Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan secara meluas, terutama di negara-negara Islam. Ia pernah digunakan semasa zaman kegemilangan Islam untuk membayar zakat, mas kahwin, dan perniagaan. Penggunaan dinar emas mampu mengelakkan berlakunya riba dan inflasi serta mengembalikan penggunaan mata wang yang stabil seperti zaman Nabi Muhammad.