1. GAJI BERMOTIVASIKAN PEKERJA
Ada orang bertanya, kenapa nak kerja kerajaan pada hal gaji sikit je
banding dengan syarikat swasta, orang kerja sebab nak kejar gaji tinggi.
Persoalannya adakah gaji menimbulkan motivasi dan
kepuasan?. Mengapa ada individu yang memilih kerja yang mudah dan
kurang mencabar walaupun gaji yang diterimanya kecil dan mengapakah
kesatuan sekerja masih lagi meminta dipertimbangkan untuk kenaikan gaji,
walaupun di dalam keadaan ekonomi yang meleset seperti di negara
Malaysia sekarang?
Kepuasan dari gaji akan dilihat oleh individu sebagai fungsi gaji yang
diterima bersesuaian dengan input dan output individu itu jika dibandingkan
dengan orang lain.
Keperluan untuk kenaikan gaji adalah untuk menyempurnakan keperluan
fizikal individu. Wang juga menjadi simbol kejayaan, sumber untuk
pengiktirafan, dan juga untuk mendapatkan nilai-nilai hidup yang lain.
Bagi setengah-setengah orang, gaji adalah simbol status. Ada pula
merasakan wang dapat memberi kebebasan bertindak dalam apa juga
aspek kehidupan.
Kadang-kadang permintaan untuk gaji yang sesuai adalah semata-mata
untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama. Keperluan untuk gaji
yang bersesuaian juga adalah berkaitan dengan aspek sosioekonomi
kerana manusia walau di tahap mana dia berasa masih perlukan lebih
wang.
Keperluan begini sebagai satu desakan untuk mencapai status,
pengiktirafan, dan keperluan ego seseorang.