SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
ESEI BERFOMAT
SEMESTER 2
PBS Tingkatan 6 - Esei berformat Syarahan

Soalan Contoh: Anda akan mewakili sekolah dalam
pertandingan syarahan anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
(PUSPANITA) di daerah anda. Tajuk syarahan itu ialah “Punca-punca Rakyat Tempatan Tidak
Berminat untuk Bekerja Sebagai Pembantu Rumah.” Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

Karangan ini ditulis oleh Mohd Azrin bin Salleh, 6 A3 SMK. BBST.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, para pelajar, dan hadirin sekalian,
assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada penganjur pertandingan ini. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang
bertajuk “Punca Rakyat Tempatan Tidak Berminat untuk Bekerja Sebagai Pembantu Rumah.”
Hadirin sekalian,
Kini, masyarakat tempatan memang tidak berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah.Kesan
daripada permasalahan ini menyebabkan pekerjaan sebagai pembantu rumah banyak dikuasai oleh
warga asing.Sebagai contohnya, pembantu rumah itu kebanyakannya berasal dari Indonesia,
Kampuchea, dan Filipina.Fenomena ini menyebabkan berlakunya pergantungan terhadap pembantu
rumah warga asing.Sebenarnya terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rakyat tempatan tidak
berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Satu daripada puncanya disebabkan oleh faktor gaji yang rendah. Gaji sebagai pembantu rumah
lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerjaan yang lain. Selain itu, gaji yang diterima oleh
pembantu rumah tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka.Oleh hal yang demikian,
masyarakat tempatan tidak tertarik untuk berkecimpung dalam bidang ini.Akibat daripada
permasalahan ini, majikan terpaksa menggunakan khidmat warga asing yang sanggup menerima gaji
yang rendah.Perkara ini membuktikan bahawa gaji yang rendah menyebabkan masyarakat tempatan
tidak mahu bekerja sebagai pembantu rumah.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Tahap pendidikan warga tempatan yang tinggi tidak menggalakkan mereka untuk menceburkan diri
dalam bidang ini.Hal ini demikian kerana tahap pendidikan masyarakat tempatan yang tinggi
membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik.Di negara ini, tahap pendidikan
masyarakat sekurang-kurangnya hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Oleh hal yang
demikian, masyarakat tempatan boleh memilih pekerjaan yang setaraf dengan tahap pendidikan
mereka daripada menjadi pembantu rumah.Mereka lebih suka untuk bekerja sebagai kerani atau
pembantu tadbir di sektor awam atau swasta daripada bekerja sebagai pembantu rumah.
Bertititik tolak daripada itu, persepsi negatif masyarakat turut menyebabkan masyarakat tempatan
tidak mahu menceburkan diri dalam bidang ini.Perkara ini disebabkan oleh masyarakat menganggap
bahawa pekerjaan sebagai pembantu rumah dianggap hina dan rendah statusnya.Selain itu,
mentaliti masyarakat negara kita hanya memandang ke arah pekerjaan yang bergaji tinggi. Oleh itu,
masyarakat tempatan berasa segan atau malu untuk bekerja sebagai pembantu rumah kerana takut
dipandang rendah oleh orang lain. Jelaslah bahawa persepsi negatif masyarakat merupakan salah
satu punca masyarakat tempatan tidak mahu bekerja sebagai pembantu rumah.
Di samping itu, pekerjaan sebagai pembantu rumah ini tidak menjamin masa depan yang
cerah. Hal ini demikian kerana pekerjaan ini kebiasaannya tidak dilaksanakan mengikut saluran
undang-undang buruh atau pekerja.Perkara ini menyebabkan orang gaji boleh diberhentikan pada
bila-bila masa oleh majikan.Selain itu, mereka juga tidak diberikan perlindungan insurans, caruman
KWSP, dan SOCSO. Hal ini tentunya akan menyebabkan masyarakat tempatan tidak berminat untuk
bekerja sebagai pembantu rumah.
Punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah pekerjaan ini memerlukan tahap
kesabaran yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana pembantu rumah harus melayan kerenah
majikan dan anak-anak majikan itu sendiri.Selain itu, pembantu rumah perlu melakukan kerja yang
banyak seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, dan sebagainya. Perkara ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai masa rehat yang cukup atau tiada masa untuk berehat
langsung. Oleh itu, jelaslah bahawa perkara ini menyebabkan warga tempatan tidak tertarik untuk
menjadi pembantu rumah.
Hadirin yang budiman,
Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai punca rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja
sebagai pembantu rumah.Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab haruslah bertindak
untuk menarik minat masyarakat tempatan untuk menceburi bidang ini.Pekerjaan sebagai
pembantu rumah ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang hina seperti anggapan masyarakat sebelum
ini.Pekerjaan ini juga halal di sisi agama jika semuanya dilakukan dengan betul dan mengikut saluran
undang-undang.Jadi, kita berharap agar masalah kekurangan pembantu rumah ini dapat diselesaikan
dengan segera untuk mengelakkan majikan yang memerlukannya menghadapi masalah yang lebih
serius. Selain itu, alternatif lain juga perlu difikirkan untuk mengelakkan kebergantungan terhadap
pembantu rumah.
Sekian sahaja syarahan saya kali ini.Terima kasih.
Labels: STPM Penggal 2

PBS STPM – Esei Berformat Laporan
Soalan: Sebagai Setiausaha Kelab Pencinta Bahasa, anda diminta untuk menyediakan laporan
tentang punca-punca masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat dan usaha-usaha
untuk menanganinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Esei ini ditulis oleh saudari Aine Maizatul bt. Mohd Khuzaini, Kelas 6 Atas 2, SMK.BBST.

Laporan tentang Punca-punca Masalah Pencemaran Bahasa dalam Kalangan Masyarakat
dan Usaha-usaha untuk Menanganinya

1.0 Pendahuluan
Masyarakat kita sering dicemari oleh pelbagai budaya negatif.Hal ini termasuklah juga pencemaran
bahasa yang semakin membimbangkan masyarakat. Pencemaran bahasa itu banyak dilakukan dalam
pertuturan seharian, tulisan, dan penggunaannya dalam media massa seperti radio, televisyen dan
iklan. Masalah ini telah memberikan impak negatif kepada negara.Oleh itu, suatu kajian telah
dilakukan oleh Kelab Pencinta Bahasa untuk mengenal pasti punca-punca terjadinya fenomena ini
dan usaha-usaha untuk menanganinya.Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi

: Datuk Dr. Muhammad Ali bin Abu

Naib Pengerusi : Datuk Haji Muskamal bin Mustafa
Setiausaha

: Cik Sandra Park

Bendahari

: Dr. Jannah binti Bahar

Ahli Jawatankuasa
1) Dr. Amir bin Hatin Ali
2) Tuan Haji Shazwan bin Jamaludin
3) Puan Shahanem binti Suratman

3.0 Punca-punca Masalah Pencemaran Bahasa
3.1 Kurang Pengetahuan tentang Peraturan Bahasa Melayu
Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah individu yang kurang pengetahuan tentang peraturan
bahasa Melayu adalah sangat tinggi.Hal ini demikian kerana sejak kecil lagi, individu-individu
berkenaan tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul.Sebagai contohnya,
mereka sentiasa didedahkan dengan penggunaan dialek negeri semasa berada di rumah.Hal ini
dapat dibuktikan melalui tinjauan di negeri-negeri di Pantai Timur yang kebanyakan penduduknya
lebih selesa bertutur dengan menggunakan dialek negeri masing-masing.

3.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Kajian juga mendapati bahawa pencemaran bahasa berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya.Pencemaran bahasa yang dimaksudkan ini bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan
“bahasa rojak” tetapi juga bahasa yang kurang sopan yang menjadi trend pada masa ini dalam
kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Perkara ini tidak sukar dielakkan kerana pada usia
remaja, mereka mudah terpengaruh dengan perkara-perkara atau fenomena baharu yang berlaku di
dalam dunia tanpa sempadan ini. Perkara ini tentunya amat membimbangkan masyarakat
umumnya.

4.0 Usaha-usaha untuk Menanganinya
4.1 Penggunaan Bahasa Melayu yang Betul oleh Media Massa
Penggunaan bahasa Melayu yang betul oleh media massa, contohnya televisyen, radio, internet, dan
sebagainya mampu untuk membantu masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Hal
ini demikian kerana media massa merupakan medium yang paling hampir dan mempunyai pengaruh
yang besar terhadap masyarakat. Oleh itu, pencemaran bahasa dapat ditangani dengan adanya
kerjasama antara pihak media dengan pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan bahasa
Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

4.2 Peranan Sistem Pendidikan atau Sekolah
Untuk menangani masalah ini, kerajaan haruslah memperluas penggunaan bahasa Melayu yang
betul dalam aspek pendidikan.Hal ini demikian kerana melalui aspek pendidikan, pengetahuan
tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat disemai dalam diri individu sejak mereka di
bangku sekolah lagi. Hal ini seterusnya akan memberikan impak positif dalam diri individu terbabit
apabila individu itu meningkat dewasa kelak. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sebati
dalam diri individu dapat mengurangkan pencemaran bahasa pada masa akan datang.

4.3 Menanam Nilai Patriotisme tentang Bahasa Melayu dalam Diri
Usaha lain yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini adalah dengan menanam nilai
patriotisme dalam diri individu. Nilai yang dimaksudkan tersebut ialah rasa cinta kepada bahasa,
bangsa, dan negara kita.Nilai ini boleh dilestarikan melalui kempen-kempen yang dianjurkan oleh
pihak kerajaan seperti kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”.Pihak berkuasa boleh memberikan
motivasi kepada masyarakat dengan mengambil negara Jepun sebagai contoh.Orang Jepun tetap
menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun negara mereka maju.Mereka amat bangga dengan
bahasa ibunda mereka. Impaknya, jika perkara yang sama berlaku di negara kita, pastinya masalah
pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat dapat ditangani dengan cepat dan berkesan.

5.0 Penutup
Kajian ini telah mengenal pasti beberapa punca berlakunya masalah pencemaran bahasa dalam
kalangan masyarakat.Punca-punca ini telah didikaji dan dianalisis dengan mendalam.Oleh itu,
beberapa usaha telah dicadangkan untuk menangani fenomena negatif yang semakin berleluasa ini.
Hal ini penting kerana jika masalah ini dapat ditangani, misi negara untuk menjadikan bahasa kita
sebagai bahasa yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang pendidikan dan
perniagaan akan menjadi kenyataan. Perkara ini seterusnya akan mengharumkan nama Malaysia di
mata dunia.

Laporan disediakan oleh,

Sandra
(SANDRA PARK)
Setiausaha
Kelab Pencinta Bahasa Daerah Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

Labels: STPM Penggal 2

PBS BM STPM 2013 - Penulisan Esei Berformat (910/4)

16 Januari 2013
Pelajar Tingkatan 6 Penggal 2 yang akan menyambung persekolahan pada 2 Januari 2013 nanti perlu
menyempurnakan PBS ini dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Pelajar perlu menulis
kesemua esei berformat itu di dalam kelas selepas guru membincangkan formatnya. Esei berformat
itu akan disemak dan dinilai oleh guru dan markahnya akan dihantar kepada pihak MPM melalui
talian internet. Format karangan yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.

1.

Laporan

2.

Syarahan

3.

Ceramah

4.

Teks Ucapan
5.

Memorandum

6.

Minit Mesyuarat

7.

Kertas Cadangan

8.

Surat Kiriman Rasmi

Kertas Penulisan Esei Berformat STPM 910/4 (Penggal 2)
1 Penulisan esei berformat (910/4) ini merupakan satu daripada dua kerja kursus yang wajib
dilaksanakan oleh para pelajar. (Satu kerja kursus lagi ialah penulisan esei ilmiah dalam Penggal 3.)
2 Kegagalan pelajar menghantar esei berformat ini pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan
pelajar gagal dalam Kertas 910 Bahasa Melayu.
3 Dalam konteks penulisan esei berformat, kerja kursus ini perlu dilaksanakan oleh para pelajar
semasa mereka berada di Penggal 2.
4 Kerja kursus ini perlu dilaksanakan secara individu (bukan secara berkumpulan seperti penulisan
esei ilmiah) berdasarkan tajuk soalan yang diberikan oleh guru.
5
Pelajar dikehendaki untuk menulis kesemua esei berformat ini dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu.
6 Kelapan-lapan esei itu akan disemak dan dinilai oleh guru dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
Markahnya akan dihantar kepada pihak MPM supaya dapat dijumlahkan dengan markah
peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh MPM bagi menentukan gred mata pelajaran dan
Purata Nilai Gred Keseluruhan.
7 Dalam peperiksaan STPM baharu, penulisan esei berformat ini dikemukakan sebagai Kertas 4
dengan kod kertasnya ialah 910/4.
8 Pelajar akan diminta supaya menulis setiap esei berformat yang panjangnya antara 600 hingga
650 patah perkataan, kecuali surat kiriman rasmi yang menghendaki pelajar menulis tidak kurang
daripada 250 patah perkataan.
9

25 markah diperuntukkan untuk setiap esei berformat itu.

10

Tujuan penilaian esei berformat ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat:

(a) menulis esei mengikut bentuk format yang dikehendaki;
(b) mengembangkan isi secara tersusun, padat, dan meyakinkan supaya terhasil sebuah wacana
yang utuh;
(c) menghasilkan esei yang isinya menepati tajuk dengan menggunakan bahasa yang lancar dan
berkesan.

Strategi untuk Menulis Esei Berformat
1

Fahami arahan dan kehendak soalan dengan sebaik-baiknya.

2 Baca soalan esei yang dikemukakan dengan teliti, kemudian kenal pasti isu dan format soalan
itu.
3 Setiap isi perlu dihuraikan dengan baik. Calon-calon tidak sepatutnya menghadapi masalah untuk
mematuhi apa-apa format pun yang dikehendaki dalam soalan kerana guru akan memberikan
pendedahan dan bimbingan kepada mereka.
4

Sediakan lima hingga enam isi bagi setiap soalan esei berformat.

5 Sekiranya calon mampu untuk menghuraikan setiap isi dengan mendalam, empat isi dikira
sudah mencukupi kerana panjangnya esei itu kelak pasti akan mencapai 600 hingga 650 patah
perkataan.
6 Bagi calon yang lemah dalam mengolah setiap isi, empat isi tidak mencukupi kerana dibimbangi
bahawa panjangnya esei itu kelak tidak akan mencapai jumlah 600 patah perkataan.
7

Oleh itu, calon harus menambah satu isi lagi untuk memanjangkan karangan.

8 Selepas selesai menulis esei, semaklah kerelevanan setiap isi dengan isu yang dikehendaki dalam
soalan. Semak setiap perkataan dan ejaannya serta penggunaan penanda wacana yang betul dan
sesuai.Pastikan tidak ada kesalahan tatabahasa dalam esei yang ditulis.

Kriteria Penilaian
1 Penulisan esei berformat dinilai berdasarkan beberapa aspek, iaitu aspek kerelevanan,
pengolahan, dan bahasa iaitu sama seperti karangan tidak berformat, cuma bezanya dari segi format
dan jumlah markah sahaja.
2 Penilaian dari segi kerelevanan ini melibatkan bahagian pendahuluan, isi, dan penutup. Hal ini
bermaksud bahawa pendahuluan, isi, dan penutup karangan yang ditulis haruslah relevan dengan
tajuk yang diberikan.
3 Penilaian dari aspek pengolahan pula melibatkan keupayaan calon mengolah esei berdasarkan:
(a) kesepaduan esei; dan
(b) binaan karangan.
4

Dari segi kesepaduan esei, (kohesi dan koheren) aspek yang akan dikenal pasti ialah:

(a) jalinan isi dengan huraian;
(b) jalinan isi dengan isi;
(c) jalinan perenggan dengan perenggan; dan
(d) jalinan ayat dengan ayat.
5 Dari segi binaan karangan pula, penilaian akan dibuat mengikut binaan penulisan esei, iaitu
pendahuluan, isi, dan penutup.
6
i.

Penilaian dari segi bahasa dibuat berdasarkan penggunaan:
diksi/pemilihan kata – melibatkan penggunaan kata umum, istilah, dan peribahasa,
ii.

tatabahasa – melibatkan penggunaan sintaksis (frasa dan ayat) dan morfologi (imbuhan,

kata ganda, dan kata majmuk), dan
iii. mekanis – melibatkan aspek ejaan dan tanda baca.

7 Bagi dua esei berformat yang baharu iaitu kertas cadangan dan minit mesyuarat, kriteria
penilaiannya agak berbeza sedikit dan calon-calon perlu mendapatkan panduan itu daripada portal
MPM. Pihak MPM telah memuat naik panduan tersebut pada 19 Disember 2012 yang lalu.

Soalan Latihan Rumusan STPM - Sistem Terminal
Soalan Rumusan - Peperiksaan Percubaan STPM Negeri Perak 2012

Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa
menjejaskan isi kandungannya.Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih
daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan.Jumlah perkataan
dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.
[20 markah]

Berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil produk tumbuhan herba pada peringkat
domestik dan global, industri herba dan aromatik di Malaysia dilihat mempunyai potensi untuk
merangsang ekonomi negara.Pada tahun 2009, data menunjukkan bahawa nilai pasaran hasil produk
tumbuhan herba tempatan mencatatkan jumlah RM9 bilion setahun.Sementara itu, pasaran produk
berasaskan herba tidak perlu dikhuatiri kerana wujudnya arah aliran dalam kalangan masyarakat
berpendidikan tinggi yang sudah mula mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi
berbanding dengan produk yang mengandungi bahan kimia.
Tumbuhan herba yang tumbuh subur di hutan Khatulistiwa di Malaysia sememangnya dapat
dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan negara. Sekali gus sektor ini mampu
memberikan pulangan yang lumayan sehingga berbilion-bilion ringgit setahun sekiranya usaha dan
kaedah tanaman secara komersial dilakukan dengan betul.
Sehubungan dengan hal itu, industri herba dan aromatik juga berpotensi untuk menjadi sumber
komoditi baharu negara selain kelapa sawit, bijih timah, koko, getah, dan minyak mentah.Hutan di
negara ini menyimpan segala jenis herba, iaitu tumbuh-tumbuhan yang kini khasiatnya dikaji untuk
manfaat manusia sebagai makanan dan ubat-ubatan.Usaha untuk menjadikan tumbuhan herba
sebagai dimensi baharu komoditi negara bukanlah suatu hal yang mustahil untuk dicapai,
memandangkan Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia dengan memiliki hutan yang
mengandungi lebih daripada 20 ribu spesies tumbuhan. Lebih membanggakan kita daripada jumlah
tersebut, kira-kira 2000 spesies telah didokumentasikan sebagai tumbuhan ubat-ubatan, sekali gus
berfungsi sebagai stor simpanan yang mengandungi bahan herba bernilai untuk diproses menjadi
produk penjagaan kesihatan.
Selari dengan perubahan gaya hidup masyarakat dunia dan keperluan industri makanan, perusahaan
tumbuhan herba berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada peladang dan
petani. Sektor ini menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penghasilan
sesetengah tanaman tradisi lain yang banyak diusahakan oleh petani atau pekebun kecil di luar
bandar.
Pasaran bagi produk herba yang meningkat berkali-kali ganda, sudah tentu memberikan jaminan
yang lebih kukuh kepada peserta dalam industri ini untuk lebih berdaya saing bagi memenuhi
permintaan pengguna.Malaysia juga tidak terkecuali daripada dilanda arus perkembangan
perubatan tradisional dunia. Nilai import produk herba dan aromatik serta pasaran makanan
kesihatan turut menunjukkan peningkatan. Peningkatan permintaan tersebut sangat berkait rapat
dengan faktor tumbuhan herba yang digunakan secara meluas dalam produk, seperti perubatan
tradisional, penghasilan bahan kimia tulen dalam ubat-ubatan, dan ekstrak yang mengandungi
bahan aktif.Selain itu, hasil tumbuhan herba juga digunakan dalam industri makanan, minuman,
perisa, kosmetik, bahan pencuci, kemasan diri, penambahan diet serta wangi-wangian.
Di Malaysia, kepelbagaian biologi flora dan fauna mampu menjadi pemangkin ke arah kemajuan
industri herba tempatan dan seterusnya merealisasikan kewujudannya sebagai komoditi baharu
untuk memacu ekonomi negara agar lebih mapan. Perkembangan maklumat mengenai kepelbagaian
khasiat tumbuhan herba menjadi faktor penarik dalam kalangan saintis Barat untuk melakukan
penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang berkaitan dengan tumbuhan itu, seterusnya
mengusahakannya secara komersial.Oleh hal yang demikian, 80 peratus daripada pasaran domestik
produk tumbuhan herba dan aromatik itu datangnya dari luar kerana peserta asing dalam industri ini
mempunyai bahan mentah yang lebih berkualiti melalui P&P yang dijalankan.
Saintis Barat yang lebih pantas mengorak langkah untuk mengaut keuntungan daripada sektor ini
menyedari bahawa penggunaan tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan kurang memberikan kesan
sampingan berbanding dengan penggunaan ubat moden. Oleh sebab itu, pengguna yang semakin
peka dengan aspek kesihatan dan kecantikan, lebih cenderung untuk memilih produk yang
berasaskan herba dan aromatik kerana faktor risiko yang rendah, di samping aspek keberkesanannya
yang lebih terjamin.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Ekonomi, September 2011)

More Related Content

What's hot

Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Khairuddin Nisa
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
haralhaj
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Jimmy Mogolid
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
midiewahab
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
kyoryo
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
haralhaj
 

What's hot (20)

Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Penulisan karangan
Penulisan karanganPenulisan karangan
Penulisan karangan
 
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMIESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah DiaKesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
Kesusasteraan Melayu Komunikatif- Sajak Pahlawan Ialah Dia
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
 
Geografi lembangan saliran
Geografi lembangan saliranGeografi lembangan saliran
Geografi lembangan saliran
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaBahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIAKuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
 

Viewers also liked

51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasa51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasa
syanis_72
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
amranaziz67
 
Latihan karangan 1
Latihan karangan 1Latihan karangan 1
Latihan karangan 1
gmurugian
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Atie Duckling
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
Normarjana Ibrahim
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Wendy Lim Siew
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Linda Zain
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
shafikah zakaria
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
Nur Afifa
 

Viewers also liked (20)

Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani
Pencemaran Bahasa by Intan NurhazwaniPencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani
Pencemaran Bahasa by Intan Nurhazwani
 
51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasa51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasa
 
Masalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaMasalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasa
 
Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Peperiksaan akhir tahun bm
Peperiksaan akhir tahun bmPeperiksaan akhir tahun bm
Peperiksaan akhir tahun bm
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Latihan karangan 1
Latihan karangan 1Latihan karangan 1
Latihan karangan 1
 
Karangan yg siap
Karangan yg siapKarangan yg siap
Karangan yg siap
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Kertas konsep guru penyayang
Kertas konsep guru penyayangKertas konsep guru penyayang
Kertas konsep guru penyayang
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
 
GBM1103 : Ceramah dan Syarahan
GBM1103 : Ceramah dan SyarahanGBM1103 : Ceramah dan Syarahan
GBM1103 : Ceramah dan Syarahan
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
contoh rph kssr bm tahun 5
contoh rph kssr bm tahun 5contoh rph kssr bm tahun 5
contoh rph kssr bm tahun 5
 

Similar to Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2

Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Junidah Sukiman
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
PRA-UNIVERSITY
 
Langkah untuk menyemai sikap prihatin
Langkah untuk menyemai sikap prihatinLangkah untuk menyemai sikap prihatin
Langkah untuk menyemai sikap prihatin
Izham Ghazi
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
An Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
An Hawa
 

Similar to Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2 (20)

Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Perenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda WacanaPerenggan Dengan Penanda Wacana
Perenggan Dengan Penanda Wacana
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
 
393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan
 
bm karangan 3.docx
bm karangan 3.docxbm karangan 3.docx
bm karangan 3.docx
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan lat
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
 
Langkah untuk menyemai sikap prihatin
Langkah untuk menyemai sikap prihatinLangkah untuk menyemai sikap prihatin
Langkah untuk menyemai sikap prihatin
 
Pidato Di Raja
Pidato  Di  RajaPidato  Di  Raja
Pidato Di Raja
 
Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Buli 1
Buli 1Buli 1
Buli 1
 
6 pancasila menjadi sistem etika
6 pancasila menjadi sistem etika6 pancasila menjadi sistem etika
6 pancasila menjadi sistem etika
 
Kondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di IndonesiaKondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di Indonesia
 
CONTOH PPT PEMUDA PELOPOR
CONTOH PPT PEMUDA PELOPORCONTOH PPT PEMUDA PELOPOR
CONTOH PPT PEMUDA PELOPOR
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 

Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2

  • 1. ESEI BERFOMAT SEMESTER 2 PBS Tingkatan 6 - Esei berformat Syarahan Soalan Contoh: Anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) di daerah anda. Tajuk syarahan itu ialah “Punca-punca Rakyat Tempatan Tidak Berminat untuk Bekerja Sebagai Pembantu Rumah.” Sediakan teks syarahan itu selengkapnya. Karangan ini ditulis oleh Mohd Azrin bin Salleh, 6 A3 SMK. BBST. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, para pelajar, dan hadirin sekalian, assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur pertandingan ini. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Punca Rakyat Tempatan Tidak Berminat untuk Bekerja Sebagai Pembantu Rumah.” Hadirin sekalian, Kini, masyarakat tempatan memang tidak berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah.Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan pekerjaan sebagai pembantu rumah banyak dikuasai oleh warga asing.Sebagai contohnya, pembantu rumah itu kebanyakannya berasal dari Indonesia, Kampuchea, dan Filipina.Fenomena ini menyebabkan berlakunya pergantungan terhadap pembantu rumah warga asing.Sebenarnya terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Satu daripada puncanya disebabkan oleh faktor gaji yang rendah. Gaji sebagai pembantu rumah lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerjaan yang lain. Selain itu, gaji yang diterima oleh pembantu rumah tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka.Oleh hal yang demikian, masyarakat tempatan tidak tertarik untuk berkecimpung dalam bidang ini.Akibat daripada permasalahan ini, majikan terpaksa menggunakan khidmat warga asing yang sanggup menerima gaji yang rendah.Perkara ini membuktikan bahawa gaji yang rendah menyebabkan masyarakat tempatan tidak mahu bekerja sebagai pembantu rumah. Hadirin yang dikasihi sekalian, Tahap pendidikan warga tempatan yang tinggi tidak menggalakkan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang ini.Hal ini demikian kerana tahap pendidikan masyarakat tempatan yang tinggi membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik.Di negara ini, tahap pendidikan masyarakat sekurang-kurangnya hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Oleh hal yang demikian, masyarakat tempatan boleh memilih pekerjaan yang setaraf dengan tahap pendidikan
  • 2. mereka daripada menjadi pembantu rumah.Mereka lebih suka untuk bekerja sebagai kerani atau pembantu tadbir di sektor awam atau swasta daripada bekerja sebagai pembantu rumah. Bertititik tolak daripada itu, persepsi negatif masyarakat turut menyebabkan masyarakat tempatan tidak mahu menceburkan diri dalam bidang ini.Perkara ini disebabkan oleh masyarakat menganggap bahawa pekerjaan sebagai pembantu rumah dianggap hina dan rendah statusnya.Selain itu, mentaliti masyarakat negara kita hanya memandang ke arah pekerjaan yang bergaji tinggi. Oleh itu, masyarakat tempatan berasa segan atau malu untuk bekerja sebagai pembantu rumah kerana takut dipandang rendah oleh orang lain. Jelaslah bahawa persepsi negatif masyarakat merupakan salah satu punca masyarakat tempatan tidak mahu bekerja sebagai pembantu rumah. Di samping itu, pekerjaan sebagai pembantu rumah ini tidak menjamin masa depan yang cerah. Hal ini demikian kerana pekerjaan ini kebiasaannya tidak dilaksanakan mengikut saluran undang-undang buruh atau pekerja.Perkara ini menyebabkan orang gaji boleh diberhentikan pada bila-bila masa oleh majikan.Selain itu, mereka juga tidak diberikan perlindungan insurans, caruman KWSP, dan SOCSO. Hal ini tentunya akan menyebabkan masyarakat tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah pekerjaan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana pembantu rumah harus melayan kerenah majikan dan anak-anak majikan itu sendiri.Selain itu, pembantu rumah perlu melakukan kerja yang banyak seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa rehat yang cukup atau tiada masa untuk berehat langsung. Oleh itu, jelaslah bahawa perkara ini menyebabkan warga tempatan tidak tertarik untuk menjadi pembantu rumah. Hadirin yang budiman, Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai punca rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah.Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab haruslah bertindak untuk menarik minat masyarakat tempatan untuk menceburi bidang ini.Pekerjaan sebagai pembantu rumah ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang hina seperti anggapan masyarakat sebelum ini.Pekerjaan ini juga halal di sisi agama jika semuanya dilakukan dengan betul dan mengikut saluran undang-undang.Jadi, kita berharap agar masalah kekurangan pembantu rumah ini dapat diselesaikan dengan segera untuk mengelakkan majikan yang memerlukannya menghadapi masalah yang lebih serius. Selain itu, alternatif lain juga perlu difikirkan untuk mengelakkan kebergantungan terhadap pembantu rumah. Sekian sahaja syarahan saya kali ini.Terima kasih. Labels: STPM Penggal 2 PBS STPM – Esei Berformat Laporan
  • 3. Soalan: Sebagai Setiausaha Kelab Pencinta Bahasa, anda diminta untuk menyediakan laporan tentang punca-punca masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat dan usaha-usaha untuk menanganinya. Sediakan laporan itu selengkapnya. Esei ini ditulis oleh saudari Aine Maizatul bt. Mohd Khuzaini, Kelas 6 Atas 2, SMK.BBST. Laporan tentang Punca-punca Masalah Pencemaran Bahasa dalam Kalangan Masyarakat dan Usaha-usaha untuk Menanganinya 1.0 Pendahuluan Masyarakat kita sering dicemari oleh pelbagai budaya negatif.Hal ini termasuklah juga pencemaran bahasa yang semakin membimbangkan masyarakat. Pencemaran bahasa itu banyak dilakukan dalam pertuturan seharian, tulisan, dan penggunaannya dalam media massa seperti radio, televisyen dan iklan. Masalah ini telah memberikan impak negatif kepada negara.Oleh itu, suatu kajian telah dilakukan oleh Kelab Pencinta Bahasa untuk mengenal pasti punca-punca terjadinya fenomena ini dan usaha-usaha untuk menanganinya.Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut. 2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pengerusi : Datuk Dr. Muhammad Ali bin Abu Naib Pengerusi : Datuk Haji Muskamal bin Mustafa Setiausaha : Cik Sandra Park Bendahari : Dr. Jannah binti Bahar Ahli Jawatankuasa 1) Dr. Amir bin Hatin Ali 2) Tuan Haji Shazwan bin Jamaludin 3) Puan Shahanem binti Suratman 3.0 Punca-punca Masalah Pencemaran Bahasa
  • 4. 3.1 Kurang Pengetahuan tentang Peraturan Bahasa Melayu Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah individu yang kurang pengetahuan tentang peraturan bahasa Melayu adalah sangat tinggi.Hal ini demikian kerana sejak kecil lagi, individu-individu berkenaan tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul.Sebagai contohnya, mereka sentiasa didedahkan dengan penggunaan dialek negeri semasa berada di rumah.Hal ini dapat dibuktikan melalui tinjauan di negeri-negeri di Pantai Timur yang kebanyakan penduduknya lebih selesa bertutur dengan menggunakan dialek negeri masing-masing. 3.2 Pengaruh Rakan Sebaya Kajian juga mendapati bahawa pencemaran bahasa berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Pencemaran bahasa yang dimaksudkan ini bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan “bahasa rojak” tetapi juga bahasa yang kurang sopan yang menjadi trend pada masa ini dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Perkara ini tidak sukar dielakkan kerana pada usia remaja, mereka mudah terpengaruh dengan perkara-perkara atau fenomena baharu yang berlaku di dalam dunia tanpa sempadan ini. Perkara ini tentunya amat membimbangkan masyarakat umumnya. 4.0 Usaha-usaha untuk Menanganinya 4.1 Penggunaan Bahasa Melayu yang Betul oleh Media Massa Penggunaan bahasa Melayu yang betul oleh media massa, contohnya televisyen, radio, internet, dan sebagainya mampu untuk membantu masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Hal ini demikian kerana media massa merupakan medium yang paling hampir dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Oleh itu, pencemaran bahasa dapat ditangani dengan adanya kerjasama antara pihak media dengan pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 4.2 Peranan Sistem Pendidikan atau Sekolah Untuk menangani masalah ini, kerajaan haruslah memperluas penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam aspek pendidikan.Hal ini demikian kerana melalui aspek pendidikan, pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat disemai dalam diri individu sejak mereka di bangku sekolah lagi. Hal ini seterusnya akan memberikan impak positif dalam diri individu terbabit apabila individu itu meningkat dewasa kelak. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sebati dalam diri individu dapat mengurangkan pencemaran bahasa pada masa akan datang. 4.3 Menanam Nilai Patriotisme tentang Bahasa Melayu dalam Diri
  • 5. Usaha lain yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini adalah dengan menanam nilai patriotisme dalam diri individu. Nilai yang dimaksudkan tersebut ialah rasa cinta kepada bahasa, bangsa, dan negara kita.Nilai ini boleh dilestarikan melalui kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”.Pihak berkuasa boleh memberikan motivasi kepada masyarakat dengan mengambil negara Jepun sebagai contoh.Orang Jepun tetap menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun negara mereka maju.Mereka amat bangga dengan bahasa ibunda mereka. Impaknya, jika perkara yang sama berlaku di negara kita, pastinya masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat dapat ditangani dengan cepat dan berkesan. 5.0 Penutup Kajian ini telah mengenal pasti beberapa punca berlakunya masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat.Punca-punca ini telah didikaji dan dianalisis dengan mendalam.Oleh itu, beberapa usaha telah dicadangkan untuk menangani fenomena negatif yang semakin berleluasa ini. Hal ini penting kerana jika masalah ini dapat ditangani, misi negara untuk menjadikan bahasa kita sebagai bahasa yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan akan menjadi kenyataan. Perkara ini seterusnya akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Laporan disediakan oleh, Sandra (SANDRA PARK) Setiausaha Kelab Pencinta Bahasa Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Labels: STPM Penggal 2 PBS BM STPM 2013 - Penulisan Esei Berformat (910/4) 16 Januari 2013
  • 6. Pelajar Tingkatan 6 Penggal 2 yang akan menyambung persekolahan pada 2 Januari 2013 nanti perlu menyempurnakan PBS ini dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Pelajar perlu menulis kesemua esei berformat itu di dalam kelas selepas guru membincangkan formatnya. Esei berformat itu akan disemak dan dinilai oleh guru dan markahnya akan dihantar kepada pihak MPM melalui talian internet. Format karangan yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut. 1. Laporan 2. Syarahan 3. Ceramah 4. Teks Ucapan 5. Memorandum 6. Minit Mesyuarat 7. Kertas Cadangan 8. Surat Kiriman Rasmi Kertas Penulisan Esei Berformat STPM 910/4 (Penggal 2) 1 Penulisan esei berformat (910/4) ini merupakan satu daripada dua kerja kursus yang wajib dilaksanakan oleh para pelajar. (Satu kerja kursus lagi ialah penulisan esei ilmiah dalam Penggal 3.) 2 Kegagalan pelajar menghantar esei berformat ini pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan pelajar gagal dalam Kertas 910 Bahasa Melayu. 3 Dalam konteks penulisan esei berformat, kerja kursus ini perlu dilaksanakan oleh para pelajar semasa mereka berada di Penggal 2. 4 Kerja kursus ini perlu dilaksanakan secara individu (bukan secara berkumpulan seperti penulisan esei ilmiah) berdasarkan tajuk soalan yang diberikan oleh guru. 5 Pelajar dikehendaki untuk menulis kesemua esei berformat ini dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu. 6 Kelapan-lapan esei itu akan disemak dan dinilai oleh guru dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Markahnya akan dihantar kepada pihak MPM supaya dapat dijumlahkan dengan markah peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh MPM bagi menentukan gred mata pelajaran dan Purata Nilai Gred Keseluruhan. 7 Dalam peperiksaan STPM baharu, penulisan esei berformat ini dikemukakan sebagai Kertas 4 dengan kod kertasnya ialah 910/4.
  • 7. 8 Pelajar akan diminta supaya menulis setiap esei berformat yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan, kecuali surat kiriman rasmi yang menghendaki pelajar menulis tidak kurang daripada 250 patah perkataan. 9 25 markah diperuntukkan untuk setiap esei berformat itu. 10 Tujuan penilaian esei berformat ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat: (a) menulis esei mengikut bentuk format yang dikehendaki; (b) mengembangkan isi secara tersusun, padat, dan meyakinkan supaya terhasil sebuah wacana yang utuh; (c) menghasilkan esei yang isinya menepati tajuk dengan menggunakan bahasa yang lancar dan berkesan. Strategi untuk Menulis Esei Berformat 1 Fahami arahan dan kehendak soalan dengan sebaik-baiknya. 2 Baca soalan esei yang dikemukakan dengan teliti, kemudian kenal pasti isu dan format soalan itu. 3 Setiap isi perlu dihuraikan dengan baik. Calon-calon tidak sepatutnya menghadapi masalah untuk mematuhi apa-apa format pun yang dikehendaki dalam soalan kerana guru akan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada mereka. 4 Sediakan lima hingga enam isi bagi setiap soalan esei berformat. 5 Sekiranya calon mampu untuk menghuraikan setiap isi dengan mendalam, empat isi dikira sudah mencukupi kerana panjangnya esei itu kelak pasti akan mencapai 600 hingga 650 patah perkataan. 6 Bagi calon yang lemah dalam mengolah setiap isi, empat isi tidak mencukupi kerana dibimbangi bahawa panjangnya esei itu kelak tidak akan mencapai jumlah 600 patah perkataan. 7 Oleh itu, calon harus menambah satu isi lagi untuk memanjangkan karangan. 8 Selepas selesai menulis esei, semaklah kerelevanan setiap isi dengan isu yang dikehendaki dalam soalan. Semak setiap perkataan dan ejaannya serta penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai.Pastikan tidak ada kesalahan tatabahasa dalam esei yang ditulis. Kriteria Penilaian 1 Penulisan esei berformat dinilai berdasarkan beberapa aspek, iaitu aspek kerelevanan, pengolahan, dan bahasa iaitu sama seperti karangan tidak berformat, cuma bezanya dari segi format dan jumlah markah sahaja.
  • 8. 2 Penilaian dari segi kerelevanan ini melibatkan bahagian pendahuluan, isi, dan penutup. Hal ini bermaksud bahawa pendahuluan, isi, dan penutup karangan yang ditulis haruslah relevan dengan tajuk yang diberikan. 3 Penilaian dari aspek pengolahan pula melibatkan keupayaan calon mengolah esei berdasarkan: (a) kesepaduan esei; dan (b) binaan karangan. 4 Dari segi kesepaduan esei, (kohesi dan koheren) aspek yang akan dikenal pasti ialah: (a) jalinan isi dengan huraian; (b) jalinan isi dengan isi; (c) jalinan perenggan dengan perenggan; dan (d) jalinan ayat dengan ayat. 5 Dari segi binaan karangan pula, penilaian akan dibuat mengikut binaan penulisan esei, iaitu pendahuluan, isi, dan penutup. 6 i. Penilaian dari segi bahasa dibuat berdasarkan penggunaan: diksi/pemilihan kata – melibatkan penggunaan kata umum, istilah, dan peribahasa, ii. tatabahasa – melibatkan penggunaan sintaksis (frasa dan ayat) dan morfologi (imbuhan, kata ganda, dan kata majmuk), dan iii. mekanis – melibatkan aspek ejaan dan tanda baca. 7 Bagi dua esei berformat yang baharu iaitu kertas cadangan dan minit mesyuarat, kriteria penilaiannya agak berbeza sedikit dan calon-calon perlu mendapatkan panduan itu daripada portal MPM. Pihak MPM telah memuat naik panduan tersebut pada 19 Disember 2012 yang lalu. Soalan Latihan Rumusan STPM - Sistem Terminal
  • 9. Soalan Rumusan - Peperiksaan Percubaan STPM Negeri Perak 2012 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya.Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan.Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20 markah] Berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil produk tumbuhan herba pada peringkat domestik dan global, industri herba dan aromatik di Malaysia dilihat mempunyai potensi untuk merangsang ekonomi negara.Pada tahun 2009, data menunjukkan bahawa nilai pasaran hasil produk tumbuhan herba tempatan mencatatkan jumlah RM9 bilion setahun.Sementara itu, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dikhuatiri kerana wujudnya arah aliran dalam kalangan masyarakat berpendidikan tinggi yang sudah mula mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi berbanding dengan produk yang mengandungi bahan kimia. Tumbuhan herba yang tumbuh subur di hutan Khatulistiwa di Malaysia sememangnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan negara. Sekali gus sektor ini mampu memberikan pulangan yang lumayan sehingga berbilion-bilion ringgit setahun sekiranya usaha dan kaedah tanaman secara komersial dilakukan dengan betul. Sehubungan dengan hal itu, industri herba dan aromatik juga berpotensi untuk menjadi sumber komoditi baharu negara selain kelapa sawit, bijih timah, koko, getah, dan minyak mentah.Hutan di negara ini menyimpan segala jenis herba, iaitu tumbuh-tumbuhan yang kini khasiatnya dikaji untuk manfaat manusia sebagai makanan dan ubat-ubatan.Usaha untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai dimensi baharu komoditi negara bukanlah suatu hal yang mustahil untuk dicapai, memandangkan Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia dengan memiliki hutan yang mengandungi lebih daripada 20 ribu spesies tumbuhan. Lebih membanggakan kita daripada jumlah tersebut, kira-kira 2000 spesies telah didokumentasikan sebagai tumbuhan ubat-ubatan, sekali gus berfungsi sebagai stor simpanan yang mengandungi bahan herba bernilai untuk diproses menjadi produk penjagaan kesihatan. Selari dengan perubahan gaya hidup masyarakat dunia dan keperluan industri makanan, perusahaan tumbuhan herba berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada peladang dan petani. Sektor ini menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penghasilan sesetengah tanaman tradisi lain yang banyak diusahakan oleh petani atau pekebun kecil di luar bandar. Pasaran bagi produk herba yang meningkat berkali-kali ganda, sudah tentu memberikan jaminan yang lebih kukuh kepada peserta dalam industri ini untuk lebih berdaya saing bagi memenuhi permintaan pengguna.Malaysia juga tidak terkecuali daripada dilanda arus perkembangan perubatan tradisional dunia. Nilai import produk herba dan aromatik serta pasaran makanan kesihatan turut menunjukkan peningkatan. Peningkatan permintaan tersebut sangat berkait rapat
  • 10. dengan faktor tumbuhan herba yang digunakan secara meluas dalam produk, seperti perubatan tradisional, penghasilan bahan kimia tulen dalam ubat-ubatan, dan ekstrak yang mengandungi bahan aktif.Selain itu, hasil tumbuhan herba juga digunakan dalam industri makanan, minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, kemasan diri, penambahan diet serta wangi-wangian. Di Malaysia, kepelbagaian biologi flora dan fauna mampu menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan dan seterusnya merealisasikan kewujudannya sebagai komoditi baharu untuk memacu ekonomi negara agar lebih mapan. Perkembangan maklumat mengenai kepelbagaian khasiat tumbuhan herba menjadi faktor penarik dalam kalangan saintis Barat untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang berkaitan dengan tumbuhan itu, seterusnya mengusahakannya secara komersial.Oleh hal yang demikian, 80 peratus daripada pasaran domestik produk tumbuhan herba dan aromatik itu datangnya dari luar kerana peserta asing dalam industri ini mempunyai bahan mentah yang lebih berkualiti melalui P&P yang dijalankan. Saintis Barat yang lebih pantas mengorak langkah untuk mengaut keuntungan daripada sektor ini menyedari bahawa penggunaan tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan kurang memberikan kesan sampingan berbanding dengan penggunaan ubat moden. Oleh sebab itu, pengguna yang semakin peka dengan aspek kesihatan dan kecantikan, lebih cenderung untuk memilih produk yang berasaskan herba dan aromatik kerana faktor risiko yang rendah, di samping aspek keberkesanannya yang lebih terjamin. (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Ekonomi, September 2011)