Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Kertas Kerja CSR
1. KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
SUMBANGAN MEMBUAT PENDAWAIAN
ELEKTRIK
DI
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI
TAHFIZ DARUL ULUM CAWANGAN JEMPOL
18, 19 & 20 2015
ANJURAN
SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK
2. 1.0 PENGENALAN
Program Sijil Pemasangan Elektrik ingin mengadakan Program Khidmat
Masyarakat berbentuk sumbangan tenaga yang melibatkan kerja-kerja
pendawaian Elektrik di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum
Cawangan Jempol. Program yang akan diadakan ini adalah yang bertujuan
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemantapan akhlak,
nilai-nilai kerohanian, daya ketahanan diri yang tinggi selaras dengan
prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini
melibatkan seramai 15 orang pelajar-pelajar Program Pemasangan Elektrik
serta 5 orang Pensyarah Pengiring. Program ini juga dijalankan bagi
mendedahkan para peserta kepada peningkatan pengetahuan softskill,
sikap bekerjasama, toleransi dan bersatu dalam kumpulan dan
mengeratkan silaturrahim.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama Program Khidmat Masyarakat ini ialah :
i. Meningkatkan kemahiran softskill dan hardskill pelajar-pelajar dalam
bidang Elektrik
ii. Menanam nilai-nilai positif seperti keyakinan diri dalam setiap pelajar.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti memberi sumbangan
kepada mereka yang memerlukan
3.0 TARIKH (CADANGAN)
18, 19 & 20 Febuari 2015 (Rabu, Khamis & Jumaat)
4.0 MASA
08.00a.m – 05.00 p.m
5.0 TEMPAT
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Cawangan Jempol
3. 6.0 KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK YANG DIRANCANG
Bil Perkara Kuantiti
1 Soket 6
2 Point Aircond 3
3 Point Lampu 4
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Jumlah(RM)
1.
Bayaran Makanan & Minuman
( RM 10 x 15 orang x 3 hari)
RM 450 00
JUMLAH RM 450 00
8.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran 2
9.0 PENUTUP
Sesungguhnya program seperti ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
berkualiti yang mempunyai jati diri yang positif pada masa hadapan.
Semoga usaha murni ini direstui dan mampu melahirkan modal insan
yang boleh menjanakan negara dalam segala bidang ke tahap optimum.
4. Disediakan oleh;
................................................
(NORAZAH BINTI ABDULLAH)
Ketua Program SPE
Tarikh :
Disokong oleh ;
...................................................
(MAZITA BINTI AYUB)
Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran
Tarikh :
Diluluskan oleh ;
...................................................
(BAHARUDIN BIN MOHD)
PENGARAH
Tarikh :
5.
6. LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (SUMBANGAN MEMBUAT PENDAWAIAN ELEKTRIK)
DI SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI TAHFIZ DARUL ULUM CAWANGAN JEMPOL
Tarikh Masa Aktiviti
18 Febuari 2015
8.00 – 8.45 pg Sarapan pagi
8.45 – 9.00 pg Taklimat Program Khidmat Masyarakat Oleh Pengarah Program
9.00 – 1.00 tgh Kerja – Kerja Pendawaian Elektrik
1.00 – 2.00 ptg Makan tengahari & Solat Zuhur
2.00 – 5.00 ptg Kerja – Kerja Pendawaian Elektrik
19 Febuari 2015
8.00 – 8.45 pg Sarapan pagi
8.45 – 1.00 ptg Kerja – Kerja Pendawaian Elektrik
1.00 – 2.00 ptg Makan tengahari & Solat Zuhur
2.00 - 5.00 ptg Kerja – Kerja Pendawaian Elektrik
20 Febuari 2015
8.00 – 8.45 pg Sarapan pagi
8.45 – 1.00 ptg Kerja – Kerja Pendawaian Elektrik
1.00 – 2.00 ptg Makan tengahari & Solat Zuhur
2.00 - 5.00 ptg Kerja – Kerja Pendawaian Elektrik
7.
8. LAMPIRAN 2
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
(SUMBANGAN MEMBUAT PENDAWAIAN ELEKTRIK)
DI SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI TAHFIZ DARUL ULUM CAWANGAN
JEMPOL
Penasihat Program I Tn Hj Baharudin bin Mohd
Penasihat Program II Pn Mazita binti Ayub
Pengarah Program En Shaiful Baharin Bin Mazlan
Penolong Pengarah Program En Mohd Jamrus Bin Ujang
Urusetia En Maizar bin Muhamad
LAMPIRAN 3