SlideShare a Scribd company logo
1 of 71
Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan
bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman
yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka
bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga
kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada
penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau
ringkasnya ASAS 50 dan telah ditubuhkan di Singapura.
Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis
MelayuSingapura dan sebahagian besarnya merupakan
penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu
yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan
penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti
mereka.
Antara tokoh penting ASAS 50 ialah Kamaluddin
Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat
Waran (lihat Rajah 3.2), Masuri S. N., Mohd. Arif
Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau
Awamil, Sarkam, Asraf dan Hamzah.
Secara umumnya tujuan penubuhan ASAS 50 ialah:
(a) Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera
Melayu;
(b) Melindungi hak hak dan kepentingan para penulis
dan para pengarang; dan
(c) Mengadakan pembaharuan dalam sastera.
Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa
dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah
kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan
fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, '"Seni Untuk
Masyarakat" atau Seni Untuk Rakyat", Dengan berpegang
kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu
bentuk bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya,
tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat.
Oleh itu, banyak cerpen atau sajak yang mereka hasilkan
mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela
kaum buruh, petani dan nelayan. Meskipun terdapat
kelemahan dan tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah
berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera
zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50
juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan
Melayu moden, iaitu selepas Perang Dunia Kedua.
Pada zaman ini, asas perjuangan badan ini ialah
mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan
serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui
saluran politik. Kewujudan bahasa Melayu pada era ini lebih
kepada perjuangan
menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara
melalui kuasa politik. Bentuk bahasa ini belum dipiawaikan
dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik.
Dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh
tatabahasa Za'ba dan sistem ejaan yang digunakan ialah
Ejaan Za’ba dan Ejaan Kongres ( 1956-1957 ). Tema Angkatan
ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan
perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep "Seni
Untuk Masyarakat“ dan "Seni Untuk Seni” tetapi konsep
"Seni Untuk Masyarakat" lebih menonjol kerana
sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri
daripada wartawan dan berkhidmat di Utusan Melayu,
Berita Harian dan juga beberapa majalah. Perjuangan
mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan
cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam
media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi
sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan
mengangkat darjat bawahan seperti orang kampung
dengan tema-tema cerita tertentu. Perjuangan pada
ketika itu menuntut kemerdekaan dengan
menggunakan bahasa dan sastera.
Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa
Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang
diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai
Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951.
Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada
1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan
ialah menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang
untuk memajukan bahasa Melayu. Pertemuan ini telah
digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan
kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
(KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh
kerajaan pada 26 April 1951. Mengikut Fasal 2 dalam
Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya adalah
untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu) ;
(a) Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya,
mempertinggi dan menghidupkan bahasa Melayu
supaya menjadi bahasa yang hidup:
(b) Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu
dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang
difikirkan munasabah oleh Lembaga ;
(e) Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut
kehendak peredaran zaman ;
(d) Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah dan
seumpamanya; dan
(e) Bekerjasama dengan badan-badan yang sama
tujuannya dengan Lembaga.
Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan
untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. Berita
Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan
kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat
keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau
mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan bahasa
Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur
buku-buku tatabahasa bahasa Melayu. Minat dalam
kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Buku-buku
yang digunakan untuk pelajaran bahasa Melayu pada tahun
1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro
Terjemahan Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di
Tanjung Malim. Antaranya ialah llmu Mengarang Melayu
"dan Pelita Bahasa Melayu" tulisan Za'ba.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan
pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura
memutuskan asas perjuangan
adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang
berikut (Ensiklopedia Kebudayaan
Melayu) ;
(a) Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan
untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan
Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo
Utara. Kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan
muktamad yang sama atas sebarang hal tentang
kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela
hak pengarang, sasterawan dan ahli bahasa Melayu ;
(b) Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila
masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan aau
beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu;
dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan
kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia
Kongres yang akan menyediakan tempat dan
persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-
pertubuhan lain ke kongres tersebut; dan
(c) Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi
kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan
muktamad yang diambil kongres.
Pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah
berusaha melaksanakan keputusan keputusan yang
diambil kongres untuk memajukan bahasa dan
persuratan Melayu. Sebarang keputusan kongres
hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres. Segala
keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang
terbanyak dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai
satu undi sahaja.
Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan
Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu
pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat
kemudiannya kelak.
Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang
diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King
George, Seremban mengusulkan rapat besar bagi ahli
persuratan Melayu dengan Indonesia. la mendesak
penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis
Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis
Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan
pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat.
Kongres ini menganjurkan satu rupa hadiah bagi
karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-
bahagiannya tiap-tiap tahun. la menyusun sebuah
kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi. Pengambilan
juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam
bahasa Melayu dan wakil daripada Kongres Persuratan
Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem mestilah
dilantik.
Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan
memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi
untuk bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50
mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila
mereka mengemukakan memorandum kepada
Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah
hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan
pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan
Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan
dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan
persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia
Kebudayaan Melayu). Dalam kongres ini telah
diputuskan bahawa Dewan bahasa dan Pustaka (DBP)
hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal
ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat
asal-usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong
kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu
kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan
mengumpulkan semula serta menghalusi hasil
kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres
tersebut juga telah membincangkan cara
mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi
persekolahan dan pendidikan.
Pada 22 Jun 1956, ketika perjuangan dan semangat
kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan,
Dewan Bahasa dan Pustaka (lihat Rajah 3.3) telah
ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan
Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor
(Penubuhan Balai Pustaka, 2008).
Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan
langkah pertama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun
setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan dan apabila bahasa Melayu disytiharkan
dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka,
maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke
Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad
Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf
daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun
melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 yang memberikan
autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun
rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera
yang lebih mantap. Antara matlamat Dewan Bahasa dan
Pustaka adalah seperti berikut :
(a) Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan ;
(b) Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa
kebangsaan ;
(c) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha
percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-
risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa lain; dan
(d) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan
menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan.
Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan
Wisma Putra. Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka
merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam
menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam
bahasa Malaysia bagi negara ini.
Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-
sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi
Penang Free School (1819), iaitu sekolah Melayu di Gelugur
dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum
tahun 1956 kedudukan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan tidak begitu diutamakan. Pendidikan untuk
bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan
agama. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama
Islam dan membaca al-Quran. Gagasan menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
dikemukakan dalam Laporan Razak 1956. Pada bulan
September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan
taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang
dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali
sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak
penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum merdeka
yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
Penyata Razak merupakan hasil daripada kajian
Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan
September 1955 yang dipengerusikan oleh Y. B. Menteri
Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14 April
1956, jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya
dan menyediakan laporannya sebagai Penyata
Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Penyata Jawatankuasa
Pelajaran, 1956).
Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk
menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan
tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi
semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah
mengemukakan perkara-perkara yang berikut :
(a) Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah
dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi
oleh kerajaan di semua sekolah ;
(b) Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang
mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil
pelajaran kebangsaan; dan
(c) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah
diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.
Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31
Ogus 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
melalui peruntukan undang-undang yang
terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang
menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa
Melayu :
(a) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen.
dengan syarat bahawa :
(i) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan darinada
menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada
maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-
apa bahasa lain; dan
(ii) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak
Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan
Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan
dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam
Persekutuan.
(b) Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada
itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa
Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen,
dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri dan bagi segala
maksud rasmi yang lain.
(c) Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas
daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh
Parlimen, naskhah yang sahih:
(i) Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak
dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya
yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Maijlis
Parlimen; dan
(ii) Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil
yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah
dalam bahasa Inggeris.
(d) Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas daripada itu sehingga selainnya
diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam
Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi
hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan
syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-
dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam
bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu
diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah
bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan
terhadap kedudukan bahasa Melayu. Sejak tahun
1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemederkaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya
Reid. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu bahasa
Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di
negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk
49.78%, manakala kaum Cina merupakan 37.1% dan
kaum India 11.0% (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu).
Faktor kedua, ialah bahasa Melayu merupakan bahasa
yang bersifat pribumi bagi negara ini.
Oleh itu, bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri
penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan
bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian
lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah
bagi komunikasi umum. Akhir sekali ialah bahasa
Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di
negeri Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah
oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam
semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan
dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan
bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi
undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui
perlembagaan dan akta.
Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan
Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata
Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk
mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang dapat
diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi
kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah
satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini
dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa
dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di
negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.).
Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah
dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal
berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada
dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis
Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini
dinamakan Laporan Razak 1956.
Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan
yang dimainkan oleh DBP. Pada tahun 1959, DBP
berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada
badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pemberian autonomi ini membolehkannya menggubal
dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta
tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya
yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan
pengembangan
bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak
pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan
penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif
menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion
penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup.
Matlamat utamanya ialah membina dan
mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan
dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DB.
Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan
mempunyai rakyat yang berbilang kaum, satu orientasi
baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan. DBP melancarkan gerakan psikologi
melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan
penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan
bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di
seluruh negara pada tiap-tiap tahun selama tujuh tahun
dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa
Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di
seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari,
1961.
Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa
pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin
Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan
rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk:
(a) Menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan
bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-
hari ;
(b) Menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai
bangsa yang merdeka menggunakan bahasa
kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat
daripada segala keturunan sebagai bahasa
perantaraan ;
(c) Menyakinkan orang yang masih raguragu bahawa bahasa
kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di
sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan;
(d) Memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan
kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah
mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang;
dan
(e) Menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan
kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima
segala perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan
dengan keadaan bahasa itu sendiri.
Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun
yang lalu dan terus berjalan hingga sekarang, dan
hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa
Dewan bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas
besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini
sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak
untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan
perkembangannya dalam segala lapangan.
Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini
dijalankan dalam dua bentuk (Mahfudz bin Abdul
Hamid, 1960):
(a) Acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala
lapangan; dan
(b) Melalui peraduan-peraduan untuk menimbulkan
keinginan menyertai dalam penggunaan dan
perkembangan bahasa itu.
Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi
kepada peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah,
peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.
Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai bagai acara
penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat
cogan kata, kain cogan kata, iklan dan filem serta ucapan
oleh pembesar dan pakar dan juga pengguna bahasa
kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu.
Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduan syarahan
yang dimulakan pada peringkat daerah dan
berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah yang
menang dalam bahagian yang tertentu bertanding untuk
mencapai gelaran johan pensyarah bahasa
kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu Di peringkat negeri
pula diadakan peraduan bahas, peraduan melukis poster,
peraduan mengarang rencana dan sebagainya.
Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa
Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu
Jawatankuasa Kerja husat yang dilantik oleh persidangan
Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kementerian dan
jahatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu
Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di
peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan
Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan
rancangan di tiap-tiap negeri.
Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa
Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh
pihak yang meliputi kementerian, jabatan kerajaan
mahupun separuh kerajaan, institusi pengajian tinggi
dan sekolah-sekolah, akhbar, syarikat swasta,
pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan
secara langsung atau tidak langsung, bahkan kepada
tiap-tiap rakvat dan kumpulan rakyat dengan
mengadakan rancangan jsenyambutan dan perayaan
yang sesuai dengan tujuan mengadakan Mingsu Bahasa
Kebangsaan.
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan
sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur Suninar anjuran Dewan
bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan
Univensiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri Tun Haji Asful Rasak hin Dato’ Hussein.
Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar
yang berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas
kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari
seluruh tanah air. Antara perkara yang dibahaskan
dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa
dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku
sekolah. Ini mencakupi masalah sastera, perpustakaan
juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan
Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah
pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera Ke
Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan
Kebangsaan, 2008).
Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus
dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa
Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan.
Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta
bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula
dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini
kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta
Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai
1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963
(Pindaan 1967).
Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai
satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai
untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia telah
dicapai. Rundingan mengenai persetujuan system ejaan
bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh
Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang
dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail
(Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team
Ahli Bahasa KOTI ( Komando Tertinggi Indonesia) yang
diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.
Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan
dengan lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta
ramah-tamah. Dalam rundingan itu tanggapan semua
tanggapan semua pihak telah dibahas bersama secara ilmiah
dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya
kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat
kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat
serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak
telah mencapai impulan dan persefahaman bahawa
perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal
yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah
dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah
dicapai mengenai ubungan antara bahasa Indonesia dan
bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua
saluran, baik pertuturan mahupun tulisan. Kesemuanya ini
dalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara
rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya
keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua
belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan
Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya
bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya
daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen-
kempen memberikan penerargan mengenai Ejaan
Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui
akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui
majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia
(Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).
Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal
dalam semua urusan rasmi negara menggantikan
tempat bahasa
Inggeris. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang
tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini
adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah
meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan
dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac
1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja
yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda
mensifatkan pendaulatan bahasa kebangsean sebagai
bahasa tunggal merupakan permulaan suatu zaman
baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini.
Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna
dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh-
sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.
YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia
pertama pula dalam satu kenyataannya telah
menegaskan bahawa pendaulatan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan
Malaysia lengkap apabila
penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh
rakyat. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tungcal di sekolah-
sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui
Penyata Razak 1956 dan disokong kuat
oleh Penyata Rahman Talib 1960.
Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan
penggunaan bahasa kebangsaan ini telah dijalankan dengan
lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan bahasa
kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan
buku-buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu.
Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu pada hari
yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan
surat Pekeliling Am No 12 Tahun 1967 yang mengarahkan
bahawa daripada tarikh itu, bahasa kehangsaan, iaitu bahasa
Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud
rasmi dalam pentadbiran sehari hari yang dijalankan oleh
kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan,
Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan
Badan-Badan berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu
kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di
mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang
telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
likalau bahasa kebangsaan tidak dapat digunakan
sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan pengsunaan
bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4
akta tersebut.
Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan
pengukuhan taraf dan korpus bahasa Melayu sebagai bahasa
pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan intelektual
dan budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan
teknologi. Perbincangan tentang perkara ini akan
dilanjutkan dalam Topik 4
(Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu) dan Topik 5
(Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu).
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di
Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Di sekolah
menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya
diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau
bagaimanapun, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan
sejak tahun 1900. Siri buku tulisan Za'ba dalam bentuk tiga
jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu
digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang
berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman
pascamerdeka (1957-1970) dan zaman dasar ekonomi baru
(1971-1990).
Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)
Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk
mewujudkan satu system persekolahan. Beberapa
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan
berikut:
 Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki
keadaan pendidikan kaum Melayu;
 Laporan Fenn-Wu 1951 - menyemak pendidikan kaum
Cina;
 Ordinan Pelajaran 1952 - mengesyorkan sekolah
kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan
kebangsaan; dan
 Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi
perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk
perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan
untuk semua, bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,
sukatan pelajaran dan sisternm peperiksaan yang
sama bagi semua sekolah.
(a) Laporan Barnes 1951
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan
dipengerusikan oleh L. J. Barnes, Pengarah Latihan
Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa
ini termasuklah;
(i) Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di
sekolah vernakular dan meningkatkan taraf
pencapaian dalam bahasa Inggeris;
(ii) Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan
pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan
mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih
bersesuaian; dan
(iii) Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk
membaiki pentadbiran, sama ada dengan
menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau
badan tempatan dengan fungsi yang sama.
Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah
kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu
daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa
pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan
sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah
menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk
perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang
boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran,
menggalak, merangsang. dan membolehkan komuniti
Melayu mencapai kedudukannya dalam
perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam
masyarakat majmuk dan membantu pembinaan
kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu
yang merangkumi semua kaum. Laporan Barmes
tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat
Cina yang menentang pembubaran pendidikan
vernakular Cina. Ini membawa kepada
pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan
Fenn-Wu.
(b) Laporan Fenn-Wu 1951
Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang
pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak
puas hati terhadap laporan Barnes Laporan ini
mencadangkan agar usaha merapatkan jurang
perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem
persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan
yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar
manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu
dikatakan memperkecil keupayaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap
bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan
pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan
tentang bahasa tersebut melalui pengalaman
pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan
bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu
jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari
penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.
(c) Ordinan Pelajaran 1952
Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali
juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata ini
telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem
pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran
1952 adalah:
(i) Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan,
kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap
individu;
(ii) Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum
menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di
negara ini; dan
(ii) Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di
seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.
Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini, satu
dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat
dalam penyata, iaitu:
(i) Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan
yang mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata
pelajaran bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib
dan sekolah aliran Melayu dengan bahasa Inggeris dijadikan
sebagai bahasa kedua;
(ii) Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan
bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika
terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah
mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing; dan
(ii) Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama enam
tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang
berumur dari enam tahun hingga 12 tahun. Murid-murid
yang tamat di peringkat sekolah
rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan
dan kelayakan masing-masing.
Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952,
Datuk E. E. C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran
itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan
negara serta menggambarkan sistem pendidikan "veacular"
moden dan membentuk kurikulum pelajaran
mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata
Pelajaran 195, 2008).
(d) Laporan Razak 1956
Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato'
Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap
'engerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan
cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh
Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan
Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang
membawa perubahan yang, besar kepada dasar pelajaran
bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan
itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):
(i) Sekolah-sekolah Rendah dengan bahana Melayu
sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping
memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang
menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk
terus maju; dan
(ii) Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi
semua sekolah, juga untak menyusun semula sistem
pengajaran di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh
mengenai kedudukan guru-guru dan nazir-nazir
sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan
Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan
dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah
Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai bahasa Melayu pula
Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu bahasa
Melayu dikirakan sebagain syarat bagi menerima
bantuan di semua sekolah dan bahasa Melayu
hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu institut
bahasa Melayu
hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih
guru-guru bahasa Melayu dan menjalankan
penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah
Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan
menjamin kelicinan
pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah
Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya
diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang
bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk
memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu
pelajaran sekolah. Jawatankuasa ini juga mencadangkan
supaya mengadakan system peperiksaan yang
dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid
di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran
menengah lanjutan dan mengatur semula serta
memajukan pelajaran teknik.
Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah
mendesak supaya semua sekolah menukar sikap
kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan
mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua
sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi
memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan
memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu
di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini
menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan
tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan
yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu
dan sebuah negara
yang aman damai.
 Zaman Pascamerdeka (1957-1970)
Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk
mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan
Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang
mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa
Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh
Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang
sama untuk semua pelajar.
 Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini
Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib,
Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan
Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik
Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota
jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka ialah :
1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi,
2) Menteri Kehakiman,
3) Tun Leong Yew Koh,
4) Menteri Perdagangan dan Perusahaan,
5) Encik Mohd. Khir Johari,
6) Penolong Menteri Pelajaran,
7) Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan,
8) Penolong Menteri Buruh,
9) Encik V. Manickavasagam,
10) Senator Koh Kim Leong,
11) Encik Mohd. Dahari Ali,
12) Ketua Menteri Pulau Pinang,
13) Datuk Wong Pow Nee dan
14) Encik Abdul Ghani bin Ishak.
Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah :
1) untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah
diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb
Mei, 1956;
2) mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan
Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan
pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan
3) mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini akan
dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang
akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran
termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Orang ramai,
badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan
untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran
kepada jawatankuasa pengkaji itu.
Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan
diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina,
Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah
persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya
bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa
pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah
kerajaan. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan
peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan
menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus
(Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata
pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk
memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran
Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963
apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu
diajar dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian
pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
Penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua
pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan
pendidikan universal selama sembilan tahun apabila
peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah
dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan
pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar
penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus
meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun
secara berperingkat mulai tahun 1992 (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006).
Bahasa Melayu Moden
 KONSEP DAN DEFINISI
Pemodenan bahasa mempunyai pengertian yang khusus bagi
menilai perkembangan sesuatu bahasa. Sukar untuk
ditentukan garis pemisah antara moden dan tradisi dalam
perkembangan bahasa Melayu. Pemodenan ialah proses
menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju
sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan
masyarakat dunia bahasa-bahasa yang kian saling
menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi
bentuk-bentuk moden dalam wacana (Ferguson,1968:32
dipetik daripada Ismail Dahaman 2007). Pemodenan bahasa
dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata
bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang
ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah.
Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan bahasa
Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang
mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus,
struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.
Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan
komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara
pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa.
Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat,
objektif, dan strategi untuk mengubah cara penggunaan
bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti. Hal ini
melibatkan perekasayaan sosial penggunaan bahasa bagi
sesebuah negara. Perancangan bahasa merangkumi dua
komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan
perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan
peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan
bangsa (Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi
merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah
negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat
kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan
peningkatan penggunaan satu bahasa dalam
pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan
bersungguhsungguh oleh individu, kumpulan, atau
organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau
pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi.
Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan
dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan
perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau
penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan
dalam sesuatu bahasa.
 Dari segi sistem pendidikan, perancangan bahasa yang
meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah
menggalakkan pelajar, pengajar, guru dan pensyarah,
penggubal kurikulum, penyedia soalan peperiksaan, dan
pentadbiran menuntut kegiatan peristilahan bahasa
Melayu dipacu dengan lebih laju. Ini memperlihatkan
proses pemodenan bahasa Melayu berlaku secara
terancang, iaitu melalui perancangan bahasa. Pelaksanaan
dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan
hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi
menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa
Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama
institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul,
membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu
dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini
menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu
berkembang dengan cepat sekali.
 Globalisasi menyaksikan perkembangan ilmu tanpa sempadan
yang boleh diterokai oleh mana-mana pihak yang berminat
untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Hal ini juga memperlihatkan keutamaan diberikan kepada
bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu antarabangsa di samping
beberapa bahasa utama lain seperti Perancis, Jerman, Mandarin
dan sebagainya. Aspek ini amat berkait rapat dengan
perancangan bahasa, khususnya bagi negara-negara
membangun seperti Malaysia yang sedang berusaha untuk
mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sosial. Bahasa
Melayu, sama ada dalam penggunaan umum ataupun
penggunaan bidang khusus, merupakan wahana penting dalam
pengembangan ilmu pengetahuan. Perancangan bahasa juga
merupakan fenomena yang berlaku dalam bahasa untuk tujuan
umum (BUTU) dan juga bahasa untuk tujuan khusus (BUTK).
Asas bagi perancangan bahasa bagi bidang khusus ini adalah
untuk membolehkan komunikasi profesional berlangsung
dalam bahasa Melayu.
 Perancangan bahasa adalah satu proses yang berterusan
dan mengambil jangka masa yang agak panjang.
Perancangan bahasa oleh mana-mana negara memerlukan
pembentukan satu dasar oleh pemerintah. Noss (1971)
melihat hal ini dari sudut perancangan dasar bahasa yang
terbahagi kepada tiga, iaitu dasar bahasa rasmi, dasar
bahasa pendidikan, dan dasar bahasa am. Dasar bahasa
rasmi ialah dasar yang dikeluarkan oleh pemerintah yang
menentukan bahasa yang seharusnya digunakan dalam
mencapai matlamat tertentu. Dasar bahasa pendidikan
ialah dasar bahasa yang dipegang dalam menggunakan
bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa
am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh
kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam
perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan
dengan orang-orang, badan-badan atau negara-negara luar
 Dalam perkembangan perancangan bahasa, terdapat
beberapa istilah yang merujuk kepada usaha-usaha
untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan
pengembangan bahasa secara sedar. Antaranya :
(a) Perancangan bahasa (language planning),
(b) Perekasayaan bahasa (language engineering),
(c) Politik bahasa (glottopolitics and glossopolitics),
(d) Pengurusan bahasa (language management),
(e) Pemupukan bahasa (language cultivation),
(f) Perawatan bahasa (language treatment), dan
(g) Pembinaan bahasa (language development).

More Related Content

What's hot

BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Mok Ming yan
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.jimoh370
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Sumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon AhmadSumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon AhmadFasihah Aziz
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.jimoh370
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 

What's hot (20)

Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Sumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon AhmadSumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon Ahmad
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Jenis jenis pantun
Jenis jenis pantunJenis jenis pantun
Jenis jenis pantun
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 

Similar to 5 Bahasa Melayu Moden (1)

Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenHafizzudin Zainudin
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdekahisyamrani
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2NOORSADINA
 
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfPEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfNurSyhzn
 
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2MOHDFAIZALBINOTHMANM
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiabaibasir
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUnur fara
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 

Similar to 5 Bahasa Melayu Moden (1) (20)

Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
 
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfPEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
 
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysia
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 

More from ShirleyEu1

2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan fail2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan failShirleyEu1
 
3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerko3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerkoShirleyEu1
 
4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokol4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokolShirleyEu1
 
5 penilaian projek
5 penilaian projek5 penilaian projek
5 penilaian projekShirleyEu1
 
Kelab persatuan
Kelab persatuanKelab persatuan
Kelab persatuanShirleyEu1
 
M4 pengurusan masa
M4 pengurusan masaM4 pengurusan masa
M4 pengurusan masaShirleyEu1
 
Bahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di BeijingBahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di BeijingShirleyEu1
 
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)ShirleyEu1
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)ShirleyEu1
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)ShirleyEu1
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa Melayu1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa MelayuShirleyEu1
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbmShirleyEu1
 

More from ShirleyEu1 (14)

2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan fail2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan fail
 
3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerko3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerko
 
4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokol4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokol
 
5 penilaian projek
5 penilaian projek5 penilaian projek
5 penilaian projek
 
Kelab persatuan
Kelab persatuanKelab persatuan
Kelab persatuan
 
M4 pengurusan masa
M4 pengurusan masaM4 pengurusan masa
M4 pengurusan masa
 
Bahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di BeijingBahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di Beijing
 
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik
 
1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa Melayu1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa Melayu
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbm
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (15)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 

5 Bahasa Melayu Moden (1)

  • 1. Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 dan telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis MelayuSingapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.
  • 2. Antara tokoh penting ASAS 50 ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (lihat Rajah 3.2), Masuri S. N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil, Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya tujuan penubuhan ASAS 50 ialah: (a) Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu; (b) Melindungi hak hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; dan (c) Mengadakan pembaharuan dalam sastera.
  • 3. Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, '"Seni Untuk Masyarakat" atau Seni Untuk Rakyat", Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya, tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, banyak cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Meskipun terdapat kelemahan dan tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50 juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden, iaitu selepas Perang Dunia Kedua.
  • 4. Pada zaman ini, asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Bentuk bahasa ini belum dipiawaikan dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik. Dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa Za'ba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan Za’ba dan Ejaan Kongres ( 1956-1957 ). Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep "Seni Untuk Masyarakat“ dan "Seni Untuk Seni” tetapi konsep "Seni Untuk Masyarakat" lebih menonjol kerana
  • 5. sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan berkhidmat di Utusan Melayu, Berita Harian dan juga beberapa majalah. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera.
  • 6. Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan ialah menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu) ;
  • 7. (a) Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup: (b) Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga ; (e) Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman ; (d) Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah dan seumpamanya; dan (e) Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.
  • 8. Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan bahasa Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa bahasa Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya ialah llmu Mengarang Melayu "dan Pelita Bahasa Melayu" tulisan Za'ba.
  • 9. Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu) ; (a) Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. Kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli bahasa Melayu ;
  • 10. (b) Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan aau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu; dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan- pertubuhan lain ke kongres tersebut; dan (c) Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres.
  • 11. Pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu. Sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres. Segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja. Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.
  • 12. Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban mengusulkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia. la mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat. Kongres ini menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian- bahagiannya tiap-tiap tahun. la menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi. Pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu dan wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem mestilah dilantik.
  • 13. Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan
  • 14. dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu). Dalam kongres ini telah diputuskan bahawa Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal-usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.
  • 15. Pada 22 Jun 1956, ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan Bahasa dan Pustaka (lihat Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila bahasa Melayu disytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke
  • 16. Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut : (a) Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan ; (b) Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan ;
  • 17. (c) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah- risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dan (d) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra. Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.
  • 18. Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah- sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819), iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum tahun 1956 kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran. Gagasan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956. Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • 19. Penyata Razak merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y. B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14 April 1956, jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Penyata Jawatankuasa Pelajaran, 1956). Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid
  • 20. daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut : (a) Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah ; (b) Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan; dan
  • 21. (c) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan. Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogus 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu : (a) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. dengan syarat bahawa :
  • 22. (i) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan darinada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa- apa bahasa lain; dan (ii) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. (b) Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
  • 23. (c) Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih: (i) Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Maijlis Parlimen; dan (ii) Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
  • 24. (d) Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua- dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
  • 25. Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78%, manakala kaum Cina merupakan 37.1% dan kaum India 11.0% (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu). Faktor kedua, ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini.
  • 26. Oleh itu, bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhir sekali ialah bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.
  • 27. Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.).
  • 28. Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini dinamakan Laporan Razak 1956. Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh DBP. Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 29. Pemberian autonomi ini membolehkannya menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DB.
  • 30. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara pada tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961.
  • 31. Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk: (a) Menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari- hari ; (b) Menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan ;
  • 32. (c) Menyakinkan orang yang masih raguragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan; (d) Memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang; dan (e) Menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri.
  • 33. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang lalu dan terus berjalan hingga sekarang, dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan. Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk (Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960):
  • 34. (a) Acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan; dan (b) Melalui peraduan-peraduan untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai bagai acara penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat cogan kata, kain cogan kata, iklan dan filem serta ucapan oleh pembesar dan pakar dan juga pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu.
  • 35. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduan syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah yang menang dalam bahagian yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu Di peringkat negeri pula diadakan peraduan bahas, peraduan melukis poster, peraduan mengarang rencana dan sebagainya. Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja husat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kementerian dan jahatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri.
  • 36. Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian, jabatan kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah, akhbar, syarikat swasta, pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung, bahkan kepada tiap-tiap rakvat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancangan jsenyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan Mingsu Bahasa Kebangsaan. Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan
  • 37. sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Suninar anjuran Dewan bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Univensiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Haji Asful Rasak hin Dato’ Hussein. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah
  • 38. pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan, 2008). Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).
  • 39. Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan system ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI ( Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi. Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta ramah-tamah. Dalam rundingan itu tanggapan semua
  • 40. tanggapan semua pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai impulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai ubungan antara bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan. Kesemuanya ini dalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua
  • 41. belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen- kempen memberikan penerargan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008). Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan Bahasa
  • 42. Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat bahasa Inggeris. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan bahasa kebangsean sebagai bahasa tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini.
  • 43. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh- sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini. YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
  • 44. sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tungcal di sekolah- sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960. Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan bahasa kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, bahasa kehangsaan, iaitu bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran sehari hari yang dijalankan oleh
  • 45. kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. likalau bahasa kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan pengsunaan bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4 akta tersebut. Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan korpus bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan teknologi. Perbincangan tentang perkara ini akan dilanjutkan dalam Topik 4 (Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu) dan Topik 5 (Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu).
  • 46. BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900. Siri buku tulisan Za'ba dalam bentuk tiga jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970) dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).
  • 47. Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu system persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:  Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;  Laporan Fenn-Wu 1951 - menyemak pendidikan kaum Cina;  Ordinan Pelajaran 1952 - mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  • 48.  Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sisternm peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. (a) Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L. J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah;
  • 49. (i) Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam bahasa Inggeris; (ii) Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan (iii) Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.
  • 50. Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang. dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu
  • 51. yang merangkumi semua kaum. Laporan Barmes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu. (b) Laporan Fenn-Wu 1951 Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan
  • 52. yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.
  • 53. (c) Ordinan Pelajaran 1952 Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah: (i) Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu; (ii) Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini; dan
  • 54. (ii) Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum. Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini, satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu: (i) Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua; (ii) Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing; dan
  • 55. (ii) Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama enam tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari enam tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing. Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E. E. C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "veacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).
  • 56. (d) Laporan Razak 1956 Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap 'engerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang, besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008): (i) Sekolah-sekolah Rendah dengan bahana Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju; dan
  • 57. (ii) Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untak menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu. Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu bahasa Melayu dikirakan sebagain syarat bagi menerima
  • 58. bantuan di semua sekolah dan bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu institut bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan system peperiksaan yang
  • 59. dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik. Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu
  • 60. di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.  Zaman Pascamerdeka (1957-1970) Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
  • 61.  Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka ialah : 1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi, 2) Menteri Kehakiman, 3) Tun Leong Yew Koh, 4) Menteri Perdagangan dan Perusahaan, 5) Encik Mohd. Khir Johari, 6) Penolong Menteri Pelajaran, 7) Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan, 8) Penolong Menteri Buruh, 9) Encik V. Manickavasagam, 10) Senator Koh Kim Leong, 11) Encik Mohd. Dahari Ali, 12) Ketua Menteri Pulau Pinang, 13) Datuk Wong Pow Nee dan 14) Encik Abdul Ghani bin Ishak.
  • 62. Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah : 1) untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956; 2) mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan 3) mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.
  • 63. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
  • 64. Penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992 (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006).
  • 65. Bahasa Melayu Moden  KONSEP DAN DEFINISI Pemodenan bahasa mempunyai pengertian yang khusus bagi menilai perkembangan sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara moden dan tradisi dalam perkembangan bahasa Melayu. Pemodenan ialah proses menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan masyarakat dunia bahasa-bahasa yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi bentuk-bentuk moden dalam wacana (Ferguson,1968:32 dipetik daripada Ismail Dahaman 2007). Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan bahasa
  • 66. Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks. Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa. Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti. Hal ini melibatkan perekasayaan sosial penggunaan bahasa bagi sesebuah negara. Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf mementingkan
  • 67. peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguhsungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.
  • 68.  Dari segi sistem pendidikan, perancangan bahasa yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah menggalakkan pelajar, pengajar, guru dan pensyarah, penggubal kurikulum, penyedia soalan peperiksaan, dan pentadbiran menuntut kegiatan peristilahan bahasa Melayu dipacu dengan lebih laju. Ini memperlihatkan proses pemodenan bahasa Melayu berlaku secara terancang, iaitu melalui perancangan bahasa. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.
  • 69.  Globalisasi menyaksikan perkembangan ilmu tanpa sempadan yang boleh diterokai oleh mana-mana pihak yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hal ini juga memperlihatkan keutamaan diberikan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu antarabangsa di samping beberapa bahasa utama lain seperti Perancis, Jerman, Mandarin dan sebagainya. Aspek ini amat berkait rapat dengan perancangan bahasa, khususnya bagi negara-negara membangun seperti Malaysia yang sedang berusaha untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sosial. Bahasa Melayu, sama ada dalam penggunaan umum ataupun penggunaan bidang khusus, merupakan wahana penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan. Perancangan bahasa juga merupakan fenomena yang berlaku dalam bahasa untuk tujuan umum (BUTU) dan juga bahasa untuk tujuan khusus (BUTK). Asas bagi perancangan bahasa bagi bidang khusus ini adalah untuk membolehkan komunikasi profesional berlangsung dalam bahasa Melayu.
  • 70.  Perancangan bahasa adalah satu proses yang berterusan dan mengambil jangka masa yang agak panjang. Perancangan bahasa oleh mana-mana negara memerlukan pembentukan satu dasar oleh pemerintah. Noss (1971) melihat hal ini dari sudut perancangan dasar bahasa yang terbahagi kepada tiga, iaitu dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa am. Dasar bahasa rasmi ialah dasar yang dikeluarkan oleh pemerintah yang menentukan bahasa yang seharusnya digunakan dalam mencapai matlamat tertentu. Dasar bahasa pendidikan ialah dasar bahasa yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang, badan-badan atau negara-negara luar
  • 71.  Dalam perkembangan perancangan bahasa, terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar. Antaranya : (a) Perancangan bahasa (language planning), (b) Perekasayaan bahasa (language engineering), (c) Politik bahasa (glottopolitics and glossopolitics), (d) Pengurusan bahasa (language management), (e) Pemupukan bahasa (language cultivation), (f) Perawatan bahasa (language treatment), dan (g) Pembinaan bahasa (language development).