Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
1.
2.
Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang
dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di
negara-negara Islam.
Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang
menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme
pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak
mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham.
Negara-negara Islam yang banyak mengeksport
petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni
yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
Apa itu dinar emas ?
3.
Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil
pernah digunakan manusia.
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai
emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik
perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman
Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam
negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam;
hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham
dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila
dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka
masa 1400 tahun.
Kebaikan Dinar Emas
4.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang
emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang
unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan.
Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan
perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan
menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang
kertas.
Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam
bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
5.
Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama
di negara-negara sedang membangunan tetapi harga
pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan
cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak
dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika
tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara
Amerika sendiri.
Euro Dolar telah dilaksanakan di 21 buah negara ahli
Kesatuan Eropah dan setakat ini menampakkan kejayaan
untuk menstabilkan harganya.
Perbandingan dengan
penggunaan dollar
6.
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau
amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia
akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan
ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan
menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan
mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu
menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf
telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa
dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)
Kesimpulan