Dinar emas adalah mata wang syar'i berbentuk bulat berat 4.25 gram yang terbuat daripada emas 24 karat. Penggunaan dinar emas dalam perdagangan akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang sihat tanpa unsur spekulasi dan menjana ekonomi baru yang berdasarkan prinsip Islam. Beberapa sistem pembayaran elektronik menggunakan dinar emas telah diperkenalkan di Malaysia.
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
DINAR EMAS SEBAGAI MATA WANG SYAR'I MODEN
1. PENGGUNAAN DINAR EMAS DALAM DUNIA MODEN
Dinar emas adalah syiling emas berbentuk bulat yang mempunyai berat 4.25 gram
dengan menggunakan emas jenis 917 dan 24 karat. Jenis dan berat ini telah disepakati
oleh para fuqaha pada masa ini. Oleh sebab itu, dinar emas disebut sebagai mata wang
syar‘i atau mata wang Islam pada hari ini. penggunaan semula dinar emas akan
membuka ruang-ruang baru dalam sistem perdagangan yang sediaada kerana
disebabkan sifatnya yang intrinsik, ia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang
benar dalam berjual beli barangan dan akan mengecilkan pertumbuhan ekonomi
spekulatif yang kini menjadi teras kepada ekonomi kapitalisme Barat. Oleh itu
ekonomi yang menggunakan dinar emas tidak akan bersaing dengan kekayaan
ekonomi yang ada sekarang, tetapi akan menjana ekonomi yang baru. Dinar emas juga
dibangunkan mengikut dasar umum bagi mempromosi perdagangan Islam iaitu
dagangan tanpa riba dan secara beransur-ansur mengambil tempat di dalam pasaran
sebagai sesuatu yang praktikal bagi perkhidmatan kepada masyarakat dan
penggunaannya tidak dikenakan sebarang tekanan undang-undang. Sehingga hari ini
di Malaysia sudah terdapat beberapa transaksi urus niaga yang dijalankan
menggunakan unit dinar melalui sistem pembayaran elektronik. Antara sistem telah
diaplikasikan ialah sistem EDinar yang dibangunkan oleh E-Dinar Ltd. Manakala
Web Dinar akan mula beroperasi pada September 2009. Selain itu, penggunaan dinar
emas pada hari ini juga telah dijadikan sebagai hantaran perkahwinan yang mula
diamalkan oleh segelintir masyarakat di Malaysia. Pada tahun 2001 pasangan artis
Malaysia, M.Nasir dan Marlia Musa menjadi pasangan terawal yang menjadikan dinar
emas sebagai mas kahwin.
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dinar_emas
http://e-
muamalat.islam.gov.my/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/07_Hussin__Zanir
ah.pdf
http://e-
muamalat.islam.gov.my/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/18_Salmy_Edawa
ti__Hailani.pdf