Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
1. Akhbar : BERITA HARIAN
Tarikh : 25 Julai 2006
Halaman : C2
Apabila ular, belut bercakap Melayu
FUNGSI Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam
memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan harus mendapat dukungan
semua pihak. Sektor kerajaan, mahu pun swasta
seharusnya memahami peranan DBP. Tidak hanya faham
tetapi melaksanakan peranan masing-masing dalam
menggerakkan semangat kebangsaan melalui Bahasa
Kebangsaan, yakni bahasa Melayu sebagaimana
termaktub dalam Pasal 152 Perlembagaan Persekutuan.
Rata-rata sikap dan budaya sekeliling memang
mempengaruhi mekanisme untuk menjadikan Bahasa
Kebangsaan bermaruah atau sebaliknya. Tetapi siapakah
mekanisme yang merosakkan bahkan merugikan
pembangunan ke arah pemartaban Bahasa Kebangsaan
itu? Melayu sendiri tidak mempunyai kasih terhadap
bahasanya. Seolah-olah berbahasa Melayu tidak
mempunyai warna kehebatan atau ketinggian darjat.
Maka berbaurlah pertuturan yang disebut sebagai
‘setengah belut setengah ular’. Ini berlaku di kalangan
profesional, tokoh akademik, korporat Melayu dan
pemimpin masyarakat sendiri. Tidak ada salahnya
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa apa sekali
pun. Bahkan dituntut mempelajari apa bahasa sekali pun
termasuk bahasa binatang.
Persoalannya ialah pemartabatan terhadap Bahasa
Kebangsaan menjadi akar kedaulatan dan menyumbang
1
2. ke arah perpaduan sejak sebelum merdeka lagi. Bahkan
jauh sebelum kedatangan pelbagai bangsa penjajah ke
Tanah Melayu, termasuk wilayah kedaulatan Melayu yang
disebut sebagai Gugusan Pulau-pulau Melayu, bahasa
Melayu telah berdaulat.
Pemartaban Bahasa Kebangsaan bukan bermakna tidak
boleh menggunakan bahasa selainnya. Selain bahasa
Melayu (Bahasa Kebangsaan), bahasa yang dituturkan
kaum lain seperti Cina, India, Benggali tidak pernah
dilarang pun. Apa yang dituntut ialah pemakaian atau
penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
perhubungan antara kaum, secara rasmi dan merangkumi
urusan pentadbiran kerajaan juga swasta kepada rakyat
atau pelanggan.
Seterusnya pelaksanaan seumpama itu tidak
dikuatkuasakan. Seolah-olah kerajaan tidak boleh atau
tidak mempunyai hak untuk menentukan garis panduan
kepada pedagang (swasta) yang berada dan menjalankan
perniagaannya di negara ini. Begitu juga terhadap
kedutaan asing. Seharusnya mereka diperuntukkan
supaya memahami dan mempelajari Bahasa Kebangsaan
sebagaimana kedutaan asing di Indonesia mampu bertutur
bahasa Indonesia dengan baik.
Ketika berada di Indonesia kerana mewakili Malaysia
dalam acara International Poetry Festival 2006 di
Palembang dan Jakarta pada 1 hingga 10 Julai lalu, saya
berasa ‘iri’ apabila seorang penyair Australia menjadi
penterjemah ke bahasa Indonesia bacaan puisi yang
disampaikan rakan senegaranya.
2
3. Apa yang dilihat ialah kedaulatan dan kewibawaan bahasa
Indonesia itu sendiri. Tentunya tidak berlaku secara tiba-
tiba.
Berbeza sikap atau prinsip pemimpin di negara ini,
termasuklah pegawai kerajaan di peringkat atasan, apatah
lagi golongan korporat dan tokoh akademik secara
umumnya berasa tidak akan dilihat ‘gah’ kalau tidak
mengadun pertuturannya dengan bahasa Inggeris. Atau,
mungkin sepatah dua perkataan Melayu digunakan,
selainnya Inggeris. Apakah itu suatu kemajuan? Siapakah
pembunuh bahasa dan bangsa di kalangan orang Melayu
sendiri?
Sedikit sebanyak mungkin akan terjawab dalam teater
Wangi Jadi Saksi karya dan arahan U-Wei Saari yang
akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan
Pustaka mulai 27 Julai hingga 6 Ogos ini. Tapi bukan soal
bahasanya. Ia mengenai sikap Melayu tidak lekang
dengan hasad dengki, fitnah dan tamak. Tidak mempunyai
perancangan jangka panjang. Hati besar akal pendek.
Menggunakan orang lain untuk kepentingan diri.
Pokoknya banyak keporak-perandaan yang boleh
menyebabkan runtuh dan hilangnya sesuatu bangsa atau
tamadun sesebuah pemerintahan itukah yang sedang atau
akan kita hadapi nanti?
3