2. Dinar Emas
• Dinar emas merupakan matawang berasaskan emas yang
dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di
negara-negara Islam.
• Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata
wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-
Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi,
iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada
zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika
Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia
Tenggara kemudiannya.
3. Dalam Al-Quran & Hadis
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau
amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan
mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di
antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya
satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada
kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran :
75)
4. Kebaikan
Emas dan perak merupaka
n wang yang paling stabil
pernah digunakan
manusia.
Inflasi sifar dalam jangka
masa 1400 tahun. Ia
membuktikan bahawa di
dalam jangka masa
panjang emas dan perak
merupakan penyimpan
nilai yang unggul.
Emas pula tidak tertakluk
kepada mana-mana
sistem kewangan dunia.
Apa pun yang berlaku,
emas tetap mengekalkan
nilainya. Mengurangkan
penipuan
dan manipulasi mata
wang.
Nilai emas dan perak tidak
perlu disandarkan kepada
mana-mana kerajaan.
Ianya bukanlah liabiliti
mana-mana pihak.
5. PENGGUNAAN DINAR EMAS
ZAMAN MODEN
• Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana
Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk
digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai
sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di
pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan
meniru euro dolar di Eropah.
• Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang
menyertai OIC. Dinar emas diharap
menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi
masalah penyangak mata wang yang berleluasa di
setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak
mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan
wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
6. • Pada pendapat saya, nilai dinar emas pada masa
kini semakin meningkat dan boleh digunakan
untuk menjamin masa depan ekonomi kita pada
masa akan datang.
• Namun pada zaman sekarang banyak berlaku
penyelewengan emas dan dinar yang mana ada
pihak yeng menghasilkan emas secara tiruan
dan sebagainya menyebabkan segelintir
masyarakat tidak mahu terlibat dengan aktiviti
mengumpul atau menukar dinar emas ini.