya di dalam
kehidupannya dan juga kehidupan kliennya. Hoare (1991) menyatakan bahawa identiti seseorang
individu itu tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh realiti budaya yang dilaluinya dan harus
objektif di dalam memahami identiti budaya individu lain. Menurut beliau lagi, budaya
memainkan peranan yang sangat penting di dalam perkembangan identiti seseorang individu dan
kaunselor harus bijak memahami kesan atau implikasi sesuatu budaya ke atas kehidupan
manusia.
Othman Wherly (1995) mengatakan bahawa “ Kaunselor Malaysia seringkali dipanggil untuk
mengendalikan klien daripada pelbagai budaya, etnik, agama dan latar belakang sosioekonomi.
Sensitiviti kepada kepelbagaian populasi ini merupakan aset terbesar kepada kaunselor dan para
penolong professional. Kaunseling pada ketika itu merupakan perkhidmatan yang baru, dan tiada
kaunselor wujud pada tahun 1965 di Malaysia. Kepelbagaian etnik budaya di dalam masyarakat, akan
menyebabkan kaunselor yang memahami pelbagai fokus budayadiperlukan
Terdapat juga halangan yang wujud dalam kemahiran kaunseling tentang kemahiran silang
budaya iaitu sekiranya seseorang kaunselor tidak dapat menguasai budaya klien, akan timbul beberapa
isu antaranya ialah Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu
daripada latar budaya yang pelbagai.
(i) Bahasa atau mesej lisan
Perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi. Seringkali
pula berlaku salah faham dan kekeliruan yang menimbulkan masalah. Penggunaan suatu bahasa
global yang diketahui ramai mungkin membantu tetapi masih terhad sekiranya tahap penguasaan
bahasa Inggeris antara komunikator jauh berbeza.
(ii) Bahasa atau mesej bukan lisan
Terdapat budaya bangsa tertentu yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu
sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya bangsa yang lain. Dalam
amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara
menghormati tetamu. Masyarakat di Timur khususnya di Jepun, kurang menggunakan sentuhan
terutamanya antara lelaki dan wanita. Malah, pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan
kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza
pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata
beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
(iii) Kesan etnosentrisme
Etnosentrisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik
berbanding bangsa lain. Ketaksuban sebegini boleh menghalang komunikasi yang positif kerana telah
wujud pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain. Selain itu, individu yang
etnosentrik akan cenderung bersifat angkuh dan tidak ragu-ragu memperkecilkan suatu kelompok
masyarakat yang lain. Ini sudah tentu tidak dapat membantu menghasilkan satu komunikasi silang
budaya yang berkesan.
(iv) Stereotaip
Stereotaip adalah kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap
sebilangan kecil kelompok suatu bangsa. Di Malaysia, wujud stereotaip bahawa orang Melayu
pemalas, orang Cina tamak dan orang India suka memutarbelitkan fakta. Stereotaip menyediakan
tafsiran psikologi yang negatif apabila berhadapan dengan bangsa yang berbeza.
(v) Norma, resam dan tuntutan moral
Norma adalah panduan menjalankan kehidupan yang diterima secara konvensional oleh
segenap masyarakat. Kegiatan yang melanggari norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan
hukuman undang-undang yang berat dan juga didiskriminasikan oleh masyarakat setempat. Tingkah
laku yang berasaskan adat resam juga suatu yang diterima oleh segenap pengamal amalan tersebut
khususnya bagi satu-satu bangsa. Perbuatan yang menyimpang dari adat resam yang diamalkan
dianggap tidak menghormati amalan tradisi suatu bangsa. Sama juga halnya dengan tuntutan moral.
Setiap agama amat menitikberatkan pegangan moral penganutnya. Terdapat garis panduan yang jelas
tentang apa yang dianggap bermoral dan apa yang dianggap tidak bermoral. Justeru melanggari
tuntutan sedemikian, akan dengan mudah dilabel sebagai tidak bermoral. Setiap aspek budaya ini
sekiranya diabaikan akan menyebabkan kedudukan sosial seseorang individu tergugat selain halangan
terhadap komunikasi yang berkesan.
(vi) Sikap kaunselor
‘To know where you are going, you must understand where come from.” Kata-kata ini dipetik
daripada E.F Sherida iaitu The World of Culture President. Daripada petikan diatas jelas
menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk seseorang kaunselor itu memahami siapak dirinya
sebelum mengenali kliennya yang berlainan budaya darinya. Sebagai kaunselor yang menjalankan
sesi silang budaya, adalah perlu untuk dia bukan sahaja mengetahui malah memahami asl-usul.
Perkara seperti agama, etnik, tradisi dan pantang larang yang berlegar di sekeliling dirinya perlu
disedari supaya tidak menjejaskan sesi yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyedari nilai
budaya yang dipegangnya dan bagaimana dia sendiri melihat sesuatu budaya itu daripada sudut
pandangannya kemudian barulah memahami budaya kliennya. Ini penting jika kaunselor sendiri gagal
menyedari wujudnya perbezaan dan persamaan budaya dia dengan kliennya, pasti ada halangan dalam
menjalankan sesi. Untuk itu, apapun perbezaan yang timbul dari aspek budaya kaunselor harus bijak
menselesakan dirinya semasa menjalankan sesi. Ini secara tidak langsung menjadi satu prinsip
kaunseling adalah percaya setiap manusia itu unik dan berpotensi untuk berkembang. Jadi, apapun
budaya yang diamalkan oleh klien, kaunselor harus menerima tanpa syarat dan tidak perlu memaksa
diri jika rasa tidak pasti.
(vii) Pengetahuan kaunseling
Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang kaunseloritu sebenarnya antara satu factor yang
mempengaruhi perjalanan sesi kaunseling silang budaya dan apa-apa jenis sesi sekalipun.
Pengetahuan kaunseling tidak terhad dalam memahami teori-teori tertentu sahaja. Ini kerana di dalam
kaunseling silang budaya, kaunselor perlulah memperkembangkan lagi pengetahuan mengenai
budaya-budaya lain. Hal ini akan lebih membantu kaunselor untuk memahami kliennya. Pengetahuan
kaunselor terhadap kliennya juga penting smasa penerokaan adalah perlu untuk kaunselor mengetahui
sejarah, pengalaman, amalan tradisi, nilai kebudayaan yang dipegang oleh kliennya.
(viii) Kemahiran kaunselor
Dalam kaunseling silang budaya, penekanan terhadap empeti adalah penting. Kaunselor perlu
tahu memahami secara lisan dan bukan lisan. Biasanya isu yang timbul dalam kaunseling silang
budaya adalah laras bahasa yang digunakan dalam sesi. Sekiranya terdapat istilah yang tidak di
fahami kaunselor, dia perlu bertanya kepada klien bagi memastikan apa yang di fahami tentang istilah
tertentu adalah menepati dengan apa yang klien ingin sampaikan. Oleh itu, kemahiran kaunselor
bukan sahaja tentang kemahiran body language kliennya sahaja. Adalah satu kelebihan jika kaunselor
dapat menguasai lebih dari satu bahasa sahaja.
(ix) Kaunselor dan kepompong budaya
Kegagalan kaunselor untuk memahami kepelbagaian budaya dalam sesi silang budaya
disebabkan kaunselor terperangkap dalam kepompong budaya. Kaunselor tidak menyedari akan
wujudnya perbezaan nilai budaya kliennya. Kesannya adalah klien tidak selesa dengan sesi yang
dijalankan. Disini, adalah perlu bagi seseorang kaunselor mengelak streotaip dengan melihat kliennya
berdasarkan dari mana kelompok asal kliennya. Ini perlu dielakkan dan untuk memastikan ini tidak
berlaku nilai keterbukaan dan kejujuran perlu diamalkan oleh seseorang kaunselor itu. Kaunselor
perlu bersikap terbuka dengan apa yang dikongsikan kliennya mengenai budaya atau apa sahaja.
Kaunselor juga perlu jujur dan bersikap telus dengan apa yang difikirkan. Oleh itu, dengan cara ini,
kaunselor dapat mengelak culturally encapsulated yang membawa kesan negative kepada
perhubungan teraputik antara klien dengan kaunselor.
2. Penilaian kaunseling
Penilaian dalam sesi kaunseling adalah satu elemen yang sangat penting dalam menjayakan
sesi kaunseling. Penilaian ini akan membincangkan tujuan dan matlamat penilaian, dan langkah-
langkah dalam penilaian. Selain daripada itu, kaedah kerja rumah dalam menjayakan matlamat
penilaian akan turut dibincangkan dalam babini. Bahagian ini akan juga membincangkan halangan
kerja rumah dalam matlamat penilaian. Penilaian mempunyai dua sebab utama. Sebab pertama ialah
ia boleh menentukan kemajuan klien dan sebab kedua ialah ia boleh membantu kaunselor untuk
mempertingkatkan kemahiran dalam melaksanakan kaunseling di masa hadapan.
Mengikut Young (1992),tujuan penilaian diadakan ialah;-Membantu untuk kenal pasti
penyebab permasalahan / persoalan klien.-Membantu menerangkan / menjangka tingkah laku
matlamat-Membantu klien memahami masalah-Membantu menyediakan data yang berharga.-
Membantu klien melihat kekuatan diri Penilaian dalam kaunseling perlu dilakukan kerana ia dapat
memperbaiki cara kaunselor menggendalikan sesi kaunseling disamping boleh menentukan arah masa
hadapan klien dan menyambung sesi kaunseling pada bila-bila masa yang klien kehendaki. Fokus
penilaian dalam kaunseling adalah atas dasar perubahan tingkah laku. Aspek penting dalam proses
penilaian adalah faktor masa “the matter of timing” iaitu bila penilaian akan dilakukan.
Sebelum proses penilaian, kaunselor perlu meneliti dengan jelas dan spesifik apa matlamat
klien selepas sesi kaunseling dijalankan. Perhatian seperti ini akan memberikan penilaian kepada
objektif yang dibawa oleh klien bersama kaunselor.Walaupun tujuan kaunseling adalah bertujuan
untuk mengubahtingkah laku klien, adalah juga penting kaunselor menilai tingkahlakunya. Tingkah
laku kaunselor merupakan salah satu alat penilaian penting dalam membuktikan perubahan tingkah
laku klien. Dalam menilai tingkah laku klien, kaunselor boleh bertanya soalan-soalan seperti;-Adakah
saya membantu klien mencapai objektif yang ditetapkan-Adakah saya membantu membantu klien
mencapai matlamatsebaik yang boleh.-Apakah yang telah saya pelajari dari sesi kaunseling ini.
Langkah-langkah Dalam Penilaian
Antara langkah-langkah dalam penilaian kaunseling ialah melalui beberapa seperti di bawah;
(i) Percakapan klien
Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan dalam percakapan klien adalah nada suaranya. Selain
dari itu, perhatikan juga sama adaklien bercakap dengan laju atau sebaliknya. Adakah klien bercakap
tanpa mendengar.
(ii) Pakaian klien
Perhatikan jenis pakaian yang dipakai oleh klien. Adakah pakaian klien bersesuaian dengan
keadaan sekeliling.
(iii) Postur
Adakah klien mempunyai postur yang baik dan bersesuaian.
(iv) Ekspresi muka
Ekspresi muka termasuk gerak mata, bibir, mulut dansebagainya. Adakah klien menggunakan
hubungan mata yang baik dan sebagainya.
(v) Pergerakan badan yang lain.
Seringkali klien merasa bimbang semasa sesi terapi. Kelakuan ini ditunjukkan berbagai
perlakuan seperti mengulas-ulas tisu,menggerak-gerakkan kaki
3. Penyelesaian masalah
Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi melancarkan
perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh yang demikian, sebelum seseorang
kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling , mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa
kemahiran asas yang perlu di dalam proses menolong. Di antara kemahiran kemahiran yang
dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memparafrasa, kemahiran
membuat refleksi, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran berempati dan lain- lain. Di bawah ini
akan dihuraikan secara ringkas tentang beberapa kemahiran asas untuk menolong yang dianggap
penting.
Kemahiran penyelesaian masalah merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan berfikir
secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan
kepada masalah baru dan berlainan (KPT, 2006). Kemahiran penyelesaian masalah dalam konteks
kajian adalah elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran penyelesaian masalah seperti yang telah
dinyatakan. Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah
peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. Seseorang mendapatkan kaunseling untuk
membantu mereka dalam bidang seperti memilih kerjaya, hal yang berkaitan dengan emosi,
menghadapi masalah hubungan, dan krisis peribadi. Kebanyakan kaunseling berasaskan perbincangan
antara seorang klien dengan kaunselor terlatih dalam satu suasana yang sulit. Sungguhpun ada
kalanya kaunselor memberi maklumat, seperti keputusan ujian kecerdasan atau maklumat tentang
kerjaya yang berlainan kepada klien mereka, biasanya mereka tidak sesekali mencuba untuk
menyelesaikan masalah bagi pihak klien mereka. Sebaliknya, klien dibantu untuk menjelaskan
pemikiran mereka dan mengenal pasti keperluan mereka supaya mereka dapat mengatasi sendiri
masalah mereka.
(i) Berfikir secar kritis
Konsep kemahiran berfikir ialah sesuatu proses yang dialami dan sesuatu jenis kebolehan atau
kemahiran. Pemikiran merupakan proses menyusun, mempergunakan maklumat dan pengetahuan
menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut pendapat Edward De Bono
(1976), pemikiran merupakan kemahiran yang berkaitan dengan pemikiran lateral. Ianya
membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu
situasi tertentu. Sementara itu, menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang
memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Kesimpulannya, definisi
pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap
sesuatu keraguan atau masalah yang timbul. Permasalahan ini diselesaikan dengan pelbagai cara,
membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses
yang dialami oleh seseorang. Gaya berfikir banyak menentukan sesuatu keputusan dan tindakan
seseorang terhadap sesuatu perkara atau penyelesaian masalah. Manusia mempunyai gaya berfikir
yang berbeza-beza. Terdapat beberapa jenis pemikiran yang akan saya bincangkan bagi membezakan
pemikiran seseorang individu. Antaranya ialah Pemikiran Lateral, Pemikiran Kritis, Pemikiran
Kreatif, dan Pemikiran Reflektif.
Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan daya imaginasi
dan bukan secara logik atau tradisional. Pemikiran Lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward De Bono
yang merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan
corak berfikir lateral setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional.
Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ianya adalah
untuk mencari jalan terpantas dan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah yang menepati
kriteria yang dikehendaki. Pemikiran Dr De Bono telah dirumuskan oleh Ainon Mohd dan Abdullah,
dalam kata-kata di bawah:
“ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali
lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996).
Terdapat beberapa faktor penting yang diambil kira dalam pemikiran lateral. Antaranya ialah
mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi. Kedua, melihat sesuatu
masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, ketiga melonggarkan cara-cara pemikiran yang
terkawal, dan keempat menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang dalam membuat
penyelesaian masalah.
Dr. De Bono juga memperkenalkan teori lima prinsip Revolusi Positif yang digunakan untuk
mengatasi sifat-sifat negatif berdasarkan konsep lima jari tangan manusia iaitu; Ibu jari
melambangkan keberkesanan (Effectiveness), Jari telunjuk melambangkan sikap membina
(Constructive), Jari tengah melambangkan sikap menghormati (respect), Jari manis melambangkan
pembaikan diri (self-Improvement), dan Jari kelingking melambangkan sumbangan (contribution).
Sementara itu, terdapat lima teknik pemikiran yang digunakan dalam pemikiran lateral. Antaranya
ialah teknik perkaitan bebas, teknik “reversal”, kaedah cabaran, dan menganalisa masalah. Teknik
perkaitan bebas biasanya berlaku dalam proses sumbangsaran.
(ii) Berfikir secara kreatif
Pembimbing juga perlu mempunyai kreativiti dan imaginasi yang tinggi terutama sekali dalam
memahami masalah manusia yang kompleks. Ciri-ciri kreatif ini perlu dalam mengaplikasikan
kemahiran kemahiran kaunseling dan mencari penyelesaian yang sedang di hadapi.
4. Temubual memotivasikan (motivational)
https://books.google.com.my/books?id=q5gIwFDmJ94C&pg=PA48&lpg=PA48&dq=kemahi
ran+kaunseling+kreatif&source=bl&ots=twfJ2hJERI&sig=eOi6UQ-lw0yI0SBXiGRknx-
l1T0&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=kemahiran%20kaunseling%20kreatif&f=false
https://books.google.com.my/books?id=ZrUNX2ikArQC&pg=PA21&dq=kemahiran+kaunseling+ana
litis&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwj9jr_Z_e3VAhWDr48KHe7lAEUQ6AEIJzAA#v=onepage&q=ke
mahiran%20kaunseling%20analitis&f=false

More Related Content

What's hot

Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger spBen PHu
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
teori gestalt therapy
teori gestalt therapyteori gestalt therapy
teori gestalt therapyzakwan azhar
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
LECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdf
LECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdfLECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdf
LECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdfnrtyha
 
Terapi tingkahlaku
Terapi tingkahlakuTerapi tingkahlaku
Terapi tingkahlakuShe ChuiYa
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasseradeendra
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahzakwan azhar
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok HELENA AIREEN
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Kaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamKaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamIrwan John Imbayan
 
Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya zakwan azhar
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongSolehah Saffinee
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingHidayah Saufi
 
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-PeraturanAkta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-PeraturanFirdaus Zailan
 

What's hot (20)

Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger sp
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling
 
teori gestalt therapy
teori gestalt therapyteori gestalt therapy
teori gestalt therapy
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
LECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdf
LECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdfLECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdf
LECTURE 3 - RESPECTFUL MODEL.pdf
 
2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan
 
Terapi tingkahlaku
Terapi tingkahlakuTerapi tingkahlaku
Terapi tingkahlaku
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolah
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Kaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamKaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif Islam
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolong
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-PeraturanAkta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-Peraturan
 

Similar to Kemahiran

Makalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdf
Makalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdfMakalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdf
Makalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdfAgusRiyadi58
 
Konseling lintas sosial
Konseling lintas sosialKonseling lintas sosial
Konseling lintas sosialSarahBela25
 
10. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 210. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 2Yoga Pratama
 
Dasardasar bk
Dasardasar bkDasardasar bk
Dasardasar bkFIKAADI2D
 
Cross cultural business comunication
Cross cultural business comunicationCross cultural business comunication
Cross cultural business comunicationIsah Nurdianah
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docxValenciaAngellica1
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docxValenciaAngellica1
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docxValenciaAngellica1
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docxValenciaAngellica1
 
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptxBUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptxVanyOcta2
 

Similar to Kemahiran (20)

Makalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdf
Makalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdfMakalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdf
Makalah KEL 1_KONSELING LINTAS BUDAYA DULU, KINI, DAN NANTI_X7D.pdf
 
lintas budaya (Dahlia).pptx
lintas budaya (Dahlia).pptxlintas budaya (Dahlia).pptx
lintas budaya (Dahlia).pptx
 
KONSELING LINTAS BUDAYA
KONSELING LINTAS BUDAYAKONSELING LINTAS BUDAYA
KONSELING LINTAS BUDAYA
 
Konseling lintas sosial
Konseling lintas sosialKonseling lintas sosial
Konseling lintas sosial
 
Konseling lintas budaya
Konseling  lintas budayaKonseling  lintas budaya
Konseling lintas budaya
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
10. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 210. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 2
 
Dasardasar bk
Dasardasar bkDasardasar bk
Dasardasar bk
 
Cross cultural business comunication
Cross cultural business comunicationCross cultural business comunication
Cross cultural business comunication
 
Ccu
CcuCcu
Ccu
 
Budaya konteks memasuki budaya baru
Budaya konteks memasuki budaya baruBudaya konteks memasuki budaya baru
Budaya konteks memasuki budaya baru
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
Ari permana
Ari permanaAri permana
Ari permana
 
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselorWz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(1).docx
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613(2).docx
 
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docxTUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docx
TUGAS 1 PS VALENCIA ANGELLICA 044965613.docx
 
BAB II (1).pdf
BAB II (1).pdfBAB II (1).pdf
BAB II (1).pdf
 
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptxBUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
 

Kemahiran

  • 1. Kemahiran-kemahiran Kaunseling yang Penting Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling membantu. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi. Selain itu juga, kemahiran-kemahiran yang penting dalam kaunseling juga ialah kesedaran silang budaya, penilaian kaunseling, penyelesaian masalah dan temubual motivational. 1. Kesedaran silang budaya Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya sebagai “sikap, nilai, kepercayaan dan tingkahlaku yang dimiliki oleh sekelompok manusia. Manakala, menurut Ogbu (1990) kebudayaanadalah satu pemahaman manusia secara keseluruhan kepada sosial, fizikal atau kedua-duanyasekali. Kamus Dewan (2005) menyifatkan budaya adalah “kemajuan fikiran, akal budi (caraberfikir) berkelakuan dan sebagainya”. Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsepmenyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Setiap negara mempunyai pelbagai etnik, setiap etnik mempunyaipelbagai kepercayaan,pegangan agama dan juga budaya. Budaya merupakan sesuatu yang bolehdipelajari, ia tidak lahir dengan sendiri. Setiap manusia belajar bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orangyang lebih tua dan lain-lain. Budaya juga boleh diwarisi, yang mana ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Contohnya; budaya dan adat orang melayu, cina atau india adalah merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu. Selain itu,budaya sesuatu etnik juga boleh dikongsi kepada etnik-etnik yang lain dan ia juga boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Setiap manusia seharusnya menghormati budaya etnik-etnik tersebut. Silang budaya akan terwujud apabila terdapat individu daripada berlainan budaya di sesuatu tempat atau situasi. Masalah akan timbul sekiranya individu berlainan budaya ini tidak memahami dan menghormati budaya etnik yang lain. Justeru itu, kaunselor memainkan peranan untuk memahami silang budaya tersebut dan sekaligus Pelbagai budaya memastikan isu silang budaya akan dapat diselesaikan secara aman dan harmoni. Secara lazimnya, adalah sangat mustahak kepada kaunselor untuk memahami sesuatu budaya itu terlebih dahulu sebelum menyelesaikan isu silang budaya. Seorang
  • 2. kaunselor yang mengendalikan isu silang budaya haruslah keluar daripada sifat atau cara tradisional yang wujud dalam diri mereka. Mereka seharusnya memberi penumpuan kepada isu-isu yang melibatkan budaya dan keluarga dan sewajarnya dilatih untuk memahami budaya masyarakat yang berbeza. Pelbagai pandangan telah diberikan oleh kaunselor dan individu tentang jalan penyelesaian isu silang budaya ini. Antaranya ialah penggunaan satu teknik atau teori universal yang boleh diaplikasikan oleh semua ahli terapi. Sistem universal yang telah dikenalpasti adalahTeori Pemusatan Insan oleh Carl Rogers. Perkara utama yang dititik beratkan ialah menghormati klien. Teori ini mengambil kira tentang kepercayaan terhadap klien yang mampu mengubah dirinya dengan mengambil tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan benar. Empati juga merupakan komponen utama yang perlu dimainkan oleh kaunselor dalam mengendalikan isu silang budaya ini. Kaunselor yang berempati akan berupaya memasukidan memahami dunia klien dan kepercayaan serta budaya mereka. Namun, sekiranya perasaan empati tiada dalam diri kaunselor, maka agak sukar untuk klien meluahkan serta berkongsi pendapat serta masalah dengan kaunselor, maka, sesi penerokaan akan terbantut dan matlamat tidak tercapai.Selain itu, komunikasi juga merupakan antara komponen terpenting dalam kehidupan. Majoriti masalah yang terwujud adalah disebabkan oleh masalah komunikasi yang timbul dikalangan manusia. Masalah komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk bersedia dari segi mental dan fizikal serta komunikasi apabila berhadapan dengan klien kelak. Menurut Sue, 1989; Sue & Sue , 1990 memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam menjalani sesi kaunseling silang budaya. Apabila kaunselor mempraktikkan komunikasi yang baik dan positif, maka ia akan memudahkan proses kaunseling itu berlaku. Klien juga akan lebih bersikap terbuka dan dapat menilai dirinya sendiri apabila diteroka oleh kaunselor yang mempraktikkan kemahiran- kemahiran kaunseling yang efektif seperti penerimaan tanpa syarat, serta membantu klien berkembang dengan sendiri. Penstrukturan juga sangat penting dalam proses kaunseling. Ini akan terjadi apabila klien yang datang dari budaya yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri dan dengan cara mengingatkan peranan yang dimainkan akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Proses ini dapat membantu klien daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih focus kepada isu yang dibincangkan dan ianya akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan sistematik. Rasionalnya, gabungan teori dan kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori yang belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan perbezaan yang wujud dalam diri setiap klien. Kaunselor yang efektif haruslah memahami peranan sesuatu budaya di dalam kehidupannya dan juga kehidupan kliennya. Hoare (1991) menyatakan bahawa identiti seseorang individu itu tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh realiti budaya yang dilaluinya dan harus objektif di dalam memahami identiti budaya individu lain. Menurut beliau lagi, budaya memainkan peranan yang sangat penting di dalam perkembangan identiti seseorang individu dan kaunselor harus bijak memahami kesan atau implikasi sesuatu budaya ke atas kehidupan manusia. Othman Wherly (1995) mengatakan bahawa “ Kaunselor Malaysia seringkali dipanggil untuk mengendalikan klien daripada pelbagai budaya, etnik, agama dan latar belakang sosioekonomi. Sensitiviti kepada kepelbagaian populasi ini merupakan aset terbesar kepada kaunselor dan para penolong professional. Kaunseling pada ketika itu merupakan perkhidmatan yang baru, dan tiada
  • 3. kaunselor wujud pada tahun 1965 di Malaysia. Kepelbagaian etnik budaya di dalam masyarakat, akan menyebabkan kaunselor yang memahami pelbagai fokus budayadiperlukan Terdapat juga halangan yang wujud dalam kemahiran kaunseling tentang kemahiran silang budaya iaitu sekiranya seseorang kaunselor tidak dapat menguasai budaya klien, akan timbul beberapa isu antaranya ialah Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. (i) Bahasa atau mesej lisan Perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi. Seringkali pula berlaku salah faham dan kekeliruan yang menimbulkan masalah. Penggunaan suatu bahasa global yang diketahui ramai mungkin membantu tetapi masih terhad sekiranya tahap penguasaan bahasa Inggeris antara komunikator jauh berbeza. (ii) Bahasa atau mesej bukan lisan Terdapat budaya bangsa tertentu yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya bangsa yang lain. Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Masyarakat di Timur khususnya di Jepun, kurang menggunakan sentuhan terutamanya antara lelaki dan wanita. Malah, pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan. (iii) Kesan etnosentrisme Etnosentrisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik berbanding bangsa lain. Ketaksuban sebegini boleh menghalang komunikasi yang positif kerana telah wujud pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain. Selain itu, individu yang etnosentrik akan cenderung bersifat angkuh dan tidak ragu-ragu memperkecilkan suatu kelompok masyarakat yang lain. Ini sudah tentu tidak dapat membantu menghasilkan satu komunikasi silang budaya yang berkesan. (iv) Stereotaip Stereotaip adalah kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa. Di Malaysia, wujud stereotaip bahawa orang Melayu pemalas, orang Cina tamak dan orang India suka memutarbelitkan fakta. Stereotaip menyediakan tafsiran psikologi yang negatif apabila berhadapan dengan bangsa yang berbeza. (v) Norma, resam dan tuntutan moral Norma adalah panduan menjalankan kehidupan yang diterima secara konvensional oleh segenap masyarakat. Kegiatan yang melanggari norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan juga didiskriminasikan oleh masyarakat setempat. Tingkah laku yang berasaskan adat resam juga suatu yang diterima oleh segenap pengamal amalan tersebut khususnya bagi satu-satu bangsa. Perbuatan yang menyimpang dari adat resam yang diamalkan dianggap tidak menghormati amalan tradisi suatu bangsa. Sama juga halnya dengan tuntutan moral. Setiap agama amat menitikberatkan pegangan moral penganutnya. Terdapat garis panduan yang jelas
  • 4. tentang apa yang dianggap bermoral dan apa yang dianggap tidak bermoral. Justeru melanggari tuntutan sedemikian, akan dengan mudah dilabel sebagai tidak bermoral. Setiap aspek budaya ini sekiranya diabaikan akan menyebabkan kedudukan sosial seseorang individu tergugat selain halangan terhadap komunikasi yang berkesan. (vi) Sikap kaunselor ‘To know where you are going, you must understand where come from.” Kata-kata ini dipetik daripada E.F Sherida iaitu The World of Culture President. Daripada petikan diatas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk seseorang kaunselor itu memahami siapak dirinya sebelum mengenali kliennya yang berlainan budaya darinya. Sebagai kaunselor yang menjalankan sesi silang budaya, adalah perlu untuk dia bukan sahaja mengetahui malah memahami asl-usul. Perkara seperti agama, etnik, tradisi dan pantang larang yang berlegar di sekeliling dirinya perlu disedari supaya tidak menjejaskan sesi yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyedari nilai budaya yang dipegangnya dan bagaimana dia sendiri melihat sesuatu budaya itu daripada sudut pandangannya kemudian barulah memahami budaya kliennya. Ini penting jika kaunselor sendiri gagal menyedari wujudnya perbezaan dan persamaan budaya dia dengan kliennya, pasti ada halangan dalam menjalankan sesi. Untuk itu, apapun perbezaan yang timbul dari aspek budaya kaunselor harus bijak menselesakan dirinya semasa menjalankan sesi. Ini secara tidak langsung menjadi satu prinsip kaunseling adalah percaya setiap manusia itu unik dan berpotensi untuk berkembang. Jadi, apapun budaya yang diamalkan oleh klien, kaunselor harus menerima tanpa syarat dan tidak perlu memaksa diri jika rasa tidak pasti. (vii) Pengetahuan kaunseling Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang kaunseloritu sebenarnya antara satu factor yang mempengaruhi perjalanan sesi kaunseling silang budaya dan apa-apa jenis sesi sekalipun. Pengetahuan kaunseling tidak terhad dalam memahami teori-teori tertentu sahaja. Ini kerana di dalam kaunseling silang budaya, kaunselor perlulah memperkembangkan lagi pengetahuan mengenai budaya-budaya lain. Hal ini akan lebih membantu kaunselor untuk memahami kliennya. Pengetahuan kaunselor terhadap kliennya juga penting smasa penerokaan adalah perlu untuk kaunselor mengetahui sejarah, pengalaman, amalan tradisi, nilai kebudayaan yang dipegang oleh kliennya. (viii) Kemahiran kaunselor Dalam kaunseling silang budaya, penekanan terhadap empeti adalah penting. Kaunselor perlu tahu memahami secara lisan dan bukan lisan. Biasanya isu yang timbul dalam kaunseling silang budaya adalah laras bahasa yang digunakan dalam sesi. Sekiranya terdapat istilah yang tidak di fahami kaunselor, dia perlu bertanya kepada klien bagi memastikan apa yang di fahami tentang istilah tertentu adalah menepati dengan apa yang klien ingin sampaikan. Oleh itu, kemahiran kaunselor bukan sahaja tentang kemahiran body language kliennya sahaja. Adalah satu kelebihan jika kaunselor dapat menguasai lebih dari satu bahasa sahaja. (ix) Kaunselor dan kepompong budaya Kegagalan kaunselor untuk memahami kepelbagaian budaya dalam sesi silang budaya disebabkan kaunselor terperangkap dalam kepompong budaya. Kaunselor tidak menyedari akan wujudnya perbezaan nilai budaya kliennya. Kesannya adalah klien tidak selesa dengan sesi yang dijalankan. Disini, adalah perlu bagi seseorang kaunselor mengelak streotaip dengan melihat kliennya berdasarkan dari mana kelompok asal kliennya. Ini perlu dielakkan dan untuk memastikan ini tidak
  • 5. berlaku nilai keterbukaan dan kejujuran perlu diamalkan oleh seseorang kaunselor itu. Kaunselor perlu bersikap terbuka dengan apa yang dikongsikan kliennya mengenai budaya atau apa sahaja. Kaunselor juga perlu jujur dan bersikap telus dengan apa yang difikirkan. Oleh itu, dengan cara ini, kaunselor dapat mengelak culturally encapsulated yang membawa kesan negative kepada perhubungan teraputik antara klien dengan kaunselor. 2. Penilaian kaunseling Penilaian dalam sesi kaunseling adalah satu elemen yang sangat penting dalam menjayakan sesi kaunseling. Penilaian ini akan membincangkan tujuan dan matlamat penilaian, dan langkah- langkah dalam penilaian. Selain daripada itu, kaedah kerja rumah dalam menjayakan matlamat penilaian akan turut dibincangkan dalam babini. Bahagian ini akan juga membincangkan halangan kerja rumah dalam matlamat penilaian. Penilaian mempunyai dua sebab utama. Sebab pertama ialah ia boleh menentukan kemajuan klien dan sebab kedua ialah ia boleh membantu kaunselor untuk mempertingkatkan kemahiran dalam melaksanakan kaunseling di masa hadapan. Mengikut Young (1992),tujuan penilaian diadakan ialah;-Membantu untuk kenal pasti penyebab permasalahan / persoalan klien.-Membantu menerangkan / menjangka tingkah laku matlamat-Membantu klien memahami masalah-Membantu menyediakan data yang berharga.- Membantu klien melihat kekuatan diri Penilaian dalam kaunseling perlu dilakukan kerana ia dapat memperbaiki cara kaunselor menggendalikan sesi kaunseling disamping boleh menentukan arah masa hadapan klien dan menyambung sesi kaunseling pada bila-bila masa yang klien kehendaki. Fokus penilaian dalam kaunseling adalah atas dasar perubahan tingkah laku. Aspek penting dalam proses penilaian adalah faktor masa “the matter of timing” iaitu bila penilaian akan dilakukan. Sebelum proses penilaian, kaunselor perlu meneliti dengan jelas dan spesifik apa matlamat klien selepas sesi kaunseling dijalankan. Perhatian seperti ini akan memberikan penilaian kepada objektif yang dibawa oleh klien bersama kaunselor.Walaupun tujuan kaunseling adalah bertujuan untuk mengubahtingkah laku klien, adalah juga penting kaunselor menilai tingkahlakunya. Tingkah laku kaunselor merupakan salah satu alat penilaian penting dalam membuktikan perubahan tingkah laku klien. Dalam menilai tingkah laku klien, kaunselor boleh bertanya soalan-soalan seperti;-Adakah saya membantu klien mencapai objektif yang ditetapkan-Adakah saya membantu membantu klien mencapai matlamatsebaik yang boleh.-Apakah yang telah saya pelajari dari sesi kaunseling ini. Langkah-langkah Dalam Penilaian Antara langkah-langkah dalam penilaian kaunseling ialah melalui beberapa seperti di bawah; (i) Percakapan klien Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan dalam percakapan klien adalah nada suaranya. Selain dari itu, perhatikan juga sama adaklien bercakap dengan laju atau sebaliknya. Adakah klien bercakap tanpa mendengar. (ii) Pakaian klien Perhatikan jenis pakaian yang dipakai oleh klien. Adakah pakaian klien bersesuaian dengan keadaan sekeliling. (iii) Postur
  • 6. Adakah klien mempunyai postur yang baik dan bersesuaian. (iv) Ekspresi muka Ekspresi muka termasuk gerak mata, bibir, mulut dansebagainya. Adakah klien menggunakan hubungan mata yang baik dan sebagainya. (v) Pergerakan badan yang lain. Seringkali klien merasa bimbang semasa sesi terapi. Kelakuan ini ditunjukkan berbagai perlakuan seperti mengulas-ulas tisu,menggerak-gerakkan kaki 3. Penyelesaian masalah Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh yang demikian, sebelum seseorang kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling , mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran asas yang perlu di dalam proses menolong. Di antara kemahiran kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memparafrasa, kemahiran membuat refleksi, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran berempati dan lain- lain. Di bawah ini akan dihuraikan secara ringkas tentang beberapa kemahiran asas untuk menolong yang dianggap penting. Kemahiran penyelesaian masalah merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan (KPT, 2006). Kemahiran penyelesaian masalah dalam konteks kajian adalah elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran penyelesaian masalah seperti yang telah dinyatakan. Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. Seseorang mendapatkan kaunseling untuk membantu mereka dalam bidang seperti memilih kerjaya, hal yang berkaitan dengan emosi, menghadapi masalah hubungan, dan krisis peribadi. Kebanyakan kaunseling berasaskan perbincangan antara seorang klien dengan kaunselor terlatih dalam satu suasana yang sulit. Sungguhpun ada kalanya kaunselor memberi maklumat, seperti keputusan ujian kecerdasan atau maklumat tentang kerjaya yang berlainan kepada klien mereka, biasanya mereka tidak sesekali mencuba untuk menyelesaikan masalah bagi pihak klien mereka. Sebaliknya, klien dibantu untuk menjelaskan pemikiran mereka dan mengenal pasti keperluan mereka supaya mereka dapat mengatasi sendiri masalah mereka. (i) Berfikir secar kritis Konsep kemahiran berfikir ialah sesuatu proses yang dialami dan sesuatu jenis kebolehan atau kemahiran. Pemikiran merupakan proses menyusun, mempergunakan maklumat dan pengetahuan menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut pendapat Edward De Bono (1976), pemikiran merupakan kemahiran yang berkaitan dengan pemikiran lateral. Ianya membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Sementara itu, menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Kesimpulannya, definisi pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul. Permasalahan ini diselesaikan dengan pelbagai cara,
  • 7. membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami oleh seseorang. Gaya berfikir banyak menentukan sesuatu keputusan dan tindakan seseorang terhadap sesuatu perkara atau penyelesaian masalah. Manusia mempunyai gaya berfikir yang berbeza-beza. Terdapat beberapa jenis pemikiran yang akan saya bincangkan bagi membezakan pemikiran seseorang individu. Antaranya ialah Pemikiran Lateral, Pemikiran Kritis, Pemikiran Kreatif, dan Pemikiran Reflektif. Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan daya imaginasi dan bukan secara logik atau tradisional. Pemikiran Lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward De Bono yang merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir lateral setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ianya adalah untuk mencari jalan terpantas dan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki. Pemikiran Dr De Bono telah dirumuskan oleh Ainon Mohd dan Abdullah, dalam kata-kata di bawah: “ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 1996). Terdapat beberapa faktor penting yang diambil kira dalam pemikiran lateral. Antaranya ialah mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi. Kedua, melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, ketiga melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal, dan keempat menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang dalam membuat penyelesaian masalah. Dr. De Bono juga memperkenalkan teori lima prinsip Revolusi Positif yang digunakan untuk mengatasi sifat-sifat negatif berdasarkan konsep lima jari tangan manusia iaitu; Ibu jari melambangkan keberkesanan (Effectiveness), Jari telunjuk melambangkan sikap membina (Constructive), Jari tengah melambangkan sikap menghormati (respect), Jari manis melambangkan pembaikan diri (self-Improvement), dan Jari kelingking melambangkan sumbangan (contribution). Sementara itu, terdapat lima teknik pemikiran yang digunakan dalam pemikiran lateral. Antaranya ialah teknik perkaitan bebas, teknik “reversal”, kaedah cabaran, dan menganalisa masalah. Teknik perkaitan bebas biasanya berlaku dalam proses sumbangsaran. (ii) Berfikir secara kreatif Pembimbing juga perlu mempunyai kreativiti dan imaginasi yang tinggi terutama sekali dalam memahami masalah manusia yang kompleks. Ciri-ciri kreatif ini perlu dalam mengaplikasikan kemahiran kemahiran kaunseling dan mencari penyelesaian yang sedang di hadapi. 4. Temubual memotivasikan (motivational)