SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Download to read offline
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah


     Tajuk 1                     Pengenalan kepada Al-Quran


Sipnosis

Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk utama iaitu Rasm
Uthmani, jenis bacaan al-Quran dan adab dengan al-Quran. Ketiga-tiga tajuk
mempunyai kepentingan secara langsung dengan pemeliharaan kitab suci. Melalui
pemeliharaan dan penjagaan kepada ketiga-tiga perkara tersebut diharapkan
pelatih dapat sepenuhnya menjaga kesucian kitab Suci al-Quran. Ia merangkumi
pemeliharaan tulisan, bacaan dan adab-adab ketika berinteraksi dengan al-Quran.
Mushaf-mushaf dan bahan-bahan sumber lain seperti buku iqra’ yang digunakan
dalam pengajaran pembelajaran al-Quran pendidikan sekolah rendah sekarang
menggunakan resam Uthmani.

Hasil Pembelajaran


    1. Mendefinasikan, menyusur galur sejarah, menyenaraikan kelebihan serta

     mengaplikasikan      penulisan resam Uthmani dan Dobt al-Quran dalam
     pengajaran    pembelajaran al-Quran.


    2. Mengenalpasti   bentuk dan ciri bacaan al-Quran yang dibenarkan dan
     mengaplikasikan adab-adab berkaitan dengan al-Quran.



Kerangka konsep tajuk


                            Pengenalan kepada al-Quran
                                 Resam Uthmani
                              Jenis bacaan Al-Quran

                               Adab dengan Al-Quran



1.   Resam Uthmani ( 7 jam)




1
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

      Anda tentu sudah lama menyedari bahawa tulisan ayat-ayat al-Quran dalam
buku Ikrak menggunakan resam Uthmani. Sejauh mana anda memahami istilah
tersebut?. Sebelum itu marilah kita jejaki secara ringkas sejarah penulisan al-
Quran.
      Sudah menjadi sunnah, ilmu dipelihara dikawal dan dijaga melalui kedua-
dua cara iaitu secara lisan dan penulisan. Begitu juga dengan Al-Quran. Bersama-
sama bentuk-bentuk bacaan mutawatir yang diiturunkan melalui Malaikat Jibril
Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu membentuk kalimah-kalimah
Al-Quran. Ulama-ulama Al-Quran telah mengesan beberapa kaedah penulisan
kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Resm
Uthmani.


                      Melalui kaedah-kaedah penulisan tersebut suatu kesimpulan
                      dapat dirumuskan bahawa kaedah-kaedah tersebut sangat
                      unik. Jika ia bukan bersumberkan Rasulullah dan para
                      sahabat tentunya kaedah ini tidak digunakan untuk menulis
                      kalimah-kalimah Kitab yang paling agung. Yang jelas dan
nyata banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga
Rasulullah dan sahabat-sahabatnya sangat mengambil berat terhadapnya.


Rasm dan Rasm Uthmani.
Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui gabungan huruf-huruf Hijaiyah.
Rasm Uthmani pula ialah bentuk-bentuk tulisan Al-Quran yang digunakan dan
dipersetujui Saidina Uthman ketika penulisan dan penyalinan Al-Quran. Ada
yang mentakrifkan sebarang bentuk penulisan yang berlainan dengan cara
penulisan lafaz-lafaz Al-Quran. Ini disebabkan adanya penambahan, pembuangan,
penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Dr Syaaban
Mohd Ismail memperincikan sebagai suatu keterangan yang membincangkan
mengenai cara penulisan mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman.


Ia juga dikenali dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada aktiviti sahabat-
sahabat yang bertanggungjawab menulis Mushaf-Mushaf dengan menggunakan
kaedah-kaedah tertentu. Ia juga dinamakan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan


2
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

ulama berpendapat bahawa Rasm tersebut merupakan manifestasi kaedah-kaedah
yang diajarkan oleh Rasulullah dan bagindalah juga memerintahkan supaya
digunakan di dalam penulisan Al-Quran Ketika itu.


              Rujuk pada beberapa kitab Ulum Quran dan Resam al-Quran dan
              dapatkan maklumat yang membezakan antara istilah-istilah berikut ;
              resam, khat dan manuskrip.



                                    Rasm Uthmani.
                              Tulisan asal Al-Quran yang
                            diwahyukan kepada Rasulullah
                                Rasm yang digunakan
                     sahabat-sahabat menulis ayat-ayat Al-Quran
                     Dinisbahkan kepada Saidina Uthman kerana
                     beliau mengarahkan Al-Quran disalin semula

Sejarah Rasm Uthmani


Penulisan .
Umum diketahui bangsa Arab adalah bangsa Ummi tidak mengenal tulisan.
Keadaan ini berlaku di kalangan Quraisy kecuali beberapa orang yang belajar
menulis menjelang kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah
mengenai akan datang seorang nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w mengukuhkan
Islam dan menyiapkan dokumentasi yang dia akan turunkan kepadanya. Media
tulisan merupakan media penjagaan yang lebih teliti dan berkemungkinan minima
mengalami perubahan.


Para sejarawan hampir bersepakat bahawa kaum Qurais di Makkah tidak
mengambil tulisan kecuali melalui Harb bin Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma
berbeza pendapat mengenai daripada siapa ia mempelajarinya. Dari sumber
inilah dijumpai sejumlah orang yang mampu menulis menjelang kedatangan Islam.
Jumlah mereka sangat sedikit dibanding dengan sekian besar jumlah yang masih
buta huruf.




3
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang
mampu menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi
yang mengajar anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang
pandai menulis antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b
Thabit yang kesemuanya juga belajar tulis menulis daripada kalangan Yahudi atas
perintah Nabi s.a.w.


Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan
menghapuskannya demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan
4-5 surah Al-Alaq dan ayat-ayat 1-2 surah Al-Qalam membuktikan keadaan
tersebut. Peringatan melalui ayat-ayat tersebut membuktikan keperluan penulisan
dalam mengangkat martabat umat islam. Oleh sebab itu Rasul s.a.w sangat
menggalakkan sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai media
untuk mencapai hasrat tersebut. Tawanan perang badar yang pandai menulis
diarahkan mengajar sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi
sedikit hilangnya buta huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan
bahawa islam adalah agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun.


Penulisan Al-Quran
Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan Al-Quran. Ini dibuktikan melalui
perlantikan nabi s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat
Khalifah rasyidah, Muawiyah, Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid
b Thabit, Thabit b Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada
wahyu turun beliau menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di
samping menambah kepercayaan dan kehati-hatian terhadap Kitab Allah sehingga
penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-tulisan Al-Quran
menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga menunjukkan
besarnya perhatian mereka terhadap penulisan Al-Quran. Kemudian tulisan-
tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian, al-Quran
telah dihimpun dengan cara itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-sahifah atau
mushaf-mushaf. Ia tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan media-media lain
yang seumpamanya.




4
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar.
Abu bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia
menghadapi masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan
yamamah mensyahidkan ramai para hafiz Al-Quran dan saidina Umar melahirkan
kebimbangan terhadap Al-Quran. Setelah saidina Umar memujuk saidina Abu
Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar Zaid b Thabit mengumpul Al-
Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan yang ada dalam hati
para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran-
lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan
kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar).


Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman.


Penyebaran islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah,
dan penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim
kepada mereka. Cara pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan
perbezaan “huruf” yang dengannya Al-Quran diturunkan. Apabila mereka
berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka merasa heran perbezaan-
perbezaan Qiraat yang berlaku di kalangan mereka.


Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia
dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan.
Para sahabat perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini
menimbulkan penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin
lembaran-lembaran pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat
Islam pada lembaran itu dengan bacaan yang tetap pada satu huruf. Al-imam
Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-sunan” menjelaskan “Abu
Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat lain atau dari
satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat media
yang digunakan oleh rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia
mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang
terabai”.




5
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Penulisannya di zaman Saidina Uthman.
Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan
diberbagai daerah. Umat islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya
wahyu. Masing-masing daerah islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada
kalangan mereka. Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang
memungkinkan timbulnya pertikaian dan perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit
kerana mereka telah jauh daripada masa kenabian. Keadaan itu semakin parah
sehingga saling mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke
darah-daerah lain seperti Hijaz dan Madinah.


      Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para
pakar untuk menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin
beberapa mushaf untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar
selainnya dibakar dan hanya bertumpu kepadanya.


      Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua
puluh empat dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin Al-Quran
mereka dibantu oleh beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang
Al-Quran antaranya Zaid b Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris.
Akhirnya terhasillah beberapa naskhah mushaf Uthmani dan di hantar naskhah
tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari yang mewakili Qiraat-
qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memilikki kaedah-kaedah penulisan
tertentu. Para pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam
enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.




           Hasilkan grafik tulang ikan menggambarkan ciri-ciri pengumpulan
           Al-Quran di zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman Saiyyidina
           Uthman. (1 jam)




Kelebihan Rasm Uthmani


6
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah



    Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat
perlu diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis
dan membaca kitab suci Al-Quran.


Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-
ulama untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah
penulisannya bersifat Tauqifi.


Rasm Uthmani tauqifi.


Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah.
Lebih jelas ia bermaksud Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti
dimaklumi Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan
setelah mendapat wahyu daripada Allah.


         Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau
Khalaf semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan
sahabat-sahabat dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun
ada beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini
perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada
sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan
sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan
kefahaman Al-Quran.


         Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf Al-Quran mempunyai
mukjizat tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya
diketahui oleh Allah. Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan
mengurangkan keagungan dan mukjizat Al-Quran.




7
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran.


Ulama bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya
menepati salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke
Mekah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf imam yang disimpan oleh
beliau sendiri.


Merangkumi tujuh huruf.


Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi
keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan
dengan wajah qiraat yang diajarkan rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.


Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama
mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan
ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad,
mutahanna atau jamak dan samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada
cara ikrab, perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf
atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah samada
tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya.


Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf
yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu
terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawatiroh tertentu sahaja
dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawatiroh yang lain.




8
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.


Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah islam
rasul melakukan semakan terakhir Al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b
Thabit seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya.
Dengan keadaan tersebut Zaid b Tahbit diberi tanggungjawab untuk menulis dan
mengumpul Al-Quran oleh dua khulafak Ar-Rasidin saidina Abu Bakar dan Sadina
Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.


Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan semasa
hayat nabi tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah
sebagai ayat yang dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf
tersebut. Begitu juga apa yang terkandung dalam Mushaf-mushaf para sahabat
seperti Mushaf Saidina Aisyah, Umar, Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana
sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.


Kaedah penulisan yang istimewa.


Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani
banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya
    1.   keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.
         Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah
         sahaja, huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;
            a.




            b.




9
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah


     2.   keistimewaan huruf-huruf Ibdal.
             a.




     3.   keistimewaan hazaf.
             a.




             b.




     4.   keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).
             a.




Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri
sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya
akan dapat mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya.


Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di
kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan
yang wajib dan dipelihara dan diamalkan.




10
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan
namun pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama
kerana ia boleh membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf Al-Quran dan
dalam jangka panjang mendedahkan Al-Quran kepada perubahan.


          Kemukakan     DUA   buah   Hadis   Sohih   dan   huraiannyanya   yang
          menjelaskan maksud Tujuh Huruf di dalam pengajian Al-Quran.
          (2 jam)




11
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Kaedah-kaedah Penulisan Rasm Uthmani


     1.   kaedah pembuangan atau pengurangan (Hazaf)
          hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah
          tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah
          alif,wau,ya,lam nun dan huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan
          (fawatih) surah tertentu Al-Quran


             a.   hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:
                      i. alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak




                      ii. alif “Al-Takrif” yang didahului huruf lam untuk ta’kid atau “jar”




                      iii.     kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang
                         berfungsi sebagai pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah
                         wasal atau Qata’ contohnya;




12
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     iv.   alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa contohnya;




13
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     v. alif ya kata seruan (ya al-nida’) contohnya




     vi.     alif kalimah aiyuha pada tiga tempat




14
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     vii.    alif “domir marfuk” yang bersambung dengan “domir
       maful” contohnya;




     viii.   alif kata bilangan dua (muthanna) contohnya;




15
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     ix.     kebanyakan alif pada kalimah jamak muzakkar salim
       contohnya;




     x. semua alif jamak muzakkar salim contohnya;




16
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     xi.     alif pada kata nama bilangan (Asmak Al-Adad)
       contohnya;




     xii.    alif baris dua di atas (fathatain) yang didahuluinya
       hamzah contohnya




17
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     xiii.   alif bagi “ha peringatan” (ha tanbih) contohnya;




     xiv.    Alif kata penunjuk (isim isyarah) contohnya;




18
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     xv.     Alif kata nama penyambung (asmak al-Mausulah)
       contohnya;




     xvi.    Alif ditengah-tengah ejaan nama ajam (bkn arab) yang
       sering digunakan contohnya;




19
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     xvii.    Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat
       pada satu tempat sahaja dalam Al-Quran;




     xviii.   Alif hamzah pada semua perkataan “al an” contohnya




              Kecuali ayat sembilan suran al-Jin

     xix.




     xx.      Dua alif yang berturut-turut iaitu;




20
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

                   xxi.




                                  (Al-i-'Imran

                                         184)




(Al-Baqarah 061)


                     Begitu juga pada empat tempat berikut;




           Kemukakan 10 petikan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan
           hazaf Wau dengan Ya`. ( 1 jam)



21
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah


     2.   Kaedah ziyadah atau tambahan.
          Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah
          tertentu Al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua
          keadaan pada bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.
             a.   Ziyadah huruf wau pada ;
                      i.



                   (Al-A’raf 145)
                      ii. Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di

                           bawah ;




             b.   Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut;


22
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




     Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah berikut




23
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




24
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

     3.   Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.)
          ia bererti pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada
          kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima
          keadaan berikut iaitu;
             a.   Pertukaran huruf alif kepada wau
             b.   Pertukaran alif kepada ya
             c.   Pertukaran nun kepada alif
             d.   Pertukaran ta simpul kepada ta terbuka
             e.   Pertukaran thulathi wau kepada alif.
                       i.




                       ii.




             Latihan : (2 jam)
              Rujuk kepada kitab-kitab Ulum Al-Quran yang sesuai dan
             kemukakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penggantian
             huruf `alif kepada ya`   dan `nun kepada alif` .




     4.   Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)
          berangkai ialah penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain
          yang lazimnya dipisahkan manakala pemisahan bermaksud pemisahan
          penulisan dengan lafaz yang lain yang lazimnya ditulis secara berangkai.
          Contohnya penggabungan penulisan lafaz “an” dengan “lan” pada ayat 3
          surah Al-Qiyamah dan pada ayat 48 surah Al-Kahf dan pemisahan penulisan
          lafaz “anna” dengan “ma” pada surah luqman ayat 30 dan Al-Haj ayat 62.




25
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

     5.   Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.




     6.   Kaedah penulisan huruf hamzah.
          kaedah penulisan huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara
          kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah. Contohnya hamzah wasal dibuang
          bentuknya apabila hamzah wasal terletak pada “fiel” selepas Istifham pada
          tujuh tempat iaitu;




                                    (Al-Maryam 78)




26
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah




             Latihan : ( 3 jam)

                 1.   Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata`
                 2.   Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di
                      tengah-tengah kalimah.
                 3.   Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam
                      kalimah-kalimah Al-Quran.




2. Jenis Bacaan dalam al-Quran:


Di dalam membaca al-Quran terdapat beberapa martabat atau tingkatan dalam
membacanya berdasarkan kecepatan waktu dan tatacara yang dibenarkan oleh
hukum-hukum Tajwid. Dalam hal ini Ulama Qiraat berbeza pendapat di dalam
membahagi-bahagi martabat tersebut. Menurut `Izzah Ubaid Da`aas di dalam
kitabnya "Fannut Tajwid" beliau membahagikan 3 tingkatan di dalam membaca Al-
Quran iaitu : al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr.




27
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

     1. Al-Tartil: Adalah tingkatan bacaan yang paling utama. Cara membacanya

        perlahan-lahan   dengan   penuh   tawadhu`,    tadabbur   (menghayati   isi
        kandungan) dengan memelihara segala hukum-hukum tajwid. Bacaan inilah
        sepertimana yang dibacakan oleh Jibril a.s. ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
        Tempoh masa bacaan ini lebih kurang 40 hingga 50 minit dalam satu Juzu`.


     2. At-Tadwir: Adalah tingkatan bacaan yang sederhana dengan erti tidak

        terlalu cepat dan juga tidak sangat lambat, melainkan membacanya dengan
        kira-kira batas waktu 20 hingga 40 minit dalam satu Juz`. Bacaan seperti
        ini adalah sebagaimana bacaannya yang dilakukan oleh Ibnu Amir dan
        huffaz di dalam mentakrir mengulang-ulang bacaan. Tingkatan bacaan ini
        juga sentiasa memelihara hukum-hukum tajwid sebagaimana yang telah
        ditentukan.


     3. Al-Hadr: Adalah tingkatan bacaan yang paling laju tetapi tetap memelihara

        aturan-aturan hukum tajwid. Pada umumnya bacaan ini memakan masa
        10 hingga 30 minit untuk satu Juz`. Tingkatan seperti ini sebagaimana
        bacaan yang dilakukan oleh Ibnu Khatir dan Abi Amru. Dengan cara inilah
        dikisahkan bahawa Imam al-Syafi`i, setiap malam Ramadhan solat Tarawih
        dengan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam satu malam. Jadi Beliau
        telah menunaikan solat Tarawih selama 5 jam atau 6 jam dan Beliau boleh
        mengkhatamkan Al-Quran.




1.   ADAB-ADAB AL-QURAN.

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran.
Adab-adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar, belajar dan guru al-
Quran



                               Adab-adab guru al-Quran
                             Adab pelajar-pelajar al-Quran
                         Adab mendengar & membaca al-Quran



28
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
     Adab-adab dengan
         Al-Quran




29
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran. Untuk menjaga kedudukan
al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli adab berkaitan
mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab tersebut ialah ;
Adab membaca dan mendengar al-Quran

       Ikhlas kerana Allah
       Menghadirkan hati dan aqal
       Membaca istiazah
       Membaca basmalah
       Berkeadaan suci
       Membaca di tempat suci dan bersih
       Membersih mulut
       Memakai pakaian bersih dan suci
       Membaca dengan khusuk dan tawaduk
       Duduk dengan sopan dan menghadap kiblat
       Tidak diselangi dengan percakapan yang tidak perlu
       Memohon kebajikan (ayat rahmat)
       Membaca ucapan tertentu (ayat tertentu)




Adab-adab pelajar al-Quran:
     1. Ikhlaskan niat kerana Allah.

     2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya

        muda , kurang masyhur dan seumpamanya.


30
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

     3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya.

     4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.

     5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat.



Adab-adab guru al-Quran:
     1. Ikhlaskan niat kerana Allah.

     2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.

     3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.

     4. Berakhlak dengan akhlak terpuji.

     5. Berlembut dengan pelajar.

     6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.

     7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar.

     8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.




            Latihan

     1. Dengan menggunakan peta minda, secara atas talian internet kemukakan

       cara-cara mengaplikasikan bacaan al-Quran al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr.



            Layari Internet

     1. Dengan melayari laman http.Saifulmerahs.blogspot.com, hasilkan nota-nota

       tambahan bagi melengkapkan adab-adab membaca al-Quran. Rujuk juga
       dimana-mana laman web yang berkaitan.




31

More Related Content

What's hot

Ilmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quranIlmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quranadekdewa
 
perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an qoida malik
 
GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)
GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)
GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)Zulkifli Mohd
 
Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2Amiruddin Ahmad
 
Reverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quranReverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quranHaubibBro
 
Bahan kuliah ulumul qur'an
Bahan kuliah ulumul qur'anBahan kuliah ulumul qur'an
Bahan kuliah ulumul qur'anMohamad Athar
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Kemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'anKemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'anfadhya_
 
Ilmu – ilmu al qur’an
Ilmu – ilmu al qur’anIlmu – ilmu al qur’an
Ilmu – ilmu al qur’anmuliajayaabadi
 

What's hot (20)

Marāh labīd 2 2
Marāh labīd 2 2Marāh labīd 2 2
Marāh labīd 2 2
 
Jam' ul quran
Jam' ul quranJam' ul quran
Jam' ul quran
 
Ilmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quranIlmu qiraat didalam al quran
Ilmu qiraat didalam al quran
 
I.hadits
I.haditsI.hadits
I.hadits
 
perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an perkembangan Studi al qur'an
perkembangan Studi al qur'an
 
GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)
GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)
GIS 3173 ILMU-ILMU AL-QURAN (PENDAHULUAN)
 
ppt Rasm usmani
ppt Rasm usmanippt Rasm usmani
ppt Rasm usmani
 
Konsep ulum al quran
Konsep ulum al quranKonsep ulum al quran
Konsep ulum al quran
 
Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2Ulum al quran lengkap pt 2
Ulum al quran lengkap pt 2
 
Ulumul quran 1
Ulumul quran 1Ulumul quran 1
Ulumul quran 1
 
Reverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quranReverensi pengertian rasmil quran
Reverensi pengertian rasmil quran
 
Bahan kuliah ulumul qur'an
Bahan kuliah ulumul qur'anBahan kuliah ulumul qur'an
Bahan kuliah ulumul qur'an
 
Hadist tabiin
Hadist tabiinHadist tabiin
Hadist tabiin
 
Qira'at 5
Qira'at 5Qira'at 5
Qira'at 5
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Makalah q
Makalah qMakalah q
Makalah q
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 
Kemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'anKemukjizatan AlQur'an
Kemukjizatan AlQur'an
 
Ilmu – ilmu al qur’an
Ilmu – ilmu al qur’anIlmu – ilmu al qur’an
Ilmu – ilmu al qur’an
 
Makalah Ulumul Qur'an
Makalah Ulumul Qur'anMakalah Ulumul Qur'an
Makalah Ulumul Qur'an
 

Similar to Pendidikan Al-Quran SR

penghimpun dan pembukuan al quraan
penghimpun dan pembukuan al quraanpenghimpun dan pembukuan al quraan
penghimpun dan pembukuan al quraanKeonk Hawk
 
Assalamualaikum
AssalamualaikumAssalamualaikum
AssalamualaikumUjey Tobat
 
Sejarah Kodfikas Al Quran
Sejarah Kodfikas Al QuranSejarah Kodfikas Al Quran
Sejarah Kodfikas Al QuranRifka Marwani
 
Rasmul quran fathur [compatibility mode]
Rasmul quran  fathur [compatibility mode]Rasmul quran  fathur [compatibility mode]
Rasmul quran fathur [compatibility mode]FATKHUR ROHMAN
 
JAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptx
JAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptxJAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptx
JAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptxzulkiflikifli5
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inNoor Aziah Mamat
 
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.docx
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.docxSejarah Penulisan Al-Qur'an.docx
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.docxZukét Printing
 
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.pdf
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.pdfSejarah Penulisan Al-Qur'an.pdf
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.pdfZukét Printing
 
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’anRuang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’anjuniska efendi
 
Usuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quranUsuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quranAliahNadhirah1
 
Presentation agama
Presentation agamaPresentation agama
Presentation agama16juni98
 
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptxSharifahNurulhuda3
 
iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an
iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an
iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an fajar ramadhan alfarisi
 
Tm4 pokok bahasan ulumul qur'an
Tm4   pokok bahasan ulumul qur'anTm4   pokok bahasan ulumul qur'an
Tm4 pokok bahasan ulumul qur'anAji Hehe Rezpector
 

Similar to Pendidikan Al-Quran SR (20)

penghimpun dan pembukuan al quraan
penghimpun dan pembukuan al quraanpenghimpun dan pembukuan al quraan
penghimpun dan pembukuan al quraan
 
Assalamualaikum
AssalamualaikumAssalamualaikum
Assalamualaikum
 
Rasm al-ur'an
Rasm al-ur'anRasm al-ur'an
Rasm al-ur'an
 
Ppt ulumul qur'an
Ppt ulumul qur'anPpt ulumul qur'an
Ppt ulumul qur'an
 
Sejarah Kodfikas Al Quran
Sejarah Kodfikas Al QuranSejarah Kodfikas Al Quran
Sejarah Kodfikas Al Quran
 
Ulumul quran
Ulumul quranUlumul quran
Ulumul quran
 
Rasmul quran fathur [compatibility mode]
Rasmul quran  fathur [compatibility mode]Rasmul quran  fathur [compatibility mode]
Rasmul quran fathur [compatibility mode]
 
JAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptx
JAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptxJAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptx
JAM’UL QUR’AN PADA MASA KHULAFAUR RASYIDIN.pptx
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
 
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.docx
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.docxSejarah Penulisan Al-Qur'an.docx
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.docx
 
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.pdf
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.pdfSejarah Penulisan Al-Qur'an.pdf
Sejarah Penulisan Al-Qur'an.pdf
 
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’anRuang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
Ruang lingkup dan pembagian ulumul qur’an
 
Usuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quranUsuluddin metod pendokumentasian al quran
Usuluddin metod pendokumentasian al quran
 
Keotentikan al qur'an
Keotentikan al qur'anKeotentikan al qur'an
Keotentikan al qur'an
 
Presentation agama
Presentation agamaPresentation agama
Presentation agama
 
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
 
ULUM AL- QUR'AN
ULUM AL- QUR'ANULUM AL- QUR'AN
ULUM AL- QUR'AN
 
iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an
iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an
iain lhokseumawe- makalah ulumul al-qur'an
 
Utsman bin affan
Utsman bin affanUtsman bin affan
Utsman bin affan
 
Tm4 pokok bahasan ulumul qur'an
Tm4   pokok bahasan ulumul qur'anTm4   pokok bahasan ulumul qur'an
Tm4 pokok bahasan ulumul qur'an
 

Pendidikan Al-Quran SR

  • 1. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Tajuk 1 Pengenalan kepada Al-Quran Sipnosis Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk utama iaitu Rasm Uthmani, jenis bacaan al-Quran dan adab dengan al-Quran. Ketiga-tiga tajuk mempunyai kepentingan secara langsung dengan pemeliharaan kitab suci. Melalui pemeliharaan dan penjagaan kepada ketiga-tiga perkara tersebut diharapkan pelatih dapat sepenuhnya menjaga kesucian kitab Suci al-Quran. Ia merangkumi pemeliharaan tulisan, bacaan dan adab-adab ketika berinteraksi dengan al-Quran. Mushaf-mushaf dan bahan-bahan sumber lain seperti buku iqra’ yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran al-Quran pendidikan sekolah rendah sekarang menggunakan resam Uthmani. Hasil Pembelajaran 1. Mendefinasikan, menyusur galur sejarah, menyenaraikan kelebihan serta mengaplikasikan penulisan resam Uthmani dan Dobt al-Quran dalam pengajaran pembelajaran al-Quran. 2. Mengenalpasti bentuk dan ciri bacaan al-Quran yang dibenarkan dan mengaplikasikan adab-adab berkaitan dengan al-Quran. Kerangka konsep tajuk Pengenalan kepada al-Quran Resam Uthmani Jenis bacaan Al-Quran Adab dengan Al-Quran 1. Resam Uthmani ( 7 jam) 1
  • 2. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Anda tentu sudah lama menyedari bahawa tulisan ayat-ayat al-Quran dalam buku Ikrak menggunakan resam Uthmani. Sejauh mana anda memahami istilah tersebut?. Sebelum itu marilah kita jejaki secara ringkas sejarah penulisan al- Quran. Sudah menjadi sunnah, ilmu dipelihara dikawal dan dijaga melalui kedua- dua cara iaitu secara lisan dan penulisan. Begitu juga dengan Al-Quran. Bersama- sama bentuk-bentuk bacaan mutawatir yang diiturunkan melalui Malaikat Jibril Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu membentuk kalimah-kalimah Al-Quran. Ulama-ulama Al-Quran telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Resm Uthmani. Melalui kaedah-kaedah penulisan tersebut suatu kesimpulan dapat dirumuskan bahawa kaedah-kaedah tersebut sangat unik. Jika ia bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat tentunya kaedah ini tidak digunakan untuk menulis kalimah-kalimah Kitab yang paling agung. Yang jelas dan nyata banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah dan sahabat-sahabatnya sangat mengambil berat terhadapnya. Rasm dan Rasm Uthmani. Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui gabungan huruf-huruf Hijaiyah. Rasm Uthmani pula ialah bentuk-bentuk tulisan Al-Quran yang digunakan dan dipersetujui Saidina Uthman ketika penulisan dan penyalinan Al-Quran. Ada yang mentakrifkan sebarang bentuk penulisan yang berlainan dengan cara penulisan lafaz-lafaz Al-Quran. Ini disebabkan adanya penambahan, pembuangan, penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Dr Syaaban Mohd Ismail memperincikan sebagai suatu keterangan yang membincangkan mengenai cara penulisan mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman. Ia juga dikenali dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada aktiviti sahabat- sahabat yang bertanggungjawab menulis Mushaf-Mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Ia juga dinamakan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan 2
  • 3. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah ulama berpendapat bahawa Rasm tersebut merupakan manifestasi kaedah-kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah dan bagindalah juga memerintahkan supaya digunakan di dalam penulisan Al-Quran Ketika itu. Rujuk pada beberapa kitab Ulum Quran dan Resam al-Quran dan dapatkan maklumat yang membezakan antara istilah-istilah berikut ; resam, khat dan manuskrip. Rasm Uthmani. Tulisan asal Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah Rasm yang digunakan sahabat-sahabat menulis ayat-ayat Al-Quran Dinisbahkan kepada Saidina Uthman kerana beliau mengarahkan Al-Quran disalin semula Sejarah Rasm Uthmani Penulisan . Umum diketahui bangsa Arab adalah bangsa Ummi tidak mengenal tulisan. Keadaan ini berlaku di kalangan Quraisy kecuali beberapa orang yang belajar menulis menjelang kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah mengenai akan datang seorang nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w mengukuhkan Islam dan menyiapkan dokumentasi yang dia akan turunkan kepadanya. Media tulisan merupakan media penjagaan yang lebih teliti dan berkemungkinan minima mengalami perubahan. Para sejarawan hampir bersepakat bahawa kaum Qurais di Makkah tidak mengambil tulisan kecuali melalui Harb bin Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma berbeza pendapat mengenai daripada siapa ia mempelajarinya. Dari sumber inilah dijumpai sejumlah orang yang mampu menulis menjelang kedatangan Islam. Jumlah mereka sangat sedikit dibanding dengan sekian besar jumlah yang masih buta huruf. 3
  • 4. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang mampu menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi yang mengajar anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang pandai menulis antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b Thabit yang kesemuanya juga belajar tulis menulis daripada kalangan Yahudi atas perintah Nabi s.a.w. Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan menghapuskannya demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan 4-5 surah Al-Alaq dan ayat-ayat 1-2 surah Al-Qalam membuktikan keadaan tersebut. Peringatan melalui ayat-ayat tersebut membuktikan keperluan penulisan dalam mengangkat martabat umat islam. Oleh sebab itu Rasul s.a.w sangat menggalakkan sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai media untuk mencapai hasrat tersebut. Tawanan perang badar yang pandai menulis diarahkan mengajar sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi sedikit hilangnya buta huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan bahawa islam adalah agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun. Penulisan Al-Quran Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan Al-Quran. Ini dibuktikan melalui perlantikan nabi s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat Khalifah rasyidah, Muawiyah, Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid b Thabit, Thabit b Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada wahyu turun beliau menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di samping menambah kepercayaan dan kehati-hatian terhadap Kitab Allah sehingga penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-tulisan Al-Quran menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga menunjukkan besarnya perhatian mereka terhadap penulisan Al-Quran. Kemudian tulisan- tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian, al-Quran telah dihimpun dengan cara itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-sahifah atau mushaf-mushaf. Ia tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan media-media lain yang seumpamanya. 4
  • 5. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar. Abu bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia menghadapi masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan yamamah mensyahidkan ramai para hafiz Al-Quran dan saidina Umar melahirkan kebimbangan terhadap Al-Quran. Setelah saidina Umar memujuk saidina Abu Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar Zaid b Thabit mengumpul Al- Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan yang ada dalam hati para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran- lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar). Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman. Penyebaran islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah, dan penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim kepada mereka. Cara pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan perbezaan “huruf” yang dengannya Al-Quran diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka merasa heran perbezaan- perbezaan Qiraat yang berlaku di kalangan mereka. Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para sahabat perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini menimbulkan penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu dengan bacaan yang tetap pada satu huruf. Al-imam Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-sunan” menjelaskan “Abu Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat lain atau dari satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat media yang digunakan oleh rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang terabai”. 5
  • 6. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Penulisannya di zaman Saidina Uthman. Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan diberbagai daerah. Umat islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya wahyu. Masing-masing daerah islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada kalangan mereka. Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang memungkinkan timbulnya pertikaian dan perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit kerana mereka telah jauh daripada masa kenabian. Keadaan itu semakin parah sehingga saling mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke darah-daerah lain seperti Hijaz dan Madinah. Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para pakar untuk menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin beberapa mushaf untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar selainnya dibakar dan hanya bertumpu kepadanya. Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua puluh empat dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin Al-Quran mereka dibantu oleh beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang Al-Quran antaranya Zaid b Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris. Akhirnya terhasillah beberapa naskhah mushaf Uthmani dan di hantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari yang mewakili Qiraat- qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memilikki kaedah-kaedah penulisan tertentu. Para pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian. Hasilkan grafik tulang ikan menggambarkan ciri-ciri pengumpulan Al-Quran di zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman Saiyyidina Uthman. (1 jam) Kelebihan Rasm Uthmani 6
  • 7. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat perlu diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis dan membaca kitab suci Al-Quran. Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama- ulama untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah penulisannya bersifat Tauqifi. Rasm Uthmani tauqifi. Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah. Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kefahaman Al-Quran. Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf Al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah. Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan mukjizat Al-Quran. 7
  • 8. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran. Ulama bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya menepati salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke Mekah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf imam yang disimpan oleh beliau sendiri. Merangkumi tujuh huruf. Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad, mutahanna atau jamak dan samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab, perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah samada tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya. Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawatiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawatiroh yang lain. 8
  • 9. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir. Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah islam rasul melakukan semakan terakhir Al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b Thabit seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Dengan keadaan tersebut Zaid b Tahbit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua khulafak Ar-Rasidin saidina Abu Bakar dan Sadina Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut. Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan semasa hayat nabi tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga apa yang terkandung dalam Mushaf-mushaf para sahabat seperti Mushaf Saidina Aisyah, Umar, Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan terakhir. Kaedah penulisan yang istimewa. Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya 1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah. Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah sahaja, huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya; a. b. 9
  • 10. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah 2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal. a. 3. keistimewaan hazaf. a. b. 4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah). a. Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya akan dapat mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya. Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang wajib dan dipelihara dan diamalkan. 10
  • 11. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan namun pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama kerana ia boleh membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf Al-Quran dan dalam jangka panjang mendedahkan Al-Quran kepada perubahan. Kemukakan DUA buah Hadis Sohih dan huraiannyanya yang menjelaskan maksud Tujuh Huruf di dalam pengajian Al-Quran. (2 jam) 11
  • 12. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Kaedah-kaedah Penulisan Rasm Uthmani 1. kaedah pembuangan atau pengurangan (Hazaf) hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif,wau,ya,lam nun dan huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-Quran a. hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut: i. alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak ii. alif “Al-Takrif” yang didahului huruf lam untuk ta’kid atau “jar” iii. kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’ contohnya; 12
  • 13. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah iv. alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa contohnya; 13
  • 14. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah v. alif ya kata seruan (ya al-nida’) contohnya vi. alif kalimah aiyuha pada tiga tempat 14
  • 15. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah vii. alif “domir marfuk” yang bersambung dengan “domir maful” contohnya; viii. alif kata bilangan dua (muthanna) contohnya; 15
  • 16. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah ix. kebanyakan alif pada kalimah jamak muzakkar salim contohnya; x. semua alif jamak muzakkar salim contohnya; 16
  • 17. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah xi. alif pada kata nama bilangan (Asmak Al-Adad) contohnya; xii. alif baris dua di atas (fathatain) yang didahuluinya hamzah contohnya 17
  • 18. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah xiii. alif bagi “ha peringatan” (ha tanbih) contohnya; xiv. Alif kata penunjuk (isim isyarah) contohnya; 18
  • 19. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah xv. Alif kata nama penyambung (asmak al-Mausulah) contohnya; xvi. Alif ditengah-tengah ejaan nama ajam (bkn arab) yang sering digunakan contohnya; 19
  • 20. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah xvii. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja dalam Al-Quran; xviii. Alif hamzah pada semua perkataan “al an” contohnya Kecuali ayat sembilan suran al-Jin xix. xx. Dua alif yang berturut-turut iaitu; 20
  • 21. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah xxi. (Al-i-'Imran 184) (Al-Baqarah 061) Begitu juga pada empat tempat berikut; Kemukakan 10 petikan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hazaf Wau dengan Ya`. ( 1 jam) 21
  • 22. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah 2. Kaedah ziyadah atau tambahan. Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan pada bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya. a. Ziyadah huruf wau pada ; i. (Al-A’raf 145) ii. Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di bawah ; b. Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut; 22
  • 23. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah berikut 23
  • 24. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah 24
  • 25. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah 3. Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.) ia bererti pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima keadaan berikut iaitu; a. Pertukaran huruf alif kepada wau b. Pertukaran alif kepada ya c. Pertukaran nun kepada alif d. Pertukaran ta simpul kepada ta terbuka e. Pertukaran thulathi wau kepada alif. i. ii. Latihan : (2 jam) Rujuk kepada kitab-kitab Ulum Al-Quran yang sesuai dan kemukakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penggantian huruf `alif kepada ya` dan `nun kepada alif` . 4. Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl) berangkai ialah penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain yang lazimnya dipisahkan manakala pemisahan bermaksud pemisahan penulisan dengan lafaz yang lain yang lazimnya ditulis secara berangkai. Contohnya penggabungan penulisan lafaz “an” dengan “lan” pada ayat 3 surah Al-Qiyamah dan pada ayat 48 surah Al-Kahf dan pemisahan penulisan lafaz “anna” dengan “ma” pada surah luqman ayat 30 dan Al-Haj ayat 62. 25
  • 26. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah 5. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza. 6. Kaedah penulisan huruf hamzah. kaedah penulisan huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah. Contohnya hamzah wasal dibuang bentuknya apabila hamzah wasal terletak pada “fiel” selepas Istifham pada tujuh tempat iaitu; (Al-Maryam 78) 26
  • 27. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Latihan : ( 3 jam) 1. Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata` 2. Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di tengah-tengah kalimah. 3. Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam kalimah-kalimah Al-Quran. 2. Jenis Bacaan dalam al-Quran: Di dalam membaca al-Quran terdapat beberapa martabat atau tingkatan dalam membacanya berdasarkan kecepatan waktu dan tatacara yang dibenarkan oleh hukum-hukum Tajwid. Dalam hal ini Ulama Qiraat berbeza pendapat di dalam membahagi-bahagi martabat tersebut. Menurut `Izzah Ubaid Da`aas di dalam kitabnya "Fannut Tajwid" beliau membahagikan 3 tingkatan di dalam membaca Al- Quran iaitu : al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr. 27
  • 28. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah 1. Al-Tartil: Adalah tingkatan bacaan yang paling utama. Cara membacanya perlahan-lahan dengan penuh tawadhu`, tadabbur (menghayati isi kandungan) dengan memelihara segala hukum-hukum tajwid. Bacaan inilah sepertimana yang dibacakan oleh Jibril a.s. ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Tempoh masa bacaan ini lebih kurang 40 hingga 50 minit dalam satu Juzu`. 2. At-Tadwir: Adalah tingkatan bacaan yang sederhana dengan erti tidak terlalu cepat dan juga tidak sangat lambat, melainkan membacanya dengan kira-kira batas waktu 20 hingga 40 minit dalam satu Juz`. Bacaan seperti ini adalah sebagaimana bacaannya yang dilakukan oleh Ibnu Amir dan huffaz di dalam mentakrir mengulang-ulang bacaan. Tingkatan bacaan ini juga sentiasa memelihara hukum-hukum tajwid sebagaimana yang telah ditentukan. 3. Al-Hadr: Adalah tingkatan bacaan yang paling laju tetapi tetap memelihara aturan-aturan hukum tajwid. Pada umumnya bacaan ini memakan masa 10 hingga 30 minit untuk satu Juz`. Tingkatan seperti ini sebagaimana bacaan yang dilakukan oleh Ibnu Khatir dan Abi Amru. Dengan cara inilah dikisahkan bahawa Imam al-Syafi`i, setiap malam Ramadhan solat Tarawih dengan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam satu malam. Jadi Beliau telah menunaikan solat Tarawih selama 5 jam atau 6 jam dan Beliau boleh mengkhatamkan Al-Quran. 1. ADAB-ADAB AL-QURAN. Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran. Adab-adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar, belajar dan guru al- Quran Adab-adab guru al-Quran Adab pelajar-pelajar al-Quran Adab mendengar & membaca al-Quran 28
  • 29. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Adab-adab dengan Al-Quran 29
  • 30. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran. Untuk menjaga kedudukan al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli adab berkaitan mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab tersebut ialah ; Adab membaca dan mendengar al-Quran Ikhlas kerana Allah Menghadirkan hati dan aqal Membaca istiazah Membaca basmalah Berkeadaan suci Membaca di tempat suci dan bersih Membersih mulut Memakai pakaian bersih dan suci Membaca dengan khusuk dan tawaduk Duduk dengan sopan dan menghadap kiblat Tidak diselangi dengan percakapan yang tidak perlu Memohon kebajikan (ayat rahmat) Membaca ucapan tertentu (ayat tertentu) Adab-adab pelajar al-Quran: 1. Ikhlaskan niat kerana Allah. 2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya muda , kurang masyhur dan seumpamanya. 30
  • 31. PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah 3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya. 4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan. 5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat. Adab-adab guru al-Quran: 1. Ikhlaskan niat kerana Allah. 2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid. 3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain. 4. Berakhlak dengan akhlak terpuji. 5. Berlembut dengan pelajar. 6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan. 7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar. 8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu. Latihan 1. Dengan menggunakan peta minda, secara atas talian internet kemukakan cara-cara mengaplikasikan bacaan al-Quran al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr. Layari Internet 1. Dengan melayari laman http.Saifulmerahs.blogspot.com, hasilkan nota-nota tambahan bagi melengkapkan adab-adab membaca al-Quran. Rujuk juga dimana-mana laman web yang berkaitan. 31