SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1
1.0 PENGENALAN
Kod etika bertujuan untuk menyediakan garis panduan kepada kaunselor
dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap
menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor.
Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselordalam menjalin
perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan,individu dan
profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi
etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan
dan identiti sebagai seorang kaunselor.
Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling
dan memberi penekanan kepada harga diri, dan keunikan semua individu termasuk
hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion
kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.
2
2.0 KONSEP ETIKA
Etika merupakan satu batasan yang dikenakan untuk mengehadkan tingkah laku
manusia. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos”
yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, etika merupakan satu garis
panduan yang digunakan untuk menolong seseorang ahli professional
melaksanakan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Etika
menyatakan tentang perkara yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan
ataupun nilai. Dalam etika mempunyai tiga ciri utama iaitu, bertindak sebagai
peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu
dipatuhi.
Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang
ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh
kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Etika dalam kaunseling
merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Setiap kaunselor perlu
memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya dapat menjaga imej bidang
kaunseling.
Menurut Othman Mohamed dalam Othman Mohamed, 2005:283-284,
menyatakan bahawa kod etika adalah tatasusila yang menentukan peraturan
kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Menurut
Akinade (2005) etika adalah bersifat normatif dan memberi tumpuan kepada prinsip
dan standard yang mengawal hubungan antara individu, seperti kaunselor dan klien.
Menurut Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, (2002),
etika merupakan satu panduan yang dapat memastikan tugas kaunselor dapat
dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin
dicapai. Tujuan utama etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling
adalah untuk melahirkan kaunselor yang cekap dan kurang melakukan kesilapan.
Selain itu, penekanan etika dalam perkhidmatan kaunseling dapat meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan.
Pada kesimpulannya, daripada beberapa definisi di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak
manusia bertingkah laku.
3
2.1 PRINSIP-PRINSIP ETIKAKAUNSELING
Seorang kaunselor perlu menerapkan prinsip etika dalam ke dalam
praktisnya. Menurut Othman (2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan
Pengurusan dalam Kaunseling, prinsip etika adalah satu tahap penaakulan yang
lebih tinggi yang dapat membantu kaunselor membuat penilaian dan keputusan
yang lebih baik terhadap isu yang dibawa oleh klien. Beliau juga menggariskan
beberapa prinsip etika dalam buku tersebut.
Rajah 1: Prinsip-prinsip Etika
Rajah 1, menunjukkan prinsip-prinsip etika yang telah digariskan oleh
Othman (2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.
a) Prinsip Autonomi
Prinsip ini melibatkan usaha seseorang untuk bertindak secara bebas
berasaskan nilai dan kata putusnya. Autonomi merujuk kepada syarat yang
membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan yang diingini atau memberi
sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang
dirasakannya baik. Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan
dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Ia juga
mempunyai kaitan dengan tanggungjawab atas perlakuan diri sendiri. Apabila
Prinsip-
Prinsip
Etika
Membuat
Kebaikan
Persetujuan
Termaklum
Non-
Maleficence
(Keselamatan
Klien
Keadilan
Kesetiaan
Autonomi
4
seorang individu bertindak mengikut autonomi, beliau akan bertanggungjawab pada
perlakuannya kerana beliau sudah melaksanakan kebebasan pemilihan dalam
membuat keputusan. Selain itu, apabila seseorang individu menuntut hak
kebebasan diri, maka dalam masa yang sama dia akan menghormati hak orang
lain. Dalam kaunseling, contohnya klien mempunyai hak untuk menerima layanan
yang baik semasa sesi kaunseling.
b) Prinsip membuat kebaikan (Beneficence)
Prinsip ini berasaskan kepada niat untuk melakukan sesuatu dengan niat
yang bersih serta hasrat yang murni agar proses kaunseling membawa kesan serta
faedah kepada klien. Prinsip ini difahami sebagai membuat kebaikan dengan
menjalankan proses kaunseling secara berkesan dan berfaedah. Dalam kaunseling,
prinsip ini selaras dengan niat menjalankan proses kaunseling itu secara berkesan
serta berfaedah. Hasil kaunseling diharap akan dapat memberi sumbangan yang
bermakna dan boleh membantu klien hidup sebagai seorang ahli yang sempurna
dalam masyarakat. Menurut Othman Mohamed (2005), prinsip kerahsiaan
maklumat perlu diberi timbangan untuk menghadapi dilema etika.
Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh
mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga
harus memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan,
rakaman kaset dan video disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang
mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh mendapatkan rekod maklumat tersebut.
Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri
sebagai individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk
menjaga hak dan kepentingan privasi klien.
c) Persetujuan termaklum
Prinsip ini merujuk kepada informed consent dimana klien berhak
mengetahui dan diberi penjelasan tentang tujuan dan proses kaunseling. Menurut
Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan perjanjian utama bagi
melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan
kaunseling dijalankan. Ia juga membawa maksud tidak memudaratkan klien atau
orang lain dan tidak melakukan kerosakan sepanjang proses kaunseling
5
berlangsung. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang kaunselor
untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara-
perkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan
kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang
melibatkan kaunselor dan juga klien. Klien juga berhak mengetahui daripada
kaunselor tentang kesan atau akibat yang akan dapat kepada dirinya atau orang
yang rapat dengannya berkaitan dengan proses kaunseling tersebut. Menurut
Othman Mohamed(2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam
Kaunseling, seorang kaunselor perlu prihatin dalam mengatur sesebuah proses
kaunseling agar tidak mendatangkan sebarang bahaya dan risiko kepada dirinya,
klien dan masyarakat.
d) Prinsip keselamatan klien
Prinsip ini menekankan kepada kepentingan menjaga keselamatan klien.
Keselamatan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari
segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal. Selain itu, etika ini juga
menggariskan bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri
kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang
kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi dalam
kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk menghalang orang lain
daripada menggunakan maklumat tersebut.
e) Prinsip keadilan.
Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling
ialah keadilan. Prinsip ini menerima bahawa semua insan adalah sama. Prinsip
Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua
perkara sebagai contoh dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.
Menurut agama Islam, konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai meletakkan
sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya di mana ia
melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan yang sepatutnya.
Mengikut prinsip etika ini, kaunselor tidak boleh mengamalkan atau
melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek seperti
budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal
6
dan mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status
sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan
kaunselor. Kaunselor seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki
oleh klien. Menurut Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof,
(2002), kaunselor haruslah mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif
mereka terhadap sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka dihormati.
Prinsip etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga
menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien
dan melayan klien secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada
manusia.
f) Prinsip kesetiaan
Prinsip ini merujuk kepada ketaatan dalam perhubungan antara insan.
Kesetiaan bermaksud adanya janji untuk melengkapkan sesuatu tindakan antara
dua pihak. Prinsip ini berkait rapat dengan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan.
Kepercayaan adalah perkara yang asas dalam prinsip etika kerahsiaan. Ia juga
merupakan satu elemen yang penting dalam kaunseling. Klien percaya bahawa
kaunselor akan memelihara kepercayaannya dengan menjaga kerahsiaan
maklumat yang telah dikongsi dengannya. Dengan kepercayaan tersebut, klien
dapat berkongsi masalahnya dengan kaunselor tanpa ada sebarang gangguan.
Oleh itu, kerahsiaan adalah asas kepada prinsip kesetiaan.
7
2.2 TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING.
2.3.1 : KOD TATALAKU
Kaunselor hendaklah sentiasa menjaga tatalakunya untuk memelihara
standard dan identiti sebagai seorang kaunselor yang berprofesional. Kaunselor
hendaklah sentiasa berusaha untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan,
kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Seorang kaunselor yang
berprofesional, perlu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, objektif
dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. Kaunselor mempunyai banyak
tanggungujawab sebagai seorang kaunselor yang berprofesional.
RAJAH 2: TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL
A) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN
Kaunselor mempunyai beberapa tanggungjawab terhadap klien. Antaranya
adalah, kaunselor perlu mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu
atau klien kelompok. Selain itu, kaunselor perlu menghormati privasi klien dan
merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling dijalankan
melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di
persekitarannya.
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
8
Kaunselor perlu memahami dan menghormati latar belakang klien. Semasa
sesi kaunseling dijalankan, kaunselor perlu berusaha untuk memelihara
kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk
kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan
sebagainya. Seterusnya, kaunselor perlu membimbing klien ke arah pembentukan
sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu
menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
Selain itu, kaunselor perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi,
ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan
diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal dan
mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun. Kaunselor hendaklah
menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di
peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan. Persetujuan
antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah
dengan persetujuan bersama.
Dalam hal ini dapat tahu bahawa klien atau orang lain berada dalam
keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk
menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat. Kaunselor tidak digalakkan
memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa
yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan
pihak pentadbiran yang membuat penilaian. Kaunselor tidak boleh menghalang
klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada
kaunselor lain. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani
kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan
perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor hendaklah merujuk
klien tersebut kepada pihak yang berkenaan. Kaunselor hendaklah menyediakan
tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seterusnya
diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi
kaunseling yang dirakam audio atau video.
9
B) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN
Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan
profesionalismenya. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil
dan terbuka terhadap rakan profesionalnya. Kaunselor bertanggungjawab untuk
mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang
tidak beretika. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu
serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan
perlakuan yang tidak beretika.
C) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT
Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur-unsur sosio-
budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat. Kaunselor hendaklah mematuhi
undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-
undang tersebut.

D) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN
Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani
dengan organisasi tempat dia berkhidmat. Kaunselor hendaklah berusaha untuk
mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah
berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan
pekerjaan.
Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap
kecekapan profesionalnya. Selain itu, kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan
interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat
kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum
atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.
Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan
yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan
perkhidmatannya. Kaunselor juga perlu membenarkan dirinya dinilai secara
profesional dari masa ke masa. Kaunselor sentiasa bersama-sama dengan
bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.
10
3.0 MEMBUAT JUSTIFIKASI TERHADAP JURNAL MERUJUK KEPADA KOD
ETIKA KAUNSELOR DAN ISU-ISU ETIKA DALAM PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
3.1 : DEFINISI ORANG KURANG UPAYA
Orang Kurang Upaya adalah seseorang yang tidak berupaya menentukan
sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa
seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan
sesuatu kekurangan sama ada diri dari fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku
semenjak lahir atau kemudian dari itu.
Menurut WHO(World Health Organisation), orang kurang upaya
didefinisikan sebagai Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah
mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari
melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran
dan vokasional.
Orang kurang berupaya terbahagi kepada tiga kategori.
Gambar 1: Kategori-Kategori Orang Kurang Berupaya
a) Kecacatan Fizikal
Kecacatan fizikal adalah seseorang yang disebabkan oleh keadaan fizikal
terhalang dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial ,rekreasi dan
vokasional. Contohnya: autism.
b) Kecacatan Mental
Kecacatan mental adalah keadaan perkembangan otak yang terbantut
terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau
latihan khas. Contohnya: Down Sindrom.
c) Kecacatan Sensori
Orang
Kurang
Upaya
Kecacatan Fizikal
Kecacatan Mental
Kecacatan Sensori
11
Kecacatan sensori melibatkan kecacatan deria pada pada manusia seperti
deria pada manusia seperti deria pendengaran dan penglihatan. Contohnya pekak
dan buta.
12
3.2 JUSTIFIKASI TERHADAP JURNAL MERUJUK KEPADA KOD ETIKA
KAUNSELOR DAN ISU-ISU ETIKADALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
Dengan mengkaji jurnal ‘Persepsi, penerimaan serta kebolehpercayaan
orang kurang upaya terhahap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia’
yang ditulis oleh Zuhda Husaian & Nor Shafrin Ahmad saya dapat mengetahui
bahawa terdapat banyak pandangan dalam kalangan orang kurang upaya terhadap
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan kaunselor dan setiap orang
mempunyai pandangan yang berbeza. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk
mengenal pasti penerimaan, persepsi serta kebolehkepercayaan klien Orang
Kurang Upaya terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling dalam usaha untuk
membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Dengan kajian
ini saya dapat tahu bahawa golongan kurang upaya mempunyai kekangan dan
masalah dari segi penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor dan juga
perkhidmatan kaunseling.
Dengan dapatan kajian tersebut, ramai dalam kalangan OKU memberikan
persepsi yang berbeza terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang
diikuti. Malah, terdapat kekangan daripada segi penerimaan dan kebolehpercayaan
OKU terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada
mereka. Berikut merupakan analisis yang diperolehi dari temubual yang dijalankan.
a) Perasaan menghadiri sesi kaunseling
Semasa sesi temubual dijalankan, majoriti daripada responden menyatakan
bahawa mereka tidak suka apabila dipanggil untuk mengikuti sesi kaunseling.
Apabila pengkaji bertanya sebabnya, mereka menyatakan bahawa mereka
menganggap kaunseling hanya diberikan kepada individu yang bermasalah tingkah
laku dan mempunyai masalah perhubungan. Oleh sebab itu, mereka menolak untuk
menyertai sesi kaunseling. Apabila bertanya tentang perasaan mereka, ada dalam
kalangan mereka yang menyatakan perasaan teruja untuk bersama-sama ahli
kelompok lain kerana tidak pernah menghadiri mana-mana sesi sebelum ini. Ada
juga responden yang menyatakan bahawa tiada ada apa-apa perasaan selepas
menyertai sesi kaunseling dan ia adalah biasa sahaja. Menurut pendapat Sapora
dan Wan Anor (2000), kaunselor perlu menangani klien yang tidak rela dan resisten
melalui pelbagai cara seperti memberi keyakinan dan kepercayaan kepada klien
13
bahawa kaunselor rela membantu dan mendengar apa-apa yang dinyatakan oleh
klien.
b) Pengetahuan mengenai kaunseling
Dengan kajian ini, terdapat dua jawapan untuk soalan tentang pengetahuan
mengenai kaunseling iaitu ‘Ya’, atau ‘Tidak’. Terdapat responden yang menyatakan
bahawa mereka hanya mengetahui tentang kaunseling, semasa belajar di sekolah
tetapi mereka tidak pernah menghadirinya. Situasi ini mungkin berlaku, kerana
mereka kurang mempunyai pendedahan dan pengetahuan mengenai fungsi dan
peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam membantu mereka
menangani masalahnya. Ada juga responden yang menyatakan bahawa, di pusat
institusi terdapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tetapi mereka tidak tahu
mengenai fungsinya. Keadaan ini menggambarkan bahawa, perkhidmatan
kaunseling di institusi tidak diberikan kepada OKU. Selain itu, ada juga responden
yang memberi persepsi bahawa perkhidmatan kaunseling yang diberikan
merupakan satu hukuman kepada seseorang yang berlakuan tidak baik,
bermasalah dalam perhubungan dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Mereka
juga memaklumkan bahawa mereka tidak pernah mengambil insiatif untuk
mengambil tahu mengenai perkhidmatan kaunseling dan juga fungsinya kepada
golongan kurang upaya. Keadaan ini berlaku, kerana mereka tidak berminat untuk
mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kerana berasa selesa dengan apa yang
dimiliki sekarang. Selain itu, situasi ini juga mungkin berlaku, kerana kaunselor tidak
memainkan peranannya sebagai kaunselor dengan betul. Tambahan pula,
kaunselor juga mungkin kurang berpeka terhadap keperluan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling kepada OKU dari segi psikososial mereka. Peranan
seorang kaunselor amat penting dalam pendedahan mengenai keperluan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada OKU. Selain itu, kaunseling juga
perlu berpeka terhadap kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
kepada OKU. Kaunselor juga tidak boleh menganggap bahawa perkhidmatan
kaunseling hanya diberikan kepada OKU apabila mereka mempunyai masalah
disiplin atau masalah pembelajaran. Seterusnya, kaunselor perlu menerima klien
OKU dengan hati yang terbuka, empati dan kaunselor juga perlu memberi
kepercayaan kepada klien supaya mereka menganggap bahawa perkhidmatan
kaunseling dapat menyelesaikan masalah mereka dalam kehidupan.
14
c) Pandangan mengenai kaunselor
Dalam bahagian ini, pengkaji mengemukakan soalan kepada responden
mengenai pandangan terhadap kaunselor. Dengan kajian ini, saya dapat tahu
bahawa, responden tidak mempunyai pandangan yang positif mengenai kaunselor.
Ramai responden menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui kaunselor dalam
sesi kaunseling. Selain itu, responden juga memberi pendapat bahawa kaunselor
hanya mencungkil masalah mereka dan ingin mendapatkan maklumat mengenai
perkara-perkara yang buruk mengenai mereka. Hal ini menyebabkan responden
tidak berasa selesa dan tidak berminat untuk mengikuti sesi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Mereka juga enggan membincangkan tentang
masalahnya kepada klien. Situasi ini akan menjadi rumit apabila klien tersebut tidak
rela untuk mengikuti sesi kaunseling. Selain itu, ada juga responden yang
menganggap bahawa sesi kaunseling tersebut tidak akan memberi apa-apa fungsi
kepada mereka dan mereka juga menganggap bahawa kaunselor tidak boleh
membantu mereka dalam menyelesaikan masalahnya.
Daripada pendapat pendapat responden-responden tersebut, pengkaji dapat
tahu bahawa, tiada komunikasi terbuka berlaku antara responden dan kaunselor
dalam sesi kaunseling. Selain itu, kaunselor juga gagal menunjukkan sikap-sikap
positif kepada klien semasa mengendalikan sesi kaunseling.
Menurut Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002), terdapat
banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membantu klien dalam penerimaan
kaunselor. Antaranya ialah, kaunselor perlu jujur dan berterus terang apabila
menjalankan sesi kaunseling. Selain itu, kaunselor juga perlu menerangkan tentang
peranan kaunselor dan peranan klien dalam satu sesi kaunseling supaya klien
dapat mengetahui tentang peranannya dan ia dapat membantu sesi tersebut dapat
dijalankan dengan lancar. Melalui, komunikasi yang baik dan berkesan klien dapat
memberikan persepsi yang baik terhadap kaunselor.
d) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor.
Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan
hubungan yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Daripada dapatan kajian
ini, pengkaji mendapati bahawa ramai responden tidak mempunyai pandangan yang
positif terhadap klien. Responden tidak mempunyai kepercayaan bahawa kaunselor
dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalahnya. Kajian ini juga
15
menunjukkan bahawa responden menganggap kaunselor hanya mencungkil
keburukan klien dan menceritakan masalah mereka kepada orang lain. Hal ini
menunjukkan bahawa responden tidak mempercayai kerahsiaan yang ditekankan
dalam sesi kaunseling. Responden juga tidak yakin bahawa kaunselor akan
menyimpan rahsiah yang dikongsi dalam sesi kaunseling sebaliknya, kaunselor
akan menceritakan rahsiahnya kepada orang lain. Pendapat ini, bertentangan
dengan etika kaunseling. Keadaan ini boleh menyebabkan klien tidak rela dan tidak
senang untuk berkongsi masalah kepada kaunselor.
Dalam hal ini, isu kerahsiaan amat ditekankan. Kaunselor tidak boleh
berkongsi maklumat rahsiah tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau
undang-undang yang mantap. Sekiranya kaunselor berpegang kepada prinsip dan
etika kerahsiaan yang telah ditetapkan oleh Akta Kaunselor(1998), klien tidak
berasa terancam ketika mengikuti sesi kaunseling. Mengikut kod etika, kaunselor
perlulah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi
perkhidmatan kaunseling. Hal ini menyebabkan, klien dapat menceritakan
masalahnya kepada kaunselor dengan bebas dan tanpa takut.
Selain itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa, dalam kalangan OKU
menganggap bahawa kaunselor hanya memberikan ceramah seperti ceramah
agama, ataupun ceramah motivasi. Hal ini menyebabkan klien enggan mengikuti
sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu peka terhadap isu keagamaan.
Kaunselor tidak boleh menceritakan tentang agama semasa sesi kaunseling.
Seterusnya, klien tidak boleh menerima kaunselor apabila dia merupakan
klien dirujuk. Responden menganggap kaunselor kurang mesra. Untuk
mengelakkan perasaan ini wujud dalam kalangan klien, kaunselor perlu mengenal
pasti tahap pengetahuan serta keupayaan diri sendiri ketika menjalankan sesi
bersama golongan ini.
Kebolehpercayaan juga ditekankan dalam kajian ini. Empat orang responden
memberi pendapat bahawa mereka tidak percaya bahawa kaunselor dapat
membantu mereka kerana kaunselor kelihatan muda. Mereka berfikir bahawa
bolehkah kaunselor muda ini dapat memahami masalah mereka. Selain itu, ada
juga responden tidak mempercayai kaunselor kerana perwatakannya sangat
lembut. Oleh sebab itu, kaunselor perlu berpeka terhadap orang lain, memiliki
kemampuan menganalisa kekuatan dan kelemahan seseorang secar objektif. Pada
keseluruhannya, kematangan seorang kaunselor akan menjayakan proses
kaunseling denga berkesan.
16
e) Kepercayaan terhadap ahli kelompok.
Dalam kajian ini, semua responden menyatakan bahawa mereka tidak
mempunyai kepercayaan terhadap ahli kelompoknya. Mereka menganggap bahawa
ahli kelompok lain akan menyebarkan masalahnya kepada orang lain. Oleh itu,
mereka rasa kurang selesa untuk berkongsi masalahnya. Dalam hal ini, kaunselor
boleh menjalankan sesi kaunselong individu supaya mereka rasa lebih selesa untuk
mengikuti sesi kaunseling.
f) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan
kaunseling.
1) Persepsi
Ramai responden menganggap bahawa kaunseling hanya untuk individu
yang bermasalah disiplin, bergaduh, merokok dan masalah tingkah laku. Pada
pendapat responden, apabila seorang individu dipanggil untuk sesi kaunseling,
individu tersebut mesti mempunyai masalah tingkah laku. Hal ini menyebabkan
responden tidak berminat untuk menghadiri sesi kaunseling. Selain itu, ada juga
responden yang menganggap bahawa kaunseling merupakan satu ceramah
keagamaan. Dalam menangani masalah ini, kaunselor perlu memberi pendedahan
kepada responden mengenai kaunseling.
2) Kebolehpercayaan
Menurut responden, nilai kebolehpercayaan sangat sukar untuk dizahirkan
pada awal sesi. Tetapi mereka mula percaya apabila memasuki sesi pertengahan.
Kaunselor perlu berusaha untuk menghubungi dan menyelami secara dalam
kehidupan klien yang sebenar. Selain itu, kaunselor juga perlu mengambil berat
tentang klien dan tidak boleh berat sebelah dalam mehami klien.
17
3) Pengalaman selepas mengikuti sesi kaunseling
Selepas mengikuti sesi kaunseling, responden mempunyai tanggapan yang
positif terhadap perkhidmatan kaunseling. Mereka menganggap kaunseling dapat
membantu mereka menyelesaikan masalah dan mengurangkan kebebanan. Selain
itu, dalam perkongsian masalah dengan kaunselor, responden dapat mencari
penyelesaian masalah untuk membantu ahli kelompok yang lain. Selain itu, mereka
juga menggubah pandangan mereka, iaitu kaunseling adalah penyebaran agama.
Akhirnya, responden juga dapat mempercayai bahawa kaunselor merupakan
penggerak kelompok berkenaan dan beliau dapat membantu mereka
menggurangkan kebebanannya.
3) Perasaan selepas mengikuti sesi kaunseling
Pada akhir sesi kaunseling, semua responden berasa lega dan tenang.
Mereka tidak lagi mempunyai persepsi yang negative terhadap perkhidmatan
kaunseling dan kaunselor. Mereka menganggap bahawa sesi kaunseling dapat
mengurangkan kebebanan mereka dalam masalahnya. Responden juga mula
mempercayai ahli kelompok yang lain. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
responden dapat menerima perkhidmatan kaunseling dan kaunselor selepas
mereka memahami fungsi dan peranan kaunselor dan kaunseling. Oleh sebab itu,
kaunselor perlu menerangkan peranan kaunseling kepada klien sebelum
memulakan sesi.
18
4.0 RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa Kod Etika
adalah medium yang amat penting bagi setiap kaunselor bagi menjalankan
tanggungjawabnya dengan efektif.
Kod etika telah menjadi garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi
asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng
daripada standard perlakuan kaunselor.
Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang
ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh
kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Etika dalam kaunseling
merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Setiap kaunselor perlu
memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya dapat menjaga imej bidang
kaunseling

More Related Content

What's hot

Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunseling
eaglered007
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
Herney Aqilah Kay
 
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienKepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Ramadas Daughter
 

What's hot (20)

Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunseling
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolah
 
Bab 1 Perkhidmatan Menolong
Bab 1  Perkhidmatan Menolong Bab 1  Perkhidmatan Menolong
Bab 1 Perkhidmatan Menolong
 
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dterapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Rumusan (sub topik asas kaunseling)
Rumusan (sub topik asas kaunseling)Rumusan (sub topik asas kaunseling)
Rumusan (sub topik asas kaunseling)
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
ulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budayaulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budaya
 
terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individu
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klienKepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
Kepentingan hubungan antara kaunselor dan klien
 
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
 

Similar to etika dan prinsip.docx

Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
ShaZila Niza
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
RoslizaMusa
 
How you handle wisely
How you handle wiselyHow you handle wisely
How you handle wisely
NUR HIDAYAH
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Humyra Amer
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
Rasit Masrii
 

Similar to etika dan prinsip.docx (20)

TUTORIAL PBKK3083 Perbezaan konsep etika dan prinsip-prinsip dalam etika kaun...
TUTORIAL PBKK3083 Perbezaan konsep etika dan prinsip-prinsip dalam etika kaun...TUTORIAL PBKK3083 Perbezaan konsep etika dan prinsip-prinsip dalam etika kaun...
TUTORIAL PBKK3083 Perbezaan konsep etika dan prinsip-prinsip dalam etika kaun...
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
 
How you handle wisely
How you handle wiselyHow you handle wisely
How you handle wisely
 
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINHUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
 
Pranan kaunseling
Pranan kaunselingPranan kaunseling
Pranan kaunseling
 
Pranan kaunseling
Pranan kaunselingPranan kaunseling
Pranan kaunseling
 
Bab 5 KERAHSIAAN Etika Isu Undang (2).pptx
Bab 5 KERAHSIAAN Etika  Isu Undang (2).pptxBab 5 KERAHSIAAN Etika  Isu Undang (2).pptx
Bab 5 KERAHSIAAN Etika Isu Undang (2).pptx
 
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.pptdokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
 
i/o
i/oi/o
i/o
 
Pengurusan awam ani
Pengurusan awam aniPengurusan awam ani
Pengurusan awam ani
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
53009294 2-keusahawanan-1
53009294 2-keusahawanan-153009294 2-keusahawanan-1
53009294 2-keusahawanan-1
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalan
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalan
 
Virtuous administrator
Virtuous administratorVirtuous administrator
Virtuous administrator
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
 

Recently uploaded (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 

etika dan prinsip.docx

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Kod etika bertujuan untuk menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselordalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan,individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada harga diri, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.
  • 2. 2 2.0 KONSEP ETIKA Etika merupakan satu batasan yang dikenakan untuk mengehadkan tingkah laku manusia. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, etika merupakan satu garis panduan yang digunakan untuk menolong seseorang ahli professional melaksanakan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Etika menyatakan tentang perkara yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Dalam etika mempunyai tiga ciri utama iaitu, bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi. Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Setiap kaunselor perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya dapat menjaga imej bidang kaunseling. Menurut Othman Mohamed dalam Othman Mohamed, 2005:283-284, menyatakan bahawa kod etika adalah tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Menurut Akinade (2005) etika adalah bersifat normatif dan memberi tumpuan kepada prinsip dan standard yang mengawal hubungan antara individu, seperti kaunselor dan klien. Menurut Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, (2002), etika merupakan satu panduan yang dapat memastikan tugas kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin dicapai. Tujuan utama etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah untuk melahirkan kaunselor yang cekap dan kurang melakukan kesilapan. Selain itu, penekanan etika dalam perkhidmatan kaunseling dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan. Pada kesimpulannya, daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku.
  • 3. 3 2.1 PRINSIP-PRINSIP ETIKAKAUNSELING Seorang kaunselor perlu menerapkan prinsip etika dalam ke dalam praktisnya. Menurut Othman (2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling, prinsip etika adalah satu tahap penaakulan yang lebih tinggi yang dapat membantu kaunselor membuat penilaian dan keputusan yang lebih baik terhadap isu yang dibawa oleh klien. Beliau juga menggariskan beberapa prinsip etika dalam buku tersebut. Rajah 1: Prinsip-prinsip Etika Rajah 1, menunjukkan prinsip-prinsip etika yang telah digariskan oleh Othman (2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. a) Prinsip Autonomi Prinsip ini melibatkan usaha seseorang untuk bertindak secara bebas berasaskan nilai dan kata putusnya. Autonomi merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Ia juga mempunyai kaitan dengan tanggungjawab atas perlakuan diri sendiri. Apabila Prinsip- Prinsip Etika Membuat Kebaikan Persetujuan Termaklum Non- Maleficence (Keselamatan Klien Keadilan Kesetiaan Autonomi
  • 4. 4 seorang individu bertindak mengikut autonomi, beliau akan bertanggungjawab pada perlakuannya kerana beliau sudah melaksanakan kebebasan pemilihan dalam membuat keputusan. Selain itu, apabila seseorang individu menuntut hak kebebasan diri, maka dalam masa yang sama dia akan menghormati hak orang lain. Dalam kaunseling, contohnya klien mempunyai hak untuk menerima layanan yang baik semasa sesi kaunseling. b) Prinsip membuat kebaikan (Beneficence) Prinsip ini berasaskan kepada niat untuk melakukan sesuatu dengan niat yang bersih serta hasrat yang murni agar proses kaunseling membawa kesan serta faedah kepada klien. Prinsip ini difahami sebagai membuat kebaikan dengan menjalankan proses kaunseling secara berkesan dan berfaedah. Dalam kaunseling, prinsip ini selaras dengan niat menjalankan proses kaunseling itu secara berkesan serta berfaedah. Hasil kaunseling diharap akan dapat memberi sumbangan yang bermakna dan boleh membantu klien hidup sebagai seorang ahli yang sempurna dalam masyarakat. Menurut Othman Mohamed (2005), prinsip kerahsiaan maklumat perlu diberi timbangan untuk menghadapi dilema etika. Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga harus memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh mendapatkan rekod maklumat tersebut. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien. c) Persetujuan termaklum Prinsip ini merujuk kepada informed consent dimana klien berhak mengetahui dan diberi penjelasan tentang tujuan dan proses kaunseling. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan kaunseling dijalankan. Ia juga membawa maksud tidak memudaratkan klien atau orang lain dan tidak melakukan kerosakan sepanjang proses kaunseling
  • 5. 5 berlangsung. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang kaunselor untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara- perkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien. Klien juga berhak mengetahui daripada kaunselor tentang kesan atau akibat yang akan dapat kepada dirinya atau orang yang rapat dengannya berkaitan dengan proses kaunseling tersebut. Menurut Othman Mohamed(2005) dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling, seorang kaunselor perlu prihatin dalam mengatur sesebuah proses kaunseling agar tidak mendatangkan sebarang bahaya dan risiko kepada dirinya, klien dan masyarakat. d) Prinsip keselamatan klien Prinsip ini menekankan kepada kepentingan menjaga keselamatan klien. Keselamatan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal. Selain itu, etika ini juga menggariskan bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut. e) Prinsip keadilan. Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan. Prinsip ini menerima bahawa semua insan adalah sama. Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara sebagai contoh dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan. Menurut agama Islam, konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya di mana ia melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan yang sepatutnya. Mengikut prinsip etika ini, kaunselor tidak boleh mengamalkan atau melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal
  • 6. 6 dan mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan kaunselor. Kaunselor seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh klien. Menurut Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, (2002), kaunselor haruslah mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka dihormati. Prinsip etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan klien secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia. f) Prinsip kesetiaan Prinsip ini merujuk kepada ketaatan dalam perhubungan antara insan. Kesetiaan bermaksud adanya janji untuk melengkapkan sesuatu tindakan antara dua pihak. Prinsip ini berkait rapat dengan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Kepercayaan adalah perkara yang asas dalam prinsip etika kerahsiaan. Ia juga merupakan satu elemen yang penting dalam kaunseling. Klien percaya bahawa kaunselor akan memelihara kepercayaannya dengan menjaga kerahsiaan maklumat yang telah dikongsi dengannya. Dengan kepercayaan tersebut, klien dapat berkongsi masalahnya dengan kaunselor tanpa ada sebarang gangguan. Oleh itu, kerahsiaan adalah asas kepada prinsip kesetiaan.
  • 7. 7 2.2 TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING. 2.3.1 : KOD TATALAKU Kaunselor hendaklah sentiasa menjaga tatalakunya untuk memelihara standard dan identiti sebagai seorang kaunselor yang berprofesional. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Seorang kaunselor yang berprofesional, perlu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. Kaunselor mempunyai banyak tanggungujawab sebagai seorang kaunselor yang berprofesional. RAJAH 2: TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL A) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN Kaunselor mempunyai beberapa tanggungjawab terhadap klien. Antaranya adalah, kaunselor perlu mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok. Selain itu, kaunselor perlu menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling dijalankan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
  • 8. 8 Kaunselor perlu memahami dan menghormati latar belakang klien. Semasa sesi kaunseling dijalankan, kaunselor perlu berusaha untuk memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. Seterusnya, kaunselor perlu membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Selain itu, kaunselor perlu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya. Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal dan mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan. Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama. Dalam hal ini dapat tahu bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat. Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian. Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor lain. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seterusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam audio atau video.
  • 9. 9 B) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika. C) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur-unsur sosio- budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang- undang tersebut.
 D) TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. Selain itu, kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti. Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. Kaunselor juga perlu membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa. Kaunselor sentiasa bersama-sama dengan bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.
  • 10. 10 3.0 MEMBUAT JUSTIFIKASI TERHADAP JURNAL MERUJUK KEPADA KOD ETIKA KAUNSELOR DAN ISU-ISU ETIKA DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING. 3.1 : DEFINISI ORANG KURANG UPAYA Orang Kurang Upaya adalah seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada diri dari fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu. Menurut WHO(World Health Organisation), orang kurang upaya didefinisikan sebagai Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional. Orang kurang berupaya terbahagi kepada tiga kategori. Gambar 1: Kategori-Kategori Orang Kurang Berupaya a) Kecacatan Fizikal Kecacatan fizikal adalah seseorang yang disebabkan oleh keadaan fizikal terhalang dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial ,rekreasi dan vokasional. Contohnya: autism. b) Kecacatan Mental Kecacatan mental adalah keadaan perkembangan otak yang terbantut terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas. Contohnya: Down Sindrom. c) Kecacatan Sensori Orang Kurang Upaya Kecacatan Fizikal Kecacatan Mental Kecacatan Sensori
  • 11. 11 Kecacatan sensori melibatkan kecacatan deria pada pada manusia seperti deria pada manusia seperti deria pendengaran dan penglihatan. Contohnya pekak dan buta.
  • 12. 12 3.2 JUSTIFIKASI TERHADAP JURNAL MERUJUK KEPADA KOD ETIKA KAUNSELOR DAN ISU-ISU ETIKADALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Dengan mengkaji jurnal ‘Persepsi, penerimaan serta kebolehpercayaan orang kurang upaya terhahap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia’ yang ditulis oleh Zuhda Husaian & Nor Shafrin Ahmad saya dapat mengetahui bahawa terdapat banyak pandangan dalam kalangan orang kurang upaya terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan kaunselor dan setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan, persepsi serta kebolehkepercayaan klien Orang Kurang Upaya terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling dalam usaha untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Dengan kajian ini saya dapat tahu bahawa golongan kurang upaya mempunyai kekangan dan masalah dari segi penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor dan juga perkhidmatan kaunseling. Dengan dapatan kajian tersebut, ramai dalam kalangan OKU memberikan persepsi yang berbeza terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang diikuti. Malah, terdapat kekangan daripada segi penerimaan dan kebolehpercayaan OKU terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada mereka. Berikut merupakan analisis yang diperolehi dari temubual yang dijalankan. a) Perasaan menghadiri sesi kaunseling Semasa sesi temubual dijalankan, majoriti daripada responden menyatakan bahawa mereka tidak suka apabila dipanggil untuk mengikuti sesi kaunseling. Apabila pengkaji bertanya sebabnya, mereka menyatakan bahawa mereka menganggap kaunseling hanya diberikan kepada individu yang bermasalah tingkah laku dan mempunyai masalah perhubungan. Oleh sebab itu, mereka menolak untuk menyertai sesi kaunseling. Apabila bertanya tentang perasaan mereka, ada dalam kalangan mereka yang menyatakan perasaan teruja untuk bersama-sama ahli kelompok lain kerana tidak pernah menghadiri mana-mana sesi sebelum ini. Ada juga responden yang menyatakan bahawa tiada ada apa-apa perasaan selepas menyertai sesi kaunseling dan ia adalah biasa sahaja. Menurut pendapat Sapora dan Wan Anor (2000), kaunselor perlu menangani klien yang tidak rela dan resisten melalui pelbagai cara seperti memberi keyakinan dan kepercayaan kepada klien
  • 13. 13 bahawa kaunselor rela membantu dan mendengar apa-apa yang dinyatakan oleh klien. b) Pengetahuan mengenai kaunseling Dengan kajian ini, terdapat dua jawapan untuk soalan tentang pengetahuan mengenai kaunseling iaitu ‘Ya’, atau ‘Tidak’. Terdapat responden yang menyatakan bahawa mereka hanya mengetahui tentang kaunseling, semasa belajar di sekolah tetapi mereka tidak pernah menghadirinya. Situasi ini mungkin berlaku, kerana mereka kurang mempunyai pendedahan dan pengetahuan mengenai fungsi dan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam membantu mereka menangani masalahnya. Ada juga responden yang menyatakan bahawa, di pusat institusi terdapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tetapi mereka tidak tahu mengenai fungsinya. Keadaan ini menggambarkan bahawa, perkhidmatan kaunseling di institusi tidak diberikan kepada OKU. Selain itu, ada juga responden yang memberi persepsi bahawa perkhidmatan kaunseling yang diberikan merupakan satu hukuman kepada seseorang yang berlakuan tidak baik, bermasalah dalam perhubungan dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Mereka juga memaklumkan bahawa mereka tidak pernah mengambil insiatif untuk mengambil tahu mengenai perkhidmatan kaunseling dan juga fungsinya kepada golongan kurang upaya. Keadaan ini berlaku, kerana mereka tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kerana berasa selesa dengan apa yang dimiliki sekarang. Selain itu, situasi ini juga mungkin berlaku, kerana kaunselor tidak memainkan peranannya sebagai kaunselor dengan betul. Tambahan pula, kaunselor juga mungkin kurang berpeka terhadap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada OKU dari segi psikososial mereka. Peranan seorang kaunselor amat penting dalam pendedahan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada OKU. Selain itu, kaunseling juga perlu berpeka terhadap kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada OKU. Kaunselor juga tidak boleh menganggap bahawa perkhidmatan kaunseling hanya diberikan kepada OKU apabila mereka mempunyai masalah disiplin atau masalah pembelajaran. Seterusnya, kaunselor perlu menerima klien OKU dengan hati yang terbuka, empati dan kaunselor juga perlu memberi kepercayaan kepada klien supaya mereka menganggap bahawa perkhidmatan kaunseling dapat menyelesaikan masalah mereka dalam kehidupan.
  • 14. 14 c) Pandangan mengenai kaunselor Dalam bahagian ini, pengkaji mengemukakan soalan kepada responden mengenai pandangan terhadap kaunselor. Dengan kajian ini, saya dapat tahu bahawa, responden tidak mempunyai pandangan yang positif mengenai kaunselor. Ramai responden menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui kaunselor dalam sesi kaunseling. Selain itu, responden juga memberi pendapat bahawa kaunselor hanya mencungkil masalah mereka dan ingin mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara yang buruk mengenai mereka. Hal ini menyebabkan responden tidak berasa selesa dan tidak berminat untuk mengikuti sesi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Mereka juga enggan membincangkan tentang masalahnya kepada klien. Situasi ini akan menjadi rumit apabila klien tersebut tidak rela untuk mengikuti sesi kaunseling. Selain itu, ada juga responden yang menganggap bahawa sesi kaunseling tersebut tidak akan memberi apa-apa fungsi kepada mereka dan mereka juga menganggap bahawa kaunselor tidak boleh membantu mereka dalam menyelesaikan masalahnya. Daripada pendapat pendapat responden-responden tersebut, pengkaji dapat tahu bahawa, tiada komunikasi terbuka berlaku antara responden dan kaunselor dalam sesi kaunseling. Selain itu, kaunselor juga gagal menunjukkan sikap-sikap positif kepada klien semasa mengendalikan sesi kaunseling. Menurut Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002), terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membantu klien dalam penerimaan kaunselor. Antaranya ialah, kaunselor perlu jujur dan berterus terang apabila menjalankan sesi kaunseling. Selain itu, kaunselor juga perlu menerangkan tentang peranan kaunselor dan peranan klien dalam satu sesi kaunseling supaya klien dapat mengetahui tentang peranannya dan ia dapat membantu sesi tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Melalui, komunikasi yang baik dan berkesan klien dapat memberikan persepsi yang baik terhadap kaunselor. d) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap kaunselor. Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Daripada dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa ramai responden tidak mempunyai pandangan yang positif terhadap klien. Responden tidak mempunyai kepercayaan bahawa kaunselor dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalahnya. Kajian ini juga
  • 15. 15 menunjukkan bahawa responden menganggap kaunselor hanya mencungkil keburukan klien dan menceritakan masalah mereka kepada orang lain. Hal ini menunjukkan bahawa responden tidak mempercayai kerahsiaan yang ditekankan dalam sesi kaunseling. Responden juga tidak yakin bahawa kaunselor akan menyimpan rahsiah yang dikongsi dalam sesi kaunseling sebaliknya, kaunselor akan menceritakan rahsiahnya kepada orang lain. Pendapat ini, bertentangan dengan etika kaunseling. Keadaan ini boleh menyebabkan klien tidak rela dan tidak senang untuk berkongsi masalah kepada kaunselor. Dalam hal ini, isu kerahsiaan amat ditekankan. Kaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsiah tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau undang-undang yang mantap. Sekiranya kaunselor berpegang kepada prinsip dan etika kerahsiaan yang telah ditetapkan oleh Akta Kaunselor(1998), klien tidak berasa terancam ketika mengikuti sesi kaunseling. Mengikut kod etika, kaunselor perlulah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Hal ini menyebabkan, klien dapat menceritakan masalahnya kepada kaunselor dengan bebas dan tanpa takut. Selain itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa, dalam kalangan OKU menganggap bahawa kaunselor hanya memberikan ceramah seperti ceramah agama, ataupun ceramah motivasi. Hal ini menyebabkan klien enggan mengikuti sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu peka terhadap isu keagamaan. Kaunselor tidak boleh menceritakan tentang agama semasa sesi kaunseling. Seterusnya, klien tidak boleh menerima kaunselor apabila dia merupakan klien dirujuk. Responden menganggap kaunselor kurang mesra. Untuk mengelakkan perasaan ini wujud dalam kalangan klien, kaunselor perlu mengenal pasti tahap pengetahuan serta keupayaan diri sendiri ketika menjalankan sesi bersama golongan ini. Kebolehpercayaan juga ditekankan dalam kajian ini. Empat orang responden memberi pendapat bahawa mereka tidak percaya bahawa kaunselor dapat membantu mereka kerana kaunselor kelihatan muda. Mereka berfikir bahawa bolehkah kaunselor muda ini dapat memahami masalah mereka. Selain itu, ada juga responden tidak mempercayai kaunselor kerana perwatakannya sangat lembut. Oleh sebab itu, kaunselor perlu berpeka terhadap orang lain, memiliki kemampuan menganalisa kekuatan dan kelemahan seseorang secar objektif. Pada keseluruhannya, kematangan seorang kaunselor akan menjayakan proses kaunseling denga berkesan.
  • 16. 16 e) Kepercayaan terhadap ahli kelompok. Dalam kajian ini, semua responden menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kepercayaan terhadap ahli kelompoknya. Mereka menganggap bahawa ahli kelompok lain akan menyebarkan masalahnya kepada orang lain. Oleh itu, mereka rasa kurang selesa untuk berkongsi masalahnya. Dalam hal ini, kaunselor boleh menjalankan sesi kaunselong individu supaya mereka rasa lebih selesa untuk mengikuti sesi kaunseling. f) Persepsi, penerimaan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan kaunseling. 1) Persepsi Ramai responden menganggap bahawa kaunseling hanya untuk individu yang bermasalah disiplin, bergaduh, merokok dan masalah tingkah laku. Pada pendapat responden, apabila seorang individu dipanggil untuk sesi kaunseling, individu tersebut mesti mempunyai masalah tingkah laku. Hal ini menyebabkan responden tidak berminat untuk menghadiri sesi kaunseling. Selain itu, ada juga responden yang menganggap bahawa kaunseling merupakan satu ceramah keagamaan. Dalam menangani masalah ini, kaunselor perlu memberi pendedahan kepada responden mengenai kaunseling. 2) Kebolehpercayaan Menurut responden, nilai kebolehpercayaan sangat sukar untuk dizahirkan pada awal sesi. Tetapi mereka mula percaya apabila memasuki sesi pertengahan. Kaunselor perlu berusaha untuk menghubungi dan menyelami secara dalam kehidupan klien yang sebenar. Selain itu, kaunselor juga perlu mengambil berat tentang klien dan tidak boleh berat sebelah dalam mehami klien.
  • 17. 17 3) Pengalaman selepas mengikuti sesi kaunseling Selepas mengikuti sesi kaunseling, responden mempunyai tanggapan yang positif terhadap perkhidmatan kaunseling. Mereka menganggap kaunseling dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dan mengurangkan kebebanan. Selain itu, dalam perkongsian masalah dengan kaunselor, responden dapat mencari penyelesaian masalah untuk membantu ahli kelompok yang lain. Selain itu, mereka juga menggubah pandangan mereka, iaitu kaunseling adalah penyebaran agama. Akhirnya, responden juga dapat mempercayai bahawa kaunselor merupakan penggerak kelompok berkenaan dan beliau dapat membantu mereka menggurangkan kebebanannya. 3) Perasaan selepas mengikuti sesi kaunseling Pada akhir sesi kaunseling, semua responden berasa lega dan tenang. Mereka tidak lagi mempunyai persepsi yang negative terhadap perkhidmatan kaunseling dan kaunselor. Mereka menganggap bahawa sesi kaunseling dapat mengurangkan kebebanan mereka dalam masalahnya. Responden juga mula mempercayai ahli kelompok yang lain. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden dapat menerima perkhidmatan kaunseling dan kaunselor selepas mereka memahami fungsi dan peranan kaunselor dan kaunseling. Oleh sebab itu, kaunselor perlu menerangkan peranan kaunseling kepada klien sebelum memulakan sesi.
  • 18. 18 4.0 RUMUSAN Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa Kod Etika adalah medium yang amat penting bagi setiap kaunselor bagi menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif. Kod etika telah menjadi garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor. Setiap kaunselor perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya dapat menjaga imej bidang kaunseling