1. LWCP 1552 : PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM.
DINAR EMAS
NAMA : AHMAD SYAUQI BIN ABDUL HADI (A163046)
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR RIZA ATIQ ABDULLAH O.K.
RAHMAT.
2. PERSOALAN :
• Dapatkan maklumat berkenaan dinar emas. Apa
pandangan anda mengenai penggunaannya dalam
dunia moden?
3. * TARIFAN DINAR
• Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama
di negara-negara Islam.
• Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-
Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada
zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia
Tenggara kemudiannya.
• Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas
untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak
baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
• Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap
menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di
setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan
wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
• Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata
wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.
4. PANDANGAN :
• Pengunaan emas pada zaman modern bagus untuk kita kerana Dinar emas boleh dijadikan mata wang
sandaran terbaik bagi negara-negara Islam kerana mampu menjadi pengukur prestasi pertumbuhan
ekonomi.
• Dinar emas itu juga tidak akan tergugat oleh mana-mana mata wang termasuk dolar Amerika kerana
emas merupakan satu komoditi dan mempunyai harga yang stabil.
• Dinar emas merupakan mekanisme alternatif yang dicadangkan oleh ahli-ahli ekonomi dunia sebagai
penyelesaian kepada krisis mata wang global.