Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
DINAR EMAS
1. TAJUK : DINAR EMAS
NAMA : NUR SYAHEERA ZUNIKA BINTI RASHDAN
NO. MATRIK : A164569
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN
O.K RAHMAT
2. Apa itu Dinar Emas?
• Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang
dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara
Islam.
• Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah
digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi
Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada
zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia
hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
3. Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat
dalam Al Quran :
• "Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau
amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan
mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di
antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu
dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu,
kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
• "Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf
telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham
sahaja..." (Surah Yusuf:20)
4. Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat
dalam Hadis Rasulullah SAW:
• Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah
SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai
dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham
(untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
• "Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau
belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan
kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli
keluarga kamu. (Hadis)
• Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu
belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi
hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)
5. Kebaikan Dinar Emas
• Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
• Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil
serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi
Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman
ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham
dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam
runcit semasa.
• Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang
berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman
manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
• Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun
lamanya.