SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF TERHADAP PERSEKITARAN SEKOLAH
Zuraidah Juliana Bt. Mohamad Yusoff, Dr. Siti Noor Bt. Ismail, Prof. Madya Dr. Yahya B. Don
Pusat Pengajian Pendidikan & Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Abstrak
Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah adalah elemen penting dalam
menjayakanpelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan
kepimpinan berkesan.Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perkaitan antara kepimpinan distributif dengan
persekitaran sekolah di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunapakai pendekatan kuantitatif
dalam kajian keratan rentas untuk mengumpul data berkenaan kepimpinan distributif dan tahap kualiti persekitaran
sekolah. Populasi kajian melibatkan pemimpin-pemimpin di sekolah menengah kebangsaan zon utara, Semenanjung
Malaysia dan persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen yang digunakan
ialah soal selidik Leadership Practices Inventory (LPI) yang dibina oleh Kouzes dan Posner pada tahun 2003 dan
soal selidik Teacher School Environment Questionnaire (TSEQ) yang diadaptasi oleh Lemerle, pada tahun 2005.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara kepimpinan distributif
danpersekitaran sekolah yang manakepimpinan distributif juga didapati memberi pengaruh kepada persekitaran
sekolah. Justeru elemen-elemen di dalam amalan kepimpinan distributif perlu diterapkan kepada pemimpin-
pemimpin sekolah dalam mempastikan keberkesanan kepimpinan di sekolah dapat dicapai sepertimana yang telah
dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Kata Kunci: Kepimpinan distributif, persekitaran sekolah, modal organisasi, modal sosial
1.0 PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah digubal demi membentuk sebuah kerangka
pendidikan melalui proses transformasi sistem pendidikan tahap tinggi yang lebih efektif dan efisien (Muhyiddin
Yassin, 2013).Transformasi pengurusan, penstrukturan semula sistem sekolah, serta aplikasi beberapa inisiatif polisi
dan pembudayaan organisasi sekolah, dijangka dapat meningkatkan modal insan dan memberi impak dalam
pembangunan negara yang mampu menghadapi cabaran dan pemikiran kritikal dalam dunia globalisasi (Muhyiddin
Yassin, 2013). Usaha murni kerajaan bertujuan untuk meningkatkan 10,000 buah sekolah di Malaysia ke arah
sekolah berkesan (Abdul Shukor Abdullah, 2007).Laporan kajian oleh Effective School Movement telah meletakkan
suatu perubahan di tahap kritikal terutamanya dalam aspek-aspek kepimpinan, persekitaran sekolah, dan budaya
sekolah terhadap pencapaian akademik dan pelajar (Coleman, 1966; Fullan, 2011; Leithwood, Bauer, & Riedlinger,
2006).*
Sekolah tidak boleh dilihat secara conventional atau melalui education production function model, sebaliknya,
penelitian amat perlu untuk menjawab persoalan mengapa sebilangan sekolah boleh berkesan jika dibandingkan
dengan sekolah-sekolah yang lain (Hopkins, 2006; Jellison, 2006; Klitgard & Hall, 1973; Yahya Don & Shahril
Marzuki, 2007). Walaupun kepimpinan sekolah telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan sekolah yang
berkesan dengan sekolah yang kurang berkesan, namun begitu perubahan dan dasar pembangunan dan perancangan
sistem pendidikan Malaysia telah menumpukan kepada persekitaran sekolah dan pengurusan guru-guru oleh
pengetua dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah (Fullan, 2011; Harris, 2005; Kruse, Louis, & Bryk
(1995).Midthassel (2006) menyatakan bahawa persekitaran sekolah berkait rapat dengan tahap peningkatan prestasi
sekolah (Ahmad Zabidi, 2006; Aldridge, Fraser, & Laugksch, 2011).
2.0 PERNYATAAN MASALAH
*
The material presented by the author(s) does not necessarily portray the viewpoint of the editors and the management of The
Asean Journal of Knowledge Contribution. Any remaining errors or omission rest solely with the authors of this paper.
Citation: Zuraidah Juliana, Siti Noor, Yahya (2015). Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah, 4(4), 09-
19.
The Asean Journal of Knowledge Contribution
ISSN: 2286-828X
Vol. 4, No. 4 (2015) 09-19
Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah
10 Vol. 4, No. 4 (2015)
Peranan sekolah sebagai organisasi yang membentuk dan mengurus manusia adalah suatu yang amat kompleks
kerana boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bilangan sekolah-sekolah
berkesan (Chen, 2007; Spillane, 2006). Menurut Abdul Shukor (2007), kebanyakan pengurusan sekolah masih
kurang jelas tentang konsep sekolah, persekitaran sekolah, serta persekitaran pembelajaran, dan ini menyebabkan ia
sukar diuruskan.terdapat pemimpin sekolah yang ekstrem mengurus persekitaran sekolah mengikut cita rasa,
pemikiran, dan amalan kepimpinan tersendiri, akibatnya telah menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan guru-
guru, masyarakat setempat dan pihak atasan di Kementerian Pelajaran (Muhyiddin Yassin, 2013). Walaupun kajian-
kajian berpendapat bahawa kepimpinan distributif adalah teras penting kepada peningkatan kejayaan sekolah dan
kemahiran utama pengetua untuk membentuk persekitaran sekolah, namun ia masih tidak jelas bagaimana seseorang
pengetua boleh mempengaruhi amalan kepimpinan distributif dalam sekolah mereka (Crow, Hausman, & Scribner,
2002).
Menurut Harris dan Spillane (2008), walaupun kepimpinan distributif telah dibuktikan sebagai model yang berjaya
untuk pengurusan sekolah, ia masih tidak jelas bagaimana seorang pengetua perlu membangun dan melaksanakan
model kepimpinan distributif dalam persekitaran sekolah.Duignan (2003) berpendapat, penekanan kepada anjakan
paradigma melalui kepimpinan distributif adalah perlu sebagai usaha menggalakkan pembentukan persekitaran yang
positif dalam organisasi sekolah.Justeru,Malaysia telah menggubal PPPM (2013-2025) yang menumpukan kepada
usaha memartabatkan profesion keguruan dan kepimpinan distributif dalam kepimpinan sekolah ke tahap yang lebih
tinggi. Maka, menjadi satu peranan penting untuk meneliti aspek kepimpinan distributif pemimpin sekolah dalam
mempengaruhi persekitaran sekolah-sekolah di Malaysia.
Soalan Kajian
i) Apakah tahap amalan kepimpinan distributif pemimpin-pemimpin sekolah di Malaysia?
ii) Apakah tahap persekitaran sekolah-sekolah di Malaysia?
iii) Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan distributif dengan persekitaran sekolah di Malaysia?
iv) Apakah dimensi utama kepimpinan distributif yang memberi pengaruh ke atas persekitaran sekolah di
Malaysia?
3.0 SOROTAN KAJIAN
3.1 Kepimpinan Distributif dan Pemerkasaan Organisasi
Terdapat bukti empirikal pada masa kini berkenaan kesan kepimpinan distributif yang menyokong hubungan
kuat antara kepimpinan distributif dengan peningkatan prestasi sesebuah organisasi.Majoriti penyelidikan
dijalankan berkenaan kesan kepimpinan pendidikan terhadap keberkesanan amalan kepimpinan melalui peranan
pengetua.Hall dan Wallence (1996) telah mendapati terdapat bukti kukuh bahawa amalan kepimpinan distributif
dalam kalangan pemimpin dan ahli organisasi mempunyai hubungan dengan peningkatan hubungan
kolaboratif.Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kepimpinan distributif menggalakkan nilai-nilai yang
memacu akauntabiliti dan penglibatan bertanggungjawab yang membawa kepada pembinaan kapasiti dan
seterusnya mendorong peningkatan kecemerlangan dalam organisasi sekolah.
Robinson (2008) menyatakan kepimpinan distributif berpotensi menghasilkan outcome yang positifdan
menyumbang kepada hasil organisasi yang lebih produktif.Taylor (2008) menegaskan bahawa amalan
kepimpinan distributif menjanjikan peningkatan dalam pengajaran sementara Timperly (2009) menyatakan
hubungan antara kepimpinan distributif dengan perubahan sekolah dikaitkan dengan perubahan ke arah sekolah
yang lebih komprehensif. Melalui amalan kepimpinan distributif dalam pembangunan rangkaian organisasi, ia
membantu mewujudkan hubungan yang luas dan tindak balas yang lebih inovatif untuk menghadapi cabaran
organisasi (Leithwood, Mascall, & Strauss, 2009).Untuk penambahbaikan sekolah dan pencapaian prestasi
pelajar, kepimpinan distributif seolah-olah menjadi satu pendekatan yang berjaya (Harris, 2008).
3.2 Kepimpinan Distributif dan Persekitaran Sekolah
Kepentingan kepimpinan distributif dalam mengukuhkan kualiti persekitaran sekolah turut diperbincangkan
oleh sarjana seperti Noble (2014), Oduro (2004), Leithwood, Day, Sammons, Harris, dan Hopkins (2006), serta
Margolis dan Huggins (2012). Jackson (2000) dan Kocolowski (2010) turut menyatakan bahawa kepimpinan
distributif yang melibatkan interaksi sosial bersama ahli organisasi membawa kepada perkongsian
tanggungjawab dan kesatuan. Kajian Water (2004) menghasilkan dapatan yang positif bagi hubungan di antara
persekitaran sekolah dengan pencapaian pelajar, yang mana menunjukkan kepimpinan distributif memberi
kesan ke atas orientasi pencapaian melalui gaya kepimpinan yang menggalakkan kerjasama dan usahama
Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya
11 The Asean Journal of Knowledge Contribution
sesama ahli organisasi.Giles (2007) telah mengenal pasti amalan pentadbiran boleh membantu mengubah
persekitaran sekolah dan kepimpinan distributif berjaya mewujudkan persekitaran yang teratur dan berstruktur.
Kajian Bryk dan Schneider (2003) membuktikan kepimpinan distributif membawa perubahan kepada
persekitaran sekolah.
Di samping itu, Crow, Hausman dan Scribner (2002) dan Lizotte (2013) berpendapat kepimpinan distributif
adalah konsep kepimpinan yang berharga bagi pembangunan sekolah dan kualiti persekitarannya. Membina
tahap kepercayaan dalam amalan kepimpinan distributif mewujudkan hubungan positif antara ibu bapa, guru,
pentadbir dan pelajar. Amanahini memberi peluang kepada hasil pencapaian akademik yang lebih baik dan
dengan sikap menyokong yang diamalkan, individu masih boleh berasa dihargai dengan sikap orang lain
menghormati pendapat mereka (Bryk & Schneider, 2003).Ini turut menyokong dapatan kajian kualitatif
Elmore’s (2000) dan Spillane (2005) yang mendapati kepimpinan distributif memberi kesan ke atas persekitaran
sekolah dan sikap guru.Secara khususnya Williams (2011) menyatakan kepimpinan distributif adalah satu
aturan alam semula jadi yang mana diilustrasikan sebagai satu tangan yang mempunyai ciri-ciri dan kerangka
kerja yang kukuh nilainya, tujuannya, dan strukturnya. Kerangka kerja ini telah membawa kepada satu
kedudukan dan tempat dalam modal organisasi melalui kepercayaan ahli untuk berhubung dengan satu tujuan
yang sama (Woods, 2005). Ini secara langsung mewujudkan persekitaran organisasi yang positif.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk deskriptif korelasi yang mengaplikasikan tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey)
berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden. Populasi kajian ini ialah 540 orang pemimpin di sekolah-
sekolah berkesan di zon utara, Semenanjung Malaysia. Sampel kajian adalah melibatkan seramai 220 responden
yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Penolong
Kanan Kokurikulum, dan enam orang ketua panitia subjek teras iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia
Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Sains, Ketua Panitia Geografi, Ketua Panitia Sejarah, dan Ketua Panitia
Matematik.Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah rawak berstrafikasi yang mana sekolah-
sekolah dikelompokkan mengikut daerah. Setelah disenaraikan, senarai angka dalam jadual nombor rawak dirujuk
untuk mendapatkan 22 buah sekolah dan setiap sekolah diwakili oleh 10 orang responden yang terlibat.Kajian ini
meliputi dua soal selidik utama iaitu soal selidik Leadership Practice Inventory (LPI) (Kouzes & Posner, 2003) bagi
mengukur tahap amalan kepimpinan distributif yang diamalkan oleh responden serta soal selidik Teacher School
Environment Questionnaire (TSEQ) yang diadaptasi oleh Lemerle (2005) bagi mengukur tahap persekitaran sekolah.
Instrumen ini adalah soal selidik terkini yang masih digunapakai oleh golongan penyelidik sehingga ke hari ini dan
telah disahkan kebolehpercayaannya.Analisis kebolehpercayaan bagi pembolehubah kepimpinan distributif
mempunyai nilai alpha yang tinggi iaitu ɑ=0.96, dan bagi soal selidik persekitaran sekolah mempunyai nilai alpha
(ɑ=0.84). Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan prisian SPSS (Statistical Package for the
Social Science) versi 19.0.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menjawab soalan berkenaan tahap amalan kepimpinan distributif pemimpin sekolah serta hubungan
dan pengaruhnya ke ataspersekitaran sekolah.
5.1 Tahap Kepimpinan Distributif Pemimpin Sekolah
Bahagian ini menerangkan mengenai tahap amalan kepimpinan distributif pemimpin-pemimpin sekolah yang
terdiri daripada lima dimensi amalan kepimpinan distributif.
Jadual 1: Tahap Amalan Kepimpinan Distributif di Sekolah
Kepimpinan Distributif Min SP
Mempamerkan model 3.85 0.48
Contoh ikutan 3.99 0.43
Mematuhi standard 3.41 0.33
Tepati janji dan memberi komitmen 4.22 0.46
Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah
12 Vol. 4, No. 4 (2015)
Meminta maklum balas 3.85 0.48
Membina nilai-nilai murni 4.09 0.48
Jelas tentang falsafah kepimpinan 3.52 0.71
Menginspirasikan Perkongsian Visi 3.81 0.43
Objektif dan matlamat sekolah 4.05 0.56
Menerangkan imej masa depan 3.90 0.57
Mengajak berkongsi impian sekolah 4.12 0.60
Kepentingan jangka panjang 4.05 0.49
Perancangan dan strategi tindakan 3.84 0.38
Menyampaikan halatuju kerja 4.12 0.56
Mencabar Proses 3.80 0.55
Mencari peluang-peluang 3.48 0.50
Mencabar perubahan dan inovatif 3.87 0.51
Mencari pelbagai inovatif luar 3.67 0.51
Bertanyakan pengajaran 3.50 0.54
Mewujudkan ukuran pencapaian 3.41 0.43
Mencuba sesuatu yang baru 3.98 0.42
Membenarkan Bertindak 4.14 0.51
Membina kerjasama 4.15 0.66
Mendengar secara aktif 4.14 0.61
Melayan dengan penuh hormat 4.23 0.55
Kreatif menyumbang 3.99 0.71
Menentukan gaya pelaksanaan kerja 4.16 0.36
Mempelajari pengetahuan baru 3.88 0.43
Memberi galakan 3.99 0.59
Memuji guru-guru 4.12 0.55
Ukuran kemahiran 3.50 0.61
Memberi sokongan 3.78 0.71
Mengiktiraf 4.11 0.67
Meraikan kejayaan 3.98 0.59
Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya
13 The Asean Journal of Knowledge Contribution
Memberi penghargaan 4.04 0.57
Kepimpinan Distributif 3.92 0.51
Secara keseluruhannya didapati amalan kepimpinan distributif yang diperlihatkan oleh responden berada pada
tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min (M=3.92; SP=0.51). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara
umumnya, pemimpin sekolah berkesan di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan di zon utara, Semenanjung
Malaysia mengamalkan kepimpinan distributif tahap tinggi, khususnya pada dimensi membenarkan bertindak
(M=4.14; SP=0.51).
5.2 Tahap Kepimpinan Distributif Pemimpin Sekolah
Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian bagi tahap persekitaran sekolah yang melibatkan dua dimensi utama yang
dikaji iaitu dimensi modal organisasi sekolah dan dimensi modal sosial sekolah.
Jadual 2: Tahap Persekitaran Sekolah
Min SP
Persekitaran Sekolah 3.34 0.64
Dimensi Modal Organisasi Sekolah 3.56 0.64
Dimensi Modal Sosial Sekolah 3.12 0.63
Kualiti persekitaran sekolah di sekolah berkesan berada pada tahap sederhana (M=3.34; SP=.64). Jadual
menunjukkan dimensi modal organisasi persekitaran sekolah didapati berada pada tahap tinggi (M=3.56;
SP=.64) sementara dimensi modal sosial pula berada pada tahap sederhana (M=3.12; SP=.63).
Jadual 3: Tahap Dimensi Modal Organisasi Persekitaran Sekolah
Min SP
Dimensi Modal Organisasi Sekolah 3.56 0.64
Pembangunan profesional 3.42 0.73
Digalakkan untuk meneruskan 3.78 0.87
Keperluan dan minat 4.16 0.52
Forum dan seminar di sekolah 3.03 0.54
Peluang membangunkan kemahiran baru 2.98 0.83
Tidak sukar untuk mendapat akses 3.13 0.89
Kejelasan peranan 4.30 0.63
Harapan terhadap diri 4.20 0.54
Memahami tugas-tugas 4.34 0.60
Objektif dapat ditakrifkan dengan baik 4.26 0.62
Tahu di mana tempat rujukan 4.40 0.75
Moral sekolah 3.37 0.69
Komunikasi yang baik 3.41 0.77
Bersedia menyumbang tenaga 3.23 0.83
Nilai peribadi tinggi. 3.30 0.56
Penuh semangat. 3.52 0.58
Penilaian dan penghargaan 3.44 0.67
Dihargai 3.72 0.54
Berpuas hati 3.40 0.58
Percaya dan yakin 3.40 0.57
Menerima maklum balas 3.23 0.98
Sokongan pemimpin 3.75 0.58
Selesa berbincang ketidakpuasan hati 4.08 0.47
Sokongan dalam sebarang aktiviti 3.96 0.78
Boleh dipercayai 3.20 0.50
Sokongan rakan sekerja 3.36 0.58
Mendapat sokongan 3.50 0.51
Tidak malu untuk meminta bantuan 3.42 0.54
Terdapat semangat berpasukan 3.50 0.60
Mengambil berat 3.00 0.67
Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah
14 Vol. 4, No. 4 (2015)
Koordinasi kurikulum 3.74 0.47
Menyampaikan tugas 4.24 0.69
Memantau pengajaran 3.50 0.38
Menilai objektif kurikulum 4.00 0.39
Menyemak semula bahan pengajaran 3.20 0.42
Orientasi Pelajar 3.79 0.53
Mencapai matlamat 3.57 0.47
Menetapkan standard 3.78 0.50
Mempercayai keupayaan pelajar 3.60 0.58
Pencapaian akademik diiktiraf 4.24 0.38
Persekitaran pembelajaran teratur dan sistematik. 3.78 0.70
Kuasa membuat keputusan/aras tinggi 3.33 0.90
Keputusan dasar dan pentadbiran 3.00 0.14
Membincangkan hal pengurusan 3.65 0.89
Melibatkan diri dalam membuat keputusan 3.35 0.78
Pembahagian tugas 3.10 0.62
Berasa tertekan dan terbeban 3.70 0.67
Punyai masa untuk berehat. 2.70 0.56
Tugas secara berkumpulan 2.90 0.62
Melihat kepada kelompok modal organisasi persekitaran sekolah secara menyeluruh, hanya empat dimensi
daripada sepuluh dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu dimensi kejelasan peranan (M=4.03;
SP=.54), penyelarasan kurikulum (M=3.58; SP=.50), orentasi pembelajaran (M=3.55; SP=.48), dan sokongan
pemimpin (M=3.49; SP=.93). Enam dimensi lagi berada pada tahap sederhana dengan skor min tertinggi pada
dimensi moral sekolah (M=3.32; SP=.74), penilaian dan penghargaan (M=3.32; SP=.77), sokongan rakan
sekerja (M=3.26; SP=.58), pembangunan professional (M=3.23; SP=.84), kuasa membuat keputusan (M=3.11;
SP=.96), dan pembahagian tugas (M=3.08; SP=.63).
Jadual 4: Dimensi Modal Sosial Persekitaran Sekolah
Min SP
Subdimensi Modal Sosial Sekolah 3.12 0.63
Kepercayaan dan keselamatan 2.91 0.73
Berasa selamat 2.98 0.54
Boleh dipercayai 3.00 0.61
Menawarkan bantuan 2.78 0.98
Reputasi selamat 2.89 0.78
Proaktiviti sosial 3.14 0.63
Melawat rakan-rakan 3.00 0.60
Berasa bebas untuk bersuara 3.20 0.42
Mendapatkan orang pengantaraan 2.90 0.11
Membantu rakan sekerja 3.10 0.67
Komited 3.50 0.45
Toleransi kepelbagaian 3.23 0.58
Dapat ditingkatkan 3.24 0.27
Selesa bekerja 3.10 0.57
Melakukan apa yang perlu dilakukan 3.34 0.90
Nilai Kehidupan 3.21 0.59
Gembira dan berpuas hati 3.43 0.56
Tenang, santai, dan bebas daripada ketegangan. 3.25 0.70
Kebahagiaan menanti di hadapan saya 3.34 0.54
Menikmati apa sahaja yang saya ceburi. 2.95 0.58
Gembira dengan kehidupan secara menyeluruh. 3.10 0.55
Hasil analisis kajian bagi dimensi modal sosial persekitaran sekolah menunjukkan dimensi toleransi
kepelbagaian mempunyai nilai skor min (M=3.23; SP=.58), dan diikuti dengan dimensi nilai kehidupan
(M=3.21; SP=.59), dimensi proaktiviti sosial (M=3.14; SP=.63), dan dimensi kepercayaan dan keselamatan
(M=2.91; SP=.73). Secara keseluruhan, keempat-empat dimensi berada pada tahap sederhana.
Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya
15 The Asean Journal of Knowledge Contribution
5.3 Hubungan antara Kepimpinan Distributif dan Persekitaran Sekolah
Secara keseluruhannya dapatan kajian dari jadual 5 menunjukkan kesemua dimensi kepimpinan distributif
pemimpin sekolah didapati mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan dimensi-dimensi persekitaran
sekolah.
Jadual 5: Hubungan antara Kepimpinan Distributif dengan Persekitaran Sekolah
**p < 0.01; *p < 0.05
Berdasarkan kepada jadual di atas, secara menyeluruh wujud hubungan yang sederhana dan signifikan di antara
amalan kepimpinan distributif dengan persekitaran sekolah (r=0.61, p<0.01) dan hubungan kepimpinan
distributif dengan dimensi modal organisasi(r=0.67; 0.53, p<0.01) dan modal sosial(r=0.64; 0.61, p<0.01)
persekitaran sekolah. Dimensi membenarkan bertindak dan memberi galakan mempunyai hubungan yang kuat
dan signifikan dengan persekitaran sekolah iaitu dengan kekuatan hubungan(r=0.76, p<0.01) dan (r= 0.70, p <
0.01). Dimensi menginspirasikan perkongsian visi (r=0.56, p>0.01) dan dimensi mempamerkan model (r=0.52,
p>0.01) didapati mempunyai hubungan yang sederhana dan signifikan dengan persekitaran sekolah sementara
dimensi mencabar proses (r=0.33, p<0.01) pula mempunyai hubungan yang lemah dan signifikan dengan
persekitaran sekolah. Walaupun setiap dimensi kepimpinan distributif mempunyai tahap kekuatan hubungan
yang tidak sama dengan setiap dimensi persekitaran sekolah, namun kajian ini membuktikan bahawa ia
mempunyai hubungan yang positif di mana semakin tinggi pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan
distributif, semakin tinggi tahap kualiti persekitaran sekolah dapat dibentuk.
5.4 Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Jadual 6 menunjukkan keputusan ujian statistik yang digunakan bagi meneliti pengaruh kepimpinan distributif
pemimpin ke atas persekitaran sekolah. Secara statistiknya, R berganda (R=0.584; p<0.05) tidak sama dengan
sifar. Maka dengan ini, persekitaran sekolah dipengaruhi secara signifikan oleh dimensi-dimensi kepimpinan
distributif pemimpin sekolah sebanyak 58.4%.
Jadual 6: Dapatan Analisis Regresi Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah
Pembolehubah peramal B Beta t p
Mempamerkan model 6.431 0.371 5.168 .000
Menginspirasikan perkongsian visi 5.376 0.271 6.329 .001
Mencabar proses 8.659 0.193 6.416 .000
Membenarkan bertindak 16.367 0.212 6.909 .001
Memberi galakan 7.712 0.278 6.580 .000
Dimensi 1 Dimensi 2 Dimensi 3Dimensi 4 Dimensi 5 KD
Persekitaran Sekolah .52** .56** .33** .76** .70** .61**
Modal Organisasi Sekolah .47** .43** .33** .28** .70** .67**
Pembangunan profesional .53** .41** .29** .32** .60** .54**
Kejelasan peranan .51** .79** .15** .52** .23** .63**
Moral sekolah .79** .64** .19** .44** .45** .75**
Penilaian dan penghargaan .65** .30** .22** .89** .22** .51**
Sokongan pemimpin .69** .51** .24** .73** .70** .51**
Sokongan rakan sekerja .50** .47** .32** .46** .64** .34**
Penyelarasan kurikulum .47** .64** .39** .38** .34** .54**
Orientasi pembelajaran .41** .39** .29** .43** .40** .40**
Kuasa membuat keputusan .28** .33** .28** .74** .34** .59**
Pembahagian Tugas .32** .33** .33** .63** .53** .33**
Modal Sosial Sekolah .79** .31** .31** .58** .62** .64**
Kepercayaan & keselamatan .67** .42** .22** .50** .53** .25**
Proaktiviti sosial .59** .43** .44** .48** .35** .59**
Toleransi kepelbagaian .27** .26** .25** .27** .61** .27**
Nilai kehidupan .30** .34** .36** .31** .58** .40**
Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah
16 Vol. 4, No. 4 (2015)
R = 0.613
R Square = 0.584
Adjusted R Square = 0.565
F = 59.004
p = 0.01
Merujuk kepada jadual tersebut, dimensi-dimensi kepimpinan distributif pemimpin sekolah didapati memberi
pengaruh yang signifikan kepada kualiti persekitaran di sekolah berkesan melalui dimensi mempamerkan model
(ß=0.371, p<0.05), memberi galakan (ß=0.278, p< 0.05), menginspirasikan perkongsian visi (ß=0.271, p <
0.05), membenarkan bertindak (ß=0.212, p < 0.05), dan mencabar proses (ß=0.193, p< 0.05). Gabungan
dimensi-dimensi tersebut menjadikan kepimpinan distributif memberi pengaruh sebanyak 58.4% kepada kualiti
persekitaran sekolah dengan sumbangan pengaruh tertinggi dari dimensi mempamerkan model, diikuti dengan
dimensi memberi galakan, dimensi menginspirasikan perkongsian visi, dimensi membenarkan bertindak, dan
seterusnya dimensi mencabar proses.
6.0 PERBINCANGAN
Hasil kajian memperlihatkan semakin tinggi amalan kepimpinan distributif diamalkan dalam kalangan pemimpin
sekolah, semakin tinggi tahap kualiti persekitaran sekolahdapat dibentuk. Ini membuktikan bahawa amalan
kepimpinan distributif secara langsung mampu membantu dalam pembentukan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif melalui persekitaran sekolah yang positif. Dapatan ini menjangkau kenyataan
Crow, Hausman dan Scribner (2002) dan Lizotte (2013) yang berpendapat kepimpinan distributif adalah konsep
kepimpinan yang berharga bagi pembangunan sekolah dan kualiti persekitarannya. Ini turut menyokong dapatan
kajian kualitatif Elmore’s (2000) dan Spillane (2005) yang mendapati kepimpinan distributif memberi kesan ke atas
persekitaran sekolah dan sikap guru.
Selain itu, pengaruh dimensi mempamerkan model kepimpinan distributif terhadap persekitaran sekolah juga
menjangkau kenyataan tokoh Islam terhebat iaitu Al-Farabi yang dipetik dari kajian Azizi Yahya dan Salleh Hassan
(2010) berkenaan seorang pemimpin yang berwibawa adalah seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia
serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna. Ini juga turut ditekankan oleh Islam sebagaimana yang dihuraikan
oleh Raja Roslan Raja Abdul Rahman, Abu Bakar Mohd Yusof, Azizi Yahya, dan Salleh Hassan (2008) dalam
kajian mereka, yang menyatakan kepimpinan melalui tauladan merujuk kepada pemimpin yang harus menjadi
contoh dan teladan kepada orang-orang yang dipimpin olehnya. Contoh dan teladan yang perlu ditunjukkan bukan
sahaja stail, kaedah, dan strategi berkomunikasi tetapi juga tentang akhlak dan amal ibadat. Malah, Islam meragui
kebolehan seseorang itu boleh menjadi pemimpin yang baik jika akhlaknya buruk dan amalnya kurang. Tahap
kerjasama, kesepaduan, dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru-guru bertindak menyokong kepimpinan ke
arah pembentukan persekitaran yang positif (Fullan, 2001; Lemerle, 2005) dan seterusnya meningkatkan
keberkesanan organisasi (Dimmock, 2003).
Dalam dunia pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah, hasil dapatan ini mencadangkan bahawa kepimpinan
distributif merupakan konstruk yang paling penting bagi mengukuhkan kualiti persekitaran sekolah pada masa kini.
Pengurusan dan pentadbiran sekolah pada masa kini memerlukan keterlibatan semua guru dalam aspek kepimpinan
tertentu mengikut bakat dan kemahiran masing-masing. Ini kerana objektif utama pendidikan dalam membina modal
insan memerlukan pelbagai cabang yang perlu dilihat dari setiap sudut mengikut bakat dan kemahiran guru-guru dan
pelajar. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi fokus kepada amalan kepimpinan distributif dalam
kalangan pemimpin sekolah bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) melalui
gelombang kedua (2016-2020). Maka dengan itu, semua pemimpin sekolah perlu memahami dan meneliti dimensi-
dimensi amalan kepimpinan distributif serta dimanfaatkan kepada seluruh ahli organisasi agar setiap ahli
terutamanya pemimpin-pemimpin pertengahan dan guru-guru bersedia ke arah memahami dan menerima amanah
sebagai pemimpin.
7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya,kepimpinan distributif terbukti berperanan penting dalam mempengaruhi persekitaran sekolah dan
kepentingan ini dapat dilihat berdasarkan kepada hubungan dan pengaruh kepimpinan distributifke atas kualiti
persekitaran sekolah yang dikaji. Sehubungan itu, dimensi-dimensi kepimpinan distributif harus diambil kira sebagai
komponen penting bagi setiap individu, bukan hanya kepada pemimpin sekolah, bahkan turut kepada mereka yang
bergelar guru. Ini kerana, secara jelasnya dimensi-dimensi kepimpinan distributif membuka ruang pemikiran positif
terhadap tingkah laku dan nilai murni yang perlu dibentuk oleh setiap guru sebagai pendidik kepada pelapis
kepimpinan negara.
Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya
17 The Asean Journal of Knowledge Contribution
References
_____________________________________________________________________________________________
Purposely References removed to be found in actual Paper published in The ASEAN Journal which have to
be subscribed, attach is subscription form.
MYR100.00 for 1st
Copy & get your additional copy on the same issue for MYR50.00 ONLY !
SUBSCRIPTION FORM – THE ASEAN JOURNAL
_____________________________________________________________
SUBSCRIBE The Asean Journal of Knowledge Contribution NOW !
*Please allow 1 –2 weeks for delivery. Payment include postage cost.
Name / Institution: _________________________________________________________________
Delivery Address: __________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Postcode: _____________ City : ______________ State: _____________ Country: _____________
Contact Person: ___________________Tel (Office): ______________ (Mobile):_________________
Email: _____________________ Occupation: _______________ Company Stamp:______________
PAYMENT METHOD : I/We hereby enclosed payment of MYR ______________
ACCOUNT NAME : YAYASAN UKHWAH
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
ACCOUNT NO. : 14153010036704
ADDRESS : NO. 4 & 6, WISMA RKT, JALAN RAJA ABDULLAH,
50300 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Online Transfer Telegraphic Transfer Cheque Bank Draft/
(IBG/IBT) Bank Islam SWIFT Code : Payment Cashier
Order
BIMBMYKL
( ) SUBSCRIPTION PRICE FOR
1ST
COPY
QTY PRICE FOR 2ND ADDITIONAL
COPY ONWARDS
QTY TOTAL
(MYR)
( ) 1 Vol (1 issue) MYR 100.00 1 MYR 50
( ) 6 Vol (6 issues) MYR 600.00 1 MYR 50
( ) 12 Vol (12 issues) MYR 1,200.00 1 MYR 50
SEND your Subscription Form & proof of payment to us:
YAYASAN UKHWAH (UKHWAH FOUNDATION)
No. 20A, Lorong Medan Tuanku 1
Off Jalan Tunku Abdul Rahman
50300 WP Kuala Lumpur
Phone : +603-22027632 | Fax : +603-26984784
Email : muzlina_mustafa@yahoo.com.my /datoserimustapa@gmail.com

More Related Content

What's hot

11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanshockgadof
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifawin awin
 
hub sekolah dgn masy,sek,guru
hub sekolah dgn masy,sek,guruhub sekolah dgn masy,sek,guru
hub sekolah dgn masy,sek,gurushockgadof
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiKrishna Veeni
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahintansyafika
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Gurukrys73
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
pengurusan bilik darjah sekolah rendah
pengurusan bilik darjah sekolah rendahpengurusan bilik darjah sekolah rendah
pengurusan bilik darjah sekolah rendahsiaw ong
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikankrys73
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranLee Hua
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahaddy mat
 
Persekitaran fizikal
Persekitaran fizikalPersekitaran fizikal
Persekitaran fizikalCikgu Nisa
 
11. School Culture
11.	School Culture11.	School Culture
11. School Culturemohdfidaiy
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )shockgadof
 

What's hot (20)

11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulan
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
 
Kps 3014
Kps 3014Kps 3014
Kps 3014
 
hub sekolah dgn masy,sek,guru
hub sekolah dgn masy,sek,guruhub sekolah dgn masy,sek,guru
hub sekolah dgn masy,sek,guru
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
pengurusan bilik darjah sekolah rendah
pengurusan bilik darjah sekolah rendahpengurusan bilik darjah sekolah rendah
pengurusan bilik darjah sekolah rendah
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
 
Persekitaran fizikal
Persekitaran fizikalPersekitaran fizikal
Persekitaran fizikal
 
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budayaGroup 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
 
11. School Culture
11.	School Culture11.	School Culture
11. School Culture
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )P  Patemetik  G5  Mumpulan  S ( 3.3  Kepimpinan  Ceringkat  Kekolah Dan  Puru )
P Patemetik G5 Mumpulan S ( 3.3 Kepimpinan Ceringkat Kekolah Dan Puru )
 

Similar to Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah

Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarAnysPiNky
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfymtuea0357
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendahikhwankmk92
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Irma Gurlz
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-intansyafika
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2jejakakunak
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Farah Waheeda
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 

Similar to Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah (20)

Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besarHubungan gaya kepimpinan_guru_besar
Hubungan gaya kepimpinan_guru_besar
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdf
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Dr ja 3
Dr ja 3Dr ja 3
Dr ja 3
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Kajian kepimpinan
Kajian kepimpinanKajian kepimpinan
Kajian kepimpinan
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (14)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah

  • 1. PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF TERHADAP PERSEKITARAN SEKOLAH Zuraidah Juliana Bt. Mohamad Yusoff, Dr. Siti Noor Bt. Ismail, Prof. Madya Dr. Yahya B. Don Pusat Pengajian Pendidikan & Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia, Malaysia Abstrak Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah adalah elemen penting dalam menjayakanpelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan.Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perkaitan antara kepimpinan distributif dengan persekitaran sekolah di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunapakai pendekatan kuantitatif dalam kajian keratan rentas untuk mengumpul data berkenaan kepimpinan distributif dan tahap kualiti persekitaran sekolah. Populasi kajian melibatkan pemimpin-pemimpin di sekolah menengah kebangsaan zon utara, Semenanjung Malaysia dan persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Leadership Practices Inventory (LPI) yang dibina oleh Kouzes dan Posner pada tahun 2003 dan soal selidik Teacher School Environment Questionnaire (TSEQ) yang diadaptasi oleh Lemerle, pada tahun 2005. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara kepimpinan distributif danpersekitaran sekolah yang manakepimpinan distributif juga didapati memberi pengaruh kepada persekitaran sekolah. Justeru elemen-elemen di dalam amalan kepimpinan distributif perlu diterapkan kepada pemimpin- pemimpin sekolah dalam mempastikan keberkesanan kepimpinan di sekolah dapat dicapai sepertimana yang telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kata Kunci: Kepimpinan distributif, persekitaran sekolah, modal organisasi, modal sosial 1.0 PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah digubal demi membentuk sebuah kerangka pendidikan melalui proses transformasi sistem pendidikan tahap tinggi yang lebih efektif dan efisien (Muhyiddin Yassin, 2013).Transformasi pengurusan, penstrukturan semula sistem sekolah, serta aplikasi beberapa inisiatif polisi dan pembudayaan organisasi sekolah, dijangka dapat meningkatkan modal insan dan memberi impak dalam pembangunan negara yang mampu menghadapi cabaran dan pemikiran kritikal dalam dunia globalisasi (Muhyiddin Yassin, 2013). Usaha murni kerajaan bertujuan untuk meningkatkan 10,000 buah sekolah di Malaysia ke arah sekolah berkesan (Abdul Shukor Abdullah, 2007).Laporan kajian oleh Effective School Movement telah meletakkan suatu perubahan di tahap kritikal terutamanya dalam aspek-aspek kepimpinan, persekitaran sekolah, dan budaya sekolah terhadap pencapaian akademik dan pelajar (Coleman, 1966; Fullan, 2011; Leithwood, Bauer, & Riedlinger, 2006).* Sekolah tidak boleh dilihat secara conventional atau melalui education production function model, sebaliknya, penelitian amat perlu untuk menjawab persoalan mengapa sebilangan sekolah boleh berkesan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain (Hopkins, 2006; Jellison, 2006; Klitgard & Hall, 1973; Yahya Don & Shahril Marzuki, 2007). Walaupun kepimpinan sekolah telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan sekolah yang berkesan dengan sekolah yang kurang berkesan, namun begitu perubahan dan dasar pembangunan dan perancangan sistem pendidikan Malaysia telah menumpukan kepada persekitaran sekolah dan pengurusan guru-guru oleh pengetua dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah (Fullan, 2011; Harris, 2005; Kruse, Louis, & Bryk (1995).Midthassel (2006) menyatakan bahawa persekitaran sekolah berkait rapat dengan tahap peningkatan prestasi sekolah (Ahmad Zabidi, 2006; Aldridge, Fraser, & Laugksch, 2011). 2.0 PERNYATAAN MASALAH * The material presented by the author(s) does not necessarily portray the viewpoint of the editors and the management of The Asean Journal of Knowledge Contribution. Any remaining errors or omission rest solely with the authors of this paper. Citation: Zuraidah Juliana, Siti Noor, Yahya (2015). Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah, 4(4), 09- 19. The Asean Journal of Knowledge Contribution ISSN: 2286-828X Vol. 4, No. 4 (2015) 09-19
  • 2. Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah 10 Vol. 4, No. 4 (2015) Peranan sekolah sebagai organisasi yang membentuk dan mengurus manusia adalah suatu yang amat kompleks kerana boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bilangan sekolah-sekolah berkesan (Chen, 2007; Spillane, 2006). Menurut Abdul Shukor (2007), kebanyakan pengurusan sekolah masih kurang jelas tentang konsep sekolah, persekitaran sekolah, serta persekitaran pembelajaran, dan ini menyebabkan ia sukar diuruskan.terdapat pemimpin sekolah yang ekstrem mengurus persekitaran sekolah mengikut cita rasa, pemikiran, dan amalan kepimpinan tersendiri, akibatnya telah menimbulkan pertelingkahan dalam kalangan guru- guru, masyarakat setempat dan pihak atasan di Kementerian Pelajaran (Muhyiddin Yassin, 2013). Walaupun kajian- kajian berpendapat bahawa kepimpinan distributif adalah teras penting kepada peningkatan kejayaan sekolah dan kemahiran utama pengetua untuk membentuk persekitaran sekolah, namun ia masih tidak jelas bagaimana seseorang pengetua boleh mempengaruhi amalan kepimpinan distributif dalam sekolah mereka (Crow, Hausman, & Scribner, 2002). Menurut Harris dan Spillane (2008), walaupun kepimpinan distributif telah dibuktikan sebagai model yang berjaya untuk pengurusan sekolah, ia masih tidak jelas bagaimana seorang pengetua perlu membangun dan melaksanakan model kepimpinan distributif dalam persekitaran sekolah.Duignan (2003) berpendapat, penekanan kepada anjakan paradigma melalui kepimpinan distributif adalah perlu sebagai usaha menggalakkan pembentukan persekitaran yang positif dalam organisasi sekolah.Justeru,Malaysia telah menggubal PPPM (2013-2025) yang menumpukan kepada usaha memartabatkan profesion keguruan dan kepimpinan distributif dalam kepimpinan sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Maka, menjadi satu peranan penting untuk meneliti aspek kepimpinan distributif pemimpin sekolah dalam mempengaruhi persekitaran sekolah-sekolah di Malaysia. Soalan Kajian i) Apakah tahap amalan kepimpinan distributif pemimpin-pemimpin sekolah di Malaysia? ii) Apakah tahap persekitaran sekolah-sekolah di Malaysia? iii) Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan distributif dengan persekitaran sekolah di Malaysia? iv) Apakah dimensi utama kepimpinan distributif yang memberi pengaruh ke atas persekitaran sekolah di Malaysia? 3.0 SOROTAN KAJIAN 3.1 Kepimpinan Distributif dan Pemerkasaan Organisasi Terdapat bukti empirikal pada masa kini berkenaan kesan kepimpinan distributif yang menyokong hubungan kuat antara kepimpinan distributif dengan peningkatan prestasi sesebuah organisasi.Majoriti penyelidikan dijalankan berkenaan kesan kepimpinan pendidikan terhadap keberkesanan amalan kepimpinan melalui peranan pengetua.Hall dan Wallence (1996) telah mendapati terdapat bukti kukuh bahawa amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin dan ahli organisasi mempunyai hubungan dengan peningkatan hubungan kolaboratif.Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kepimpinan distributif menggalakkan nilai-nilai yang memacu akauntabiliti dan penglibatan bertanggungjawab yang membawa kepada pembinaan kapasiti dan seterusnya mendorong peningkatan kecemerlangan dalam organisasi sekolah. Robinson (2008) menyatakan kepimpinan distributif berpotensi menghasilkan outcome yang positifdan menyumbang kepada hasil organisasi yang lebih produktif.Taylor (2008) menegaskan bahawa amalan kepimpinan distributif menjanjikan peningkatan dalam pengajaran sementara Timperly (2009) menyatakan hubungan antara kepimpinan distributif dengan perubahan sekolah dikaitkan dengan perubahan ke arah sekolah yang lebih komprehensif. Melalui amalan kepimpinan distributif dalam pembangunan rangkaian organisasi, ia membantu mewujudkan hubungan yang luas dan tindak balas yang lebih inovatif untuk menghadapi cabaran organisasi (Leithwood, Mascall, & Strauss, 2009).Untuk penambahbaikan sekolah dan pencapaian prestasi pelajar, kepimpinan distributif seolah-olah menjadi satu pendekatan yang berjaya (Harris, 2008). 3.2 Kepimpinan Distributif dan Persekitaran Sekolah Kepentingan kepimpinan distributif dalam mengukuhkan kualiti persekitaran sekolah turut diperbincangkan oleh sarjana seperti Noble (2014), Oduro (2004), Leithwood, Day, Sammons, Harris, dan Hopkins (2006), serta Margolis dan Huggins (2012). Jackson (2000) dan Kocolowski (2010) turut menyatakan bahawa kepimpinan distributif yang melibatkan interaksi sosial bersama ahli organisasi membawa kepada perkongsian tanggungjawab dan kesatuan. Kajian Water (2004) menghasilkan dapatan yang positif bagi hubungan di antara persekitaran sekolah dengan pencapaian pelajar, yang mana menunjukkan kepimpinan distributif memberi kesan ke atas orientasi pencapaian melalui gaya kepimpinan yang menggalakkan kerjasama dan usahama
  • 3. Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya 11 The Asean Journal of Knowledge Contribution sesama ahli organisasi.Giles (2007) telah mengenal pasti amalan pentadbiran boleh membantu mengubah persekitaran sekolah dan kepimpinan distributif berjaya mewujudkan persekitaran yang teratur dan berstruktur. Kajian Bryk dan Schneider (2003) membuktikan kepimpinan distributif membawa perubahan kepada persekitaran sekolah. Di samping itu, Crow, Hausman dan Scribner (2002) dan Lizotte (2013) berpendapat kepimpinan distributif adalah konsep kepimpinan yang berharga bagi pembangunan sekolah dan kualiti persekitarannya. Membina tahap kepercayaan dalam amalan kepimpinan distributif mewujudkan hubungan positif antara ibu bapa, guru, pentadbir dan pelajar. Amanahini memberi peluang kepada hasil pencapaian akademik yang lebih baik dan dengan sikap menyokong yang diamalkan, individu masih boleh berasa dihargai dengan sikap orang lain menghormati pendapat mereka (Bryk & Schneider, 2003).Ini turut menyokong dapatan kajian kualitatif Elmore’s (2000) dan Spillane (2005) yang mendapati kepimpinan distributif memberi kesan ke atas persekitaran sekolah dan sikap guru.Secara khususnya Williams (2011) menyatakan kepimpinan distributif adalah satu aturan alam semula jadi yang mana diilustrasikan sebagai satu tangan yang mempunyai ciri-ciri dan kerangka kerja yang kukuh nilainya, tujuannya, dan strukturnya. Kerangka kerja ini telah membawa kepada satu kedudukan dan tempat dalam modal organisasi melalui kepercayaan ahli untuk berhubung dengan satu tujuan yang sama (Woods, 2005). Ini secara langsung mewujudkan persekitaran organisasi yang positif. 4.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk deskriptif korelasi yang mengaplikasikan tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey) berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden. Populasi kajian ini ialah 540 orang pemimpin di sekolah- sekolah berkesan di zon utara, Semenanjung Malaysia. Sampel kajian adalah melibatkan seramai 220 responden yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Penolong Kanan Kokurikulum, dan enam orang ketua panitia subjek teras iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Sains, Ketua Panitia Geografi, Ketua Panitia Sejarah, dan Ketua Panitia Matematik.Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah rawak berstrafikasi yang mana sekolah- sekolah dikelompokkan mengikut daerah. Setelah disenaraikan, senarai angka dalam jadual nombor rawak dirujuk untuk mendapatkan 22 buah sekolah dan setiap sekolah diwakili oleh 10 orang responden yang terlibat.Kajian ini meliputi dua soal selidik utama iaitu soal selidik Leadership Practice Inventory (LPI) (Kouzes & Posner, 2003) bagi mengukur tahap amalan kepimpinan distributif yang diamalkan oleh responden serta soal selidik Teacher School Environment Questionnaire (TSEQ) yang diadaptasi oleh Lemerle (2005) bagi mengukur tahap persekitaran sekolah. Instrumen ini adalah soal selidik terkini yang masih digunapakai oleh golongan penyelidik sehingga ke hari ini dan telah disahkan kebolehpercayaannya.Analisis kebolehpercayaan bagi pembolehubah kepimpinan distributif mempunyai nilai alpha yang tinggi iaitu ɑ=0.96, dan bagi soal selidik persekitaran sekolah mempunyai nilai alpha (ɑ=0.84). Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan prisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi 19.0. 5.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menjawab soalan berkenaan tahap amalan kepimpinan distributif pemimpin sekolah serta hubungan dan pengaruhnya ke ataspersekitaran sekolah. 5.1 Tahap Kepimpinan Distributif Pemimpin Sekolah Bahagian ini menerangkan mengenai tahap amalan kepimpinan distributif pemimpin-pemimpin sekolah yang terdiri daripada lima dimensi amalan kepimpinan distributif. Jadual 1: Tahap Amalan Kepimpinan Distributif di Sekolah Kepimpinan Distributif Min SP Mempamerkan model 3.85 0.48 Contoh ikutan 3.99 0.43 Mematuhi standard 3.41 0.33 Tepati janji dan memberi komitmen 4.22 0.46
  • 4. Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah 12 Vol. 4, No. 4 (2015) Meminta maklum balas 3.85 0.48 Membina nilai-nilai murni 4.09 0.48 Jelas tentang falsafah kepimpinan 3.52 0.71 Menginspirasikan Perkongsian Visi 3.81 0.43 Objektif dan matlamat sekolah 4.05 0.56 Menerangkan imej masa depan 3.90 0.57 Mengajak berkongsi impian sekolah 4.12 0.60 Kepentingan jangka panjang 4.05 0.49 Perancangan dan strategi tindakan 3.84 0.38 Menyampaikan halatuju kerja 4.12 0.56 Mencabar Proses 3.80 0.55 Mencari peluang-peluang 3.48 0.50 Mencabar perubahan dan inovatif 3.87 0.51 Mencari pelbagai inovatif luar 3.67 0.51 Bertanyakan pengajaran 3.50 0.54 Mewujudkan ukuran pencapaian 3.41 0.43 Mencuba sesuatu yang baru 3.98 0.42 Membenarkan Bertindak 4.14 0.51 Membina kerjasama 4.15 0.66 Mendengar secara aktif 4.14 0.61 Melayan dengan penuh hormat 4.23 0.55 Kreatif menyumbang 3.99 0.71 Menentukan gaya pelaksanaan kerja 4.16 0.36 Mempelajari pengetahuan baru 3.88 0.43 Memberi galakan 3.99 0.59 Memuji guru-guru 4.12 0.55 Ukuran kemahiran 3.50 0.61 Memberi sokongan 3.78 0.71 Mengiktiraf 4.11 0.67 Meraikan kejayaan 3.98 0.59
  • 5. Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya 13 The Asean Journal of Knowledge Contribution Memberi penghargaan 4.04 0.57 Kepimpinan Distributif 3.92 0.51 Secara keseluruhannya didapati amalan kepimpinan distributif yang diperlihatkan oleh responden berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min (M=3.92; SP=0.51). Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya, pemimpin sekolah berkesan di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan di zon utara, Semenanjung Malaysia mengamalkan kepimpinan distributif tahap tinggi, khususnya pada dimensi membenarkan bertindak (M=4.14; SP=0.51). 5.2 Tahap Kepimpinan Distributif Pemimpin Sekolah Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian bagi tahap persekitaran sekolah yang melibatkan dua dimensi utama yang dikaji iaitu dimensi modal organisasi sekolah dan dimensi modal sosial sekolah. Jadual 2: Tahap Persekitaran Sekolah Min SP Persekitaran Sekolah 3.34 0.64 Dimensi Modal Organisasi Sekolah 3.56 0.64 Dimensi Modal Sosial Sekolah 3.12 0.63 Kualiti persekitaran sekolah di sekolah berkesan berada pada tahap sederhana (M=3.34; SP=.64). Jadual menunjukkan dimensi modal organisasi persekitaran sekolah didapati berada pada tahap tinggi (M=3.56; SP=.64) sementara dimensi modal sosial pula berada pada tahap sederhana (M=3.12; SP=.63). Jadual 3: Tahap Dimensi Modal Organisasi Persekitaran Sekolah Min SP Dimensi Modal Organisasi Sekolah 3.56 0.64 Pembangunan profesional 3.42 0.73 Digalakkan untuk meneruskan 3.78 0.87 Keperluan dan minat 4.16 0.52 Forum dan seminar di sekolah 3.03 0.54 Peluang membangunkan kemahiran baru 2.98 0.83 Tidak sukar untuk mendapat akses 3.13 0.89 Kejelasan peranan 4.30 0.63 Harapan terhadap diri 4.20 0.54 Memahami tugas-tugas 4.34 0.60 Objektif dapat ditakrifkan dengan baik 4.26 0.62 Tahu di mana tempat rujukan 4.40 0.75 Moral sekolah 3.37 0.69 Komunikasi yang baik 3.41 0.77 Bersedia menyumbang tenaga 3.23 0.83 Nilai peribadi tinggi. 3.30 0.56 Penuh semangat. 3.52 0.58 Penilaian dan penghargaan 3.44 0.67 Dihargai 3.72 0.54 Berpuas hati 3.40 0.58 Percaya dan yakin 3.40 0.57 Menerima maklum balas 3.23 0.98 Sokongan pemimpin 3.75 0.58 Selesa berbincang ketidakpuasan hati 4.08 0.47 Sokongan dalam sebarang aktiviti 3.96 0.78 Boleh dipercayai 3.20 0.50 Sokongan rakan sekerja 3.36 0.58 Mendapat sokongan 3.50 0.51 Tidak malu untuk meminta bantuan 3.42 0.54 Terdapat semangat berpasukan 3.50 0.60 Mengambil berat 3.00 0.67
  • 6. Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah 14 Vol. 4, No. 4 (2015) Koordinasi kurikulum 3.74 0.47 Menyampaikan tugas 4.24 0.69 Memantau pengajaran 3.50 0.38 Menilai objektif kurikulum 4.00 0.39 Menyemak semula bahan pengajaran 3.20 0.42 Orientasi Pelajar 3.79 0.53 Mencapai matlamat 3.57 0.47 Menetapkan standard 3.78 0.50 Mempercayai keupayaan pelajar 3.60 0.58 Pencapaian akademik diiktiraf 4.24 0.38 Persekitaran pembelajaran teratur dan sistematik. 3.78 0.70 Kuasa membuat keputusan/aras tinggi 3.33 0.90 Keputusan dasar dan pentadbiran 3.00 0.14 Membincangkan hal pengurusan 3.65 0.89 Melibatkan diri dalam membuat keputusan 3.35 0.78 Pembahagian tugas 3.10 0.62 Berasa tertekan dan terbeban 3.70 0.67 Punyai masa untuk berehat. 2.70 0.56 Tugas secara berkumpulan 2.90 0.62 Melihat kepada kelompok modal organisasi persekitaran sekolah secara menyeluruh, hanya empat dimensi daripada sepuluh dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu dimensi kejelasan peranan (M=4.03; SP=.54), penyelarasan kurikulum (M=3.58; SP=.50), orentasi pembelajaran (M=3.55; SP=.48), dan sokongan pemimpin (M=3.49; SP=.93). Enam dimensi lagi berada pada tahap sederhana dengan skor min tertinggi pada dimensi moral sekolah (M=3.32; SP=.74), penilaian dan penghargaan (M=3.32; SP=.77), sokongan rakan sekerja (M=3.26; SP=.58), pembangunan professional (M=3.23; SP=.84), kuasa membuat keputusan (M=3.11; SP=.96), dan pembahagian tugas (M=3.08; SP=.63). Jadual 4: Dimensi Modal Sosial Persekitaran Sekolah Min SP Subdimensi Modal Sosial Sekolah 3.12 0.63 Kepercayaan dan keselamatan 2.91 0.73 Berasa selamat 2.98 0.54 Boleh dipercayai 3.00 0.61 Menawarkan bantuan 2.78 0.98 Reputasi selamat 2.89 0.78 Proaktiviti sosial 3.14 0.63 Melawat rakan-rakan 3.00 0.60 Berasa bebas untuk bersuara 3.20 0.42 Mendapatkan orang pengantaraan 2.90 0.11 Membantu rakan sekerja 3.10 0.67 Komited 3.50 0.45 Toleransi kepelbagaian 3.23 0.58 Dapat ditingkatkan 3.24 0.27 Selesa bekerja 3.10 0.57 Melakukan apa yang perlu dilakukan 3.34 0.90 Nilai Kehidupan 3.21 0.59 Gembira dan berpuas hati 3.43 0.56 Tenang, santai, dan bebas daripada ketegangan. 3.25 0.70 Kebahagiaan menanti di hadapan saya 3.34 0.54 Menikmati apa sahaja yang saya ceburi. 2.95 0.58 Gembira dengan kehidupan secara menyeluruh. 3.10 0.55 Hasil analisis kajian bagi dimensi modal sosial persekitaran sekolah menunjukkan dimensi toleransi kepelbagaian mempunyai nilai skor min (M=3.23; SP=.58), dan diikuti dengan dimensi nilai kehidupan (M=3.21; SP=.59), dimensi proaktiviti sosial (M=3.14; SP=.63), dan dimensi kepercayaan dan keselamatan (M=2.91; SP=.73). Secara keseluruhan, keempat-empat dimensi berada pada tahap sederhana.
  • 7. Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya 15 The Asean Journal of Knowledge Contribution 5.3 Hubungan antara Kepimpinan Distributif dan Persekitaran Sekolah Secara keseluruhannya dapatan kajian dari jadual 5 menunjukkan kesemua dimensi kepimpinan distributif pemimpin sekolah didapati mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan dimensi-dimensi persekitaran sekolah. Jadual 5: Hubungan antara Kepimpinan Distributif dengan Persekitaran Sekolah **p < 0.01; *p < 0.05 Berdasarkan kepada jadual di atas, secara menyeluruh wujud hubungan yang sederhana dan signifikan di antara amalan kepimpinan distributif dengan persekitaran sekolah (r=0.61, p<0.01) dan hubungan kepimpinan distributif dengan dimensi modal organisasi(r=0.67; 0.53, p<0.01) dan modal sosial(r=0.64; 0.61, p<0.01) persekitaran sekolah. Dimensi membenarkan bertindak dan memberi galakan mempunyai hubungan yang kuat dan signifikan dengan persekitaran sekolah iaitu dengan kekuatan hubungan(r=0.76, p<0.01) dan (r= 0.70, p < 0.01). Dimensi menginspirasikan perkongsian visi (r=0.56, p>0.01) dan dimensi mempamerkan model (r=0.52, p>0.01) didapati mempunyai hubungan yang sederhana dan signifikan dengan persekitaran sekolah sementara dimensi mencabar proses (r=0.33, p<0.01) pula mempunyai hubungan yang lemah dan signifikan dengan persekitaran sekolah. Walaupun setiap dimensi kepimpinan distributif mempunyai tahap kekuatan hubungan yang tidak sama dengan setiap dimensi persekitaran sekolah, namun kajian ini membuktikan bahawa ia mempunyai hubungan yang positif di mana semakin tinggi pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan distributif, semakin tinggi tahap kualiti persekitaran sekolah dapat dibentuk. 5.4 Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah Jadual 6 menunjukkan keputusan ujian statistik yang digunakan bagi meneliti pengaruh kepimpinan distributif pemimpin ke atas persekitaran sekolah. Secara statistiknya, R berganda (R=0.584; p<0.05) tidak sama dengan sifar. Maka dengan ini, persekitaran sekolah dipengaruhi secara signifikan oleh dimensi-dimensi kepimpinan distributif pemimpin sekolah sebanyak 58.4%. Jadual 6: Dapatan Analisis Regresi Pengaruh Kepimpinan Distributif terhadap Persekitaran Sekolah Pembolehubah peramal B Beta t p Mempamerkan model 6.431 0.371 5.168 .000 Menginspirasikan perkongsian visi 5.376 0.271 6.329 .001 Mencabar proses 8.659 0.193 6.416 .000 Membenarkan bertindak 16.367 0.212 6.909 .001 Memberi galakan 7.712 0.278 6.580 .000 Dimensi 1 Dimensi 2 Dimensi 3Dimensi 4 Dimensi 5 KD Persekitaran Sekolah .52** .56** .33** .76** .70** .61** Modal Organisasi Sekolah .47** .43** .33** .28** .70** .67** Pembangunan profesional .53** .41** .29** .32** .60** .54** Kejelasan peranan .51** .79** .15** .52** .23** .63** Moral sekolah .79** .64** .19** .44** .45** .75** Penilaian dan penghargaan .65** .30** .22** .89** .22** .51** Sokongan pemimpin .69** .51** .24** .73** .70** .51** Sokongan rakan sekerja .50** .47** .32** .46** .64** .34** Penyelarasan kurikulum .47** .64** .39** .38** .34** .54** Orientasi pembelajaran .41** .39** .29** .43** .40** .40** Kuasa membuat keputusan .28** .33** .28** .74** .34** .59** Pembahagian Tugas .32** .33** .33** .63** .53** .33** Modal Sosial Sekolah .79** .31** .31** .58** .62** .64** Kepercayaan & keselamatan .67** .42** .22** .50** .53** .25** Proaktiviti sosial .59** .43** .44** .48** .35** .59** Toleransi kepelbagaian .27** .26** .25** .27** .61** .27** Nilai kehidupan .30** .34** .36** .31** .58** .40**
  • 8. Pengaruh Kepimpinan Distributif Terhadap Persekitaran Sekolah 16 Vol. 4, No. 4 (2015) R = 0.613 R Square = 0.584 Adjusted R Square = 0.565 F = 59.004 p = 0.01 Merujuk kepada jadual tersebut, dimensi-dimensi kepimpinan distributif pemimpin sekolah didapati memberi pengaruh yang signifikan kepada kualiti persekitaran di sekolah berkesan melalui dimensi mempamerkan model (ß=0.371, p<0.05), memberi galakan (ß=0.278, p< 0.05), menginspirasikan perkongsian visi (ß=0.271, p < 0.05), membenarkan bertindak (ß=0.212, p < 0.05), dan mencabar proses (ß=0.193, p< 0.05). Gabungan dimensi-dimensi tersebut menjadikan kepimpinan distributif memberi pengaruh sebanyak 58.4% kepada kualiti persekitaran sekolah dengan sumbangan pengaruh tertinggi dari dimensi mempamerkan model, diikuti dengan dimensi memberi galakan, dimensi menginspirasikan perkongsian visi, dimensi membenarkan bertindak, dan seterusnya dimensi mencabar proses. 6.0 PERBINCANGAN Hasil kajian memperlihatkan semakin tinggi amalan kepimpinan distributif diamalkan dalam kalangan pemimpin sekolah, semakin tinggi tahap kualiti persekitaran sekolahdapat dibentuk. Ini membuktikan bahawa amalan kepimpinan distributif secara langsung mampu membantu dalam pembentukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif melalui persekitaran sekolah yang positif. Dapatan ini menjangkau kenyataan Crow, Hausman dan Scribner (2002) dan Lizotte (2013) yang berpendapat kepimpinan distributif adalah konsep kepimpinan yang berharga bagi pembangunan sekolah dan kualiti persekitarannya. Ini turut menyokong dapatan kajian kualitatif Elmore’s (2000) dan Spillane (2005) yang mendapati kepimpinan distributif memberi kesan ke atas persekitaran sekolah dan sikap guru. Selain itu, pengaruh dimensi mempamerkan model kepimpinan distributif terhadap persekitaran sekolah juga menjangkau kenyataan tokoh Islam terhebat iaitu Al-Farabi yang dipetik dari kajian Azizi Yahya dan Salleh Hassan (2010) berkenaan seorang pemimpin yang berwibawa adalah seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna. Ini juga turut ditekankan oleh Islam sebagaimana yang dihuraikan oleh Raja Roslan Raja Abdul Rahman, Abu Bakar Mohd Yusof, Azizi Yahya, dan Salleh Hassan (2008) dalam kajian mereka, yang menyatakan kepimpinan melalui tauladan merujuk kepada pemimpin yang harus menjadi contoh dan teladan kepada orang-orang yang dipimpin olehnya. Contoh dan teladan yang perlu ditunjukkan bukan sahaja stail, kaedah, dan strategi berkomunikasi tetapi juga tentang akhlak dan amal ibadat. Malah, Islam meragui kebolehan seseorang itu boleh menjadi pemimpin yang baik jika akhlaknya buruk dan amalnya kurang. Tahap kerjasama, kesepaduan, dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru-guru bertindak menyokong kepimpinan ke arah pembentukan persekitaran yang positif (Fullan, 2001; Lemerle, 2005) dan seterusnya meningkatkan keberkesanan organisasi (Dimmock, 2003). Dalam dunia pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah, hasil dapatan ini mencadangkan bahawa kepimpinan distributif merupakan konstruk yang paling penting bagi mengukuhkan kualiti persekitaran sekolah pada masa kini. Pengurusan dan pentadbiran sekolah pada masa kini memerlukan keterlibatan semua guru dalam aspek kepimpinan tertentu mengikut bakat dan kemahiran masing-masing. Ini kerana objektif utama pendidikan dalam membina modal insan memerlukan pelbagai cabang yang perlu dilihat dari setiap sudut mengikut bakat dan kemahiran guru-guru dan pelajar. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi fokus kepada amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin sekolah bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) melalui gelombang kedua (2016-2020). Maka dengan itu, semua pemimpin sekolah perlu memahami dan meneliti dimensi- dimensi amalan kepimpinan distributif serta dimanfaatkan kepada seluruh ahli organisasi agar setiap ahli terutamanya pemimpin-pemimpin pertengahan dan guru-guru bersedia ke arah memahami dan menerima amanah sebagai pemimpin. 7.0 RUMUSAN Kesimpulannya,kepimpinan distributif terbukti berperanan penting dalam mempengaruhi persekitaran sekolah dan kepentingan ini dapat dilihat berdasarkan kepada hubungan dan pengaruh kepimpinan distributifke atas kualiti persekitaran sekolah yang dikaji. Sehubungan itu, dimensi-dimensi kepimpinan distributif harus diambil kira sebagai komponen penting bagi setiap individu, bukan hanya kepada pemimpin sekolah, bahkan turut kepada mereka yang bergelar guru. Ini kerana, secara jelasnya dimensi-dimensi kepimpinan distributif membuka ruang pemikiran positif terhadap tingkah laku dan nilai murni yang perlu dibentuk oleh setiap guru sebagai pendidik kepada pelapis kepimpinan negara.
  • 9. Zuraidah Juliana, Siti Noor & Yahya 17 The Asean Journal of Knowledge Contribution References _____________________________________________________________________________________________ Purposely References removed to be found in actual Paper published in The ASEAN Journal which have to be subscribed, attach is subscription form.
  • 10. MYR100.00 for 1st Copy & get your additional copy on the same issue for MYR50.00 ONLY ! SUBSCRIPTION FORM – THE ASEAN JOURNAL _____________________________________________________________ SUBSCRIBE The Asean Journal of Knowledge Contribution NOW ! *Please allow 1 –2 weeks for delivery. Payment include postage cost. Name / Institution: _________________________________________________________________ Delivery Address: __________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ Postcode: _____________ City : ______________ State: _____________ Country: _____________ Contact Person: ___________________Tel (Office): ______________ (Mobile):_________________ Email: _____________________ Occupation: _______________ Company Stamp:______________ PAYMENT METHOD : I/We hereby enclosed payment of MYR ______________ ACCOUNT NAME : YAYASAN UKHWAH BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ACCOUNT NO. : 14153010036704 ADDRESS : NO. 4 & 6, WISMA RKT, JALAN RAJA ABDULLAH, 50300 KUALA LUMPUR, MALAYSIA Online Transfer Telegraphic Transfer Cheque Bank Draft/ (IBG/IBT) Bank Islam SWIFT Code : Payment Cashier Order BIMBMYKL ( ) SUBSCRIPTION PRICE FOR 1ST COPY QTY PRICE FOR 2ND ADDITIONAL COPY ONWARDS QTY TOTAL (MYR) ( ) 1 Vol (1 issue) MYR 100.00 1 MYR 50 ( ) 6 Vol (6 issues) MYR 600.00 1 MYR 50 ( ) 12 Vol (12 issues) MYR 1,200.00 1 MYR 50 SEND your Subscription Form & proof of payment to us: YAYASAN UKHWAH (UKHWAH FOUNDATION) No. 20A, Lorong Medan Tuanku 1 Off Jalan Tunku Abdul Rahman 50300 WP Kuala Lumpur Phone : +603-22027632 | Fax : +603-26984784 Email : muzlina_mustafa@yahoo.com.my /datoserimustapa@gmail.com