2. APLIKASI PENGAJARAN MAKRO
-Pengajaran makro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang
mengandungi kemahran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi
pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar.
-Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan
diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain.
-Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar
seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit
atau 40 minit. -Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih
melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran,
disamping dapat memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi
situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.
3. OBJEKTIF PENGAJARAN MAKRO
Memahami ciri-ciri perancangan
dan pengajaran makro
Membina rancangan pengajaran
makro mengikut format latihan
Mengaplikasikan sesi pengajaran
makro dalam bilik darjah
4. SITUASI PENGAJARAN MAKRO
Kelas sebenar
Murid sebenar terdiri daripada 30 hingga 40 orang.
Guru pelatih mengajar sepenuh masa – 30 hingga
60 minit
Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar dan
pengurusan bilik darjah
Situasi sebenar pengajaran
Perancangan menyeluruh untuk satu sesi
pengajaran
6. Persediaan Pengajaran Makro
Mengaitkan dengan topik yang
akan diajar
Mengenalpasti pengetahuan
sedia ada murid
Menstruktur objektif atau hasil
pembelajaran
7. Perancangan Penyampaian
Menentukan strategi pembelajaran
dan pengajaran
Merangka masa pengajaran bagi
setiap fasa atau aktiviti
Menentukan prinsip perkembangan
isi yang tepat
Memilih dan menyediakan bahan
bantu mengajar atau sumber
8. Perancangan Penilaian
Menentukan alat pengukur
pencapaian pengajaran
Menganalisis maklum balas
Mengubah suai pendekatan,
kaedah atau teknik
9. Perancangan pendahuluan
-Merupakan pemilihan set induksi bagi menarik
perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang
hendak disampaikan.
-Set Induksi yang baik dapat menggalakkan
pembelajaran murid dengan mengaitkan pelajaran
yang lepas atau pengetahuan sedia ada murid.
-Unsur-unsur kehairanan juga dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu murid, justeru memotivasikan
mereka untuk terus belajar.
-Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah
antara tiga hingga lima minit.
10. Perancangan penyampaian
-Bertujuan untuk memastikan perkembangan pengajaran
dilaksanakan dengan tersusun melalui langkah
pengajaran yang berperingkat-peringkat mengikut
kesesuain model pengajaran yang digunakan.
-Dalam pengajaran KSSR misalnya, model kreatif terarah
kendiri digalakkan agar dapat membentuk murid yang
berfikir secara kritis dan kreatif.
Guru juga perlu membuat anggaran masa yang tepat agar
aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan
dengan lancar.
Langkah-langkah pengajaran yang dirancang melalui
aktiviti yang tersusun mestilah berkaitan dengan objektif
atau hasil pembelajaran.
11. Perancangan penyampaian
-Guru juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak
disampaikan.
-Ia perlulah sesuai dengan dengan kebolehan serta minat murid.
-Isi pelajaran perlu dipertingatkan dan dikembangkan secara koheren
supaya murid membina pembelajaran kendiri dengan lebih mudah.
-Ketika merancang pemeringkatan isi, guru boleh memilih prinsip-
prinsip perkembangan isi yang sesuai seperti :
daripada mudah kepada kompleks
daripada yang sudah diketahui kepada belum diketahui
daripada perkara dekat kepada yang jauh
daripada khusus kepada umum
daripada maujud kepada mujarad
12. Perancangan penyampaian
-Pemilihan dan penentuan strategi yang sesuai ketika
merancang membantu
guru menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan.
-Kebijaksanaan guru memilih strategi akan menjamin kelicinan
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
-Pendekatan dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif
boleh memotivasikan serta menjadikan mereka berasa seronok
untuk belajar.
-Guru juga harus merancang aktiviti pentaksiran untuk
mengukur pencapaian objektif atau hasil pembelajaran..
-Aktiviti penilaian boleh dirancang dengan teliti melalui
pemerhatian aktiviti, analisis kerja murid atau melalui ujian lisan,
bacaan mahu pun penulisan.
- Maklumat-maklumat yang diperolehi dari pentafsiran penilaian
ini akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran seterusnya
13. Perancangan penyampaian
-Penutup merupakan bahagian terakhir sesuatu
pengajaran dan pembelajaran.
-Dalam bahagian penutup guru membantu murid
membuat rumusan dan kesimpulan isi-isi penting
melalui aktiviti soal jawab, lakaran peta pemikiran i-
THINK, peta minda atau pengurusan grafik yang
sesuai.
-Guru juga digalakkan memberi aktiviti pengukuhan
seperti menyanyi, bernasyid, bersalawat dan
permainan ringkas yang menyeronokkan.
-Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan
menggerakkan murid-murid supaya bersedia untuk
pelajaran akan datang.
14. Perancangan Penilaian
-Guru perlu membuat penilaian kendiri selepas
tamat pengajaran.
-Refleksi bertujuan untuk muhasabah berkaitan
kekurangan dan kekuatan diri. Kekurangan atau
kelemahan perlu diperbaiki melalui perbincangan
dan pembacaan secara ilmiah.
-Pandangan para ilmuan perlu diambil kira sebagai
panduan untuk menambaik amalan pengajaran.
-Perkara-perkara yang perlu direnung dan dibuat
refleksi ialah pencapaian objektif atau hasil
pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran,
penglibatan murid dalam pengajaran dan disiplin
bilik darjah.
15. RUMUSAN
Kemahiran pengajaran makro akan membantu
pelajar-pelajar sekalian membuat penilaian
terhadap kebolehan diri dalam mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran. Potensi
diri boleh ditingkatkan dengan latihan-latihan
peneguhan kemahiran yang dikendalikan
dengan tersusun.