SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
ISI KANDUNGAN




PENGENALAN                                        1


ISU DISIPLIN GURU                                 2-4


ISU GURU TIDAK BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN SISTEM   4-6


ISU GURU MENGAJAR SUBJEK YANG BUKAN OPSYEN        6-7


ISU GURU SEBAGAI KERJAYA TERAKHIR                 7-9


ISU GURU MASIH MENGGUNAKAN KAEDAH TRADISIONAL     9-12


ISU LAMBAKAN PUSAT TUISYEN GUGAT PERANAN GURU     12-13


KESIMPULAN                                        14


BIBLIOGRAFI                                       14




                                                         0
ISU-ISU MENGENAI STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL


Menurut laman sesawang NSW Institute of Teachers (2005), definisi bagi Standard

Pengajaran Profesional ialah satu rujukan utama bagi bidang tugas seorang guru di mana ia

menerangkan tentang apa yang guru boleh lakukan serta menyediakan hala tuju dan struktur

untuk menyokong penyediaan dan pembangunan guru. Di Malaysia, Standard Guru Malaysia

(SGM) dijadikan sebagai panduan oleh para guru, agensi dan institusi latihan perguruan,

pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. SGM meliputi standard dan keperluan di

mana kedua-dua aspek ini dilaksana berasaskan Misi Nasional, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja

Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan guru unggul yang dapat membentuk modal

insan kelas pertama. SGM bertujuan menggariskan kompetensi professional yang patut

dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan

perguruan bagi mencapai tahap yang ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk melestarikan guru

berkualiti.


       Walaupun dengan kewujudan SGM, masih terdapat isu-isu berkaitan Standard

Pengajaran Profesional ini yang meniti di dada-dada akhbar malah dalam kalangan pendidik

sendiri. Ternyata mengaplikasi SGM sahaja tidak cukup untuk menghasilkan guru yang

berkualiti kerana pada diri pendidik itu sendiri masih terdapat perkara yang menghalang

mereka untuk mencapai tahap profesional. Beberapa isu berkaitan dengan Standard

Pengajaran Profesional yang akan dikupas ialah isu disiplin guru, guru tidak bersedia dengan

perubahan sistem, guru mengajar subjek yang bukan opsyen, guru sebagai kerjaya terakhir,

guru masih menggunakan kaedah tradisional dan lambakan pusat tuisyen gugat peranan guru.




                                                                                          1
1.1     ISU DISIPLIN GURU

Apabila dibangkitkan tentang isu disiplin guru, mungkin ada yang merasakan bahawa ini

bukanlah suatu isu yang besar kerana ianya sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah guru

yang merasakan disiplin bukan penghalang mereka mencapai tahap profesional. Namun

apabila difikirkan semula, disiplin inilah yang menjadi titik tolak perjalanan seorang guru itu

sendiri. Biasanya isu yang sering didengar adalah isu disiplin pelajar, tetapi apabila

dibangkitkan isu mengenai disiplin guru, para guru nampaknya cuba menidakkan isu ini.

Semuanya berbalik kepada diri guru itu sendiri.

        Masalah disiplin dalam kalangan guru yang biasa berlaku di sekolah ialah guru masuk

lewat ke dalam kelas. Perkara ini tidak boleh dianggap enteng kerana ianya boleh

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana mungkin guru boleh mengatasi

masalah disiplin sekiranya mereka sendiri tidak mampu menjaga disiplin sendiri? Itu adalah

satu persoalan yang perlu difikirkan secara mendalam. Selain itu, sesetengah guru yang tidak

menjaga etika dan tidak mampu mengawal emosi cenderung menjadi contoh yang tidak baik

kepada para pelajar. Pernampilan guru itu sendiri sudah memberi impresi pertama kepada

orang yang melihatnya. Guru juga perlu ada kawalan emosi yang baik supaya tidak

melepaskan kemarahan terhadap pelajar sesuka hati.



Kesan

Setiap isu semestinya ada kesan atau akibatnya. Kesan isu disiplin guru ini boleh dilihat

dalam bentuk flow. Yang pertamanya ialah pelajar terikut-ikut dengan sikap guru. Seperti

mana ibu bapa, guru merupakan role model kepada pelajar kerana guru ialah individu yang

dekat dengan mereka selepas ibu bapa. Sekiranya guru menpunyai masalah disiplin, pelajar

sudah semestinya akan mempunyai masalah yang sama. Ini disebabkan mereka merupakan


                                                                                             2
remaja yang belajar melalui imitation iaitu gaya peniruan. Apa yang mereka lihat, itulah yang

mereka ikuti.

         Kemudian, pelajar akan mula hilang rasa hormat terhadap guru. Bagaimana mereka

hendak hormat kepada guru sekiranya guru itu sendiri bermasalah? Maka, mulalah guru-guru

mengatakan bahawa pelajar bersikap kurang ajar justeru ibu bapa pula dipersalahkan bulat-

bulat dalam hal ini. Padahal, guru itulah sendiri menjadi salah satu punca kepada masalah

disiplin pelajar. Cuba fikirkan semula wahai para guru. Gurubagai cermin, apa yang ada pada

diri pelajar itu menunjukkan siapa diri gurunya. Jika guru mahu pelajar mereka menjadi baik,

maka perbaikilah diri sendiri terlebih dahulu. Seterusnya, guru tidak akan mencapai tahap

profesional sekiranya disiplin tidak dijaga. Masyarakat pula beranggapan bahawa kerjaya

guru ini tidak profesional dek kerana sikap guru yang bermasalah disiplin.



Langkah Mengatasi

Antara langkah mengatasi isu disiplin guru ini ialah pengambilan guru perlu kaedah tapisan

lebih baik, guru sendiri perlu ada inisiatif untuk memperbaiki diri dan guru perlu jadi contoh

yang baik kepada pelajar. Maksud pengambilan guru perlu kaedah tapisan lebih baik di sini

adalah    selain ujian MedSi dan sesi temuduga, mungkin kaedah baru perlu ada bagi

memastikan bahawa guru yang bakal dilahirkan oleh institusi latihan perguruan di Malaysia

ini adalah terdiri daripada kalangan guru yang mempunyai disiplin yang baik.

         Di samping itu, guru yang sememangnya mempunyai masalah disiplin diri pula perlu

berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dalam hal ini, pengetua perlu memainkan

peranan untuk menasihati guru-guru ini supaya memperbaiki diri masing-masing. Langkah

terakhir ialah guru perlu menjadi role model yang baik kepada pelajar. Bak kata pepatah,

‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari’. Jika guru tidak mampu menjadi contoh teladan




                                                                                            3
yang baik, mampukah guru tersebut membentuk generasi hadapan yang baik? Jawapan bagi

persoalan ini terletak pada guru itu sendiri.



1.2     ISU GURU TIDAK BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN SISTEM

Seperti yang kita sedia maklum, sistem pendidikan di Malaysia agak kerap mengalami

perubahan dek kerana mengikut perkembangan zaman dan keperluan semasa. Perubahan ini

memberi banyak impak positif terhadap rakyat keseluruhannya. Mungkin ada beberapa dasar

atau sistem yang perubahannya sedikit sebanyak memberi kesan negatif kerana tidak

dirancang dengan baik dan para guru khasnya tidak cukup bersedia dengan perubahan ini.

Contohnya perlaksanaan PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris.

        Sistem pendidikan yang berubah-ubah ini memerlukan kesediaan guru yang cukup

bagi mempersiapkan diri untuk mengaplikasikan sistem baru tersebut. Antara sistem yang

telah terlaksana ialah PPSMI yang sebelum ini gagal dilaksanakan dengan baik kerana guru-

guru bagi mata pelajaran Sains dan Matematik belum bersedia untuk menggunakan bahasa

Inggeris dalam pengajaran mereka. Para pelajar juga tidak bersedia kerana bahasa Inggeris

mereka yang sememangnya menjadi subjek yang lemah, terutamanya bagi pelajar di luar

bandar. Jika perlaksanaan sistem tidak berjaya kerana guru tidak bersedia, maka guru sukar

untuk mencapai tahap profesionalisme seperti yang diinginkan.




Kesan

Kesan daripada ketidaksediaan guru bagi mengaplikasi sistem baru, ini menyebabkan proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) menjadi kurang berkesan. Apa tidaknya, guru-guru pun

kadang kala kurang memahami apa yang mereka ajar. Apabila ditanya oleh pelajar, mulalah

guru berasa panik dan membiarkan soalan-soalan pelajar tidak terjawab. Sekiranya P&P


                                                                                        4
kurang berkesan, maka akan adalah pelajar yang kurang faham pengajaran guru tersebut.

Pelajar yang kurang memahami pengajaran guru akan cepat merasa bosan dan kadang kala ini

membawa kepada masalah disiplin pelajar itu sendiri iaitu ponteng.

       Apabila pelajar kurang faham dan tiada inisiatif untuk memahami pembelajaran

mereka tanpa bantuan guru sekolah, sudah semestinya mereka tidak mampu untuk menjawab

soalan peperiksaan dengan baik. Maka prestasi mereka menurun. Begitulah yang terjadi

kepada para pelajar yang terlibat dalam bahan uji kaji PPSMI. Justeru, guru tidak akan

mampu mencapai tahap profesional. Sudah terbukti apabila guru tidak cukup bersedia, maka

impaknya bukan sekadar pada guru malah turut terkena kepada pelajar.



Langkah Mengatasi

Antara langkah bagi mengatasi isu kesediaan guru ini ialah guru perlu sentiasa bersedia.

Sebagai seorang guru, mereka haruslah sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Jangan

biarkan perubahan sistem meragut kredibiliti mereka sebagai guru. Ilmu-ilmu baru boleh

dipelajari setiap hari kerana dunia sekarang merupakan dunia tanpa sempadan. Semuanya

hanya di hujung jari sahaja. Ia cuma memerlukan keinginan dan kerajinan guru itu sendiri

untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi perkara-perkara baru.

       Di samping itu, guru juga perlu berani. Jangan apabila diberitahu tentang perubahan

sistem pendidikan yang baru, terus berasa tidak berani dan kurang yakin untuk

melaksanakannya. Sebagai seorang pendidik, keyakinan haruslah jitu walau dalam apa jua

situasi. Keberanian perlu ada pada diri guru kerana ia mampu membawa guru itu lebih jauh

atau dalam erti kata lain, menjadikan guru itu profesional dalam profesionnya. Selain itu,

sikap optimis perlu ditanam dalam diri para guru. Sekiranya diberitahu tentang perubahan

sistem, ambil itu sebagai suatu cabaran bukan masalah. Jika guru mampu berfikiran positif




                                                                                        5
dalam menjalani karier sebagai pendidik, sudah pasti guru tersebut berupaya menjadi seorang

pendidik yang profesional.



1.3     ISU GURU MENGAJAR SUBJEK YANG BUKAN OPSYEN

Isu guru mengajar subjek bukan opsyen ini adalah lumrah terutama bagi guru-guru baru.

Biarlah apa pun opsyen yang mereka ambil di universiti atau institusi latihan perguruan, tidak

semestinya mereka akan mengajar subjek opsyen mereka itu di sekolah. Ini adalah suatu

realiti yang berpunca daripada ketidaksepadanan dalam pengagihan guru di sekolah. Ia juga

berpunca daripada keperluan sekolah itu sendiri yang mahukan guru mengikut kekosongan

subjek yang ada. Justeru, disebabkan oleh kurangnya konten mengenai subjek bukan opsyen

yang hendak diajar, guru-guru cenderung untuk menjadi kurang yakin ketika mengajar.

Segala konten mengenai subjek opsyen langsung tidak digunakan malah guru perlu

mempelajari ilmu baru bagi mereka sekiranya diarahkan mengajar subjek yang betul-betul

bertentangan dan tidak berkaitan dengan subjek opsyen masing-masing.



Kesan

Antara kesan awal yang boleh berlaku akibat daripada kurangnya keyakinan guru mengajar

subjek bukan opsyen ialah guru itu sendiri kurang bersemangat untuk mengajar. Justeru,

pelajar pula menjadi kurang motivasi kerana mereka tahu guru tersebut tidak mempunyai

konten yang cukup untuk mengajar mereka. Guru pula bersikap acuh tidak acuh dalam

melaksanakan proses P&P. Impak yang paling ketara ialah penurunan prestasi pelajar. Dalam

hal ini, guru akan dipersalahkan kerana gagal mengajar subjek tersebut dengan baik. Guru

pula lepas tangan kerana menganggap subjek tersebut bukanlah opsyen dan dia tidak

mempunyai kepakaran dalam mengajar subjek tersebut. Ini menyebabkan guru tersebut tidak

dapat mencapai tahap profesionalisme. Malah, kerjaya guru itu pula yang dianggap mudah


                                                                                            6
oleh masyarakat dek kerana guru hanya masuk kelas dan mengajar tanpa mengambil tahu

sama ada pelajar memahami pembelajaran mereka atau tidak.



Langkah Mengatasi

Terdapat beberapa langkah mengatasi yang boleh diambil bagi mengekang isu ini daripada

berterusan dan memberi impak negatif kepada pelajar khususnya. Antaranya ialah guru perlu

menghadiri kursus. Antara kursus yang diadakan ialah kursus profisiensi. Kursus ini perlu

bagi guru yang mengajar subjek bahasa Inggeris yang bukan menjadi opsyennya. Selain itu,

guru juga perlu mempunyai keyakinan yang tinggi. Walaupun mengajar subjek yang bukan

opsyen, guru boleh mencari inisiatif sendiri untuk mempelajari dan mendalami subjek yang

hendak diajar itu. Pada zaman era globalisasi ini, ilmu sangat mudah untuk didapati.

Semuanya ada di hujung jari sahaja. Sebagaimana artis di kaca televisyen boleh menjadi

versatil, kenapa tidak guru? Guru boleh mengajar apa-apa subjek sekiranya guru tersebut

mempunyai tekad dan keyakinan yang tinggi untuk mempelajari dan mengajar. Dan sudah

semestinya guru seperti ini mampu mencapai tahap profesional dalam masa yang singkat.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di samping itu, guru juga perlu sentiasa

berfikiran positif. Guru perlu menganggap bahawa mengajar subjek bukan opsyen ini

merupakan cabaran yang perlu ditempuhi dengan sabar dan tabah. Bahkan, ilmu guru tersebut

juga boleh diperkembangkan kepada beberapa bidang baru yang mungkin asing bagi mereka

sebelum ini.



1.4    ISU GURU SEBAGAI KERJAYA TERAKHIR

Bagi sesetengah individu, profession keguruan sering dianggap sebagai kerjaya pilihan

terakhir. Profession perguruan juga dianggap sebagai profession pertengahan di bawah

profession professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Masyarakat


                                                                                          7
juga menganggap individu itu boleh menjadi guru sandaran atau guru sementara tanpa ada

latihan asas. Kekosongan jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahupun menengah

biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan formal sama ada di maktab

perguruan ataupun universiti. Situasi ini akan membuatkan pandangan masyarakatterhadap

profession ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila sesetengah pihak yang menganggap

individu masih boleh menjadi guru tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat yang

sepatutnya.

        Selain itu, masyarakat melihat kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang mudah.

Bagi mereka, seorang guru mempunyai cuti yang banyak sebagaimana pelajar sekolah dan

masa kerja yang pendek. Walhal, beban kerja guru terlalu banyak sehingga membawa ke bilik

tidur. Di era globalisasi ini, cabaran menjadi guru tidak seperti yang dilihat dengan mata

kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk

melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Tetapi

persoalannya disini, mengapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan professionnya

telah berubah?



Kesan


Sekiranya profession ini adalah pilihan terakhir bagi guru, minat utama terhadap kerjaya ini

sebenarnya hanya sedikit sahaja. Akibatnya, selepas dua atau tiga tahun menjadi guru,

kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dilakukan oleh Wan Mohd Zahid Nordin

terhadap beberapa guru, ‘burn-out’ terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru

yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal

lagi dalam bidang yang diceburi. Apabila guru-guru mengalami situasi ‘burn-out’, sudah

pastinya mereka akan masuk kelas dan mengajar semata-mata untuk menghabiskan silibus

pengajaran. Ini akan menyebabkan pelajar kurang bermotivasi semasa belajar dan mereka


                                                                                          8
akan hilang fokus. Seterusnya akan menyebabkan prestasi akademik mereka menurun. Dalam

jangka masa yang panjang, bukan sahaja pelajar, prestasi sekolah turut merosot. Disebabkan

prestasi pelajar merosot, ibu bapa yang berkemampuan dari aspek kewangan menghantar

anak-anak mereka ke pusat tuisyen.


Langkah mengatasi


Untuk mengelakkan isu kerjaya guru sebagai pilihan terakhir, individu sepatutnya tahu arah

tuju kerjaya mereka. Selain itu, mereka juga harus tahu spesifikasi dan bidang tugas yang

mereka minati supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sebagai contoh, majoriti wanita yang

menjadi jurutera akan memilih kerjaya sebagai guru. Selepas beberapa tahun bertugas sebagai

jurutera, mereka baru menyedari bahawa tugas sebagai jurutera tidak sesuai dengan diri

mereka dan akhirnya memilih kerjaya sebagai guru.


       Sebagai individu yang terpelajar, guru yang memilih kerjaya ini sebagai pilihan

terakhir mereka patut ada rasa bertanggungjawab. Guru ini dianggap insan terpilih yang

didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan di sesuatu tempat. Mereka perlu sedar guru

bertanggungjawab mencorakkan masa depan pelajar. Persepsi masyarakat juga perlu diubah.

Mereka membayangkan guru hanya perlu duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu

kepada pelajar disamping membuat sedikit kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan

mengisi borang. Realitinya, beban kerja guru-guru sangat banyak hingga dibawa ke rumah. Di

sekolah pula, guru bukan setakat mengajar tetapi mendidik. Selain itu, para guru juga terpaksa

menghadiri mesyuarat bersama pengurusan.




1.5    ISU GURU MASIH MENGGUNAKAN KAEDAH TRADISIONAL

Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan

kurikulum tersebut, pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat
                                                                                            9
dengan kaedah tradisional (Abdul Razak & rakan-rakan 1996). Masalah keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dihadapi oleh pelajar di Malaysia tetapi ia juga

adalah masalah sejagat. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat

sebilangan guru yang masih menggunakan kaedah tradisional seperti pengajaran yang

berpusatkan guru dan bukannya berpusatkan pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berpusatkan guru dan bergantung seratus peratus kepada buku teks adalah antara

faktor yang dikenal pasti menyebabkan pelajar cepat merasa bosan dan hilang minat.

Sememangnya para guru dinasihatkan menggunakan buku teks tetapi guru juga seharusnya

menambah isi pengajaran mereka dari sumber-sumber lain seperti internet, buku rujukan dan

persekitaran.

       Tambahan pula, ada juga buku teks yang tidak mempunyai ilustrasi menarik sekaligus

membuatkan pelajar bosan. Kaedah ‘chalk and talk’ adalah kaedah yang sangat popular di

kalangan guru. Kaedah ini bukannya tidak bagus tetapi cikgu sepatutnya pandai

mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar tidak bosan. Para guru juga lebih

menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan

pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu kaedah chalk and talk digunakan kerana ia lebih

menjimat masa dan peralatan bahan mengajar tidak diperlukan. Terdapat guru yang masih

menggunakan pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi.

Misalnya pengajaran dan pembelajaran sains banyak melibatkan kemahiran proses sains dan

manipulatif yang memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. (Mohamad Khatim,

2001). Pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang lebih tinggi. Tanpa kefahaman,

pelajar hanya menghafal. Amalan menghafal ini masih mengikut dasar kurikulum lama

(KLSM) yang menekan kaedah ini. Tanpa sedar, para guru menekankan teknik hafalan tanpa

penerangan konsep yang betul dan tepat. Teknik ini bukan sahaja menghasilkan pelajar yang




                                                                                      10
kuat menghafal tetapi membantutkan semangat inkuiri mereka. Aspek lain seperti

pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian sewajarnya.

Kesan


Penggunaan cara tradisional secara seratus peratus di dalam kelas membuatkan pelajar hilang

tumpuan seterusnya membuatkan mereka bosan. Mungkin untuk lima belas minit pertama,

mereka boleh fokus. Bagi pelajar yang menggunakan imaginasi mereka untuk memahami

sesuatu konsep, penggunaan buku teks secara sepenuhnya membantutkan semangat inkuiri

mereka.


        Pendekatan hafalan pula yang mana melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna (Ibrahim, 1994).

Pelajar lebih banyak menghafal rumus yang sedia ada ataupun petua yang dicipta guru tanpa

mengetahui konsep sebenar. Tanpa kita sedari, situasi sebegini akan membuatkan pelajar

hanya menghafal kandungan pelajaran sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Jadi, gagal

sudah peranan guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

pelajar malah situasi ini telah menghasilkan pelajar yang exam-oriented. Disebabkan

semangat inkuiri pelajar tidak dicungkil dengan lebih mendalam, mereka tidak dapat berfikir

secara kritis dan kreatif. Mereka hanya menerima apa sahaja yang diperkatakan guru tanpa

ada keraguan.


Langkah mengatasi


Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kaedah pengajaran guru mempengaruhi

pemahaman konsep dan keseronokan untuk belajar. Jadi, untuk mencapai matlamat Wawasan

2020, guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu

meningkatkan ilmu pengetahuan seiring dengan perkembangan semasa. Untuk mengelakkan

pelajar berasa bosan di dalam kelas, guru perlu mengaplikasikan pembelajaran secara

                                                                                        11
kontekstual. Pembelajaran secara kontekstual ini adalah kaedah pembelajaran yang

menggabungkan isi kandungan, pengetahuan sedia ada dan persekitaran. Dengan

menggabungkan elemen-elemen tersebut, pelajar tidak akan bosan dan sekaligus guru telah

menggalakkan pelajar berfikir dan dapat meningkatkan semangat inkuiri mereka. Brunner

(1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar

membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Brooks &

Brooks (1993) menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dan mensintesiskan

pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan

melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Sehubungan itu wajarlah

pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahaman

pelajar.


       Seiring dengan zaman moden ini, proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

pelajar sangat bersifat praktikal. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas untuk

mengelakkan pelajar hanya menghafal sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Oleh itu, kita

mampu melahirkan pelajar yang mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan

konsep atau kemahiran berkaitan mana-mana subjek.




1.6    ISU LAMBAKAN PUSAT TUISYEN GUGAT PERANAN GURU

Kini pusat tuisyen tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kebanyakan ibu bapa menghantar

anak-anak mereka ke pusat tuisyen kerana memikirkan prestasi anak mereka yang semakin

merosot. Tambahan pula pusat tuisyen ini ‘hidup’ disebabkan sistem pendidikan Malaysia

yang masih berorientasikan peperiksaan. Jika di zaman 90-an, ibu bapa hanya menghantar

anak-anak mereka yang mengambil peperiksaan penting sahaja seperti UPSR, PMR, SPM dan

sebagainya. Berbeza dengan zaman sekarang yang mana kelas tuisyen sentiasa penuh dengan


                                                                                       12
pelajar dari pelbagai umur. Selain itu, pusat tuisyen seolah-olah menjadi trend dan ada juga

yang ingin mengaut keuntungan semata-mata. Lebih membimbangkan lagi apabila tenaga

pengajar bukannya terdiri dari kalangan guru atau pendidik.



Kesan

Jika kita fikir-fikirkan semula, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen

kerana prestasi merosot. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa sekarang mempunyai kerjaya

jadi mereka kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk memeriksa serta memantau kerja

sekolah anak-anak. Jadi sebagai solusi, mereka menghantar ke pusat tuisyen dengan harapan

anak mereka lebih bersedia ke dewan peperiksaan. Ramai berpendapat mereka menghantar

anak-anak ke pusat tuisyen disebabkan pengajaran guru di sekolah kurang mencukupi. Dalam

jangka masa yang panjang, peranan guru di sekolah dianggap kurang penting. Jika dahulu,

pusat tuisyen berfungsi sebagai sumber tambahan dan kelas persediaan sebelum ke kelas, kini

pusat tuisyen berperanan sebagai sekolah. Peranan guru terus dipandang sepi jika tenaga

pengajar di pusat tuisyen bukan seorang guru.



Langkah mengatasi

Para guru terutamanya perlu memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran

berkesan. Mungkin guru boleh membuat senarai semak semula samada objektif pembelajaran

untuk sesuatu topik tercapai atau tidak. Selain itu, guru perlu bijak membahagikan waktu

pengajaran agar pelajar mencapai objektif dan silibus pelajaran dapat dihabiskan. Setiap

sekolah semestinya mengadakan kelas tambahan terutamanya untuk pelajar yang mengambil

peperiksaan penting. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar hadir ke kelas tambahan jadi

tidak perlu ke pusat tuisyen lagi. Tambahan pula, pusat tuisyen dan sekolah menggunakan

silibus yang sama cuma menggunakan pendekatan yang berbeza.


                                                                                         13
KESIMPULAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai perkara untuk memartabatkan

profession perguruan. Antaranya memberi pengiktirafan kepada Institut Perguruan Sultan

Idris dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1 Mei 1997.

Profession perguruan adalah merupakan profesion yang sangat mulia kerana merekalah yang

membawa kunci kepada keberhasilan sistem pendidikan negara kita. Jasa dan sumbangan

yang diberikan pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu tidak harus dipandang

enteng oleh masyarakat. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profession ini

perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita hari ini.



BIBLIOGRAFI


Ibrahim bin Ahmad, (2003) Profession Keguruan Pilihan Terakhir: Suatu Tinjauan, hlm 546-

552


Suharne Zainudin (2012) Pusat Tuisyen ‘hidup’ kerana Guru tidak Berkualiti?, Sinar Harian,

13 Mac


Keberkesanan Penggunaan Kaedah Inkuiri penemuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

dalam tajuk ‘Pengembangan haba’ Tingkatan Satu diambil pada 6 April 2012

http://dotkaji.tripod.com/propose2.html


Professional Teaching Standard (2005) diambil pada 2 April 2012

http://www.nswteachers.nsw.edu.au/Main-Professional-Teaching-Standards/


Standard Guru Malaysia (1999) diambil pada 2 April 2012 http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/




                                                                                        14

More Related Content

What's hot

Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Mohd Hafiz Aziz
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Protokol temubual kajian.
Protokol temubual kajian.Protokol temubual kajian.
Protokol temubual kajian.Hjh Hana
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bualNur Hassan
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaanFarah Husna
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-pontengNorshaidi Mohd Nor
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assuretanaipoh
 
Sekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakatSekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakatLuqmanZaaba
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-221268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2Ila Ali
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 

What's hot (20)

Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Penilaian Kurikulum
Penilaian KurikulumPenilaian Kurikulum
Penilaian Kurikulum
 
Protokol temubual kajian.
Protokol temubual kajian.Protokol temubual kajian.
Protokol temubual kajian.
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
Sekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakatSekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakat
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-221268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
21268257 pembinaan-item-ujian-objektif-2
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Pedagogi berkesan
Pedagogi berkesanPedagogi berkesan
Pedagogi berkesan
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 

Similar to Standard Pengajaran Malaysia

Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)
Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)
Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)fizatuasma
 
Contoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikumContoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikumzazzulin zazzulin
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanAdleen Ederis
 
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam  PembelajaranMengkaji Permasalahan dalam  Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam PembelajaranNini Ibrahim01
 
Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)200409190711
 
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009Elangovan Vishnu Raaj
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docnuunaberry
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarPensil Dan Pemadam
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
LK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docx
LK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docxLK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docx
LK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docxayaropdebora8
 

Similar to Standard Pengajaran Malaysia (20)

Masalah macroteaching di sekolah
Masalah macroteaching di sekolahMasalah macroteaching di sekolah
Masalah macroteaching di sekolah
 
Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)
Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)
Task 21: Guru Cemerlang (Personaliti & Sahsiah Guru)
 
Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 
Contoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikumContoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikum
 
Guru novis
Guru novisGuru novis
Guru novis
 
Guru novis
Guru novisGuru novis
Guru novis
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
 
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam  PembelajaranMengkaji Permasalahan dalam  Pembelajaran
Mengkaji Permasalahan dalam Pembelajaran
 
Sikap Guru part 3
Sikap Guru part 3Sikap Guru part 3
Sikap Guru part 3
 
Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)
 
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
 
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.docPTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
PTK_tanya_Jawab_Kesulitan_Belajar.doc
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
LK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docx
LK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docxLK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docx
LK 1.1 Identifikasi Masalah IBU DEBORA AYAROP.docx
 

Standard Pengajaran Malaysia

  • 1. ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 ISU DISIPLIN GURU 2-4 ISU GURU TIDAK BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN SISTEM 4-6 ISU GURU MENGAJAR SUBJEK YANG BUKAN OPSYEN 6-7 ISU GURU SEBAGAI KERJAYA TERAKHIR 7-9 ISU GURU MASIH MENGGUNAKAN KAEDAH TRADISIONAL 9-12 ISU LAMBAKAN PUSAT TUISYEN GUGAT PERANAN GURU 12-13 KESIMPULAN 14 BIBLIOGRAFI 14 0
  • 2. ISU-ISU MENGENAI STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL Menurut laman sesawang NSW Institute of Teachers (2005), definisi bagi Standard Pengajaran Profesional ialah satu rujukan utama bagi bidang tugas seorang guru di mana ia menerangkan tentang apa yang guru boleh lakukan serta menyediakan hala tuju dan struktur untuk menyokong penyediaan dan pembangunan guru. Di Malaysia, Standard Guru Malaysia (SGM) dijadikan sebagai panduan oleh para guru, agensi dan institusi latihan perguruan, pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. SGM meliputi standard dan keperluan di mana kedua-dua aspek ini dilaksana berasaskan Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan guru unggul yang dapat membentuk modal insan kelas pertama. SGM bertujuan menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi mencapai tahap yang ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk melestarikan guru berkualiti. Walaupun dengan kewujudan SGM, masih terdapat isu-isu berkaitan Standard Pengajaran Profesional ini yang meniti di dada-dada akhbar malah dalam kalangan pendidik sendiri. Ternyata mengaplikasi SGM sahaja tidak cukup untuk menghasilkan guru yang berkualiti kerana pada diri pendidik itu sendiri masih terdapat perkara yang menghalang mereka untuk mencapai tahap profesional. Beberapa isu berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional yang akan dikupas ialah isu disiplin guru, guru tidak bersedia dengan perubahan sistem, guru mengajar subjek yang bukan opsyen, guru sebagai kerjaya terakhir, guru masih menggunakan kaedah tradisional dan lambakan pusat tuisyen gugat peranan guru. 1
  • 3. 1.1 ISU DISIPLIN GURU Apabila dibangkitkan tentang isu disiplin guru, mungkin ada yang merasakan bahawa ini bukanlah suatu isu yang besar kerana ianya sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah guru yang merasakan disiplin bukan penghalang mereka mencapai tahap profesional. Namun apabila difikirkan semula, disiplin inilah yang menjadi titik tolak perjalanan seorang guru itu sendiri. Biasanya isu yang sering didengar adalah isu disiplin pelajar, tetapi apabila dibangkitkan isu mengenai disiplin guru, para guru nampaknya cuba menidakkan isu ini. Semuanya berbalik kepada diri guru itu sendiri. Masalah disiplin dalam kalangan guru yang biasa berlaku di sekolah ialah guru masuk lewat ke dalam kelas. Perkara ini tidak boleh dianggap enteng kerana ianya boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana mungkin guru boleh mengatasi masalah disiplin sekiranya mereka sendiri tidak mampu menjaga disiplin sendiri? Itu adalah satu persoalan yang perlu difikirkan secara mendalam. Selain itu, sesetengah guru yang tidak menjaga etika dan tidak mampu mengawal emosi cenderung menjadi contoh yang tidak baik kepada para pelajar. Pernampilan guru itu sendiri sudah memberi impresi pertama kepada orang yang melihatnya. Guru juga perlu ada kawalan emosi yang baik supaya tidak melepaskan kemarahan terhadap pelajar sesuka hati. Kesan Setiap isu semestinya ada kesan atau akibatnya. Kesan isu disiplin guru ini boleh dilihat dalam bentuk flow. Yang pertamanya ialah pelajar terikut-ikut dengan sikap guru. Seperti mana ibu bapa, guru merupakan role model kepada pelajar kerana guru ialah individu yang dekat dengan mereka selepas ibu bapa. Sekiranya guru menpunyai masalah disiplin, pelajar sudah semestinya akan mempunyai masalah yang sama. Ini disebabkan mereka merupakan 2
  • 4. remaja yang belajar melalui imitation iaitu gaya peniruan. Apa yang mereka lihat, itulah yang mereka ikuti. Kemudian, pelajar akan mula hilang rasa hormat terhadap guru. Bagaimana mereka hendak hormat kepada guru sekiranya guru itu sendiri bermasalah? Maka, mulalah guru-guru mengatakan bahawa pelajar bersikap kurang ajar justeru ibu bapa pula dipersalahkan bulat- bulat dalam hal ini. Padahal, guru itulah sendiri menjadi salah satu punca kepada masalah disiplin pelajar. Cuba fikirkan semula wahai para guru. Gurubagai cermin, apa yang ada pada diri pelajar itu menunjukkan siapa diri gurunya. Jika guru mahu pelajar mereka menjadi baik, maka perbaikilah diri sendiri terlebih dahulu. Seterusnya, guru tidak akan mencapai tahap profesional sekiranya disiplin tidak dijaga. Masyarakat pula beranggapan bahawa kerjaya guru ini tidak profesional dek kerana sikap guru yang bermasalah disiplin. Langkah Mengatasi Antara langkah mengatasi isu disiplin guru ini ialah pengambilan guru perlu kaedah tapisan lebih baik, guru sendiri perlu ada inisiatif untuk memperbaiki diri dan guru perlu jadi contoh yang baik kepada pelajar. Maksud pengambilan guru perlu kaedah tapisan lebih baik di sini adalah selain ujian MedSi dan sesi temuduga, mungkin kaedah baru perlu ada bagi memastikan bahawa guru yang bakal dilahirkan oleh institusi latihan perguruan di Malaysia ini adalah terdiri daripada kalangan guru yang mempunyai disiplin yang baik. Di samping itu, guru yang sememangnya mempunyai masalah disiplin diri pula perlu berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dalam hal ini, pengetua perlu memainkan peranan untuk menasihati guru-guru ini supaya memperbaiki diri masing-masing. Langkah terakhir ialah guru perlu menjadi role model yang baik kepada pelajar. Bak kata pepatah, ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari’. Jika guru tidak mampu menjadi contoh teladan 3
  • 5. yang baik, mampukah guru tersebut membentuk generasi hadapan yang baik? Jawapan bagi persoalan ini terletak pada guru itu sendiri. 1.2 ISU GURU TIDAK BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN SISTEM Seperti yang kita sedia maklum, sistem pendidikan di Malaysia agak kerap mengalami perubahan dek kerana mengikut perkembangan zaman dan keperluan semasa. Perubahan ini memberi banyak impak positif terhadap rakyat keseluruhannya. Mungkin ada beberapa dasar atau sistem yang perubahannya sedikit sebanyak memberi kesan negatif kerana tidak dirancang dengan baik dan para guru khasnya tidak cukup bersedia dengan perubahan ini. Contohnya perlaksanaan PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sistem pendidikan yang berubah-ubah ini memerlukan kesediaan guru yang cukup bagi mempersiapkan diri untuk mengaplikasikan sistem baru tersebut. Antara sistem yang telah terlaksana ialah PPSMI yang sebelum ini gagal dilaksanakan dengan baik kerana guru- guru bagi mata pelajaran Sains dan Matematik belum bersedia untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran mereka. Para pelajar juga tidak bersedia kerana bahasa Inggeris mereka yang sememangnya menjadi subjek yang lemah, terutamanya bagi pelajar di luar bandar. Jika perlaksanaan sistem tidak berjaya kerana guru tidak bersedia, maka guru sukar untuk mencapai tahap profesionalisme seperti yang diinginkan. Kesan Kesan daripada ketidaksediaan guru bagi mengaplikasi sistem baru, ini menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) menjadi kurang berkesan. Apa tidaknya, guru-guru pun kadang kala kurang memahami apa yang mereka ajar. Apabila ditanya oleh pelajar, mulalah guru berasa panik dan membiarkan soalan-soalan pelajar tidak terjawab. Sekiranya P&P 4
  • 6. kurang berkesan, maka akan adalah pelajar yang kurang faham pengajaran guru tersebut. Pelajar yang kurang memahami pengajaran guru akan cepat merasa bosan dan kadang kala ini membawa kepada masalah disiplin pelajar itu sendiri iaitu ponteng. Apabila pelajar kurang faham dan tiada inisiatif untuk memahami pembelajaran mereka tanpa bantuan guru sekolah, sudah semestinya mereka tidak mampu untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Maka prestasi mereka menurun. Begitulah yang terjadi kepada para pelajar yang terlibat dalam bahan uji kaji PPSMI. Justeru, guru tidak akan mampu mencapai tahap profesional. Sudah terbukti apabila guru tidak cukup bersedia, maka impaknya bukan sekadar pada guru malah turut terkena kepada pelajar. Langkah Mengatasi Antara langkah bagi mengatasi isu kesediaan guru ini ialah guru perlu sentiasa bersedia. Sebagai seorang guru, mereka haruslah sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Jangan biarkan perubahan sistem meragut kredibiliti mereka sebagai guru. Ilmu-ilmu baru boleh dipelajari setiap hari kerana dunia sekarang merupakan dunia tanpa sempadan. Semuanya hanya di hujung jari sahaja. Ia cuma memerlukan keinginan dan kerajinan guru itu sendiri untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi perkara-perkara baru. Di samping itu, guru juga perlu berani. Jangan apabila diberitahu tentang perubahan sistem pendidikan yang baru, terus berasa tidak berani dan kurang yakin untuk melaksanakannya. Sebagai seorang pendidik, keyakinan haruslah jitu walau dalam apa jua situasi. Keberanian perlu ada pada diri guru kerana ia mampu membawa guru itu lebih jauh atau dalam erti kata lain, menjadikan guru itu profesional dalam profesionnya. Selain itu, sikap optimis perlu ditanam dalam diri para guru. Sekiranya diberitahu tentang perubahan sistem, ambil itu sebagai suatu cabaran bukan masalah. Jika guru mampu berfikiran positif 5
  • 7. dalam menjalani karier sebagai pendidik, sudah pasti guru tersebut berupaya menjadi seorang pendidik yang profesional. 1.3 ISU GURU MENGAJAR SUBJEK YANG BUKAN OPSYEN Isu guru mengajar subjek bukan opsyen ini adalah lumrah terutama bagi guru-guru baru. Biarlah apa pun opsyen yang mereka ambil di universiti atau institusi latihan perguruan, tidak semestinya mereka akan mengajar subjek opsyen mereka itu di sekolah. Ini adalah suatu realiti yang berpunca daripada ketidaksepadanan dalam pengagihan guru di sekolah. Ia juga berpunca daripada keperluan sekolah itu sendiri yang mahukan guru mengikut kekosongan subjek yang ada. Justeru, disebabkan oleh kurangnya konten mengenai subjek bukan opsyen yang hendak diajar, guru-guru cenderung untuk menjadi kurang yakin ketika mengajar. Segala konten mengenai subjek opsyen langsung tidak digunakan malah guru perlu mempelajari ilmu baru bagi mereka sekiranya diarahkan mengajar subjek yang betul-betul bertentangan dan tidak berkaitan dengan subjek opsyen masing-masing. Kesan Antara kesan awal yang boleh berlaku akibat daripada kurangnya keyakinan guru mengajar subjek bukan opsyen ialah guru itu sendiri kurang bersemangat untuk mengajar. Justeru, pelajar pula menjadi kurang motivasi kerana mereka tahu guru tersebut tidak mempunyai konten yang cukup untuk mengajar mereka. Guru pula bersikap acuh tidak acuh dalam melaksanakan proses P&P. Impak yang paling ketara ialah penurunan prestasi pelajar. Dalam hal ini, guru akan dipersalahkan kerana gagal mengajar subjek tersebut dengan baik. Guru pula lepas tangan kerana menganggap subjek tersebut bukanlah opsyen dan dia tidak mempunyai kepakaran dalam mengajar subjek tersebut. Ini menyebabkan guru tersebut tidak dapat mencapai tahap profesionalisme. Malah, kerjaya guru itu pula yang dianggap mudah 6
  • 8. oleh masyarakat dek kerana guru hanya masuk kelas dan mengajar tanpa mengambil tahu sama ada pelajar memahami pembelajaran mereka atau tidak. Langkah Mengatasi Terdapat beberapa langkah mengatasi yang boleh diambil bagi mengekang isu ini daripada berterusan dan memberi impak negatif kepada pelajar khususnya. Antaranya ialah guru perlu menghadiri kursus. Antara kursus yang diadakan ialah kursus profisiensi. Kursus ini perlu bagi guru yang mengajar subjek bahasa Inggeris yang bukan menjadi opsyennya. Selain itu, guru juga perlu mempunyai keyakinan yang tinggi. Walaupun mengajar subjek yang bukan opsyen, guru boleh mencari inisiatif sendiri untuk mempelajari dan mendalami subjek yang hendak diajar itu. Pada zaman era globalisasi ini, ilmu sangat mudah untuk didapati. Semuanya ada di hujung jari sahaja. Sebagaimana artis di kaca televisyen boleh menjadi versatil, kenapa tidak guru? Guru boleh mengajar apa-apa subjek sekiranya guru tersebut mempunyai tekad dan keyakinan yang tinggi untuk mempelajari dan mengajar. Dan sudah semestinya guru seperti ini mampu mencapai tahap profesional dalam masa yang singkat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di samping itu, guru juga perlu sentiasa berfikiran positif. Guru perlu menganggap bahawa mengajar subjek bukan opsyen ini merupakan cabaran yang perlu ditempuhi dengan sabar dan tabah. Bahkan, ilmu guru tersebut juga boleh diperkembangkan kepada beberapa bidang baru yang mungkin asing bagi mereka sebelum ini. 1.4 ISU GURU SEBAGAI KERJAYA TERAKHIR Bagi sesetengah individu, profession keguruan sering dianggap sebagai kerjaya pilihan terakhir. Profession perguruan juga dianggap sebagai profession pertengahan di bawah profession professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Masyarakat 7
  • 9. juga menganggap individu itu boleh menjadi guru sandaran atau guru sementara tanpa ada latihan asas. Kekosongan jawatan guru sama ada di sekolah rendah mahupun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan formal sama ada di maktab perguruan ataupun universiti. Situasi ini akan membuatkan pandangan masyarakatterhadap profession ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila sesetengah pihak yang menganggap individu masih boleh menjadi guru tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat yang sepatutnya. Selain itu, masyarakat melihat kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang mudah. Bagi mereka, seorang guru mempunyai cuti yang banyak sebagaimana pelajar sekolah dan masa kerja yang pendek. Walhal, beban kerja guru terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Di era globalisasi ini, cabaran menjadi guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Tetapi persoalannya disini, mengapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan professionnya telah berubah? Kesan Sekiranya profession ini adalah pilihan terakhir bagi guru, minat utama terhadap kerjaya ini sebenarnya hanya sedikit sahaja. Akibatnya, selepas dua atau tiga tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dilakukan oleh Wan Mohd Zahid Nordin terhadap beberapa guru, ‘burn-out’ terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. Apabila guru-guru mengalami situasi ‘burn-out’, sudah pastinya mereka akan masuk kelas dan mengajar semata-mata untuk menghabiskan silibus pengajaran. Ini akan menyebabkan pelajar kurang bermotivasi semasa belajar dan mereka 8
  • 10. akan hilang fokus. Seterusnya akan menyebabkan prestasi akademik mereka menurun. Dalam jangka masa yang panjang, bukan sahaja pelajar, prestasi sekolah turut merosot. Disebabkan prestasi pelajar merosot, ibu bapa yang berkemampuan dari aspek kewangan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Langkah mengatasi Untuk mengelakkan isu kerjaya guru sebagai pilihan terakhir, individu sepatutnya tahu arah tuju kerjaya mereka. Selain itu, mereka juga harus tahu spesifikasi dan bidang tugas yang mereka minati supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sebagai contoh, majoriti wanita yang menjadi jurutera akan memilih kerjaya sebagai guru. Selepas beberapa tahun bertugas sebagai jurutera, mereka baru menyedari bahawa tugas sebagai jurutera tidak sesuai dengan diri mereka dan akhirnya memilih kerjaya sebagai guru. Sebagai individu yang terpelajar, guru yang memilih kerjaya ini sebagai pilihan terakhir mereka patut ada rasa bertanggungjawab. Guru ini dianggap insan terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan di sesuatu tempat. Mereka perlu sedar guru bertanggungjawab mencorakkan masa depan pelajar. Persepsi masyarakat juga perlu diubah. Mereka membayangkan guru hanya perlu duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu kepada pelajar disamping membuat sedikit kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan mengisi borang. Realitinya, beban kerja guru-guru sangat banyak hingga dibawa ke rumah. Di sekolah pula, guru bukan setakat mengajar tetapi mendidik. Selain itu, para guru juga terpaksa menghadiri mesyuarat bersama pengurusan. 1.5 ISU GURU MASIH MENGGUNAKAN KAEDAH TRADISIONAL Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut, pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat 9
  • 11. dengan kaedah tradisional (Abdul Razak & rakan-rakan 1996). Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dihadapi oleh pelajar di Malaysia tetapi ia juga adalah masalah sejagat. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan guru yang masih menggunakan kaedah tradisional seperti pengajaran yang berpusatkan guru dan bukannya berpusatkan pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung seratus peratus kepada buku teks adalah antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan pelajar cepat merasa bosan dan hilang minat. Sememangnya para guru dinasihatkan menggunakan buku teks tetapi guru juga seharusnya menambah isi pengajaran mereka dari sumber-sumber lain seperti internet, buku rujukan dan persekitaran. Tambahan pula, ada juga buku teks yang tidak mempunyai ilustrasi menarik sekaligus membuatkan pelajar bosan. Kaedah ‘chalk and talk’ adalah kaedah yang sangat popular di kalangan guru. Kaedah ini bukannya tidak bagus tetapi cikgu sepatutnya pandai mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar tidak bosan. Para guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu kaedah chalk and talk digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan bahan mengajar tidak diperlukan. Terdapat guru yang masih menggunakan pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi. Misalnya pengajaran dan pembelajaran sains banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif yang memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. (Mohamad Khatim, 2001). Pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang lebih tinggi. Tanpa kefahaman, pelajar hanya menghafal. Amalan menghafal ini masih mengikut dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekan kaedah ini. Tanpa sedar, para guru menekankan teknik hafalan tanpa penerangan konsep yang betul dan tepat. Teknik ini bukan sahaja menghasilkan pelajar yang 10
  • 12. kuat menghafal tetapi membantutkan semangat inkuiri mereka. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian sewajarnya. Kesan Penggunaan cara tradisional secara seratus peratus di dalam kelas membuatkan pelajar hilang tumpuan seterusnya membuatkan mereka bosan. Mungkin untuk lima belas minit pertama, mereka boleh fokus. Bagi pelajar yang menggunakan imaginasi mereka untuk memahami sesuatu konsep, penggunaan buku teks secara sepenuhnya membantutkan semangat inkuiri mereka. Pendekatan hafalan pula yang mana melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna (Ibrahim, 1994). Pelajar lebih banyak menghafal rumus yang sedia ada ataupun petua yang dicipta guru tanpa mengetahui konsep sebenar. Tanpa kita sedari, situasi sebegini akan membuatkan pelajar hanya menghafal kandungan pelajaran sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Jadi, gagal sudah peranan guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar malah situasi ini telah menghasilkan pelajar yang exam-oriented. Disebabkan semangat inkuiri pelajar tidak dicungkil dengan lebih mendalam, mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Mereka hanya menerima apa sahaja yang diperkatakan guru tanpa ada keraguan. Langkah mengatasi Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kaedah pengajaran guru mempengaruhi pemahaman konsep dan keseronokan untuk belajar. Jadi, untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu meningkatkan ilmu pengetahuan seiring dengan perkembangan semasa. Untuk mengelakkan pelajar berasa bosan di dalam kelas, guru perlu mengaplikasikan pembelajaran secara 11
  • 13. kontekstual. Pembelajaran secara kontekstual ini adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan, pengetahuan sedia ada dan persekitaran. Dengan menggabungkan elemen-elemen tersebut, pelajar tidak akan bosan dan sekaligus guru telah menggalakkan pelajar berfikir dan dapat meningkatkan semangat inkuiri mereka. Brunner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Seiring dengan zaman moden ini, proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar sangat bersifat praktikal. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas untuk mengelakkan pelajar hanya menghafal sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Oleh itu, kita mampu melahirkan pelajar yang mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan konsep atau kemahiran berkaitan mana-mana subjek. 1.6 ISU LAMBAKAN PUSAT TUISYEN GUGAT PERANAN GURU Kini pusat tuisyen tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen kerana memikirkan prestasi anak mereka yang semakin merosot. Tambahan pula pusat tuisyen ini ‘hidup’ disebabkan sistem pendidikan Malaysia yang masih berorientasikan peperiksaan. Jika di zaman 90-an, ibu bapa hanya menghantar anak-anak mereka yang mengambil peperiksaan penting sahaja seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya. Berbeza dengan zaman sekarang yang mana kelas tuisyen sentiasa penuh dengan 12
  • 14. pelajar dari pelbagai umur. Selain itu, pusat tuisyen seolah-olah menjadi trend dan ada juga yang ingin mengaut keuntungan semata-mata. Lebih membimbangkan lagi apabila tenaga pengajar bukannya terdiri dari kalangan guru atau pendidik. Kesan Jika kita fikir-fikirkan semula, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen kerana prestasi merosot. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa sekarang mempunyai kerjaya jadi mereka kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk memeriksa serta memantau kerja sekolah anak-anak. Jadi sebagai solusi, mereka menghantar ke pusat tuisyen dengan harapan anak mereka lebih bersedia ke dewan peperiksaan. Ramai berpendapat mereka menghantar anak-anak ke pusat tuisyen disebabkan pengajaran guru di sekolah kurang mencukupi. Dalam jangka masa yang panjang, peranan guru di sekolah dianggap kurang penting. Jika dahulu, pusat tuisyen berfungsi sebagai sumber tambahan dan kelas persediaan sebelum ke kelas, kini pusat tuisyen berperanan sebagai sekolah. Peranan guru terus dipandang sepi jika tenaga pengajar di pusat tuisyen bukan seorang guru. Langkah mengatasi Para guru terutamanya perlu memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Mungkin guru boleh membuat senarai semak semula samada objektif pembelajaran untuk sesuatu topik tercapai atau tidak. Selain itu, guru perlu bijak membahagikan waktu pengajaran agar pelajar mencapai objektif dan silibus pelajaran dapat dihabiskan. Setiap sekolah semestinya mengadakan kelas tambahan terutamanya untuk pelajar yang mengambil peperiksaan penting. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar hadir ke kelas tambahan jadi tidak perlu ke pusat tuisyen lagi. Tambahan pula, pusat tuisyen dan sekolah menggunakan silibus yang sama cuma menggunakan pendekatan yang berbeza. 13
  • 15. KESIMPULAN Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai perkara untuk memartabatkan profession perguruan. Antaranya memberi pengiktirafan kepada Institut Perguruan Sultan Idris dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1 Mei 1997. Profession perguruan adalah merupakan profesion yang sangat mulia kerana merekalah yang membawa kunci kepada keberhasilan sistem pendidikan negara kita. Jasa dan sumbangan yang diberikan pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profession ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita hari ini. BIBLIOGRAFI Ibrahim bin Ahmad, (2003) Profession Keguruan Pilihan Terakhir: Suatu Tinjauan, hlm 546- 552 Suharne Zainudin (2012) Pusat Tuisyen ‘hidup’ kerana Guru tidak Berkualiti?, Sinar Harian, 13 Mac Keberkesanan Penggunaan Kaedah Inkuiri penemuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam tajuk ‘Pengembangan haba’ Tingkatan Satu diambil pada 6 April 2012 http://dotkaji.tripod.com/propose2.html Professional Teaching Standard (2005) diambil pada 2 April 2012 http://www.nswteachers.nsw.edu.au/Main-Professional-Teaching-Standards/ Standard Guru Malaysia (1999) diambil pada 2 April 2012 http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/ 14