SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASAMELAYU
BERDASARKAN MODELRASCH
Zamri Mahamod, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.
d-zam@ukm.my, 019-3952626
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengukur ketepatan Model Rasch dalam
mengukur item soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peringkat Penilaian
Menengah Rendah dari tahun 2005 – 2007 serta dan mengaitkannya dengan
aras Taksonomi Bloom. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar
Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan pada tahun 2007. Kumpulan
pelajar ini menjawab soalan peperiksaan tahun 2005 dan 2006 sebelum
menduduki peperiksaan sebenar, manakala jawapan soalan tahun 2007
diperoleh selepas pelajar menduduki peperiksaan sebenar pada tahun
tersebut. Data kajian diproses dalam perisian SPSS versi 11.5 dan seterusnya
dianalisis menggunakan program Winsteps 3.57.2 yang mengaplikasikan
Model Analisis Rasch. Hasil analisis menunjukkan taburan kesukaran item
bagi soalan PMR 2005, 2006 dan 2007 mencapai aras 1.00, iaitu
menunjukkan nilai kesahan yang sangat tinggi. Indeks kebolehpercayaan
item yang dihasilkan juga menunjukkan nilai yang sangat boleh dipercayai
iaitu melebihi 0.80. Tahun 2005 menunjukkan nilai 0.82 , tahun 2006 (0.84)
dan tahun 2007 (0.92). Item kajian pada tahun 2005 tersebar pada skala logit
aras maksimum (3.07), minimum (-2.74), tahun 2006 maksimum (4.25),
minimum (-2.28), dan tahun 2007 maksimum (4.50), minimum (-2.75). Aras
kesukaran item kajian tersebar mengikut kedudukan aras
Taksonomi Bloom berdasarkan terdapatnya taburan item
paling sukar dan paling mudah serta lebihan soalan yang lain berada dalam
kategori sederhana. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan peperiksaan
PMR Kertas I Bahasa Melayu untuk tahun 2005, 2006 dan 2007
benar-benar dapat menguji tahap kebolehan kepelbagaian
pelajar berdasarkan aras taburan kesukaran item yang ditunjukkan.
Abstract: The purposes of this study are to measure the item
difficulty of the questions of Bahasa Melayu Paper 1, Penilaian Menengah
Rendah (PMR) year 2005, 2006 and 2007 and to relate it with the Taxonomy
Bloom item difficulty level. The subjects are 50 form 3 students who sat for
the examination in year 2007. These subjects have sat for an examination in
the year 2005 and 2006 before sitting for the actual examination and the
answers obtained for this research was from the actual examination sat in
the year 2007. The data is processed with the SPSS system, version 11.5 and
1
it is analyzed with the use of the Winsteps 3.57.2 program. The validity and
reliability was tested through Rasch Analysis Model. The results of the
analysis shows the Infit MNSQ value for
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
the year 2005, 2006 and 2007 reaches a very high validity level of 1.00. The
reliability index proves a very high value which is above .80. Examination
item of the year 2005, the reliability index shows 0.82, year 2006 (0.84) and
year 2007 (0.92). Examination item of the year 2005 shows the maximum
logit scale of (3.07), minimum scale is (-1. 74), and year 2006 the maximum
scale is (4.25), minimum is (-2.28) and year 2007 maximum scale is (4.50),
and minimum is (- 2.75). Taken as a whole, item difficulty of this research as
according to the level of Taxonomy Bloom, it proves that the items are
categorized as most difficult items, easiest items and the remainder items are
in the medium category. By conclusion, the results of this study proves that the
Bahasa Melayu Paper 1, PMR examination of the year 2005, 2006 and 2007
is valid in testing students proficiency as according to the level of item difficulty.
PENGENALAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Dalam sistem pendidikan kebangsaan,
bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah dan di institusi pengajian
tinggi. Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan dan perpaduan antara
kaum di negara ini (Abd. Aziz 2000). Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat
membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan
pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta
akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan
diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan
komunikasi.
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani
(Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 2001).
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan pelajar untuk menguasai kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa
secara betul dan tepat. Pelajar mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada
pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran
berfikir.
Kajian ini secara keseluruhannya ada kaitan dengan item soalan yang
digunakan dalam peperiksaan awam di Malaysia serta penguasaan tatabahasa
bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah rendah. Kajian ini melibatkan
soalan Kertas 1 Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah (PMR)
melibatkan tahun 2005, 2006 dan 2007.
PERNYATAAN MASALAH
Dalam sistem pendidikan negara kita yang bertumpukan kepada peperiksaan
awam dan ujian-ujian di sekolah, tumpuan utama adalah kepada kemahiran
3
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
3M
4
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
(membaca, menulis dan mengira). Asas penilaian adalah kepada kertas-kertas
penilaian berupa item-item yang perlu dijawab oleh pelajar. Item-item dalam
sesuatu instrumen ialah satu inti pati penting bagi menjalankan sesuatu
pengujian dan pengukuran. Sekolah yang menghasilkan peratus kelulusan
yang tinggi akan terus dicanangkan sebagai sekolah yang berkualiti.
Kecemerlangan seseorang guru pula dikaitkan dengan bilangan muridnya
yang mendapat gred A. Oleh itu, kualiti setiap soalan atau item wajar dinilai
semula selepas sesuatu ujian itu diadakan (Mohamad Sahar 2008). Terdapat
berbagai-bagai cara untuk menilai item yang telah diuji, salah satunya
dikenali sebagai analisis item. Hasil daripada proses analisis item akan
memperoleh maklumat tentang kualiti soalan yang telah digunakan.
Maklumat ini menyumbang kepada usaha membentuk ujian yang boleh
dipercayai. Analisis ini juga akan menunjukkan tahap kesukaran dan tahap
diskriminasi sesuatu soalan tertentu. Item-item yang disahkan baik dan
berkualiti boleh disimpan dalam bank soalan yang diwujudkan peringkat
sekolah. Usaha sebegini akan mengurangkan risiko kebergantungan kepada
soalan-soalan yang diperoleh secara tidak sah yang boleh dipertikai dari segi
mutu dan kualitinya. Hasil yang diharapkan, mutu ujian yang dijalankan benar-
benar dapat menguji pelajar serta menghasilkan keputusan yang betul-betul boleh
dipercayai.
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui taburan aras
kesukaran item soalan Bahasa Melayu Kertas 1 Peperiksaan PMR, iaitu salah
satu peperiksaan peringkat kebangsaan yang perlu diduduki oleh pelajar pada
akhir tahun pembelajaran tingkatan tiga. Banyak kajian yang dihasilkan
mengaitkan faktor-faktor yang berkaitan pelajar, guru dan sekolah dengan
pencapaian. Pengkaji berhasrat untuk menyumbangkan maklumat dengan
memberi fokus kepada alat pengukuran berasaskan Model Rasch yang
digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar. Kaedah Rasch dapat
menunjukkan satu pola perkaitan antara individu yang dikaji dengan item
dalam soalan kajian, yang mana pola sebegini tidak dapat ditunjukkan
melalui kaedah pengukuran biasa yang digunakan sebelum ini. Tidak terdapat
kajian sebelum ini yang memberi fokus kepada perkaitan antara kebolehan
individu dengan aras kesukaran soalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan kertas I peringkat peperiksaan PMR memandangkan peperiksaan
tersebut hanya merangkumi soalan obj ektif aneka pilihan yang boleh
memberi kesahan yang tinggi (Abd. Rashid & Siti Rahayah 2001).
Menurut Kumar (1996), kajian tinjauan biasanya dijalankan apabila
pengkaji ingin meneroka isu baru atau membangunkan, memurnikan,
menguji alat dan prosedur pengukuran. Pengkaji melakukan kajian secara
tinjauan kerana belum ada maklumat awal tentang perkaitan soalan dengan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR, iaitu salah satu peperiksaan
kebangsaan Malaysia yang diduduki oleh pelajar dalam tingkatan tiga pada
akhir pembelajarannnya. Bagi mencapai tujuan kajian, item-item dalam
kertas soalan peperiksaan PMR dianalis untuk mencari bukti yang
menunjukkan aras kesukaran item yang diketengahkan sebagai masalah
dalam kajian ini. Instrumen kajian yang utama ialah kertas soalan PMR untuk
5
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.
6
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat taburan kesukaran item soalan Bahasa
Melayu PMR Kertas I tahun 2005, 2006 dan 2007 dan akan dibuat satu
perbandingan berdasarkan susunan aras Taksonomi Bloom. Secara khusus,
tujuan kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan soalan peperiksaan
PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007
2. Mengenal pasti taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan
PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.
3. Mengenal pasti bentuk-bentuk soalan yang sukar bagi peperiksaan
PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dan kaitannya dengan
Taksonomi Bloom.
PERSOALAN KAJIAN
Dalam melengkapkan kajian ini, tiga persoalan kajian ditimbulkan untuk
mendapatkan jawapan yang pasti seperti berikut:
1. Apakah kesahan dan kebolehpercayaan item soalan peperiksaan
PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 menepati Model Rasch?
2. Apakah taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan PMR bagi
tahun 2005, 2006 dan 2007?
3. Apakah kaitan aras kesukaran soalan peperiksaan PMR bagi tahun
2005, 2006 dan 2007 dengan aras Taksonomi Bloom?
METODOLOGI
Pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul
dan menganalisis data. Menurut Wiersma (2000), kaedah penyelidikan
kuantitatif dijalankan untuk menentukan perkaitan, kesan dan punca sesuatu
fenomena. Pengkaji menggunakan data kuantitatif untuk mengemukakan
bukti emperikal serta meneroka perkara-perkara lain yang boleh dikaitkan
dengan fenomena aras kesukaran item. Dalam kajian ini, data kuantiatif
dikumpul dengan menggunakan kertas soalan PMR Bahasa Melayu Kertas 1.
Data dianalisis secara deskriptif untuk menghuraikan prestasi kumpulan
kajian dan prestasi setiap item ujian. Kumar (1996) menyatakan, setiap
statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan sesuatu keadaan,
permasalahan dan fenomena secara sistematik. Pengkaji menggunakan
statistik deskriptif (purata, kekerapan, peratusan, julat dan sisihan lazim)
untuk menghuraikan ciri-ciri dan prestasi item ujian. Bagi mencapai tujuan
kajian, item-item dalam kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1
bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dianlisis.
7
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
Populasi kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tngkatan 3 di daerah
Bachok, Kelantan. Pelajar-pelajar ini yang dipilih secara rawak, dikehendaki
menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 PMR untuk tahun
2005,
8
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
2006 dan 2007. Pelajar terlibat adalah pelajar yang menduduki peperiksaan PMR
pada tahun 2007. Pelajar terbabit dikehendaki menjawab soalan peperiksaan
PMR Bahasa Melayu Kertas 1 untuk tahun 2005 dan 2006 sebelum
menghadapi peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Pelajar-pelajar ini,
menjawab soalansoalan tersebut setelah selesai sukatan pelajaran menengah
rendah, iaitu sebelum pelajar menduduki peperiksaan sebenar PMR untuk tahun
2007. Manakala untuk kertas soalan tahun 2007, pelajar terbabit dikehendaki
menanda semula jawapan yang telah dijawab dalam pepriksaan sebenar
setelah selesai menghadapi peperiksaan PMR pada tahun tersebut.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan
peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas 1 yang dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk tahun 2005, 2006 dan 2007. Dalam hal
ini, kajian rintis tidak dijalankan terhadap instrumen kajian memandangkan
instrumen tersebut telah diterima pakai di seluruh sekolah di Malaysia.
Pemilihan soalan berdasarkan tahun 2005, 2006 dan 2007 disebabkan pada
tahun 2005 bermulanya format baru peperiksaan PMR untuk soalan Bahasa
Melayu Kertas 1 dan Kertas 2 (Format Pentaksiran PMR 2005). Ini
bermaksud, soalansoalan sebelumnya adalah tidak sama dari segi formatnya
sama ada bilangan soalan, ataupun kandungan pemberatan soalan yang
berbeza. Pemilihan soalan yang sama formatnya bermula soalan tahun 2005,
2006 dan 2007 bertujuan untuk dibuat perbandingan taburan indeks kesukaran
antara soalan tersebut.
Sebelum analisis prestasi responden dilakukan, respons setiap pelajar
disemak berpandukan panduan pemarkahan yang telah disediakan. Data-data
yang diperolehi daripada respon 50 pelajar dimasukkan ke dalam perisian
Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 11.5 dan diproses
dengan menggunakan program Winsteps 3.63.0. Perisian ini membolehkan
analisis dijalankan tanpa perlu ujian normaliti kerana corak taburan data tidak
mempengaruhi hasil analisis (Linacre 2004). Pendekatan Model Rasch tidak
mengandaikan taburan normal bagi individu atau item bagi membolehkan
analisis dijalankan. Salah satu sifat yang paling penting Model Rasch ialah
objektiviti khususnya (Rasch 1977). Maksudnya, perbandingan antara dua
item tidak bergantung kepada aras kebolehan individu yang digunakan untuk
pengukuran aras kesukaran item dan perbandingan terhadap kebolehan dua
individu berbeza tidak bergantung kepada aras kesukaran item-item yang
diguna untuk mengukur kebolehan individu .
Model Rasch dipilih kerana model ini dapat menunjukkan dengan jelas
taburan kesukaran soalan dalam bentuk data dan graf. Menurut Linarce (1992)
dan Van der Linden, (1992), Model Rasch dipilih kerana item dan individu
diukur pada satu skala yang sama serta skor ujian adalah mencukupi untuk
analisis statistik Ini bermakna jika data serasi dengan model, maka skor ujian
mengandungi semua maklumat tentang kebolehan individu yang diuji lalu
menyebabkan pengelasan individu berdasarkan skor ujian adalah dijustifikasi.
Dalam Model Rasch kebarangkalian individu untuk menjawab sesuatu item
dengan betul bergantung kepada kebolehan individu tersebut dan kesukaran
item. Oleh itu, seseorang yang lebih berkebolehan mempunyai kebarangkalian
9
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
yang lebih besar untuk menjawab item itu dengan betul berbanding dengan
individu kebolehan rendah.
10
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
DAPATAN KAJIAN
Rajah 2 hingga 4 memperlihatkan taburan aras kesukaran dipadankan dengan
susunan dalam Taksonomi Bloom bermula dengan aras paling bawah dan
dikatakan mewakili aras kognitif paling mudah iaitu pengetahuan, diikuti
dengan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan paling sukar, penilaian. Aras
taksonomi ini disusun mengikut skala logit yang diperoleh daripada hasil
analisis Model Rasch yang juga menunjukkan bacaan paling atas skala adalah
item yang paling sukar. Manakala bacaan menghala ke bawah skala mewakili
soalan paling mudah.
Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2005
Rajah 2 menunjukkan taburan kesukaran item pada skala logit lebih tersebar
berbanding dengan taburan kebolehan kedudukan individu. Bacaan nilai logit
item tersebar pada kedudukan 4.00 logit hingga bacaan paling bawah -3.00
logit. Sedangkan kedudukan individu hanya tersebar pada kedudukan nilai
logit paling atas dengan bacaan 3.12 logit dan bacaan paling bawah -.17 nilai
logit. Hal ini menunjukkan item soalan tahun 2005 tersebar pada aras
kesukaran paling sukar pada bacaan 4.00 nilai lagit dan aras yang paling
mudah pada bacaan -3.00 nilai logit.
Kelihatan item juga banyak tertumpu berhampiran bacaan min item
(M / 0.00). Nilai min individu yang dihasilkan ialah 1.39 logit manakala min
item telah ditetapkan pada aras 0.00. Menurut Wright dan Masters (1982),
apabila nilai min kebolehan individu menghampiri nilai min bagi kesukaran
item (0.00 logit), menunjukkan item-item kajian bersesuaian atau berpadanan
dengan kebolehan individu. Jarak antara nilai logit min kebolehan individu
(1.39 logit) dengan nilai min bagi kesukaran item (0.00 logit) menunjukkan
kesukaran item Kertas 1 PMR tahun 2005 tidak tersebar kepada semua
kebolehan individu.
Dari segi taburan aras kesukaran dipadankan dengan susunan dalam
Taksonomi Bloom, nilai bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit
ialah 3.07 mewakili S2, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah
-2.74 mewakili S3. Didapati item bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom
dan bagi soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2005, kelihatan
item banyak bertumpu di kawasan domain aplikasi dan kefahaman. Kajian
ini memberi tumpuan kepada item paling sukar yang mewakili satu item (S2).
Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang
bermutu memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana)
dan 2 (sukar). Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk
sejumlah 40 item ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item
untuk soalan jenis sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar.
Berdasarkan Jadual 2, terdapat 12 soalan yang terletak pada aras pengetahuan
dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan
11
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
soalan tersebut mengikut skala logit ialah S3, S38, S31, S29, S24, S22, S12,
S37, S1, S18, S16 dan S11. Terdapat tiga item soalan yang berada pada aras
penilaian dan sintesis yang
12
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
dapat dikaitkan dengan soalan jenis sukar (S2, S28 dan S39). Selebihnya iaitu
sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam kumpulan sederhana.
INP
UT:
4
3
50 students 40
items
students
- MAP
<more> |
<rare>
+
s2
|
X |s28,
+
T|
XX|
|T
MEASURED:50
students 40 -
items
s3
9
items 2 CATS 3.64.2
Penilaian
Sintesis
2 +
XXXXXXXXX
|
| s35 s3
6 AnalisisXX
|
M|
XXX
XX
XXXXX
|
S
s40
ss6
s5
1 XXXXXX +
XX |
XXX S|
|
s33
s10 s3
2
s
3XXX | s13 s2
1
s
2
s9 Aplikasi
X |
X |
0 +M
X T|
s19
s20
s4
s2
s
7
|
|
|
s14
s17
s11
s1
5
s2
7
s1
s
2
5
s30
-1 + s18 Kefahaman
| s1 s3
| s12 s2
2
s
2
s29
-2 + s31
|
T
s38 Pengetahuan
-3 + s3
13
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
<less> | <frequ>
RAJAH 2. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom
Berdasarkan analisis yang dijalankan soalan paling sukar bagi tahun
2005 ialah soalan nombor 2. Soalan nombor 2 berdasarkan Kertas I PMR
tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Jawapan
yang dicadangkan untuk soalan 2 peperiksaan PMR tahun 2005 ialah A,
memandangkan ‘di’ merujuk kepada kata sendi nama yang merujuk kepada
tempat. Pengganggu dalam soalan ini amat berkesan sehingga tidak ada
pelajar yang menanda jawapan A untuk soalan tersebut. Soalan 2 untuk
peperiksaan PMR tahun 2005 adalah seperti berikut:
2. Ketua kelas itu menampalkan jadual
peperiksaan kenyataan kelas.
papan
A. di C. atas
B. pada D. kepada
Berdasarkan analisis, juga didapa
ti
soalan nombor 3 bagi tahun
peperiksaan 2005, iaitu soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar
dikatakan soalan paling mudah yang mana semua pelajar menjawab betul
bagi soalan tersebut. Cadangan jawapan bagi soalan 3 ialah D. Petikan soalan
3 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM
2006):
3. Peserta Bengkel Bahasa Melayu______________pandangan bagi
menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus.
A. berbantah-bantah C. berubah-ubah
B. berbalas-balas D. bertukar-tukar
Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2006
Merujuk Rajah 3, didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran,
bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi
(maksimum) pada skala logit dengan merujuk kembali Jadual 3 ialah 4.25
mewakili S1 1, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.28
mewakili S1 7 dan S2. Didapati item soalan PMR tahun 2006 lebih banyak
tertumpu pada aras domain aplikasi dan kefahaman dan hanya item S1 1 yang
berada pada aras penilaian. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal
pasti item paling sukar yang mewakili item (S1 1).
Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang
bermutu memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana)
dan 2 (sukar). Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk
sejumlah 40 item ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item
untuk soalan jenis sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar.
Berdasarkan Jadual 3, terdapat 14 soalan yang terletak pada aras pengetahuan
dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan
14
soalan tersebut mengikut
15
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
skala logit ialah S1, S12, S29, S9, S14, S34, S40, S5, S6, S28, S36, S7, S17 dan
S2. Hanya terdapat satu item soalan yang boleh dikaitkan dengan soalan
jenis sukar iaitu soalan yang berada pada aras penilaian dan sintesis (S1
1). Selebihnya iaitu sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam
kumpulan sederhana.
INPUT:50 students 40 items MEASURED: 50 students 40 items 2 CATS 3.64.2
16
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
Pengetahuan
students - MAP - items
<more> | <rare>
5 +
Penilaian
| s11
4 +
Sintesis
XXX
T|
XXX |
3 +
XX |
S|T
XXXX |
Analisis
XXXX | s26
2 + s37
XXXXXXX M|
XXXXXX |
XXXX | XXXXX |S s32
XXXXXXXXX S |
1 XX + s18 s3
X | s24 s27 s35
Aplikasi
| s15 s21
| s10
| s19
T| s16 s38
| s25 s30 s31 s8
|
0 +M s20 s22 s23 s4
| s13 s39
Kefahaman
| s33
| s1 s12 s29 s9
-1 +
| s14 s34 s40
|S
| s5 ss6
-2 +
| s28 s36 s7
17
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
-3 + s17 s2
<less>| <frequ>
RAJAH 3. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom
Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2006, didapati soalan
paling sukar ialah soalan nombor 11. Soalan nombor 11 berdasarkan Kertas I
Bahasa Melayu PMR, masih tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran
morfologi pelajar. Dalam soalan ini, pelajar dikehendaki memilih penggunaan
perkataan yang salah dari segi tatabahasa berdasarkan jawapan bergaris yang
bertanda A, B atau C. Jika semua perkataan dalam ayat tersebut didapati tidak
mengandungi kesalahan, pelajar dikehendaki memilih jawapan D. Jawapan
yang dicadangkan untuk soalan 11 ialah C, memandangkan ejaan yang betul
bagi perkataan ‘perkarangan’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007)
ialah ‘pekarangan’. Terdapat 5 orang daripada 50 orang yang menanda betul
untuk soalan ini. Petikan soalan 11 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I
untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):
Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di perkarangan
A B C
rumah Kak Hasnah sangat menarik perhatian kami. Tiada
kesalahan.
D
Hasil analisis didapati terdapat dua soalan yang dikatakan paling
mudah untuk tahun kajian 2006 iaitu soalan nombor 17 dan 2 (Rajah 3).
Semua pelajar menjawab betul untuk kedua-dua soalan ini. Kedudukan soalan
17 lebih hampir dengan garis logit, berbanding soalan 2. Perkara ini
menggambarkan soalan 17 lebih cenderung kepada Model Rasch berbanding
soalan 2. Soalan 17 menguji kemahiran sintaksis pelajar, iaitu pelajar
dikehendaki memilih pasangan ayat yang menggunakan huruf condong
dengan betul. Cadangan jawapan bagi soalan 17 ialah C iaitu untuk pasangan
jawapan III dan IV. Soalan 2 pula menguji kemahiran morfologi iaitu menguji
penggunaan kata ganda yang sesuai dalam ayat. Jawapan untuk soalan 2 ialah
C. Petikan soalan 17 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun
2006 ialah (LPM 2006):
I. Dia makan nasi itu dengan berseleranya hingga tidak
meninggalkan basi
II. Adik menunjukkan wajahnya yang basi setelah dimarahi oleh
abang.
III. Ani bernasib baik kerana tidak termakan kuih yang basi itu.
IV. Cerita yang disampaikannya kepada kami sudah basi.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
18
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
|
|S
Contoh petikan soalan 2 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I
untuk tahun 2006 adalah seperti berikut:
Kedengaran ________________ suara orang menjerit meminta tolong
ketika saya duduk bersendirian pada petang itu.
A. jauh-jauh C. sayup-sayup
B. jelas-jelas D. samar-samar
Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2007
Merujuk Rajah 4 didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran,
bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi
(maksimum) pada skala logit ialah 4.50 mewakili S20, manakala bacaan
paling bawah (minimum) ialah -2.75 mewakili S22. Didapati item soalan
PMR tahun 2007 lebih banyak tertumpu pada aras domain kefahaman dan
hanya item S20 yang berada pada aras penilaian. Kajian ini memberi
tumpuan kepada mengenal pasti item paling sukar yang mewakili item (S20).
Terdapat 17 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang
boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut
mengikut skala logit ialah S12, S32, S36, S14 S18, S33, S7, S1, S16, S2,
S28, S3, S30, S4, S31, S6 dan S22. Terdapat
19 soalan yang boleh dikaitkan dengan jenis sederhana (S25, S39, S34, S38,
S1 1, S35, S19, S5, S9, S26, S15, S21, S8, S29, S27, S10, S13, S17 dan
S24). Terdapat empat soalan boleh dikaitkan dengan soalan berbentuk sukar
(S20, S23, S40 dan S37).
Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2007, didapati soalan
paling sukar ialah soalan nombor 20. Soalan nombor 20 berdasarkan Kertas I
Bahasa Melayu PMR, tergolong dalam soalan yang menguji bidang sintaksis.
Soalan ini menghendaki pelajar menentukan bahagian bergaris pada soalan
sama ada mengandungi kesalahan ataupun tidak. Pelajar dikehendaki
memilih cadangan jawapan yang disediakan sama ada A, B dan C atau
memilih jawapan D jika ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan.
Jawapan yang dicadangkan untuk soalan
20 ialah D memandangkan kedudukan ayat tersebut perkataan ikut tidak
perlu dimasukkan sebarang imbuhan. Hanya terdapat dua orang yang
menjawab betul untuk soalan ini. Soalan 20 untuk tahun 2007 disisipkan
sebagaimana berikut:
Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya
dapat dielakkan.
A. Pandulah kenderaan mengikut peraturan
B. Memandulah kenderaan mengikut peraturan
C. Memandulah kenderaan ikut peraturan
D. Pandulah kenderaan ikut peraturan
Soalan nombor 22 bagi tahun peperiksaan 2007 merupakan soalan
yang paling mudah. Soalan yang menguji kemahiran sintaksis iaitu pelajar
dikehendaki memilih ayat-ayat yang mempunyai maksud sama ataupun
19
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
|
|S
maksud yang hampir sama dengan ayat yang dicetak tebal. Cadangan
jawapan bagi soalan 22 ialah B. Semua pelajar memilih B untuk soalan ini.
Pengganggu yang
20
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
|
|S
dikemukakan tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga semua pelajar
menjawab betul. Petikan soalan 22 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I
untuk tahun 2007 ialah (LPM 2007):
“Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,”
kata Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya.
A. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau
membuat kerja lain sewaktu saya sedang mengajar.
B. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau
membuat kerja lain semasa dia sedang mengajar.
C. Cikgu Rosnah berkata kepada murid-muridnya jangan
membuat kerja lain atau bercakap semasa cikgu sedang
mengajar.
D. Cikgu Rosnah berkata kamu jangan bercakap atau melakukan
kerja lain semasa dia mengajar murid-muridnya.
INP
UT:
5
50 students 40 items
MEASURED: 50
students - MAP -
items <more> |
<rare>
students 40
items
2 CATS 3.64.2
Penilaian| s20
4 +
|T
s4
0
|
3 + s37
X |
Sintesis
| s25
XXX T|
2 + s39
X |S
s34S|
XXXXXX |
XXXXXXXXX
X
| s38
| s35
1 XXXXX + s19
AnalisisXXXXX S| s5 s9
XXXX | s26
| s15
s2
1
s8
XXXX |
T| s29
| s27
0 +M
| s10
| s13 s1
7
Aplikasi
| s24
|
21
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
-1 + s12 s3 s36
| s14
| s18
s3
3
s7
Kefahaman
22
Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008
|
|S
-2 + s1 s16 s2 s28 s3
| s31 s30 s4 s6
|
-3 + s22 Pengetahuan
<less> | <frequ>
RAJAH 4. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Susunan dalam aras Taksonomi Bloom disusun secara menaik mengikut garis
logit pada graf pemetaan item-individu (Wright map) sehingga kepada aras
paling sukar iaitu penilaian. Setelah dibuat perbandingan antara taburan item
dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom didapati:
1. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2005 banyak bertumpu di
kawasan domain aplikasi dan sebahagian yang lain tertumpu pada
domain aplikasi, analisis dan kefahaman. Item yang lain didapati
bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi
(maksimum) pada skala logit ialah 3.07 mewakili S2, manakala
bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.74 mewakili S3.
2. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2006 juga banyak
tertumpu
pada domain aplikasi, analisis dan kefahaman dan item yang lain
bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan
aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi pada skala logit ialah
4.25 mewakili S1 1, manakala bacaan paling bawah ialah -2.28
mewakili S1 7 dan S2.
3. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2007 lebih banyak
tertumpu
atau berfokus di bahagian bawah skala logit iaitu pada domain
analisis dan kefahaman dan hanya satu item sahaja berada pada
aras paling tinggi iaitu S20 yang dikaitkan dengan aras penilaian.
Didapati juga item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran,
bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan
paling tinggi pada skala logit ialah 4.50 mewakili S20, manakala
bacaan paling bawah ialah -2.75 mewakili S22.
RUJUKAN
Abd Aziz Abd Talib. 2000. Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan
teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin. 200 1. Isu pengukuran dan penilaian
pendidikan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
23
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial.
Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
24
Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman
BhasahAbu Bakar. 2003. Asas pengukuran dalam bilik darjah. Tanjong Malim:
Quantum Books.
Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental
measurement in the humans sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates.
Bond, T.G. 2004. Validity and assesment: A Rasch measurement perpective.
Metodoligia de las Ciencias del Comportamiento, 5(2): 179-
194. http://www.faess.jcu.edu.au/dowmloads/bondValidity.pdf(10
Januari 2005)
Borg, R.W. & Gall D.M. 1989. Educational research: An introduction.5th
Edition. New York: Longman Inc
Hanizah Hamzah. 2007. Kebezaan kefungsian item berkaitan gender dalam
peperiksaan Matematik peringkat kebangsaan: kewujudan dan
perkaitan dengan jenis item. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kumar, R. 1996. Research methodology. Australia: Longman.
Linacre, J. M. 2004. Winstep Rasch measurement computer program.
Chicago: Winsteps.com.
Mohamad Sahari Nordin. 2008. Pengujian dan penaksiran di bilik darjah.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Rasch Measurement Transactions, 18:3. 2004. When does a gap between
measures matter? atas talian pada 17 November 2004.
htp:/www.209.41. 153/rmt/rmt32a.htm
Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan
penilaian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wiersma, W. 2000. Research methode in education. 7th Edition. Boston:
Allyn & Bacon.
Wright, B. D. & Linacre, J. M. C. 1989. Observations are always ordinal;
measurements, however, must be interval. Physical Medicine and
Rehabilitation, 70(12): 857-860
http://www.rasch.org/memo44.htm (8 Ogos 2004).
Wright, B. D. & Masters, G. N. 1982. Rating scale analysis. Chicago: MESA
Press.
Wright, B. D. & Stone, M. H. 1979. Best test design. Chicago: MESA Press,
2387 - 2396.
25

More Related Content

What's hot

Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajarandaniadarweesy
 
Contoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek InovasiContoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek InovasiRofellafrista
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang Brtish
RPH SEJARAH TAHUN 5  Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang BrtishRPH SEJARAH TAHUN 5  Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang Brtish
RPH SEJARAH TAHUN 5 Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang BrtishSherly Jewinly
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Sherly Jewinly
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid No Name
 
Rph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRanjini Valauthan
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
 
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaan
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaanPentadbiran ujian-dan-peperiksaan
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaanDarshini Ganesan
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
UJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM
UJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOMUJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM
UJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOMNuraz Ramli
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikMohd Halim
 

What's hot (20)

Bloom
BloomBloom
Bloom
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Rubrik
RubrikRubrik
Rubrik
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
Contoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek InovasiContoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
Contoh Kertas Cadangan Projek Inovasi
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang Brtish
RPH SEJARAH TAHUN 5  Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang BrtishRPH SEJARAH TAHUN 5  Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang Brtish
RPH SEJARAH TAHUN 5 Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang Brtish
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid
 
Rph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulis
 
Klasifikasi ujian 2
Klasifikasi ujian 2Klasifikasi ujian 2
Klasifikasi ujian 2
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaan
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaanPentadbiran ujian-dan-peperiksaan
Pentadbiran ujian-dan-peperiksaan
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
UJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM
UJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOMUJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM
UJIAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM
 
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematikTeknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik
 

Similar to Soalan bloom

Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
79 92 zuraini & sukor
79 92 zuraini & sukor79 92 zuraini & sukor
79 92 zuraini & sukorNaa Sa
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikAtiqah Aizan
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifikmuhammadakbarzahidi
 
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajar
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajarKesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajar
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajarsiti zuraida
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan reportPentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan reportWana Ariza
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
Slideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessmentSlideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessmentDyg Khairunnisa
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 

Similar to Soalan bloom (20)

Kesukaran item bm
Kesukaran item bmKesukaran item bm
Kesukaran item bm
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Article 6
Article 6Article 6
Article 6
 
60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran
 
cabis
cabiscabis
cabis
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
79 92 zuraini & sukor
79 92 zuraini & sukor79 92 zuraini & sukor
79 92 zuraini & sukor
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
 
Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
 
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajar
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajarKesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajar
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya belajar
 
Penilaian
PenilaianPenilaian
Penilaian
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan reportPentaksiran berorientasikan peperiksaan report
Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Slideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessmentSlideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessment
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 

Soalan bloom

  • 1. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASAMELAYU BERDASARKAN MODELRASCH Zamri Mahamod, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor. d-zam@ukm.my, 019-3952626 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengukur ketepatan Model Rasch dalam mengukur item soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah dari tahun 2005 – 2007 serta dan mengaitkannya dengan aras Taksonomi Bloom. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan pada tahun 2007. Kumpulan pelajar ini menjawab soalan peperiksaan tahun 2005 dan 2006 sebelum menduduki peperiksaan sebenar, manakala jawapan soalan tahun 2007 diperoleh selepas pelajar menduduki peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Data kajian diproses dalam perisian SPSS versi 11.5 dan seterusnya dianalisis menggunakan program Winsteps 3.57.2 yang mengaplikasikan Model Analisis Rasch. Hasil analisis menunjukkan taburan kesukaran item bagi soalan PMR 2005, 2006 dan 2007 mencapai aras 1.00, iaitu menunjukkan nilai kesahan yang sangat tinggi. Indeks kebolehpercayaan item yang dihasilkan juga menunjukkan nilai yang sangat boleh dipercayai iaitu melebihi 0.80. Tahun 2005 menunjukkan nilai 0.82 , tahun 2006 (0.84) dan tahun 2007 (0.92). Item kajian pada tahun 2005 tersebar pada skala logit aras maksimum (3.07), minimum (-2.74), tahun 2006 maksimum (4.25), minimum (-2.28), dan tahun 2007 maksimum (4.50), minimum (-2.75). Aras kesukaran item kajian tersebar mengikut kedudukan aras Taksonomi Bloom berdasarkan terdapatnya taburan item paling sukar dan paling mudah serta lebihan soalan yang lain berada dalam kategori sederhana. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan peperiksaan PMR Kertas I Bahasa Melayu untuk tahun 2005, 2006 dan 2007 benar-benar dapat menguji tahap kebolehan kepelbagaian pelajar berdasarkan aras taburan kesukaran item yang ditunjukkan. Abstract: The purposes of this study are to measure the item difficulty of the questions of Bahasa Melayu Paper 1, Penilaian Menengah Rendah (PMR) year 2005, 2006 and 2007 and to relate it with the Taxonomy Bloom item difficulty level. The subjects are 50 form 3 students who sat for the examination in year 2007. These subjects have sat for an examination in the year 2005 and 2006 before sitting for the actual examination and the answers obtained for this research was from the actual examination sat in the year 2007. The data is processed with the SPSS system, version 11.5 and 1
  • 2. it is analyzed with the use of the Winsteps 3.57.2 program. The validity and reliability was tested through Rasch Analysis Model. The results of the analysis shows the Infit MNSQ value for
  • 3. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman the year 2005, 2006 and 2007 reaches a very high validity level of 1.00. The reliability index proves a very high value which is above .80. Examination item of the year 2005, the reliability index shows 0.82, year 2006 (0.84) and year 2007 (0.92). Examination item of the year 2005 shows the maximum logit scale of (3.07), minimum scale is (-1. 74), and year 2006 the maximum scale is (4.25), minimum is (-2.28) and year 2007 maximum scale is (4.50), and minimum is (- 2.75). Taken as a whole, item difficulty of this research as according to the level of Taxonomy Bloom, it proves that the items are categorized as most difficult items, easiest items and the remainder items are in the medium category. By conclusion, the results of this study proves that the Bahasa Melayu Paper 1, PMR examination of the year 2005, 2006 and 2007 is valid in testing students proficiency as according to the level of item difficulty. PENGENALAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan dan perpaduan antara kaum di negara ini (Abd. Aziz 2000). Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 2001). Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan pelajar untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Pelajar mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Kajian ini secara keseluruhannya ada kaitan dengan item soalan yang digunakan dalam peperiksaan awam di Malaysia serta penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah rendah. Kajian ini melibatkan soalan Kertas 1 Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah (PMR) melibatkan tahun 2005, 2006 dan 2007. PERNYATAAN MASALAH Dalam sistem pendidikan negara kita yang bertumpukan kepada peperiksaan awam dan ujian-ujian di sekolah, tumpuan utama adalah kepada kemahiran 3
  • 4. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman 3M 4
  • 5. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 (membaca, menulis dan mengira). Asas penilaian adalah kepada kertas-kertas penilaian berupa item-item yang perlu dijawab oleh pelajar. Item-item dalam sesuatu instrumen ialah satu inti pati penting bagi menjalankan sesuatu pengujian dan pengukuran. Sekolah yang menghasilkan peratus kelulusan yang tinggi akan terus dicanangkan sebagai sekolah yang berkualiti. Kecemerlangan seseorang guru pula dikaitkan dengan bilangan muridnya yang mendapat gred A. Oleh itu, kualiti setiap soalan atau item wajar dinilai semula selepas sesuatu ujian itu diadakan (Mohamad Sahar 2008). Terdapat berbagai-bagai cara untuk menilai item yang telah diuji, salah satunya dikenali sebagai analisis item. Hasil daripada proses analisis item akan memperoleh maklumat tentang kualiti soalan yang telah digunakan. Maklumat ini menyumbang kepada usaha membentuk ujian yang boleh dipercayai. Analisis ini juga akan menunjukkan tahap kesukaran dan tahap diskriminasi sesuatu soalan tertentu. Item-item yang disahkan baik dan berkualiti boleh disimpan dalam bank soalan yang diwujudkan peringkat sekolah. Usaha sebegini akan mengurangkan risiko kebergantungan kepada soalan-soalan yang diperoleh secara tidak sah yang boleh dipertikai dari segi mutu dan kualitinya. Hasil yang diharapkan, mutu ujian yang dijalankan benar- benar dapat menguji pelajar serta menghasilkan keputusan yang betul-betul boleh dipercayai. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui taburan aras kesukaran item soalan Bahasa Melayu Kertas 1 Peperiksaan PMR, iaitu salah satu peperiksaan peringkat kebangsaan yang perlu diduduki oleh pelajar pada akhir tahun pembelajaran tingkatan tiga. Banyak kajian yang dihasilkan mengaitkan faktor-faktor yang berkaitan pelajar, guru dan sekolah dengan pencapaian. Pengkaji berhasrat untuk menyumbangkan maklumat dengan memberi fokus kepada alat pengukuran berasaskan Model Rasch yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar. Kaedah Rasch dapat menunjukkan satu pola perkaitan antara individu yang dikaji dengan item dalam soalan kajian, yang mana pola sebegini tidak dapat ditunjukkan melalui kaedah pengukuran biasa yang digunakan sebelum ini. Tidak terdapat kajian sebelum ini yang memberi fokus kepada perkaitan antara kebolehan individu dengan aras kesukaran soalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan kertas I peringkat peperiksaan PMR memandangkan peperiksaan tersebut hanya merangkumi soalan obj ektif aneka pilihan yang boleh memberi kesahan yang tinggi (Abd. Rashid & Siti Rahayah 2001). Menurut Kumar (1996), kajian tinjauan biasanya dijalankan apabila pengkaji ingin meneroka isu baru atau membangunkan, memurnikan, menguji alat dan prosedur pengukuran. Pengkaji melakukan kajian secara tinjauan kerana belum ada maklumat awal tentang perkaitan soalan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR, iaitu salah satu peperiksaan kebangsaan Malaysia yang diduduki oleh pelajar dalam tingkatan tiga pada akhir pembelajarannnya. Bagi mencapai tujuan kajian, item-item dalam kertas soalan peperiksaan PMR dianalis untuk mencari bukti yang menunjukkan aras kesukaran item yang diketengahkan sebagai masalah dalam kajian ini. Instrumen kajian yang utama ialah kertas soalan PMR untuk 5
  • 6. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 bagi tahun 2005, 2006 dan 2007. 6
  • 7. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat taburan kesukaran item soalan Bahasa Melayu PMR Kertas I tahun 2005, 2006 dan 2007 dan akan dibuat satu perbandingan berdasarkan susunan aras Taksonomi Bloom. Secara khusus, tujuan kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 2. Mengenal pasti taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007. 3. Mengenal pasti bentuk-bentuk soalan yang sukar bagi peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dan kaitannya dengan Taksonomi Bloom. PERSOALAN KAJIAN Dalam melengkapkan kajian ini, tiga persoalan kajian ditimbulkan untuk mendapatkan jawapan yang pasti seperti berikut: 1. Apakah kesahan dan kebolehpercayaan item soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 menepati Model Rasch? 2. Apakah taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007? 3. Apakah kaitan aras kesukaran soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dengan aras Taksonomi Bloom? METODOLOGI Pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul dan menganalisis data. Menurut Wiersma (2000), kaedah penyelidikan kuantitatif dijalankan untuk menentukan perkaitan, kesan dan punca sesuatu fenomena. Pengkaji menggunakan data kuantitatif untuk mengemukakan bukti emperikal serta meneroka perkara-perkara lain yang boleh dikaitkan dengan fenomena aras kesukaran item. Dalam kajian ini, data kuantiatif dikumpul dengan menggunakan kertas soalan PMR Bahasa Melayu Kertas 1. Data dianalisis secara deskriptif untuk menghuraikan prestasi kumpulan kajian dan prestasi setiap item ujian. Kumar (1996) menyatakan, setiap statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan sesuatu keadaan, permasalahan dan fenomena secara sistematik. Pengkaji menggunakan statistik deskriptif (purata, kekerapan, peratusan, julat dan sisihan lazim) untuk menghuraikan ciri-ciri dan prestasi item ujian. Bagi mencapai tujuan kajian, item-item dalam kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dianlisis. 7
  • 8. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman Populasi kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tngkatan 3 di daerah Bachok, Kelantan. Pelajar-pelajar ini yang dipilih secara rawak, dikehendaki menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 PMR untuk tahun 2005, 8
  • 9. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 2006 dan 2007. Pelajar terlibat adalah pelajar yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2007. Pelajar terbabit dikehendaki menjawab soalan peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas 1 untuk tahun 2005 dan 2006 sebelum menghadapi peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Pelajar-pelajar ini, menjawab soalansoalan tersebut setelah selesai sukatan pelajaran menengah rendah, iaitu sebelum pelajar menduduki peperiksaan sebenar PMR untuk tahun 2007. Manakala untuk kertas soalan tahun 2007, pelajar terbabit dikehendaki menanda semula jawapan yang telah dijawab dalam pepriksaan sebenar setelah selesai menghadapi peperiksaan PMR pada tahun tersebut. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas 1 yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk tahun 2005, 2006 dan 2007. Dalam hal ini, kajian rintis tidak dijalankan terhadap instrumen kajian memandangkan instrumen tersebut telah diterima pakai di seluruh sekolah di Malaysia. Pemilihan soalan berdasarkan tahun 2005, 2006 dan 2007 disebabkan pada tahun 2005 bermulanya format baru peperiksaan PMR untuk soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2 (Format Pentaksiran PMR 2005). Ini bermaksud, soalansoalan sebelumnya adalah tidak sama dari segi formatnya sama ada bilangan soalan, ataupun kandungan pemberatan soalan yang berbeza. Pemilihan soalan yang sama formatnya bermula soalan tahun 2005, 2006 dan 2007 bertujuan untuk dibuat perbandingan taburan indeks kesukaran antara soalan tersebut. Sebelum analisis prestasi responden dilakukan, respons setiap pelajar disemak berpandukan panduan pemarkahan yang telah disediakan. Data-data yang diperolehi daripada respon 50 pelajar dimasukkan ke dalam perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 11.5 dan diproses dengan menggunakan program Winsteps 3.63.0. Perisian ini membolehkan analisis dijalankan tanpa perlu ujian normaliti kerana corak taburan data tidak mempengaruhi hasil analisis (Linacre 2004). Pendekatan Model Rasch tidak mengandaikan taburan normal bagi individu atau item bagi membolehkan analisis dijalankan. Salah satu sifat yang paling penting Model Rasch ialah objektiviti khususnya (Rasch 1977). Maksudnya, perbandingan antara dua item tidak bergantung kepada aras kebolehan individu yang digunakan untuk pengukuran aras kesukaran item dan perbandingan terhadap kebolehan dua individu berbeza tidak bergantung kepada aras kesukaran item-item yang diguna untuk mengukur kebolehan individu . Model Rasch dipilih kerana model ini dapat menunjukkan dengan jelas taburan kesukaran soalan dalam bentuk data dan graf. Menurut Linarce (1992) dan Van der Linden, (1992), Model Rasch dipilih kerana item dan individu diukur pada satu skala yang sama serta skor ujian adalah mencukupi untuk analisis statistik Ini bermakna jika data serasi dengan model, maka skor ujian mengandungi semua maklumat tentang kebolehan individu yang diuji lalu menyebabkan pengelasan individu berdasarkan skor ujian adalah dijustifikasi. Dalam Model Rasch kebarangkalian individu untuk menjawab sesuatu item dengan betul bergantung kepada kebolehan individu tersebut dan kesukaran item. Oleh itu, seseorang yang lebih berkebolehan mempunyai kebarangkalian 9
  • 10. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman yang lebih besar untuk menjawab item itu dengan betul berbanding dengan individu kebolehan rendah. 10
  • 11. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 DAPATAN KAJIAN Rajah 2 hingga 4 memperlihatkan taburan aras kesukaran dipadankan dengan susunan dalam Taksonomi Bloom bermula dengan aras paling bawah dan dikatakan mewakili aras kognitif paling mudah iaitu pengetahuan, diikuti dengan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan paling sukar, penilaian. Aras taksonomi ini disusun mengikut skala logit yang diperoleh daripada hasil analisis Model Rasch yang juga menunjukkan bacaan paling atas skala adalah item yang paling sukar. Manakala bacaan menghala ke bawah skala mewakili soalan paling mudah. Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2005 Rajah 2 menunjukkan taburan kesukaran item pada skala logit lebih tersebar berbanding dengan taburan kebolehan kedudukan individu. Bacaan nilai logit item tersebar pada kedudukan 4.00 logit hingga bacaan paling bawah -3.00 logit. Sedangkan kedudukan individu hanya tersebar pada kedudukan nilai logit paling atas dengan bacaan 3.12 logit dan bacaan paling bawah -.17 nilai logit. Hal ini menunjukkan item soalan tahun 2005 tersebar pada aras kesukaran paling sukar pada bacaan 4.00 nilai lagit dan aras yang paling mudah pada bacaan -3.00 nilai logit. Kelihatan item juga banyak tertumpu berhampiran bacaan min item (M / 0.00). Nilai min individu yang dihasilkan ialah 1.39 logit manakala min item telah ditetapkan pada aras 0.00. Menurut Wright dan Masters (1982), apabila nilai min kebolehan individu menghampiri nilai min bagi kesukaran item (0.00 logit), menunjukkan item-item kajian bersesuaian atau berpadanan dengan kebolehan individu. Jarak antara nilai logit min kebolehan individu (1.39 logit) dengan nilai min bagi kesukaran item (0.00 logit) menunjukkan kesukaran item Kertas 1 PMR tahun 2005 tidak tersebar kepada semua kebolehan individu. Dari segi taburan aras kesukaran dipadankan dengan susunan dalam Taksonomi Bloom, nilai bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit ialah 3.07 mewakili S2, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.74 mewakili S3. Didapati item bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom dan bagi soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2005, kelihatan item banyak bertumpu di kawasan domain aplikasi dan kefahaman. Kajian ini memberi tumpuan kepada item paling sukar yang mewakili satu item (S2). Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang bermutu memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana) dan 2 (sukar). Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk sejumlah 40 item ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item untuk soalan jenis sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar. Berdasarkan Jadual 2, terdapat 12 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan 11
  • 12. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman soalan tersebut mengikut skala logit ialah S3, S38, S31, S29, S24, S22, S12, S37, S1, S18, S16 dan S11. Terdapat tiga item soalan yang berada pada aras penilaian dan sintesis yang 12
  • 13. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 dapat dikaitkan dengan soalan jenis sukar (S2, S28 dan S39). Selebihnya iaitu sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam kumpulan sederhana. INP UT: 4 3 50 students 40 items students - MAP <more> | <rare> + s2 | X |s28, + T| XX| |T MEASURED:50 students 40 - items s3 9 items 2 CATS 3.64.2 Penilaian Sintesis 2 + XXXXXXXXX | | s35 s3 6 AnalisisXX | M| XXX XX XXXXX | S s40 ss6 s5 1 XXXXXX + XX | XXX S| | s33 s10 s3 2 s 3XXX | s13 s2 1 s 2 s9 Aplikasi X | X | 0 +M X T| s19 s20 s4 s2 s 7 | | | s14 s17 s11 s1 5 s2 7 s1 s 2 5 s30 -1 + s18 Kefahaman | s1 s3 | s12 s2 2 s 2 s29 -2 + s31 | T s38 Pengetahuan -3 + s3 13
  • 14. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman <less> | <frequ> RAJAH 2. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom Berdasarkan analisis yang dijalankan soalan paling sukar bagi tahun 2005 ialah soalan nombor 2. Soalan nombor 2 berdasarkan Kertas I PMR tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 2 peperiksaan PMR tahun 2005 ialah A, memandangkan ‘di’ merujuk kepada kata sendi nama yang merujuk kepada tempat. Pengganggu dalam soalan ini amat berkesan sehingga tidak ada pelajar yang menanda jawapan A untuk soalan tersebut. Soalan 2 untuk peperiksaan PMR tahun 2005 adalah seperti berikut: 2. Ketua kelas itu menampalkan jadual peperiksaan kenyataan kelas. papan A. di C. atas B. pada D. kepada Berdasarkan analisis, juga didapa ti soalan nombor 3 bagi tahun peperiksaan 2005, iaitu soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar dikatakan soalan paling mudah yang mana semua pelajar menjawab betul bagi soalan tersebut. Cadangan jawapan bagi soalan 3 ialah D. Petikan soalan 3 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006): 3. Peserta Bengkel Bahasa Melayu______________pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus. A. berbantah-bantah C. berubah-ubah B. berbalas-balas D. bertukar-tukar Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2006 Merujuk Rajah 3, didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit dengan merujuk kembali Jadual 3 ialah 4.25 mewakili S1 1, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.28 mewakili S1 7 dan S2. Didapati item soalan PMR tahun 2006 lebih banyak tertumpu pada aras domain aplikasi dan kefahaman dan hanya item S1 1 yang berada pada aras penilaian. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti item paling sukar yang mewakili item (S1 1). Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang bermutu memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana) dan 2 (sukar). Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk sejumlah 40 item ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item untuk soalan jenis sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar. Berdasarkan Jadual 3, terdapat 14 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan 14
  • 16. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 skala logit ialah S1, S12, S29, S9, S14, S34, S40, S5, S6, S28, S36, S7, S17 dan S2. Hanya terdapat satu item soalan yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis sukar iaitu soalan yang berada pada aras penilaian dan sintesis (S1 1). Selebihnya iaitu sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam kumpulan sederhana. INPUT:50 students 40 items MEASURED: 50 students 40 items 2 CATS 3.64.2 16
  • 17. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 Pengetahuan students - MAP - items <more> | <rare> 5 + Penilaian | s11 4 + Sintesis XXX T| XXX | 3 + XX | S|T XXXX | Analisis XXXX | s26 2 + s37 XXXXXXX M| XXXXXX | XXXX | XXXXX |S s32 XXXXXXXXX S | 1 XX + s18 s3 X | s24 s27 s35 Aplikasi | s15 s21 | s10 | s19 T| s16 s38 | s25 s30 s31 s8 | 0 +M s20 s22 s23 s4 | s13 s39 Kefahaman | s33 | s1 s12 s29 s9 -1 + | s14 s34 s40 |S | s5 ss6 -2 + | s28 s36 s7 17
  • 18. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman -3 + s17 s2 <less>| <frequ> RAJAH 3. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2006, didapati soalan paling sukar ialah soalan nombor 11. Soalan nombor 11 berdasarkan Kertas I Bahasa Melayu PMR, masih tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Dalam soalan ini, pelajar dikehendaki memilih penggunaan perkataan yang salah dari segi tatabahasa berdasarkan jawapan bergaris yang bertanda A, B atau C. Jika semua perkataan dalam ayat tersebut didapati tidak mengandungi kesalahan, pelajar dikehendaki memilih jawapan D. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 11 ialah C, memandangkan ejaan yang betul bagi perkataan ‘perkarangan’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah ‘pekarangan’. Terdapat 5 orang daripada 50 orang yang menanda betul untuk soalan ini. Petikan soalan 11 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006): Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di perkarangan A B C rumah Kak Hasnah sangat menarik perhatian kami. Tiada kesalahan. D Hasil analisis didapati terdapat dua soalan yang dikatakan paling mudah untuk tahun kajian 2006 iaitu soalan nombor 17 dan 2 (Rajah 3). Semua pelajar menjawab betul untuk kedua-dua soalan ini. Kedudukan soalan 17 lebih hampir dengan garis logit, berbanding soalan 2. Perkara ini menggambarkan soalan 17 lebih cenderung kepada Model Rasch berbanding soalan 2. Soalan 17 menguji kemahiran sintaksis pelajar, iaitu pelajar dikehendaki memilih pasangan ayat yang menggunakan huruf condong dengan betul. Cadangan jawapan bagi soalan 17 ialah C iaitu untuk pasangan jawapan III dan IV. Soalan 2 pula menguji kemahiran morfologi iaitu menguji penggunaan kata ganda yang sesuai dalam ayat. Jawapan untuk soalan 2 ialah C. Petikan soalan 17 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006): I. Dia makan nasi itu dengan berseleranya hingga tidak meninggalkan basi II. Adik menunjukkan wajahnya yang basi setelah dimarahi oleh abang. III. Ani bernasib baik kerana tidak termakan kuih yang basi itu. IV. Cerita yang disampaikannya kepada kami sudah basi. A. I dan II C. III dan IV B. II dan III D. I dan IV 18
  • 19. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 | |S Contoh petikan soalan 2 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 adalah seperti berikut: Kedengaran ________________ suara orang menjerit meminta tolong ketika saya duduk bersendirian pada petang itu. A. jauh-jauh C. sayup-sayup B. jelas-jelas D. samar-samar Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2007 Merujuk Rajah 4 didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit ialah 4.50 mewakili S20, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.75 mewakili S22. Didapati item soalan PMR tahun 2007 lebih banyak tertumpu pada aras domain kefahaman dan hanya item S20 yang berada pada aras penilaian. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti item paling sukar yang mewakili item (S20). Terdapat 17 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut mengikut skala logit ialah S12, S32, S36, S14 S18, S33, S7, S1, S16, S2, S28, S3, S30, S4, S31, S6 dan S22. Terdapat 19 soalan yang boleh dikaitkan dengan jenis sederhana (S25, S39, S34, S38, S1 1, S35, S19, S5, S9, S26, S15, S21, S8, S29, S27, S10, S13, S17 dan S24). Terdapat empat soalan boleh dikaitkan dengan soalan berbentuk sukar (S20, S23, S40 dan S37). Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2007, didapati soalan paling sukar ialah soalan nombor 20. Soalan nombor 20 berdasarkan Kertas I Bahasa Melayu PMR, tergolong dalam soalan yang menguji bidang sintaksis. Soalan ini menghendaki pelajar menentukan bahagian bergaris pada soalan sama ada mengandungi kesalahan ataupun tidak. Pelajar dikehendaki memilih cadangan jawapan yang disediakan sama ada A, B dan C atau memilih jawapan D jika ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 20 ialah D memandangkan kedudukan ayat tersebut perkataan ikut tidak perlu dimasukkan sebarang imbuhan. Hanya terdapat dua orang yang menjawab betul untuk soalan ini. Soalan 20 untuk tahun 2007 disisipkan sebagaimana berikut: Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. A. Pandulah kenderaan mengikut peraturan B. Memandulah kenderaan mengikut peraturan C. Memandulah kenderaan ikut peraturan D. Pandulah kenderaan ikut peraturan Soalan nombor 22 bagi tahun peperiksaan 2007 merupakan soalan yang paling mudah. Soalan yang menguji kemahiran sintaksis iaitu pelajar dikehendaki memilih ayat-ayat yang mempunyai maksud sama ataupun 19
  • 20. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 | |S maksud yang hampir sama dengan ayat yang dicetak tebal. Cadangan jawapan bagi soalan 22 ialah B. Semua pelajar memilih B untuk soalan ini. Pengganggu yang 20
  • 21. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 | |S dikemukakan tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga semua pelajar menjawab betul. Petikan soalan 22 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2007 ialah (LPM 2007): “Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,” kata Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya. A. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu saya sedang mengajar. B. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain semasa dia sedang mengajar. C. Cikgu Rosnah berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau bercakap semasa cikgu sedang mengajar. D. Cikgu Rosnah berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia mengajar murid-muridnya. INP UT: 5 50 students 40 items MEASURED: 50 students - MAP - items <more> | <rare> students 40 items 2 CATS 3.64.2 Penilaian| s20 4 + |T s4 0 | 3 + s37 X | Sintesis | s25 XXX T| 2 + s39 X |S s34S| XXXXXX | XXXXXXXXX X | s38 | s35 1 XXXXX + s19 AnalisisXXXXX S| s5 s9 XXXX | s26 | s15 s2 1 s8 XXXX | T| s29 | s27 0 +M | s10 | s13 s1 7 Aplikasi | s24 | 21
  • 22. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman -1 + s12 s3 s36 | s14 | s18 s3 3 s7 Kefahaman 22
  • 23. Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008 | |S -2 + s1 s16 s2 s28 s3 | s31 s30 s4 s6 | -3 + s22 Pengetahuan <less> | <frequ> RAJAH 4. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Susunan dalam aras Taksonomi Bloom disusun secara menaik mengikut garis logit pada graf pemetaan item-individu (Wright map) sehingga kepada aras paling sukar iaitu penilaian. Setelah dibuat perbandingan antara taburan item dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom didapati: 1. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2005 banyak bertumpu di kawasan domain aplikasi dan sebahagian yang lain tertumpu pada domain aplikasi, analisis dan kefahaman. Item yang lain didapati bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit ialah 3.07 mewakili S2, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.74 mewakili S3. 2. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2006 juga banyak tertumpu pada domain aplikasi, analisis dan kefahaman dan item yang lain bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi pada skala logit ialah 4.25 mewakili S1 1, manakala bacaan paling bawah ialah -2.28 mewakili S1 7 dan S2. 3. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2007 lebih banyak tertumpu atau berfokus di bahagian bawah skala logit iaitu pada domain analisis dan kefahaman dan hanya satu item sahaja berada pada aras paling tinggi iaitu S20 yang dikaitkan dengan aras penilaian. Didapati juga item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi pada skala logit ialah 4.50 mewakili S20, manakala bacaan paling bawah ialah -2.75 mewakili S22. RUJUKAN Abd Aziz Abd Talib. 2000. Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin. 200 1. Isu pengukuran dan penilaian pendidikan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. 23
  • 24. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. 24
  • 25. Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman BhasahAbu Bakar. 2003. Asas pengukuran dalam bilik darjah. Tanjong Malim: Quantum Books. Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the humans sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Bond, T.G. 2004. Validity and assesment: A Rasch measurement perpective. Metodoligia de las Ciencias del Comportamiento, 5(2): 179- 194. http://www.faess.jcu.edu.au/dowmloads/bondValidity.pdf(10 Januari 2005) Borg, R.W. & Gall D.M. 1989. Educational research: An introduction.5th Edition. New York: Longman Inc Hanizah Hamzah. 2007. Kebezaan kefungsian item berkaitan gender dalam peperiksaan Matematik peringkat kebangsaan: kewujudan dan perkaitan dengan jenis item. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kumar, R. 1996. Research methodology. Australia: Longman. Linacre, J. M. 2004. Winstep Rasch measurement computer program. Chicago: Winsteps.com. Mohamad Sahari Nordin. 2008. Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Rasch Measurement Transactions, 18:3. 2004. When does a gap between measures matter? atas talian pada 17 November 2004. htp:/www.209.41. 153/rmt/rmt32a.htm Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Wiersma, W. 2000. Research methode in education. 7th Edition. Boston: Allyn & Bacon. Wright, B. D. & Linacre, J. M. C. 1989. Observations are always ordinal; measurements, however, must be interval. Physical Medicine and Rehabilitation, 70(12): 857-860 http://www.rasch.org/memo44.htm (8 Ogos 2004). Wright, B. D. & Masters, G. N. 1982. Rating scale analysis. Chicago: MESA Press. Wright, B. D. & Stone, M. H. 1979. Best test design. Chicago: MESA Press, 2387 - 2396. 25