SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Bahasa Rojak

PENUBUHAN Panel Penasihat Penyiaran telah dilancarkan pada 17 Ogos 1997 oleh Menteri
Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat. Panel yang berperanan sebagai penasihat kepada Menteri
Penerangan itu bertanggungjawab menetapkan standard yang perlu dipatuhi oleh stesen penyiaran
tempatan ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat di samping mengekalkan nilai murni.

Pelantikan tokoh politik veteran, Datuk Dr. Rais Yatim - yang suatu ketika dahulu pernah menyandang
tugas Menteri Penerangan - sebagai pengerusi panel yang dianggotai oleh kira-kira 25 ahli itu telah
dipersetujui oleh Perdana Menteri pada 7 Ogos 1997.

Masalah bahasa banyak, kata Dr. Rais, dan cabaran kepada lebih kurang 25 orang anggota Panel
Penasihat Penyiaran itu ialah untuk melihat bagaimana siaran awam dan swasta dapat menjalankan
tugas masing-masing di samping mendapat keuntungan tanpa membelakangkan budaya, tatasusila dan
kehidupan masyarakat di Malaysia.

''Kita ingin melihat penggunaan bahasa Melayu yang seragam, berhemah dan bermartabat. Bukan
bahasa rojak,'' tegasnya. Di samping itu, panel tersebut juga mencadangkan kepada Menteri
Penerangan supaya siaran swasta ada unsur-unsur membina, jangan hanya mementingkan keuntungan
tanpa mengambil kira kepentingan bahasa.

''Dalam bidang tugas Panel Penasihat Penyiaran, kita juga berhadapan dengan permasalahan bahasa
yang disalahgunakan, yang kita dapati jika tidak diawasi dan diperbetulkan, mungkin membawa
kepada satu budaya yang sangat merendahkan martabat bahasa kita,'' katanya.

Tiga aspek permasalahan itu ialah bahasa siaran yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris, penenggelaman bahasa Melayu dalam sistem pendidikan swasta dan ketidakseragaman
bahasa penyiaran.

Gejala mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris merupakan gejala paling baru
dalam penyiaran, katanya.

''Dalam setiap ayat seorang eksekutif sekarang, kita dapati mesti ada mengandungi - kalau tidak
separuh, suku - kata-kata Inggeris yang dicampurkan dengan bahasa kita. Ini sudah begitu automatis
sehinggakan ia merupakan budaya baru bangsa Melayu bercakap separuh Melayu, separuh Inggeris.

''Sungguhpun perkara itu pada pandangan asasnya tidak ada apa-apa (salah), tetapi anak akan
mengikut, murid akan mengikut, akhirnya bahasa Melayu sudah tidak ada - yang ada ialah bahasa
rojak, bahasa campuran,'' jelasnya.

Keadaan ini kata beliau, akan menggagalkan usaha mewujudkan bahasa baku dan menggagalkan usaha
untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan bahasa Melayu tenggelam dalam arus pendidikan swasta kerana institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak menjadikan ia sebagai bahasa pengantar.

''Daripada 400 buah IPTS sekarang misalnya, kita dapati hanya lebih kurang lima peratus pelajarnya
adalah pelajar Melayu. Mungkin sebab inilah mereka (IPTS) menyatakan tidak payah belajar Bahasa
Melayu dan bahasa Melayu tidak perlu menjadi bahasa pengantar.''

Sedangkan, kata beliau, kedudukan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, waima IPTS, sebagai
bahasa pengajaran atau penggunaannya sebagai bahasa pengantar, adalah jelas.

Panel itu juga mahu supaya satu bahasa seragam digunakan oleh para penyiar. Pada masa sekarang,
penyiaran awam yang dipegang oleh RTM menggunakan bahasa Melayu biasa iaitu bahasa Melayu
Riau; sebaliknya penyiaran swasta seperti TV3 ''bercakap seolah-olah kita berada di Indonesia.''
Mahu tidak mahu, katanya, ini sudah menjadi kenyataan. Dengan itu kita mendapati ada dua jenis
saluran bahasa Melayu digunakan dalam media elektronik.

''Ini tidak seharusnya berlaku sebab dalam membina bangsa dan negara, bahasa kita hanya perlu satu
dari segi guna, tatabahasa dan nahu yang kita pakai. Tidak boleh satu, tidak boleh ada tiga,'' tegasnya.

''Oleh itu, kita (panel) menyarankan sekali gus kerajaan mesti mewujudkan keseragaman bahasa - sama
ada Melayu Riau atau baku - tidak penting, tetapi hendaklah satu.''

Namun dalam penggunaan bahasa baku, pihak berkuasa katanya, harus menentukan supaya
penggunaan bahasa baku itu ''janganlah nampak sangat kita meniru Indonesia kerana kita mempunyai
identiti kita sendiri''.

''Penyeragaman bahasa siaran ini adalah untuk mengelakkan orang ramai keliru yang mana satu lidah
rasmi. Itu sebenarnya yang kita hendak pertahankan.''

Bagaimanapun, ujar Dr. Rais, penyeragaman ini tidak melibatkan penggunaan loghat. ''Loghat tidak
apa, tetapi apabila sampai kepada penggunaan bahasa rasmi, yakni menggunakan hebahan berita,
rencana, ulasan waima celoteh deejay sekalipun - kalau saluran itu saluran kebangsaan - kalau saluran
Melayu, mesti gunakan bahasa Melayu yang betul, jangan guna 'bahasa Melayu act'.''

Istilah 'bahasa Melayu act' digunakan oleh anak-anak muda untuk percakapan yang
mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris, tanpa mengira nahu bahasa tersebut. ''Istilah ini saya
fikir tidak betul,'' kata Dr. Rais, ''tetapi telah pun digunakan, jadi saya pinjam.''

Begitu juga penggunaan 'I' dan 'you' dalam bahasa harian yang sudah begitu lumrah. Perkara ini sukar
diungkit, kata beliau, memandangkan ''menteri pun sudah bercakap demikian, inikan pulak orang di
bawah...''

Tegas beliau, tugas panel tersebut bukan mudah; tambahan pula mereka mempunyai ramai pengkritik.

''Ada orang yang berkata bahasa adalah perantaraan komunikasi, jadi kalau ia berubah-ubah, tak
apalah. Sebut sedap... tetapi kalau awak Melayu, hendaklah cakap Melayu.

''Orang Tionghua terus bercakap Mandarin, tanpa mencampuradukkannya dengan bahasa lain. Begitu
juga bahasa Tamil, bahkan perkataan asing 'ditamilkan' sebelum digunakan dalam bahasa mereka. Kita
orang Melayu terlampau mudah menerima perkataan asing, digunakan seolah-olah perkataan kita.

''Menggunakan perkataan asing pada pandangan panel tidak begitu berat, memang kita guna kerana
bahasa kita berkembang, tetapi perkataan itu mesti 'dimelayukan'. Setelah dimelayukan baru kita guna
mengikut tatabahasa Melayu.''

Menurut Dr. Rais, dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu itu, pihak panel telah
memutuskan supaya setiap pemimpin bercakap bahasa Melayu dengan betul dan tugas membuat alur
aturnya telah diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

''Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ini sudah jelas dimaktub dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan tetapi kalaulah bahasa rasmi tersebut 'sekerat ular, sekerat belut' itu amat
mendukacitakan,'' katanya.

Sebab musabab berlakunya perkara ini barang kali banyak, kata beliau. Antaranya, mungkin
disebabkan selama ini penumpuan penggunaan bahasa pada iklan, perniagaan atau drama tidak menjadi
satu kepentingan berat kepada pihak berkuasa, maka tidak ada seorang pun yang menegur perkara itu
selama ini.

''Setelah kita berjalan begitu jauh baru kita tengok, iaitu bangsa Melayu tidak lagi bercakap bahasanya
dengan betul. Kita mesti perbetulkan keadaan ini,'' tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang menyatakan
kabinet sudah mengeluarkan arahan supaya menteri-menterinya menggunakan bahasa Melayu dalam
menyampaikan dasar kerajaan. Ini merupakan lanjutan kepada apa yang disyorkan oleh panel
berkenaan.

''Arahan ini baik. Kecenderungan sekarang, menteri atau pemimpin bukan Melayu tidak mahu
bercakap Melayu, terus bercakap bahasa Inggeris dalam ruang berita. Kita harus haramkan ini.

''Kalau dia nak menyampaikan sesuatu berita, dan dia bercakap sebagai menteri kerajaan Malaysia, dia
mesti bercakap Melayu. Betul tak betul, itu soal kemudian. Bercakap dahulu,'' tegas beliau.

Berbeza dalam dunia pengiklanan, katanya. Panel menerima hakikat bahawa kumpulan itu mempunyai
'lesen' menggunakan bahasa iklan. Malah penggunaan yang tidak ada dalam kamus juga dibenarkan.

''Ini kerana disedari kalau hendak menggunakan bahasa yang betul, iklan itu mungkin tidak dibaca
orang kerana terlalu panjang. Perkara ini tidak menjadi kontroversi.

''Kontroversi yang sangat-sangat kita tekankan supaya diatasi ialah penggunaan bahasa rojak, yang
boleh menjadi sangat mudarat,'' tambahnya.

Sehubungan itu, pihak panel telah menyuarakan agar pihak sekolah menyemarakkan program di mana
anak-anak diajar bertutur lancar dan baik menggunakan bahasa Melayu menerusi syarahan atau
proklameran sajak atau drama dan memasukkan aspek-aspek penilaian bahasa yang baik.

''Selain itu, didapati sekolah-sekolah sekarang ini yang mempunyai pengajaran bahasa Melayu, tidak
lagi mengajarkan penggunaan bahasa yang indah, pepatah petitih sudah luntur,'' katanya.

Ini tegas Dr. Rais, menunjukkan kita sudah lupa akan tunjang kita. ''Perkara-perkara itu harus diimbau
kembali bagi dijadikan panduan untuk kita memartabatkan kembali bahasa Melayu.''

Menurut beliau, kelekaan orang Melayu mengejar perkara lain juga menyebabkan perkembangan
bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi berjalan terlalu perlahan.

''Puncanya dari hemah kita menilai diri sebagai orang Melayu. Kita dah lupa akan sifat diri peribadi
kita sebagai orang Melayu.

''Oleh sebab itu, Melayu kini ialah 'Melayu hamburger'. Kita tidak balik-balik ke pangkal.

''Orang Jepun, walau macam mana maju pun, terus hormat dan membahasakan dirinya sebagai orang
Jepun. Kalau orang Jepun, yang mempunyai skriptur yang sebegitu teruk, boleh melakukannya,
mengapa kita tidak boleh,'' soal beliau.

Namun Dr. Rais menegaskan bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu ini sebenarnya mesti
muncul daripada pemikiran pihak berkuasa (yakni kabinet).

Sekadar contoh, beliau memberitahu, walaupun dasar sudah dibuat pada 1990 supaya penghakiman
dibuat dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah Persekutuan masih agak perlahan, malah boleh dikatakan hampir 75 peratus dijalankan
dalam bahasa Inggeris.

''Kebanyakan peguam dan hakim di mahkamah-mahkamah itu tidak bercakap bahasa Melayu, kecuali
pada pembukaan sahaja. Ini realiti.

''Barangkali, para hakim generasi baru lebih sesuai dan tepat untuk menggunakan bahasa Melayu
kerana hakim sekarang, sebilangannya mewakili generasi lama, masih telor bercakap Melayu,''
tegasnya.
Dalam masyarakat berbilang bangsa, keupayaan masyarakat hidup harmoni dalam sebuah negara
merupakan satu aset penting kepada pembangunan negara berkenaan. Malaysia seringkali dijadikan
oleh masyarakat dunia sebagai negara yang mampu hidup dengan aman dan harmoni sekalipun
mempunyai pelbagai bangsa.

Kita juga sering bercakap tentang mewujudkan satu 'bangsa Malaysia'. Namun bagaimanakah bentuk
bahasa Malaysia nanti - apakah bahasa Melayu rojak yang digunakan sekarang ini adalah 'bahasa
bangsa Malaysia' kurun ke-21? Ingatlah, bahasa itu bangsa.

Oleh: NOOR HAZANI MUSA

More Related Content

What's hot

Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesiaPembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesiaAwanda Siti Hajar
 
Pertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasa
Pertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasaPertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasa
Pertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasaUniversitas Nahdlatul Wathan Mataram
 
Present bahasa rojak
Present bahasa rojakPresent bahasa rojak
Present bahasa rojakjongakeling
 
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)The National University of Malaysia
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMrashidahmurat92
 
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerahPeranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerahHikmah Siti Nazwah
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaKota Bharu
 
Pengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesiaPengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesiaentjep Soerjana
 
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam PendidikanKemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikanmumtaz92
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa Indonesia
Pengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa IndonesiaPengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa Indonesia
Pengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa IndonesiaAudria
 
GSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat MalaysiaGSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat MalaysiaDemolish Wolf
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu Ahmad NazRi
 
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...Delima Ross
 
P isu media
P isu mediaP isu media
P isu mediaMickgun
 
Artikel: Bahasa Indonesia dan Era Globalisasi
Artikel: Bahasa Indonesia dan Era GlobalisasiArtikel: Bahasa Indonesia dan Era Globalisasi
Artikel: Bahasa Indonesia dan Era GlobalisasiIswi Haniffah
 
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era GlobalisasiPenggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era GlobalisasiVivi Silvia
 
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asingMakalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asingSantos Tos
 
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Bonda Irfan
 
What's hot (20)

Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesiaPembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
 
Pertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasa
Pertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasaPertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasa
Pertemuan ke ix peran media massa dalam pengemembangan dan pembinaan bahasa
 
Present bahasa rojak
Present bahasa rojakPresent bahasa rojak
Present bahasa rojak
 
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
 
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerahPeranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
Peranan bahasa indonesia dalam perkembangan budaya daerah
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
 
Bab 1&2 udah diedit
Bab 1&2 udah dieditBab 1&2 udah diedit
Bab 1&2 udah diedit
 
Pengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesiaPengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesia
Pengaruh bahasa asing dan bahasa daerah terhadap bahasa indonesia
 
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam PendidikanKemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa Indonesia
Pengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa IndonesiaPengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa Indonesia
Pengaruh Globalisasi Terhadap Bahasa Indonesia
 
GSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat MalaysiaGSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu
 
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
 
P isu media
P isu mediaP isu media
P isu media
 
Artikel: Bahasa Indonesia dan Era Globalisasi
Artikel: Bahasa Indonesia dan Era GlobalisasiArtikel: Bahasa Indonesia dan Era Globalisasi
Artikel: Bahasa Indonesia dan Era Globalisasi
 
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era GlobalisasiPenggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
Penggunaan Bahasa Indonesia di Era Globalisasi
 
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asingMakalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
Makalah bahasa daerah, bahasa inggris dan bahasa asing
 
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
 
Viewers also liked

Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan PelajarPembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan PelajarEda Saayah Bakarim
 
Pemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesionalPemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesionalNizam Zan
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysiakiasportage
 
Pppm bahasa tamil ting 1
Pppm bahasa tamil ting 1Pppm bahasa tamil ting 1
Pppm bahasa tamil ting 1Amilinda Amsar
 
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialBab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialMaizatul Akmal
 
Rph bahasa tamil (sjkt)
Rph bahasa tamil (sjkt)Rph bahasa tamil (sjkt)
Rph bahasa tamil (sjkt)marshiza
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILlogaraja
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9Amelia Akmar
 
Viewers also liked (14)

Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan PelajarPembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
 
Pemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesionalPemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesional
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
 
Pppm bahasa tamil ting 1
Pppm bahasa tamil ting 1Pppm bahasa tamil ting 1
Pppm bahasa tamil ting 1
 
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialBab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
 
Rph bahasa tamil (sjkt)
Rph bahasa tamil (sjkt)Rph bahasa tamil (sjkt)
Rph bahasa tamil (sjkt)
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9
 
Similar to Bahasa rojak

Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuShon Shawn
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Junidah Sukiman
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi eliza72
 
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalmakalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalManshur Changean
 
Bahasa Indonesia
 Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesiaarifin554
 
Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuSejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuNor Idayu
 
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di MalaysiaRevolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di MalaysiaEddy Terinisip
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
Tugas mos isma & indah tata tertib sekolah
Tugas mos isma & indah tata tertib sekolahTugas mos isma & indah tata tertib sekolah
Tugas mos isma & indah tata tertib sekolahsmkbahaindah
 
Materi sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerak
Materi sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerakMateri sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerak
Materi sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerakTitinAprinaSumardi
 
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDAANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDABob Septian
 
Dampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Dampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesiaDampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Dampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesiaArdhy Danu
 
Similar to Bahasa rojak (20)

Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayu
 
temuduga
temudugatemuduga
temuduga
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
 
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalmakalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
 
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasionalmakalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
makalah bahasa indonesia sebagai bahasa nasional
 
Winda d
Winda dWinda d
Winda d
 
Bahasa Indonesia
 Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia
 
Spkbi unit3
Spkbi unit3Spkbi unit3
Spkbi unit3
 
Gita r w
Gita r wGita r w
Gita r w
 
Untuk cover
Untuk coverUntuk cover
Untuk cover
 
Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuSejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa Melayu
 
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di MalaysiaRevolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Revolusi Bahasa Kadazandusun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
Tugas mos isma & indah tata tertib sekolah
Tugas mos isma & indah tata tertib sekolahTugas mos isma & indah tata tertib sekolah
Tugas mos isma & indah tata tertib sekolah
 
Materi sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerak
Materi sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerakMateri sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerak
Materi sesi 1.pptx titin aprina calom guru penggerak
 
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDAANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
ANCAMAN BAHASA ALAY TERHADAP KEMAHIRAN BERBAHASA GENERASI MUDA
 
Dampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Dampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesiaDampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
Dampak bahasa gaul terhadap bahasa indonesia
 
Bahasa rojak

  • 1. Bahasa Rojak PENUBUHAN Panel Penasihat Penyiaran telah dilancarkan pada 17 Ogos 1997 oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat. Panel yang berperanan sebagai penasihat kepada Menteri Penerangan itu bertanggungjawab menetapkan standard yang perlu dipatuhi oleh stesen penyiaran tempatan ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat di samping mengekalkan nilai murni. Pelantikan tokoh politik veteran, Datuk Dr. Rais Yatim - yang suatu ketika dahulu pernah menyandang tugas Menteri Penerangan - sebagai pengerusi panel yang dianggotai oleh kira-kira 25 ahli itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri pada 7 Ogos 1997. Masalah bahasa banyak, kata Dr. Rais, dan cabaran kepada lebih kurang 25 orang anggota Panel Penasihat Penyiaran itu ialah untuk melihat bagaimana siaran awam dan swasta dapat menjalankan tugas masing-masing di samping mendapat keuntungan tanpa membelakangkan budaya, tatasusila dan kehidupan masyarakat di Malaysia. ''Kita ingin melihat penggunaan bahasa Melayu yang seragam, berhemah dan bermartabat. Bukan bahasa rojak,'' tegasnya. Di samping itu, panel tersebut juga mencadangkan kepada Menteri Penerangan supaya siaran swasta ada unsur-unsur membina, jangan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kepentingan bahasa. ''Dalam bidang tugas Panel Penasihat Penyiaran, kita juga berhadapan dengan permasalahan bahasa yang disalahgunakan, yang kita dapati jika tidak diawasi dan diperbetulkan, mungkin membawa kepada satu budaya yang sangat merendahkan martabat bahasa kita,'' katanya. Tiga aspek permasalahan itu ialah bahasa siaran yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penenggelaman bahasa Melayu dalam sistem pendidikan swasta dan ketidakseragaman bahasa penyiaran. Gejala mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris merupakan gejala paling baru dalam penyiaran, katanya. ''Dalam setiap ayat seorang eksekutif sekarang, kita dapati mesti ada mengandungi - kalau tidak separuh, suku - kata-kata Inggeris yang dicampurkan dengan bahasa kita. Ini sudah begitu automatis sehinggakan ia merupakan budaya baru bangsa Melayu bercakap separuh Melayu, separuh Inggeris. ''Sungguhpun perkara itu pada pandangan asasnya tidak ada apa-apa (salah), tetapi anak akan mengikut, murid akan mengikut, akhirnya bahasa Melayu sudah tidak ada - yang ada ialah bahasa rojak, bahasa campuran,'' jelasnya. Keadaan ini kata beliau, akan menggagalkan usaha mewujudkan bahasa baku dan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Beliau juga menyatakan bahasa Melayu tenggelam dalam arus pendidikan swasta kerana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak menjadikan ia sebagai bahasa pengantar. ''Daripada 400 buah IPTS sekarang misalnya, kita dapati hanya lebih kurang lima peratus pelajarnya adalah pelajar Melayu. Mungkin sebab inilah mereka (IPTS) menyatakan tidak payah belajar Bahasa Melayu dan bahasa Melayu tidak perlu menjadi bahasa pengantar.'' Sedangkan, kata beliau, kedudukan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, waima IPTS, sebagai bahasa pengajaran atau penggunaannya sebagai bahasa pengantar, adalah jelas. Panel itu juga mahu supaya satu bahasa seragam digunakan oleh para penyiar. Pada masa sekarang, penyiaran awam yang dipegang oleh RTM menggunakan bahasa Melayu biasa iaitu bahasa Melayu Riau; sebaliknya penyiaran swasta seperti TV3 ''bercakap seolah-olah kita berada di Indonesia.''
  • 2. Mahu tidak mahu, katanya, ini sudah menjadi kenyataan. Dengan itu kita mendapati ada dua jenis saluran bahasa Melayu digunakan dalam media elektronik. ''Ini tidak seharusnya berlaku sebab dalam membina bangsa dan negara, bahasa kita hanya perlu satu dari segi guna, tatabahasa dan nahu yang kita pakai. Tidak boleh satu, tidak boleh ada tiga,'' tegasnya. ''Oleh itu, kita (panel) menyarankan sekali gus kerajaan mesti mewujudkan keseragaman bahasa - sama ada Melayu Riau atau baku - tidak penting, tetapi hendaklah satu.'' Namun dalam penggunaan bahasa baku, pihak berkuasa katanya, harus menentukan supaya penggunaan bahasa baku itu ''janganlah nampak sangat kita meniru Indonesia kerana kita mempunyai identiti kita sendiri''. ''Penyeragaman bahasa siaran ini adalah untuk mengelakkan orang ramai keliru yang mana satu lidah rasmi. Itu sebenarnya yang kita hendak pertahankan.'' Bagaimanapun, ujar Dr. Rais, penyeragaman ini tidak melibatkan penggunaan loghat. ''Loghat tidak apa, tetapi apabila sampai kepada penggunaan bahasa rasmi, yakni menggunakan hebahan berita, rencana, ulasan waima celoteh deejay sekalipun - kalau saluran itu saluran kebangsaan - kalau saluran Melayu, mesti gunakan bahasa Melayu yang betul, jangan guna 'bahasa Melayu act'.'' Istilah 'bahasa Melayu act' digunakan oleh anak-anak muda untuk percakapan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris, tanpa mengira nahu bahasa tersebut. ''Istilah ini saya fikir tidak betul,'' kata Dr. Rais, ''tetapi telah pun digunakan, jadi saya pinjam.'' Begitu juga penggunaan 'I' dan 'you' dalam bahasa harian yang sudah begitu lumrah. Perkara ini sukar diungkit, kata beliau, memandangkan ''menteri pun sudah bercakap demikian, inikan pulak orang di bawah...'' Tegas beliau, tugas panel tersebut bukan mudah; tambahan pula mereka mempunyai ramai pengkritik. ''Ada orang yang berkata bahasa adalah perantaraan komunikasi, jadi kalau ia berubah-ubah, tak apalah. Sebut sedap... tetapi kalau awak Melayu, hendaklah cakap Melayu. ''Orang Tionghua terus bercakap Mandarin, tanpa mencampuradukkannya dengan bahasa lain. Begitu juga bahasa Tamil, bahkan perkataan asing 'ditamilkan' sebelum digunakan dalam bahasa mereka. Kita orang Melayu terlampau mudah menerima perkataan asing, digunakan seolah-olah perkataan kita. ''Menggunakan perkataan asing pada pandangan panel tidak begitu berat, memang kita guna kerana bahasa kita berkembang, tetapi perkataan itu mesti 'dimelayukan'. Setelah dimelayukan baru kita guna mengikut tatabahasa Melayu.'' Menurut Dr. Rais, dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu itu, pihak panel telah memutuskan supaya setiap pemimpin bercakap bahasa Melayu dengan betul dan tugas membuat alur aturnya telah diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). ''Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ini sudah jelas dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tetapi kalaulah bahasa rasmi tersebut 'sekerat ular, sekerat belut' itu amat mendukacitakan,'' katanya. Sebab musabab berlakunya perkara ini barang kali banyak, kata beliau. Antaranya, mungkin disebabkan selama ini penumpuan penggunaan bahasa pada iklan, perniagaan atau drama tidak menjadi satu kepentingan berat kepada pihak berkuasa, maka tidak ada seorang pun yang menegur perkara itu selama ini. ''Setelah kita berjalan begitu jauh baru kita tengok, iaitu bangsa Melayu tidak lagi bercakap bahasanya dengan betul. Kita mesti perbetulkan keadaan ini,'' tegasnya.
  • 3. Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang menyatakan kabinet sudah mengeluarkan arahan supaya menteri-menterinya menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan dasar kerajaan. Ini merupakan lanjutan kepada apa yang disyorkan oleh panel berkenaan. ''Arahan ini baik. Kecenderungan sekarang, menteri atau pemimpin bukan Melayu tidak mahu bercakap Melayu, terus bercakap bahasa Inggeris dalam ruang berita. Kita harus haramkan ini. ''Kalau dia nak menyampaikan sesuatu berita, dan dia bercakap sebagai menteri kerajaan Malaysia, dia mesti bercakap Melayu. Betul tak betul, itu soal kemudian. Bercakap dahulu,'' tegas beliau. Berbeza dalam dunia pengiklanan, katanya. Panel menerima hakikat bahawa kumpulan itu mempunyai 'lesen' menggunakan bahasa iklan. Malah penggunaan yang tidak ada dalam kamus juga dibenarkan. ''Ini kerana disedari kalau hendak menggunakan bahasa yang betul, iklan itu mungkin tidak dibaca orang kerana terlalu panjang. Perkara ini tidak menjadi kontroversi. ''Kontroversi yang sangat-sangat kita tekankan supaya diatasi ialah penggunaan bahasa rojak, yang boleh menjadi sangat mudarat,'' tambahnya. Sehubungan itu, pihak panel telah menyuarakan agar pihak sekolah menyemarakkan program di mana anak-anak diajar bertutur lancar dan baik menggunakan bahasa Melayu menerusi syarahan atau proklameran sajak atau drama dan memasukkan aspek-aspek penilaian bahasa yang baik. ''Selain itu, didapati sekolah-sekolah sekarang ini yang mempunyai pengajaran bahasa Melayu, tidak lagi mengajarkan penggunaan bahasa yang indah, pepatah petitih sudah luntur,'' katanya. Ini tegas Dr. Rais, menunjukkan kita sudah lupa akan tunjang kita. ''Perkara-perkara itu harus diimbau kembali bagi dijadikan panduan untuk kita memartabatkan kembali bahasa Melayu.'' Menurut beliau, kelekaan orang Melayu mengejar perkara lain juga menyebabkan perkembangan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi berjalan terlalu perlahan. ''Puncanya dari hemah kita menilai diri sebagai orang Melayu. Kita dah lupa akan sifat diri peribadi kita sebagai orang Melayu. ''Oleh sebab itu, Melayu kini ialah 'Melayu hamburger'. Kita tidak balik-balik ke pangkal. ''Orang Jepun, walau macam mana maju pun, terus hormat dan membahasakan dirinya sebagai orang Jepun. Kalau orang Jepun, yang mempunyai skriptur yang sebegitu teruk, boleh melakukannya, mengapa kita tidak boleh,'' soal beliau. Namun Dr. Rais menegaskan bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu ini sebenarnya mesti muncul daripada pemikiran pihak berkuasa (yakni kabinet). Sekadar contoh, beliau memberitahu, walaupun dasar sudah dibuat pada 1990 supaya penghakiman dibuat dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih agak perlahan, malah boleh dikatakan hampir 75 peratus dijalankan dalam bahasa Inggeris. ''Kebanyakan peguam dan hakim di mahkamah-mahkamah itu tidak bercakap bahasa Melayu, kecuali pada pembukaan sahaja. Ini realiti. ''Barangkali, para hakim generasi baru lebih sesuai dan tepat untuk menggunakan bahasa Melayu kerana hakim sekarang, sebilangannya mewakili generasi lama, masih telor bercakap Melayu,'' tegasnya.
  • 4. Dalam masyarakat berbilang bangsa, keupayaan masyarakat hidup harmoni dalam sebuah negara merupakan satu aset penting kepada pembangunan negara berkenaan. Malaysia seringkali dijadikan oleh masyarakat dunia sebagai negara yang mampu hidup dengan aman dan harmoni sekalipun mempunyai pelbagai bangsa. Kita juga sering bercakap tentang mewujudkan satu 'bangsa Malaysia'. Namun bagaimanakah bentuk bahasa Malaysia nanti - apakah bahasa Melayu rojak yang digunakan sekarang ini adalah 'bahasa bangsa Malaysia' kurun ke-21? Ingatlah, bahasa itu bangsa. Oleh: NOOR HAZANI MUSA