SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
TEMA : Saya anak Malaysia

TAJUK : Bahasa Kita


Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi
perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap
kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat
mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa
kebangsaan.

Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa
Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi
bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem
pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa
kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian.
Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah
negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula
kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana
beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya
mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa
rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam
urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk
itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970.
Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah
kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-
peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di
sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan
mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira
kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.
LATAR BELAKANG

       BAHASA MALAYSIA
Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Bahasa Malaysia untuk rujukan dan manfaat
bersama. Mana-mana pihak, khususnya editor tertentu di Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) yang menuduh istilah "Bahasa Malaysia" sebagai TIDAK WUJUD amat wajar
membaca maklumat ini serta melakukan "pembetulan diri".
Bahasa Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu. Ia
telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak abad ke-7. Terdapat lebih 200 bahasa di
Kepulauan Melayu pada waktu itu. Namun, penggunaan Bahasa Melayu pada waktu itu
amat meluas kerana mudah dipertuturkan. Maka ia menjadi lingua franca.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan
digubal, istilah "Malaysia" belum wujud. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran
Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia.
Malangnya masih ada pihak yang tidak menyedari - atau cuba menafikan - hakikat ini.
Pada tahun 1961, Perdana Menteri Tanah Malaya, Tunku Abdul Rahman mencadangkan
pembentukan “Malaysia” – dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963.
Pilihan raya 1969 menyaksikan pihak Perikatan [Barisan Nasional] menghadapinya
dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu.Bagaimanapun, rakyat Bukan
Melayu pula ternyata kurang senang dengan kedudukan bahasa Melayu. Pada tahun
1957, Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10
tahun - sehingga 1967. Jadi, kini, timbul soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
bagi Bangsa Malaysia.
Pilihan raya pada 12 Mei 1969 ternyata penuh emosi. Kedudukan politik dan
bahasa/budaya Bukan Melayu menjadi topik hangat dalam kempen. Malah, rakyat Bukan
Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkenaan.
Natijahnya, undi bagi Perikatan susut 10% dan Perikatan menghadapi masalah
mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.
Penyokong Gerakan dan DAP meraikan "kemenangan" mereka dengan mengadakan
'pesta' di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan 'pesta'
yang sama. maka tercetuslah Krisis 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu-
padu, harmoni dan saling memahami. Ramai terkorban - terutama kaum Cina.
Darurat diisytihar, perlembagaan digantung, parlimen dibubar, pilihan raya di Sabah &
Sarawak ditangguh, pemerintahan pusat dilaksanakan. Itulah antara langkah segera yang
diambil kerajaan pada waktu itu.
Krisis 13 Mei 1969 ternyata membawa perubahan drastik pada polisi
kerajaan/pemerintah. Perpaduan nasional – tolerensi – hapus jurang perkauman dan
seumpamanya menjadi agenda utama rakyat dan kerajaan. Semua pihak sedar bahawa
perbezaan sosial dan ekonomi memang wujud di kalangan rakyat dan menjadi masalah
utama rakyat Malaysia.
Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga diperkenalkan. Dasar Pelajaran
Kebangsaan pula dilaksanakan pada 1970 di mana istilah “Bahasa Malaysia”
diperkenalkan di sekolah dan dalam segala urusan rasmi. Minggu Bahasa dan Bulan
Bahasa diadakan dengan cogan kata "Bahasa Jiwa Bangsa" - di mana pasti sahaja
"Bahasa&quoot; merujuk pada "Bahasa Malaysia" dan "Bangsa" merujuk pada "Bangsa
Malaysia". Masakan pula cogan kata "Bahasa Jiwa Bangsa" ini membawa makna
"Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu"!
Pada September 1970, Tunku Abdul Rahman diganti Tun Abdul Razak sebagai Perdana
Menteri Malaysia. Polisi Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
dilaksanakan, antara lain, bagi mempercepatkan usaha murni kerajaan dan rakyat
malaysia menjadikan Bahasa Malaysia bahasa pengantar di sekolah.
Kempen “Cintai Bahasa Kita”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bahasa Menunjukkan Bangsa”
dan yang seumpamanya dipergiat oleh kerajaan, badan-badan tertentu serta agensi
kerajaan dan swasta.
Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di mahkamah. Memang agak pelik
jika kita berpeluang mendengar perbicaraan kes di mahkamah menggunakan Bahasa
Malaysia tetapi adalah satu kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
rasmi dan bahasa pengantar utama.
Generasi yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an terbukti fasih dan menganggap
Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik bersama setiap rakyat Malaysia. Mereka sedar
bahawa Bahasa Malaysia bukan milik kaum Melayu sahaja. Kaum Bukan Melayu di
Malaysia mampu berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dan lancar.
Ironinya, sekumpulan kaum Melayu pula lebih suka menggunakan Bahasa Malaysia yang
tidak betul. Misalnya: “Husband I drebar mini bas” di mana frasa ini bukan Bahasa
Inggeris dan bukan juga Bahasa Malaysia!
Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, istilah "Bahasa Malaysia" yang
diperkenalkan pada tahun 1970 berikutan Krisis 13 Mei 1969 terbukti sudah berjaya
membina “Bangsa Malaysia” sebagaimana yang diimpikan.
Pembinaan "Bangsa Malaysia" bermula dengan "Bahasa Malaysia", demikian saya
tegaskan pada Forum Bahasa Kebangsaan & Bangsa Malaysia di Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) pada 8 Jun 2002.
Kini terdapat ramai penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya sastera Bahasa
Malaysia. Golongan penulis/sasterawan ini mempunyai bakat penulisan dan menguasai
Bahasa Malaysia. Mereka juga berjiwa Malaysia. Jadi, lahirlah karya sastera berjiwa
Malaysia yang menampilkan citra budaya masyarakat pelbagai kaum - dalam Bahasa
Malaysia yang bermutu. MMaka penulis pelbagai kaum, sastera dan bahasa mula
seiring memupuk semangat dan jiwa "Bangsa Malaysia" di kalangan rakyat negara ini.
Surat Berita - K a v y a - Newsletter
              Lebih banyak maklumat penulis kaum India Malaysia!

Walau bagaimanapun, pada 1999, tiba-tiba sahaja mula ada usaha menafikan kewujudan
dan kesahihan istilah “Bahasa Malaysia” – dan kononnya hanya istilah “Bahasa Melayu”
sah digunakan di negara ini. Isu ini dimulakan oleh seorang editor di Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).
Penerbit terbabit menafikan kewujudan serta kesahihan istilah "Bahasa Malaysia" tetapi
tetap terus menerbitkan buku-buku "Bahasa Malaysia Tahun Satu-Tingkatan Lima" untuk
kegunaan sekolah kerajaan. Apakah makna semua ini? ... hipokrit? – takut bayang? – anti
polisi kerajaan? – anti semangat kebangsaan? – anti perpaduan? – anti kaum tertentu?
Baca mengenai isu ini di SINI.
Walau apa sekalipun tindakan pihak tertentu sejak tahun 1999, Bahasa Malaysia sudah
terbukti dapat membina Bangsa Malaysia. Tapi kalau kewujudan istilah “Bahasa
Malaysia” terus dinafikan, nescaya Konflik 13 Mei 1969 akan berulang – dan golongan
berjiwa Malaysia seperti saya dan para sasterawan tidak akan dapat berbuat apa-apa
untuk mengembalikan semangat kebangsaan dan perpaduan nasional kerana istilah
“Bahasa Malaysia” dikatakan tidak wujud dan tidak sah digunakan.
Sejak tahun 1970, “Bahasa Malaysia” berjaya membuka laluan ke arah perpaduan
nasional tetapi “Bahasa Malaysia” tidak akan dapat meneruskan usaha itu selagi
kewujudan istilah “Bahasa Malaysia” dinafikan.
Apakah istilah yang sesuai digunakan apabila merujuk pada bahasa kebangsaan negara
Malaysia: "Bahasa Malaysia" atau "Bahasa Melayu"? Baca pendapat orang ramai di
SINI.



FUNGSI BAHASA MALAYSIA
Bahasa Kebangsaan – melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan.
Bahasa Jiwa Bangsa. Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa.
Bahasa Rasmi – dalam komunikasi dan acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi,
pentadbiran, minit mesyuarat, memo dll.
Bahasa Perpaduan – perpaduan antara kaum/keturunan, perpaduan politik.
Bahasa Ilmu – dalam bidang ilmu, sains, teknologi, komputer, saintifik, ilmiah.
Menjadikan Bahasa Malaysia setaraf Bahasa Inggeris; antarabangsa.
Bahasa Pendidikan – bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, universiti, kolej.
BAHASA MALAYSIA FORMAL
Bahasa formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi formal. Juga
disebut bahasa baku. Bahasa formal adalah bahasa yang telah diterima untuk digunakan
dalam situasi rasmi seperti perundangan, surat rasmi, majlis rasmi, sekolah, berita, akhbar
dan media massa. Walaupun terdapat banyak dialek bahasa di Malaysia, hanya satu
bentuk bahasa formal; iaitu bahasa kebangsaan/bahasa rasmi – Bahasa Malaysia.



BAHASA MALAYSIA TIDAK FORMAL
Bahasa tidak formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi yang tidak
formal. Contohnya bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian bersama rakan-
rakan dan ahli keluarga atau rakan-rakan sekerja. Disebut juga bahasa tak baku atau
bahasa umum. Termasuk juga dialek negeri-negeri serta bahasa daerah.


Kedudukan dan taraf Bahasa Kebangsaan terkandung dalam:
a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
b) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
c) Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)

Asas                                   Kemahiran                                          Berkomunikasi
Date:           Saturday,           August       28               @            00:00:00           MYT
Topic:                                                                                         Pendidik

Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan yang penting dalam kehidupan sehari-harian. Ini
kerana bahasa adalah salah satu perkara yang membezakan kita dengan haiwan. Selain itu, bahasa
mempunyai suatu sistem yang sistematis, dinamis dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan
zamannya.

Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan yang penting dalam kehidupan sehari-harian. Ini
kerana bahasa adalah salah satu perkara yang membezakan kita dengan haiwan. Selain itu, bahasa
mempunyai suatu sistem yang sistematis, dinamis dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan
zamannya. Halliday dalam bukunya bertajuk Explorations in the functions of language (1973) telah
mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antara fungsi itu ialah: Fungsi Instrumental Fungsi ini bermaksud
manusia menggunakan bahasa bagi melayani pengelolaan lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa
terjadi. Penggunaan kata-kata mengikut fungsi ini dapat menyempurnakan sesuatu kehendak sama ada
dengan cara memerintah ataupun meminta. Contohnya: Ayuh, kita bergerak sekarang! Jangan pijak rumput
itu! Dia mahu makan nasi. Fungsi Regulasi Fungsi bahasa di sini bertindak sebagai pengawas dan
mengendalikan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Fungsi regulasi bermaksud bahasa digunakan untuk
mengendalikan serta mengatur orang lain. Contoh: Kalau kamu mencuri, kamu pasti dihukum. Kenderaan
hendaklah diletakkan di petak yang disediakan. Jika tidak, anda akan disaman. Fungsi Pemerian
Penggunaan bahasa untuk membuat penyataan-penyataan, menyampaikan pengetahuan, membuat
penjelasan atau melaporkan. Bahasa dalam konteks ini digunakan untuk membuat pemerian ataupun
menggambarkan keadaan sebenarnya yang dilihat seseorang. Contoh: Matahari panas. Garam masin. Pantai
itu sangat cantik. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Fungsi Interaksi Fungsi bahasa ini memainkan
peranan bagi menentukan supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun dipertahankan.
Oleh itu, kita memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan loghat, jargon, gurauan, cerita rakyat, budaya
setempat dan sebagainya. Fungsi Peribadi Fungsi ini memberi kesempatan kepada manusia bagi
menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya. Contoh: Saya suka kamu. Saya berasa sangat letih.
Fungsi Heuristik Ia melibatkan penggunaan bahasa bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Ini kerana ia
disampaikan dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan. Kanak-kanak misalnya banyak
menggunakan fungsi ini dengan sentiasa bertanya berkenaan dunia sekelilingnya. Mereka sentiasa
berhadapan dengan peristiwa-peristiwa baru di sekeliling. Contoh: Mengapakah ayam berkokok?
Bagaimanakah terjadinya pelangi? Siapakah yang mencipta telefon? Fungsi Khayalan Fungsi ini digunakan
oleh manusia bagi mencipta mimpi-mimpi yang mustahil dicapai oleh akal. Fungsi ini dibawa melalui
buku-buku dan cerita-cerita dongeng. Ketujuh-tujuh fungsi bahasa tersebut sebenarnya bersifat saling
lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Sekarang mari kita tinjau fungsi bahasa Melayu. Fungsi Bahasa
Melayu Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat.
Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada segi peristilahan, pengekodan dan penye-ragaman.
Ini memungkinkan bahasa Melayu dapat menjalankan berbagai-bagai tugas baru sesuai dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setelah hampir empat dekad
berlalu, bahasa Melayu kini dapat menjalankan berbagai-bagai fungsi. Antara fungsi itu ialah bahasa
kebangsaan. Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Selepas tercapainya
kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pemilihan
satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan. Tugas bahasa sebagai fungsi
penyatuan akan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan sebagaimana termaktub dalam bab
permulaan Akta Pelajaran 1961 yang antara lain menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah. Sebelum 1969, bahasa kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi
selepas peristiwa 13 Mei 1969, bahasa ini diberikan nama baru iaitu bahasa Malaysia. Walaupun diberikan
nama baru namun taraf bahasa itu tidak berubah seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Per-lembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa
Melayu…..". Di samping memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, bahasa Melayu juga diperlukan
dalam negara Malaysia atas keperluan bagi kepentingan kebangsaan. Ini bermaksud fungsi bahasa Melayu
sebagai lambang kebebasan negara daripada belenggu penjajahan. Sebagai sebuah negara membangun,
amat wajar sekali mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana kehadirannya akan memberikan sifat
kesatuan. Sebagai sebuah bahasa kebangsaan, penggunaan suatu bahasa baku dapat menjalankan beberapa
fungsi. Antaranya, fungsi penyatuan iaitu bahasa baku bertindak sebagai alat yang meng-hubungkan
penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama dan dengan itu dapat
menyatukan mereka ke dalam suatu masyarakat pertuturan. Di samping itu, suatu bahasa baku juga dapat
menjalankan tugas prestij iaitu kewujudan atau kepunyaan suatu bahasa baku menimbulkan perasaan
kewujudan atau kepunyaan dan bersifat megah bagi negara Malaysia. Sebagai sebuah bahasa kebangsaan,
bahasa Melayu dikehendaki memikul tugas baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa
pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Semua fungsi ini dijalankan oleh bahasa Melayu selepas 1957. Bagi menjalankan
berbagai-bagai fungsi tersebut, usaha-usaha merancang, membina dan mengembangkan bahasa Melayu
perlu dijalankan bagi menjadikan ia sebuah bahasa komunikasi yang lengkap, sempurna, sesuai dan
berkeupayaan memperkatakan pelbagai aspek baru dalam kehidupan manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) memainkan peranan yang sangat besar dalam usaha ini. Usaha murni mereka berjaya
menyeragamkan sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. DBP juga berjaya memainkan peranan yang
besar dalam bidang perkamusan bahasa Melayu dengan lebih 600 ribu istilah teknikal dalam berbagai-bagai
bidang disiplin. Bahasa Ilmu Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar ilmu di sekolah-sekolah termasuk di
maktab-maktab perguruan dan di universiti. Sebagai bahasa ilmu, bahasa yang memperkatakan segala ilmu
pengetahuan, bahasa Melayu seharusnya diperkembangkan dan disesuaikan dengan kehendak-kehendak
baru. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan. Ia digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
moden dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang sains dan teknologi, undang-undang, kedoktoran,
kejuruteraan, sastera dan sebagainya. Dalam bidang perubatan misalnya, pelbagai istilah telah diwujudkan
dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi
dalam sebagainya. Dalam bidang kejuruteraan pula, terhasil berbagai-bagai istilah baru terutama dalam
bidang kejuruteraan awam, mekanikal, kimia, elektrik, kejuruteraan teknologi maklumat, kejuruteraan
angkasa lepas dan sebagainya. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri
keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah
fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dengan tepat. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai melalui
pengembangan kosa kata ataupun penukaran bentuk kata. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu
kerana mem-punyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa. Ciri-ciri kesempurnaan bahasa Melayu yang pertama
ialah kestabilan. Ini bermaksud bahasa yang mempunyai sistem dan peraturan. Antaranya ialah sistem
ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Yang kedua ialah kelenturan. Ciri ini bermaksud
bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku daripada
semasa ke semasa. Bahasa Rasmi Sesudah dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga
berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Ini bermaksud, bahasa ini digunakan bagi menjadikannya
sebagai bahasa utama dalam apa-apa sahaja acara yang bersifat rasmi. Ini termasuklah mesyuarat-
mesyuarat persekutuan dan negeri, di persidangan-persidangan dan seminar-seminar, dalam pidato-pidato,
di parlimen dan dalam perbicaraan di mahkamah. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu menyalahi
Artikel 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Pengantar Oleh kerana Malaysia mempunyai masyarakat
yang berbilang bangsa, dasar pendidikan negara Malaysia berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama di pusat-pusat pengajian. Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang
termaktub dalam Penyata Razak telah dilaksanakan pada tahun 1957, dan dasar ini disokong pula oleh
Penyata Rahman Talib pada tahun 1961. Antara tahap-tahap penting dalam proses pelaksanaan ini ialah
penubuhan sekolah-sekolah yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (1963),
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran khusus di sekolah-sekolah
rendah jenis kebangsaan (1968) dan permulaan pelaksanaan berperingkat bahasa Melayu (BM) sebagai
bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan (1971). Pada peringkat sekolah
menengah, BM menjadi satu mata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata
pelajaran dalam Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan pengambilalihan Sijil Seberang
Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), BM dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua calon yang
mengambil peperiksaan tersebut. Pelaksanaan sepenuhnya penggunaan BM sebagai bahasa pengantar
bermula pada tahun 1983. Sehingga kini, semua sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar bagi kebanyakan mata pelajaran. Pada tahun 2002, timbul desakan banyak pihak
yang memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah. Daripada desakan ini, kabinet memutuskan penggunaan bahasa Inggeris (BI) dalam mata pelajaran
sains dan matematik bermula pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, menurut Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, BM kekal sebagai bahasa pengantar di sekolah.
(Berita Harian, Isnin 15 Julai 2002) Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada bahasa Inggeris
(BI) ke BM berlaku secara beransur-ansur pada tahun-tahun enam puluhan di beberapa buah maktab
perguruan dan beberapa jabatan di Universiti Malaya. Pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia
ditubuhkan iaitu sebuah universiti yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar tunggal. Selain fungsi
di atas, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai penggambar akal budi masyarakat Melayu. Ini kerana
terdapat pelbagai unsur dalam bahasa Melayu yang dapat menggambarkan dengan jelas kehidupan
masyarakat Melayu. Antara unsur itu ialah pantun Melayu dan pepatah Melayu. Antara pantun yang
terkenal ialah: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh
dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pantun di atas menggambarkan dalam masyarakat Melayu, budi pekerti
adalah aspek yang amat ditekankan. Sejak kecil sehingga dewasa, anak-anak diasuh agar mengenang budi
dan jasa orang. Selain pantun, pepatah Melayu juga dapat menggambarkan pemikiran Melayu. Cuba kita
tinjau pepatah-pepatah berikut: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Hidup
dikandung adat, mati dikandung tanah. Air dicincang tidak akan putus. Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Kesimpulannya, penerangan di atas sudah cukup menggambarkan fungsi bahasa Melayu yang pelbagai.
Hari ini, bahasa Melayu boleh menjadi bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa
perpaduan                          dan                         bahasa                         komunikasi.

Bab 1, Bahasa Melayu Komunikasi

More Related Content

What's hot

Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaAzalina Harun
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadSilent Artist
 
pengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsalpengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsalMohd Manshor
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaTajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaMahyuddin Khalid
 
16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil Belajar16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil BelajarAini MazaIni MOkhtar
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikImsamad
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunairenahmad
 
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSIOntologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSISUFINA SHUKRI
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanmunnianwar
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianMar Aqma
 
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahPenubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahAbdullah Kadir
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 

What's hot (20)

Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
pengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsalpengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsal
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
Bloom
BloomBloom
Bloom
 
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaTajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
 
16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil Belajar16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil Belajar
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
 
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSIOntologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahPenubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 

Similar to Maklumat bahasa malaysia

BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanNur Amalina Razali
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Muhammad Amirul
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuKelvin WC
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenHafizzudin Zainudin
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahSuhaida Anior
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraYahya Othman
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOzaidinajihah05
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptEwei Voon
 

Similar to Maklumat bahasa malaysia (20)

BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCO
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
 
Ucapan perasmian
Ucapan perasmianUcapan perasmian
Ucapan perasmian
 

Maklumat bahasa malaysia

  • 1. TEMA : Saya anak Malaysia TAJUK : Bahasa Kita Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969. Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu. Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat- peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.
  • 2. LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Bahasa Malaysia untuk rujukan dan manfaat bersama. Mana-mana pihak, khususnya editor tertentu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menuduh istilah "Bahasa Malaysia" sebagai TIDAK WUJUD amat wajar membaca maklumat ini serta melakukan "pembetulan diri". Bahasa Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu. Ia telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak abad ke-7. Terdapat lebih 200 bahasa di Kepulauan Melayu pada waktu itu. Namun, penggunaan Bahasa Melayu pada waktu itu amat meluas kerana mudah dipertuturkan. Maka ia menjadi lingua franca. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan digubal, istilah "Malaysia" belum wujud. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Malangnya masih ada pihak yang tidak menyedari - atau cuba menafikan - hakikat ini. Pada tahun 1961, Perdana Menteri Tanah Malaya, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan “Malaysia” – dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963. Pilihan raya 1969 menyaksikan pihak Perikatan [Barisan Nasional] menghadapinya dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu.Bagaimanapun, rakyat Bukan Melayu pula ternyata kurang senang dengan kedudukan bahasa Melayu. Pada tahun 1957, Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10 tahun - sehingga 1967. Jadi, kini, timbul soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa bagi Bangsa Malaysia. Pilihan raya pada 12 Mei 1969 ternyata penuh emosi. Kedudukan politik dan bahasa/budaya Bukan Melayu menjadi topik hangat dalam kempen. Malah, rakyat Bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkenaan. Natijahnya, undi bagi Perikatan susut 10% dan Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Penyokong Gerakan dan DAP meraikan "kemenangan" mereka dengan mengadakan 'pesta' di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan 'pesta' yang sama. maka tercetuslah Krisis 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu- padu, harmoni dan saling memahami. Ramai terkorban - terutama kaum Cina. Darurat diisytihar, perlembagaan digantung, parlimen dibubar, pilihan raya di Sabah & Sarawak ditangguh, pemerintahan pusat dilaksanakan. Itulah antara langkah segera yang diambil kerajaan pada waktu itu.
  • 3. Krisis 13 Mei 1969 ternyata membawa perubahan drastik pada polisi kerajaan/pemerintah. Perpaduan nasional – tolerensi – hapus jurang perkauman dan seumpamanya menjadi agenda utama rakyat dan kerajaan. Semua pihak sedar bahawa perbezaan sosial dan ekonomi memang wujud di kalangan rakyat dan menjadi masalah utama rakyat Malaysia. Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga diperkenalkan. Dasar Pelajaran Kebangsaan pula dilaksanakan pada 1970 di mana istilah “Bahasa Malaysia” diperkenalkan di sekolah dan dalam segala urusan rasmi. Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan dengan cogan kata "Bahasa Jiwa Bangsa" - di mana pasti sahaja "Bahasa&quoot; merujuk pada "Bahasa Malaysia" dan "Bangsa" merujuk pada "Bangsa Malaysia". Masakan pula cogan kata "Bahasa Jiwa Bangsa" ini membawa makna "Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu"! Pada September 1970, Tunku Abdul Rahman diganti Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Polisi Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dilaksanakan, antara lain, bagi mempercepatkan usaha murni kerajaan dan rakyat malaysia menjadikan Bahasa Malaysia bahasa pengantar di sekolah. Kempen “Cintai Bahasa Kita”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bahasa Menunjukkan Bangsa” dan yang seumpamanya dipergiat oleh kerajaan, badan-badan tertentu serta agensi kerajaan dan swasta. Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di mahkamah. Memang agak pelik jika kita berpeluang mendengar perbicaraan kes di mahkamah menggunakan Bahasa Malaysia tetapi adalah satu kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama. Generasi yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an terbukti fasih dan menganggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik bersama setiap rakyat Malaysia. Mereka sedar bahawa Bahasa Malaysia bukan milik kaum Melayu sahaja. Kaum Bukan Melayu di Malaysia mampu berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dan lancar. Ironinya, sekumpulan kaum Melayu pula lebih suka menggunakan Bahasa Malaysia yang tidak betul. Misalnya: “Husband I drebar mini bas” di mana frasa ini bukan Bahasa Inggeris dan bukan juga Bahasa Malaysia! Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, istilah "Bahasa Malaysia" yang diperkenalkan pada tahun 1970 berikutan Krisis 13 Mei 1969 terbukti sudah berjaya membina “Bangsa Malaysia” sebagaimana yang diimpikan. Pembinaan "Bangsa Malaysia" bermula dengan "Bahasa Malaysia", demikian saya tegaskan pada Forum Bahasa Kebangsaan & Bangsa Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 8 Jun 2002. Kini terdapat ramai penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya sastera Bahasa Malaysia. Golongan penulis/sasterawan ini mempunyai bakat penulisan dan menguasai Bahasa Malaysia. Mereka juga berjiwa Malaysia. Jadi, lahirlah karya sastera berjiwa Malaysia yang menampilkan citra budaya masyarakat pelbagai kaum - dalam Bahasa Malaysia yang bermutu. MMaka penulis pelbagai kaum, sastera dan bahasa mula seiring memupuk semangat dan jiwa "Bangsa Malaysia" di kalangan rakyat negara ini.
  • 4. Surat Berita - K a v y a - Newsletter Lebih banyak maklumat penulis kaum India Malaysia! Walau bagaimanapun, pada 1999, tiba-tiba sahaja mula ada usaha menafikan kewujudan dan kesahihan istilah “Bahasa Malaysia” – dan kononnya hanya istilah “Bahasa Melayu” sah digunakan di negara ini. Isu ini dimulakan oleh seorang editor di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Penerbit terbabit menafikan kewujudan serta kesahihan istilah "Bahasa Malaysia" tetapi tetap terus menerbitkan buku-buku "Bahasa Malaysia Tahun Satu-Tingkatan Lima" untuk kegunaan sekolah kerajaan. Apakah makna semua ini? ... hipokrit? – takut bayang? – anti polisi kerajaan? – anti semangat kebangsaan? – anti perpaduan? – anti kaum tertentu? Baca mengenai isu ini di SINI. Walau apa sekalipun tindakan pihak tertentu sejak tahun 1999, Bahasa Malaysia sudah terbukti dapat membina Bangsa Malaysia. Tapi kalau kewujudan istilah “Bahasa Malaysia” terus dinafikan, nescaya Konflik 13 Mei 1969 akan berulang – dan golongan berjiwa Malaysia seperti saya dan para sasterawan tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan semangat kebangsaan dan perpaduan nasional kerana istilah “Bahasa Malaysia” dikatakan tidak wujud dan tidak sah digunakan. Sejak tahun 1970, “Bahasa Malaysia” berjaya membuka laluan ke arah perpaduan nasional tetapi “Bahasa Malaysia” tidak akan dapat meneruskan usaha itu selagi kewujudan istilah “Bahasa Malaysia” dinafikan. Apakah istilah yang sesuai digunakan apabila merujuk pada bahasa kebangsaan negara Malaysia: "Bahasa Malaysia" atau "Bahasa Melayu"? Baca pendapat orang ramai di SINI. FUNGSI BAHASA MALAYSIA Bahasa Kebangsaan – melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa. Bahasa Rasmi – dalam komunikasi dan acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi, pentadbiran, minit mesyuarat, memo dll. Bahasa Perpaduan – perpaduan antara kaum/keturunan, perpaduan politik. Bahasa Ilmu – dalam bidang ilmu, sains, teknologi, komputer, saintifik, ilmiah. Menjadikan Bahasa Malaysia setaraf Bahasa Inggeris; antarabangsa. Bahasa Pendidikan – bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, universiti, kolej.
  • 5. BAHASA MALAYSIA FORMAL Bahasa formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi formal. Juga disebut bahasa baku. Bahasa formal adalah bahasa yang telah diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti perundangan, surat rasmi, majlis rasmi, sekolah, berita, akhbar dan media massa. Walaupun terdapat banyak dialek bahasa di Malaysia, hanya satu bentuk bahasa formal; iaitu bahasa kebangsaan/bahasa rasmi – Bahasa Malaysia. BAHASA MALAYSIA TIDAK FORMAL Bahasa tidak formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal. Contohnya bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian bersama rakan- rakan dan ahli keluarga atau rakan-rakan sekerja. Disebut juga bahasa tak baku atau bahasa umum. Termasuk juga dialek negeri-negeri serta bahasa daerah. Kedudukan dan taraf Bahasa Kebangsaan terkandung dalam: a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan b) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 c) Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961) Asas Kemahiran Berkomunikasi Date: Saturday, August 28 @ 00:00:00 MYT Topic: Pendidik Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan yang penting dalam kehidupan sehari-harian. Ini kerana bahasa adalah salah satu perkara yang membezakan kita dengan haiwan. Selain itu, bahasa mempunyai suatu sistem yang sistematis, dinamis dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan yang penting dalam kehidupan sehari-harian. Ini kerana bahasa adalah salah satu perkara yang membezakan kita dengan haiwan. Selain itu, bahasa mempunyai suatu sistem yang sistematis, dinamis dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya. Halliday dalam bukunya bertajuk Explorations in the functions of language (1973) telah mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antara fungsi itu ialah: Fungsi Instrumental Fungsi ini bermaksud manusia menggunakan bahasa bagi melayani pengelolaan lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa terjadi. Penggunaan kata-kata mengikut fungsi ini dapat menyempurnakan sesuatu kehendak sama ada dengan cara memerintah ataupun meminta. Contohnya: Ayuh, kita bergerak sekarang! Jangan pijak rumput itu! Dia mahu makan nasi. Fungsi Regulasi Fungsi bahasa di sini bertindak sebagai pengawas dan mengendalikan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Fungsi regulasi bermaksud bahasa digunakan untuk mengendalikan serta mengatur orang lain. Contoh: Kalau kamu mencuri, kamu pasti dihukum. Kenderaan hendaklah diletakkan di petak yang disediakan. Jika tidak, anda akan disaman. Fungsi Pemerian Penggunaan bahasa untuk membuat penyataan-penyataan, menyampaikan pengetahuan, membuat penjelasan atau melaporkan. Bahasa dalam konteks ini digunakan untuk membuat pemerian ataupun menggambarkan keadaan sebenarnya yang dilihat seseorang. Contoh: Matahari panas. Garam masin. Pantai itu sangat cantik. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Fungsi Interaksi Fungsi bahasa ini memainkan peranan bagi menentukan supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun dipertahankan. Oleh itu, kita memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan loghat, jargon, gurauan, cerita rakyat, budaya
  • 6. setempat dan sebagainya. Fungsi Peribadi Fungsi ini memberi kesempatan kepada manusia bagi menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya. Contoh: Saya suka kamu. Saya berasa sangat letih. Fungsi Heuristik Ia melibatkan penggunaan bahasa bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Ini kerana ia disampaikan dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan. Kanak-kanak misalnya banyak menggunakan fungsi ini dengan sentiasa bertanya berkenaan dunia sekelilingnya. Mereka sentiasa berhadapan dengan peristiwa-peristiwa baru di sekeliling. Contoh: Mengapakah ayam berkokok? Bagaimanakah terjadinya pelangi? Siapakah yang mencipta telefon? Fungsi Khayalan Fungsi ini digunakan oleh manusia bagi mencipta mimpi-mimpi yang mustahil dicapai oleh akal. Fungsi ini dibawa melalui buku-buku dan cerita-cerita dongeng. Ketujuh-tujuh fungsi bahasa tersebut sebenarnya bersifat saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Sekarang mari kita tinjau fungsi bahasa Melayu. Fungsi Bahasa Melayu Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat. Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada segi peristilahan, pengekodan dan penye-ragaman. Ini memungkinkan bahasa Melayu dapat menjalankan berbagai-bagai tugas baru sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setelah hampir empat dekad berlalu, bahasa Melayu kini dapat menjalankan berbagai-bagai fungsi. Antara fungsi itu ialah bahasa kebangsaan. Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan Malaysia. Selepas tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan. Tugas bahasa sebagai fungsi penyatuan akan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan sebagaimana termaktub dalam bab permulaan Akta Pelajaran 1961 yang antara lain menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Sebelum 1969, bahasa kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi selepas peristiwa 13 Mei 1969, bahasa ini diberikan nama baru iaitu bahasa Malaysia. Walaupun diberikan nama baru namun taraf bahasa itu tidak berubah seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Per-lembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu…..". Di samping memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, bahasa Melayu juga diperlukan dalam negara Malaysia atas keperluan bagi kepentingan kebangsaan. Ini bermaksud fungsi bahasa Melayu sebagai lambang kebebasan negara daripada belenggu penjajahan. Sebagai sebuah negara membangun, amat wajar sekali mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana kehadirannya akan memberikan sifat kesatuan. Sebagai sebuah bahasa kebangsaan, penggunaan suatu bahasa baku dapat menjalankan beberapa fungsi. Antaranya, fungsi penyatuan iaitu bahasa baku bertindak sebagai alat yang meng-hubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama dan dengan itu dapat menyatukan mereka ke dalam suatu masyarakat pertuturan. Di samping itu, suatu bahasa baku juga dapat menjalankan tugas prestij iaitu kewujudan atau kepunyaan suatu bahasa baku menimbulkan perasaan kewujudan atau kepunyaan dan bersifat megah bagi negara Malaysia. Sebagai sebuah bahasa kebangsaan, bahasa Melayu dikehendaki memikul tugas baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua fungsi ini dijalankan oleh bahasa Melayu selepas 1957. Bagi menjalankan berbagai-bagai fungsi tersebut, usaha-usaha merancang, membina dan mengembangkan bahasa Melayu perlu dijalankan bagi menjadikan ia sebuah bahasa komunikasi yang lengkap, sempurna, sesuai dan berkeupayaan memperkatakan pelbagai aspek baru dalam kehidupan manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang sangat besar dalam usaha ini. Usaha murni mereka berjaya menyeragamkan sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. DBP juga berjaya memainkan peranan yang besar dalam bidang perkamusan bahasa Melayu dengan lebih 600 ribu istilah teknikal dalam berbagai-bagai bidang disiplin. Bahasa Ilmu Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar ilmu di sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan di universiti. Sebagai bahasa ilmu, bahasa yang memperkatakan segala ilmu pengetahuan, bahasa Melayu seharusnya diperkembangkan dan disesuaikan dengan kehendak-kehendak baru. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan. Ia digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang sains dan teknologi, undang-undang, kedoktoran, kejuruteraan, sastera dan sebagainya. Dalam bidang perubatan misalnya, pelbagai istilah telah diwujudkan dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi dalam sebagainya. Dalam bidang kejuruteraan pula, terhasil berbagai-bagai istilah baru terutama dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, kimia, elektrik, kejuruteraan teknologi maklumat, kejuruteraan angkasa lepas dan sebagainya. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dengan tepat. Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai melalui pengembangan kosa kata ataupun penukaran bentuk kata. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mem-punyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa. Ciri-ciri kesempurnaan bahasa Melayu yang pertama ialah kestabilan. Ini bermaksud bahasa yang mempunyai sistem dan peraturan. Antaranya ialah sistem
  • 7. ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Yang kedua ialah kelenturan. Ciri ini bermaksud bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa. Bahasa Rasmi Sesudah dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Ini bermaksud, bahasa ini digunakan bagi menjadikannya sebagai bahasa utama dalam apa-apa sahaja acara yang bersifat rasmi. Ini termasuklah mesyuarat- mesyuarat persekutuan dan negeri, di persidangan-persidangan dan seminar-seminar, dalam pidato-pidato, di parlimen dan dalam perbicaraan di mahkamah. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu menyalahi Artikel 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Pengantar Oleh kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, dasar pendidikan negara Malaysia berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di pusat-pusat pengajian. Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang termaktub dalam Penyata Razak telah dilaksanakan pada tahun 1957, dan dasar ini disokong pula oleh Penyata Rahman Talib pada tahun 1961. Antara tahap-tahap penting dalam proses pelaksanaan ini ialah penubuhan sekolah-sekolah yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (1963), pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran khusus di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan (1968) dan permulaan pelaksanaan berperingkat bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan (1971). Pada peringkat sekolah menengah, BM menjadi satu mata pelajaran pada tahun 1957 dan tidak lama kemudian menjadi satu mata pelajaran dalam Sijil Peperiksaan Seberang Laut. Pada tahun 1970, dengan pengambilalihan Sijil Seberang Laut oleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), BM dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua calon yang mengambil peperiksaan tersebut. Pelaksanaan sepenuhnya penggunaan BM sebagai bahasa pengantar bermula pada tahun 1983. Sehingga kini, semua sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi kebanyakan mata pelajaran. Pada tahun 2002, timbul desakan banyak pihak yang memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah. Daripada desakan ini, kabinet memutuskan penggunaan bahasa Inggeris (BI) dalam mata pelajaran sains dan matematik bermula pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, BM kekal sebagai bahasa pengantar di sekolah. (Berita Harian, Isnin 15 Julai 2002) Pada peringkat pengajian tinggi, pertukaran daripada bahasa Inggeris (BI) ke BM berlaku secara beransur-ansur pada tahun-tahun enam puluhan di beberapa buah maktab perguruan dan beberapa jabatan di Universiti Malaya. Pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan iaitu sebuah universiti yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar tunggal. Selain fungsi di atas, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai penggambar akal budi masyarakat Melayu. Ini kerana terdapat pelbagai unsur dalam bahasa Melayu yang dapat menggambarkan dengan jelas kehidupan masyarakat Melayu. Antara unsur itu ialah pantun Melayu dan pepatah Melayu. Antara pantun yang terkenal ialah: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang jua. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pantun di atas menggambarkan dalam masyarakat Melayu, budi pekerti adalah aspek yang amat ditekankan. Sejak kecil sehingga dewasa, anak-anak diasuh agar mengenang budi dan jasa orang. Selain pantun, pepatah Melayu juga dapat menggambarkan pemikiran Melayu. Cuba kita tinjau pepatah-pepatah berikut: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Air dicincang tidak akan putus. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Kesimpulannya, penerangan di atas sudah cukup menggambarkan fungsi bahasa Melayu yang pelbagai. Hari ini, bahasa Melayu boleh menjadi bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi. Bab 1, Bahasa Melayu Komunikasi