Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa seseorang pelajar serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
3. • Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan
dan ketidakserasian fizikal. Fizikal remaja mengalami
perubahan yang cukup drastik sehingga anda rasa
mengalami masalah. Anda berada dalam keadaan dilema
kerana anda bukan lagi kanak-kanak yang dimanjakan
dan bukan pula golongan dewasa yang sudah matang
dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Di samping
itu anda berada dalam keadaan ketidaktentuan
berhubung masa depan fizikal anda. Adakah seseorang
remaja itu menjadi seorang yang tinggi pada masa akan
datang ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang
kurus ataupun gemuk? Ini secara tidak langsung
menyebabkan krisis personaliti dalam diri seseorang
remaja.
Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada
dua peringkat; peringkat awal remaja dan peringkat
remaja. Peringkat awal remaja dikatakan dalam
lingkungan 10 sehingga 18 tahun.
4. • Awal Remaja
Pada peringkat awal remaja, perkembangan psikomotor
remaja terjadi begitu pesat seperti berlakunya perubahan
daripada segi rangka tulang, struktur saiz tubuh, dinding
pembuluh darah dan Bagi remaja perempuan, bentuk tubuh
mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat
semakin bertambah khasnya selepas kedatangan haid yang
pertama. Pada umumnya remaja perempuan menunjukkan
sifat-sifat kewanitaan dan terdapat pertumbuhan sel-sel
lemak terutama di bahagian punggung dan dada. Bagi
remaja perempuan saiz badan yang besar menjadi masalah
bagi dirinya. Kematangan seksual yang dialami oleh remaja
perempuan amat mempengaruhi pemikiran ini. Anda sudah
menjadi semakin matang selepas kedatangan haid dan
mempunyai perasaan ke atas remaja lelaki. Oleh itu anda
cukup risau apabila saiz badan terlalu gemuk kerana ini
menyebabkan anda dipandang rendah oleh remaja lelaki.
5. • Alam remaja peralihan dari alam kanak-
kanak ke alam dewasa
• Alam remaja jejambat antara alam kanak-
kanak dam alam dewasa
• Alam remaja tidak begitu kanak-kanak,
tidak begitu dewasa dalam tindakan
• Alam remaja alam gelora
• Alam remaja penuh emosi yang menjadi
rintangan untuk dia berkembang
6. PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
Bersama perubahan fizikal, akan berlaku
perubahan emosi dan psikologi. Semasa
menjangkau usia remaja, anda akan mula tertarik
kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini
adalah normal dan merupakan sebahagian dari
proses pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu
dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak
menghancurkan masa depan remaja.
7. PERUBAHAN EMOSI YANG
BERLAKU.
• Perasaan ingin mencari identiti diri.
• Ingin berdikari dan memikul
tanggungjawab sendiri.
• Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak
pernah dilakukan sebelum ini.
8. RAKAN SEBAYA
• Penerimaan rakan sebaya adalah penting.
Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di
persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok,
pengambilan dadah, lepak,pemakanan tidak sihat dan
sebagainya yang cuba meracuni golongan remaja.
Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk
menunjuk arah masa depan.
9. SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu
berinteraksi dengan rakan sebaya, keluargadan
masyarakat.
Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan
mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan
bertukar fikiran dengan :
.Ibubapa
. Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baikakhlaknya
. Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai
10. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Tidur secukupnya
Menjaga Kebersihan diri
Pemakanan yang seimbang
Bersenam secara tetap
11. ZAMAN REMAJAADALAH MENYERONOKKAN
SEKIRANYA……..
Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi,mental
dan sosial semasa remaja.
Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli
keluarga.
Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda.
12. PESANAN UNTUK REMAJA
ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA
Lengkapkan diri anda untuk menjadi pelapis generasi akan
datang.
Usia remaja penuh cabaran,
Setiap detik perlu keputusan,
Sesetengah keputusan perlu dibincang,
Tanpa pengawasan keputusan pincang.