SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
PENGENALAN
Alam remaja perlu diterokai oleh semua orang sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan
yang dialami oleh semua remaja sebelum dan selepas akil baligh. Ini akan membawa perkembangan yang
memberangsangkan terhadap tingkah laku dan amalan remaja.
MATLAMAT
Alam remaja akan membolehkan murid memperoleh kefahaman secara mendalam tentang akil baligh yang
akan mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial di samping bagaimana mereka
menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang berkualiti.
OBJEKTIF
Alam remaja ini sangat penting untuk :
1. Membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan
dengan situasi perubahan sebelum dan selepas akil baligh.
2. Menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan hidup dan kesihatan yang
berkualiti.
3. Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi
fizikal, mental, emosi dan sosial.
4. Mengenal pasti cara penjagaan kesihatan dan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkesan dalam
menjalani kehidupan seharian.
1
AKIL BALIGH
PENGENALAN
Akil baligh merupakan tempoh masa perubahan antara zaman kanak-kanak beralih kepada zaman remaja.
Semasa proses akil baligh, anak lelaki dan anak perempuan akan mengalami satu pengalaman baru yang
melibatkan perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Semua perubahan ini secara tidak langsung akan
mengubah rupa bentuk tubuh badan, bagaimana cara kanak-kanak berfikir, mengendalikan perasaan serta
cara bergaul dan berkomunikasi dengan semua orang yang berada di sekeliling mereka.
Manakala remaja membawa maksud di mana seseorang individu itu telah mengalami kematangan sisitem
saraf dan saiz otak yang merupakan satu persediaan ke arah mencapai tahap seorang dewasa. Dalam proses
remaja, mereka sudah dapat membentuk satu set nilai dan sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi
tingkah lakunya. Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa iaitu usia mereka
berada dalam sekitar 1 hingga 19 tahun.
Oleh kerana itu, dalam menjadikan kehidupan seseorang remaja itu lebih berkualiti, penjagaan kesihatan ke
arah hidup sihat haruslah dititikberatkan. Ini penting bagi menggalakkan remaja agar terus berusaha menjaga
kebersihan untuk kesebatian amalan kehidupan mereka.
1.0 PERUBAHAN AKIL BALIGH
Fasa perkembangan akil baligh berbeza antara satu sama lain bagi setiap individu. Biasanya kanak-kanak
lelaki lebih lewat memasuki tempoh akil baligh berbanding kanak-kanak perempuan. Semua ini dipengaruhi
oleh kadar hormon di dalam badan masing-masing. Secara tidak langsung, pelbagai perubahan akan dialami
berperingkat-peringkat. Ini termasuklah perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
2
1.1 PERUBAHAN FIZIKAL
Perubahan fizikal lebih tertumpu kepada rupa bentuk tubuh badan sama ada di dalam dan juga luar badan
kanak-kanak tersebut apabila mengalami fasa akil baligh yang mana ada yang dapat secara ketara dan juga
dialami tanpa disedari. Perkembangan dan pertumbuhan ini berbeza antara kanak-kanak lelaki dan
perempuan.
CIRI-CIRI PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA AKIL BALIGH.
LELAKI
Mengalami pecah suara iaitu suara menjadi garau.
Pertumbuhan tulang tangan dan kaki yang panjang mempengaruhi ketinggian, berat
dan bentuk badan.
Otot tubuh badan bertambah tegang, keras dan pejal menjadikan bahn dan dada
menjadi bidang.
Bulu mula tumbuh di bahagian tertentu tubuh seperti ketiak, di atas bibir ( misai ) dan
di bawah dagu ( janggut ).
Jerawat mula tumbuh di muka.
Bahagian zakar, skrotum dan testis akan berkembang.
Mengalami ‘ mimpi basah ‘ iaitu mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga
mengeluarkan air mani.
Perubahan bau badan.
PEREMPUAN
Payu dara mula membesar yang mana kawasan yang gelap di sekeliling putting akan
membengkak dan jisim payu dara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat.
Tumbuhnya bulu di celah ketiak dan bahagian ari-ari iaitu kawasan genitalia.
Kehadiran jerawat di muka.
Perubahan suara daripada keanakan kepada suara yang lebih matang.
Perubahan bau badan terutama ketika berpeluh.
Kehadiran haid iaitu pengeluaran darah daripada faraj yang akan dialami selama 3-6
hari.
Penambahan berat badan dan juga ketinggian.
Ukuran di bahagian punggung semakin melebar.
3
Rajah di bawah menunjukkan beberapa perubahan fizikal yang dialami oleh remaja sewaktu akil baligh.
ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN
Tahukah anda, semenjak lahir seseorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ovum (sel telur).
Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ovum sahaja akan matang dan boleh disenyawakan
sepanjang hayat seorang wanita.
4
KITARAN HAID
HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA
BERFUNGSI
1. Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari.
Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara
seorang gadis ke seorang yang lain.
2. Pada masa yang sama, ovum menjadi matang di dalam ovari.
3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
4. Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak
menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperrna,
ovum akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan
dikeluarkan sebagai haid.
Faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosialbudaya dan persekitaran juga boleh mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan fizikal seseorang remaja lelaki dan perempuan. Jadi, adalah penting untuk
menjaga pengambilan pemakanan dengan mengambil makanan yang berzat mengikut piramid makanan.
5
1.2 PERUBAHAN MENTAL
Perubahan mental adalah melihat kepada perkembangan kognitif iaitu bagaimana cara sesorang remaja itu
berfikir serta melihat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Walaupun semasa alam
kanak-kanak, mereka lebih sinonim dengan sikap authoritarian tentang pendapat masing-masing namun
apabila mereka mula akil baligh dan meningkat remaja, sedikit demi sedikit sikap tersebut akan dapat
dikurangkan. Pada peringkat ini, remaja lebih senang duduk, mendengar dan bersedia menerima pandangan
orang lain. Secara tidak langsung, mereka dapat membezakan sesuatu perkara tersebut sama ada baik atau
buruk di samping dapat membentuk falsafah hidupnya sendiri dengan berpandukan kepada set kepercayaan
dan nilai tentang manusia dan masyarakat.
Menurut Teori Piaget, perubahan mental yang dialami oleh remaja berupaya melakukan perkara-perkara
seperti berikut :
1. Menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.
2. Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.
3. Mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah.
4. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah.
5. Schemata / struktur mental akan bertambah.
6. Dapat melihat kaitan antara situasi yang relevan ketika menyelesaikan masalah.
Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh remaja apabila berlaku perubahan mental adalah seperti di
bawah :
1. Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri.
2. Sering merasa diri disalah faham dan dipersalahkan.
3. Merasa diri dilayan secara tidak adil.
4. Kesunyian.
5. Sukar dan keliru memahami emosi.
6. Susah mambuat keputusan.
6
Oleh itu, adalah penting bagi orang-orang yang paling hampir dengan remaja agar menunjukkan teladan
yang baik supaya mereka dapat mengamalkan norma dan nilai yang dipelajari daripada ibu bapa, adik-
beradik, guru, masyarakat dan pendidikan agama dengan lebih berkesan.
1.3 PERUBAHAN EMOSI
Perubahan emosi disebabkan oleh perubahan hormon yang dihasilkan daripada tubuh badan. Ketidakstabilan
‘ mood ‘ juga boleh mempengaruhi perubahan emosi sewaktu zaman remaja. Ini termasuklah keenganan
mendengar nasihat, merunggut dan menangis tanpa sebab. Ini kerana pada zaman remaja adalah zaman di
mana remaja berada di persimpangan jalan.
Berdasarkan Teori Perkembangan Erikson, zaman remaja merupakan tahap identiti lawan kekeliruan
peranan ( role confusion ) iaitu cuba berusaha mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia
mereka. Ini kerana remaja akan cuba mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan kepada persoalan ‘
siapa aku ?’. Usaha ini mungkin terganggu dengan adanya pelbagai pilihan. Sekiranya usaha mereka ini
gagal maka ini akan menyebabkan mereka akan mula meragui peranan mereka dalam masyarakat. Oleh itu
adalah penting bagi remaja agar bijak dan konsisten dalam mambuat keputusan untuk menempuh kehidupan
yang penuh pancaroba cabaran dan permasalahan.
Selain daripada itu, dapat dilihat beberapa ciri-ciri emosi remaja. Antaranya ialah :
1. Cenderung bermurung dan sukar dapat diteka.
2. Bertingkah laku kasar untuk menutup kekurangan dalam hal rasa kepercayaan kepada diri sendiri.
3. Kenarahan biasa terjadi.
4. Cenderung tidah toleransi dengan orang lain dan ingin menang selalu.
5. Mulai menilai orang tua dan guru secara objektif.
6. Pemberontakan emosi.
7. Mengalami konflik dengan orang tua.
8. Suka mengelamun dengan selalu memikirkan masa depan mereka.
Dalam mempelajari perubahan emosi yang dialami oleh remaja, menurut Crow & Crow ( 1958 ) pengertian
emosi adalah pengalaman afektif yang disertai dengan penyesuaian dalam diri individu tentang keadaan
mental dan fizikal yang mewujudkan suatu tingkah laku yang nyata.
7
Jadual di bawah menunjukkan perkaitan antara perubahan fizikal dan perubahan emosi.
Bil
.
Perubahan Fizikal Perubahan Emosi
1. Reaksi elektris pada kulit meningkat.Terpesona.
2. Peredaran darah bertambah cepat. Marah.
3. Denyut jantung semakin cepat. Terkejut atau takut.
4. Penafasan panjang. Kecewa atau terkilan.
5. Pupil mata membesar. Marah.
6. Air liur mengering. Takut atau tertekan.
7. Bulu roma berdiri. Takut.
8. Percernaan tidak lancar. Berada dalam keadaan tertekan.
9. Otot tegang dan bergetar. Ketakutan atau tertekan.
10. Komposisi darah. Akan ikut berubah kerana emosi yang
menyebabkan
kalenjar-kalenjar lebih aktif.
1.4 PERUBAHAN SOSIAL
Perubahan sosial berkaitan dengan aspek seperti imej kendiri, tingkah laku, kasih sayang, pergaulan dan
perhubungan. Zaman remaja datang hanya sekali. Fasa ini sungguh mengujakan tetapi boleh juga
mengelirukan. Saat inilah merupakan saat yang terindah dan menyeronokkan untuk diterokai. Oleh itu,
apabila anak remaja telah mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar
dan lebih terdorong untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain. Gejala sosial berlaku
akibat daripada arus globalisasi dan modenasasi yang mana boleh menjadikan seseorang remaja juga boleh
bersifat individualistik dan materialistik.
8
Remaja mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru. Jadi secara tidak langsung dengan kepantasan
dan keagresifan teknologi maklumat, komunikasi dan multi media, penyebaran agenda globalisasi dan
dominasi barat sangat berkesan dalam mempengaruhi golongan remaja. Ini termasuklah seperti budaya
mewarnakan rambut, memakai anting-anting ( lelaki ), membuat tattoo, mengemari muzik rock, heavy metal
dan black metal yang turut dimuatkan dengan unsur-unsur pemujaan syaitan.
Selain daripada itu, hal-hal yang lebih dahsyat seperti pengambilan minuman keras, pergaulan bebas,
penagihan dadah, kes penguguran dan pembuangan bayi. Ini kerana zaman remaja adalah zaman di mana
emosi mereka adalah lemah. Oleh itu, adalah penting bagi remaja itu sendiri mempunyai ketahanan disiplin
kendiri yang kental di samping mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru,
rakan-rakan dan masyarakat dalam membimbing remaja ke laluan jalan yang benar apabila berdepan konflik
kehidupan.
Manakala di dalam membina perhubungan dan berkomunikasi dengan orang sekeliling, penyesuaian diri dan
penerimaan masyarakat terhadap kehadiran remaja amat diperlukan. Remaja yang mampu menyesuaikan diri
dengan orang lain dan lingkungan mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Suka bekerjasama dengan orang lain.
2. Mudah simpati.
3. Mudah mesra dan akrab
4. Berdisiplin.
Sebaliknya, bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya akan mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Suka menonjolkan diri.
2. Suka menipu.
3. Suka berdendan atau bermusuhan.
4. Egoistik.
5. Merendahkan orang lain.
6. Buruk sangka.
Dalam berdepan dengan perubahan sosial, remaja harus tahu bagaimana menggunakan kebijaksanaan
mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang yang berada di persekitarannya di samping
menilai baik buruk sesuatu tingkah laku serta bijak membuat keputusan bagi menjamin kesejahteraan
kehidupan mereka.
9
2.0 PENJAGAAN KESIHATAN ALAM REMAJA
Remaja harus mementingkan asas penjagaan asas kesihatan secara menyeluruh agar menjadikan kehidupan
mereka lebih bermakna daripada segala aspek dan dapat melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti
yang mereka sertai terutamanya dalam bidang akademik, kerja luar dan kokurikulum. Berikut adalah
sebahagian amalan asas penjagaan kesihatan yang perlu remaja itu amalkan sebagai rutin kehidupan mereka.
2.1 KEBERSIHAN DIRI
Dalam menjaga kebersihan diri, remaja harus menitikberatkan kebersihan diri dalam penjagaan kesihatan
tubuh badan dengan memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit, member keyakinan kepada
pergaulan mereka dengan orang sekeliling. Antara penjagaan kesihatan tersebut adalah seperti :
a. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
- Cuci badan dan rambut dengan syampoo.
b. Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur.
c. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan keluar dari tandas atau memegang kekotoran.
d. Menjaga kebersihan kuku dengan memastikan kuku dalam keadaan yang bersih dan memotong kuku apabila
sudah panjang.
e. Menggunakan ‘ deodorant ‘ bagi mengelakkan bau badan.
Bagi anak-anak gadis, kebersihan semasa haid adalah sangat penting. Dengan itu, mereka harus :
a. Menggunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu sentiasa ditukar dan jangan dibuang di merata-
rata tempat. Bungkus dan buang dalam tong sampah.
b. Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.
c. Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.
1
0
2.2 KEBERSIHAN PAKAIAN
Pakaian adalah penting bagi kita semua terutama di alam remaja. Pada masa inilah mereka akan cuba
mencari identiti sendiri dengan cara berpakaian. Oleh itu, remaja harus bertanggungjawab memastikan
pakaian mereka dalam keadaan bersih iaitu sentiasa mencuci pakaian yang sudah dipakai, disidai sehingga
kering, dilipat dan disusun dengan kemas.
2.3 KEBERSIHAN DALAM DAN LUAR RUMAH
Walaupun masih remaja namun mereka tidak boleh memandang ringan tentang kebersihan dalam dan luar
rumah. Ini penting bagi mendidik keperibadian mereka dalam mementingkan kebersihan persekitaran. Ini
termasuklah membersihkan bilik tidur, bilik mandi, tandas, bilik tamu serta halaman rumah.
3.0 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT REMAJA
Alam remaja penuh keindahan, cabaran dan masalah. Oleh itu remaja harus bijak dalam mengatur perjalanan
hidup mereka dengan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkualiti dalam menjamin keselesaan,
kelancaran, keaktifan, keceriaan, kecergasan dan kecerdasan kehidupan mereka. Amalan gaya hidup sihat ini
merangkumi amalan penjagaan pemakanan, rehat dan rekreasi, pengurusan mental, pengurusan emosi dan
pengurusan sosial.
1
1
Sebagai remaja, mereka harus mengambil makanan yang seimbang seperti mengikut peringkat piramid
makanan agar dapat membekalkan tenaga dan zat nutrient yang tinggi untuk kehidupan mereka. Dari segi
rehat dan rekreasi pula, pastikan golongan remaja mendapat tidur yang secukupnya iaitu tidur sekurang-
kurangnya 8 jam sehari. Bersenam pula adalah cara terbaik remaja melibatkan diri secara sihat dalam
pelbagai aktiviti agar dapat mengekalkan kesihatan mereka di samping dapat membina stamina serta
menggalakkan semangat kesukanan dan komunikasi positif di antara golongan remaja dengan masyarakat.
Piramid Makanan
Untuk pengurusan mental, walau apa pun masalah yang dihadapi oleh remaja, mereka harus berani berdepan
dengan kenyataan dengan rasa cekal dan yakin. Selain daripada itu, remaja juga boleh mendapat panduan
penyelesaian masalah dengan sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ahli keluarga terutamanya ibu
bapa dan orang kepercayaan mereka seperti guru, rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Ini sedikit
sebanyak akan membantu remaja dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Jangan sesekali
membiarkan diri bersendirian atau enggan berkongsi masalah dengan orang lain.
Emosi di peringkat remaja adalah sukar difahami dan senang berubah-ubah. Bagi menguruskan emosi waktu
ini, golongan remaja harus menyelami dan mengetahui tentang kebolehan, ciri-ciri keistimewaan, sikap,
penampilan, matlamat, kebaikan dan kelemahan diri sendiri. Dengan itulah, remaja mempunyai kuasa dalam
pengurusan emosi sendiri dengan lebih berkesan.
Bagi aspek sosial pula, remaja lebih tercabar dalam mewujudkan amalan gaya hidup sihat. Ini kerana mereka
mendapat banyak pengaruh luar tidak kira daripada individu ataupun dunia multimedia yang semakin
bersifat globalisasi. Oleh itu remaja hendaklah mengamalkan hidup yang bebas daripada pengaruh rokok,
dadah, arak, hubungan seks bebas, lumba haram dan gejala-gejala negatif yang lain. Dengan itu, dekatkan
diri dengan ajaran agama masing-masing agar ada pegangan hidup dan belai jiwa mereka dengan nilai-nilai
murni untuk mendidik jiwa mereka kental daripada segala pengaruh yang tidak sihat. Antara genjala-genjala
yang kurang sihat adalah seperti di bawah :
1
2
Budaya melepak dan merokok. Budaya merempet membahayakan nyawa.
Melalui semua ini, dapat dilihat bukan sahaja remaja harus mementingkan penjagaan kesihatan fizikal sahaja
namun remaja juga perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat bagi melahirkan remaja yang berkualiti dari
pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
1
3
PENUTUP
Zaman kanak-kanak adalah waktu keriangan. Akil baligh merupakan proses revolusi ke arah alam remaja.
Apabila sesorang individu telah mencapai akil baligh, banyak perubahan yang akan dialami oleh mereka dari
segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui perubahan ini akan menjadikan sesorang remaja lebih
bertanggungjawab memastikan kehidupan mereka berkualiti dengan menjaga kesihatan fizikal dengan baik
di samping mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Ini penting bagi menjadikan kehidupan mereka lebih
bermakna dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.
Dicatat oleh Hamden Bakar di 8:32 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
1 ulasan:
1.
Nur Aina Hairulaydel25 September 2014 5:29 PG
terima kasih kerana bagi saya penjelasan sebelum saya menghadapi haid !!!
Balas

More Related Content

What's hot

Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  LelakiCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja LelakiHCY 7102
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH Fudhla
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  PerempuanCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja PerempuanHCY 7102
 
Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012Cik Syarifah
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU aishah zafiera
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORzatul ayuni
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaSlumber Je
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanPengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanRosly Darasid darasid
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakCheeyee Ho
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanmunnianwar
 
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppimSiti Mastura
 

What's hot (20)

Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  LelakiCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Ceramah Keremajaan
Ceramah Keremajaan Ceramah Keremajaan
Ceramah Keremajaan
 
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  PerempuanCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
 
Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Memahami remaja
Memahami remajaMemahami remaja
Memahami remaja
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanPengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkak
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 

Similar to Alam remaja

dialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptx
dialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptxdialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptx
dialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptxkemistiaeva
 
Materi 1 perkembangan 2 2
Materi 1 perkembangan 2 2Materi 1 perkembangan 2 2
Materi 1 perkembangan 2 2agus raharjo
 
Sikap (Prilaku Manusia)
Sikap (Prilaku Manusia)Sikap (Prilaku Manusia)
Sikap (Prilaku Manusia)pjj_kemenkes
 
siklus reproduksi.pptx
siklus reproduksi.pptxsiklus reproduksi.pptx
siklus reproduksi.pptxwillyastriana
 
Makalah aulia 1
Makalah aulia 1Makalah aulia 1
Makalah aulia 1elfachruz
 
KESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR Wira
KESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR WiraKESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR Wira
KESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR Wiranaylaardhani
 
635Kespro_Remaja.pdf
635Kespro_Remaja.pdf635Kespro_Remaja.pdf
635Kespro_Remaja.pdfFauzia22
 
Tugas mata kuliah perkembangan peserta didik
Tugas mata kuliah perkembangan peserta didikTugas mata kuliah perkembangan peserta didik
Tugas mata kuliah perkembangan peserta didikAdriana Dwi Ismita
 
Presentasi (2) (1).pptx
Presentasi (2) (1).pptxPresentasi (2) (1).pptx
Presentasi (2) (1).pptxhein30
 
Perkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remajaPerkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remajafannyariza1
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan RemajaPertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan Remajawahyusrisayekti
 
PPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptx
PPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptxPPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptx
PPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptxssuser36f667
 

Similar to Alam remaja (20)

dialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptx
dialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptxdialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptx
dialog Remaja BNN,rabu 15 Jun 2022.pptx
 
Materi 1 perkembangan 2 2
Materi 1 perkembangan 2 2Materi 1 perkembangan 2 2
Materi 1 perkembangan 2 2
 
4870228.ppt
4870228.ppt4870228.ppt
4870228.ppt
 
Sikap (Prilaku Manusia)
Sikap (Prilaku Manusia)Sikap (Prilaku Manusia)
Sikap (Prilaku Manusia)
 
siklus reproduksi.pptx
siklus reproduksi.pptxsiklus reproduksi.pptx
siklus reproduksi.pptx
 
Makalah aulia 1
Makalah aulia 1Makalah aulia 1
Makalah aulia 1
 
KESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR Wira
KESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR WiraKESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR Wira
KESEHATAN REMAJA (KESJA).pptx adalah dokumen untuk materi PMR Wira
 
635Kespro_Remaja.pdf
635Kespro_Remaja.pdf635Kespro_Remaja.pdf
635Kespro_Remaja.pdf
 
Seksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursusSeksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursus
 
Tugas mata kuliah perkembangan peserta didik
Tugas mata kuliah perkembangan peserta didikTugas mata kuliah perkembangan peserta didik
Tugas mata kuliah perkembangan peserta didik
 
perkembangan awal remaja.pptx
perkembangan awal remaja.pptxperkembangan awal remaja.pptx
perkembangan awal remaja.pptx
 
Perkembangan Remaja
Perkembangan RemajaPerkembangan Remaja
Perkembangan Remaja
 
Presentasi (2) (1).pptx
Presentasi (2) (1).pptxPresentasi (2) (1).pptx
Presentasi (2) (1).pptx
 
Perkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remajaPerkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remaja
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan RemajaPertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
PPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptx
PPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptxPPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptx
PPT_Perkembangan_Peserta_didik_Kelompok.pptx
 
Tugas perkembangan
Tugas perkembanganTugas perkembangan
Tugas perkembangan
 
keperawatan keluarga
keperawatan keluargakeperawatan keluarga
keperawatan keluarga
 
ciri pubertas.pptx
ciri pubertas.pptxciri pubertas.pptx
ciri pubertas.pptx
 

More from awangyie

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxawangyie
 
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxawangyie
 
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academyRpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academyawangyie
 
Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1awangyie
 
Bimbingan pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan  pementoran ts25 1 m1sBimbingan  pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan pementoran ts25 1 m1sawangyie
 
Aqil bqligh
Aqil bqlighAqil bqligh
Aqil bqlighawangyie
 
Ar en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakobogaAr en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakobogaawangyie
 
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)awangyie
 
Fit malaysia
Fit malaysiaFit malaysia
Fit malaysiaawangyie
 
Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)awangyie
 
Std 4 pcrapan
Std 4 pcrapanStd 4 pcrapan
Std 4 pcrapanawangyie
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadanawangyie
 
Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02awangyie
 
Sirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinahSirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinahawangyie
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadanawangyie
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadanawangyie
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhawangyie
 
Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118awangyie
 

More from awangyie (20)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
 
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
 
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academyRpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
 
Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1
 
Bimbingan pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan  pementoran ts25 1 m1sBimbingan  pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan pementoran ts25 1 m1s
 
Aqil bqligh
Aqil bqlighAqil bqligh
Aqil bqligh
 
Ar en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakobogaAr en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakoboga
 
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Fit malaysia
Fit malaysiaFit malaysia
Fit malaysia
 
Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)
 
Std 4 pcrapan
Std 4 pcrapanStd 4 pcrapan
Std 4 pcrapan
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
 
Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02
 
Sirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinahSirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinah
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhh
 
Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118
 
Pjm3111
Pjm3111Pjm3111
Pjm3111
 

Recently uploaded

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 

Recently uploaded (20)

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 

Alam remaja

  • 1. PENGENALAN Alam remaja perlu diterokai oleh semua orang sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan yang dialami oleh semua remaja sebelum dan selepas akil baligh. Ini akan membawa perkembangan yang memberangsangkan terhadap tingkah laku dan amalan remaja. MATLAMAT Alam remaja akan membolehkan murid memperoleh kefahaman secara mendalam tentang akil baligh yang akan mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial di samping bagaimana mereka menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang berkualiti. OBJEKTIF Alam remaja ini sangat penting untuk : 1. Membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan dengan situasi perubahan sebelum dan selepas akil baligh. 2. Menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan hidup dan kesihatan yang berkualiti. 3. Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. 4. Mengenal pasti cara penjagaan kesihatan dan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkesan dalam menjalani kehidupan seharian. 1
  • 2. AKIL BALIGH PENGENALAN Akil baligh merupakan tempoh masa perubahan antara zaman kanak-kanak beralih kepada zaman remaja. Semasa proses akil baligh, anak lelaki dan anak perempuan akan mengalami satu pengalaman baru yang melibatkan perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Semua perubahan ini secara tidak langsung akan mengubah rupa bentuk tubuh badan, bagaimana cara kanak-kanak berfikir, mengendalikan perasaan serta cara bergaul dan berkomunikasi dengan semua orang yang berada di sekeliling mereka. Manakala remaja membawa maksud di mana seseorang individu itu telah mengalami kematangan sisitem saraf dan saiz otak yang merupakan satu persediaan ke arah mencapai tahap seorang dewasa. Dalam proses remaja, mereka sudah dapat membentuk satu set nilai dan sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi tingkah lakunya. Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa iaitu usia mereka berada dalam sekitar 1 hingga 19 tahun. Oleh kerana itu, dalam menjadikan kehidupan seseorang remaja itu lebih berkualiti, penjagaan kesihatan ke arah hidup sihat haruslah dititikberatkan. Ini penting bagi menggalakkan remaja agar terus berusaha menjaga kebersihan untuk kesebatian amalan kehidupan mereka. 1.0 PERUBAHAN AKIL BALIGH Fasa perkembangan akil baligh berbeza antara satu sama lain bagi setiap individu. Biasanya kanak-kanak lelaki lebih lewat memasuki tempoh akil baligh berbanding kanak-kanak perempuan. Semua ini dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam badan masing-masing. Secara tidak langsung, pelbagai perubahan akan dialami berperingkat-peringkat. Ini termasuklah perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. 2
  • 3. 1.1 PERUBAHAN FIZIKAL Perubahan fizikal lebih tertumpu kepada rupa bentuk tubuh badan sama ada di dalam dan juga luar badan kanak-kanak tersebut apabila mengalami fasa akil baligh yang mana ada yang dapat secara ketara dan juga dialami tanpa disedari. Perkembangan dan pertumbuhan ini berbeza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. CIRI-CIRI PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA AKIL BALIGH. LELAKI Mengalami pecah suara iaitu suara menjadi garau. Pertumbuhan tulang tangan dan kaki yang panjang mempengaruhi ketinggian, berat dan bentuk badan. Otot tubuh badan bertambah tegang, keras dan pejal menjadikan bahn dan dada menjadi bidang. Bulu mula tumbuh di bahagian tertentu tubuh seperti ketiak, di atas bibir ( misai ) dan di bawah dagu ( janggut ). Jerawat mula tumbuh di muka. Bahagian zakar, skrotum dan testis akan berkembang. Mengalami ‘ mimpi basah ‘ iaitu mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Perubahan bau badan. PEREMPUAN Payu dara mula membesar yang mana kawasan yang gelap di sekeliling putting akan membengkak dan jisim payu dara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat. Tumbuhnya bulu di celah ketiak dan bahagian ari-ari iaitu kawasan genitalia. Kehadiran jerawat di muka. Perubahan suara daripada keanakan kepada suara yang lebih matang. Perubahan bau badan terutama ketika berpeluh. Kehadiran haid iaitu pengeluaran darah daripada faraj yang akan dialami selama 3-6 hari. Penambahan berat badan dan juga ketinggian. Ukuran di bahagian punggung semakin melebar.
  • 4.
  • 5. 3 Rajah di bawah menunjukkan beberapa perubahan fizikal yang dialami oleh remaja sewaktu akil baligh. ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN Tahukah anda, semenjak lahir seseorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ovum (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ovum sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita. 4 KITARAN HAID HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA BERFUNGSI 1. Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain. 2. Pada masa yang sama, ovum menjadi matang di dalam ovari. 3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus. 4. Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperrna,
  • 6. ovum akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid. Faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosialbudaya dan persekitaran juga boleh mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan fizikal seseorang remaja lelaki dan perempuan. Jadi, adalah penting untuk menjaga pengambilan pemakanan dengan mengambil makanan yang berzat mengikut piramid makanan. 5 1.2 PERUBAHAN MENTAL Perubahan mental adalah melihat kepada perkembangan kognitif iaitu bagaimana cara sesorang remaja itu berfikir serta melihat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Walaupun semasa alam kanak-kanak, mereka lebih sinonim dengan sikap authoritarian tentang pendapat masing-masing namun apabila mereka mula akil baligh dan meningkat remaja, sedikit demi sedikit sikap tersebut akan dapat dikurangkan. Pada peringkat ini, remaja lebih senang duduk, mendengar dan bersedia menerima pandangan orang lain. Secara tidak langsung, mereka dapat membezakan sesuatu perkara tersebut sama ada baik atau buruk di samping dapat membentuk falsafah hidupnya sendiri dengan berpandukan kepada set kepercayaan dan nilai tentang manusia dan masyarakat. Menurut Teori Piaget, perubahan mental yang dialami oleh remaja berupaya melakukan perkara-perkara seperti berikut : 1. Menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. 2. Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri. 3. Mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah. 4. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah. 5. Schemata / struktur mental akan bertambah. 6. Dapat melihat kaitan antara situasi yang relevan ketika menyelesaikan masalah.
  • 7. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh remaja apabila berlaku perubahan mental adalah seperti di bawah : 1. Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. 2. Sering merasa diri disalah faham dan dipersalahkan. 3. Merasa diri dilayan secara tidak adil. 4. Kesunyian. 5. Sukar dan keliru memahami emosi. 6. Susah mambuat keputusan. 6 Oleh itu, adalah penting bagi orang-orang yang paling hampir dengan remaja agar menunjukkan teladan yang baik supaya mereka dapat mengamalkan norma dan nilai yang dipelajari daripada ibu bapa, adik- beradik, guru, masyarakat dan pendidikan agama dengan lebih berkesan. 1.3 PERUBAHAN EMOSI Perubahan emosi disebabkan oleh perubahan hormon yang dihasilkan daripada tubuh badan. Ketidakstabilan ‘ mood ‘ juga boleh mempengaruhi perubahan emosi sewaktu zaman remaja. Ini termasuklah keenganan mendengar nasihat, merunggut dan menangis tanpa sebab. Ini kerana pada zaman remaja adalah zaman di mana remaja berada di persimpangan jalan. Berdasarkan Teori Perkembangan Erikson, zaman remaja merupakan tahap identiti lawan kekeliruan peranan ( role confusion ) iaitu cuba berusaha mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Ini kerana remaja akan cuba mencari identiti dirinya dan cuba mencari jawapan kepada persoalan ‘ siapa aku ?’. Usaha ini mungkin terganggu dengan adanya pelbagai pilihan. Sekiranya usaha mereka ini gagal maka ini akan menyebabkan mereka akan mula meragui peranan mereka dalam masyarakat. Oleh itu adalah penting bagi remaja agar bijak dan konsisten dalam mambuat keputusan untuk menempuh kehidupan yang penuh pancaroba cabaran dan permasalahan. Selain daripada itu, dapat dilihat beberapa ciri-ciri emosi remaja. Antaranya ialah : 1. Cenderung bermurung dan sukar dapat diteka. 2. Bertingkah laku kasar untuk menutup kekurangan dalam hal rasa kepercayaan kepada diri sendiri.
  • 8. 3. Kenarahan biasa terjadi. 4. Cenderung tidah toleransi dengan orang lain dan ingin menang selalu. 5. Mulai menilai orang tua dan guru secara objektif. 6. Pemberontakan emosi. 7. Mengalami konflik dengan orang tua. 8. Suka mengelamun dengan selalu memikirkan masa depan mereka. Dalam mempelajari perubahan emosi yang dialami oleh remaja, menurut Crow & Crow ( 1958 ) pengertian emosi adalah pengalaman afektif yang disertai dengan penyesuaian dalam diri individu tentang keadaan mental dan fizikal yang mewujudkan suatu tingkah laku yang nyata. 7 Jadual di bawah menunjukkan perkaitan antara perubahan fizikal dan perubahan emosi. Bil . Perubahan Fizikal Perubahan Emosi 1. Reaksi elektris pada kulit meningkat.Terpesona. 2. Peredaran darah bertambah cepat. Marah. 3. Denyut jantung semakin cepat. Terkejut atau takut. 4. Penafasan panjang. Kecewa atau terkilan. 5. Pupil mata membesar. Marah. 6. Air liur mengering. Takut atau tertekan. 7. Bulu roma berdiri. Takut. 8. Percernaan tidak lancar. Berada dalam keadaan tertekan. 9. Otot tegang dan bergetar. Ketakutan atau tertekan. 10. Komposisi darah. Akan ikut berubah kerana emosi yang menyebabkan kalenjar-kalenjar lebih aktif.
  • 9. 1.4 PERUBAHAN SOSIAL Perubahan sosial berkaitan dengan aspek seperti imej kendiri, tingkah laku, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan. Zaman remaja datang hanya sekali. Fasa ini sungguh mengujakan tetapi boleh juga mengelirukan. Saat inilah merupakan saat yang terindah dan menyeronokkan untuk diterokai. Oleh itu, apabila anak remaja telah mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar dan lebih terdorong untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain. Gejala sosial berlaku akibat daripada arus globalisasi dan modenasasi yang mana boleh menjadikan seseorang remaja juga boleh bersifat individualistik dan materialistik. 8 Remaja mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru. Jadi secara tidak langsung dengan kepantasan dan keagresifan teknologi maklumat, komunikasi dan multi media, penyebaran agenda globalisasi dan dominasi barat sangat berkesan dalam mempengaruhi golongan remaja. Ini termasuklah seperti budaya mewarnakan rambut, memakai anting-anting ( lelaki ), membuat tattoo, mengemari muzik rock, heavy metal dan black metal yang turut dimuatkan dengan unsur-unsur pemujaan syaitan. Selain daripada itu, hal-hal yang lebih dahsyat seperti pengambilan minuman keras, pergaulan bebas, penagihan dadah, kes penguguran dan pembuangan bayi. Ini kerana zaman remaja adalah zaman di mana emosi mereka adalah lemah. Oleh itu, adalah penting bagi remaja itu sendiri mempunyai ketahanan disiplin kendiri yang kental di samping mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat dalam membimbing remaja ke laluan jalan yang benar apabila berdepan konflik kehidupan. Manakala di dalam membina perhubungan dan berkomunikasi dengan orang sekeliling, penyesuaian diri dan penerimaan masyarakat terhadap kehadiran remaja amat diperlukan. Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungan mempunyai ciri-ciri berikut : 1. Suka bekerjasama dengan orang lain. 2. Mudah simpati. 3. Mudah mesra dan akrab 4. Berdisiplin. Sebaliknya, bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya akan mempunyai ciri-ciri berikut : 1. Suka menonjolkan diri. 2. Suka menipu.
  • 10. 3. Suka berdendan atau bermusuhan. 4. Egoistik. 5. Merendahkan orang lain. 6. Buruk sangka. Dalam berdepan dengan perubahan sosial, remaja harus tahu bagaimana menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang yang berada di persekitarannya di samping menilai baik buruk sesuatu tingkah laku serta bijak membuat keputusan bagi menjamin kesejahteraan kehidupan mereka. 9 2.0 PENJAGAAN KESIHATAN ALAM REMAJA Remaja harus mementingkan asas penjagaan asas kesihatan secara menyeluruh agar menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna daripada segala aspek dan dapat melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang mereka sertai terutamanya dalam bidang akademik, kerja luar dan kokurikulum. Berikut adalah sebahagian amalan asas penjagaan kesihatan yang perlu remaja itu amalkan sebagai rutin kehidupan mereka. 2.1 KEBERSIHAN DIRI Dalam menjaga kebersihan diri, remaja harus menitikberatkan kebersihan diri dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dengan memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit, member keyakinan kepada pergaulan mereka dengan orang sekeliling. Antara penjagaan kesihatan tersebut adalah seperti : a. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari. - Cuci badan dan rambut dengan syampoo. b. Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur. c. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan keluar dari tandas atau memegang kekotoran.
  • 11. d. Menjaga kebersihan kuku dengan memastikan kuku dalam keadaan yang bersih dan memotong kuku apabila sudah panjang. e. Menggunakan ‘ deodorant ‘ bagi mengelakkan bau badan. Bagi anak-anak gadis, kebersihan semasa haid adalah sangat penting. Dengan itu, mereka harus : a. Menggunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu sentiasa ditukar dan jangan dibuang di merata- rata tempat. Bungkus dan buang dalam tong sampah. b. Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air. c. Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari. 1 0 2.2 KEBERSIHAN PAKAIAN Pakaian adalah penting bagi kita semua terutama di alam remaja. Pada masa inilah mereka akan cuba mencari identiti sendiri dengan cara berpakaian. Oleh itu, remaja harus bertanggungjawab memastikan pakaian mereka dalam keadaan bersih iaitu sentiasa mencuci pakaian yang sudah dipakai, disidai sehingga kering, dilipat dan disusun dengan kemas. 2.3 KEBERSIHAN DALAM DAN LUAR RUMAH Walaupun masih remaja namun mereka tidak boleh memandang ringan tentang kebersihan dalam dan luar rumah. Ini penting bagi mendidik keperibadian mereka dalam mementingkan kebersihan persekitaran. Ini termasuklah membersihkan bilik tidur, bilik mandi, tandas, bilik tamu serta halaman rumah. 3.0 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT REMAJA
  • 12. Alam remaja penuh keindahan, cabaran dan masalah. Oleh itu remaja harus bijak dalam mengatur perjalanan hidup mereka dengan memilih amalan gaya hidup sihat yang berkualiti dalam menjamin keselesaan, kelancaran, keaktifan, keceriaan, kecergasan dan kecerdasan kehidupan mereka. Amalan gaya hidup sihat ini merangkumi amalan penjagaan pemakanan, rehat dan rekreasi, pengurusan mental, pengurusan emosi dan pengurusan sosial. 1 1 Sebagai remaja, mereka harus mengambil makanan yang seimbang seperti mengikut peringkat piramid makanan agar dapat membekalkan tenaga dan zat nutrient yang tinggi untuk kehidupan mereka. Dari segi rehat dan rekreasi pula, pastikan golongan remaja mendapat tidur yang secukupnya iaitu tidur sekurang- kurangnya 8 jam sehari. Bersenam pula adalah cara terbaik remaja melibatkan diri secara sihat dalam pelbagai aktiviti agar dapat mengekalkan kesihatan mereka di samping dapat membina stamina serta menggalakkan semangat kesukanan dan komunikasi positif di antara golongan remaja dengan masyarakat. Piramid Makanan Untuk pengurusan mental, walau apa pun masalah yang dihadapi oleh remaja, mereka harus berani berdepan dengan kenyataan dengan rasa cekal dan yakin. Selain daripada itu, remaja juga boleh mendapat panduan penyelesaian masalah dengan sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ahli keluarga terutamanya ibu bapa dan orang kepercayaan mereka seperti guru, rakan-rakan dan saudara mara terdekat. Ini sedikit sebanyak akan membantu remaja dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Jangan sesekali membiarkan diri bersendirian atau enggan berkongsi masalah dengan orang lain. Emosi di peringkat remaja adalah sukar difahami dan senang berubah-ubah. Bagi menguruskan emosi waktu ini, golongan remaja harus menyelami dan mengetahui tentang kebolehan, ciri-ciri keistimewaan, sikap, penampilan, matlamat, kebaikan dan kelemahan diri sendiri. Dengan itulah, remaja mempunyai kuasa dalam pengurusan emosi sendiri dengan lebih berkesan. Bagi aspek sosial pula, remaja lebih tercabar dalam mewujudkan amalan gaya hidup sihat. Ini kerana mereka mendapat banyak pengaruh luar tidak kira daripada individu ataupun dunia multimedia yang semakin bersifat globalisasi. Oleh itu remaja hendaklah mengamalkan hidup yang bebas daripada pengaruh rokok, dadah, arak, hubungan seks bebas, lumba haram dan gejala-gejala negatif yang lain. Dengan itu, dekatkan diri dengan ajaran agama masing-masing agar ada pegangan hidup dan belai jiwa mereka dengan nilai-nilai murni untuk mendidik jiwa mereka kental daripada segala pengaruh yang tidak sihat. Antara genjala-genjala yang kurang sihat adalah seperti di bawah :
  • 13. 1 2 Budaya melepak dan merokok. Budaya merempet membahayakan nyawa. Melalui semua ini, dapat dilihat bukan sahaja remaja harus mementingkan penjagaan kesihatan fizikal sahaja namun remaja juga perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat bagi melahirkan remaja yang berkualiti dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  • 14. 1 3 PENUTUP Zaman kanak-kanak adalah waktu keriangan. Akil baligh merupakan proses revolusi ke arah alam remaja. Apabila sesorang individu telah mencapai akil baligh, banyak perubahan yang akan dialami oleh mereka dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui perubahan ini akan menjadikan sesorang remaja lebih bertanggungjawab memastikan kehidupan mereka berkualiti dengan menjaga kesihatan fizikal dengan baik di samping mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Ini penting bagi menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan masyarakat. Dicatat oleh Hamden Bakar di 8:32 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest 1 ulasan:
  • 15. 1. Nur Aina Hairulaydel25 September 2014 5:29 PG terima kasih kerana bagi saya penjelasan sebelum saya menghadapi haid !!! Balas