SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1 
1.0 Pengenalan 
Al Quran adalah satu-satunya mukjizat agung yang diturunkan kepada junjungan besar 
Nabi Muhammad S.A.W. Ianya diturnkan secara mutawatir atau secara beransur-ansur 
yang diturun melalui Malaikat Jibril. Allah S.W.T. juga telah menentukan kaedah-kaedah 
tertentu membentuk kalimah al-Quran. Di dalam hal ini, para ulama’ telah 
mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran dan kaedah-kaedah 
tersebut yang juga dinamakan kaedah Resm Qiyasi atau Imlai ( الرسم القياسى ), Rasm 
A’rudi ( الرسم العروضي ), dan Resm Uthmani ( الرسم العثمان ). Penulisan (Rasm) Al-Quran ini 
adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma' (kesepakatan) oleh seluruh 
ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah 
pengawasan Nabi Muhammad s.a.w. 
Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali 
dengan adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan 
khat. Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan 
tentang kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau 
asalnya samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl. 
Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan 
pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan 
dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian 
dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail 
memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf 
pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat 
yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah 
tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini 
kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi 
kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan 
didalam penulisan al-Quran ketika itu.
Resm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan 
yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu saiddina Uthman Ibn Affan 
r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap 
kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran 
atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang 
memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut 
bacaan imam- imam Qiraat yang masyhur. 
Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah 
menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan 
al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu 
tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman 
ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-Quran pada zaman beliau 
bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam 
terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain. 
2 
2.0 Resm al-Quran 
Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali dengan 
adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan khat. 
Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan tentang 
kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau asalnya 
samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl. 
Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan 
pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan 
dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian 
dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail 
memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf 
pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat
yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah 
tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini 
kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi 
kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan 
didalam penulisan al-Quran ketika itu. 
3 
2.1 Resm Uthmani 
Resm Uthmani, merupakan ilmu yang membincangkan kaedah penulisan ayat-ayat al- 
Quran yang digunakan dan persetujui oleh Saidina Othman ketika penyalinan dan 
penulisan al-Quran. Pembentukan (taswir) lafaz pada huruf-huruf Hijaiyah atau Resm 
tergambarnya kalimah dan seterusnya dapat disebut atau resm menunjukan adanya 
lafaz, Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan Khat. 
Resm Uthmani, Jika ianya bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah tentu 
kaedah ini tidak digunapakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang bermukjizat. 
Dsini kita boleh membuat rumusan bahawa kaedah tersebut amat unik dan yang jelas 
banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah dan 
sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya. 
Allah S.W.T. telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya 
yang bermaksud: Sesungguhnua Kami yang menurunkan al-Zikr (al-Quran) dan 
Kamilah yang menjanganya. (Surah al-Hijr:9) Ulama mentaksirkan bahawa penjagaan 
ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf. 
Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan 
semasa beliau telah menjawab mesti di tulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah 
S.A.W. lagi. Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut 
pendengaran para sahabat dari bacaan Rasulullah S.A.W. 
Berdasarkan dari petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang sangat 
kuat kepada kita bahawa penulisan resm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat 
Islam dan wajib dikekalkan, bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn
Hambal telah menjelaskan haram menyalahi resm al-Quran walaupun pada alif atau 
wau. Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah mengawasan 
Rasulullah S.A.W bukannya mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap 
perkataan al-Quran. Proses penulisan di hadapan Rasulullah S.A.W dan dibaca semula 
bukti ianya adalah tauqifi. Ulama bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh 
Uthman Ibn Affan ke kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah 
satu rukun dalam menilai kesahihan qiraat. Penilaian qiraat untuk diterima pakai sama 
ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun 
iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati resm mushaf. 
Menepati resm mushaf bermaksud qiraat yang dinilai mestilah sama dengan 
perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika berlainan qiraat tersebut ditolak dan 
tidak dibenarkan membacanya di dalam sembahyang. Sheikh Ali Dabba’ melalui 
kitabnya Samir al-Talibin, telah menyenaraikan lebih daripada 10 pandangan ulama 
bahawa wajib menulis al-Quran dengan resm Uthmani. Antaranya adalah pendapat al- 
Ustaz Abdul Rahman Ibn al-Qadhi al-Maghribiy yang menyatakan: Tidak harus 
mengikuti selain Rems Uthmani. Jangan membuat alasan dengan berkata sesungguhnya 
orang awam tidak mengetahui tulisan mushaf dan akan berlaku kesalahn bacaan jika 
ditulis dengan resm Uthmani atau memebri alasan-alasan yang lain. Ini kerana semua 
adalah tidak benar kerana sesiapa yang tidak mengetahui resm Uthmani, wajib kepada 
mereka mempelajarinya sbelum membaca al-Quran. Jika mereka lakukan selain itu 
sesungguhnya mereka telah menyalahi ijma’. Kerosakan sebegini telah menyerap di 
kalangan umat Islam pada masa kini. Justeru itu, hendaklah menjaganya untuk 
kemaslahatan semua umat Islam. 
4 
2.2 Resm Imlai’ 
Manakala, Rasmul Imla’i adalah penulisan menurut kelaziman pengucapan atau 
pertuturan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa al-Quran dengan resm imla’I dapat 
dibenarkan, tetapi khusus bagi orang awam. Bagi para ulama atau yang
memahami resm Uthmani tetap wajib mempertahankan keaslian resm Uthmani. 
Berdasarkan pendapat di atas diperkuatkan lagi oleh Al-Zarqani dengan mengatakan 
bahawa resm imla’I diperlukan untuk menghindarkan ummat dari kesalahan membaca 
al-Quran, sedangkan resm Uthmani di perlukan untuk memelihara keaslian mushaf al- 
Quran. Bahkan, pendapat ini lebih moden dan lebih sesuai dengan ummat pada masa 
kini, disatu pihak lagi mereka ingin melestarikan resm Uthmani, sementara dipihak lain 
mereka menghendaki dilakukannya penulisan al-Quran dengan resm Imla’I untuk 
memberikan kemudahan bagi kaum muslimin yang kemungkinan mendapat kesulitan 
membaca al-Quran dengan resm Uthmani. 
Namun demikian, kesepakatan para penulis al-Quran dengan resm Uthmani 
haruslah dijadikan sebagai rujukan yang tidak boleh hilang dari masyarakat Islam. 
Dengan lingkugan jumlah ummat Islam yang cukup ramai yang tidak lagi 
menguasai resm Uthmani. Bahkan, tidak sedikit jumlah ummat Islam mampu membaca 
aksara arab. Mereka memerlukan tulisan lain untuk membantu mereka agar dapat 
membaca ayat-ayat al-Quran, seperti tulisan latin.Namun demikian Resm Uthmani harus 
dipelihara sebagai standar rujukan ketika diperlukan. Demikian juga tulisan ayat-ayat 
al-Quran dalam karya ilmiah, resm Uthmani mutlak diharuskan kerana statusnya sudah 
masuk dalam kategori rujukan dan penulisannya tidak mempunyai alasan untuk 
mengabaikannya. Dari sini kita dapat memahami bahwa menjaga keotentikan al-Qur’an 
tetap merujuk kepada penulisan mushaf Uthmani. Akan tetapi segi pemahaman 
membaca al-Quran boleh mengunakan penulisan yang lain berdasarkan tulisan yang 
dalam proses penulisan al-Quran sejak dari Zaman Rasulullah, zaman khalifah Abu 
Bakar sehingala zaman khalifah Utsman Bin Affan yang penulisnya tidak pernah lepas 
dari Zaid Bin Tsabit yang merupakan pembantu Rasulullah SAW. 
Kebanyakan para ulama samada salaf atau khalaf menjadikan fakta di atas 
menjadi pegangan untuk berhujah tentang keistimewaanya, ia diyakini melalui pegangan 
sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada 
beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak 
kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang 
5
mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepda al-Quran 
pasti berlaku penyelewangan yang merosakan kefahaman terhadap al-Quran. Apa yang 
perlu kita fahami bahawa setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersindiri dan 
sentiasa dipelihara ileh Allah. Sekiranya terdapat sebarang pengurangan atau 
penambahan ianya akan mengurangkan keagungan dan kemukjizatan al-Quran 
Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat. 
Dua perkara ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia 
memerlukan pengetahuan bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada 
guru yang mursyid secara Talaqqi dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan 
dua contoh mudah untuk menerangkan betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam 
penulisan al-Quran. Ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penting dengan 
kaedah bacaan al-Quran mengikut Qiraat Tujuh 
3.0 Pengertian “Tauqifi” dan “Taufiqi” 
Apa yang dimaksudkan dengan tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh 
Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya 
sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi 
pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu 
dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang 
diterima dari pihak lain. Resm Uthmani bersifat tauqifi. Bersifat taufiqi Ia bermaksud 
kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud 
Resm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak 
mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah. 
Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf 
semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat 
dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat 
yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah 
penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. 
6
Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada al-Quran pasti 
berlaku penyelewengan yang merosakkan kefahaman al-Quran. Fakta yang perlu jelas 
disedari juga ialah setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri yang 
sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah. Sebarang 
pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan 
mukjizat al-Quran. 
Manakala, taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut 
pemahamannya terhadap al-Quran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan al-Quran 
atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang 
bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di 
dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah 
secara pasti. Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang 
tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari 
wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya. 
Maksudnya “Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa 
yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.”( An- 
Najm: 3–4) 
4.0 Perbahasan Pendapat Mengenai Isu “Tauqifi” dan “Taufiqi” 
Terdapat perselisihan pendapat di kalangan para ulama berkaitan dengan kedudukan 
resm Uthman, apakah pola penulisan tersebut merupakan petunjuk Nabi (tauqifi) atau 
hanya ijtihad kalangan sahabat. Jumhur ulama berpendapat bahwa pola resm Uthman 
bersifat tauqifi dengan alasan bahwa para penulis wahyu adalah sahabat-sahabat yang 
7
ditunjuk dan di percaya Nabi SAW. Pola penulisan tersebut bukan merupakan ijtihad 
para sahabat Nabi, dan para sahabat tidak mungkin melakukan (ijma’) dalam hal-hal 
yang yang bertentangan dengan kehendak dan restu Nabi. Bentuk-bentuk struktur 
standart di dalam penulisan al-Quran tidak boleh dilihat hanya berdasarkan standart 
penulisan baku, tetapi di sebalik itu terdapat rahasia yang belum dapat terungkap secara 
keseluruhan. Pola penulisan tersebut juga di pertahankan para sahabat dan tabi’in. 
Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui 
bahawa penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr Yusuf al Qardhawi 
dalam kitab “fatawa al-Maashirah” menerima dan mempertahankan pendapat ini secara panjang 
lebar; 21 
Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang ditulis ketika itu. Ia 
ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid. Umat Islam juga bersepakat mashaf 
ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis tidak diubah atau ditukar meskipun cara penulisan 
sekarang sudah berkembangdan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang 
perlu yang tidak boleh mengubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi 
titik-titik huruf dan baris-baris. 
Bahkan, mushaf ini kekal sehingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah 
sebagi langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari sebarang perubahan 
yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara tersilap atau disengajakan. Huruf-huruf 
Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua bunyi-bunyi huruf 
Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to. Mungkin ada sebahagian orang 
menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan meletakkan tanda-tanda khas seperti yang 
8
diletakkan oleh para orientalis untuk membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak 
mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada 
orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat. 
Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan dan 
bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga “tanwin” bagaimanakah bunyi ketika disambung (wasal) 
dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain dengan tanwin 
dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan. 
Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut mengakui 
kenyataan di atas ialah pertubhan-pertubuhan tersebut ialah “majmak Buhuth Islamih” (Majlis 
Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam persidangan keenam pada 30 Muharram 1391H, 
“haiah Kibar Ulama” (kesatuan ulama Besar) Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21 
Syawal 1399H dan ketiga “Majmak FiqhIslami” (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam 
Islami (Liga Islam sedunia) 
Selain itu, terdapat juga sekelompok ulama berpendapat lain, bahawa pola 
penulisan di dalam resm Uthmani tidak bersifat tauqifi, tetapi hanya ijtihad para sahabat. 
Tidak pernah ditemukan riwayat Nabi mengenai ketentuan penulisan wahyu. Bahkan 
sebuah riwayat ditulis oleh Rajab Farjani: “sesungguhnya Rasulullah SAW, 
memerintahkan menulis al-Quran, tetapi tidak memberikan petunjuk atau teknik 
penulisannya, dan tidak pula melarang menulisnya dengan pola-pola tertentu. Dengan 
itu wujudnya perbezaan model-model penulisan al-Quran dalam mushaf-mushaf mereka. 
Ada yang menulis suatu lafaz al-Quran sesuai dengan bunyi lafaz itu, ada juga di 
kalangan mereka yang menambah atau menguranginya, kerana mereka tahu itu hanya 
cara. Kerana itu dibenarkan menulis mushaf dengan pola-pola penulisan masa lalu atau 
pada masa kini.” 
Lagi pula, sekiranya itu adalah petunjuk Nabi, rasm itu akan disebut resm 
Nabawi, bukannya resm Uthmani. Belum lagi kalau ummi Nabi diartikan sebagai buta 
huruf, yang berarti tidak mungkin petunjuk atau teknik yang datangnya dari Nabi. Tidak 
pernah ada suatu riwayat yang ditemui, baik dari Nabi mahu pun daripada para 
sahabat bahwaa pola penulisan al-Quran itu bersumber dari petunjuk Nabi. Dengan 
demikian, kewajiban mengikuti pola penulisan al-Quran versi mushaf ‘Uthmani 
9
diperselisihkan para ulama. Ada yang mengatakan wajib, dengan alasan bahawa pola 
tersebut merupakan petunjuk petunjuk Nabi (tauqifi). Pola itu harus dipertahankan 
meskipun beberapa diantaranya menyalahai kaedah penulisan yang telah diperakui. 
Bahkan Imam Ahmad Ibn Hambal dan Imam Malik berpendapat bahawa haram 
hukumnya menulis al-Quran menyalahi resm Uthmani. Bagaimanapun pola tersebut 
sudah merupakan kesepakatan ulama (jumhur ‘ulama). 
Ulama yang tidak mengakui resm Uthmani sebagai rasm tauqifi, berpendapat 
bahawa tidak ada masalah jika al-Quran ditulis dengan pola standart (resm 
imla’i). Berkaitan dengan pola penulisan diserahkan kepada pembaca jikalau pembaca 
merasa lebih mudah dengan resm imla’i, ia akan dapat menulisnya dengan pola tersebut, 
ini kerana pola penulisan itu hanya simbol pembacaan, dan tidak mempengaruhi makna 
al-Quran 
Manakala, sebahagian ulama lain mengkompromikan kedua pendapat di atas 
dengan mengatakan bahawa penulisan al-Quraan dengan resm imla’i dapat dibenarkan, 
tetapi khusus bagi awam. Bagi para ulama atau yang memahami resm Uthmani, tetap 
wajib mempertahnkan keaslian resm tersebut. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan 
pendapat al-Zaqarani dengan mengatakan bahawa resm imla’I diperlukan untuk 
menghindarkan umat dari kesalahan membaca, sedangkan dengan resm Uthmani 
diperlukan untuk memelihara keaslian mushaf al-Quran. Mazhab ini mengatakan harus 
menulis dengan rasm yang baru mengikut kaedah penulisan semasa, disamping 
mengekalkan juga resm Uthmani dan dijaga oleh ulama’ yang khusus dalam bidangnya. 
Disokong oleh as-Syeikh ‘Izzudin bin Abd as-Salam dan Badru ad-Din al-Zarkasyi…al- 
Burhan j 1 mk 379. 
10
11 
5.0 Pentutup 
Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa resm Uthmani ini adalah Tauqifiyyah daripada 
Rasullullah s.a.w berdasarkan kepada kesemua yang ditulis oleh penulis wahyu adalah 
mengikut apa yang Baginda arahkan. Dan Zaid bin Thabit menyalin semula al-Quran 
sebanyak 2 kali tidak pernah mengubah sedikit pun apa yang telah ditulis pada zaman 
Rasullullah s.a.w sehinggalah telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa membaca al- 
Quran bertepatan dengan resm Uthmani adalah satu syarat diterima bacaan tersebut 
sebagai bacaan al-Qur’an. 
Berkata as-Syeikh Abdu al-Fatah al-Qadhi: adalah menjadi kewajipan keatas 
penulis, pencetak, pengeluar mushaf menggunakan resm Uthmani,jangan diubah walau 
sedikit pun samada mushaf kamilah (sempurna) atau pun mushaf yang kecil yang diajar 
kepada kanak-kanak agar mereka mengenali resm Uthmani dan kepada guru-guru al- 
Quran ajarlah anak-anak orang Islam dengan kaedah ini sehingga mahir dan boleh 
membaca mushaf rasm Uthmani tanpa rasa beban. 
( 2,568 Patah Perkatan )
12 
RUJUKAN 
Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami li 
Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah. 
Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). al-Burhan fi 
Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith. 
Ahmad, M.Y.(2004). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala 
Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. 
Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani. Meteor Doc. Sdn. Bhd.2. 
Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi. al-Burhan fi Ulum al-Quran. Beirutdar al 
Makrifah.3. 
Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran RasmUthmani 
dan Kelebihannya. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 
Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000). Thamar al-Jinan Fi AfnanMin Ulum 
al-Quran Egypt. 
Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), 
Buku Panduan Rasm Uthmani. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 
Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001). Al-Quranul Karim Terjemahan dan Huraian - 
Maksud Jilid 1. DBP Kuala Lumpur. 
Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006). Ensiklopedia Asas Fardhu Ain.

More Related Content

What's hot

Ilmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quranIlmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quranadekdewa
 
Reverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quranReverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quranHaubibBro
 
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'ANMAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'ANrinskynufussa
 
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)Sukor Bakar
 
Materi kuliah pertemuan ke 2
Materi kuliah pertemuan ke 2Materi kuliah pertemuan ke 2
Materi kuliah pertemuan ke 2abdee tarmizi II
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.jimoh370
 
Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...
Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...
Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...Nur Alfiyatur Rochmah
 
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah Ukhty Nicken
 
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'ifHadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'ifAzzahra Azzahra
 
Makalah ulumul quran terjemah
Makalah ulumul quran  terjemahMakalah ulumul quran  terjemah
Makalah ulumul quran terjemahjuniska efendi
 
Ilmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihIlmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihwidya adhy
 
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YITAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YIMuhammad Rizaki
 

What's hot (20)

Ilmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quranIlmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quran
 
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Rahmah Danisya. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH  Rahmah Danisya. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH  Rahmah Danisya. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH Rahmah Danisya. SM IV MD-C FDK UINSU 2019/2020
 
Reverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quranReverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quran
 
PERKEMBANGAN HADITS
PERKEMBANGAN HADITSPERKEMBANGAN HADITS
PERKEMBANGAN HADITS
 
Ulum al quran
Ulum al quranUlum al quran
Ulum al quran
 
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'ANMAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
 
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)20140306100342 modul unit 1 5 (1)
20140306100342 modul unit 1 5 (1)
 
Materi kuliah pertemuan ke 2
Materi kuliah pertemuan ke 2Materi kuliah pertemuan ke 2
Materi kuliah pertemuan ke 2
 
Materi tekpend
Materi tekpendMateri tekpend
Materi tekpend
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 
Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...
Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...
Kelompok surat dan ayat makkiyah, tanda – tanda surat makkiyah, macam macamny...
 
Ppt al qur'an
Ppt al qur'anPpt al qur'an
Ppt al qur'an
 
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
 
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'ifHadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'if
 
Ulumul Qur'an Maki Madani
Ulumul Qur'an Maki MadaniUlumul Qur'an Maki Madani
Ulumul Qur'an Maki Madani
 
Materi PAI
Materi PAIMateri PAI
Materi PAI
 
Makalah ulumul quran terjemah
Makalah ulumul quran  terjemahMakalah ulumul quran  terjemah
Makalah ulumul quran terjemah
 
Ilmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihIlmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabih
 
Makki & madani
Makki & madaniMakki & madani
Makki & madani
 
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YITAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
TAFSIR BI AL-MA'TSUR DAN TAFSIR BI AL-RA'YI
 

Similar to Al quran adalah satu

Turunnya al qur'an dengan tujuh huruf
Turunnya al qur'an dengan tujuh hurufTurunnya al qur'an dengan tujuh huruf
Turunnya al qur'an dengan tujuh hurufAbdul Fauzan
 
Assalamualaikum
AssalamualaikumAssalamualaikum
AssalamualaikumUjey Tobat
 
Rasmul quran fathur [compatibility mode]
Rasmul quran  fathur [compatibility mode]Rasmul quran  fathur [compatibility mode]
Rasmul quran fathur [compatibility mode]FATKHUR ROHMAN
 
PART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptx
PART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptxPART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptx
PART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptxrukhulamin4
 
Ilmu Rasm Usmani pdf
Ilmu Rasm Usmani pdfIlmu Rasm Usmani pdf
Ilmu Rasm Usmani pdfRulHas SulTra
 
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’anRuang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’anjuniska efendi
 
Fiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'an
Fiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'anFiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'an
Fiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'anfianawulanndari
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inNoor Aziah Mamat
 
power-point-ulumul-qur_an.pptx
power-point-ulumul-qur_an.pptxpower-point-ulumul-qur_an.pptx
power-point-ulumul-qur_an.pptxFaridPermana1
 
Resume ulumul qur'an
Resume ulumul qur'anResume ulumul qur'an
Resume ulumul qur'anMaz Say
 
sumber sumber ajaran islam
sumber sumber ajaran islamsumber sumber ajaran islam
sumber sumber ajaran islamdiyan tri wijaya
 

Similar to Al quran adalah satu (20)

Turunnya al qur'an dengan tujuh huruf
Turunnya al qur'an dengan tujuh hurufTurunnya al qur'an dengan tujuh huruf
Turunnya al qur'an dengan tujuh huruf
 
Assalamualaikum
AssalamualaikumAssalamualaikum
Assalamualaikum
 
Rasmul quran fathur [compatibility mode]
Rasmul quran  fathur [compatibility mode]Rasmul quran  fathur [compatibility mode]
Rasmul quran fathur [compatibility mode]
 
Ulumul quran 1
Ulumul quran 1Ulumul quran 1
Ulumul quran 1
 
PART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptx
PART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptxPART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptx
PART 4 QIRA'AH DAN RASMUL QURAN.pptx
 
Ilmu Rasm Usmani pdf
Ilmu Rasm Usmani pdfIlmu Rasm Usmani pdf
Ilmu Rasm Usmani pdf
 
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’anRuang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
 
Fiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'an
Fiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'anFiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'an
Fiana2013.4.047.0001.1.001678.rasm usmani.tugas ulumul qur'an
 
Ppt ulumul qur'an
Ppt ulumul qur'anPpt ulumul qur'an
Ppt ulumul qur'an
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
 
Tugas study al quran
Tugas study al quranTugas study al quran
Tugas study al quran
 
Keotentikan al qur'an
Keotentikan al qur'anKeotentikan al qur'an
Keotentikan al qur'an
 
Qiraat Sab'ah
Qiraat Sab'ahQiraat Sab'ah
Qiraat Sab'ah
 
Ma rifatul qur an
Ma rifatul qur anMa rifatul qur an
Ma rifatul qur an
 
Rasmul Qur'an
Rasmul Qur'anRasmul Qur'an
Rasmul Qur'an
 
power-point-ulumul-qur_an.pptx
power-point-ulumul-qur_an.pptxpower-point-ulumul-qur_an.pptx
power-point-ulumul-qur_an.pptx
 
ppt Rasm usmani
ppt Rasm usmanippt Rasm usmani
ppt Rasm usmani
 
Resume ulumul qur'an
Resume ulumul qur'anResume ulumul qur'an
Resume ulumul qur'an
 
TUGAS TAFSIR TEMATIK-2 OLEH Agung Setiawan. SM IV-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS TAFSIR TEMATIK-2 OLEH Agung Setiawan. SM IV-B FDK UINSU 2019/2020TUGAS TAFSIR TEMATIK-2 OLEH Agung Setiawan. SM IV-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS TAFSIR TEMATIK-2 OLEH Agung Setiawan. SM IV-B FDK UINSU 2019/2020
 
sumber sumber ajaran islam
sumber sumber ajaran islamsumber sumber ajaran islam
sumber sumber ajaran islam
 

More from Cik BaCo

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kesCik BaCo
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosiCik BaCo
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusiaCik BaCo
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasaCik BaCo
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwidCik BaCo
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arabCik BaCo
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadualCik BaCo
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinanCik BaCo
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikelCik BaCo
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 

More from Cik BaCo (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
 

Al quran adalah satu

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Al Quran adalah satu-satunya mukjizat agung yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ianya diturnkan secara mutawatir atau secara beransur-ansur yang diturun melalui Malaikat Jibril. Allah S.W.T. juga telah menentukan kaedah-kaedah tertentu membentuk kalimah al-Quran. Di dalam hal ini, para ulama’ telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut yang juga dinamakan kaedah Resm Qiyasi atau Imlai ( الرسم القياسى ), Rasm A’rudi ( الرسم العروضي ), dan Resm Uthmani ( الرسم العثمان ). Penulisan (Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma' (kesepakatan) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w. Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali dengan adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan khat. Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau asalnya samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl. Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan didalam penulisan al-Quran ketika itu.
  • 2. Resm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu saiddina Uthman Ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam- imam Qiraat yang masyhur. Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain. 2 2.0 Resm al-Quran Resm bermaksud taswir atau lafaz pada huruf-huruf hijaiyah. Ia juga dikenali dengan adanya lafazdan boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan khat. Manakala, ilmu rasm membawa maksud Sesuatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah cara penulisan lafaz atau kalimah dengan menjaga lafaz huruf atau asalnya samada ditambah huruf, dikurangkan huruf, al-wasl, al-fasl dan al-badl. Namun begitu, bila kita membicarakan tentang Ta’arif, terdapat persilisihan pendapat. Ada ulama’ memberi pengertian sebarang bentuk penulisan yang berlainan dengan lafaz-lafaz al-Quran. Ini kerana adanya penambahan, pembuangan, pengantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr. Syaaban Mohd Ismail memperincikan sebagai satu keterangan yang membincangkan cara penulisan mushaf pada zaman Saidina Uthman. Apabila sesuatu Resm dinisbahkan kepada sahabat-sahabat
  • 3. yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu ianya juga dipanggil Resm Istilahi. Begitu juga dipanggil Resm Taufiqi, ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Resm tersebut merupakan menefestasi kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan juga memerintahkan supaya digunakan didalam penulisan al-Quran ketika itu. 3 2.1 Resm Uthmani Resm Uthmani, merupakan ilmu yang membincangkan kaedah penulisan ayat-ayat al- Quran yang digunakan dan persetujui oleh Saidina Othman ketika penyalinan dan penulisan al-Quran. Pembentukan (taswir) lafaz pada huruf-huruf Hijaiyah atau Resm tergambarnya kalimah dan seterusnya dapat disebut atau resm menunjukan adanya lafaz, Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan Khat. Resm Uthmani, Jika ianya bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah tentu kaedah ini tidak digunapakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang bermukjizat. Dsini kita boleh membuat rumusan bahawa kaedah tersebut amat unik dan yang jelas banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah dan sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya. Allah S.W.T. telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud: Sesungguhnua Kami yang menurunkan al-Zikr (al-Quran) dan Kamilah yang menjanganya. (Surah al-Hijr:9) Ulama mentaksirkan bahawa penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf. Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa beliau telah menjawab mesti di tulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah S.A.W. lagi. Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat dari bacaan Rasulullah S.A.W. Berdasarkan dari petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang sangat kuat kepada kita bahawa penulisan resm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan, bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn
  • 4. Hambal telah menjelaskan haram menyalahi resm al-Quran walaupun pada alif atau wau. Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah mengawasan Rasulullah S.A.W bukannya mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap perkataan al-Quran. Proses penulisan di hadapan Rasulullah S.A.W dan dibaca semula bukti ianya adalah tauqifi. Ulama bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh Uthman Ibn Affan ke kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah satu rukun dalam menilai kesahihan qiraat. Penilaian qiraat untuk diterima pakai sama ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati resm mushaf. Menepati resm mushaf bermaksud qiraat yang dinilai mestilah sama dengan perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika berlainan qiraat tersebut ditolak dan tidak dibenarkan membacanya di dalam sembahyang. Sheikh Ali Dabba’ melalui kitabnya Samir al-Talibin, telah menyenaraikan lebih daripada 10 pandangan ulama bahawa wajib menulis al-Quran dengan resm Uthmani. Antaranya adalah pendapat al- Ustaz Abdul Rahman Ibn al-Qadhi al-Maghribiy yang menyatakan: Tidak harus mengikuti selain Rems Uthmani. Jangan membuat alasan dengan berkata sesungguhnya orang awam tidak mengetahui tulisan mushaf dan akan berlaku kesalahn bacaan jika ditulis dengan resm Uthmani atau memebri alasan-alasan yang lain. Ini kerana semua adalah tidak benar kerana sesiapa yang tidak mengetahui resm Uthmani, wajib kepada mereka mempelajarinya sbelum membaca al-Quran. Jika mereka lakukan selain itu sesungguhnya mereka telah menyalahi ijma’. Kerosakan sebegini telah menyerap di kalangan umat Islam pada masa kini. Justeru itu, hendaklah menjaganya untuk kemaslahatan semua umat Islam. 4 2.2 Resm Imlai’ Manakala, Rasmul Imla’i adalah penulisan menurut kelaziman pengucapan atau pertuturan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa al-Quran dengan resm imla’I dapat dibenarkan, tetapi khusus bagi orang awam. Bagi para ulama atau yang
  • 5. memahami resm Uthmani tetap wajib mempertahankan keaslian resm Uthmani. Berdasarkan pendapat di atas diperkuatkan lagi oleh Al-Zarqani dengan mengatakan bahawa resm imla’I diperlukan untuk menghindarkan ummat dari kesalahan membaca al-Quran, sedangkan resm Uthmani di perlukan untuk memelihara keaslian mushaf al- Quran. Bahkan, pendapat ini lebih moden dan lebih sesuai dengan ummat pada masa kini, disatu pihak lagi mereka ingin melestarikan resm Uthmani, sementara dipihak lain mereka menghendaki dilakukannya penulisan al-Quran dengan resm Imla’I untuk memberikan kemudahan bagi kaum muslimin yang kemungkinan mendapat kesulitan membaca al-Quran dengan resm Uthmani. Namun demikian, kesepakatan para penulis al-Quran dengan resm Uthmani haruslah dijadikan sebagai rujukan yang tidak boleh hilang dari masyarakat Islam. Dengan lingkugan jumlah ummat Islam yang cukup ramai yang tidak lagi menguasai resm Uthmani. Bahkan, tidak sedikit jumlah ummat Islam mampu membaca aksara arab. Mereka memerlukan tulisan lain untuk membantu mereka agar dapat membaca ayat-ayat al-Quran, seperti tulisan latin.Namun demikian Resm Uthmani harus dipelihara sebagai standar rujukan ketika diperlukan. Demikian juga tulisan ayat-ayat al-Quran dalam karya ilmiah, resm Uthmani mutlak diharuskan kerana statusnya sudah masuk dalam kategori rujukan dan penulisannya tidak mempunyai alasan untuk mengabaikannya. Dari sini kita dapat memahami bahwa menjaga keotentikan al-Qur’an tetap merujuk kepada penulisan mushaf Uthmani. Akan tetapi segi pemahaman membaca al-Quran boleh mengunakan penulisan yang lain berdasarkan tulisan yang dalam proses penulisan al-Quran sejak dari Zaman Rasulullah, zaman khalifah Abu Bakar sehingala zaman khalifah Utsman Bin Affan yang penulisnya tidak pernah lepas dari Zaid Bin Tsabit yang merupakan pembantu Rasulullah SAW. Kebanyakan para ulama samada salaf atau khalaf menjadikan fakta di atas menjadi pegangan untuk berhujah tentang keistimewaanya, ia diyakini melalui pegangan sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang 5
  • 6. mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepda al-Quran pasti berlaku penyelewangan yang merosakan kefahaman terhadap al-Quran. Apa yang perlu kita fahami bahawa setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersindiri dan sentiasa dipelihara ileh Allah. Sekiranya terdapat sebarang pengurangan atau penambahan ianya akan mengurangkan keagungan dan kemukjizatan al-Quran Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat. Dua perkara ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia memerlukan pengetahuan bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada guru yang mursyid secara Talaqqi dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan dua contoh mudah untuk menerangkan betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penting dengan kaedah bacaan al-Quran mengikut Qiraat Tujuh 3.0 Pengertian “Tauqifi” dan “Taufiqi” Apa yang dimaksudkan dengan tauqifi iaitu yang kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu. Lalu, ia menjelaskan kepada manusia dengan kata-katanya sendiri. Bahagian ini meskipun kandungannya dinisbahkan kepada Allah, tetapi dari segi pembicaraan lebih layak dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w., sebab kata-kata itu dinisbahkan kepada yang mengatakannya meskipun di dalamnya terdapat makna yang diterima dari pihak lain. Resm Uthmani bersifat tauqifi. Bersifat taufiqi Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud Resm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah. Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. 6
  • 7. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kefahaman al-Quran. Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah. Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan mukjizat al-Quran. Manakala, taufiqi iaitu yang disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut pemahamannya terhadap al-Quran, kerana ia mempunyai tugas menjelaskan al-Quran atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Bahagian kesimpulan yang bersifat ijitihad ini diperkuat oleh wahyu jika ia benar. Dan, bila terdapat kesalahan di dalamnya, turunlah wahyu yang membetulkannya. Bahagian ini bukanlah kalam Allah secara pasti. Dari sini, jelaslah bahawa hadis nabawi dengan kedua bahagiannya yang tauqifi atau yang taufiqi dengan ijtihad yang diakui dari wahyu itu bersumber dari wahyu. Inilah makna dari firman Allah tentang Rasul-Nya. Maksudnya “Dia (Muhammad) tidak berbicara menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya.”( An- Najm: 3–4) 4.0 Perbahasan Pendapat Mengenai Isu “Tauqifi” dan “Taufiqi” Terdapat perselisihan pendapat di kalangan para ulama berkaitan dengan kedudukan resm Uthman, apakah pola penulisan tersebut merupakan petunjuk Nabi (tauqifi) atau hanya ijtihad kalangan sahabat. Jumhur ulama berpendapat bahwa pola resm Uthman bersifat tauqifi dengan alasan bahwa para penulis wahyu adalah sahabat-sahabat yang 7
  • 8. ditunjuk dan di percaya Nabi SAW. Pola penulisan tersebut bukan merupakan ijtihad para sahabat Nabi, dan para sahabat tidak mungkin melakukan (ijma’) dalam hal-hal yang yang bertentangan dengan kehendak dan restu Nabi. Bentuk-bentuk struktur standart di dalam penulisan al-Quran tidak boleh dilihat hanya berdasarkan standart penulisan baku, tetapi di sebalik itu terdapat rahasia yang belum dapat terungkap secara keseluruhan. Pola penulisan tersebut juga di pertahankan para sahabat dan tabi’in. Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui bahawa penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr Yusuf al Qardhawi dalam kitab “fatawa al-Maashirah” menerima dan mempertahankan pendapat ini secara panjang lebar; 21 Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang ditulis ketika itu. Ia ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid. Umat Islam juga bersepakat mashaf ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis tidak diubah atau ditukar meskipun cara penulisan sekarang sudah berkembangdan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang perlu yang tidak boleh mengubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi titik-titik huruf dan baris-baris. Bahkan, mushaf ini kekal sehingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah sebagi langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari sebarang perubahan yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara tersilap atau disengajakan. Huruf-huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua bunyi-bunyi huruf Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to. Mungkin ada sebahagian orang menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan meletakkan tanda-tanda khas seperti yang 8
  • 9. diletakkan oleh para orientalis untuk membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat. Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan dan bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga “tanwin” bagaimanakah bunyi ketika disambung (wasal) dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain dengan tanwin dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan. Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut mengakui kenyataan di atas ialah pertubhan-pertubuhan tersebut ialah “majmak Buhuth Islamih” (Majlis Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam persidangan keenam pada 30 Muharram 1391H, “haiah Kibar Ulama” (kesatuan ulama Besar) Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21 Syawal 1399H dan ketiga “Majmak FiqhIslami” (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam Islami (Liga Islam sedunia) Selain itu, terdapat juga sekelompok ulama berpendapat lain, bahawa pola penulisan di dalam resm Uthmani tidak bersifat tauqifi, tetapi hanya ijtihad para sahabat. Tidak pernah ditemukan riwayat Nabi mengenai ketentuan penulisan wahyu. Bahkan sebuah riwayat ditulis oleh Rajab Farjani: “sesungguhnya Rasulullah SAW, memerintahkan menulis al-Quran, tetapi tidak memberikan petunjuk atau teknik penulisannya, dan tidak pula melarang menulisnya dengan pola-pola tertentu. Dengan itu wujudnya perbezaan model-model penulisan al-Quran dalam mushaf-mushaf mereka. Ada yang menulis suatu lafaz al-Quran sesuai dengan bunyi lafaz itu, ada juga di kalangan mereka yang menambah atau menguranginya, kerana mereka tahu itu hanya cara. Kerana itu dibenarkan menulis mushaf dengan pola-pola penulisan masa lalu atau pada masa kini.” Lagi pula, sekiranya itu adalah petunjuk Nabi, rasm itu akan disebut resm Nabawi, bukannya resm Uthmani. Belum lagi kalau ummi Nabi diartikan sebagai buta huruf, yang berarti tidak mungkin petunjuk atau teknik yang datangnya dari Nabi. Tidak pernah ada suatu riwayat yang ditemui, baik dari Nabi mahu pun daripada para sahabat bahwaa pola penulisan al-Quran itu bersumber dari petunjuk Nabi. Dengan demikian, kewajiban mengikuti pola penulisan al-Quran versi mushaf ‘Uthmani 9
  • 10. diperselisihkan para ulama. Ada yang mengatakan wajib, dengan alasan bahawa pola tersebut merupakan petunjuk petunjuk Nabi (tauqifi). Pola itu harus dipertahankan meskipun beberapa diantaranya menyalahai kaedah penulisan yang telah diperakui. Bahkan Imam Ahmad Ibn Hambal dan Imam Malik berpendapat bahawa haram hukumnya menulis al-Quran menyalahi resm Uthmani. Bagaimanapun pola tersebut sudah merupakan kesepakatan ulama (jumhur ‘ulama). Ulama yang tidak mengakui resm Uthmani sebagai rasm tauqifi, berpendapat bahawa tidak ada masalah jika al-Quran ditulis dengan pola standart (resm imla’i). Berkaitan dengan pola penulisan diserahkan kepada pembaca jikalau pembaca merasa lebih mudah dengan resm imla’i, ia akan dapat menulisnya dengan pola tersebut, ini kerana pola penulisan itu hanya simbol pembacaan, dan tidak mempengaruhi makna al-Quran Manakala, sebahagian ulama lain mengkompromikan kedua pendapat di atas dengan mengatakan bahawa penulisan al-Quraan dengan resm imla’i dapat dibenarkan, tetapi khusus bagi awam. Bagi para ulama atau yang memahami resm Uthmani, tetap wajib mempertahnkan keaslian resm tersebut. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan pendapat al-Zaqarani dengan mengatakan bahawa resm imla’I diperlukan untuk menghindarkan umat dari kesalahan membaca, sedangkan dengan resm Uthmani diperlukan untuk memelihara keaslian mushaf al-Quran. Mazhab ini mengatakan harus menulis dengan rasm yang baru mengikut kaedah penulisan semasa, disamping mengekalkan juga resm Uthmani dan dijaga oleh ulama’ yang khusus dalam bidangnya. Disokong oleh as-Syeikh ‘Izzudin bin Abd as-Salam dan Badru ad-Din al-Zarkasyi…al- Burhan j 1 mk 379. 10
  • 11. 11 5.0 Pentutup Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa resm Uthmani ini adalah Tauqifiyyah daripada Rasullullah s.a.w berdasarkan kepada kesemua yang ditulis oleh penulis wahyu adalah mengikut apa yang Baginda arahkan. Dan Zaid bin Thabit menyalin semula al-Quran sebanyak 2 kali tidak pernah mengubah sedikit pun apa yang telah ditulis pada zaman Rasullullah s.a.w sehinggalah telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa membaca al- Quran bertepatan dengan resm Uthmani adalah satu syarat diterima bacaan tersebut sebagai bacaan al-Qur’an. Berkata as-Syeikh Abdu al-Fatah al-Qadhi: adalah menjadi kewajipan keatas penulis, pencetak, pengeluar mushaf menggunakan resm Uthmani,jangan diubah walau sedikit pun samada mushaf kamilah (sempurna) atau pun mushaf yang kecil yang diajar kepada kanak-kanak agar mereka mengenali resm Uthmani dan kepada guru-guru al- Quran ajarlah anak-anak orang Islam dengan kaedah ini sehingga mahir dan boleh membaca mushaf rasm Uthmani tanpa rasa beban. ( 2,568 Patah Perkatan )
  • 12. 12 RUJUKAN Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah. Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Hadith. Ahmad, M.Y.(2004). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani. Meteor Doc. Sdn. Bhd.2. Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi. al-Burhan fi Ulum al-Quran. Beirutdar al Makrifah.3. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran RasmUthmani dan Kelebihannya. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000). Thamar al-Jinan Fi AfnanMin Ulum al-Quran Egypt. Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), Buku Panduan Rasm Uthmani. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001). Al-Quranul Karim Terjemahan dan Huraian - Maksud Jilid 1. DBP Kuala Lumpur. Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006). Ensiklopedia Asas Fardhu Ain.