Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
PSV3107 psiko-analitik
1. kasran hj mat jiddin
TEORI
PengenalanTeori pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran PSV ( 3jam )
• Teori Behaviourisme
• Teori Kognitif
•Teori Humanis
• Teori Psiko – Analitik
•Teori Konstruktivisme.
2. kasran hj mat jiddin
Sigmund Freud (1856 – 1939)
1. Teori minda bawah sedar (TheTheory of Unconsciousness)
2. Seksualiti dalam jiwa Kanak-kanak (Infantile Sexuality)
3. Neurosis dan Struktur minda ( Neuroses andThe Structure
of the Mind)
4. Psiko-analisis sebagaiTerapi ( Psychoanalysis as a
Therapy)
3. kasran hj mat jiddin
Teori minda bawah sedar (TheTheory of Unconsciousness)
Freud merupakan pelopor kepada pengkajian secara
sistematik terhadap minda bawah sedar.
Tingkahlaku manusia dicetuskan oleh naluri.
1. Minda secara sedar (Conscious Mind)
2. Minda bawah sedar (Unconscious Mind)
Tingkahlaku secara sedar – berjalan, makan, berbual
dsbnya.
Tingkahlaku bawah sedar – mimpi, sleep walking, tersasul
tingkahlaku yang obsesif (obsesive behaviour)seperti
neurosis, histeria dsbnya.
4. kasran hj mat jiddin
Tingkahlaku di bawah sedar (Unconscious Mind) dicetuskan oleh
motif yang terselindung (hidden causes) di dalam minda individu.
Freud berpendapat tenaga penggerak di dalam minda adalah
naluri yang mencetuskan tingkahlaku sedar dan bawah sedar.
Beliau menggariskan 2 kategori naluri:
1. Eros(the life instinct) - naluri geraklaku yang menghargai
nilai-nilai kehidupan (self-preserving), kasih sayang dan
erotik/seksual.
2. Thanatos (the death instinct)- naluri geraklaku yang agresif,
merosakkan diri, kejam dsbnya.
5. kasran hj mat jiddin
Freud meletakkan Sexual Drives sebagai naluri yang utama
dan berpengaruh dalam segala tingkahlaku manusia.
Sexual Drives menurut Freud adalah segala bentuk
kesenangan atau kelazatan yang boleh dinikmati oleh tubuh
badan.
Sexual Drives wujud dalam diri manusia sejak lahir dan
tenaga sexual (libido) merupakan naluri terpenting
memotivasikan tingkahlaku manusia dewasa.
Teori naluri Freud – Naluri adalah tenaga penggerak untuk
mendapatkan keselesaan (bodily pleasure) sejak manusia
dilahirkan.
6. kasran hj mat jiddin
Seksualiti dalam jiwa Kanak-kanak (Infantile Sexuality)
• Seksualiti wujud dalam diri kanak-kanak sejak dilahirkan.
(seksualiti merujuk kpd definisi Freud = kesenangan /keselesaan pada tubuh )
• Pengalaman awal seksual kanak-kanak penting bagi
pembentukan personalitinya sehingga dewasa kelak.
• Bodily/sexual Pleasure- adalah naluri kanak-kanak untuk
melepaskan tenaga dalaman (mental energy) demi
kesinambungan kehidupan (for the sake of survival)
7. kasran hj mat jiddin
Freud membahagikan perkembangan seksualiti kanak-kanak
kepada:
1. Oral Stage – Bayi mendapat nikmat dari perbuatan
menghisap.
2. Anal Stage – perkumuhan bayi/kanak-kanak juga
merupakan satu proses yang memberikan
keselesaan tubuh.
3. Phallic Stage – Apabila kanak-kanak mula mengenali dan
suka menyentuh alat kelaminnya. Kanak-
kanak lelaki lebih menyayangi ibu dari
bapa dan kanak-kanak perempuan sebaliknya.
8. kasran hj mat jiddin
(phallic Stage) – Akan timbul rasa cemburu kanak-kanak
lelaki kepada bapa dan kanak-kanak perempuan kepada ibu.
Ini dinamakan Oedipus Complex.
Situasi perebutan perhatian antara anak-ibubapa akan
mencetuskan rasa bersalah, resah dan takut dipulaukan
(castration anxiety) dalam jiwa kanak-kanak.
4. Latency Stage – ( 5 tahun - puberty) Konflik diperingkat
Phallic Stage dipendamkan (repressed/subdued). Kanak-
kanak mula mencontohi/mengikuti ibubapa yang sama
jenis.
Anak lelaki meniru bapa dan anak perempuan meniru ibu.
9. kasran hj mat jiddin
Proses pembentukan personaliti dari kanak-kanak ke
dewasa melalui beberapa peringkat konflik diri.
Untuk menjadi seorang dewasa yang normal, kesemua
konflik diri kanak-kanak ini perlu diatasi dengan betul/baik.
Penyakit mental seperti Histeria berpunca dari konflik diri
kanak-kanak yang dipendam/tidak dapat diatasi pada
waktunya.
Homoseksual – berpunca dari kegagalan mengatasi konflik
Oedipus Complex , atau tidak dapat menjalani peringkat
Latency dengan sempurna.
10. kasran hj mat jiddin
Rasa jijik yang melampau (obsessive washing)- mungkin
berpunca dari konflik yang terpendam pada peringkat Anal
Stage.
11. kasran hj mat jiddin
Neurosis dan Struktur minda ( Neuroses andThe Structure of
the Mind)
Personaliti (Struktur Minda)
1. Id – Minda/personaliti yang bersifat naluriah (instinctual)
dan keinginan untuk memuaskan nafsu individu
sahaja.
2. Super-ego – Nilai-nilai sosial dan moral yang diterima
oleh persekitaran/masyarakat sebagai
suatu bentuk kawalan kepada id dari
berleluasa sewenang-wenangnya. Super-Ego
selalunya disemai oleh ibubapa mengikut
budaya setempat/universal dan tertanam dalam
jiwa individu.
12. kasran hj mat jiddin
3. Ego – Personaliti sebenar individu yang terbentuk hasil
dari pertimbangan dinamik antara id dan super-
ego.
Imbangan yang baik antara kehendak naluri (id)
dan nilai-nilai moral yang baik (super-ego) akan
membentuk personaliti yang baik/menarik.
Individu yang mementingkan id akan membentuk
personaliti yang pentingkan diri (selfish/egocentric)
Individu yang mementingkan super-ego akan
membentuk personaliti yang sociocentric .
13. kasran hj mat jiddin
Minda menurut Freud adalah satu struktur tenaga dinamik
dalam jiwa manusia.
Id – merupakan impetus tindakan yang dicetuskan oleh
minda bawah sedar (Unconscious Mind)
Ego –Tindakan yang dicetuskan oleh minda secara sedar
(conscious Mind)
Super-Ego - Rasa tanggungjawab (Conscience) yang
tertanam dalam minda bawah sedar sebagai
pengimbang antara kehendak naluriah dan
nilai moraliti.
14. kasran hj mat jiddin
Mekanisme untuk menghalang konflik antara elemen id
dan super-ego menjadi terlalu berat untuk ditanggung di
dalam minda.
1. Repression - Apabila naluri ingin melakukan tindakan
yang tidak diterima super-ego, keinginan itu akan
dipendam ke dalam minda bawah sedar. Ia tidak hilang
tetapi akan keluar juga dalam bentuk tersasul (slip of
tongue), latah, igauan, dendam dsbnya.
Repression (memendam rasa) merupakan satu bentuk
mekanisme utama minda untuk mengelak dari konflik
dalaman antara kehendak id dan super-ego.
15. kasran hj mat jiddin
2. Sublimation – mengeluarkan kehendak naluriah (id)
dalam suatu bentuk kecapaian (goal) yang
boleh diterima oleh norma-norma sosial
(super-ego). Kejayaan dalam bidang-bidang
sains, kesenian, sukan, kerjaya dsbnya.
3. Fixation – Kegagalan individu untuk berkembang dari
peringkat rendah ke peringkat yang lebih
matang.
4. Regression – Penurunan tingkahlaku kepada peringkat
perkembangan yang lebih rendah
16. kasran hj mat jiddin
6. Psiko-Analisis sebagai suatuTerapi
Individu yang mengalami konflik id – super-ego dibiarkan
meluahkan fantasinya, dendamnya,kerisauannya dsbnya
secara bebas akan merasa lega dari konfliks dalam yang
dialaminya. (TheTalking cure)
Individu ditempatkan di persekitaran yang tenang dan
dibiarkan bercakap tanpa gangguan. Situasi yang relaks
akan menyebabkan kekangan super-ego menjadi relaks.
Kehendak naluri yang terpendam mungkin akan terkeluar
tanpa kekangan dari super-ego.
Tugas penganalisa adalah untuk membantu individu untuk
mengenali punca dan mengatasi konfliks yang berlaku dalam
dirinya.
17. kasran hj mat jiddin
TERIMA KASIH
ATAS PERHATIAN ANDA