SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
1.0 Pengenalan
Kejayaan sesuatu sistem pendidikan dinilai melalui tahap pembelajaran dan
perkembangan pelajar semasa mereka melalui sistem tersebut (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013a). Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik
darjah merupakan komponen yang paling sesuai untuk menguji tahap pembelajaran
dan perkembangan pelajar. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahan pelajar secara berterusan (Noor Azreen dan Sulaiman, 2013a).
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada
perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Jamil, 2011).
Pentaksiran ialah pelbagai prosedur untuk mendapatkan informasi tentang tahap
prestasi seseorang pelajar (Azman, 2014). Airasian (2004) menyatakan bahawa
pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interpretasi maklumat di mana
pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru
dalam membuat keputusan pembelajaran.
Penilaian, pengukuran dan pengujian merupakan komponen-komponen
penting dalam pentaksiran. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah ini mempunyai
makna yang lebih spesifik dan mempunyai perbezaan antara satu sama lain.
Pengujian mempunyai maksud yang lebih sempit dan khusus. Nordin (2011a)
menyatakan bahawa pengujian adalah prosedur yang sistematik untuk mengukur
tingkah laku seseorang terhadap pembelajarannya. Menurut Hart (1994), ujian
merupakan alat pengukuran untuk mentaksir dan merekod pembelajaran pelajar.
Pengujian adalah cara yang biasa digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pelajar.
Manakala pengukuran mempunyai maksud yang lebih luas daripada pengujian.
Pengukuran ialah suatu proses di mana kita memperolehi huraian secara perangkaan
tentang sesuatu ciri yang dimiliki oleh seseorang individu (Azman, 2014a). Nordin
(2011b) menyatakan bahawa pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan nilai
kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelalajar dalam
pembelajaran.
Penilaian pula adalah proses memperolehi maklumat dan menggunakannya
untuk membuat pentafsiran dan keputusan (Nordin, 2011c). Menurut Azman (2014b),
dalam bilik darjah, penilaian merupakan suatu proses yang sistematik untuk
menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Secara
ringkasnya, penilaian merangkumi tugas menguji dan mengukur.
Sebagai contoh, guru menjalankan ujian bertulis untuk menguji pelajar.
Manakala proses mengukur pencapaian dilakukan apabila guru memberi markah 72%
dan gred B kepada seorang pelajar. Proses menilai pula berlaku apabila guru
memberitahu pelajar tersebut bahawa usahanya baik dan mendapat keputusan yang
cemerlang.
2.0 Pentaksiran Tradisional
Pentaksiran tradisional adalah pentaksiran yang telah lama digunakan untuk menguji
pencapaian pelajar di negara kita. Peperiksaan merupakan kaedah utama yang
digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia
untuk tempoh lebih daripada 50 tahun (Rohaya Talib, 2009). Pentaksiran tradisional
merupakan pentaksiran berbentuk pensil dan kertas atau lebih dikenali sebagai ujian
bertulis. Pentaksiran ini memerlukan calon untuk menguasai kemahiran membaca
arahan, kefahaman soalan dan kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis.
Pentaksiran tradisional biasanya diamalkan dalam bilik darjah secara blok
masa dan mempunyai tempoh tertentu. Pentaksiran ini sesuai ditadbir secara ramai
dan menguji bidang secara luas. Contohnya, ujian Matematik dijalankan selama 2 jam
dan menguji daripada bab 1 hingga bab 4.
Peperiksaan atau ujian bertulis merupakan kaedah yang digunakan dalam
proses pentaksiran tradisional. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa
siri ujian yang terancang untuk menguji keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Oleh itu, peperiksaan hanya sesuai digunakan untuk mentaksir
domain kognitif sahaja iaitu kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu
domain afektif dan domain psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah
peperiksaan. Perkara-perkara berkaitan emosi dan aktiviti fizikal tidak dapat ditaksir
menggunakan pentaksiran tradisional.
Menurut Kalam (2011a), peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana
tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan
peningkatan potensi pelajar. Pentaksiran tradisional juga gagal kerana tidak
mengambil kira tentang pencapaian secara holistik dan bagaimana pelajar berupaya
bekerja secara berkumpulan (Moore, 2003). Kaedah peperiksaan memerlukan pelajar
memilih daripada jawapan yang telah diberikan seperti yang lazimnya dilakukan pada
ujian aneka pilihan. Kaedah ini tidak memerlukan pelajar untuk bekerja secara
berkumpulan sebaliknya hanya bersendirian untuk memilih jawapan yang paling tepat.
Berbeza dengan pentaksiran alternatif termasuk membuat portfolio (kerja
kursus), pameran, dan persembahan lisan yang memerlukan pelajar untuk bekerja
secara berkumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pentaksiran
alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang
mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti
pentaksiran sumatif (Noor Azreen dan Sulaiman, 2013b).
Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya
mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata
(Begum dan Farooqui, 2008). Pelajar hanya mengingat dan menghafal fakta supaya
dapat menjawab soalan yang dikemukakan di dalam peperiksaan. Pernyataan ini
disokong oleh Dikli (2003) yang menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering
memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran,
yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Selain itu, Law dan Eckes
(1995) juga menunjukkan bahawa kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya
kemahiran berfikir pelajar yang rendah.
3.0 Isu berkaitan pentaksiran
Pentaksiran berasaskan peperiksaan
Menurut Peter Groontenboer (2004) (dalam Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010)),
soalan berbentuk peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu
mengajar. Murid-murid diberi latih tubi dan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun
lepas sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini menyebabkan guru
tidak mengajar berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan (Kalam, 2011b).
Menurut Zaleha & Arinah (2010), pembelajaran terlalu menumpukan kepada
pengiraan dan penggunaan rumus. Pelajar diajar untuk menggunakan rumus untuk
menjawab soalan Matematik tanpa memahami bagaimana cara mendapatkan rumus
tersebut dan mengapa rumus tersebut digunakan. Pengajaran seperti ini tidak
menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sebaliknya
pelajar hanya belajar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut
Wang (2004) (dalam Daliyanie (2011)), pelajar seolah-olah dibentuk melalui mesin.
Guru hanya memberi penekanan kepada produk akhir dan mengabaikan proses
pembelajaran pelajar.
Keadaan ini dikatakan akan membunuh keseronokan dan kemeriahan alam
persekolahan sehingga sekolah disamaertikan dengan belajar untuk menghadapi
peperiksaan (Adi, 2007). Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
hanya berlaku secara sehala dan menyebabkan kemahiran dan pemikiran pelajar
seolah-olah disekat. Guru memberi maklumat dan pelajar hanya menerima sahaja.
Kaedah pengajaran ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi pasif. Menurut
Daliyanie (2011a), pelajar hanya menyelesaikan masalah matematik yang diberi tanpa
menyedari mereka bahawa mereka boleh mengembangkan idea dan kemahiran yang
ada dengan berfikir dengan lebih mendalam.
Menurut Daliyanie (2011b),
Penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan
rujukan kedua selepas guru. Pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada
dan terhad untuk mengatasi masalah tertentu sahaja. Kaedah ini dilihat seolah-
olah pembelajaran yang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar.
Pembelajaran seperti ini tidak mempedulikan isu-isu semasa yang dipisahkan
dengan pembelajaran. Ini menjarakkan lagi pembelajaran dengan dunia realiti.
Pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan isi kandungan dilihat memisahkan
Matematik dengan kehidupan. Hal ini kerana pengajaran yang hanya memberi
penekanan kepada pengetahuan kandungan akan melahirkan pelajar yang cekap
bermatematik sahaja tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalam matematik
ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat (Mat
Rofa (2002) dalam Daliyanie (2011)). Matematik akan dilihat sebagai mata pelajaran yang
tidak mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan seharian.
Kelemahan pentaksiran berasaskan peperiksaan yang paling ketara ialah
keputusan peperiksaan terlampau dititikberatkan. Pelajar berlumba-lumba untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga menyebabkan
ada di antara mereka yang sanggup membunuh diri apabila tidak mendapat keputusan
yang diharapkan. Pelajar yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu
dikatakan gagal dalam pembelajarannya (Kalam, 2011c). Hal ini kerana
kecemerlangan seseorang pelajar diukur berdasarkan jumlah A yang diperolehinya
dalam peperiksaan awam.
Selain itu, pihak pentadbiran sekolah yang terlalu menitikberatkan keputusan
peperiksaan mengakibatkan pelajar yang berprestasi rendah seringkali diabaikan.
Golongan ini akan hilang minat untuk belajar dan menyebabkan sebahagian besar
daripada mereka tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana
tidak mendapat dorongan daripada guru dan pihak sekolah. Sekiranya situasi ini
berterusan, sekolah tidak lagi mampu untuk melahirkan pelajar yang berintelek dan
berkemahiran seterusnya menyebabkan negara akan kekurangan tenaga kerja yang
berkebolehan tinggi yang dapat membantu negara untuk bersaing dengan negara-
negara luar.
4.0 Rumusan
Sejak tahun 1990, sektor pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dalam
meningkatkan kualiti dalam pendidikan. Namun begitu, masih banyak yang perlu
dilaksanakan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang setara
dengan negara maju dan bertaraf dunia (Daliyanie, 2011c).
Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi
memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang perlu
untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya. Hal ini perlu seiring dengan semangat
untuk pembelajaran sepanjang hayat. Selain pembelajaran akademik, kurikulum perlu
memberikan tumpuan kepada aspek kerohanian serta kebolehan dari segi kesenian dan
sukan untuk pembangunan murid secara holistik (Kementerian Pendidikan Malaysia
(2013b).
Hal ini penting kerana pentaksiran tidak seharusnya hanya terhad untuk
menguji domain kognitif semata-mata tetapi turut memberi penekanan kepada domain
afektif dan psikomotor agar dapat melahirkan yang seimbang dari segi rohani, jasmani,
emosi intelek dan sosial. Walau bagaimanapun, cabarannya ialah peperiksaan awam
yang dilaksanakan sekarang tidak menguji kesemua kemahiran yang dihasratkan
dalam sistem pendidikan negara.
Namun begitu, peperiksaan awam yang bercorak sumatif tidak sepatutnya
berimpak negatif terhadap murid. Pentaksiran tradisional juga mempunyai kelebihan
kerana lebih objektif, boleh dipercayai, dan juga sah, Ini dapat dilihat daripada ujian
sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu (Noor Azreen dan
Sulaiman, 2013c).
Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan melaui Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) secara dasarnya dapat mengubah pengiktirafan
keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata dan mengurangkan tekanan
kepada murid, ibu bapa dan guru bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
khususnya (Mazlini dan Noorfazelawati, 2014a).
Menurut Mazlini dan Noorfazelawati (2014b),
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem
pentaksiran yang ditambahbaik dalam transformasi pendidikan. SPPK
merupakan transformasi daripada sistem yang berorientasikan pencapaian
dalam ujian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya
ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan
kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.
Peperiksaan awam tidak seharusnya dimansuhkan kerana masyarakat di Malaysia
sudah lazim dengan pentaksiran tradisional sejak zaman selepas merdeka lagi. Sistem
peperiksaan awam hanya perlu ditambahbaik agar tidak terlalu berorientasikan
peperiksaan semata-mata. Kesimpulannya, pelajar perlu ditaksir dengan mencapai
kejayaan dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap
yang terpuji (Noraini, 2005) dan tidak hanya berlandaskan pencapaian mereka dalam
peperiksaan semata-mata.
Rujukan
Adi Badiozaman Tuah (2007). National educational assessment system: A proposal
towards a more holistic education system in Malaysia. International Forum on
Educational Assessment System organized by the Malaysian Examinations
Syndicate, 8 May 2007, Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.
Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concept and applications (the d.):
McGraw-Hill.
Azman Fadzil (2014). Konsep pengukuran dan skala pengukuran. Diperoleh pada
April 17, 2015 daripada http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic1.pdf
Daliyanie (2011). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam
Matematik di peringkat sekolah menengah. Tesis sarjana muda, Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: tradisional vs. alternative assessment. The
Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3).
Hart, D. (1994). Authentic Assessment: a handbook for educaters. Assessment
Bookshelf Series. New York: Dale Seymour Publications.
Jamil Adimin (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Diperoleh pada April, 15 daripada
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPen
didikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm
Kalam Abu Adib (2011). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada April 21,
2015 daripada http://kalamabuadib.blogspot.com/2011/04/peperiksaan-vs-
pentaksiran.html
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-20125. Diperoleh pada April 1, 2015 daripada
http://www/moe/gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-
BlueprintExecSummary-BM.pdf
Law, B., dan Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: on the yellow big road to the
Withered of Oz: Peguis Publishers.
Mazlini Adnan dan Noorfazelawati Abd. Kadir (2014). Amalan pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru Matematik sekolah
menengah. Jurnal pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, Jilid 4, 59-69.
Noor Azreen bt Abd Aziz & Sulaiman bin Yamin (2013). Pentaksiran alternatif:
menuju ke arah transformasi sistem pentaksiran di Malaysia. Diperoleh pada
April 15, 2015 daripada
http://www.academia.edu/1515904/Pentaksiran_Alternatif_Menuju_ke_Arah
_Transformasi_Sistem_Pentaksiran_di_Malaysia
Noraini Idris (2005). Peranan Ibu Bapa dalam Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jurnal
Pendidikan, Jilid. 24, hlm.117-132.
Nordin Tahir (2011). Pengujian, pengukuran dan penilaian. Diperoleh pada
April 17, 2015 daripada http://www.amaljaya.com/guru/wp
content/uploads/2011/09/pengujian-pengukuran-penilaian.pdf
Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010). Pembangunan ruangan rekreasi dan
aplikasi seharian dalam majalah web dinamik ‘Dunia Matematik’. Diperoleh
pada April 15, 2015 daripada http://eprints.utm.my
/10494/1/PEMBANGUNAN_RUANGAN_REKREASI_DAN_APLIKASI_
KEHIDUPAN_SEHARIAN_DALAM_MAJALAH_WEB_DINAMIK.pdf

More Related Content

What's hot

Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...FaFai S.
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumPPD HULU SELANGOR
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANLinda Salleh
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 

What's hot (20)

Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Ujian pencapaian
Ujian pencapaianUjian pencapaian
Ujian pencapaian
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
Pengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBSPengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBS
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Analisis Item Soalan Objektif
Analisis Item Soalan Objektif Analisis Item Soalan Objektif
Analisis Item Soalan Objektif
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Taksonomi bloom
Taksonomi bloomTaksonomi bloom
Taksonomi bloom
 

Viewers also liked

Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 
Kurikulum 2012
Kurikulum 2012Kurikulum 2012
Kurikulum 2012Ab.Wahab
 
Kumpulan 13 kepercayaan pelajar
Kumpulan 13   kepercayaan pelajarKumpulan 13   kepercayaan pelajar
Kumpulan 13 kepercayaan pelajarIrma Gurlz
 
Kepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latestKepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latestintansyafika
 
TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH
TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAHTOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH
TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAHmisxdreamer
 
Penataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppmPenataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppmsmkchemomoi
 
Kaedah dan strategi pengajaran
Kaedah dan strategi pengajaranKaedah dan strategi pengajaran
Kaedah dan strategi pengajaranPendidikan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...SlideShare
 

Viewers also liked (10)

Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 
Kurikulum 2012
Kurikulum 2012Kurikulum 2012
Kurikulum 2012
 
Kumpulan 13 kepercayaan pelajar
Kumpulan 13   kepercayaan pelajarKumpulan 13   kepercayaan pelajar
Kumpulan 13 kepercayaan pelajar
 
Kepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latestKepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latest
 
TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH
TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAHTOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH
TOKOH-TOKOH PEJUANG DI SABAH
 
Penataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppmPenataran maklumat pembugaran pppm
Penataran maklumat pembugaran pppm
 
Kaedah dan strategi pengajaran
Kaedah dan strategi pengajaranKaedah dan strategi pengajaran
Kaedah dan strategi pengajaran
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
 

Similar to Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahIsu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahWana Ariza
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolahikhwankmk92
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Nurul Atiyah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1balqis umairah
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 

Similar to Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report (20)

Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahIsu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Peniaian formatif
Peniaian formatifPeniaian formatif
Peniaian formatif
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 1
Bab 1 Bab 1
Bab 1
 

Recently uploaded

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 

Recently uploaded (12)

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 

Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

  • 1. 1.0 Pengenalan Kejayaan sesuatu sistem pendidikan dinilai melalui tahap pembelajaran dan perkembangan pelajar semasa mereka melalui sistem tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013a). Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merupakan komponen yang paling sesuai untuk menguji tahap pembelajaran dan perkembangan pelajar. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar secara berterusan (Noor Azreen dan Sulaiman, 2013a). Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Jamil, 2011). Pentaksiran ialah pelbagai prosedur untuk mendapatkan informasi tentang tahap prestasi seseorang pelajar (Azman, 2014). Airasian (2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interpretasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Penilaian, pengukuran dan pengujian merupakan komponen-komponen penting dalam pentaksiran. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah ini mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Pengujian mempunyai maksud yang lebih sempit dan khusus. Nordin (2011a) menyatakan bahawa pengujian adalah prosedur yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang terhadap pembelajarannya. Menurut Hart (1994), ujian merupakan alat pengukuran untuk mentaksir dan merekod pembelajaran pelajar. Pengujian adalah cara yang biasa digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar.
  • 2. Manakala pengukuran mempunyai maksud yang lebih luas daripada pengujian. Pengukuran ialah suatu proses di mana kita memperolehi huraian secara perangkaan tentang sesuatu ciri yang dimiliki oleh seseorang individu (Azman, 2014a). Nordin (2011b) menyatakan bahawa pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelalajar dalam pembelajaran. Penilaian pula adalah proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran dan keputusan (Nordin, 2011c). Menurut Azman (2014b), dalam bilik darjah, penilaian merupakan suatu proses yang sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Secara ringkasnya, penilaian merangkumi tugas menguji dan mengukur. Sebagai contoh, guru menjalankan ujian bertulis untuk menguji pelajar. Manakala proses mengukur pencapaian dilakukan apabila guru memberi markah 72% dan gred B kepada seorang pelajar. Proses menilai pula berlaku apabila guru memberitahu pelajar tersebut bahawa usahanya baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. 2.0 Pentaksiran Tradisional Pentaksiran tradisional adalah pentaksiran yang telah lama digunakan untuk menguji pencapaian pelajar di negara kita. Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun (Rohaya Talib, 2009). Pentaksiran tradisional merupakan pentaksiran berbentuk pensil dan kertas atau lebih dikenali sebagai ujian
  • 3. bertulis. Pentaksiran ini memerlukan calon untuk menguasai kemahiran membaca arahan, kefahaman soalan dan kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis. Pentaksiran tradisional biasanya diamalkan dalam bilik darjah secara blok masa dan mempunyai tempoh tertentu. Pentaksiran ini sesuai ditadbir secara ramai dan menguji bidang secara luas. Contohnya, ujian Matematik dijalankan selama 2 jam dan menguji daripada bab 1 hingga bab 4. Peperiksaan atau ujian bertulis merupakan kaedah yang digunakan dalam proses pentaksiran tradisional. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk menguji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu, peperiksaan hanya sesuai digunakan untuk mentaksir domain kognitif sahaja iaitu kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu domain afektif dan domain psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan. Perkara-perkara berkaitan emosi dan aktiviti fizikal tidak dapat ditaksir menggunakan pentaksiran tradisional. Menurut Kalam (2011a), peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi pelajar. Pentaksiran tradisional juga gagal kerana tidak mengambil kira tentang pencapaian secara holistik dan bagaimana pelajar berupaya bekerja secara berkumpulan (Moore, 2003). Kaedah peperiksaan memerlukan pelajar memilih daripada jawapan yang telah diberikan seperti yang lazimnya dilakukan pada ujian aneka pilihan. Kaedah ini tidak memerlukan pelajar untuk bekerja secara berkumpulan sebaliknya hanya bersendirian untuk memilih jawapan yang paling tepat. Berbeza dengan pentaksiran alternatif termasuk membuat portfolio (kerja kursus), pameran, dan persembahan lisan yang memerlukan pelajar untuk bekerja
  • 4. secara berkumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pentaksiran alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif (Noor Azreen dan Sulaiman, 2013b). Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata (Begum dan Farooqui, 2008). Pelajar hanya mengingat dan menghafal fakta supaya dapat menjawab soalan yang dikemukakan di dalam peperiksaan. Pernyataan ini disokong oleh Dikli (2003) yang menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Selain itu, Law dan Eckes (1995) juga menunjukkan bahawa kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. 3.0 Isu berkaitan pentaksiran Pentaksiran berasaskan peperiksaan Menurut Peter Groontenboer (2004) (dalam Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010)), soalan berbentuk peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Murid-murid diberi latih tubi dan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini menyebabkan guru
  • 5. tidak mengajar berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan (Kalam, 2011b). Menurut Zaleha & Arinah (2010), pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus. Pelajar diajar untuk menggunakan rumus untuk menjawab soalan Matematik tanpa memahami bagaimana cara mendapatkan rumus tersebut dan mengapa rumus tersebut digunakan. Pengajaran seperti ini tidak menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sebaliknya pelajar hanya belajar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut Wang (2004) (dalam Daliyanie (2011)), pelajar seolah-olah dibentuk melalui mesin. Guru hanya memberi penekanan kepada produk akhir dan mengabaikan proses pembelajaran pelajar. Keadaan ini dikatakan akan membunuh keseronokan dan kemeriahan alam persekolahan sehingga sekolah disamaertikan dengan belajar untuk menghadapi peperiksaan (Adi, 2007). Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) hanya berlaku secara sehala dan menyebabkan kemahiran dan pemikiran pelajar seolah-olah disekat. Guru memberi maklumat dan pelajar hanya menerima sahaja. Kaedah pengajaran ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi pasif. Menurut Daliyanie (2011a), pelajar hanya menyelesaikan masalah matematik yang diberi tanpa menyedari mereka bahawa mereka boleh mengembangkan idea dan kemahiran yang ada dengan berfikir dengan lebih mendalam. Menurut Daliyanie (2011b), Penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru. Pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada dan terhad untuk mengatasi masalah tertentu sahaja. Kaedah ini dilihat seolah- olah pembelajaran yang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar. Pembelajaran seperti ini tidak mempedulikan isu-isu semasa yang dipisahkan dengan pembelajaran. Ini menjarakkan lagi pembelajaran dengan dunia realiti.
  • 6. Pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan isi kandungan dilihat memisahkan Matematik dengan kehidupan. Hal ini kerana pengajaran yang hanya memberi penekanan kepada pengetahuan kandungan akan melahirkan pelajar yang cekap bermatematik sahaja tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalam matematik ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat (Mat Rofa (2002) dalam Daliyanie (2011)). Matematik akan dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan seharian. Kelemahan pentaksiran berasaskan peperiksaan yang paling ketara ialah keputusan peperiksaan terlampau dititikberatkan. Pelajar berlumba-lumba untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang sanggup membunuh diri apabila tidak mendapat keputusan yang diharapkan. Pelajar yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya (Kalam, 2011c). Hal ini kerana kecemerlangan seseorang pelajar diukur berdasarkan jumlah A yang diperolehinya dalam peperiksaan awam. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah yang terlalu menitikberatkan keputusan peperiksaan mengakibatkan pelajar yang berprestasi rendah seringkali diabaikan. Golongan ini akan hilang minat untuk belajar dan menyebabkan sebahagian besar daripada mereka tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana tidak mendapat dorongan daripada guru dan pihak sekolah. Sekiranya situasi ini berterusan, sekolah tidak lagi mampu untuk melahirkan pelajar yang berintelek dan berkemahiran seterusnya menyebabkan negara akan kekurangan tenaga kerja yang berkebolehan tinggi yang dapat membantu negara untuk bersaing dengan negara- negara luar.
  • 7. 4.0 Rumusan Sejak tahun 1990, sektor pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dalam meningkatkan kualiti dalam pendidikan. Namun begitu, masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang setara dengan negara maju dan bertaraf dunia (Daliyanie, 2011c). Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya. Hal ini perlu seiring dengan semangat untuk pembelajaran sepanjang hayat. Selain pembelajaran akademik, kurikulum perlu memberikan tumpuan kepada aspek kerohanian serta kebolehan dari segi kesenian dan sukan untuk pembangunan murid secara holistik (Kementerian Pendidikan Malaysia (2013b). Hal ini penting kerana pentaksiran tidak seharusnya hanya terhad untuk menguji domain kognitif semata-mata tetapi turut memberi penekanan kepada domain afektif dan psikomotor agar dapat melahirkan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi intelek dan sosial. Walau bagaimanapun, cabarannya ialah peperiksaan awam yang dilaksanakan sekarang tidak menguji kesemua kemahiran yang dihasratkan dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, peperiksaan awam yang bercorak sumatif tidak sepatutnya berimpak negatif terhadap murid. Pentaksiran tradisional juga mempunyai kelebihan kerana lebih objektif, boleh dipercayai, dan juga sah, Ini dapat dilihat daripada ujian sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu (Noor Azreen dan Sulaiman, 2013c).
  • 8. Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan melaui Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) secara dasarnya dapat mengubah pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata dan mengurangkan tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan khususnya (Mazlini dan Noorfazelawati, 2014a). Menurut Mazlini dan Noorfazelawati (2014b), Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang ditambahbaik dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang berorientasikan pencapaian dalam ujian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Peperiksaan awam tidak seharusnya dimansuhkan kerana masyarakat di Malaysia sudah lazim dengan pentaksiran tradisional sejak zaman selepas merdeka lagi. Sistem peperiksaan awam hanya perlu ditambahbaik agar tidak terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Kesimpulannya, pelajar perlu ditaksir dengan mencapai kejayaan dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap yang terpuji (Noraini, 2005) dan tidak hanya berlandaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan semata-mata.
  • 9. Rujukan Adi Badiozaman Tuah (2007). National educational assessment system: A proposal towards a more holistic education system in Malaysia. International Forum on Educational Assessment System organized by the Malaysian Examinations Syndicate, 8 May 2007, Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya. Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concept and applications (the d.): McGraw-Hill. Azman Fadzil (2014). Konsep pengukuran dan skala pengukuran. Diperoleh pada April 17, 2015 daripada http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic1.pdf Daliyanie (2011). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam Matematik di peringkat sekolah menengah. Tesis sarjana muda, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: tradisional vs. alternative assessment. The Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3). Hart, D. (1994). Authentic Assessment: a handbook for educaters. Assessment Bookshelf Series. New York: Dale Seymour Publications. Jamil Adimin (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Diperoleh pada April, 15 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPen didikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm Kalam Abu Adib (2011). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada April 21, 2015 daripada http://kalamabuadib.blogspot.com/2011/04/peperiksaan-vs- pentaksiran.html Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
  • 10. Malaysia (PPPM) 2013-20125. Diperoleh pada April 1, 2015 daripada http://www/moe/gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary- BlueprintExecSummary-BM.pdf Law, B., dan Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: on the yellow big road to the Withered of Oz: Peguis Publishers. Mazlini Adnan dan Noorfazelawati Abd. Kadir (2014). Amalan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah. Jurnal pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, Jilid 4, 59-69. Noor Azreen bt Abd Aziz & Sulaiman bin Yamin (2013). Pentaksiran alternatif: menuju ke arah transformasi sistem pentaksiran di Malaysia. Diperoleh pada April 15, 2015 daripada http://www.academia.edu/1515904/Pentaksiran_Alternatif_Menuju_ke_Arah _Transformasi_Sistem_Pentaksiran_di_Malaysia Noraini Idris (2005). Peranan Ibu Bapa dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jurnal Pendidikan, Jilid. 24, hlm.117-132. Nordin Tahir (2011). Pengujian, pengukuran dan penilaian. Diperoleh pada April 17, 2015 daripada http://www.amaljaya.com/guru/wp content/uploads/2011/09/pengujian-pengukuran-penilaian.pdf Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010). Pembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi seharian dalam majalah web dinamik ‘Dunia Matematik’. Diperoleh pada April 15, 2015 daripada http://eprints.utm.my /10494/1/PEMBANGUNAN_RUANGAN_REKREASI_DAN_APLIKASI_ KEHIDUPAN_SEHARIAN_DALAM_MAJALAH_WEB_DINAMIK.pdf