2. SET
INDUKSI
JENIS-
JENIS
AYAT
PENGE AYAT
NALAN SERUAN
AYAT
PERINTAH KUIZ
AYAT AYAT SOALAN
PENYATA PENGUKUHAN
TANYA
3.
4. PENGENALAN
Ayat
• Ayat ialah unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap.
• Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang
tidak terhad bilangannya.
5. • Namun demikian daripada bilangan yang tidak
terhad itu, ayat sebenarnya terbahagi kepada dua
golongan sahaja :
Golongan Golongan
Ayat Dasar Ayat Terbitan
• Ayat dasar dapat dibentuk atau diterbitkan melalui
berbagai-bagai ayat yang lain, yang disebut ayat
terbitan.
6. PETA KONSEP
Ayat Tanya Tanpa Kata
Ayat Ayat Tanya
Penyata Tanya
Ayat Tanya Dengan
Unsur Tanya
Jenis Ayat
Ayat
Suruhan
Ayat Ayat
Seruan Perintah Ayat
Larangan
Ayat
Ayat Silaan
Permintaan
7.
8. Definisi
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan
menanyakan sesuatu hal. Tanda soal diletakkan di
akhir ayat. ( ? )
Contoh
(1) Kamu hendak pergi ke (2) Di manakah rumah
mana? awak?
10. Ayat Tanya dengan kata tanya
• Definisi : ayat tanya dengan kata tanya ialah
ayat tanya yang menggunakan kata
tanya.
• Contoh : (i) Mengapa kamu menipu ibu?
(ii)Bagaimana kejadian itu boleh
berlaku?
(iii) Siapakah nama kamu?
11. Ayat Tanya tanpa kata tanya
• Ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan
nada suara meninggi sebelum kesenyapan
pada akhir ayat.
• Contoh: (i) Dia tersenyum?
(ii) Adik masih menangis?
(iii) Percutian kamu menyeronokkan?
12. Definisi
• ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan
nada atau intonasi seru untuk tujuan
melahirkan suatu perasaan seperti takut,
marah, takjub, geram dan sebagainya.
• Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan
dengan tanda seru ( ! ) yang diletakkan di akhir
ayat sama ada ayat itu didahului oleh kata seru
atau tidak. Kata-kata seru yang biasa
digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh
dan sebagainya.
13. Contoh-contoh ayat
(i) amboi, garangnya kakak kamu!
(ii) wah, besarnya rumah kamu!
(iii) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!
14. definisi
Ayat penyata ialah ayat yang
diucapkan dengan maksud
membuat satu pernyataan
Ayat penyata mempunyai tujuan
untuk menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal
Ayat ini juga disebut sebagai ayat
berita atau ayat keterangan
15. Contoh-contoh ayat
(i) Afiqah seorang jurugambar.
(ii) Penjual sayur itu sentiasa tersenyum.
(iii) Bunga ros itu harum baunya.
(iv) Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat
dengan pembinaan dan pengembangan
bahasa
16. Definisi
• Ayat yang mengandungi • Ayat ini terdiri dari ayat
unsur arahan atau yang bertujuan untuk
kemahuan yang kuat menyuruh, melarang,
oleh penutur terhadap mempelawa dan
pendengar. meminta.
• Ayat ini diujarkan • Ayat perintah diujarkan
bertujuan untuk dengan intonasi rendah
menimbulkan satu dan menurun dengan
tindakan dan ditujukan nada keras pada mana-
kepada orang kedua mana pada perkataan
seperti kamu, awak dan yang hendak ditekankan
engkau yang biasanya maksudnya bertujuan
digugurkan. untuk mendapat respon
pendengar.
17. Contoh ayat perintah
(i) Jangan tunjuk sikap buruk
kamu itu.
(ii) Silalah ke pentas utama.
(iii) Tolong jaga kebersihan
kawasan rumah masing-
masing.
(iv) Anda semua hendaklah
hadir untuk menduduki
peperiksaan
19. Ayat Suruhan
• Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan
sesuatu tindakan arahan kepada pendengar.
• Contoh ayat:
(i) “Tutup pintu itu”.
(ii) “Tolong angkat baju saya”.
(iii) “ Ikat tali kasut anda dengan betul”.
20. Ayat Silaan
• Ayat yang diucapkan untuk menjemput dan
mempersilakan seseorang. Lazimnya digunakan
pada permulaan ayat.
• Menggunakan kata silaan seperti sila dan
jemput.
• Contoh ayat:
(i) Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis
kesyukuran tersebut.
(ii) Jemputlah duduk di bangku yang disediakan di
ruang tamu.
21. Ayat Permintaan
• Ayat permintaan ialah ayat yang
menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong dengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan.
• Contoh ayat:
(i) Minta kamu semua bertenang.
(ii) Minta tuan benarkan kami masuk.
(iii) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari ahad.
22. Ayat Larangan
• Ayat larangan ertinya ayat yang menggunakan
kata larangan.
• Menggunakan kata larangan seperti jangan,
usah, janganlah dan sebagainya.
• Contoh ayat:
(i) Jangan duduk di sini.
(ii) Usah kau pedulikan diriku.
(iii) Janganlah engkau menangis.
29. Kenal pasti jenis-jenis ayat
berikut.
i. Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.
ii. Sudahkah awak membaca novel tulisan A.
Samad Said itu?
iii. Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak
akhir-akhir ini!
iv. Jangan memuji saya berlebih-lebihan.
v. Azura baru sahaja melapor diri untuk
bertugas di sekolah ini tadi.
30. kesimpulan
• Ayat merupakan salah satu bentuk perkataan
yang digunakan seharian. Pelbagai jenis dan
bentuk ayat dapat dilihat dalam bahasa
Melayu.
• Jenis-jenis ayat iaitu ayat tanya, ayat perintah,
ayat seruan dan ayat penyata dapat
membentuk ayat-ayat yang lebih gramatis jika
kita tahu menggunakannya dengan betul.