Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Jenis ayat
1. Disediakan oleh:
FARAH FAZRIYANA BT BASRI
FITRI NORLIDA BT IBRAHIM
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
IZA KASMADIANA BT KASMIJAN Semester 5
NOR AZRINA BT MOHD ZAINOL Bahasa Melayu
NUR AFIFAH BT AHMAD
Pensyarah:
En Mohd Nor bin Hamzah
3. Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.
4. Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada
suara dan penggunaan perkataan tertentu.
AYAT TANYA
Ayat Tanya
Ayat Tanya Tanpa
Dengan Kata
Kata Tanya
Tanya
5. Ayat yang lazimnya diucapkan
dengan nada suara meninggi
sebelum kesenyapan pada
akhir ayat.
Contoh:
Dia tersenyum?
Adik masih menangis?
6. Ayat tanya yang menggunakan
kata tanya.
Contoh:
Apakah, Manakah, Siapakah
Terbahagi kepada dua:
1. Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya
2. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.
7. Ayat tanya dengan kata Ayat tanya dengan frasa sendi nama
ganti nama tanya tanya
Apa, Siapa, Mana Terdiri daripada ayat-ayat yang
didahului oleh frasa sendi nama
Contoh: tanya.
Benda itu apa? Di mana, Dari mana, Sejak bila,
Gurunya siapa? Bagaimana, Dengan siapa
Adik awak mana? Contoh:
Tuan tinggal di mana?
Mereka datang dari mana?
Penyakit ini merebak sejak bila?
8. Ayat Perintah
Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang
kuat oleh penutur terhadap pendengar.
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan.
• Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan
kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau
dan sebagainya.
• Ayat ini terdiri daripada ayat yang bertujuan untuk menyeluruh
melarang, mempelawa dan meminta.
• Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan ,
larangan, silaan atau permintaan, bergantung pada jenis
perkataan(perintah) yang digunakan
9. Ayat Larangan
Ayat Suruhan
(untuk menegah
(untuk memberi
seseorang melakukan
perintah atau arahan)
sesuatu)
AYAT
PERINTAH
Ayat Permintaan Ayat Silaan
(untuk membuat (untuk menjemput atau
permintaan atau mempersilakan
meminta pertolongan) seseorang)
10. Ayat yang bertujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan arahan
kepada pendengar.
Terdiri daripada subjek iaitu kata
ganti nama diri orang kedua diikuti oleh
prediket. Tetapi subjek kebiasaanya
digugurkan
Contoh: “Tutup pintu itu.”
Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti
berikut : “Awak tutup pintu itu.”
Partikel –lah turut boleh digunakan di bahagian predikat
ayat suruhan.
Contoh : “Tutuplah pintu itu.”
11. Ayat yang menggunakan kata
larangan.
Contoh : jangan
usah
usahlah
janganlah
tidak usah
Jangan duduk di sini.
Janganlah menangis
Usah kau pedulikan dia.
Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
12. Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan
kata larangan :-
Dilarang merokok.
Ditegah membuang sampah di kawasan ini.
13. Ayat yang diucapkan untuk
menjemput atau mempersilakan
seseorang.
Digunakan pada permulaan ayat.
Contoh: sila dan jemput.
Boleh dilembutkan dengan
menggunakan kata penegas “-lah”
Contoh Ayat:
Silalah lapangkan masa untuk
menghadiri majlis kesyukuran tersebut
Jemputlah duduk dibangku yang
disediakan di ruang tamu.
14. Ayat permintaan ialah ayat yang
menggunakan kata permintaan seperti
minta dan tolong dengan tujuan
memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh-contoh:
1. Minta tuan-tuan jelaskan yuran
persatuan.
2. Tolong tutup pintu depan itu.
Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa
pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat
larangan.
Contoh-contoh berikut tidak dianggap
betul:
Sila jangan merokok.
Tolong jangan bising.
Minta jangan meludah.
15. Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan
membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan
melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya.
Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan
sebagainya.
Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan
lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan
sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan
lain-lain.
16. Contoh ayat:
1. Amboi, garangnya kakak kamu itu!
2. Wah, besarnya rumah kamu!
3. Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan
kamu itu!
4. Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!
17. SOALAN
1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan.
2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok
kelapa.
3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu!
4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan
yang mengerikan itu.
5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera.
6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu.
7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap.
8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu!
9. Usah difikirkan perkara itu lagi.
10. Bilakah hari lahir kamu, Zaiton Sameon?