Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan untuk digunakan secara global khususnya di kalangan negara-negara Islam. Ia pernah digunakan pada zaman Nabi Muhammad dan boleh menjadi alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah mata wang global serta menyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Penggunaan dinar emas dalam era moden dapat mengingatkan umat Islam kepada zaman Rasulullah
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Dinar emas
1. NAMA : NURUL JANNAH BINTI ROSLI
KAD MATRIK : A169722
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR DR.RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. APA ITU DINAR EMAS?
• Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan untuk digunakan di
seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.
• Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara
Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah
diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia
hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
• Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan
dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada
ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro
dolar di Eropah.
• Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap
menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang
berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum
diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
3. PENGGUNAAN DINAR EMAS DALAM DUNIA MODEN
• Merupakan alternatif yang terbaik bagi penyelesaian mata wang
global.
• Dinar emas merupakan penyimpanan nilai yang lebih stabil
berbanding wang kertas.
• Dinar emas turut digunakan dalam dunia moden sebagai bayaran
bagi mas kahwin.
• Dinar emas dapat digunakan bagi pelaburan dalam jangka masa
sederhana dan jangka masa panjang.
4. • Dinar emas merupakan sistem mata wang yang telah
digunakan pada zaman Rasulullah saw dan diteruskan
oleh para sahabat. Justeru, pada pandangan saya amat
baik sekiranya penggunaan dinar emas ini kembali
digunakan pada era zaman moden kini disambil dapat
mengingatkan umat Islam kembali kepada zaman
Rasulullah yang menjalankan perniagaan dengan baik
serta mendapat keberkatan-Nya dalam setiap perlakuan
dan pekerjaan yang dilakukan. Malah penggunaan dinar
emas ini lebih mudah dan senang untuk diuruskan.