Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI 
MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN 
M...
3 
PENGHARGAAN 
Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, 
dapatlah penyelidik menyelesaikan tug...
4 
1.0 PENGENALAN 
Bahagian ini menghuraikan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang 
laman sosial Facebook serta ...
khususnya kepada golongan pelajar. Pada awalnya, Laman sosial Facebook 
ini tidak begitu dikenali ramai kerana saingan dar...
kepada generasi-generasi akan datang dan seterusnya menyebabkan Bahasa 
6 
Melayu ini tercemar. 
1.2 Definisi Konsep 
Menu...
7 
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 
Objektif kajian ini adalah untuk 
(a) Mengenal pasti pengguguran vokal, konsonan dan suku kata dal...
8 
4.0 SKOP KAJIAN 
Kajian ini berfokus kepada pengguran vokal, konsonan dan suku kata dalam 
proses penyingkatan sesuatu ...
9 
6.1 Mendapatkan data 
Sepanjang kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian teks. 
Teks yang dimuat naik ke da...
10 
6.3 Menganalisis data 
Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan 
kepada aspek-aspek yang ingin dik...
11 
Pengguguran Vokal 
Contoh Bahasa Baku Vokal yang 
digugurkan 
dh dah a 
bg bagi a,i 
bt buat u,a 
dpt dapat a 
mcm mac...
Merujuk jadual 1, singkatan-singkatan ini lazimnya terbentuk apabila 
vokal-vokal tertentu digugurkan. Pengguguran vokal i...
Berdasarkan jadual 2, kebanyakan huruf konsonan yang digugurkan 
adalah huruf konsonan yang terletak di permulaan dan akhi...
Dari segi pengguguran suku kata pula, kebiasaanya suku kata pertama 
dan terakhir akan digugurkan. Setiap suku kata yang d...
u you awak 
topup top up tambah nilai 
buzy busy sibuk 
respon response bertindak balas 
daet diet makanan seimbang 
Jadua...
16 
7.2.2 Bahasa Slanga 
Contoh Maksud 
sedih gila terlalu sedih 
der abang 
awex teman wanita 
brader abang 
bro abang 
p...
Perkataan yang digunakan ini juga adalah sebahagian daripada bahasa 
17 
basahan dan tidak formal. 
7.2.3 Bahasa daerah 
J...
contoh, dialek Kelantan menggunakan kawe sebagai saya, dan mu 
sebagai awak. Dialek-dialek yang digunakan di laman sosial ...
perkataan bnyk comel menggunakan banyak sebagai kata penguat dan 
jelas menjadi kesalahan dalam Bahasa Melayu. 
7.3 Penggu...
x tak 
p pergi 
k ke 
Jadual 8 : Penggunaan huruf dalam bahasa singkatan laman sosial 
20 
Facebook 
Berdasarkan jadual 8,...
Off9 offline 
Jadual 9 : Penggunaan angka 
Penggunaan angka dalam proses penyingkatan kata sememangnya 
kerap digunakan da...
Jadual 10 : Penggunaan kata ganda mengikut jenis 
Jadual 10 menunjukan penggunaan kata ganda mengikut jenis dalam 
laman s...
hampir keseluruhan perkataan atau ayat di dalam bahasa singkatan 
laman sosial Facebook ini bercanggah dengan ciri-ciri mo...
24 
BIBLIOGRAFI 
Buku 
Chong, G. T., Tee, C. S. & Ahmad, Z., 2009. Longman Teks Pra-U STPM Bahasa 
Malaysia Kertas 1. Sela...
25 
Lampiran 1 
Senarai data teks yang dikutip daripada responden 
BIL Bahasa Singkatan Laman Sosial 
Facebook 
Bahasa Bak...
mesti gempak sungguh, nanti keputusan mesti 
26 
menakjubkan. 
17 Jowm jln cri awex.. ari niey cuti 
lgi.. 
Mari jalan car...
27 
BERBUKA” 
30 Masa study agama,, topik 
mahar....ustazah ad kata yg, mahar 
itu @ mas kahwin y d beri lelaki 
kpd perem...
aminn mana. Amin. 
28 
41 Exam mid-year  ambex report 
card  rombak kelas  audit 
total 
,. Haisy banyak ny 
,. Semua n...
29 
ayah. 
47 Kalau bole dalam bulan pose nhe , 
setiap hari nak pegi bazar yang 
lain2 , nak pegi semue bazar yang 
ade k...
30 
Lampiran 2 
Senarai perkataan yang digunakan di dalam kajian 
Perkataan 
asal 
Ejaan 
baku/maksud 
Perkataan 
asal 
Ej...
jln jalan x tak 
tp tapi p pergi 
bole boleh k ke 
ari hari ni ini 
ujan hujan kol pukul 
da sudah lom belum 
angan jangan...
der abang memalam malam-malam 
awex teman wanita mkn2 makan-makan 
brader abang skolah2 sekolah-sekolah 
bro abang 
pkwe t...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

4,392 views

Published on

PBS STPM 2012/14
ESEI ILMIAH DENGAN SUMBER RUJUKAN SAH

Published in: Education
  • Be the first to comment

PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)

  1. 1. PRA UNIVERSITI SMK PASIR GUDANG 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/13 SHAH MOHD AKMAL BIN ABDUL HALIM NUR ATHIRAH BINTI KAMAROLASNAN NUR YAZSMIN FATIN BINTI YAACOB SITI SYAZA SYAHIRAH BINTI RUSLAN 2012/2013 (BAHASA MELAYU 910/5)
  2. 2. 3 PENGHARGAAN Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah penyelidik menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dengan segala kemampuan yang ada serta dalam ruangan waktu yang agak terhad. Penyelidik juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Jasmani binti Saidin selaku guru mata pelajaran Bahasa Melayu kerana telah mencurahkan segala apa yang beliau ada dalam memastikan penyelidik dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Komitmen dan sikap keprihatinan yang beliau pamerkan telah menyuntik semangat penyelidik untuk menyelesaikan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga penyelidik ucapkan kepada ibu bapa, rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan ini. Penghargaan istimewa penyelidik dedikasikan kepada pihak-pihak ini kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penyelidik. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Akhir kata, penyelidik berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya dalam bidang yang penyelidik kaji ini. Semoga tugasan ini diredhai oleh Allah S.W.T. Shah Mohd Akmal bin Abdul Halim Siti Syaza Syahirah bt Ruslan Nur Yazsmin Fatin bt Yaacob Nur Athirah bt Kamarolasnan Julai 2013
  3. 3. 4 1.0 PENGENALAN Bahagian ini menghuraikan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang laman sosial Facebook serta difinisi konesep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Dunia kini yang semakin maju dalam penghasilan teknologi-teknologi canggih sememangnya memberikan keselesaan dalam kehidupan seharian manusia. Perkembangan teknologi-teknologi canggih ini juga telah menyebabkan ramai yang mempunyai dan mengemari telefon pintar. Telefon pintar ini boleh memuatkan pelbagai aplikasi menarik termasuklah ‘Facebook’ yang juga merupakan sebuah laman sosial yang mampu menghubungkan manusia ke serata dunia. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, laman sosial Facebook sememangnya menjadi medium untuk berkomunikasi di samping sebagai media hiburan belia masa kini. Laman sosial Facebook ini juga memudahkan komunikasi antara satu sama lain memandangkan aplikasinya sudah sedia ada di telefon-telefon pintar dan komputer peribadi. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan belia-belia kini begitu taksub menggunakan laman sosial Facebook dalam kehidupan seharian. Laman sosial Facebook sememangnya aplikasi yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia dan di seluruh dunia
  4. 4. khususnya kepada golongan pelajar. Pada awalnya, Laman sosial Facebook ini tidak begitu dikenali ramai kerana saingan daripada laman-laman sosial lain seperti ‘Myspace’, ‘Imesh’ dan lain-lain. Namun, populariti Facebook meningkat dengan mendadak pada tahun 2008 yang mencatatkan 100 juta pengguna dan meningkat dari tahun ke tahun hingga ke hari ini kerana aplikasi-aplikasi yang menarik berjaya menarik hati pengguna dunia siber. Menyentuh soal bahasa yang digunakan di laman sosial ini sememangnya majoriti pengguna menggunakan bahasa yang tidak baku atau dikenali sebagai Bahasa Basahan. Bahasa ini mempunyai unsur-unsur campuran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Dialek. Dalam pada itu, singkatan dan gabungan kata juga turut digunakan secara meluas dalam laman sosial Facebook ini. Hal ini disebabkan bahasa singkatan ini lebih mudah, ringkas dan cepat untuk ditaip dan mampu 5 menjimatkan masa. Dari sudut pandangan negatif, pengunaan bahasa singkatan yang kerap di laman sosial seperti Facebook sememangnya memberikan impak yang sangat buruk terutamanya kepada pelajar-pelajar. Pelajar yang terbiasa dengan tulisan-tulisan ringkas ini tidak mustahil akan terbawa-bawa ke dalam dunia realiti yakni ketika dalam penulisan karangan dan lain-lain. Hal ini kerana, bahasa yang diguna pakai dalam Laman Sosial Facebook ini tidak baku, bahasa basahan, dan bahasa rojak. Sekiranya tiada langkah efektif yang dilaksanakan, tidak mustahil penularan bahasa laman sosial ini terus menular
  5. 5. kepada generasi-generasi akan datang dan seterusnya menyebabkan Bahasa 6 Melayu ini tercemar. 1.2 Definisi Konsep Menurut Raja Masittah Raja Ariffin singkatan kata akan terbentuk apabila suatu istilah tidak ditulis secara penuh iaitu satu huruf atau lebih telah digugurkan. Sebagai contoh, MPR yang bermaksud Majlis Permusyawaratan Rakyat. Menurut Ateng Winarno pula, singkatan adalah bentuk pemendekan satu kata atau lebih yang proses pengejaanya dilakukan dengan menyebut huruf demi huruf yang berkaitan. Tamsilnya, DPR untuk Dewan Perwakilan Rakyat, SMA untuk Sekolah Menengah atas dan sda bermaksud sama dengan atas. Seterusnya, Harimurti Kridalaksana pula mendifinisikan singkatan sebagai salah satu hasil proses pemendekan yang berupa huruf atau gabungan huruf sama ada yang dieja huruf demi huruf mahupun yang tidak dieja huruf demi huruf. Sebagai analogi, PBB yang bermaksud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dieja huruf demi huruf manakala dng yang bermaksud dengan yang tidak dieja huruf demi huruf.
  6. 6. 7 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk (a) Mengenal pasti pengguguran vokal, konsonan dan suku kata dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook (b) Mengenal pasti percampuran bahasa yang digunakan dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook (c) Menjelaskan penggunaan huruf, dan angka dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook (d) Mengkelaskan jenis-jenis kata ganda yang kerap digunakan dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini penting untuk (a) Memperbanyak dokumentasi mengenai singkatan bahasa khususnya dalam laman sosial Facebook (b) Menyediakan panduan untuk dijadikan rujukan umum mengenai bahasa singkatan yang digunakan di laman sosial Facebook (c) Mendedahkan kepada masyarakat mengenai singkatan-singkatan yang digunakan di laman sosial Facebook (d) Memperjelaskan maksud-maksud perkataan tertentu yang diguna pakai dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  7. 7. 8 4.0 SKOP KAJIAN Kajian ini berfokus kepada pengguran vokal, konsonan dan suku kata dalam proses penyingkatan sesuatu perkataan. Penggunaan huruf, angka dan simbol dalam proses penyingkatan kata turut dikaji dalam kajian ini. Selain itu, penggunaan kata ganda di laman sosial Facebook ini turut dikelaskan. 5.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang dipetik daripada laman sosial Facebook dalam kalangan 50 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor. Oleh itu, penggunaan bahasa singkatan di laman sosial Facebook ini tidak mengambarkan penggunaanya oleh seluruh anggota masyarakat. 6.0 KAEDAH KAJIAN Segala kaedah, cara mendapatkan data, kaedah pemprosesan dan cara persembahan dapatan kajian dijelaskan di bahagian ini.
  8. 8. 9 6.1 Mendapatkan data Sepanjang kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian teks. Teks yang dimuat naik ke dalam Facebook penyelidik kumpulkan daripada responden. Seramai 50 orang responden daripada pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 diminta memberikan 1 teks yang telah dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook. Penyelidik telah memaklumkan 2 minggu lebih awal kepada responden yang terlibat bagi mempercepatkan proses mengutip data. 6.2 Mengumpul data Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik telah mengedarkan borang kepada para responden supaya dapat menyalin semula teks-teks yang telah dimuat naik berserta terjemahanya ke dalam bahasa Melayu baku. Terjemahan ini sememangnya sangat diperlukan agar pengkaji tidak tersilap ketika mengenal pasti maksud asal perkataan-perkataan tersebut. Hasilnya, sebanyak 50 teks berserta terjemahanya berjaya dikumpul dan ditaip semula yang bertujuan memudahkan penyelidik untuk merujuk data tersebut.
  9. 9. 10 6.3 Menganalisis data Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada aspek-aspek yang ingin dikaji iaitu pengguguran, percampuran bahasa, penggunaan huruf dan angka, serta penggunaan kata ganda di laman sosial Facebook. 7.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu pengguguran, percampuran bahasa, penggunaan huruf dan angka dan penggunaan kata ganda. Bahagian yang berikut memaparkan huraian berkaitan empat aspek ini. Perbincangan yang dilaksanakan ini berdasarkan data-data yang telah dikutip. 7.1 Pengguguran Vokal, Konsonan dan Suku Kata Morfologi merupakan bidang dalam ilmu bahasa yang mengkaji perkataan. Salah satu aspek perkataan yang merangkumi morfologi ialah bentuk kata. Di dalam laman sosial Facebook, bentuk kata yang sering digunakan ialah bentuk singkatan. Singkatan ini merangkumi pengguguran vokal, konsonan dan suku kata. Pengguguran ini bertujuan menyingkatkan perkataan-perkataan ini agar mudah untuk ditaip. Berikut merupakan jenis-jenis pengguguran yang digunakan dalam proses penyingkatan.
  10. 10. 11 Pengguguran Vokal Contoh Bahasa Baku Vokal yang digugurkan dh dah a bg bagi a,i bt buat u,a dpt dapat a mcm macam a sbb sebab e,a bley boleh o bkk buka u,a nk nak a jgn jangan a jln jalan a tp tapi a,i Jadual 1 : Pengguguran vokal dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  11. 11. Merujuk jadual 1, singkatan-singkatan ini lazimnya terbentuk apabila vokal-vokal tertentu digugurkan. Pengguguran vokal ini menjadikan sesuatu perkataan itu lebih ringkas dan mudah untuk ditaip. Namun, terdapat juga sesetengah perkataan yang digugurkan separuh huruf vokalnya dan tidak digugurkan keseluruhanya. Tamsilnya, bley yang bermaksud boleh telah memperlihatkan pengguguran satu vokal sahaja iaitu vokal a manakala vokal e dikekalkan. 12 Pengguguran konsonan Contoh Bahasa Baku konsonan yang digugurkan bole boleh h ari hari h ujan hujan h da sudah h angan jangan j ta tak k umah rumah r Jadual 2 : Pengguguran konsonan dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  12. 12. Berdasarkan jadual 2, kebanyakan huruf konsonan yang digugurkan adalah huruf konsonan yang terletak di permulaan dan akhiran perkataan. Manakala huruf konsonan yang berada ditengah perkataan tidak digugurkan dan akan dikekalkan bagi membolehkan perkataan tersebut dibentuk. Sebagai contoh, bole, da, ujan yang memperlihatkan pengguguran konsonan di awal dan akhir perkataan sahaja. 13 Pengguguran suku kata Contoh Bahasa Baku Suku kata yang digugurkan lau kalau ka de ada a pe apa a gi pergi per tol betul be ni ini i kol pukul pu lom belum be Jadual 3 : Pengguguran suku kata dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook
  13. 13. Dari segi pengguguran suku kata pula, kebiasaanya suku kata pertama dan terakhir akan digugurkan. Setiap suku kata yang digugurkan akan memendekan sesuatu perkataan yang akan menjadikanya lebih singkat dan amat releven untuk digunakan di laman sosial. 14 7.2 Percampuran Bahasa Di dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook, terdapat juga campuran bahasa asing yang bertujuan untuk menyingkatkan dan permudahkan sesuatu perkataan. Namun, penggunaan bahasa campuran ini juga digunakan akibat terbiasa dan terikut-ikut oleh para pengguna laman sosial tersebut. Antara bahasa campuran yang sering digunakan di dalam laman sosial Facebook adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Slanga, Bahasa Daerah dan Bahasa Pasar. Jadual-jadual dibawah akan menghuraikan jenis percampuran bahasa, contoh dan maksud sebenar perkataan tersebut. 7.2.1 Bahasa Inggeris Contoh Bahasa Baku Maksud tonite tonight malam ini gudnyte good night selamat malam oohseem awesome hebat I I saya
  14. 14. u you awak topup top up tambah nilai buzy busy sibuk respon response bertindak balas daet diet makanan seimbang Jadual 4 : Penggunaan Bahasa Inggeris dalam laman sosial Facebook Bahasa Inggeris sememangnya kerap digunakan di dalam dunia siber namun perbezaan yang ketara dapat dilihat apabila Bahasa Inggeris tersebut dimelayukan dan digunakan bersama-sama dengan Bahasa Melayu. Berdasarkan jadual 4, terdapat beberapa perkataan yang digunakan secara kerap. Antara perkataan yang sering digunakan adalah I dan U. Kebiasaanya, perkataan ini kerap digunakan kerana mempunyai perkataan yang ringkas iaitu satu huruf sahaja. Oleh itu, percampuran Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk menyingkatkan perkataan dan mampu memudahkan pengguna laman sosial tersebut untuk berkomunikasi. Penggunaan Bahasa Inggeris ini juga memperlihatkan sesetangah ataupun hampir semua yang diubah ejaannya. Sebagai analogi, busy yang menukarkan s kepada z sekaligus menjadikannya kepada buzy. Walaupun ejaan ditukar, sebutan asal perkataan tersebut tidak berubah. Terdapat juga sesetengah huruf digugurkan. Sebagai contoh, response ditukar menjadi respon yang memperlihatkan konsonan s dan vokal e digugurkan. 15
  15. 15. 16 7.2.2 Bahasa Slanga Contoh Maksud sedih gila terlalu sedih der abang awex teman wanita brader abang bro abang pkwe teman lelaki kantoi sesuatu perkara yang telah diketahui Jadual 5 : Penggunaan Bahasa Slanga dalam laman sosial Facebook Berdasarkan analisis yang dibuat, bahasa slanga juga merupakan antara bahasa campuran yang amat popular yang digunakan oleh pelajar di laman sosial Facebook. Sesetengah bahasa slanga yang digunakan ini sememangnya sukar untuk difahami oleh golongan-golongan tua kerana bahasa slanga ini sangat fleksibal dengan golongan muda kerana bahasa ini hanya ditutur oleh golongan remaja. Bahasa slanga ini turut digunakan dalam menyingkatkan sesuatu perkataan seperti bro yang mewakili brother. Bahasa slanga di laman sosial Facebook ini juga dilihat tidak menggunakan ejaan asal sebaliknya menukar sebahagian ejaannya. Contonya brother ditukar menjadi brader.
  16. 16. Perkataan yang digunakan ini juga adalah sebahagian daripada bahasa 17 basahan dan tidak formal. 7.2.3 Bahasa daerah Jenis Contoh Bahasa Baku Dialek Kelantan Johor Darul Takzim@JDT ? puok kawe tunggu puok mu..gomo klate gomo. Johor Darul Takzim ? kumpulan saya akan menunggu kumpulan anda. Maju Kelantan Maju ! Dialek Terengganu ..mase tu ah ade ari sukang..mase tu ah nok wak prekse.. Masa ada hari sukan masa tu lah juga nak buat peperiksaan. Jadual 6 : Penggunaan bahasa daerah/dialek dalam kalangan pelajar di laman sosial Facebook Dialek secara umumnya dapat diertikan sebagai suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard. Di laman sosial Facebook, penggunaan dialek daerah negeri asal dalam kalangan pelajar juga sememangnya meluas walaupun pelajar tersebut telah menetap di negeri lain seperti di Johor. Dialek-dialek ini dapat dibezakan dari aspek kata ganti nama diri, sebutan, kosa kata dan ejaan. Sebagai
  17. 17. contoh, dialek Kelantan menggunakan kawe sebagai saya, dan mu sebagai awak. Dialek-dialek yang digunakan di laman sosial ini adalah disebabkan faktor keselesaan yang memperlihatkan keselesaan menggunakan bahasa asal mereka. 18 7.2.4 Bahasa Pasar Contoh Bahasa Baku/Maksud Taiko sangat ke lu? Meh itu olang wa kasi bantai sama dia ! Hebat sangat ke awak? Mari sini bergaduh dengan saya ! Bnyk comel kau pnye mke nak arahII aq ! Amboi ! jangan suka-suka mahu arah orang lain. Lu wat gua bikin pnas la derrr…… Awak buat saya marah ! Jadual 7 : Penggunaan Bahasa pasar di laman sosial Facebook Bahasa pasar digunakan secara meluas di dalam laman sosial Facebook terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar. Selain bertujuan untuk menyingkatkan perkataan, bahasa ini turut digunakan dalam memberi sindiran/kata sinis kepada individu yang ingin ditujukan atau pun dengan tujuan gurauan. Bahasa yang digunakan ini tidak menepati hukum D-M misalnya itu olang. Kata banyak juga turut digunakan sebagai kata penguat. Berdasarkan jadual di atas, jelas bahawa
  18. 18. perkataan bnyk comel menggunakan banyak sebagai kata penguat dan jelas menjadi kesalahan dalam Bahasa Melayu. 7.3 Penggunaan huruf dan angka dalam proses penyingkatan 19 perkataan Berdasarkan data yang dikutip, didapati terdapat ramai pelajar yang gemar menggunakan huruf dan angka dalam menyingkatkan sesuatu perkataan. Hal ini disebabkan penggunaan huruf dan angka dapat menggantikan satu perkataan lengkap yang memperlihatkan tiada perubahan makna yang terjadi. Namun, penggunaan huruf dan angka kadang-kala mampu menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai makna yang sama. 7.3.1 Penggunaan huruf Contoh Perkataan Asal k ok n and p tapi g pergi y yang
  19. 19. x tak p pergi k ke Jadual 8 : Penggunaan huruf dalam bahasa singkatan laman sosial 20 Facebook Berdasarkan jadual 8, pelajar juga gemar menggunakan huruf dalam proses penyingkatan perkataan. Kebiasaanya, hanya huruf pertama sahaja yang dikekalkan dan selebihnya digugurkan. Namun, terdapat persamaan makna dalam penggunaan huruf ini bagi tujuan penyingkatan. Sebagai contoh, terdapat 2 perkataan yang menggunakan k sebagai singkatan. Antaranya ialah ok dan ke. Kedua-dua perkataan ini menggunakan k sebagai singkatan dan bagi yang kurang memahami dengan bahasa singkatan laman sosial Facebook mungkin akan tersalah tafsir. Begitu juga dengan p yang membawa maksud pergi dan tapi. 7.3.2 Penggunaan angka Contoh Perkataan Asal I2 itu 2 tu
  20. 20. Off9 offline Jadual 9 : Penggunaan angka Penggunaan angka dalam proses penyingkatan kata sememangnya kerap digunakan dalam laman sosial Facebook. Kadang- kala, angka dan huruf dicampur bagi mewujudkan singkatan kata. Sebagai analogi, i+2 = itu dan off+9 = offline. Namun, penggunaan angka sahaja turut digunakan seperti 2 yang bermaksud tu. 7.4 Penggunaan kata ganda dalam laman sosial Facebook 21 Jenis Kata Ganda Contoh Bahasa baku Penggandaan separa -lelama -memalam -tetiba  lama-lama  malam-malam  tiba-tiba Penggandaan penuh -mkn2 -skolah2  makan-makan  sekolah-sekolah
  21. 21. Jadual 10 : Penggunaan kata ganda mengikut jenis Jadual 10 menunjukan penggunaan kata ganda mengikut jenis dalam laman sosial Facebook. Merujuk jadual 10, terdapat 2 jenis penggandaan yang kerap digunakan di dalam laman sosial Facebook iaitu penggandaan penuh dan penggandaan separa. Namun, penggandaan ini tidak menepati ciri-ciri morfologi kerana tidak mempunyai ciri-ciri sebenar pergandaan. Sebagai contoh, pergandaan penuh diubah menjadi penggandaan separa seperti tiba-tiba yang bertukar menjadi tetiba. Penggandaan penuh juga tidak ditulis secara penuh yang hanya memperlihatkan penggunaan angka sebagai petunjuk penggandaan. Tamsilnya, mkn2 dan skolah2 yang mengikut ejaan bahasa melayu yang betul adalah makan-makan dan sekolah-sekolah. 22 8.0 RUMUSAN KAJIAN Rumusannya, kajian ini dapat mempamerkan penggunaan bahasa Melayu yang tidak mengikut ciri-ciri sebenar. Singkatan-singkatan yang dibuat ini juga mempunyai pelbagai kelemahan. Responden juga didapati mencampurkan pelbagai jenis variasi bahasa untuk menyingkatkan sesuatu perkataan. Dalam aspek morfologi pula,
  22. 22. hampir keseluruhan perkataan atau ayat di dalam bahasa singkatan laman sosial Facebook ini bercanggah dengan ciri-ciri morfologi sebenar. Bagi pelajar tingkatan 5, pelbagai impak akan terjadi sekiranya mereka tetap mengamalkan bahasa singkatan laman sosial Facebook ini. Tidak mustahil mereka akan terbawa-bawa bahasa ini sehingga ke dalam peperiksaan lantas menyebabkan kejatuhan martabat bahasa Melayu. Oleh itu, pihak-pihak berwajib perlu memaksimakan peranan mereka agar fenomena ini berjaya dihapuskan. 23 9.0 PENUTUP Sejajar denga perkembangan teknologi terkini, laman sosial sememangnya merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Namun, hukum bahasa juga perlu dititik beratkan agar kesucian bahasa ibunda kita terpelihara. Oleh itu, pelbagai kajian perlu dijalankan mengenai penggunaan bahasa singkatan laman sosial Facebook agar terhasilnya bahasa-bahasa laman sosial yang menepati ciri-ciri sebenar bahasa Melayu. Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat agar dapat menggunakan bahasa singkatan laman sosial Facebook dengan betul dan menepati hukum bahasa Melayu.
  23. 23. 24 BIBLIOGRAFI Buku Chong, G. T., Tee, C. S. & Ahmad, Z., 2009. Longman Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd. Karim, N. S., 2008. Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Karim, N. S. & Hashim, S., 2013. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 2. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.. Kridalaksana, H., 1996. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia Edisi Kedua. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Parsidi, A., 1992. Kamus Akronim, Inisialisme dan Singkatan. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti. Pustaka, D. B. d., 2008. Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS ) Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Winarno, A., 1991. Kamus Singkatan dan Akronim Baru dan Lama. Yogyarkarta: Kanisius. Bahan Internet Salleh, A., 2009. Tatabahasa : Morfologi Bahasa Melayu. Diakses pada 27 Julai 2013, daripada http://witra.blogspot.com/2009/01/sk-taman-bukit-mewah.html
  24. 24. 25 Lampiran 1 Senarai data teks yang dikutip daripada responden BIL Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook Bahasa Baku 1 Hari nih aku berbukak puasa berasaskan ayam.. hahaha. Hilang program daet tp yg penting tomyam mak oohhseem sedapnya.. Hari ini aku berbuka puasa makanan berasaskan ayam. Hahaha. Hilang keinginan untuk mengambil makanan seimbang tetapi yang penting tomyam mak sangat sedap. 2 Gudnyte all .. esok ada meting penting nak kena hadir. hahaha Selamat malam semua. Esok ada perjumpaan penting yang perlu hadir.hahaha 3 Jom gi bazaar tmn kote masai, spe nk join.. jom2. Slmt brbuka puasa kpda awq smua n skeluarga. Mari pergi bazar Taman Kota Masai. Siapa mahu ikut ? Mari-mari. Selamat berbuka puasa kepada awak semua dan keluarga. 4 Byk sehh topup aq.. time aq ade topup, die buzy,, x tau nak call sape,, si die off phone plak,, kalo x, memang x ar aq on9.. Banyak sungguh kredit prabayar aku. Ketika kredit prabayar aku banyak masa ni pula dia sibuk. Tak tahu mahu telefon siapa. Kalau tidak aku memang tidak mahu online. 5 Taiko sangat ke lu? Meh itu olang wa kasi bantai sama dia! Hebat sangat ke awak? Mari sini bergaduh dengan saya ! 6 Some fun tonite.. kepale nga semak! Sedikit hiburan malam ini. Kepala tengah pening. 7 Lu wat gua bikin pnas la dher… Awak buat saya marah ! 8 Bnyk comel kau pnye mke nak arahII aq! Amboi ! jangan suka-suka mahu arah orang lain. 9 Ohhh. Haha. Relaks brader Ohhh. Sabar abang. 10 Menu berbuka ari ni ialah chicken chop n air cikong ais. Yumm2 . #slamat berbuka puasa semua Menu berbuka hari ini ialah ‘Chicken Chop’ dan air cikong ais. Selamat berbuka puasa semua. 11 ‘perut oh perut’. Gua tahu luu tengah senakk. Lu relaks ahh skit, dah nak buka dah ni.’ Berbual dgn perut pon jadi. haha Perut oh perut, saya tahu awak tengah sakit. Awak sabar lah sekejap, dah nak buka puasa sebentar lagi. Berbual dengan perut pun boleh jadi. Haha. 12 Bro ada Nampak kerja sekolah gua x? hilang lah. Haha. Macam mnew nak buat nie Abang ada Nampak kerja sekolah saya tak? Hilang pula. Haha. Macam mana mahu buat ni? 13 Dia ajk aq p uma cikgu tp die ley k tmpat len Dia ajak aku pergi rumah cikgu tapi dia boleh pergi tempat lain pula. 14 Hahaha!!! Kantoi sudahh Hahaha!!! Kami sudah tahu. 15 Esok smua skola2 kt johor ditutup. Mknenye ujian geografi pun tkde laaa. Yesss! Esok semua sekolah-sekolah di Johor ditutup. Bermakna ujian geografi pun tiada. 16 K now sy study tol2. T result Ok. Sekarang saya belajar sungguh-
  25. 25. mesti gempak sungguh, nanti keputusan mesti 26 menakjubkan. 17 Jowm jln cri awex.. ari niey cuti lgi.. Mari jalan cari teman wanita. Hari ini cuti lagi. 18 Kdt xd, nk g kdai ujan.. cdey nye Kredit tiada, mahu ke kedai hujan pula. Sungguh sedih. 19 Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aq still okey. Tak de pape pun Walaupun ujian gerak gempur aku teruk, aku masih ok. Tiada apa-apa pun. 20 Hari-hari gado, nanti lelame aq benci jugak die tu Hari-hari bergaduh, nanti lama-lama aku benci dia. 21 Orait da nuck tito.. eh ta nuck off9 jewk.. k tata agan lpew shur Alright, sudah mahu tidur. Eh tak mahu offline je. Ok selamat tinggal jangan lupa sahur. 22 Lps exam td tetibe ada org menangis, knape tah? Lepas peperiksaan tadi tiba-tiba ada orang menangis, Kenapa entah? 23 Kol brape ni dh. Aq lom siap lg! habisss lahh Pukul berapa sekarang ini? Aku belum siap lagi ! Habis la. 24 Sy study, p slalu fail, hmmm nk g tuisen tk mampu. Saya belajar tapi selalu gagal. Hmmm mahu pergi tuisyen pula tidak mampu. 25 Bak kta ustz.. x gne pose lau x solt.. so buln pose ni setn x de..kita bolh brubah .. percye la.. Bak kata ustaz, tiada guna puasa kalau tidak solat. Jadi bulan puasa ini syaitan tiada. Kita bolehlah berubah. Percaya la. 26 Sy tak manje mcm pkwe awk semua. Hye hari jumaat Saya tidak manja seperti teman lelaki awak semua. Hai hari Jumaat. 27 mcm2 alasan yg diberikan. Aq cme nk thu knpe qo buat mcm tu. Klau qo tak nak pon jgn la buat mcm tu. Bgi thu saje . aq x marah. Terima kasih lah sbb dah buat mcm tu Pelbagai alasan yang diberi. Aku cuma mahu tahu mengapa kau buat macam itu. Kalau kau tak mahu sekali pun jangan la buat macam itu. Bagi tahu sahaja, Aku tidak marah. Terima Kasih kerana sudah buat begitu. 28 Adakah patut tuan e2 marahkan aku? Tidak ka dia tahu aku ne seorg yang comel? Hek3!. Storynya like this, aku sdh hantar quotation isnin lps tp no respon drp tuan e2. Tp td all of a sudden ketika diriku sdg berangan2 mjd org dia kol n aku bgtahu la tempahan sdh pn ditutup tp dia ckp pula aku pilih customer..aiks! Sapa faster dia dapat la kn. Why pla u angry2? Omaigot.. Tell me oi oi.. Who lives in the pineapple under the sea?? Patutkah tuan itu memarahi aku? Tidakah dia tahu bahawa aku seorang yang comel? Hek hek hek! Ceritanya begini, aku telah pun menghantar quotation pada isnin yang lepas tadi tiada maklum balas daripada dia. Tapi tadi tiba-tiba dia menelefon dan aku beri tahu bahawa tempahan sudah ditutup. Kemudian dia mengatakan bahawa aku memilih pelanggan. Siapa cepat dia dapat lah. 29 bulan pose ni aq belajr kurang masuk la....tapu insyallah pas pose aq akan bangkit,,,, “SALAM RAMADHAN 3 N SELAMAT Di bulan puasa ini aku belajar kurang faham. Tapi insyallah selepas puasa aku akan bangkit. Salam Ramadhan ke-3 dan selamat berbuka.
  26. 26. 27 BERBUKA” 30 Masa study agama,, topik mahar....ustazah ad kata yg, mahar itu @ mas kahwin y d beri lelaki kpd perempuan umpama kasih syg dy kt peremmpuan 2....so ag tinggi nilai mas kwin y dy bg, mkneny sgt syg la die kt perempuan 2.....so laky pd zaman skrg niew kne beruntung sbb dpt perempuan y zaman mahal mas kwin skrg niew....hahahaha.... Ketika belajar subjek agama islam, topik yang dipelajari adalah Mahar. Ustazah mengatakan bahawa mas kahwin yang diberi oleh lelaki kepada wanita umpama kasih saying mereka terhadap wanita tersebut. Jika nilai mas kahwin itu lagi tinggi bermakna lelaki tersebut sangat saying terhadapt wanita itu. Jadi, lelaki zaman sekarang beruntung kerana dapat perempuan yang mas kahwinya mahal. 31 Awk,, ajr sy dlm study boleh x? Awak ajar saya dalam pelajaran bpleh tak? 32 Yeahh. Hujan lebat #untung la ygkt umah bley tdo Yeahh. Hujan lebat. Untung bagi siapa yang di rumah boleh tidur. 33 belajar dulu baru bercinta tp sume owg nak rase cinta .. so belajar sambil bercinta . hati2 Belajar dahulu baru bercinta. Tapi semua orang ingin merasakan cinta. Jadi belajar sambil bercinta perlu berhati-hati. 34 Dh kenyang kn brbuka td? Ha? Pe ag . g la solat magrib . tggu pe ag Sudah kenyang berbuka tadi? Apa lagi, pergi solat Maghrib mahu tunggu apa lagi? 35 Mlm ni ade mkn2 kat ruma aku. Jemput dtg semua! Malam ini ada majlis di rumah aku. Semua dijemput hadir. 36 Johor Darul Takzim @JDT puok kawe tunggu puok mu. Gomo kelate gomo Johor Darul Takzim ? kumpulan saya akan menunggu kumpulan anda. Maju Kelantan Maju ! 37 Bru je bley jln Baru sahaja boleh berjalan. 38 Kalau kita sedih pun buat apa nak tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita bahagia dari tunjuk yang kita sedih gila Kalau kita sedih pun buat apa nak tunjuk. Kalau kita marah pun buat apa nak tunjuk yang kita marah . lebih baik kita tunjuk yang kita bahagia dari tunjuk yang kita sangat sedih. 39 Buat homework sambil dengar lagu rayoo Buat kerja sekolah sambil mendengar lagu raya. 40 Kejayaan kite tletak pada usaha sndiri. Kejayaan y baik i2 dtng dri kite sendiri. selagi kite berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan i2 terbentang luas di hadapan mata. So,, berusaha la bersungguh2 untuk mengapainya. Bukan hnye ngn angan2 kosong sahaja. Semua i2 terletak pada hati kita n kekuatan kite. Insyaallah jika kita mampu, allah akn mmpermudhkan sgala usaha kite. Ianya tidak akn kmane2. Kejayaan kita terletak pada usaha sendiri. Kejayaan yang baik itu datang dari kita sendiri. Selagi kita berusaha maka perjalanan untuk menuju kejayaan itu terbentang luas di hadapan mata. Jadi, berusaha bersungguh-sungguh untuk mengapainya. Bukan hanye ngn angan-angan kosong sahaja. Semua itu terletak pada hati kita dan kekuatan kita. Insyaallah jika kita mampu, Allah S.W.T akan mempermudahkan segala usaha kita. Ianya tidak akan ke mane-
  27. 27. aminn mana. Amin. 28 41 Exam mid-year  ambex report card  rombak kelas  audit total ,. Haisy banyak ny ,. Semua ny menakut arn ,. Rombak kelas + audit ,. Mieza taa naa turun kelas ,. Mieza rase mieza daa mule rapat n kowang-2 semue ,. Daa macam adeq beradeq ,. Balek lambat same-2, then solat zohor same2 ,. Study same-2 ,. Daa mcm dekat asrama arn ,. Hmm ,. Taa naa rombak kelas boleyh? ,. Nanti sape naa ajar mieza macam kowang? Perperiksaan pertengahan tahun  ambil kad penyata  rombakan kelas  Perubahan secara keseluruhan. Banyaknya, semua ini menakutkan. Rombak kelas+ audit, Mieza sudah merasakan seakan ingin turun kelas. Mieza rasa Mieza sudah mula rapat dengan semua seperti adik-beradik, pulang lewat bersama-sama, solat Zohor bersama-sama, belajar bersama-sama seakan-akan berada di asrama. Hmm, Boleh tak kalau tiada rombakan kelas? Nanti siapa mahu mengajar Mieza seperti kalian? 42 Budok2 tikatang lime tengoh serabok wok lake orr minggu depang ade pecubaang spm. Mase tu ah ade ari sukang . mase tu ah nok wak prekse. Muka sorang2 pe ge menda doh hoo . debo ngat mok hoo . macang ge nok prekse doh2 je. Mase bnyak agi eyy dang agi eyh kalu nok buleh 10A++ tuh.. dok soh beng wak bolok ngat ahh kang pa pital kang. Haha. Pentnya jd pelajar form 5! Cptlah hendaknye hbis form 5 nii Semua pelajar tingkatan 5 pening kerana minggu depan ada peperiksaan percubaan SPM. Masa itulah nak buat hari sukan. Masa tulah juga nak adakan peperiksaan. Semua bermimikkan muka kepenatan. Mungkin kerana gementar seperti sudah mahu menduduki periksa SPM sebenar. Banyak masa lagi perlu belajar kalau nak dapat 10A. Jangan terlalu pening nanti masuk hospital pula. Cepatlah habis tingkatan 5 ni. Penat jadi pelajar tingkatan 5. 43 aq nk tgk bola bleyy plak kdai mamak ny bkk crite do re mi plakk. Aku mahu menonton bola sepak tapi restoran mamak ini bukak cerita Do Re Mi pula. 44 Jage perut .. 2 je aq kne uat . parut dah ok. Dlm perut je belum Jaga perut itu sahaja aku perlu buat. Parut sudah sembuh, dalam perut sahaja belum. 45 Selamat petang all, bowink tol hari nie Selamat petang semua. Bosan sungguh hari ini. 46 Mesej ayah me : ayah akak takotlah sebab spm dh nk dekat Ayah : baguslah ade rse takot..bt yg terbaik tau..klu dpt straight A ayah bg hadiah Me : ok ayah inshaallah..akak bt yg terbaik.. *mudah2 an dapat straight A nnti ayh nk bagi hadiah!hehe.. Mesej daripada ayah Saya: Ayah, kakak takut kerana SPM bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Ayah: Bagus jika masih ada rasa takut. Buat yang terbaik dan jika kakak dapat semua A ayah akan beri hadiah. Saya: ok ayah, inshaallah akak akan lakukan yang terbaik. *Semoga mendapatkan A secara keseluruhan dan menerima hadiah dari
  28. 28. 29 ayah. 47 Kalau bole dalam bulan pose nhe , setiap hari nak pegi bazar yang lain2 , nak pegi semue bazar yang ade kat johor nhe, tapi rasenyee macam tk bole jerkk #Bazar Ramadhan Jika berkesempatan di dalam bulan puasa ini, setiap hari saya akan pergi di setiap bazar ramadhan yang terdapat di Johor. Tapi rasanya seperti tidak akan mendapat kesempatan ini. 48 Jiran aku buka lagu raya lha woi ! haihh mcm dh tk sabar betul nk raya ni Jiran aku mainkan lagu raya. Seperti tidak sabar mahu raya. 49 OMG. Tdi I kne ckap kat depn smue owg. Perghh. Gemuruh.. gementarr.. aq tdi da mcm owg kat Eskimo sebab sejuk gemuruh punya pasal. Xpi aq n geng x menang . sowy geng Oh My God. Tadi saya berucap depan semua orang. Sungguh gemuruh dan gementar. Aku tadi seperti orang di Eskimo kerana sejuk dan gemuruh, Tapi aku dan kawan tidak menang. Maafkan kami kawan. 50 Jauh dimata, dekat dihati. Saya tidur awal malam ni. Kaitan ? Jom mandi. #celaru Jauh di mata dekat di hati. Mala mini saya tidur awal. Kaitan? Mari mandi.
  29. 29. 30 Lampiran 2 Senarai perkataan yang digunakan di dalam kajian Perkataan asal Ejaan baku/maksud Perkataan asal Ejaan baku/maksud dpt dapat I2 itu mcm macam 2 tu sbb sebab Off9 offline bley boleh n and bkk buka p tapi nk nak g pergi jgn jangan y yang
  30. 30. jln jalan x tak tp tapi p pergi bole boleh k ke ari hari ni ini ujan hujan kol pukul da sudah lom belum angan jangan tonite tonight ta tak gudnyte good night umah rumah oohseem awesome lau kalau I I de ada u you pe apa topup top up gi pergi buzy busy tol betul respon response daet diet lelama lama-lama sedih gila terlalu sedih tetiba tiba-tiba 31
  31. 31. der abang memalam malam-malam awex teman wanita mkn2 makan-makan brader abang skolah2 sekolah-sekolah bro abang pkwe teman lelaki kantoi sesuatu perkara yang telah diketahui 32 k ok

×