SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
TOLERANSI BERAGAMA DAN AMALANNYA
    DI MALAYSIA: RUJUKAN KEPADA ARTIKEL 11
    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA



                               Oleh:
                 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali∗
                     Mohd Herzali Mohd Haled∗∗



                               ABSTRAK
        Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan
        konsep toleransi beragama dari sudut pandangan Islam
        dengan menjadikan beberapa terma penting yang terdapat
        di dalam al-Qur’an dan Hadith sebagai sandaran kepada
        pokok perbincangan. Garapan daripada penjelasan
        konsep toleransi tersebut seterusnya dijadikan sebagai
        landasan dalam membahaskan kedudukan toleransi
        beragama di Malaysia merujuk kepada Artikel 11
        Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Realitinya, amalan
        toleransi beragama di Malaysia masih lagi berada pada
        tahap yang ‘kabur’. Beberapa faktor luaran dan dalaman
        antara penyebab kepada kekenduran amalan tersebut
        pada masa kini. Umat Islam terutamanya dan masyarakat
        Malaysia keseluruhannya patut menyedari akan
        kelemahan-kelemahan tersebut dan mengambil langkah
        segera dengan bijaksana bagi memastikan keluhuran
        perlembagaan dan toleransi beragama di negara ini akan
        terus kekal terpelihara.




∗
  	 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Ph.D, merupakan Profesor Madya di
    Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
    Malaya, Kuala Lumpur.
∗∗
   	Mohd Herzali Mohd Haled, B.Us., merupakan calon sarjana Usuluddin di
    Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
    Malaya, Kuala Lumpur.
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92
                                  ABSTRACT
           This article looks into the concept of religious tolerance
           from the Islamic perspective with a focus on some key
           terms from al-Qur’an and al-Hadith. These key terms
           serve as a guiding post in discussing the focal issues from
           this article. Thus, the concept of religious tolerance is
           then compared to the Malaysian Federal Constitution Act
           11. In reality, the implementation of religious tolerance
           is still ‘blurry’ or underdeveloped. The cause of this
           underdevelopment is due to some external and internal
           factors. Muslims especially and all Malaysian should
           be aware and made aware of this shortcoming and take
           immediate steps to ensure the majesty of the constitution
           to maintain a religious tolerance in Malaysia.
Keywords: Tolerance, Malaysian Federal Constitution


PENDAHULUAN
Islam merupakan sebuah agama yang sentiasa mengamalkan sifat universal
(‘alamiyyah),1 toleransi (tasamuh)2 dan kasih sayang (mahabbah)3 dalam
segenap perkara. Ini amat bertepatan dengan maksudnya sebagai “selamat
dan sejahtera”. Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai hubung kait yang
amat rapat antara satu sama lain. Pun begitu, kesemua istilah tersebut
perlu diperhalusi dengan lebih mendalam agar kita tidak tersalah dalam
memahami dan menerimanya.


KONSEP TOLERANSI
Dalam Surah al-Anbiya’ 21:107 memberikan gambaran yang jelas bahawa
Islam membawa suatu ajaran yang bersifat universal (Rahmatan lil
‘Alamin). Namun demikian, sifat universal yang dimaksudkan tertakluk
pada kesesuaian dan kewajarannya yang boleh diterima dan dipraktikkan
oleh seluruh manusia.4 Dengan kata lain, tidak kesemua inti pati ajaran Islam

1
  	   Surah al-Anbiya’ 21:107.
2
  	   Surah al-Baqarah 2: 256; Surah Yunus 10:99; Surah al-Hajj 22:40-41.
3
  	   Surah al-Hujurat 49:13.
4
  	   Sehubungan itu, dalam hal-hal ibadat seperti cara wuduk, perkahwinan,
      perwarisan harta pusaka dan sebagainya tidak termasuk dalam pengertian
      universal tersebut. Sebaliknya Islam hanya menekankan soal nilai-nilai sosial
      atau kemanusiaan.


                                           82
Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia
itu adalah bersifat universal kerana ibadah khasnya, ia melambangkan nilai-
nilai “absolute” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri.
    Justeru itu, universal dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua
kerangka utama. Pertama; kesatuan mutlak terhadap Tuhan Yang Maha
Esa (tawhid) yang dilandasi dengan satu keyakinan yang utuh tanpa
batasan ras, bangsa dan sempadan geografi. Kedua; penegasan prinsip-
prinsip moral seperti keadilan, mushawarah, tolong-menolong, melakukan
perkara-perkara yang membawa kepada kesejahteraan dan juga larangan
daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada bencana
atau kemusnahan.5
     Sementara itu, Islam juga sangat menjunjung tinggi sifat toleransi
(tasamuh) sebagai sebahagian daripada kekuatan Islam.6 Islam bukan
agama yang berorientasikan paksaan mahupun penindasan. Perkara ini
telah dijelaskan dengan tegas di dalam al-Qur’an sebagaimana antara
firmanNya yang bermaksud:7
     Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat
     baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama
     dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu.
     Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil.
Berasaskan ayat tersebut, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah alasan
untuk tidak berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik terhadap
orang lain yang berbeza keyakinan merupakan sebahagian daripada syarat
terpenting yang membawa kepada sifat toleransi.
     Selain daripada itu, sifat yang utama dalam Islam adalah mahabbah
yang juga merupakan intipati terpenting kepada konsep rahmah yang
bermaksud kasih sayang. Prinsip ini menekankan penonjolan sikap berkasih
sayang sesama insan terutamanya terhadap umat Islam dan sewajarnya juga
kepada non-Muslim yang tidak memperlihatkan permusuhan mahupun
penentangan terhadap Islam dan umatnya. Pendekatan ini selaras dengan
keteladanan yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w.. Justeru, mahabbah
dilihat mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan toleransi (tasamuh)
yang memerlukan setiap individu untuk bersikap berlapang dada, rasional
dan profesional dalam sesuatu perkara. Namun begitu, mahabbah dilihat
mengandungi maksud dan pendekatan yang lebih ideal berbanding
toleransi. Ini kerana toleransi sering sahaja boleh menimbulkan kekeliruan
5
 	 Syahrin Harahap (1997), Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaran al-
    Qur’an Dalam Kehidupan Modern di Indonesia. Yogyakarta: Tiara Wacana, h.
    286-287.
6
  	 Lihat Le Bon, Gustave (1969), Hadarat al-‘Arab. Zu‘aytir, ‘Adil (terj.), Kaherah:
    Matba‘ah ‘Isa al-Babi al-Halabi, h. 126.
7
  	 Surah al-Mumtahanah 60:8.

                                         83
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92
di kalangan masyarakat hingga menimbulkan persoalan siapa yang perlu
“bertolak” dan siapa pula yang perlu "beransur". Lantaran itu jugalah
terdapat pihak-pihak tertentu yang mula berani mencabar kredibiliti dan
keluhuran Perlembagaan Persekutuan sejak akhir-akhir ini.
    Bertitiktolak daripada itu, artikel ini diharapkan dapat memperkemaskan
kefahaman dan tanggapan masyarakat terhadap pengertian toleransi
atau mahabbah dalam kehidupan beragama sebagaimana yang telah
dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para Sahabat yang
berasaskan prinsip universal dan kasih sayang, dengan berpegang kepada
beberapa dalil naqli, iaitu:
[1]                       8
                              ‘
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.
ke dunia dan intipati ajaran yang dibawanya, tidak lain adalah suatu rahmat
kepada sekalian alam. Dengan kata lain, Islam juga ingin mengingatkan
kepada umatnya bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
bukan terbatas kepada sesuatu bangsa tertentu. Bahkan kandungan ajarannya
juga mengandungi prinsip-prinsip universal yang mampu mewujudkan
keadilan kepada penganut-penganut agama lain di dunia.
[2]                                    9


Ayat kedua menggambarkan kepentingan sifat toleransi di dalam Islam
hatta dalam urusan keagamaan. Allah S.W.T. telah menegaskan bahawa
kebenaran adalah suatu yang telah nyata dan begitu pula sebaliknya.
Justeru, setiap individu mempunyai hak untuk memilih kepercayaan atau
keyakinan agamanya sendiri dengan berbekalkan akal dan wahyu yang
telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.. Pun begitu, Islam telah menetapkan
syarat dalam hal bertoleransi melalui penegasan pada ayat berikutnya:
[3]                               10



Ini bererti, setiap penganut agama boleh mengamalkan keyakinan ajarannya
masing-masing dan dalam pada masa yang sama mereka tidak boleh mengganggu
hak pegangan, kepercayaan dan cara hidup penganut agama lain. Kenyataan
ini bukanlah bermaksud Islam mengakui kebenaran doktrin dan falsafah ajaran
yang terkandung di dalam agama lain. Sebaliknya Islam sekadar mengiktiraf
kewujudan agama-agama lain di dunia ini sebagai suatu sunnatullah.


8
 	 Surah al-Anbiya’ 21:107.
9
 	 Surah al-Baqarah 2:256.
10
  	 Surah al-Kafirun 109:6.


                                           84
Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia

[4]                         11



Juga Hadith Nabi S.A.W.:
                       12



Sehubungan dengan itu, ayat dan Hadith di atas telah menyebutkan
dengan jelas bahawa agama yang benar dan diterima di sisi Allah s.a.w.
hanyalah Islam. Dengan ini jelas bahawa sifat toleransi beragama bukanlah
bermaksud “sehingga perlu mengorbankan kesucian Islam dan dalam pada
masa yang sama tidak sampai kepada mengabaikan kewujudan agama-
agama yang lain di dunia ini” Pun begitu hanya dalam aspek pengiktirafan
terhadap kewujudan agama-agama lain. Bukannya bermaksud mengiktiraf
keabsahan agama-agama selain ajaran Islam.
     Dalam hal ini, toleransi beragama atau mahabbah yang dituntut
oleh Islam bukanlah bersifat pasif. Sebaliknya ia perlu bersifat proaktif
dan positif iaitu bersedia untuk mencari nilai “persamaan” di sebalik
perbezaan demi menghargai prinsip hidup dan keyakinan individu
lain13 dan seterusnya dapat dizahirkan melalui interaksi yang telus dan
rasional. Sebagaimana yang terkandung di dalam Surah al-Hujurat 49:13,
keanekaan ras, bangsa dan budaya merupakan suatu keadaan yang telah
ditetapkan Allah S.W.T. kepada manusia agar bersikap pluralistik dengan
saling kenal-mengenali (li ta‘arafu) dan faham-memahami (tafahum)
antara satu dengan yang lain.14 Justeru, dengan berasaskan kepada
tasawwur awal serta prinsip-prinsip mahabbah atau toleransi beragama
ini, kajian ini akan cuba memaparkan realiti, cabaran dan cadangan yang
sewajarnya diperhalusi dengan lebih tulus dan rasional bagi mencapai
hasrat yang dinginkan sejajar dengan pernyataan yang terkandung di
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.




11
  	 Surah Ali ‘Imran 3:19.
12
  	 Ibn Hajr ‘Asqalani (t.t.), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari, “Kitab al-
    Jana’iz”, no. Hadith 1353, j. 3, Beirut: Dar al-Ma‘rifah, h. 218.
13
  	 Muhammad Natsir (1983), Islam dan Kristen di Indonesia. Jakarta: Media
    Dakwah, h. 205.
14
  	 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenal dalam
    Pembinaan Ummah Sejagat” dalam Mohd Fauzi Hamat et al. (eds.), Pemikiran
    Islam dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran
    Islam, APIUM, h. 259.

                                       85
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92

MALAYSIA DAN TOLERANSI BERAGAMA: RUJUKAN
SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
MALAYSIA
Selepas kejayaan mencapai kemerdekaan, masyarakat Malaysia telah melalui
beberapa fasa perubahan kesan daripada pertembungan ketamadunan dan
keagamaan suatu ketika dahulu. Hal ini memungkinkan masyarakat Melayu-
Muslim khususnya telah kehilangan hak “kebebasan mutlak” terutamanya
dalam melakukan sebarang bentuk aktiviti keagamaan. Sebaliknya mereka
perlu berkongsi hak kebebasan bersama kaum-kaum dan penganut-penganut
agama lain yang wujud di negara ini. Pelbagai pendekatan telah dibuat oleh
kerajaan dalam mengawal situasi tersebut termasuklah melalui penggubalan
undang-undang. Bahkan kerajaan sentiasa memandang serius perkara ini
memandangkan berlakunya peningkatan sensitiviti keagamaan daripada
penganut-penganut agama lain yang dilihat semakin ketara.15 Realiti ini
lebih jelas lagi apabila sejak akhir-akhir ini sudah ada pihak-pihak tertentu
yang berani menyentuh kredebiliti Perlembagaan Persekutuan khususnya
membabitkan isu hak asasi dan kebebasan beragama.
     Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah
dengan bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan
Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan
mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4),16 mengembangkan
agamanya”.17 Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan
penganut-penganut agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan
ajaran agamanya masing-masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa
tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana
ajaran agama terhadap umat Islam. Namun begitu, hak keistimewaan
yang telah dikecapi sekian lama ini sudah mula dicemari dengan campur
tangan beberapa pihak yang berniat jahat untuk menggugat kedudukan
agama Islam dan toleransi beragama di negara ini. Walaupun masalah
sebegini pernah berlaku beberapa kali sehingga melibatkan institusi
kehakiman sebelum ini, namun kes Lina Joy adalah masalah yang paling
15
  	 Ahmad F. Yousif (1998), Religious Freedom, Minorities and Islam: An Inquiry
    into the Malaysian Experience. Batu Caves: Thinker’s Library, h. 56.
16
  	 Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau
    menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-
    orang yang menganuti agama Islam. Lihat Lembaga Penyelidikan Undang-
    Undang (1999), Perlembagaan Persekutuan (Mengandungi semua pindaan
    hingga 1 Januari 1999). Kuala Lumpur: International Law Book Services, h. 7.
    Pun begitu, amat sayang sekali kerana belum ada undang-undang yang dibuat
    secara jelas untuk menghalang pengembangan agama-agama lain terhadap
    orang-orang Islam. Kalaupun ada mungkin di beberapa buah negeri sahaja.
17
  	 Ibid., h. 6.


                                       86
Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia
besar untuk ditangani hingga setakat ini. Ini kerana ia merupakan kes
pertama membabitkan Artikel 11 yang dibawa ke peringkat Mahkamah
Persekutuan untuk ditafsirkan.
    Perlu disedari bahawa sekiranya kes ini gagal untuk ditangani
dengan cermat dan teliti maka ia akan memberi implikasi yang cukup
besar terhadap status agama Islam khasnya serta keluhuran Perlembagaan
amnya, iaitu antaranya:
    i.	 Keistimewaan Islam sebagai Agama Persekutuan [Artikel 3(1)]
          tidak akan bermakna lagi kerana Islam akan dianut dan diamalkan
          seperti agama-agama lain.
    ii.	 Kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam
          bagi setiap Negeri [Artikel 3(2)] dan yang diPertuan Agong bagi
          Negeri-Negeri tidak beraja dan Wilayah-Wilayah Persekutuan
          [Artikel 3 (3) dan (5)] akan terhapus.
    iii.	 Artikel 11(4) tidak akan bermakna lagi kerana orang bukan Islam
          boleh memurtadkan orang Islam.
    iv.	 Pengurusan institusi-institusi Islam yang diletakkan di bawah
          kerajaan Persekutuan dan Negeri [Artikel 12(2)] akan turut
          terhapus.
Perkembangan yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini menyedarkan
kita tentang peri pentingnya soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat
pelbagai agama dan kaum di negara ini. Dasar-dasar kerajaan yang sedia
ada seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Negara dan DEB tidak cukup
untuk memastikan kekukuhan dan kestabilan sosial masyarakat majmuk di
negara ini tanpa ditunjangi dengan kesedaran yang tinggi serta kefahaman
dan penghayatan yang telus dan jelas oleh setiap lapisan masyarakat
terhadap dasar-dasar tersebut. Apatah lagi isu HINDRAF turut memarakkan
lagi persoalan toleransi beragama di Malaysia ditelusuri lebih mapan.
     Kekacauan yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap
keluhuran Perlembagaan menggambarkan terdapatnya segelintir masyarakat
yang tidak jujur dan berniat jahat terhadap negara. Soal kebebasan beragama
tidak seharusnya diperbalahkan kerana masyarakat majmuk di Malaysia
tidak pernah mengalami sebarang bentuk penindasan sama ada dari sudut
perkauman mahupun keagamaan. Kedudukan agama Islam dan agama-agama
lain telah diperjelaskan melalui Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 3(1)
yang memperuntukkan bahawa “Islam sebagai agama bagi Persekutuan;
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian persekutuan.”18 Sementara sultan-sultan atau raja-raja adalah
 	 Sila lihat Salleh Mohd. Yusof (2004), Islam Hadhari: Perjuangan Menjadikan
18

   Malaysia Sebuah Negara Islam Maju, Progresif dan Moderat. Kuala Lumpur:

                                     87
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92
ketua bagi agama Islam di setiap negeri yang beraja [Artikel 3(2)] dan Yang
diPertuan Agong bertanggungjawab sebagai ketua agama Islam bagi Negeri-
Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak [Artikel 3(3)] serta bagi
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan [Artikel 3(5)].19
     Manakala di dalam Artikel 12(2) pula menyebut, tiap-tiap kumpulan
agama adalah berhak menubuhkan serta menyenggara institusi-institusi
untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri; tetapi
adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau
menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu
dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud tersebut. Namun
ianya diberi penegasan sebagaimana yang terkandung di dalam artikel
12(3) yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak dibenarkan sama
sekali untuk menuntut atau memaksa mana-mana individu mengikuti
ajaran agama tertentu atau mengikuti mana-mana perayaan atau aktiviti
yang dianjurkan oleh agama tertentu selain daripada agama anutannya.20
    Hak kebebasan beragama seperti mana yang diperuntukkan di dalam
Artikel 11 Perlembagaan telah sekian lama menjadi nadi perpaduan dan
keharmonian kaum di Malaysia. Malah pengekalan dan pembinaan rumah-
rumah ibadat merupakan bukti bahawa hubungan antara masyarakat
majmuk di Malaysia tetap terpelihara.21 Kondisi ini seharusnya perlu
dihargai, dipelihara dan dipertahankan bagi memastikan kelangsungan
budaya toleransi dapat dihayati oleh generasi baru. Namun, semua ini
bukanlah suatu usaha yang mudah.


CABARAN DAN REALITI
Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pada masa kini dalam
mengekalkan hubungan mahabbah atau toleransi beragama di negara ini.
Antara halangan yang utama kini adalah kesenggangan generasi (generation
gap). Mungkin ada benarnya apa yang pernah dikatakan oleh Ibn Khaldun
iaitu satu generasi bersamaan dengan 40 tahun umur alami. Ini bermakna
generasi kini merupakan generasi kedua selepas Malaysia mencapai

    Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia, h. 7-10.
19
  	 Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (1999), op.cit., h. 1-2.
20
  	 Ahmad F. Yousif (1998), op.cit., h. 57-58.
21
  	 Antaranya seperti Buddha; Statute of the Buddha di Sarawak dan Burmese
    Buddha Temple di Georgetown, Kristian; Catholic Church Jalan Templer di
    Petaling Jaya dan St. Peters Church (gereja tertua di Malaysia yang dibina oleh
    Belanda pada 1710) di Melaka, Hindu; Arulmigu Mahamariaman Temple Lebuh
    Queen Street di Georgetown dan Sri Sithi Vinayagar Temple Jalan Templer di
    Petaling Jaya. Lihat Ahmad F. Yousif (1998), op.cit., h. 79-129.


                                        88
Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia
kemerdekaan dan pada generasi inilah lazimnya semangat juang menjadi
semakin pudar. Justeru tidak hairanlah sekiranya ikatan perjanjian yang
pernah dipersetujui bersama setiap kaum suatu ketika dahulu dipersoalkan
semula disebabkan sikap saling mempercayai dan menghormati yang telah
mulai luntur.
    Fenomena yang berlaku ini juga adalah disebabkan perubahan gaya
hidup yang berlaku akibat daripada kepesatan aliran sistem komunikasi
dan informasi antarabangsa. Hal ini telah meluaskan lagi ruang setiap
masyarakat untuk bersikap individualistik, seterusnya melunturkan rasa
kepedulian terhadap sosial, terperangkap dalam kehidupan hedonistic yang
akhirnya memperkukuh kelunturan idealisme serta semangat juang dan
juga sikap agnostic (tidak acuh) terhadap kepentingan agama di kalangan
warga Malaysia.22
    Di samping itu juga, dominasi kaum atau etnik tertentu terhadap
sesuatu agama adakalanya mempengaruhi interaksi sosial antara
masyarakat majmuk di Malaysia. Ini kerana apabila setiap etnik atau
kaum akan sentiasa memperlihatkan usaha menzahirkan dan memurnikan
kehidupan beragamanya masing-masing, pastinya akan menimbulkan
persaingan yang berbentuk eksklusivistik keterlaluan yang membawa
kepada salah faham dan ketegangan. Keadaan ini lebih jelas dilihat
berlaku kepada kaum atau etnik Melayu khasnya. Justeru, kebanyakan
konflik yang berlaku walaupun berkaitan dengan perkauman, ia sering
sahaja mengheret agama-agama tertentu terlibat sama. Konflik-konflik
sebegini juga sering kali berpunca daripada sifat “dua muka” yang wujud
pada setiap agama. Pada satu sudut, agama memiliki nilai-nilai yang
bersifat inklusif, universal dan transenden. Namun pada sudut yang lain
pula agama turut mengandungi hal-hal yang bersifat eksklusif, partikular
dan primordial.23 Ketidaktepatan dalam memahami sifat “dua muka” ini
merupakan penyebab kepada terjadinya antagonisme antara masyarakat
berbilang agama.24 Inilah yang telah mewarnai sebahagian besar daripada
punca berlakunya konflik atau rusuhan di Malaysia dan begitu juga di
kebanyakan negara lain.


22
  	 Ghazali Basri (Dr.) (2004), Islam dan Keharmonian Hidup Beragama di
    Malaysia: Prospek dan Cabaran. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan,
    h. 10.
23
  	 Bahtiar Effendy (2001), op.cit, h. 42.
24
  	 Dalam konteks politik dan ideologi, hal semacam ini boleh dibaca dalam semangat
    perdebatan yang kental perbezaan absolutismenya antara penganut agama.
    Terutama sekali dalam upaya mereka menetapkan dasar negara, sebagaimana
    yang diusahakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

                                        89
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92
     Bermula daripada sikap tersebut juga telah mendorong pula kepada
sikap inklusivistik yang keterlaluan dengan meletakkan semua agama
adalah sama. Fenomena ini telah mencetuskan faham pluralisme agama
yang diasaskan kepada Kesatuan Transenden Agama-agama (Trancendent
Unity of Religions) yang menanggapi kebenaran mutlak tentang Tuhan
adalah milik bersama semua agama, sekaligus membenar dan menyama
tarafkan semua agama.25 Gerakan pemikiran tersebut kini giat dilakukan
terutamanya oleh kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia.
Perkara ini seharusnya ditangani dengan segera secara ilmiah agar tidak
menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam.
    Berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat majmuk
di Malaysia pada masa kini, amalan mahabbah atau toleransi beragama
di Malaysia tidak berlangsung dengan cara yang telus dan bersungguh,
sebaliknya ia boleh dianggap hanya bersifat kosmetik. Keharmonian yang
bercorak tempelan sebegini boleh mengundang kepada risiko perpecahan
kerana ia lebih bersifat utilitarian dan tidak berasaskan “idealisme tulen”.26
Dengan kata lain, keharmonian yang terzahir hanya berada pada aras
permukaan sahaja. Kalaupun ada kesungguhan dibuat untuk tujuan tersebut,
ia hanya berlaku di kalangan kelompok-kelompok kecil terutamanya
golongan intelek di kawasan bandar dan tidak meliputi kesemua etnik
khususnya di kawasan pedalaman.
     Hakikatnya tahap integrasi antara kaum dan agama sehingga ke hari
ini masih sukar untuk mencapai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu
asimilasi27 dan amalgamasi.28 Jika dinilai melalui model integrasi Ali
Mazrui, hubungan antara kaum yang berlaku di negara ini berada pada
tahap “a relationship of compromise”. Tahap ini menampakkan peningkatan
kepada perhubungan yang berlandaskan kompromi antara kaum atau
etnik. Para pemimpin setiap kaum atau etnik terpaksa meningkatkan tahap
persefahaman dengan menerima beberapa dasar kerajaan yang bertujuan
membina bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan mengenepikan fahaman
sempit yang bersifat perkauman. Walaupun masyarakat Malaysia sudah
25
  	 Alwi Sihab (1999), Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama.
    Bandung: Penerbit Mizan, h. 23-27.
26
  	 Abu Hassan Othman (2005), “Hubungan Harmoni Antara Kaum Kunci
    Kestabilan Negara” dalam Islam Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur:
    Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 497.
27
  	 Satu proses yang adakalanya dinamakan sebagai asimilasi struktur untuk
    membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi
    menjelaskan kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan
    dan berkait rapat.
28
  	 Suatu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk
    jenis-jenis budaya dan ras yang baru.


                                       90
Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia
berada pada tahap tersebut, proses integrasi ini tidak menampakkan
transformasi berterusan menuju ke tahap yang seterusnya iaitu “the
stage of coalescence”. Ini kerana memerlukan penyatuan masyarakat
dari pelbagai kaum atau etnik sebagai asas bagi penyempurnaan sebuah
masyarakat baru yang sekaligus akan menyebabkan kaum pendatang
kehilangan sebahagian besar daripada identiti asalnya.29


PENUTUP
Berdasarkan perbincangan tersebut, keadaan yang dialami kini amatlah
membimbangkan. Ini kerana pengabaian terhadap budaya toleransi beragama
ini mampu mendatangkan bencana kepada negara. Justeru, sewajarnya kita
perlu bersama-sama menangani persoalan toleransi beragama sebagaimana
yang diasaskan oleh ajaran Islam yang rahmah.
    Sehubungan dengan itu, pendekatan secara defensif dengan menganggap
isu agama merupakan suatu yang sangat sensitif untuk diperbincangkan
perlu ditinggalkan. Sebaliknya pendekatan secara ofensif perlu diambil
dalam usaha mewujudkan toleransi beragama di Malaysia, iaitu dengan
menghargai persamaan dan perbezaan yang wujud dalam setiap agama.
Kejahilan tentang perkara ini akan menimbulkan kekeliruan dan salah
faham yang mampu mendorong pembinaan “tembok” tersendiri, sekaligus
menghalang terjadinya interaksi agama yang akhirnya mengakibatkan
persengketaan dan permusuhan.
     Hasrat ini pastinya memerlukan tindakan yang bersepadu dan berkesan
untuk setiap lapisan masyarakat.Antara metode terbaik yang boleh dilakukan
kini adalah dengan memperbanyak dan mempelbagaikan bentuk interaksi
agama di kalangan masyarakat. Di samping memperbanyakkan program-
program dialog dan perbincangan di kalangan tokoh-tokoh agama, ia
seharusnya diperluaskan di peringkat sekolah dan IPT agar sikap prejudis
dan salah faham di kalangan setiap penganut agama terhadap penganut
agama yang lain dapat dibendung dan dikawal pada peringkat awal
lagi. Pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi
seharusnya bertanggungjawab memperkasa dan menyeragamkan subjek/
disiplin agama-agama di Malaysia di seluruh institusi pendidikan. Selain
daripada itu juga, kerajaan perlu berusaha memperkukuhkan kefahaman
seluruh warga Malaysia terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman
untuk menghormati pernyataan yang terkandung di dalam Perlembagaan
 	 Untuk kupasan lanjut sila lihat Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National
29

   Integration”, dalam Kuper, Leo & Smith, M.G. (eds.), Pluralism in Africa.
   Berkeley: University of California Press, h. 334; Mohd Anuar Ramli (2003),
   op.cit., h. 112-114.

                                     91
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92
Persekutuan Malaysia sebagai jati diri bangsa Malaysia. Untuk itu, media
elektronik dan media massa perlu berperanan sebagai wadah informasi
berkesan dalam menyalur dan menanamkan kefahaman tentang perkara
ini kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.
    Secara keseluruhannya ternyata Islam adalah asas yang menunjangi
seluruh kehidupan manusia meliputi agama, budaya mahupun tamadun
dalam menghadapai sebarang bentuk cabaran. Dalam era globalisasi
ini kita harus bersikap secara kritis dan selektif untuk menentukan
elemen-elemen yang sesuai dan positif dengan budaya tempatan kita.
Ini kerana kebudayaan Islam adalah kebudayaan yang akomodatif,
memiliki keterbukaan yang cukup luas untuk menampung dan sekaligus
mengintegrasikan unsur-unsur positif dari budaya asing. Secara langsung
ia menjamin suasana yang rukun damai dan harmoni dapat dirasai oleh
seluruh masyarakat beraneka agama dan bangsa di Malaysia.




                                     92

More Related Content

What's hot

Kerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamKerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamshabrina97
 
Makalah agama islam
Makalah agama islamMakalah agama islam
Makalah agama islamMJM Networks
 
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XIIBab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XIIYasmin Sekar
 
Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)
Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)
Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)Marina Nawia
 
86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlak
86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlak86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlak
86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlakIwan Jogya
 
Makalah agama kerukunan antar umat beragama
Makalah agama kerukunan antar umat beragamaMakalah agama kerukunan antar umat beragama
Makalah agama kerukunan antar umat beragamaandreanapulu
 
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)Hestifidiah
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahYusuf Prasetyo
 
Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaWahiid Sayy'a
 
Bab 9-perilaku-terpuji 2
Bab 9-perilaku-terpuji 2Bab 9-perilaku-terpuji 2
Bab 9-perilaku-terpuji 2bandongan
 
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAMMAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAMHerry Rachmat Safi'i
 
Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12
Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12
Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12dragoneart
 
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tpptIslam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tpptAjeng Faiza
 

What's hot (20)

Modul pim 3112
Modul pim 3112Modul pim 3112
Modul pim 3112
 
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islamKerukunan antar umat beragama dalam islam
Kerukunan antar umat beragama dalam islam
 
Makalah agama islam
Makalah agama islamMakalah agama islam
Makalah agama islam
 
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XIIBab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
Bab 10 persatuan dan kerukunaan (agama) XII
 
Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)
Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)
Method pemikiran al_banna_(antara_tetap_dan_berubah)
 
Toleransi antar umat beragama
Toleransi antar umat beragamaToleransi antar umat beragama
Toleransi antar umat beragama
 
86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlak
86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlak86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlak
86198048 tafsir-ayat-tentang-akhlak
 
Akhlaqul karimah
Akhlaqul karimahAkhlaqul karimah
Akhlaqul karimah
 
Makalah agama kerukunan antar umat beragama
Makalah agama kerukunan antar umat beragamaMakalah agama kerukunan antar umat beragama
Makalah agama kerukunan antar umat beragama
 
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul Karimah
 
Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragama
 
Bab 9-perilaku-terpuji 2
Bab 9-perilaku-terpuji 2Bab 9-perilaku-terpuji 2
Bab 9-perilaku-terpuji 2
 
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAMMAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
 
Misi ajaran islam
Misi ajaran islamMisi ajaran islam
Misi ajaran islam
 
Kerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragamaKerukunan umat beragama
Kerukunan umat beragama
 
Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12
Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12
Isi kandungan surat al hujurat ayat 10 dan 12
 
Makalah agama
Makalah agamaMakalah agama
Makalah agama
 
Rahmatan
RahmatanRahmatan
Rahmatan
 
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tpptIslam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
Islam mewujudkan-kerukunan-antar-uma tppt
 

Viewers also liked

evaluation 2
evaluation 2evaluation 2
evaluation 2katelols
 
Wca conference 2013
Wca conference 2013Wca conference 2013
Wca conference 2013antonsavits
 
The importance of risk management in business
The importance of risk management in businessThe importance of risk management in business
The importance of risk management in businessr2financial
 
Mon cousin d¹amérique
Mon cousin d¹amériqueMon cousin d¹amérique
Mon cousin d¹amériqueLeSoir.be
 
David safai mobixa
David safai mobixaDavid safai mobixa
David safai mobixaronmicha
 

Viewers also liked (8)

evaluation 2
evaluation 2evaluation 2
evaluation 2
 
Wca conference 2013
Wca conference 2013Wca conference 2013
Wca conference 2013
 
Prueba
PruebaPrueba
Prueba
 
BAM BAM
BAM BAMBAM BAM
BAM BAM
 
The importance of risk management in business
The importance of risk management in businessThe importance of risk management in business
The importance of risk management in business
 
Lara Burton
Lara BurtonLara Burton
Lara Burton
 
Mon cousin d¹amérique
Mon cousin d¹amériqueMon cousin d¹amérique
Mon cousin d¹amérique
 
David safai mobixa
David safai mobixaDavid safai mobixa
David safai mobixa
 

Similar to Toleransi Beragama

Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaDudi Achmad
 
093 05toleransiagama
093 05toleransiagama093 05toleransiagama
093 05toleransiagamaadindanurina
 
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptxModerasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptxsuwaibahkapa1
 
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptxModerasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptxsuwaibahkapa2
 
KERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptx
KERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptxKERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptx
KERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptxJimatul Arrobi
 
Peran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-hari
Peran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-hariPeran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-hari
Peran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-haripjj_kemenkes
 
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdf
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdfPrinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdf
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdfZukét Printing
 
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docx
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docxPrinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docx
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docxZukét Printing
 
Ltm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamLtm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamtemansaya
 
PPT-HAM & ISLAM.pptx
PPT-HAM & ISLAM.pptxPPT-HAM & ISLAM.pptx
PPT-HAM & ISLAM.pptxZulheryArtha
 
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Smkbaitulhamdi Banten
 
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Smkbaitulhamdi Banten
 
kelompok 5.pdf
kelompok 5.pdfkelompok 5.pdf
kelompok 5.pdfDasaAruna
 
Pengertian moderasi beragama.docx
Pengertian moderasi beragama.docxPengertian moderasi beragama.docx
Pengertian moderasi beragama.docxdedenurdiana3
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islamHar Tono
 

Similar to Toleransi Beragama (20)

Makalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragamaMakalah toleransi beragama
Makalah toleransi beragama
 
093 05toleransiagama
093 05toleransiagama093 05toleransiagama
093 05toleransiagama
 
kerukunan antar umat beragama
kerukunan antar umat beragamakerukunan antar umat beragama
kerukunan antar umat beragama
 
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptxModerasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
 
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptxModerasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
Moderasi Beragama dan Peran Kemenag RI.pptx
 
KERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptx
KERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptxKERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptx
KERUKUNAN ANTAR UMAT BERAGAMA 2.pptx
 
Peran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-hari
Peran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-hariPeran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-hari
Peran dan Fungsi Agama dalam kehidupan sehari-hari
 
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdf
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdfPrinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdf
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.pdf
 
Bab II.docx
Bab II.docxBab II.docx
Bab II.docx
 
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docx
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docxPrinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docx
Prinsip-Prinsip Ajaran Aswaja.docx
 
Ltm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamLtm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islam
 
Bab II.pdf
Bab II.pdfBab II.pdf
Bab II.pdf
 
PPT-HAM & ISLAM.pptx
PPT-HAM & ISLAM.pptxPPT-HAM & ISLAM.pptx
PPT-HAM & ISLAM.pptx
 
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
 
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
Pelajaran pai smk pariwisata baitul hamdi ap3
 
kelompok 5.pdf
kelompok 5.pdfkelompok 5.pdf
kelompok 5.pdf
 
Pengertian moderasi beragama.docx
Pengertian moderasi beragama.docxPengertian moderasi beragama.docx
Pengertian moderasi beragama.docx
 
Teloeransi antar umat beragama 2
Teloeransi antar umat beragama 2Teloeransi antar umat beragama 2
Teloeransi antar umat beragama 2
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Hukum islam
Hukum islamHukum islam
Hukum islam
 

Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 

Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 

Toleransi Beragama

  • 1. TOLERANSI BERAGAMA DAN AMALANNYA DI MALAYSIA: RUJUKAN KEPADA ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Oleh: Khadijah Mohd Khambali @ Hambali∗ Mohd Herzali Mohd Haled∗∗ ABSTRAK Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan konsep toleransi beragama dari sudut pandangan Islam dengan menjadikan beberapa terma penting yang terdapat di dalam al-Qur’an dan Hadith sebagai sandaran kepada pokok perbincangan. Garapan daripada penjelasan konsep toleransi tersebut seterusnya dijadikan sebagai landasan dalam membahaskan kedudukan toleransi beragama di Malaysia merujuk kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Realitinya, amalan toleransi beragama di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang ‘kabur’. Beberapa faktor luaran dan dalaman antara penyebab kepada kekenduran amalan tersebut pada masa kini. Umat Islam terutamanya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya patut menyedari akan kelemahan-kelemahan tersebut dan mengambil langkah segera dengan bijaksana bagi memastikan keluhuran perlembagaan dan toleransi beragama di negara ini akan terus kekal terpelihara. ∗ Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Ph.D, merupakan Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ∗∗ Mohd Herzali Mohd Haled, B.Us., merupakan calon sarjana Usuluddin di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • 2. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92 ABSTRACT This article looks into the concept of religious tolerance from the Islamic perspective with a focus on some key terms from al-Qur’an and al-Hadith. These key terms serve as a guiding post in discussing the focal issues from this article. Thus, the concept of religious tolerance is then compared to the Malaysian Federal Constitution Act 11. In reality, the implementation of religious tolerance is still ‘blurry’ or underdeveloped. The cause of this underdevelopment is due to some external and internal factors. Muslims especially and all Malaysian should be aware and made aware of this shortcoming and take immediate steps to ensure the majesty of the constitution to maintain a religious tolerance in Malaysia. Keywords: Tolerance, Malaysian Federal Constitution PENDAHULUAN Islam merupakan sebuah agama yang sentiasa mengamalkan sifat universal (‘alamiyyah),1 toleransi (tasamuh)2 dan kasih sayang (mahabbah)3 dalam segenap perkara. Ini amat bertepatan dengan maksudnya sebagai “selamat dan sejahtera”. Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai hubung kait yang amat rapat antara satu sama lain. Pun begitu, kesemua istilah tersebut perlu diperhalusi dengan lebih mendalam agar kita tidak tersalah dalam memahami dan menerimanya. KONSEP TOLERANSI Dalam Surah al-Anbiya’ 21:107 memberikan gambaran yang jelas bahawa Islam membawa suatu ajaran yang bersifat universal (Rahmatan lil ‘Alamin). Namun demikian, sifat universal yang dimaksudkan tertakluk pada kesesuaian dan kewajarannya yang boleh diterima dan dipraktikkan oleh seluruh manusia.4 Dengan kata lain, tidak kesemua inti pati ajaran Islam 1 Surah al-Anbiya’ 21:107. 2 Surah al-Baqarah 2: 256; Surah Yunus 10:99; Surah al-Hajj 22:40-41. 3 Surah al-Hujurat 49:13. 4 Sehubungan itu, dalam hal-hal ibadat seperti cara wuduk, perkahwinan, perwarisan harta pusaka dan sebagainya tidak termasuk dalam pengertian universal tersebut. Sebaliknya Islam hanya menekankan soal nilai-nilai sosial atau kemanusiaan. 82
  • 3. Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia itu adalah bersifat universal kerana ibadah khasnya, ia melambangkan nilai- nilai “absolute” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri. Justeru itu, universal dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua kerangka utama. Pertama; kesatuan mutlak terhadap Tuhan Yang Maha Esa (tawhid) yang dilandasi dengan satu keyakinan yang utuh tanpa batasan ras, bangsa dan sempadan geografi. Kedua; penegasan prinsip- prinsip moral seperti keadilan, mushawarah, tolong-menolong, melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kesejahteraan dan juga larangan daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada bencana atau kemusnahan.5 Sementara itu, Islam juga sangat menjunjung tinggi sifat toleransi (tasamuh) sebagai sebahagian daripada kekuatan Islam.6 Islam bukan agama yang berorientasikan paksaan mahupun penindasan. Perkara ini telah dijelaskan dengan tegas di dalam al-Qur’an sebagaimana antara firmanNya yang bermaksud:7 Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil. Berasaskan ayat tersebut, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah alasan untuk tidak berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik terhadap orang lain yang berbeza keyakinan merupakan sebahagian daripada syarat terpenting yang membawa kepada sifat toleransi. Selain daripada itu, sifat yang utama dalam Islam adalah mahabbah yang juga merupakan intipati terpenting kepada konsep rahmah yang bermaksud kasih sayang. Prinsip ini menekankan penonjolan sikap berkasih sayang sesama insan terutamanya terhadap umat Islam dan sewajarnya juga kepada non-Muslim yang tidak memperlihatkan permusuhan mahupun penentangan terhadap Islam dan umatnya. Pendekatan ini selaras dengan keteladanan yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w.. Justeru, mahabbah dilihat mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan toleransi (tasamuh) yang memerlukan setiap individu untuk bersikap berlapang dada, rasional dan profesional dalam sesuatu perkara. Namun begitu, mahabbah dilihat mengandungi maksud dan pendekatan yang lebih ideal berbanding toleransi. Ini kerana toleransi sering sahaja boleh menimbulkan kekeliruan 5 Syahrin Harahap (1997), Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaran al- Qur’an Dalam Kehidupan Modern di Indonesia. Yogyakarta: Tiara Wacana, h. 286-287. 6 Lihat Le Bon, Gustave (1969), Hadarat al-‘Arab. Zu‘aytir, ‘Adil (terj.), Kaherah: Matba‘ah ‘Isa al-Babi al-Halabi, h. 126. 7 Surah al-Mumtahanah 60:8. 83
  • 4. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92 di kalangan masyarakat hingga menimbulkan persoalan siapa yang perlu “bertolak” dan siapa pula yang perlu "beransur". Lantaran itu jugalah terdapat pihak-pihak tertentu yang mula berani mencabar kredibiliti dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan sejak akhir-akhir ini. Bertitiktolak daripada itu, artikel ini diharapkan dapat memperkemaskan kefahaman dan tanggapan masyarakat terhadap pengertian toleransi atau mahabbah dalam kehidupan beragama sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para Sahabat yang berasaskan prinsip universal dan kasih sayang, dengan berpegang kepada beberapa dalil naqli, iaitu: [1] 8 ‘ Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. ke dunia dan intipati ajaran yang dibawanya, tidak lain adalah suatu rahmat kepada sekalian alam. Dengan kata lain, Islam juga ingin mengingatkan kepada umatnya bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukan terbatas kepada sesuatu bangsa tertentu. Bahkan kandungan ajarannya juga mengandungi prinsip-prinsip universal yang mampu mewujudkan keadilan kepada penganut-penganut agama lain di dunia. [2] 9 Ayat kedua menggambarkan kepentingan sifat toleransi di dalam Islam hatta dalam urusan keagamaan. Allah S.W.T. telah menegaskan bahawa kebenaran adalah suatu yang telah nyata dan begitu pula sebaliknya. Justeru, setiap individu mempunyai hak untuk memilih kepercayaan atau keyakinan agamanya sendiri dengan berbekalkan akal dan wahyu yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.. Pun begitu, Islam telah menetapkan syarat dalam hal bertoleransi melalui penegasan pada ayat berikutnya: [3] 10 Ini bererti, setiap penganut agama boleh mengamalkan keyakinan ajarannya masing-masing dan dalam pada masa yang sama mereka tidak boleh mengganggu hak pegangan, kepercayaan dan cara hidup penganut agama lain. Kenyataan ini bukanlah bermaksud Islam mengakui kebenaran doktrin dan falsafah ajaran yang terkandung di dalam agama lain. Sebaliknya Islam sekadar mengiktiraf kewujudan agama-agama lain di dunia ini sebagai suatu sunnatullah. 8 Surah al-Anbiya’ 21:107. 9 Surah al-Baqarah 2:256. 10 Surah al-Kafirun 109:6. 84
  • 5. Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia [4] 11 Juga Hadith Nabi S.A.W.: 12 Sehubungan dengan itu, ayat dan Hadith di atas telah menyebutkan dengan jelas bahawa agama yang benar dan diterima di sisi Allah s.a.w. hanyalah Islam. Dengan ini jelas bahawa sifat toleransi beragama bukanlah bermaksud “sehingga perlu mengorbankan kesucian Islam dan dalam pada masa yang sama tidak sampai kepada mengabaikan kewujudan agama- agama yang lain di dunia ini” Pun begitu hanya dalam aspek pengiktirafan terhadap kewujudan agama-agama lain. Bukannya bermaksud mengiktiraf keabsahan agama-agama selain ajaran Islam. Dalam hal ini, toleransi beragama atau mahabbah yang dituntut oleh Islam bukanlah bersifat pasif. Sebaliknya ia perlu bersifat proaktif dan positif iaitu bersedia untuk mencari nilai “persamaan” di sebalik perbezaan demi menghargai prinsip hidup dan keyakinan individu lain13 dan seterusnya dapat dizahirkan melalui interaksi yang telus dan rasional. Sebagaimana yang terkandung di dalam Surah al-Hujurat 49:13, keanekaan ras, bangsa dan budaya merupakan suatu keadaan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. kepada manusia agar bersikap pluralistik dengan saling kenal-mengenali (li ta‘arafu) dan faham-memahami (tafahum) antara satu dengan yang lain.14 Justeru, dengan berasaskan kepada tasawwur awal serta prinsip-prinsip mahabbah atau toleransi beragama ini, kajian ini akan cuba memaparkan realiti, cabaran dan cadangan yang sewajarnya diperhalusi dengan lebih tulus dan rasional bagi mencapai hasrat yang dinginkan sejajar dengan pernyataan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 11 Surah Ali ‘Imran 3:19. 12 Ibn Hajr ‘Asqalani (t.t.), Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari, “Kitab al- Jana’iz”, no. Hadith 1353, j. 3, Beirut: Dar al-Ma‘rifah, h. 218. 13 Muhammad Natsir (1983), Islam dan Kristen di Indonesia. Jakarta: Media Dakwah, h. 205. 14 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenal dalam Pembinaan Ummah Sejagat” dalam Mohd Fauzi Hamat et al. (eds.), Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, h. 259. 85
  • 6. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92 MALAYSIA DAN TOLERANSI BERAGAMA: RUJUKAN SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Selepas kejayaan mencapai kemerdekaan, masyarakat Malaysia telah melalui beberapa fasa perubahan kesan daripada pertembungan ketamadunan dan keagamaan suatu ketika dahulu. Hal ini memungkinkan masyarakat Melayu- Muslim khususnya telah kehilangan hak “kebebasan mutlak” terutamanya dalam melakukan sebarang bentuk aktiviti keagamaan. Sebaliknya mereka perlu berkongsi hak kebebasan bersama kaum-kaum dan penganut-penganut agama lain yang wujud di negara ini. Pelbagai pendekatan telah dibuat oleh kerajaan dalam mengawal situasi tersebut termasuklah melalui penggubalan undang-undang. Bahkan kerajaan sentiasa memandang serius perkara ini memandangkan berlakunya peningkatan sensitiviti keagamaan daripada penganut-penganut agama lain yang dilihat semakin ketara.15 Realiti ini lebih jelas lagi apabila sejak akhir-akhir ini sudah ada pihak-pihak tertentu yang berani menyentuh kredebiliti Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan isu hak asasi dan kebebasan beragama. Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4),16 mengembangkan agamanya”.17 Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam. Namun begitu, hak keistimewaan yang telah dikecapi sekian lama ini sudah mula dicemari dengan campur tangan beberapa pihak yang berniat jahat untuk menggugat kedudukan agama Islam dan toleransi beragama di negara ini. Walaupun masalah sebegini pernah berlaku beberapa kali sehingga melibatkan institusi kehakiman sebelum ini, namun kes Lina Joy adalah masalah yang paling 15 Ahmad F. Yousif (1998), Religious Freedom, Minorities and Islam: An Inquiry into the Malaysian Experience. Batu Caves: Thinker’s Library, h. 56. 16 Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang- orang yang menganuti agama Islam. Lihat Lembaga Penyelidikan Undang- Undang (1999), Perlembagaan Persekutuan (Mengandungi semua pindaan hingga 1 Januari 1999). Kuala Lumpur: International Law Book Services, h. 7. Pun begitu, amat sayang sekali kerana belum ada undang-undang yang dibuat secara jelas untuk menghalang pengembangan agama-agama lain terhadap orang-orang Islam. Kalaupun ada mungkin di beberapa buah negeri sahaja. 17 Ibid., h. 6. 86
  • 7. Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia besar untuk ditangani hingga setakat ini. Ini kerana ia merupakan kes pertama membabitkan Artikel 11 yang dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Perlu disedari bahawa sekiranya kes ini gagal untuk ditangani dengan cermat dan teliti maka ia akan memberi implikasi yang cukup besar terhadap status agama Islam khasnya serta keluhuran Perlembagaan amnya, iaitu antaranya: i. Keistimewaan Islam sebagai Agama Persekutuan [Artikel 3(1)] tidak akan bermakna lagi kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama-agama lain. ii. Kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam bagi setiap Negeri [Artikel 3(2)] dan yang diPertuan Agong bagi Negeri-Negeri tidak beraja dan Wilayah-Wilayah Persekutuan [Artikel 3 (3) dan (5)] akan terhapus. iii. Artikel 11(4) tidak akan bermakna lagi kerana orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam. iv. Pengurusan institusi-institusi Islam yang diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan dan Negeri [Artikel 12(2)] akan turut terhapus. Perkembangan yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini menyedarkan kita tentang peri pentingnya soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Negara dan DEB tidak cukup untuk memastikan kekukuhan dan kestabilan sosial masyarakat majmuk di negara ini tanpa ditunjangi dengan kesedaran yang tinggi serta kefahaman dan penghayatan yang telus dan jelas oleh setiap lapisan masyarakat terhadap dasar-dasar tersebut. Apatah lagi isu HINDRAF turut memarakkan lagi persoalan toleransi beragama di Malaysia ditelusuri lebih mapan. Kekacauan yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap keluhuran Perlembagaan menggambarkan terdapatnya segelintir masyarakat yang tidak jujur dan berniat jahat terhadap negara. Soal kebebasan beragama tidak seharusnya diperbalahkan kerana masyarakat majmuk di Malaysia tidak pernah mengalami sebarang bentuk penindasan sama ada dari sudut perkauman mahupun keagamaan. Kedudukan agama Islam dan agama-agama lain telah diperjelaskan melalui Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 3(1) yang memperuntukkan bahawa “Islam sebagai agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian persekutuan.”18 Sementara sultan-sultan atau raja-raja adalah Sila lihat Salleh Mohd. Yusof (2004), Islam Hadhari: Perjuangan Menjadikan 18 Malaysia Sebuah Negara Islam Maju, Progresif dan Moderat. Kuala Lumpur: 87
  • 8. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92 ketua bagi agama Islam di setiap negeri yang beraja [Artikel 3(2)] dan Yang diPertuan Agong bertanggungjawab sebagai ketua agama Islam bagi Negeri- Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak [Artikel 3(3)] serta bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan [Artikel 3(5)].19 Manakala di dalam Artikel 12(2) pula menyebut, tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan serta menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud tersebut. Namun ianya diberi penegasan sebagaimana yang terkandung di dalam artikel 12(3) yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak dibenarkan sama sekali untuk menuntut atau memaksa mana-mana individu mengikuti ajaran agama tertentu atau mengikuti mana-mana perayaan atau aktiviti yang dianjurkan oleh agama tertentu selain daripada agama anutannya.20 Hak kebebasan beragama seperti mana yang diperuntukkan di dalam Artikel 11 Perlembagaan telah sekian lama menjadi nadi perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Malah pengekalan dan pembinaan rumah- rumah ibadat merupakan bukti bahawa hubungan antara masyarakat majmuk di Malaysia tetap terpelihara.21 Kondisi ini seharusnya perlu dihargai, dipelihara dan dipertahankan bagi memastikan kelangsungan budaya toleransi dapat dihayati oleh generasi baru. Namun, semua ini bukanlah suatu usaha yang mudah. CABARAN DAN REALITI Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pada masa kini dalam mengekalkan hubungan mahabbah atau toleransi beragama di negara ini. Antara halangan yang utama kini adalah kesenggangan generasi (generation gap). Mungkin ada benarnya apa yang pernah dikatakan oleh Ibn Khaldun iaitu satu generasi bersamaan dengan 40 tahun umur alami. Ini bermakna generasi kini merupakan generasi kedua selepas Malaysia mencapai Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia, h. 7-10. 19 Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (1999), op.cit., h. 1-2. 20 Ahmad F. Yousif (1998), op.cit., h. 57-58. 21 Antaranya seperti Buddha; Statute of the Buddha di Sarawak dan Burmese Buddha Temple di Georgetown, Kristian; Catholic Church Jalan Templer di Petaling Jaya dan St. Peters Church (gereja tertua di Malaysia yang dibina oleh Belanda pada 1710) di Melaka, Hindu; Arulmigu Mahamariaman Temple Lebuh Queen Street di Georgetown dan Sri Sithi Vinayagar Temple Jalan Templer di Petaling Jaya. Lihat Ahmad F. Yousif (1998), op.cit., h. 79-129. 88
  • 9. Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia kemerdekaan dan pada generasi inilah lazimnya semangat juang menjadi semakin pudar. Justeru tidak hairanlah sekiranya ikatan perjanjian yang pernah dipersetujui bersama setiap kaum suatu ketika dahulu dipersoalkan semula disebabkan sikap saling mempercayai dan menghormati yang telah mulai luntur. Fenomena yang berlaku ini juga adalah disebabkan perubahan gaya hidup yang berlaku akibat daripada kepesatan aliran sistem komunikasi dan informasi antarabangsa. Hal ini telah meluaskan lagi ruang setiap masyarakat untuk bersikap individualistik, seterusnya melunturkan rasa kepedulian terhadap sosial, terperangkap dalam kehidupan hedonistic yang akhirnya memperkukuh kelunturan idealisme serta semangat juang dan juga sikap agnostic (tidak acuh) terhadap kepentingan agama di kalangan warga Malaysia.22 Di samping itu juga, dominasi kaum atau etnik tertentu terhadap sesuatu agama adakalanya mempengaruhi interaksi sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Ini kerana apabila setiap etnik atau kaum akan sentiasa memperlihatkan usaha menzahirkan dan memurnikan kehidupan beragamanya masing-masing, pastinya akan menimbulkan persaingan yang berbentuk eksklusivistik keterlaluan yang membawa kepada salah faham dan ketegangan. Keadaan ini lebih jelas dilihat berlaku kepada kaum atau etnik Melayu khasnya. Justeru, kebanyakan konflik yang berlaku walaupun berkaitan dengan perkauman, ia sering sahaja mengheret agama-agama tertentu terlibat sama. Konflik-konflik sebegini juga sering kali berpunca daripada sifat “dua muka” yang wujud pada setiap agama. Pada satu sudut, agama memiliki nilai-nilai yang bersifat inklusif, universal dan transenden. Namun pada sudut yang lain pula agama turut mengandungi hal-hal yang bersifat eksklusif, partikular dan primordial.23 Ketidaktepatan dalam memahami sifat “dua muka” ini merupakan penyebab kepada terjadinya antagonisme antara masyarakat berbilang agama.24 Inilah yang telah mewarnai sebahagian besar daripada punca berlakunya konflik atau rusuhan di Malaysia dan begitu juga di kebanyakan negara lain. 22 Ghazali Basri (Dr.) (2004), Islam dan Keharmonian Hidup Beragama di Malaysia: Prospek dan Cabaran. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan, h. 10. 23 Bahtiar Effendy (2001), op.cit, h. 42. 24 Dalam konteks politik dan ideologi, hal semacam ini boleh dibaca dalam semangat perdebatan yang kental perbezaan absolutismenya antara penganut agama. Terutama sekali dalam upaya mereka menetapkan dasar negara, sebagaimana yang diusahakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 89
  • 10. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92 Bermula daripada sikap tersebut juga telah mendorong pula kepada sikap inklusivistik yang keterlaluan dengan meletakkan semua agama adalah sama. Fenomena ini telah mencetuskan faham pluralisme agama yang diasaskan kepada Kesatuan Transenden Agama-agama (Trancendent Unity of Religions) yang menanggapi kebenaran mutlak tentang Tuhan adalah milik bersama semua agama, sekaligus membenar dan menyama tarafkan semua agama.25 Gerakan pemikiran tersebut kini giat dilakukan terutamanya oleh kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Perkara ini seharusnya ditangani dengan segera secara ilmiah agar tidak menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat majmuk di Malaysia pada masa kini, amalan mahabbah atau toleransi beragama di Malaysia tidak berlangsung dengan cara yang telus dan bersungguh, sebaliknya ia boleh dianggap hanya bersifat kosmetik. Keharmonian yang bercorak tempelan sebegini boleh mengundang kepada risiko perpecahan kerana ia lebih bersifat utilitarian dan tidak berasaskan “idealisme tulen”.26 Dengan kata lain, keharmonian yang terzahir hanya berada pada aras permukaan sahaja. Kalaupun ada kesungguhan dibuat untuk tujuan tersebut, ia hanya berlaku di kalangan kelompok-kelompok kecil terutamanya golongan intelek di kawasan bandar dan tidak meliputi kesemua etnik khususnya di kawasan pedalaman. Hakikatnya tahap integrasi antara kaum dan agama sehingga ke hari ini masih sukar untuk mencapai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu asimilasi27 dan amalgamasi.28 Jika dinilai melalui model integrasi Ali Mazrui, hubungan antara kaum yang berlaku di negara ini berada pada tahap “a relationship of compromise”. Tahap ini menampakkan peningkatan kepada perhubungan yang berlandaskan kompromi antara kaum atau etnik. Para pemimpin setiap kaum atau etnik terpaksa meningkatkan tahap persefahaman dengan menerima beberapa dasar kerajaan yang bertujuan membina bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan mengenepikan fahaman sempit yang bersifat perkauman. Walaupun masyarakat Malaysia sudah 25 Alwi Sihab (1999), Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Bandung: Penerbit Mizan, h. 23-27. 26 Abu Hassan Othman (2005), “Hubungan Harmoni Antara Kaum Kunci Kestabilan Negara” dalam Islam Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 497. 27 Satu proses yang adakalanya dinamakan sebagai asimilasi struktur untuk membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi menjelaskan kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan berkait rapat. 28 Suatu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. 90
  • 11. Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia berada pada tahap tersebut, proses integrasi ini tidak menampakkan transformasi berterusan menuju ke tahap yang seterusnya iaitu “the stage of coalescence”. Ini kerana memerlukan penyatuan masyarakat dari pelbagai kaum atau etnik sebagai asas bagi penyempurnaan sebuah masyarakat baru yang sekaligus akan menyebabkan kaum pendatang kehilangan sebahagian besar daripada identiti asalnya.29 PENUTUP Berdasarkan perbincangan tersebut, keadaan yang dialami kini amatlah membimbangkan. Ini kerana pengabaian terhadap budaya toleransi beragama ini mampu mendatangkan bencana kepada negara. Justeru, sewajarnya kita perlu bersama-sama menangani persoalan toleransi beragama sebagaimana yang diasaskan oleh ajaran Islam yang rahmah. Sehubungan dengan itu, pendekatan secara defensif dengan menganggap isu agama merupakan suatu yang sangat sensitif untuk diperbincangkan perlu ditinggalkan. Sebaliknya pendekatan secara ofensif perlu diambil dalam usaha mewujudkan toleransi beragama di Malaysia, iaitu dengan menghargai persamaan dan perbezaan yang wujud dalam setiap agama. Kejahilan tentang perkara ini akan menimbulkan kekeliruan dan salah faham yang mampu mendorong pembinaan “tembok” tersendiri, sekaligus menghalang terjadinya interaksi agama yang akhirnya mengakibatkan persengketaan dan permusuhan. Hasrat ini pastinya memerlukan tindakan yang bersepadu dan berkesan untuk setiap lapisan masyarakat.Antara metode terbaik yang boleh dilakukan kini adalah dengan memperbanyak dan mempelbagaikan bentuk interaksi agama di kalangan masyarakat. Di samping memperbanyakkan program- program dialog dan perbincangan di kalangan tokoh-tokoh agama, ia seharusnya diperluaskan di peringkat sekolah dan IPT agar sikap prejudis dan salah faham di kalangan setiap penganut agama terhadap penganut agama yang lain dapat dibendung dan dikawal pada peringkat awal lagi. Pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya bertanggungjawab memperkasa dan menyeragamkan subjek/ disiplin agama-agama di Malaysia di seluruh institusi pendidikan. Selain daripada itu juga, kerajaan perlu berusaha memperkukuhkan kefahaman seluruh warga Malaysia terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman untuk menghormati pernyataan yang terkandung di dalam Perlembagaan Untuk kupasan lanjut sila lihat Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National 29 Integration”, dalam Kuper, Leo & Smith, M.G. (eds.), Pluralism in Africa. Berkeley: University of California Press, h. 334; Mohd Anuar Ramli (2003), op.cit., h. 112-114. 91
  • 12. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 81-92 Persekutuan Malaysia sebagai jati diri bangsa Malaysia. Untuk itu, media elektronik dan media massa perlu berperanan sebagai wadah informasi berkesan dalam menyalur dan menanamkan kefahaman tentang perkara ini kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi muda. Secara keseluruhannya ternyata Islam adalah asas yang menunjangi seluruh kehidupan manusia meliputi agama, budaya mahupun tamadun dalam menghadapai sebarang bentuk cabaran. Dalam era globalisasi ini kita harus bersikap secara kritis dan selektif untuk menentukan elemen-elemen yang sesuai dan positif dengan budaya tempatan kita. Ini kerana kebudayaan Islam adalah kebudayaan yang akomodatif, memiliki keterbukaan yang cukup luas untuk menampung dan sekaligus mengintegrasikan unsur-unsur positif dari budaya asing. Secara langsung ia menjamin suasana yang rukun damai dan harmoni dapat dirasai oleh seluruh masyarakat beraneka agama dan bangsa di Malaysia. 92