SlideShare a Scribd company logo
1 of 59
“Lambaian Malar Hijau”
“BERSAMA KITA BERJUANG”
DR. SUPPIAH NACHIAPPAN
012-5270801 / 05-4506044
KPP1033 - Psikologi Pendidikan
Kuliah 3 :
Teori Perkembangan Psikoseksual,
Psikososial dan Moral
Selepas tamat kuliah ini, pelajar
dapat menghuraikan maksud:
• psikoseksual,
• psikososial dan
• moral
Objektif:
You must motivate yourself EVERYDAY.
- Matthew Stasior
• The concept of psychosexual
development, as envisioned by
Sigmund Freud at the end of the
nineteenth and the beginning of the
twentieth century, is a central
element in the theory of psychology.
• It consists of five separate phases:
oral, anal, phallic, latency, and
genital.
• In the development of his theories,
Freud's main concern was with
sexual desire, defined in terms of
formative drives, instincts and
appetites that result in the formation
of an adult personality.
Psychosexual Development
• “Freud advanced a theory of personality
development that centered on the effects of the
sexual pleasure drive on the individual psyche”
Theory of Personality
PSYCHOSEXUAL
STAGES OF
DEVELOPMENT
SIGMUND FREUD
• Teori Psikoanalitik mula dikemukakan oleh seorang ahli psikologi bangsa Austria
bernama Sigmund Freud (1856-1939).
• Teori ini dikemukakan berdasarkan pengalamannya bekerja dengan pesakit jiwa di
kliniknya di Austria.
• Pemikiran Freud memberi kesan mengejut lagi mendalam kepada pemikiran
manusia tentang tingkah laku.
• Sebelum Freud, para cendiakiawan Barat mengatakan bahawa tingkah laku
manusia disebabkan oleh proses pemikiran yang disedari.
• Manusia dikatakan bersikap rasional dan sedar akan segala tindakan mereka.
Teori Psikoanalitik
• Alam Sedar (The Conscious Mind)-
Bahagian yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan ingatan. Pada alam sedar ini
manusia menyedari dan boleh mengingati apa yang telah dan sedang dilakukannya.
• Alam Prasedar (The Preconscious Mind)-
Bahagian pada aras ini, manusia sukar menyedari sesuatu yang sudah berlaku tetapi boleh
mengingatinya semula sekiranya diberi tumpuan dan renungan yang bersungguh-sungguh. Ia
termasuklah pengalaman, ingatan, persepsi dan perasaan.
Tiga Alam Kesedaran
Alam Tidak sedar (The Unconscious Mind)
• Bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Ia merupakan
pendorong asas kepada tingkah laku manusia.
• Ia mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya
manusia akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar
diterima oleh masyarakat. Kita dipengaruhi oleh dua jenis konflik
yang tidak disedari, iaitu konflik agresif dan seksual.
• Pada tahun 1923, Freud mengemukakan
satu model personaliti yang formal, iaitu id,
ego dan superego.
• ID - RESERVOIR OF UNCONSCIOUS
PSYCHIC ENERGY (SEX & AGGRESSION)
• Id - dorongan biologikal dan tenaga naluri
yang mendorong manusia untuk bertindak
dan mendapat kepuasan tanpa mengira
akibat.
• Ia mengandungi desakan untuk keperluan-
keperluan asas seperti makanan, air dan
seks.
• Tenaga yang menggerakkan id disebat
tenaga libido.
• Apabila tenaga ini meningkat, tekanan juga
akan meningkat yang kemudiannya mesti
dilepaskan atau disalurkan.
Model Personaliti
• EGO SEEKS TO GRATIFY THE ID’S
IMPULSES IN REALISTIC WAYS, THE
“EXECUTIVE”, MEDIATES BETWEEN
DEMANDS OF THE ID, SUPEREGO, AND
REALITY
• REALITY PRINCIPLE - SATISFYING THE
ID’S DESIRES IN WAYS THAT WILL
REALISTICALLY BRING PLEASURE AND
AVOID PAIN
• Ego – Ia berasaskan prinsip realiti. Ia
bertanggungjawab mengendalikan
kehendak-kehendak dan desakan-desakan
id mengikut cara yang diterima.
• Peranan ego ialah untuk melengahkan
kepuasan id sehingga seseorang dapat
mencari objek yang sesuai dalam
persekitarannya.
• Perhubungan antara id dan ego
bertentangan.
• Ego wujud daripada id dan terus berfungsi
untuk memuaskan keperluan id.
Model Personaliti
• Ia juga perlu berfungsi untuk menghalang, atau sekurang-
kurangnya melengahkan tindakan id yang akan
membahayakan individu secara fizikal atau psikologikal.
• Ego menjadi peratara antara id dengan superego dan sentiasa
cuba menyelesaikan keadaan berkonflik, mengurangkan
desakan dan bertindak balas secara realistik dan berkesan
dengan kebenaran.
Model Personaliti
• SUPEREGO REPRESENTS
INTERNALIZED IDEALS (THE “VOICE OF
CONSCIENCE”), PROVIDES STANDARDS
FOR JUDGMENTS AND FUTURE
ASPIRATIONS
• Superego – Ia merupakan penghayatan
segala nilai yang ada dalam masyarakat
yang dipelajari kebanyakannya daripada ibu
bapa.
• Pembentukan superego adalah tindak balas
kepada ganjaran dan dendaan yang telah
ditentukan oleh ibu bapa.
• Superego menghalang tingkah laku impulsif
seperti yang terdapat pada id, terutama
tingkah laku yang bersifat seksual atau
agresif.
• Superego juga dapat mempengaruhi ego
supaya bertingkah laku secara realistik dan
bermoral.
• Superego berfungsi untuk mencapai tahap
cemerlang dalam tingkah laku secara kekal.
Model Personaliti
• Freud merupakan ahli psikologi yang pertama memberikan penekanan
kepada peranan zaman bayi dan awal kanak-kanak dalam pembentukan
personaliti seseorang.
• Menurut Freud, personaliti seseorang telah terbentuk pada usia lima tahun,
dan perkembangan yang berlaku selepas ini merupakan pemantapan
struktur personaliti yang telah wujud.
• Oleh sebab itu, tingkah laku mengikut Freud, adalah hasil daripada interaksi
ketiga-tiga komponen personaliti ini dan perhubungannya dengan dunia luar,
tiap-tiap satunya cuba memperoleh kepuasan dengan cara mempengaruhi
tingkah laku individu.
Pembentukan Personaliti
• Mekanisma Pertahanan Diri diperkenalkan oleh Freud merupakan satu
proses tanpa sedar, automatik dan tidak rasional yang digunakan
untuk mengurangkan perasaa-perasaan kebimbangan atau konflik-
konflik emosi.
• Mekanisma ini adalah satu usaha ego yang bertindak sebagai orang
tengah untuk mendamaikan pertelingkahan antara id dan superego
suapaya personaliti seseorang akan beroperasi secara sihat.
Mekanisma Pertahanan Diri (Bela Diri)
Cara asas bagi ego mengawal tingkah laku impulsif ialah dengan memendam
diri atau menekan tingkah laku impulsif.
• Melalui cara ini, tingkah laku impulsif yang liar dipaksa balik kembali ke
bahagian tidak sedar, maka dapatlah imbangan antara id dan ego.
• Akan tetapi, idea yang dipendamkan ini tidak akan terus hilang, ia akan terus
kembali ke bahagian sedar melalui cara lain seperti mimpi atau terlepas
kata.
Antara bentuk-bentuk pertahanan diri termasuk:
a) Menekan Perasaan-
• Ia merupakan proses memberi alasan
kepada tingkah laku yang tidak
diterima.
• Pelajar yang mendapat skor yang
rendah dalam ujian atau peperiksaan
akan mengatakan kegagalannya
disebabkan oleh guru yang agak
kedekut memberi markah yang tinggi.
• Membuat alasan untuk tingkah laku.
• Contoh: “The father who beats his child
justifies it unconsciously by convincing
himself that it is for the child’s own
good”
b) Rasionalisasi
• Dalam penonjolan diri, seseorang
membela dirinya daripada idea atau
ciri peribadi yang tidak diterima oleh
orang lain.
• Seseorang yang mempunyai
perasaan benci kepada orang lain
akan menonjolkan perasaannya
sebagai perasaan benci kawan-kawan
terhadapnya, dan dengan demikian
dia berhak mempunyai perasaan
benci tersebut terhadap kawan-
kawannya.
c) Penonjolan Diri
• Seseorang boleh menunjukkan
tingkah laku yang tidak diterima
dengan menggantikannya dengan
tingkah laku yang diterima oleh
masyarakat.
• Dengan mengambil bahagian dalam
pertandingan tae kwan do atau judo
mungkin boleh menggantikan
tingkah laku agresif.
• Menurut Freud, cara untuk menjadi
manusia matang ialah dengan
mempelajari cara membuat
sublimasi sebagai ganti desakan
naluri yang liar.
d) Sublimasi
• Kebanyakan tingkah laku tidak mempunyai satu matlamat tetapi mungkin
mempunyai satu hierarki matlamat.
• Satu tingkah laku boleh dikatakan mengalami pengalihan apabila matlamat yang
lebih rendah mengambil tempat matlamat yang lebih tinggi.
• Misalnya, seseorang pemandu kereta yang berasa marah apabila ditahan polis
dan didenda kerana memandu dengan laju akan mengalihkan perasaan
marahnya kepada orang lain, mungkin kepada penjual goreng pisang di tepi
jalan kerana lambat membungkus pesanan goreng pisangnya.
e) Pengalihan
• Pampasan adalah satu bentuk
penggantian apabila sesuatu
kelemahan seseorang diatasi dengan
berusaha bersungguh-sungguh dalam
bidang yang berlainan tetapi hampir
sama dengan cita-cita asal.
• Misalnya, seorang pelajar yang gagal
hendak menjadi doktor akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi
seorang ahli farmasi atau doktor
pergigian yang berjaya.
f) Pampasan
• Seseorang mungkin membela sesuatu iea
engan menyokong idea yang bertentangan
dengan idea tersebut.
• Misalnya, seorang yang secara tidak sedar
berasa terancam akibat kegemarannya terhadap
gambar-gambar lucah akan menyokong
penapisan adegan lucah dalam filem berbuat
demikian kerana pembentukan reaksi, tetapi
Freud percaya bahawa kebanyakan tingkah laku
seperti ini adalah membela diri daripada
kerisauan.
g) Pembentukan Reaksi
Nothing is impossible to a willing heart.
- John Heywood
• Dalam pengenalpastian, seseorang
menghayati ciri-ciri individu yang dilihat
sebagai lebih berkuasa, berjaya, atau lebih
baik daripada dirinya sendiri.
• Dalam keadaan begini, terdapat unsur
pertandingan dengan orang yang dikenal
pasti sebagai contoh. Menurut Freud, kanak-
kanak lelaki lebih tertarik kepada ibu
mereka.
• Oleh itu, mereka cuba mengenal pasti
dengan bapa mereka sendiri yang dilihat
sebagai lebih kuat dan mengancam
kedudukan mereka.
• Freud menganggap pengenalpastian
sebagai faktor penting dalam pembentukan
personaliti kerana ia merupakan cara bagi
kanak-kanak memperoleh tingkah laku
orang dewasa.
h) Pengenalpastian
• Selain lapan cara mekanisme bela diri yang
dinyatakan di atas, terdapat juga cara-cara lain
yang telah dikemukakan oleh Freud, iaitu:
• Penidakan
• Fantasi
• Regresi
• Pampasan Melampau
• Intelektualisasi.
g) Mekanisme Bela Diri yang Lain:
Accomplishment of purpose is better than making a profit.
- Nigerien Proverb
• Freud mengenal pasti lima tahap perkembangan
psikoseksual, iaitu:
• Peringkat oral (0 - 1 ½ tahun)
• Peringkat anal (1 ½ - 3 tahun)
• Peringkat falik (3 – 5 tahun)
• Peringkat latensi (6 – 11 tahun)
• Peringkat genital. (12 tahun ke atas – Remaja)
Tahap-Tahap Psikoseksual
• Pada peringkat ini mulut dan
bibir merupakan zon erotik
yang aktif.
• Bayi menumpukan perhatian
kepada aktiviti menyusu
daripada ibunya dan puncak
keseronokan atau seks yang
utama bagi bayi.
a) Peringkat Oral (0 – 1 ½ tahun)
• Pada peringkat ini kanak-kanak sudah
bersedia menguasai dan mengawal fungsi
biologi seperti membuang najis.
• Pada peringkat ini dubur merupakan zon
erotik yang paling aktif di mana penyaluran
kepuasan seks kanak-kanak telah bertukar
dari kawasan mulut ke kawasan dubur.
• Keadaan ini akan melahirkan anak yang
mematuhi arahan ibu bapa dan tidak
berpeluang untuk melakukan sesuatu
pengikut pandangan sendiri.
• Tindakan ini boleh melahirkan anak yang
kedekut, degil, terlalu mementingkan
peraturan, tidak mengendahkan masalah
orang lain, hilang pertimbangan atau
budibicara dan sebagainya apabila dewasa
nanti.
b) Peringkat Anal (1 ½ - 3 tahun)
• Kanak-kanak mula mendapat keseronokan
daripada organ kejantinaan.
• Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak
pada tahap ini suka memegang kawasan
kemaluannya.
• Pada anak perempuan keadaan ini dinamakan
elektra kompleks (lebih tertarik kepada bapa).
• Mengikut Freud, keadaan ini berlaku apabila
kanak-kanak perempuan menyedari bahawa
mereka tidak mempunyai alat kelamin seperti
anak lelaki dan mereka menyalahkan ibu mereka
dalam hal ini.
• Mereka menjadi iri hati (penis envy) pada anak
lelaki.
• Akibatnya, mereka cuba mengalih minat seksual
mereka pada bapa.
c) Peringkat Falik (3 – 5
tahun)
• Sebaliknya, pada anak lelaki akan mengalami
oedipus kompleks (lebih tertarik pada ibu).
• Mereka membentuk sifat permusuhan pada bapa
kerana di bawah sedar mereka merasakan bapa
merupakan penghalang hubungan antara mereka
dengan ibu.
• Pada peringkat ini, juga pembentukan personaliti
mula bertambah jelas iaitu kanak-kanak sudah mula
menggunakan helah bela diri dalam mengatasi
masalah penyesuaian diri.
• Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak itu
gagal dalam ujian, dia akan mengatakan bahawa
pengajaran gurunya kurang difahami dan kurang
baik.
• Peringkat ini merupakan peringkat di mana
kanak-kanak mula mengambil tahu tentang
rakan sebaya.
• Pada peringkat ini kanak-kanak mula
mengalih perasaan kasih sayang kepada
orang lain selain dari ibu bapa dan
keluarganya.
• Pada peringkat ini juga, keperluan seksual
dipendamkan disebabkan interaksi sosialnya
di luar rumah.
• Kanak-kanak lelaki didapati akan lebih suka
berkawan dengan kanak-kanak lelaki dan
kanak-kanak perempuan akan berkawan
dengan kanak-kanak perempuan.
• Secara tidak sedar, keadaan ini akan
menguatkan lagi sifat kelakian pada kanak-
kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada
kanak-kanak perempuan.
C) Peringkat Latensi (6 – 11 tahun)
• Konflik gelora yang dialami pada perngkat
oral, anal dan falik akan menjadi tenang
kerana kanak-kanak terdedah kepada
pengalaman yang beraneka rupa.
• Pengalaman baru telah menggantikan
perasaan gelora dan konflik yang berlaku
pada peringkat-peringkat sebelum ini.
• Bagi Freud, peringkat ini merupakan
peringkat yang agak tenang dalam diri
kanak-kanak tersebut.
• Pada peringkat ini kanak-kanak perlu diberi
peluang untuk bergaul bagi memenuhi
keperluan sosial mereka.
• Pada peringkat in, remaja mula mengambil tahu
rakan sebaya sebaya yang berlainan jantina.
• Pada waktu ini, remaja juga mula memikir isu
cinta, perkahwinan, kerjaya dan masa depan.
• Freud melalui kajiannya, memperkenalkan teori
libido, tenaga seks yang terdapat pada diri
seseorang individu sejak kanak-kanak lagi.
• Apabila tiba di peringkat remaja, tenaga libido ini
akan mendorong seseorang individu menaruh
minat terhadap individu di luar keluarga yang
berlainan jantina.
• Pada masa ini, kelenjar-kelenjar kelamin sudah
mula berfungsi dan alat-alat kelamin melalui
proses perkembangan berfungsi sebagai sumber
kenikmatan dan kepuasan.
d) Peringkat Genital (12 tahun ke atas –
Remaja)
ERIK ERIKSON
STAGES OF PSYCHOSOCIAL DEVELOPMENT
“The cornerstone of a healthy
personality”
AUTONOMY – SHAME/DOUBT
INITIATIVE – GUILT
Better to light one small candle than to curse the darkness.
- Chinese Proverb
Trust vs. Mistrust 0-1
Autonomy vs. Shame & Doubt 1-3
Initiative vs. Guilt 3-6
Industry vs. Inferiority 6-Puberty
Identity vs. Role Confusion Adolescence
Intimacy vs. Isolation YoungAdult
Generativity vs. Stagnation Middle-Age
Integrity vs. Despair Old Age
Erickson’s Stages
• Tokoh Psikologi yang membentuk Teori
Psikososial hasil pengalaman kehidupannya
sendiri dan apa yang dipelajari melalui Freud.
• Beliau menggabungkan 3 faktor yang
mempengaruhi perkembangan individu iaitu
faktor kendiri, emosi dan sosial.
• Teori Erikson berdasarkan 5 prinsip:
a) Manusia mempunyai keperluan asas yang
sama.
b) Perkembangan individu bergantung
kepada tindak balas terhadap keperluan-
keperluan asas.
c) Perkembangan manusia mengikut tahap-
tahap tertentu.
d) Setiap tahap mempunyai konflik dan ia
mesti diatasi sebelum individu dapat
berfungsi dengan jayanya pada tahap
berikutnya.
PSYCHOSOCIAL STAGES OF
DEVELOPMENT
Teori Perkembangan Psikososial Erikson
(1902-1994)
• Pada tahap ini, interaksi erat ibu
bapa dan anak adalah penting.
• Jika bayi menerima kasih sayang
dan jagaan yang sempurna
daripada ibu bapa, bayi akan
memperkembang sifat rasa
percaya.
• Jika tidak, mereka akan
memperkembang sifat takut, rasa
syak wasangka dan tidak percaya
dengan persekitaraan mereka.
Tahap 1- Tahap Percaya Lawan Tidak
Percaya (0 -18 bulan)
• Pada tahap ini, kanak-kanak mula
menyedari bahawa mereka
bertanggungjawab ke atas tingkah laku
mereka sediri.
• Kanak-kanak belajar mengawal diri,
belajar makan dan bermain sendiri.
• Jika ibu bapa menggalakkan anak-anak
mereka semasa ini untuk berdikari dan
menerokai alam sekeliling, anak-anak
akan yakin dengan diri mereka.
• Sebaliknya, jika ibu bapa terlalu
mengawal, anak-anak akan jadi pemalu,
ragu-ragu dan mempersoalkan kebolehan
diri untuk menghadapi dunia.
Tahap 2 – Tahap Autonomi lawan Rasa
Malu/Sangsi (Ragu-Ragu) (1 – 2 tahun)
• Kanak-kanak mula lebih berupaya menerokai
persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri.
• Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang
lebih luas dan bebas bergerak.
• Perkembangan bahasa berkembang dengan
cepat, mereka dapat menyoal, memahami
jawapan dan dapat membayangkan berbagai-
bagai kemungkinan.
• Hasil positif pada tahap ini ialah inisiatif.
Sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini
dihalang daripada melaksanakan kehendak
dan rancangan aktivitinya oleh ibu bapa, ia
akan memperkembang rasa bersalah yang
akan membawa kepada perasaan takut dan
kurang tegas.
Tahap 3 – Tahap Inisiatif lawan Rasa Bersalah
(3 – 5 tahun)
• Kanak-kanak akan mempelajari kemahiran
akademik seperti menulis, membaca, mengira
dan juga kemahiran-kemahiran sosial.
• Jika kanak-kanak ini berjaya memperoleh
kemahiran-kemahiran tersebut dan
pencapaiannya ini dihargai oleh orang lain,
kanak-kanak tersebut akan memperkembang
sifat industri dan mempunyai pandangan yang
positif terhadap pencapaiannya.
• Tetapi, jika kanak-kanak sering dibandingkan
dengan orang lain dan dianggap tidak
berkebolehan ia akan memperkembang sifat
rendah diri.
• Pada masa ini juga, kanak-kanak mula
berinteraksi dengan rakan sebaya dan dengan
cara ini ia mula mengenali dirinya sendiri.
Tahap 4 – Tahap Industri Lawan Rasa Rendah
Diri (6 – 11 Tahun)
• Pada masa ini, Erikson berpendapat tugas remaja ialah memperkembang
satu integrasi diri yang boleh diterima dan unik.
• Remaja hendaklah mencari alternatif-alternatif yang bersangkutan dengan
masa depan mereka.
• Remaja yang mempunyai identiti sendri akan mencipta rancangan masa
depan yang memuaskan dan rasa terselamat.
• Sebaliknya, remaja yang gagal akan memperkembang rasa keliru-peranan,
hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat sebarang
keputusan.
Tahap 5 – Tahap Identiti Lawan Keliru Peranan
(12-19 tahun)
• Tugas individu pada masa ini ialah memperkembang
perhubungan yang rapat dan bermakna dengan orang
lain.
• Jika seseorang individu itu gagal berkongsi moral, emosi
dan seksual dengan orang lain, ia akan merasa tersisih
dan kesunyian.
Tahap 6 – Tahap Intimasi Lawan Isolasi (Awal
Dewasa) (20-40 tahun)
• Pada masa ini, individu mestilah
bertanggungjawab, mempunyai peranan
dalam masyarakat, mencari cara untuk
bersifat produktif dan berupaya
membantu orang lain.
• Hasil positif pada tahap ini ialah
perkembangan generasi yang bermaksud
individu bersa prihatin bukan sahaja
terhadap dirinya sendiri tetapi juga
terhadap orang lain.
• Contohnya, sikap prihatian terhadap alam
sekitar demi generasi akan datang.
• Sebaliknya, penyerapan kendiri
bermaksud seseorang individu itu
cenderung dengan perolehan diri dan
materialistik.
Tahap 7 –Generativiti Lawan Penyerapan-Kendiri
(Dewasa Pertengahan) (40-60 tahun)
• Apabila berada pada peringkat ini, individu akan menilai diri dan
memikirkan kehidupan yang telah dilaluinya serta kematian yang bakal
mendatang.
• Individu akan melihat kembali hidupnya, adakah ia telah mencapai
kepuasan dan adakah ia bangga dengan liku-liku perjuangan yang
ditempuhinya.
• Jika ya, ia akan memperoleh keutuhan.
• Sebaliknya, jika individu itu rasa menyesal dengan jalan-jalan yang
dipilihnya, banyak menempuhi kegagalan, ia akan merasa putus asa.
Tahap 8 – Tahap Keutuhan Lawan Putus Asa
(Tua) (60 tahun ke atas)
Erikson’s Final Stage
• Ego integrity Vs despair: 65+
yrs
– If you have passed through
all stages you look back on
your life with satisfaction
and feelings of
accomplishment
– Those who poorly resolved
earlier crisis or lived life for
themselves oftentimes look
back on one’s life with regret
and the knowledge that it is
too late to start over
Teori Perkembangan Moral Kohlberg
• Kohlberg dianggap pelopor dalam
memperkatakan teori perkembangan
moral.
• 3 peringkat utama dan setiap peringkat
dibahagikan kepada 2 tahap.
A) Peringkat Prakonvensional
Tahap 1: Orientasi Dendaan dan
Kepatuhan
Tahap 2: Orientasi Ganjaran Peribadi
B) Peringkat Konvensional
Tahap 3: Orientasi Harmoni Antara
Peribadi
Tahap 4: Orientasi Undang-Undang dan
Peraturan
C) Peringkat Poskonvensional
Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial
Tahap 6: Orientasi Prinsip Etika Sejagat
Peringkat Prakonvensional
• Terdapat pada kanak-kanak pra sekolah, kebanyakan pelajar sekolah
rendah, sebilangan pelajar sekolah menengah rendah dan sebilangan dari
pelajar sekolah menengah atas.
Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan
• Pemikiran moral adalah berorientasikan egosentrik di mana keselarasan
moral adalah untuk diri sendiri.
• Kanak-kanak berfikir bahawa mereka mematuhi peraturan supaya tidak
dikenakan hukuman dan sebaliknya.
Tahap 2 – Tahap Ganjaran Peribadi
• Seseorang menilai untuk melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk
mendapatkan ganjaran atau balasan baik.
Peringkat Konvensional
• Terdapat kanak-kanak sekolah rendah (tahun 5 dan 6), sebilangan pelajar
sekolah menengah rendah dan kebanyakan pelajar menengah atas. Ada 2
peringkat:
Tahap 3 – Tahap Harmoni Antara Peribadi (Good Boy atau Nice Girl)
• Pada peringkat ini, orientasi moraliti telah berubah kepada sosial order.
• Moraliti seseorang sudah boleh menerima norma masyarakat.
Tahap 4: Tahap Orientasi Undang-Undang dan
Peraturan
• Kesanggupan melakukan sesuatu
tanggungjawab dalam masyarakat dan
mematuhi peraturan sosial yang telah sedia
ada.
• Perlakuan boleh membawa kepada
keharmonian kelompok.
Peringkat Poskonvensional
• Tahap pemikiran moral ini jarang terdapat di
kalangan sekolah atau sebelum mencapai umur
20 tahun.
• Tahap ini terdapat di kalangan pelajar universiti
atau di kalangan orang yang memperjuangkan
sesuatu prinsip kebenaran untuk kepentingan
umum.
Tahap 5 – Tahap Orientasi Kontrak Sosial
• Pemikiran moral pada tahap ini usaha-
usaha mempertahankan hak-hak
asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak
sosial yang telah dipersetujui bersama
dalam masyarakat.
Tahap 6 – Tahap Orientasi Prinsip
Etika Sejagat
• Peringkat tertinggi dalam pemikiran
moral seseorang kerana ia melibatkan
soal falsafah tentang moral itu sendiri.
• Prinsip yang diterima pada tahap ini
bukan semata-mata berdasarkan
penerimaan sosial sahaja, tetapi
adalah prinsip-prinsip yang perlu ada
dalam masyarakat seperti prinsip
keadilan, persamaan hak dan
menghormati maruah individu.
• Kohlberg hanya menumpukan perhatiannya kepada satu
aspek perkembangan moral iaitu jenis penaakulan.
• Beliau gagal menyelidiki aspek tingkah laku dalam
perkembangan moral.
• Ia dikritik kerana menggunakan situasi dan dilema yang
berasaskan hipotesis dalam metodologi kajiannya.
Dilema itu ialah dileme moral abstrak yang tidak relevan
dengan kehidupan subjek.
• Kandungan kemoralan iaitu peraturan dan nilai sejagat
yang dianggap bermoral oleh sesuatu masyarakat
adalah faktor yang tidak penting dalam kelengkapan
moral individu.
Kritikan Ke atas Teori Perkembangan Moral
Kohlberg
• Penolakan konsep kebiasaan. Ramai ahli falsafah,
sosiologi dan psikologi berpendapat bahawa peranan
kebiasaan adalah penting dalam kehidupan moral.
• Kurang merentasi budaya. Ini kerana sampel yang kecil
yang dilibatkan dalam proses penaakulan moral terutama
pada tahap poskonvensional.
• Bias dalam pemilihan sampel. Memihak kepada lelaki dan
tidak menggambarkan cara-cara penaakulan moral pada
wanita.
• Kohlberg membangunkan peringkat-peringkat
perkembangan moral berasaskan falsafah tradisi
masyarakat barat.
Let us strive on to finish the work we are in...
- Abraham Lincoln, sixteenth president of the United States
“LAMBAIAN MALAR HIJAU”
BERSAMA CIKGU JO DAN DANENG
Selagi Jiwa Dikandung Badan,
Teruskan Perjuangan!

More Related Content

Similar to Kuliah 3.ppt

terapi psikoanalitik
terapi psikoanalitikterapi psikoanalitik
terapi psikoanalitikzakwan azhar
 
Psikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianPsikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianJoko Setiawan
 
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...Rozaidi Yusof
 
Big 5 Personality : Learn How to know yourself
Big 5 Personality : Learn How to know yourselfBig 5 Personality : Learn How to know yourself
Big 5 Personality : Learn How to know yourselfSeta Wicaksana
 
Psikologi individual
Psikologi individualPsikologi individual
Psikologi individualNaeya Hasbi
 
transactional analysis/ ERIC BERNE
 transactional analysis/ ERIC BERNE transactional analysis/ ERIC BERNE
transactional analysis/ ERIC BERNEzakwan azhar
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Hafezah Yusof
 
Psikologi sosial pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial   pendekatan beberapa teoriPsikologi sosial   pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial pendekatan beberapa teoriFransiska Hapsari
 
Pendekatan konseling psykoanalisis
Pendekatan konseling psykoanalisisPendekatan konseling psykoanalisis
Pendekatan konseling psykoanalisisvarizalamir
 
Copy of teori psikoanalitik
Copy of teori psikoanalitikCopy of teori psikoanalitik
Copy of teori psikoanalitikelmakrufi
 
Teori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembanganTeori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembanganIwan Kurniarasa
 
Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3bambee255
 
SELF dari Sudut Pandang Psikologi Sosial
SELF dari Sudut Pandang Psikologi SosialSELF dari Sudut Pandang Psikologi Sosial
SELF dari Sudut Pandang Psikologi Sosialajengseptiana
 
Gangguan Konsep Diri
Gangguan Konsep DiriGangguan Konsep Diri
Gangguan Konsep DiriSiti Maemunah
 
Pengembangan kepribadian
Pengembangan kepribadianPengembangan kepribadian
Pengembangan kepribadianpanamjayait
 
Psikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianPsikologi Kepribadian
Psikologi Kepribadiannorthonism
 

Similar to Kuliah 3.ppt (20)

terapi psikoanalitik
terapi psikoanalitikterapi psikoanalitik
terapi psikoanalitik
 
Psikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianPsikologi Kepribadian
Psikologi Kepribadian
 
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
Pringkat pringkatperkembangankanak-kanakdanteori-teoriperkembanganyangberkait...
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
 
Big 5 Personality : Learn How to know yourself
Big 5 Personality : Learn How to know yourselfBig 5 Personality : Learn How to know yourself
Big 5 Personality : Learn How to know yourself
 
Psikologi individual
Psikologi individualPsikologi individual
Psikologi individual
 
transactional analysis/ ERIC BERNE
 transactional analysis/ ERIC BERNE transactional analysis/ ERIC BERNE
transactional analysis/ ERIC BERNE
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
 
Psikologi sosial pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial   pendekatan beberapa teoriPsikologi sosial   pendekatan beberapa teori
Psikologi sosial pendekatan beberapa teori
 
Pendekatan konseling psykoanalisis
Pendekatan konseling psykoanalisisPendekatan konseling psykoanalisis
Pendekatan konseling psykoanalisis
 
Copy of teori psikoanalitik
Copy of teori psikoanalitikCopy of teori psikoanalitik
Copy of teori psikoanalitik
 
Psikogi islam
Psikogi islamPsikogi islam
Psikogi islam
 
Teori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembanganTeori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembangan
 
Teori psikonalisis
Teori psikonalisisTeori psikonalisis
Teori psikonalisis
 
Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3
 
SELF dari Sudut Pandang Psikologi Sosial
SELF dari Sudut Pandang Psikologi SosialSELF dari Sudut Pandang Psikologi Sosial
SELF dari Sudut Pandang Psikologi Sosial
 
Gangguan Konsep Diri
Gangguan Konsep DiriGangguan Konsep Diri
Gangguan Konsep Diri
 
Pengembangan kepribadian
Pengembangan kepribadianPengembangan kepribadian
Pengembangan kepribadian
 
Psikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianPsikologi Kepribadian
Psikologi Kepribadian
 
Seksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursusSeksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursus
 

Kuliah 3.ppt

  • 1. “Lambaian Malar Hijau” “BERSAMA KITA BERJUANG” DR. SUPPIAH NACHIAPPAN 012-5270801 / 05-4506044 KPP1033 - Psikologi Pendidikan Kuliah 3 : Teori Perkembangan Psikoseksual, Psikososial dan Moral
  • 2. Selepas tamat kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan maksud: • psikoseksual, • psikososial dan • moral Objektif: You must motivate yourself EVERYDAY. - Matthew Stasior
  • 3. • The concept of psychosexual development, as envisioned by Sigmund Freud at the end of the nineteenth and the beginning of the twentieth century, is a central element in the theory of psychology. • It consists of five separate phases: oral, anal, phallic, latency, and genital. • In the development of his theories, Freud's main concern was with sexual desire, defined in terms of formative drives, instincts and appetites that result in the formation of an adult personality. Psychosexual Development
  • 4. • “Freud advanced a theory of personality development that centered on the effects of the sexual pleasure drive on the individual psyche” Theory of Personality
  • 6. • Teori Psikoanalitik mula dikemukakan oleh seorang ahli psikologi bangsa Austria bernama Sigmund Freud (1856-1939). • Teori ini dikemukakan berdasarkan pengalamannya bekerja dengan pesakit jiwa di kliniknya di Austria. • Pemikiran Freud memberi kesan mengejut lagi mendalam kepada pemikiran manusia tentang tingkah laku. • Sebelum Freud, para cendiakiawan Barat mengatakan bahawa tingkah laku manusia disebabkan oleh proses pemikiran yang disedari. • Manusia dikatakan bersikap rasional dan sedar akan segala tindakan mereka. Teori Psikoanalitik
  • 7. • Alam Sedar (The Conscious Mind)- Bahagian yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan ingatan. Pada alam sedar ini manusia menyedari dan boleh mengingati apa yang telah dan sedang dilakukannya. • Alam Prasedar (The Preconscious Mind)- Bahagian pada aras ini, manusia sukar menyedari sesuatu yang sudah berlaku tetapi boleh mengingatinya semula sekiranya diberi tumpuan dan renungan yang bersungguh-sungguh. Ia termasuklah pengalaman, ingatan, persepsi dan perasaan. Tiga Alam Kesedaran
  • 8. Alam Tidak sedar (The Unconscious Mind) • Bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Ia merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia. • Ia mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh masyarakat. Kita dipengaruhi oleh dua jenis konflik yang tidak disedari, iaitu konflik agresif dan seksual.
  • 9.
  • 10. • Pada tahun 1923, Freud mengemukakan satu model personaliti yang formal, iaitu id, ego dan superego. • ID - RESERVOIR OF UNCONSCIOUS PSYCHIC ENERGY (SEX & AGGRESSION) • Id - dorongan biologikal dan tenaga naluri yang mendorong manusia untuk bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibat. • Ia mengandungi desakan untuk keperluan- keperluan asas seperti makanan, air dan seks. • Tenaga yang menggerakkan id disebat tenaga libido. • Apabila tenaga ini meningkat, tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan atau disalurkan. Model Personaliti
  • 11. • EGO SEEKS TO GRATIFY THE ID’S IMPULSES IN REALISTIC WAYS, THE “EXECUTIVE”, MEDIATES BETWEEN DEMANDS OF THE ID, SUPEREGO, AND REALITY • REALITY PRINCIPLE - SATISFYING THE ID’S DESIRES IN WAYS THAT WILL REALISTICALLY BRING PLEASURE AND AVOID PAIN • Ego – Ia berasaskan prinsip realiti. Ia bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id mengikut cara yang diterima. • Peranan ego ialah untuk melengahkan kepuasan id sehingga seseorang dapat mencari objek yang sesuai dalam persekitarannya. • Perhubungan antara id dan ego bertentangan. • Ego wujud daripada id dan terus berfungsi untuk memuaskan keperluan id. Model Personaliti
  • 12. • Ia juga perlu berfungsi untuk menghalang, atau sekurang- kurangnya melengahkan tindakan id yang akan membahayakan individu secara fizikal atau psikologikal. • Ego menjadi peratara antara id dengan superego dan sentiasa cuba menyelesaikan keadaan berkonflik, mengurangkan desakan dan bertindak balas secara realistik dan berkesan dengan kebenaran. Model Personaliti
  • 13. • SUPEREGO REPRESENTS INTERNALIZED IDEALS (THE “VOICE OF CONSCIENCE”), PROVIDES STANDARDS FOR JUDGMENTS AND FUTURE ASPIRATIONS • Superego – Ia merupakan penghayatan segala nilai yang ada dalam masyarakat yang dipelajari kebanyakannya daripada ibu bapa. • Pembentukan superego adalah tindak balas kepada ganjaran dan dendaan yang telah ditentukan oleh ibu bapa. • Superego menghalang tingkah laku impulsif seperti yang terdapat pada id, terutama tingkah laku yang bersifat seksual atau agresif. • Superego juga dapat mempengaruhi ego supaya bertingkah laku secara realistik dan bermoral. • Superego berfungsi untuk mencapai tahap cemerlang dalam tingkah laku secara kekal. Model Personaliti
  • 14. • Freud merupakan ahli psikologi yang pertama memberikan penekanan kepada peranan zaman bayi dan awal kanak-kanak dalam pembentukan personaliti seseorang. • Menurut Freud, personaliti seseorang telah terbentuk pada usia lima tahun, dan perkembangan yang berlaku selepas ini merupakan pemantapan struktur personaliti yang telah wujud. • Oleh sebab itu, tingkah laku mengikut Freud, adalah hasil daripada interaksi ketiga-tiga komponen personaliti ini dan perhubungannya dengan dunia luar, tiap-tiap satunya cuba memperoleh kepuasan dengan cara mempengaruhi tingkah laku individu. Pembentukan Personaliti
  • 15. • Mekanisma Pertahanan Diri diperkenalkan oleh Freud merupakan satu proses tanpa sedar, automatik dan tidak rasional yang digunakan untuk mengurangkan perasaa-perasaan kebimbangan atau konflik- konflik emosi. • Mekanisma ini adalah satu usaha ego yang bertindak sebagai orang tengah untuk mendamaikan pertelingkahan antara id dan superego suapaya personaliti seseorang akan beroperasi secara sihat. Mekanisma Pertahanan Diri (Bela Diri)
  • 16. Cara asas bagi ego mengawal tingkah laku impulsif ialah dengan memendam diri atau menekan tingkah laku impulsif. • Melalui cara ini, tingkah laku impulsif yang liar dipaksa balik kembali ke bahagian tidak sedar, maka dapatlah imbangan antara id dan ego. • Akan tetapi, idea yang dipendamkan ini tidak akan terus hilang, ia akan terus kembali ke bahagian sedar melalui cara lain seperti mimpi atau terlepas kata. Antara bentuk-bentuk pertahanan diri termasuk: a) Menekan Perasaan-
  • 17. • Ia merupakan proses memberi alasan kepada tingkah laku yang tidak diterima. • Pelajar yang mendapat skor yang rendah dalam ujian atau peperiksaan akan mengatakan kegagalannya disebabkan oleh guru yang agak kedekut memberi markah yang tinggi. • Membuat alasan untuk tingkah laku. • Contoh: “The father who beats his child justifies it unconsciously by convincing himself that it is for the child’s own good” b) Rasionalisasi
  • 18. • Dalam penonjolan diri, seseorang membela dirinya daripada idea atau ciri peribadi yang tidak diterima oleh orang lain. • Seseorang yang mempunyai perasaan benci kepada orang lain akan menonjolkan perasaannya sebagai perasaan benci kawan-kawan terhadapnya, dan dengan demikian dia berhak mempunyai perasaan benci tersebut terhadap kawan- kawannya. c) Penonjolan Diri
  • 19. • Seseorang boleh menunjukkan tingkah laku yang tidak diterima dengan menggantikannya dengan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. • Dengan mengambil bahagian dalam pertandingan tae kwan do atau judo mungkin boleh menggantikan tingkah laku agresif. • Menurut Freud, cara untuk menjadi manusia matang ialah dengan mempelajari cara membuat sublimasi sebagai ganti desakan naluri yang liar. d) Sublimasi
  • 20. • Kebanyakan tingkah laku tidak mempunyai satu matlamat tetapi mungkin mempunyai satu hierarki matlamat. • Satu tingkah laku boleh dikatakan mengalami pengalihan apabila matlamat yang lebih rendah mengambil tempat matlamat yang lebih tinggi. • Misalnya, seseorang pemandu kereta yang berasa marah apabila ditahan polis dan didenda kerana memandu dengan laju akan mengalihkan perasaan marahnya kepada orang lain, mungkin kepada penjual goreng pisang di tepi jalan kerana lambat membungkus pesanan goreng pisangnya. e) Pengalihan
  • 21. • Pampasan adalah satu bentuk penggantian apabila sesuatu kelemahan seseorang diatasi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang berlainan tetapi hampir sama dengan cita-cita asal. • Misalnya, seorang pelajar yang gagal hendak menjadi doktor akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ahli farmasi atau doktor pergigian yang berjaya. f) Pampasan
  • 22. • Seseorang mungkin membela sesuatu iea engan menyokong idea yang bertentangan dengan idea tersebut. • Misalnya, seorang yang secara tidak sedar berasa terancam akibat kegemarannya terhadap gambar-gambar lucah akan menyokong penapisan adegan lucah dalam filem berbuat demikian kerana pembentukan reaksi, tetapi Freud percaya bahawa kebanyakan tingkah laku seperti ini adalah membela diri daripada kerisauan. g) Pembentukan Reaksi Nothing is impossible to a willing heart. - John Heywood
  • 23. • Dalam pengenalpastian, seseorang menghayati ciri-ciri individu yang dilihat sebagai lebih berkuasa, berjaya, atau lebih baik daripada dirinya sendiri. • Dalam keadaan begini, terdapat unsur pertandingan dengan orang yang dikenal pasti sebagai contoh. Menurut Freud, kanak- kanak lelaki lebih tertarik kepada ibu mereka. • Oleh itu, mereka cuba mengenal pasti dengan bapa mereka sendiri yang dilihat sebagai lebih kuat dan mengancam kedudukan mereka. • Freud menganggap pengenalpastian sebagai faktor penting dalam pembentukan personaliti kerana ia merupakan cara bagi kanak-kanak memperoleh tingkah laku orang dewasa. h) Pengenalpastian
  • 24. • Selain lapan cara mekanisme bela diri yang dinyatakan di atas, terdapat juga cara-cara lain yang telah dikemukakan oleh Freud, iaitu: • Penidakan • Fantasi • Regresi • Pampasan Melampau • Intelektualisasi. g) Mekanisme Bela Diri yang Lain: Accomplishment of purpose is better than making a profit. - Nigerien Proverb
  • 25. • Freud mengenal pasti lima tahap perkembangan psikoseksual, iaitu: • Peringkat oral (0 - 1 ½ tahun) • Peringkat anal (1 ½ - 3 tahun) • Peringkat falik (3 – 5 tahun) • Peringkat latensi (6 – 11 tahun) • Peringkat genital. (12 tahun ke atas – Remaja) Tahap-Tahap Psikoseksual
  • 26. • Pada peringkat ini mulut dan bibir merupakan zon erotik yang aktif. • Bayi menumpukan perhatian kepada aktiviti menyusu daripada ibunya dan puncak keseronokan atau seks yang utama bagi bayi. a) Peringkat Oral (0 – 1 ½ tahun)
  • 27. • Pada peringkat ini kanak-kanak sudah bersedia menguasai dan mengawal fungsi biologi seperti membuang najis. • Pada peringkat ini dubur merupakan zon erotik yang paling aktif di mana penyaluran kepuasan seks kanak-kanak telah bertukar dari kawasan mulut ke kawasan dubur. • Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibu bapa dan tidak berpeluang untuk melakukan sesuatu pengikut pandangan sendiri. • Tindakan ini boleh melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan, tidak mengendahkan masalah orang lain, hilang pertimbangan atau budibicara dan sebagainya apabila dewasa nanti. b) Peringkat Anal (1 ½ - 3 tahun)
  • 28. • Kanak-kanak mula mendapat keseronokan daripada organ kejantinaan. • Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak pada tahap ini suka memegang kawasan kemaluannya. • Pada anak perempuan keadaan ini dinamakan elektra kompleks (lebih tertarik kepada bapa). • Mengikut Freud, keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak perempuan menyedari bahawa mereka tidak mempunyai alat kelamin seperti anak lelaki dan mereka menyalahkan ibu mereka dalam hal ini. • Mereka menjadi iri hati (penis envy) pada anak lelaki. • Akibatnya, mereka cuba mengalih minat seksual mereka pada bapa. c) Peringkat Falik (3 – 5 tahun)
  • 29. • Sebaliknya, pada anak lelaki akan mengalami oedipus kompleks (lebih tertarik pada ibu). • Mereka membentuk sifat permusuhan pada bapa kerana di bawah sedar mereka merasakan bapa merupakan penghalang hubungan antara mereka dengan ibu. • Pada peringkat ini, juga pembentukan personaliti mula bertambah jelas iaitu kanak-kanak sudah mula menggunakan helah bela diri dalam mengatasi masalah penyesuaian diri. • Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak itu gagal dalam ujian, dia akan mengatakan bahawa pengajaran gurunya kurang difahami dan kurang baik.
  • 30. • Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula mengambil tahu tentang rakan sebaya. • Pada peringkat ini kanak-kanak mula mengalih perasaan kasih sayang kepada orang lain selain dari ibu bapa dan keluarganya. • Pada peringkat ini juga, keperluan seksual dipendamkan disebabkan interaksi sosialnya di luar rumah. • Kanak-kanak lelaki didapati akan lebih suka berkawan dengan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan akan berkawan dengan kanak-kanak perempuan. • Secara tidak sedar, keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada kanak- kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. C) Peringkat Latensi (6 – 11 tahun)
  • 31. • Konflik gelora yang dialami pada perngkat oral, anal dan falik akan menjadi tenang kerana kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang beraneka rupa. • Pengalaman baru telah menggantikan perasaan gelora dan konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat sebelum ini. • Bagi Freud, peringkat ini merupakan peringkat yang agak tenang dalam diri kanak-kanak tersebut. • Pada peringkat ini kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
  • 32. • Pada peringkat in, remaja mula mengambil tahu rakan sebaya sebaya yang berlainan jantina. • Pada waktu ini, remaja juga mula memikir isu cinta, perkahwinan, kerjaya dan masa depan. • Freud melalui kajiannya, memperkenalkan teori libido, tenaga seks yang terdapat pada diri seseorang individu sejak kanak-kanak lagi. • Apabila tiba di peringkat remaja, tenaga libido ini akan mendorong seseorang individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga yang berlainan jantina. • Pada masa ini, kelenjar-kelenjar kelamin sudah mula berfungsi dan alat-alat kelamin melalui proses perkembangan berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. d) Peringkat Genital (12 tahun ke atas – Remaja)
  • 34. STAGES OF PSYCHOSOCIAL DEVELOPMENT “The cornerstone of a healthy personality”
  • 37.
  • 38.
  • 39.
  • 40. Better to light one small candle than to curse the darkness. - Chinese Proverb
  • 41. Trust vs. Mistrust 0-1 Autonomy vs. Shame & Doubt 1-3 Initiative vs. Guilt 3-6 Industry vs. Inferiority 6-Puberty Identity vs. Role Confusion Adolescence Intimacy vs. Isolation YoungAdult Generativity vs. Stagnation Middle-Age Integrity vs. Despair Old Age Erickson’s Stages
  • 42. • Tokoh Psikologi yang membentuk Teori Psikososial hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan apa yang dipelajari melalui Freud. • Beliau menggabungkan 3 faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. • Teori Erikson berdasarkan 5 prinsip: a) Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. b) Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan- keperluan asas. c) Perkembangan manusia mengikut tahap- tahap tertentu. d) Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. PSYCHOSOCIAL STAGES OF DEVELOPMENT Teori Perkembangan Psikososial Erikson (1902-1994)
  • 43. • Pada tahap ini, interaksi erat ibu bapa dan anak adalah penting. • Jika bayi menerima kasih sayang dan jagaan yang sempurna daripada ibu bapa, bayi akan memperkembang sifat rasa percaya. • Jika tidak, mereka akan memperkembang sifat takut, rasa syak wasangka dan tidak percaya dengan persekitaraan mereka. Tahap 1- Tahap Percaya Lawan Tidak Percaya (0 -18 bulan)
  • 44. • Pada tahap ini, kanak-kanak mula menyedari bahawa mereka bertanggungjawab ke atas tingkah laku mereka sediri. • Kanak-kanak belajar mengawal diri, belajar makan dan bermain sendiri. • Jika ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka semasa ini untuk berdikari dan menerokai alam sekeliling, anak-anak akan yakin dengan diri mereka. • Sebaliknya, jika ibu bapa terlalu mengawal, anak-anak akan jadi pemalu, ragu-ragu dan mempersoalkan kebolehan diri untuk menghadapi dunia. Tahap 2 – Tahap Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi (Ragu-Ragu) (1 – 2 tahun)
  • 45. • Kanak-kanak mula lebih berupaya menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. • Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. • Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat, mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai- bagai kemungkinan. • Hasil positif pada tahap ini ialah inisiatif. Sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibu bapa, ia akan memperkembang rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas. Tahap 3 – Tahap Inisiatif lawan Rasa Bersalah (3 – 5 tahun)
  • 46. • Kanak-kanak akan mempelajari kemahiran akademik seperti menulis, membaca, mengira dan juga kemahiran-kemahiran sosial. • Jika kanak-kanak ini berjaya memperoleh kemahiran-kemahiran tersebut dan pencapaiannya ini dihargai oleh orang lain, kanak-kanak tersebut akan memperkembang sifat industri dan mempunyai pandangan yang positif terhadap pencapaiannya. • Tetapi, jika kanak-kanak sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap tidak berkebolehan ia akan memperkembang sifat rendah diri. • Pada masa ini juga, kanak-kanak mula berinteraksi dengan rakan sebaya dan dengan cara ini ia mula mengenali dirinya sendiri. Tahap 4 – Tahap Industri Lawan Rasa Rendah Diri (6 – 11 Tahun)
  • 47. • Pada masa ini, Erikson berpendapat tugas remaja ialah memperkembang satu integrasi diri yang boleh diterima dan unik. • Remaja hendaklah mencari alternatif-alternatif yang bersangkutan dengan masa depan mereka. • Remaja yang mempunyai identiti sendri akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa terselamat. • Sebaliknya, remaja yang gagal akan memperkembang rasa keliru-peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat sebarang keputusan. Tahap 5 – Tahap Identiti Lawan Keliru Peranan (12-19 tahun)
  • 48. • Tugas individu pada masa ini ialah memperkembang perhubungan yang rapat dan bermakna dengan orang lain. • Jika seseorang individu itu gagal berkongsi moral, emosi dan seksual dengan orang lain, ia akan merasa tersisih dan kesunyian. Tahap 6 – Tahap Intimasi Lawan Isolasi (Awal Dewasa) (20-40 tahun)
  • 49. • Pada masa ini, individu mestilah bertanggungjawab, mempunyai peranan dalam masyarakat, mencari cara untuk bersifat produktif dan berupaya membantu orang lain. • Hasil positif pada tahap ini ialah perkembangan generasi yang bermaksud individu bersa prihatin bukan sahaja terhadap dirinya sendiri tetapi juga terhadap orang lain. • Contohnya, sikap prihatian terhadap alam sekitar demi generasi akan datang. • Sebaliknya, penyerapan kendiri bermaksud seseorang individu itu cenderung dengan perolehan diri dan materialistik. Tahap 7 –Generativiti Lawan Penyerapan-Kendiri (Dewasa Pertengahan) (40-60 tahun)
  • 50. • Apabila berada pada peringkat ini, individu akan menilai diri dan memikirkan kehidupan yang telah dilaluinya serta kematian yang bakal mendatang. • Individu akan melihat kembali hidupnya, adakah ia telah mencapai kepuasan dan adakah ia bangga dengan liku-liku perjuangan yang ditempuhinya. • Jika ya, ia akan memperoleh keutuhan. • Sebaliknya, jika individu itu rasa menyesal dengan jalan-jalan yang dipilihnya, banyak menempuhi kegagalan, ia akan merasa putus asa. Tahap 8 – Tahap Keutuhan Lawan Putus Asa (Tua) (60 tahun ke atas)
  • 51. Erikson’s Final Stage • Ego integrity Vs despair: 65+ yrs – If you have passed through all stages you look back on your life with satisfaction and feelings of accomplishment – Those who poorly resolved earlier crisis or lived life for themselves oftentimes look back on one’s life with regret and the knowledge that it is too late to start over
  • 52. Teori Perkembangan Moral Kohlberg • Kohlberg dianggap pelopor dalam memperkatakan teori perkembangan moral. • 3 peringkat utama dan setiap peringkat dibahagikan kepada 2 tahap. A) Peringkat Prakonvensional Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan Tahap 2: Orientasi Ganjaran Peribadi B) Peringkat Konvensional Tahap 3: Orientasi Harmoni Antara Peribadi Tahap 4: Orientasi Undang-Undang dan Peraturan C) Peringkat Poskonvensional Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial Tahap 6: Orientasi Prinsip Etika Sejagat
  • 53. Peringkat Prakonvensional • Terdapat pada kanak-kanak pra sekolah, kebanyakan pelajar sekolah rendah, sebilangan pelajar sekolah menengah rendah dan sebilangan dari pelajar sekolah menengah atas. Tahap 1: Orientasi Dendaan dan Kepatuhan • Pemikiran moral adalah berorientasikan egosentrik di mana keselarasan moral adalah untuk diri sendiri. • Kanak-kanak berfikir bahawa mereka mematuhi peraturan supaya tidak dikenakan hukuman dan sebaliknya.
  • 54. Tahap 2 – Tahap Ganjaran Peribadi • Seseorang menilai untuk melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan baik. Peringkat Konvensional • Terdapat kanak-kanak sekolah rendah (tahun 5 dan 6), sebilangan pelajar sekolah menengah rendah dan kebanyakan pelajar menengah atas. Ada 2 peringkat: Tahap 3 – Tahap Harmoni Antara Peribadi (Good Boy atau Nice Girl) • Pada peringkat ini, orientasi moraliti telah berubah kepada sosial order. • Moraliti seseorang sudah boleh menerima norma masyarakat.
  • 55. Tahap 4: Tahap Orientasi Undang-Undang dan Peraturan • Kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang telah sedia ada. • Perlakuan boleh membawa kepada keharmonian kelompok. Peringkat Poskonvensional • Tahap pemikiran moral ini jarang terdapat di kalangan sekolah atau sebelum mencapai umur 20 tahun. • Tahap ini terdapat di kalangan pelajar universiti atau di kalangan orang yang memperjuangkan sesuatu prinsip kebenaran untuk kepentingan umum.
  • 56. Tahap 5 – Tahap Orientasi Kontrak Sosial • Pemikiran moral pada tahap ini usaha- usaha mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam masyarakat. Tahap 6 – Tahap Orientasi Prinsip Etika Sejagat • Peringkat tertinggi dalam pemikiran moral seseorang kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral itu sendiri. • Prinsip yang diterima pada tahap ini bukan semata-mata berdasarkan penerimaan sosial sahaja, tetapi adalah prinsip-prinsip yang perlu ada dalam masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan hak dan menghormati maruah individu.
  • 57. • Kohlberg hanya menumpukan perhatiannya kepada satu aspek perkembangan moral iaitu jenis penaakulan. • Beliau gagal menyelidiki aspek tingkah laku dalam perkembangan moral. • Ia dikritik kerana menggunakan situasi dan dilema yang berasaskan hipotesis dalam metodologi kajiannya. Dilema itu ialah dileme moral abstrak yang tidak relevan dengan kehidupan subjek. • Kandungan kemoralan iaitu peraturan dan nilai sejagat yang dianggap bermoral oleh sesuatu masyarakat adalah faktor yang tidak penting dalam kelengkapan moral individu. Kritikan Ke atas Teori Perkembangan Moral Kohlberg
  • 58. • Penolakan konsep kebiasaan. Ramai ahli falsafah, sosiologi dan psikologi berpendapat bahawa peranan kebiasaan adalah penting dalam kehidupan moral. • Kurang merentasi budaya. Ini kerana sampel yang kecil yang dilibatkan dalam proses penaakulan moral terutama pada tahap poskonvensional. • Bias dalam pemilihan sampel. Memihak kepada lelaki dan tidak menggambarkan cara-cara penaakulan moral pada wanita. • Kohlberg membangunkan peringkat-peringkat perkembangan moral berasaskan falsafah tradisi masyarakat barat. Let us strive on to finish the work we are in... - Abraham Lincoln, sixteenth president of the United States
  • 59. “LAMBAIAN MALAR HIJAU” BERSAMA CIKGU JO DAN DANENG Selagi Jiwa Dikandung Badan, Teruskan Perjuangan!