SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
TOPIK 5
PEMBINAAN PERADABAN
MAJMUK DI MALAYSIA
ABSTRAK/SINOPSIS
Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban
besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam
Melayu, kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India, Cina, Timur Tengah), dan
seterusnya peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘peradaban
globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa
sempadan melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang
beridentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957 melalui usaha
mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara (State)
bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara
mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan
Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan ekonomi
mendahului pembinaan Bangsa (Nation). Oleh itu, pembinaan bangsa
menyusul, antaranya melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya.
Dalam konteks ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai
wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia
sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
HASIL PEMBELAJARAN DAN OBJEKTIF
Objektif:
• Memahami proses pembinaan negara bangsa Malaysia
melalui kepelbagaian peradaban.
Hasil Pembelajaran Bab:
1. Menghuraikan proses pembentukan negara bangsa di
Malaysia
2. Menganalisis negara bangsa Malaysia dari perspektif
peradaban
PETA MINDA
PERADABAN
MAJMUK
SEJARAH
SOSIAL
NEGARA BANGSA
NEGARA
BANGSA
BANGSA
IDAMAN
KANDUNGAN KURSUS
1. Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam
pembinaan negara bangsa
2. Konsep Negara dan Bangsa
3. Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam
acuan Malaysia
4. Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” dan
perbahasan
Sejarah sosial pengaruh
peradaban dunia dalam
pembinaan negara bangsa
• Sejarah di Alam Melayu
• Peradaban Pribumi Alam Melayu
• Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)
• Peradaban Barat
• Peradaban Globalisasi
• Peradaban beridentitikan Malaysia
• Kemerdekaan 1957 – Negara-Bangsa
• Pembinaan Negara
• Pembinaan Bangsa
Perkembangan Sejarah Alam Melayu
1) Zaman Pra Sejarah
• Zaman Paleolitik
• Zaman Mesolitik
• Zaman Neolitik
• Zaman Logam / Gangsa Besi
2) Zaman Proto Sejarah
- Kewujudan kerajaan purba / kerajaan awal
• Langkasuka
• Kedah Tua
• Gangga Negara
• Chih-Tu
• Lo-Yueh
• Tan-Tan
3) Zaman Pensejarahan
• Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
• Bermula pembentukan masyarakat kepelbagaian -
perdagangan
• Kedatangan kuasa penjajah
o Portugis
o Belanda
o British
4) Zaman Sejarah Moden
• Merdeka 1957
• Perpaduan – penyatuan
• Ke arah pembinaan negara-bangsa Malaysia
Peradaban Globalisasi
• “Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan
peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi;
• Pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan
• Perkembangan teknologi maklumat dan informasi – Internet, Komputer, SmartPhone
• Penggunaan media sosial yang berleluasa – Facebook, WhatsApp's, Instagram,
Twitter, Telegram dll.
• Peradaban globalisasi membawa pengaruh
yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan
merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-
budaya termasuklah perkembangan bidang
ilmu dan pemikiran
• Perkembangan peradaban global ini turut
menjadi penyumbang kepada pembentukan
peradaban majmuk di Malaysia
Pembentukan
Peradaban Majmuk
• Gabungan atau percampuran beberapa peradaban yang membentuk
peradaban beridentitikan Malaysia
• Peradaban Melayu menjadi teras kepada peradaban majmuk Malaysia
• Setelah kemasukan para pedagang dari India, China dan Timur Tengah
telah membuka ruang interaksi dan jaringan peradaban yang lebih luas di
Tanah Melayu
• Kemudiannya disusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Barat seperti
Portugis, Belanda dan Inggeris telah membawa kepada berlakunya
interaksi dan jaringan peradaban yang lebih rencam
• Episod penjajahan Inggeris telah membawa lebih ramai pekerja asing dari
India dan China telah memungkinkan berlakunya pengukuhan peradaban
India dan Cina
• Hari ini, di era globalisasi telah membawa berlakunya kacukan pelbagai
punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks
• Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah membentuk peradaban
majmuk di Malaysia hari ini
Pembentukan Peradaban Majmuk
Peradaban
Acuan
Malaysia
Peradaban
Melayu
(teras)
Peradaban
India
Peradaban
Inggeris
Peradaban
Belanda
Peradaban
Portugis
Peradaban
Global
(terkini)
Peradaban
Timur
Tengah
Peradaban
Cina
Transformasi Sosial Ke Arah Peradaban Acuan Malaysia
Dari masyarakat majmuk, pelbagai
etnik ke ketamadunan payung anak
watan yang membina peradaban
acuan Malaysia
2010-an
Ke Arah Negara Maju
2000s perbandaran & kelas menengah
1980-90-an Pembangunan, Industri & Penghijrahan
1970-an kemiskinan & ketidaksamarataaan
KITA-UKM
16/8/2023 11
PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI
A. Kemajuan melahirkan PERUBAHAN SOSIAL
i. Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri
ii. Dari miskin ke kelas menengah
iii. Dari perdesaan ke kosmopolitan
B. Transformasi Sosial melahirkan KERENCAMAN
SOSIAL berpaksikan BUDAYA MODERNITI DAN
KEPELBAGAIAN
i. Perkongsian nilai sejagat
ii. Persamaan pendapat awam
iii. Batas etnik nipis
iv. Tingkah laku horizontal bukan vertikal; hubungan
sosial rentas etnik dan agama
12
IMPAK KERENCAMAN SOSIAL
NORMA SEJAGAT
• BUDAYA POLITIK BARU
Kebebasan Bersuara, Berpersatuan, Akses Maklumat,
Demokrasi, Penglibatan
• NILAI POLITIK
Amanah-Integriti, Keadilan, Akauntabiliti, Transparensi,
Keterangkuman
• ISU
Rasuah, Salah Guna Kuasa, Keterangkuman Jentera Dan Dasar
Awam, Tadbir Urus Baik, Federalisme
16/8/2023 KITA-UKM 13
Konsep Negara Bangsa
• Asasnya, istilah negara-bangsa merupakan gabungan dua dimensi utama, iaitu negara dan bangsa.
• Negara terbentuk dengan adanya tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang-
undang.
• Semua elemen ini saling melengkapi serta mengesahkan tentang sistem kuasa dan autoriti.
• Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara bangsa di Eropah bermula apabila lahirnya kelompok bangsa yang
menentang kuasa feudal dan proses pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis.
• Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden yang mempunyai
sempadan atau wilayah dan bangsa tertentu.
• Misalnya di Eropah, bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum bangsa Eropah dan negara England moden.
• Negara bangsa adalah di mana budaya majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti nasional, perkongsian
budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya.
• Idealnya, sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa
ada kumpulan lain.
• Negara bangsa adalah hanya satu idea di mana bangsa sama dan ditadbir urus oleh negara berdaulat mereka sendiri.
• Satu negara hanya mengandungi satu bangsa. Berikutan ini Benedict Anderson (1983) melalui konsep imagined
community mengatakan pertembungan tentang bentuk negara bangsa akan dimuktamadkan dengan kemerdekaan di
mana pelbagai bangsa itu menjadi satu bangsa seperti Indonesia.
Konsep Negara Bangsa
• Moten dan Islam (2006: 67) - negara-bangsa sebagai sebuah institusi politik
yang merujuk kepada sebuah negara yang dihuni oleh sekumpulan manusia
yang memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa atas landasan
perkongsian budaya, sejarah, bahasa, etnisiti dan faktor-faktor lain.
• Penrose (2009) - negara-bangsa sebagai “…a geopolitical entity whose
legitimacy – claims to sovereignty and political power – is based on its
capacity to represent a distinctive nation…” (2009: 223).
• Godwindan Wahlke (1997) - negara bangsa sebagai, “... one nation in the
area covered by the state to include most of the people who consider
themselves part of that national culture”
Pembentukan Negara Bangsa
• Apabila Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, apa yang lahir ialah
sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa (Abdul Rahman Embong, 2001).
• Apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, apa yang wujud ialah
negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia (Abdul Rahman Embong, 2001).
• Struktur sistem negara-bangsa memerlukan promosi kepentingan sendiri sahaja
tanpa melibatkan kepentingan pihak lain (Moten & Islam 2006).
• Bagi aliran yang berfahaman liberal dan sosialis, negara-bangsa adalah satu usaha
untuk membentuk kesetiaan dan ketaatan sivik yang sempurna, manakala bagi
fahaman konservatif dan nasionalis pula, ia adalah berdasarkan kepada etnik atau
satu bentuk perpaduan organik (Heywood 2000: 253).
Pembentukan Negara Bangsa
1. Satu bangsa satu negara (one state one nation)
• Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan melahirkan satu negara.
• Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman membentuk
negara German.
2. Bangsa tanpa negara (nation without state)
• Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri.
• Misalnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand, mereka mempunyai identiti bangsa tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang
Thai.
• Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk wilayah autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak
diiktiraf dalam peta dunia.
3. Negara tanpa bangsa (state without nation)
• Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara yang diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang
dibina.
• Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
jenis kumpulan etnik yang mengekalkan identiti masing-masing.
• Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.
Bentuk Negara Bangsa
• Setiap negara bangsa memiliki kumpulan etnik asal yang membina dinasti, empayar dan negara bangsa mereka.
• Namun begitu, dengan penghijrahan, perkembangan kapitalisme dan penjajahan, geo-politik negara telah mengalami perubahan
melalui perjanjian dan penaklukan semenjak abad ke 16.
• Dalam pergolakkan geo-politik dunia ini, dua bentuk negara bangsa dapat dikenal pasti, iaitu, negara bangsa tamu dan negara
bangsa settler (Wimmer dan Feinstein 2010).
• Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, United Kingdom, Perancis, China, India, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka,
Brunei, Filipina, Malaysia dan sebagainya, wilayahnya diduduki oleh kumpulan etnik asal (Karolewski dan Suszycki 2011).
• Hegemoni politik menjadi amalan adalah di mana anak watan diperakui dan diterima. Walaupun negara ini memiliki komuniti
migran dari negara-negara lain, mereka akan bernaung di bawah payung anak watan di situ.
• Manakala dalam bentuk negara bangsa settler seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura dan
sebagainya, komuniti migran yang menduduki negara itu telah meminggirkan, meletak di tanah-tanah rezab dan ada yang
menghapuskan anak-anak watan asalnya (Delora 1998, Wolfe 2006).
• Dengan pemilikan tanah, penguasaan ekonomi dan politik oleh komuniti settler ini, kedudukan anak watan tidak diperakui dan
diterima dan hegemoni politik diganti dengan kumpulan etnik yang menguasai ekonomi dan politik seperti WASP, Anglo-Celtic,
Perancis, Cina dsbnya.
KONSEP NEGARA
• Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang
memerintah.
• Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan berdaulat, mentadbir urus ke atas satu
wilayah yang diperakui oleh negara-negara lain (Ozkrimili 2017).
• Rakyat setiap negara diikat dengan tanah air, perlembagaan dan kerakyatannya.
• Elemen terpenting bagi negara ialah penduduk atau rakyat memandangkan rakyatlah yang
mencorakkan negara.
• Rakyat juga yang akan membentuk bangsa bagi sesebuah negara.
Konsep Negara
• Marx (1818-1883) dan Weber (1864-1920) memperincikan ciri-ciri utama
pembentukan sesebuah negara merangkumi adanya penduduk,
sempadan, kerajaan dan kedaulatan (Moten & Islam 2006).
• Bagi Marx, “…the state is the product of class contradictions and class
struggle and is controlled by the economically-diminant class...” (Moten
dan Islam 2006: 64).
• Sementara itu bagi Weber, “…the state is a human community that
(successfully) claims the monopoly of the legitimate use of physical
violence in a given territory...” (Moten & Islam 2006: 64).
• Dahl (1983) yang terpengaruh dengan Weber mendefinisikan negara
sebagai satu sistem politik yang didirikan oleh sekumpulan manusia yang
menetap dalam sesebuah wilayah dan membentuk kerajaan sah yang
memerintah wilayah tersebut.
• Giddens (1987) - negara sebagai sebuah organisasi politik yang berkuasa
memerintah sesebuah wilayah tertentu dan boleh menggunakan pelbagai
kaedah termasuk dengan cara kekerasan bagi mengekalkan sesuatu
peraturan.
Konsep Bangsa
• Daripada dimensi sejarah, istilah bangsa berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud ‘lahir’.
Ia merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu yang membawa kepada pembentukan satu
kumpulan besar manusia.
• Penggunaan istilah bangsa ini cukup meluas dan membawa makna yang rencam. Biasanya istilah
bangsa digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan
komuniti (Moten & Islam 2006).
• Sekumpulan besar manusia membentuk sebuah bangsa biasanya melalui keterikatan hubungan darah
dan keturunan (Mansor & Shamsul 2005), penggunaan bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan
sejarah (Moten & Islam 2006).
• Ada sesetangah sarjana melihat bangsa itu dalam konteks yang mempunyai kepentingan kaum dan
etnografi (Moten & Islam 2006).
• Mereka berpandangan bahawa bangsa itu lahir daripada sekumpulan besar manusia yang bersatu
melalui keturunan dan penggunaan bahasa yang sama, yakni dalam satu kelompok yang sama.
• Benedict Anderson pula mentakrifkan bangsa sebagai sebuah ‘imagined political community’ (Poole
1999).
• Penrose mendefinisikan bangsa sebagai “…the largest self-defined collectivity of people whose
members believe that they share some form of territorial association and that they are genealogically
related...” (Penrose 2009: 223).
KONSEP BANGSA
• Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998).
• Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit
kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya
dan sejarah.
• Seringkali ikatan bangsa dikaitkan dengan pertalian darah,
kekeluargaan, etnik, budaya, agama dan wilayah (Ozkrimili 2017).
• Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen yang membentuk
bangsa ialah perasaan kebersamaan atau ‘belonging together’.
• Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar
manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan
bersama dalam sesebuah negara.
Kewarganegaraan
• Kewarganegaraan adalah perihal warganegara,
kerakyatan sesebuah negara
• Kewarganegaraan membawa maksud kerakyatan,
rupa bangsa, bangsa seseorang (Zainal Abidin, 2003)
• Setiap negara mempunyai penduduk yang diiktiraf
berdasarkan undang-undang negara berkenaan dan
membentuk sebuah komuniti politik
• Ini bermakna kewarganegaraan adalah suatu bentuk
kerakyatan atau kedudukan sah yang mengikat
seseorang individu dengan negaranya
• Melalui kedudukan sah tersebut, seseorang
warganegara mendapat perlindungan, hak-hak
istimewa dan pelbagai lagi
NARATIF NEGARA
BANGSA MALAYSIA
16/8/2023
26
KITA-UKM
• Sebuah negara etno berpasakkan anak
watan dalam masyarakat kepelbagaian
diintegrasikan di plantar perlembagaan
dan tersulam ruang sivik dalam
governan dan pembangunan dengan
keadilan, keterangkuman dan
demokrasi dalam membina negara
bangsa Malaysia
NEGARA BANGSA
MALAYA-MALAYSIA
INTEGRASI
• Hegemoni politik memperakui dan menerima anak watan dan komuniti
migran diberikan kerakyatan negara.
• Perlembagaan mencerminkan kenyataan sejarah panjang di mana
Melayu, Islam, Bahasa Melayu, Raja dan AKTA 153 kedudukan Melayu
dalam negara dijadikan PASAK Perlembagaan.
• Minoriti lain diikat di TAPAK INTEGRASI di mana Yang DiPertuan Agong
simbol perpaduan negara, Islam agama rasmi Persekutuan tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai, Bahasa Melayu
adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan tetapi bahasa ibunda
lain boleh dipelajari, dan AKTA 153 YDPA menjamin kepentingan minoriti
lain.
• Apabila Malaysia dibentuk rakyat Sabah dan Sarawak diperakui sebagai
Bumiputera dan dijadikan sebahagian PASAK negara bangsa bersama
Melayu
KITA-UKM 16/8/2023 27
Pembinaan Negara Bangsa
Assimilasi atau Integrasi
Settler nation state
(Indigenous are denied and
rejected)
Indigenous nation state
(Total acknowledgement and
acceptance of indigeneity)
Indigenous nation state
(Indigenous are acknowledged and accepted in a
post colonial plural society based on integration)
Indigenous nation state
(Indigenous are acknowledged and accepted based on assimilation)
16/8/2023 KITA-UKM 28
Kepelbagaian Idea
“Bangsa Idaman”
• Shamsul AB (1996) melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah a project work in
progress dan sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak
terbina seperti di Malaysia.
• Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep
Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam,
dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu.
• Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini
dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga
kemerdekaan.
• Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau
identiti nasional sepunya.
• Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee
Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir
Mohamad).
• Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan
Gagasan 1 Malaysia.
• Malah di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian.
• Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet
dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.
• Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir
mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh
parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.
• Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan
kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-
ethnic”.
• Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut
Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi
sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.
HEGEMONI NEGARA BANGSA IDAMAN
Post-2000
Bangsa
Malaysia
1960s
Middle
Malaysia
Malaysian
Malaysia
1950s
Malay
Hegemony
Daulah
Islamiah
Malaya
Raya
Bangsa?
16/8/2023 KITA-UKM 30
Etos Bangsa: Etnik, Nasionalisme
dan Bangsa
• Perkataan etos ini telah mula digunakan sejak zaman
Greek lagi, iaitu berasal daripada perkataan etika,
sikap, keperibadian, watak, karakter, serta keyakinan
atas sesuatu perkara (Mansor et al. 2006: 291), yang
boleh dikatakan satu konsep umum tanpa definisi
yang formal (Bar-Tal 2000).
• The Oxford English Dictionary (2000) - etos sebagai
“…the characteristic spirit, prevalent tone of
sentiment, of a people, or community…” (2000: 137).
• Mansor et al., “…etos bermaksud pandangan hidup
yang khas suatu golongan sosial yang didasarkan
kepada sifat, nilai adat-istiadat yang memberi watak
dalam masyarakat…” (2006: 291).
• Etzioni (2009: 336), - istilah etos bangsa merujuk
kepada nilai-nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan
masa depan (atau takdir) sesebuah bangsa.
• Oren (2009: 2), etos bangsa adalah “…a particular
configuration of central societal beliefs, attitudes and
values, that are enduring and shared by most
members of society and that focus on the society’s
present and future…”.
Etos Nasional
• Dalam konteks Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) telah
mengemukakan etos bangsa sebagaimana berikut:
• Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic,
linguistic, religious, cultural and geographical backgrounds is something
more than just fostering consensus on the basic character of a state or
nation. It involves the fostering of (1) shared historical experiences, (2)
shared values, (3) a feeling of common identity, (4) shared destiny that
transcends ethnic bounds without undermining ethnic identity, (5) loyalty,
(6) commitment, and (7) an emotional attachment to the nation, and the
flowering of distinctly national ethos.
• Etos nasional adalah ‘ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat
seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat rakyat
dengan negara’ melalui perkongsian nilai, perasaan dan semangat,
kepercayaan dan identiti bersama (Mohd Mahadee Ismail, 2015).
Etos Simbolisme
Bangsa Malaysia
• Walaupun konsep identiti nasional, kebangsaan dan etos bangsa
dikaitkan dengan bangsa, mengukurnya adalah sulit dan hanya
dapat dipantau bentuk dan intensitinya di negara itu.
• Setiap bangsa memiliki warisan etno-simbolisme dalam jangka
pensejarahan panjang seperti bendara, bahasa, pakaian,
makanan, muzik, tarian, arkitek bangunan, batu nisan, kerabat
diraja, pahlawan, buku sekolah dan keselamatan negara, dan
sebagainya sebagai asas bangsanya (Smith 2009, Mansor Akept
2017).
GEOPOLITIK NEGARA
DAN PERUBAHAN
POLITIK
• Pelbagai perpekstif tentang negara bangsa
• i. Sebelum merdeka kita bicara tentang negara bangsa
• Etnik Melayu: Ketuanan Melayu (UMNO), Daulah Islamiah (PAS), Malaya Raya (PSM); etnik Cina
kerakyatan British dan juga Malaya; India balik India dan juga Malaya
• ii. Lepas merdeka kita banyak bicara isu-isu tentang pembangunan negara, Etnik Cina pendidikan
Cina, kerakyatan, ekonomi
• iii. Pasca DEB
• Perbahasan dari PAP, DAP dan MCA kesamarataan dan pasaran
• DEB terjemahan AKTA 153 dalam dasar awam. BN & UMNO Pertumbuhan ekonomi diagihkan.
• iv. 1990- Tun M dan GERAKAN Bangsa Malaysia, DSNajib 1Malaysia, DAP Middle Malaysia, PAS
Daulah Malaysia
• iv. PH 2018 Malaysian Malaysia. Kesamarataan, kebebasan, hak asasi, multikultarialisme
KITA-UKM 16/8/2023 34
KESIMPULAN
• Peradaban majmuk – gabungan atau campuran pelbagai bentuk peradaban yang menyerap masuk ke
dalam peradaban Melayu
• Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan
• Bangsa – satu kelompok manusia, satu ikatan ketatanegaran, komuniti politik
• Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan
perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya.
• Negara bangsa idaman - Malay-led plural society
• Etos nasional - ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat individu
KESIMPULAN
• Pra Penjajah - Peradaban majmuk
• Penjajahan - Masyarakat Majmuk
• Pasca Kolonial
i. Masyarakat majmuk
ii. Tahun 2000 ke atas Masyakat
Kepelbagaian: Kerencaman sosial, Batas
etnik nipis, hubungan horizontal buka
berdasar dimensi etnik & agama
• Peradaban Acuan Malaysia
i. Pribumi Melayu + peradaban Asia,
timur Tenah & Barat
ii. Melayu, Sabah, Sarawak dan Islam
iii. Etnik-etnik lain
iv. Peradaban kacukan global
• An etno-nation that is influenced by different
civilisation influences and embedded with civic
ethics through democratic, good governance, social
justice and inclusive development practised.
RUJUKAN
• Abdul Rahman Embong. 2001. Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Hippler, J. 2005. Violent conflict, conflict prevention and nation-building – terminology and political concepts. Dlm. Hippler, J. (pnyt.). Nation-building:
A Key Concept for Peaceful Conflict Transformation? London: Pluto Press.
• Mansor Mohd Noor & Shamsul Amri Baharuddin. 2005. Transformasi perhubungan etnik di Malaysia. Dlm. Mansor Mohd Noor (pnyt.). Integrasi Etnik
di Institut Pengajian Tinggi Awam, hlm. 17-27. Monograf 6. Institut Penyelidikan Tinggi Negara, Universiti Sains Malaysia.
• Mansor Mohd Noor & Shamsul Amri Baharuddin. 2009. Etnik, Negara-Bangsa dan Perpaduan di Malaysia. Institut Penyelidikan Tinggi Negara,
Universiti Sains Malaysia.
• Mohamed Mustafa Ishak. 2002. Managing ethnicity and constructing the ‘Bangsa Malaysia’ (A united Malaysian nation). Malaysian Management
Journal 6(1&2): 99-115.
• Mohamed Mustafa Ishak. 2014. The Politics of Bangsa Malaysia: Nation-Building in a Multiethnic Society. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
• Mohd Mahadee Ismail, Zaini Othman, Nor Azlili Hassan, Nor Hafizah Abdullah, Azlina Abdullah & Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan. 2019.
Nation-building Among Youths in Malaysia: The Civic Education Approach. Journal of Nusantara, 4(2): 390-409.
• Mohd Mahadee Ismail. 2015. Pendidikan Sivik dan Pembinaan Etos Nasional dalam kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): Kajian ke
atas Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). PhD Theses, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Nazri Muslim, Mohd Mahadee Ismail & Azizah Ya’acob. 2016. Persepsi Belia Terhadap Etos Bangsa: Kajian di Lembah Kelang. International Journal of
the Malay World and Civilization (IMAN), 4(3) 23-39.
• Nor Hashimah Jalaluddin, Shamsul Amri Baharuddin, Mustafa Omar & Mansor Mohd. Noor. 2004. Identiti nasional dan etos bangsa. Dewan Budaya
26(8): 9-13.
• Shamsul Amri Baharuddin. 1992. Malaysia in 2020, one state many nations?: Observing Malaysia from Australia. Bangi: Department of Anthropology &
Sociology Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Shamsul Amri Baharuddin. 1996. Nation-of-intent in Malaysia. Dlm. Tonnesson, S. & Antlov, H. (pnyt.). Asian Forms of the Nation, hlm. 323-347. Surrey,
London: Curzon Press.
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO
MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM)
Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)
Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)
Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS)
Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR)
Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)

More Related Content

What's hot

Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Fara Megat
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukSharifahNurAbu
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Cikgu Naza Zaza
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
arus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikarus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikmuhammadsyafie10
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Nur Dalila Zamri
 
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALTEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALLala Aliron
 
Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YB
Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YBMengenali komponen2 peti sejuk domestik YB
Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YBYuseri Bujang
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 

What's hot (20)

Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..
 
Litar siri dan selari
Litar siri dan selariLitar siri dan selari
Litar siri dan selari
 
Litar bekalan kuasa
Litar bekalan kuasaLitar bekalan kuasa
Litar bekalan kuasa
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
arus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alikarus terus dan arus ulang-alik
arus terus dan arus ulang-alik
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
 
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALTEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YB
Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YBMengenali komponen2 peti sejuk domestik YB
Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YB
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Kertas Kerja CSR
Kertas Kerja CSRKertas Kerja CSR
Kertas Kerja CSR
 

Similar to 06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx

Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptxTopik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptxFARHABINTIMUHAMMADPT
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysiaSyazwan Zulkifli
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysiaNur Az
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptx
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptxTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptx
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptxNursKitchen
 
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msiaBab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msiaCgkhairi Sksrikinta
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiNur Az
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 

Similar to 06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx (20)

Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptxTopik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
Topik 5 - Pembinaan Peradaban Majmuk (iPdP) copy.pptx
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptx
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptxTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptx
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pptx
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msiaBab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
BAB_1.pptx
BAB_1.pptxBAB_1.pptx
BAB_1.pptx
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
 
NOTA BAB 1 HUBUNGAN ETNIK(1).pptx
NOTA BAB 1 HUBUNGAN ETNIK(1).pptxNOTA BAB 1 HUBUNGAN ETNIK(1).pptx
NOTA BAB 1 HUBUNGAN ETNIK(1).pptx
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 

More from StacksApp

09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosial
09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosial09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosial
09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosialStacksApp
 
07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.ppt
07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.ppt07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.ppt
07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.pptStacksApp
 
05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptxStacksApp
 
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptxStacksApp
 
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan PeradabanStacksApp
 
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan MalaysiaStacksApp
 
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
Pengenalan Penghayatan Etika dan PeradabanPengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
Pengenalan Penghayatan Etika dan PeradabanStacksApp
 
Chapter 5 National Development.pptx
Chapter 5 National Development.pptxChapter 5 National Development.pptx
Chapter 5 National Development.pptxStacksApp
 
Chapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptx
Chapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptxChapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptx
Chapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptxStacksApp
 
Chapter 3 The Administrative System and Structure.pptx
Chapter 3 The Administrative System and Structure.pptxChapter 3 The Administrative System and Structure.pptx
Chapter 3 The Administrative System and Structure.pptxStacksApp
 
Chapter 1 History and Politics.pptx
Chapter 1 History and Politics.pptxChapter 1 History and Politics.pptx
Chapter 1 History and Politics.pptxStacksApp
 
Chapter 2 The Malaysian Constitution.pptx
Chapter 2 The Malaysian Constitution.pptxChapter 2 The Malaysian Constitution.pptx
Chapter 2 The Malaysian Constitution.pptxStacksApp
 
Chapter 6 Religion.pptx
Chapter 6 Religion.pptxChapter 6 Religion.pptx
Chapter 6 Religion.pptxStacksApp
 

More from StacksApp (14)

09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosial
09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosial09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosial
09 Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab sosial
 
07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.ppt
07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.ppt07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.ppt
07 Topik 6 - Pelembagaan Persekutuan sbg Tapak Integrasi.ppt
 
05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
05 Topik 4 - Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia.pptx
 
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
 
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
03 Topik 2 - Konsep Etika dan Peradaban
 
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
 
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
Pengenalan Penghayatan Etika dan PeradabanPengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
 
Launching
LaunchingLaunching
Launching
 
Chapter 5 National Development.pptx
Chapter 5 National Development.pptxChapter 5 National Development.pptx
Chapter 5 National Development.pptx
 
Chapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptx
Chapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptxChapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptx
Chapter 4 Multiracial Society and National Unity.pptx
 
Chapter 3 The Administrative System and Structure.pptx
Chapter 3 The Administrative System and Structure.pptxChapter 3 The Administrative System and Structure.pptx
Chapter 3 The Administrative System and Structure.pptx
 
Chapter 1 History and Politics.pptx
Chapter 1 History and Politics.pptxChapter 1 History and Politics.pptx
Chapter 1 History and Politics.pptx
 
Chapter 2 The Malaysian Constitution.pptx
Chapter 2 The Malaysian Constitution.pptxChapter 2 The Malaysian Constitution.pptx
Chapter 2 The Malaysian Constitution.pptx
 
Chapter 6 Religion.pptx
Chapter 6 Religion.pptxChapter 6 Religion.pptx
Chapter 6 Religion.pptx
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (12)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx

  • 2. ABSTRAK/SINOPSIS Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India, Cina, Timur Tengah), dan seterusnya peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘peradaban globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara (State) bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa (Nation). Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui, institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
  • 3. HASIL PEMBELAJARAN DAN OBJEKTIF Objektif: • Memahami proses pembinaan negara bangsa Malaysia melalui kepelbagaian peradaban. Hasil Pembelajaran Bab: 1. Menghuraikan proses pembentukan negara bangsa di Malaysia 2. Menganalisis negara bangsa Malaysia dari perspektif peradaban
  • 5. KANDUNGAN KURSUS 1. Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa 2. Konsep Negara dan Bangsa 3. Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam acuan Malaysia 4. Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” dan perbahasan
  • 6. Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa • Sejarah di Alam Melayu • Peradaban Pribumi Alam Melayu • Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah) • Peradaban Barat • Peradaban Globalisasi • Peradaban beridentitikan Malaysia • Kemerdekaan 1957 – Negara-Bangsa • Pembinaan Negara • Pembinaan Bangsa
  • 7. Perkembangan Sejarah Alam Melayu 1) Zaman Pra Sejarah • Zaman Paleolitik • Zaman Mesolitik • Zaman Neolitik • Zaman Logam / Gangsa Besi 2) Zaman Proto Sejarah - Kewujudan kerajaan purba / kerajaan awal • Langkasuka • Kedah Tua • Gangga Negara • Chih-Tu • Lo-Yueh • Tan-Tan 3) Zaman Pensejarahan • Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka • Bermula pembentukan masyarakat kepelbagaian - perdagangan • Kedatangan kuasa penjajah o Portugis o Belanda o British 4) Zaman Sejarah Moden • Merdeka 1957 • Perpaduan – penyatuan • Ke arah pembinaan negara-bangsa Malaysia
  • 8. Peradaban Globalisasi • “Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi; • Pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan • Perkembangan teknologi maklumat dan informasi – Internet, Komputer, SmartPhone • Penggunaan media sosial yang berleluasa – Facebook, WhatsApp's, Instagram, Twitter, Telegram dll. • Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio- budaya termasuklah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran • Perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia
  • 9. Pembentukan Peradaban Majmuk • Gabungan atau percampuran beberapa peradaban yang membentuk peradaban beridentitikan Malaysia • Peradaban Melayu menjadi teras kepada peradaban majmuk Malaysia • Setelah kemasukan para pedagang dari India, China dan Timur Tengah telah membuka ruang interaksi dan jaringan peradaban yang lebih luas di Tanah Melayu • Kemudiannya disusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris telah membawa kepada berlakunya interaksi dan jaringan peradaban yang lebih rencam • Episod penjajahan Inggeris telah membawa lebih ramai pekerja asing dari India dan China telah memungkinkan berlakunya pengukuhan peradaban India dan Cina • Hari ini, di era globalisasi telah membawa berlakunya kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks • Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah membentuk peradaban majmuk di Malaysia hari ini
  • 11. Transformasi Sosial Ke Arah Peradaban Acuan Malaysia Dari masyarakat majmuk, pelbagai etnik ke ketamadunan payung anak watan yang membina peradaban acuan Malaysia 2010-an Ke Arah Negara Maju 2000s perbandaran & kelas menengah 1980-90-an Pembangunan, Industri & Penghijrahan 1970-an kemiskinan & ketidaksamarataaan KITA-UKM 16/8/2023 11
  • 12. PEMBANGUNAN, MIGRASI DAN TEKNOLOGI A. Kemajuan melahirkan PERUBAHAN SOSIAL i. Dari pertanian sara hidup ke komersial-industri ii. Dari miskin ke kelas menengah iii. Dari perdesaan ke kosmopolitan B. Transformasi Sosial melahirkan KERENCAMAN SOSIAL berpaksikan BUDAYA MODERNITI DAN KEPELBAGAIAN i. Perkongsian nilai sejagat ii. Persamaan pendapat awam iii. Batas etnik nipis iv. Tingkah laku horizontal bukan vertikal; hubungan sosial rentas etnik dan agama 12
  • 13. IMPAK KERENCAMAN SOSIAL NORMA SEJAGAT • BUDAYA POLITIK BARU Kebebasan Bersuara, Berpersatuan, Akses Maklumat, Demokrasi, Penglibatan • NILAI POLITIK Amanah-Integriti, Keadilan, Akauntabiliti, Transparensi, Keterangkuman • ISU Rasuah, Salah Guna Kuasa, Keterangkuman Jentera Dan Dasar Awam, Tadbir Urus Baik, Federalisme 16/8/2023 KITA-UKM 13
  • 14. Konsep Negara Bangsa • Asasnya, istilah negara-bangsa merupakan gabungan dua dimensi utama, iaitu negara dan bangsa. • Negara terbentuk dengan adanya tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang- undang. • Semua elemen ini saling melengkapi serta mengesahkan tentang sistem kuasa dan autoriti. • Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara bangsa di Eropah bermula apabila lahirnya kelompok bangsa yang menentang kuasa feudal dan proses pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis. • Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden yang mempunyai sempadan atau wilayah dan bangsa tertentu. • Misalnya di Eropah, bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum bangsa Eropah dan negara England moden. • Negara bangsa adalah di mana budaya majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya. • Idealnya, sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain. • Negara bangsa adalah hanya satu idea di mana bangsa sama dan ditadbir urus oleh negara berdaulat mereka sendiri. • Satu negara hanya mengandungi satu bangsa. Berikutan ini Benedict Anderson (1983) melalui konsep imagined community mengatakan pertembungan tentang bentuk negara bangsa akan dimuktamadkan dengan kemerdekaan di mana pelbagai bangsa itu menjadi satu bangsa seperti Indonesia.
  • 15. Konsep Negara Bangsa • Moten dan Islam (2006: 67) - negara-bangsa sebagai sebuah institusi politik yang merujuk kepada sebuah negara yang dihuni oleh sekumpulan manusia yang memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa atas landasan perkongsian budaya, sejarah, bahasa, etnisiti dan faktor-faktor lain. • Penrose (2009) - negara-bangsa sebagai “…a geopolitical entity whose legitimacy – claims to sovereignty and political power – is based on its capacity to represent a distinctive nation…” (2009: 223). • Godwindan Wahlke (1997) - negara bangsa sebagai, “... one nation in the area covered by the state to include most of the people who consider themselves part of that national culture”
  • 16. Pembentukan Negara Bangsa • Apabila Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, apa yang lahir ialah sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa (Abdul Rahman Embong, 2001). • Apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, apa yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia (Abdul Rahman Embong, 2001). • Struktur sistem negara-bangsa memerlukan promosi kepentingan sendiri sahaja tanpa melibatkan kepentingan pihak lain (Moten & Islam 2006). • Bagi aliran yang berfahaman liberal dan sosialis, negara-bangsa adalah satu usaha untuk membentuk kesetiaan dan ketaatan sivik yang sempurna, manakala bagi fahaman konservatif dan nasionalis pula, ia adalah berdasarkan kepada etnik atau satu bentuk perpaduan organik (Heywood 2000: 253).
  • 17. Pembentukan Negara Bangsa 1. Satu bangsa satu negara (one state one nation) • Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan melahirkan satu negara. • Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman membentuk negara German. 2. Bangsa tanpa negara (nation without state) • Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri. • Misalnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand, mereka mempunyai identiti bangsa tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang Thai. • Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk wilayah autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia. 3. Negara tanpa bangsa (state without nation) • Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara yang diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina. • Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan etnik yang mengekalkan identiti masing-masing. • Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.
  • 18. Bentuk Negara Bangsa • Setiap negara bangsa memiliki kumpulan etnik asal yang membina dinasti, empayar dan negara bangsa mereka. • Namun begitu, dengan penghijrahan, perkembangan kapitalisme dan penjajahan, geo-politik negara telah mengalami perubahan melalui perjanjian dan penaklukan semenjak abad ke 16. • Dalam pergolakkan geo-politik dunia ini, dua bentuk negara bangsa dapat dikenal pasti, iaitu, negara bangsa tamu dan negara bangsa settler (Wimmer dan Feinstein 2010). • Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, United Kingdom, Perancis, China, India, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka, Brunei, Filipina, Malaysia dan sebagainya, wilayahnya diduduki oleh kumpulan etnik asal (Karolewski dan Suszycki 2011). • Hegemoni politik menjadi amalan adalah di mana anak watan diperakui dan diterima. Walaupun negara ini memiliki komuniti migran dari negara-negara lain, mereka akan bernaung di bawah payung anak watan di situ. • Manakala dalam bentuk negara bangsa settler seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura dan sebagainya, komuniti migran yang menduduki negara itu telah meminggirkan, meletak di tanah-tanah rezab dan ada yang menghapuskan anak-anak watan asalnya (Delora 1998, Wolfe 2006). • Dengan pemilikan tanah, penguasaan ekonomi dan politik oleh komuniti settler ini, kedudukan anak watan tidak diperakui dan diterima dan hegemoni politik diganti dengan kumpulan etnik yang menguasai ekonomi dan politik seperti WASP, Anglo-Celtic, Perancis, Cina dsbnya.
  • 19. KONSEP NEGARA • Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. • Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan berdaulat, mentadbir urus ke atas satu wilayah yang diperakui oleh negara-negara lain (Ozkrimili 2017). • Rakyat setiap negara diikat dengan tanah air, perlembagaan dan kerakyatannya. • Elemen terpenting bagi negara ialah penduduk atau rakyat memandangkan rakyatlah yang mencorakkan negara. • Rakyat juga yang akan membentuk bangsa bagi sesebuah negara.
  • 20. Konsep Negara • Marx (1818-1883) dan Weber (1864-1920) memperincikan ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara merangkumi adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan (Moten & Islam 2006). • Bagi Marx, “…the state is the product of class contradictions and class struggle and is controlled by the economically-diminant class...” (Moten dan Islam 2006: 64). • Sementara itu bagi Weber, “…the state is a human community that (successfully) claims the monopoly of the legitimate use of physical violence in a given territory...” (Moten & Islam 2006: 64). • Dahl (1983) yang terpengaruh dengan Weber mendefinisikan negara sebagai satu sistem politik yang didirikan oleh sekumpulan manusia yang menetap dalam sesebuah wilayah dan membentuk kerajaan sah yang memerintah wilayah tersebut. • Giddens (1987) - negara sebagai sebuah organisasi politik yang berkuasa memerintah sesebuah wilayah tertentu dan boleh menggunakan pelbagai kaedah termasuk dengan cara kekerasan bagi mengekalkan sesuatu peraturan.
  • 21.
  • 22. Konsep Bangsa • Daripada dimensi sejarah, istilah bangsa berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud ‘lahir’. Ia merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu yang membawa kepada pembentukan satu kumpulan besar manusia. • Penggunaan istilah bangsa ini cukup meluas dan membawa makna yang rencam. Biasanya istilah bangsa digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti (Moten & Islam 2006). • Sekumpulan besar manusia membentuk sebuah bangsa biasanya melalui keterikatan hubungan darah dan keturunan (Mansor & Shamsul 2005), penggunaan bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah (Moten & Islam 2006). • Ada sesetangah sarjana melihat bangsa itu dalam konteks yang mempunyai kepentingan kaum dan etnografi (Moten & Islam 2006). • Mereka berpandangan bahawa bangsa itu lahir daripada sekumpulan besar manusia yang bersatu melalui keturunan dan penggunaan bahasa yang sama, yakni dalam satu kelompok yang sama. • Benedict Anderson pula mentakrifkan bangsa sebagai sebuah ‘imagined political community’ (Poole 1999). • Penrose mendefinisikan bangsa sebagai “…the largest self-defined collectivity of people whose members believe that they share some form of territorial association and that they are genealogically related...” (Penrose 2009: 223).
  • 23. KONSEP BANGSA • Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). • Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah. • Seringkali ikatan bangsa dikaitkan dengan pertalian darah, kekeluargaan, etnik, budaya, agama dan wilayah (Ozkrimili 2017). • Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen yang membentuk bangsa ialah perasaan kebersamaan atau ‘belonging together’. • Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan bersama dalam sesebuah negara.
  • 24.
  • 25. Kewarganegaraan • Kewarganegaraan adalah perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara • Kewarganegaraan membawa maksud kerakyatan, rupa bangsa, bangsa seseorang (Zainal Abidin, 2003) • Setiap negara mempunyai penduduk yang diiktiraf berdasarkan undang-undang negara berkenaan dan membentuk sebuah komuniti politik • Ini bermakna kewarganegaraan adalah suatu bentuk kerakyatan atau kedudukan sah yang mengikat seseorang individu dengan negaranya • Melalui kedudukan sah tersebut, seseorang warganegara mendapat perlindungan, hak-hak istimewa dan pelbagai lagi
  • 26. NARATIF NEGARA BANGSA MALAYSIA 16/8/2023 26 KITA-UKM • Sebuah negara etno berpasakkan anak watan dalam masyarakat kepelbagaian diintegrasikan di plantar perlembagaan dan tersulam ruang sivik dalam governan dan pembangunan dengan keadilan, keterangkuman dan demokrasi dalam membina negara bangsa Malaysia
  • 27. NEGARA BANGSA MALAYA-MALAYSIA INTEGRASI • Hegemoni politik memperakui dan menerima anak watan dan komuniti migran diberikan kerakyatan negara. • Perlembagaan mencerminkan kenyataan sejarah panjang di mana Melayu, Islam, Bahasa Melayu, Raja dan AKTA 153 kedudukan Melayu dalam negara dijadikan PASAK Perlembagaan. • Minoriti lain diikat di TAPAK INTEGRASI di mana Yang DiPertuan Agong simbol perpaduan negara, Islam agama rasmi Persekutuan tetapi agama- agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan tetapi bahasa ibunda lain boleh dipelajari, dan AKTA 153 YDPA menjamin kepentingan minoriti lain. • Apabila Malaysia dibentuk rakyat Sabah dan Sarawak diperakui sebagai Bumiputera dan dijadikan sebahagian PASAK negara bangsa bersama Melayu KITA-UKM 16/8/2023 27
  • 28. Pembinaan Negara Bangsa Assimilasi atau Integrasi Settler nation state (Indigenous are denied and rejected) Indigenous nation state (Total acknowledgement and acceptance of indigeneity) Indigenous nation state (Indigenous are acknowledged and accepted in a post colonial plural society based on integration) Indigenous nation state (Indigenous are acknowledged and accepted based on assimilation) 16/8/2023 KITA-UKM 28
  • 29. Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” • Shamsul AB (1996) melalui konsep nation of intent berpendirian bahawa sebuah negara bangsa adalah a project work in progress dan sentiasa berlaku contestation bangsa dalam negara itu hingga yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. • Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. • Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan. • Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti nasional sepunya. • Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad). • Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia. • Malah di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian. • Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum. • Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS. • Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra- ethnic”. • Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.
  • 30. HEGEMONI NEGARA BANGSA IDAMAN Post-2000 Bangsa Malaysia 1960s Middle Malaysia Malaysian Malaysia 1950s Malay Hegemony Daulah Islamiah Malaya Raya Bangsa? 16/8/2023 KITA-UKM 30
  • 31. Etos Bangsa: Etnik, Nasionalisme dan Bangsa • Perkataan etos ini telah mula digunakan sejak zaman Greek lagi, iaitu berasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian, watak, karakter, serta keyakinan atas sesuatu perkara (Mansor et al. 2006: 291), yang boleh dikatakan satu konsep umum tanpa definisi yang formal (Bar-Tal 2000). • The Oxford English Dictionary (2000) - etos sebagai “…the characteristic spirit, prevalent tone of sentiment, of a people, or community…” (2000: 137). • Mansor et al., “…etos bermaksud pandangan hidup yang khas suatu golongan sosial yang didasarkan kepada sifat, nilai adat-istiadat yang memberi watak dalam masyarakat…” (2006: 291). • Etzioni (2009: 336), - istilah etos bangsa merujuk kepada nilai-nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan masa depan (atau takdir) sesebuah bangsa. • Oren (2009: 2), etos bangsa adalah “…a particular configuration of central societal beliefs, attitudes and values, that are enduring and shared by most members of society and that focus on the society’s present and future…”.
  • 32. Etos Nasional • Dalam konteks Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) telah mengemukakan etos bangsa sebagaimana berikut: • Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious, cultural and geographical backgrounds is something more than just fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involves the fostering of (1) shared historical experiences, (2) shared values, (3) a feeling of common identity, (4) shared destiny that transcends ethnic bounds without undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment, and (7) an emotional attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos. • Etos nasional adalah ‘ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat rakyat dengan negara’ melalui perkongsian nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti bersama (Mohd Mahadee Ismail, 2015).
  • 33. Etos Simbolisme Bangsa Malaysia • Walaupun konsep identiti nasional, kebangsaan dan etos bangsa dikaitkan dengan bangsa, mengukurnya adalah sulit dan hanya dapat dipantau bentuk dan intensitinya di negara itu. • Setiap bangsa memiliki warisan etno-simbolisme dalam jangka pensejarahan panjang seperti bendara, bahasa, pakaian, makanan, muzik, tarian, arkitek bangunan, batu nisan, kerabat diraja, pahlawan, buku sekolah dan keselamatan negara, dan sebagainya sebagai asas bangsanya (Smith 2009, Mansor Akept 2017).
  • 34. GEOPOLITIK NEGARA DAN PERUBAHAN POLITIK • Pelbagai perpekstif tentang negara bangsa • i. Sebelum merdeka kita bicara tentang negara bangsa • Etnik Melayu: Ketuanan Melayu (UMNO), Daulah Islamiah (PAS), Malaya Raya (PSM); etnik Cina kerakyatan British dan juga Malaya; India balik India dan juga Malaya • ii. Lepas merdeka kita banyak bicara isu-isu tentang pembangunan negara, Etnik Cina pendidikan Cina, kerakyatan, ekonomi • iii. Pasca DEB • Perbahasan dari PAP, DAP dan MCA kesamarataan dan pasaran • DEB terjemahan AKTA 153 dalam dasar awam. BN & UMNO Pertumbuhan ekonomi diagihkan. • iv. 1990- Tun M dan GERAKAN Bangsa Malaysia, DSNajib 1Malaysia, DAP Middle Malaysia, PAS Daulah Malaysia • iv. PH 2018 Malaysian Malaysia. Kesamarataan, kebebasan, hak asasi, multikultarialisme KITA-UKM 16/8/2023 34
  • 35. KESIMPULAN • Peradaban majmuk – gabungan atau campuran pelbagai bentuk peradaban yang menyerap masuk ke dalam peradaban Melayu • Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan • Bangsa – satu kelompok manusia, satu ikatan ketatanegaran, komuniti politik • Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya. • Negara bangsa idaman - Malay-led plural society • Etos nasional - ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat individu
  • 36. KESIMPULAN • Pra Penjajah - Peradaban majmuk • Penjajahan - Masyarakat Majmuk • Pasca Kolonial i. Masyarakat majmuk ii. Tahun 2000 ke atas Masyakat Kepelbagaian: Kerencaman sosial, Batas etnik nipis, hubungan horizontal buka berdasar dimensi etnik & agama • Peradaban Acuan Malaysia i. Pribumi Melayu + peradaban Asia, timur Tenah & Barat ii. Melayu, Sabah, Sarawak dan Islam iii. Etnik-etnik lain iv. Peradaban kacukan global • An etno-nation that is influenced by different civilisation influences and embedded with civic ethics through democratic, good governance, social justice and inclusive development practised.
  • 37. RUJUKAN • Abdul Rahman Embong. 2001. Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. • Hippler, J. 2005. Violent conflict, conflict prevention and nation-building – terminology and political concepts. Dlm. Hippler, J. (pnyt.). Nation-building: A Key Concept for Peaceful Conflict Transformation? London: Pluto Press. • Mansor Mohd Noor & Shamsul Amri Baharuddin. 2005. Transformasi perhubungan etnik di Malaysia. Dlm. Mansor Mohd Noor (pnyt.). Integrasi Etnik di Institut Pengajian Tinggi Awam, hlm. 17-27. Monograf 6. Institut Penyelidikan Tinggi Negara, Universiti Sains Malaysia. • Mansor Mohd Noor & Shamsul Amri Baharuddin. 2009. Etnik, Negara-Bangsa dan Perpaduan di Malaysia. Institut Penyelidikan Tinggi Negara, Universiti Sains Malaysia. • Mohamed Mustafa Ishak. 2002. Managing ethnicity and constructing the ‘Bangsa Malaysia’ (A united Malaysian nation). Malaysian Management Journal 6(1&2): 99-115. • Mohamed Mustafa Ishak. 2014. The Politics of Bangsa Malaysia: Nation-Building in a Multiethnic Society. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. • Mohd Mahadee Ismail, Zaini Othman, Nor Azlili Hassan, Nor Hafizah Abdullah, Azlina Abdullah & Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan. 2019. Nation-building Among Youths in Malaysia: The Civic Education Approach. Journal of Nusantara, 4(2): 390-409. • Mohd Mahadee Ismail. 2015. Pendidikan Sivik dan Pembinaan Etos Nasional dalam kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): Kajian ke atas Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). PhD Theses, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. • Nazri Muslim, Mohd Mahadee Ismail & Azizah Ya’acob. 2016. Persepsi Belia Terhadap Etos Bangsa: Kajian di Lembah Kelang. International Journal of the Malay World and Civilization (IMAN), 4(3) 23-39. • Nor Hashimah Jalaluddin, Shamsul Amri Baharuddin, Mustafa Omar & Mansor Mohd. Noor. 2004. Identiti nasional dan etos bangsa. Dewan Budaya 26(8): 9-13. • Shamsul Amri Baharuddin. 1992. Malaysia in 2020, one state many nations?: Observing Malaysia from Australia. Bangi: Department of Anthropology & Sociology Universiti Kebangsaan Malaysia. • Shamsul Amri Baharuddin. 1996. Nation-of-intent in Malaysia. Dlm. Tonnesson, S. & Antlov, H. (pnyt.). Asian Forms of the Nation, hlm. 323-347. Surrey, London: Curzon Press.
  • 38. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM) Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM) Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM) Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM) Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM) Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM) Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM) Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM) Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS) Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR) Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)

Editor's Notes

  1. Animation