SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
PENGENALAN
Pengenalan tentang asal-usul bahasa dan bangsa Melayu telah anda pelajari
dalam HMBL3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu yang telah memperincikan
perkembangan Bahasa Melayu dengan jelas. Dalam modul ini, topik 1 dan topik
2 merupakan imbasan kembali sejarah awal tersebut secara ringkas dan bagi
topik-topik seterusnya anda akan diperkenalkan kepada perkembangan Bahasa
Melayu selepas merdeka, cabaran yang dihadapi, perancangan bahasa,
kemunculan sistem tulisan, perkamusan Melayu dan kaedah penterjemahan.
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata
„Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli
sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat
dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa
sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja
Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa
kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya
berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina
T
To
op
pi
ik
k 1
1 Sejarah
Perkembangan
Bahasa Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan asas usul bangsa dan Bahasa Melayu;
2. Mengenal pasti rumpun Bahasa Austronesia dan keluarga Bahasa
Melayu; dan
3. Menjelaskan Bahasa Melayu Kuno dan Melayu Klasik.
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
2
ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan
tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya
sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan „Mlayu‰
bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan
Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah
Melayu.
Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan
pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini
merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung
Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-
pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini.
Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi
merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi
yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah
Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di
Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa
kebangsaan di negara itu juga.
ASAL USUL BAHASA MELAYU
Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang
bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan
antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal
termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk,
Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain.
Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah
Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien
dan lain-lain.
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara
(kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para
pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang
mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan
kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua
tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang,
Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di
kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu
dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya
sekali.
1.1
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 3
Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga
mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan
persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang
terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan,
beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati
bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu
Asia.
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap
Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan
bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu
berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari
Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan
kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu
didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga
rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1).
Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris
1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia
Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan
nesos. Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan;
manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud
pulau. Oleh itu, istilah austronesia membawa pengertian „pulau-pulau selatan‰
(Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah
Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah
mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa-
bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang
tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun
bahasa Austroasia dan Tibet China. Istilah rumpun digunakan bagi
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
4
menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara
2,500 5,000 tahun.
Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-
bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-
bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori),
Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia
(bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah
1.2).
Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia
1.1.2 Rumpun Bahasa Melayu
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa
Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris
terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan
rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun
Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga,
iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2).
Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa.
Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu
seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-
Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-
Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa
Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu
berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka
datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke
wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang
sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah.
Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 5
mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira
dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat
dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan
dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka
mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan
gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal
di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.
Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-
pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia
Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat
kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam
beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku
Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang
wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia
Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini
menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk
kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia
Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari
Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada
juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang
lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau
membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan
sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan
dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa
yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah
Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang,
Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa
tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat
pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula,
terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan,
dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung.
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
6
Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu
Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang
kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga
Bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa
Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu
Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang
dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan
kumpulan Bahasa Austronesia.
Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16
subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-
Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-
Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya.
Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau,
Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 7
Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu
tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan
bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa
Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut
dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan
penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut
Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai
pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga
bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk
bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu,
iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan
bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang
memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya
Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.
Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa
Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa
dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan
kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat
memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa
yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa
membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu i)
Bahasa Melayu Kuno, ii) Bahasa Melayu Klasik, dan iii) Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan
dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu
Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang
bertulis pada masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada
perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi
asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden.
BAHASA MELAYU KUNO
Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam Bahasa
Melayu. Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada
1.2
(a) Huraikan dengan ringkas sejarah asal usul kata „Melayu‰.
(b) Bincangkan konsep rumpun dan keluarga Bahasa Melayu.
SEMAK KENDIRI 1.1
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
8
di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke-13.
Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca
dan bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan Bahasa
Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga Bahasa Melayu
menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga
Sumatera. Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu-
batu bersurat seperti batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu
bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur,
Pulau Bangka (686M); dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu
bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama
ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.
Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad
ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca.
Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan
Sumatera. Kepentingannya sebagai bahasa lingua franca kerana sifatnya yang
sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
dengan bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit
yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa Melayu.
Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya
sebagai bahasa golongan bangsawan dan hirarkinya yang tinggi. Ciri-ciri Bahasa
Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan butiran yang berikut:
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit
2. Susunan ayat bersifat Melayu
3. Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan)
4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
6. Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Tulisan yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari India seperti
Devanagiri dan Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti
Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya
pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh
kebudayaan India dan agama Hindu. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai
pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 9
Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti
Kerajaan Campa dan Empayar Funan di Vietnam Tengah dan Selatan, Thailand
Tengah dan Selatan, Kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan Empayar Sriwijaya
yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan Tanah Semenanjung hingga
ke Segenting Kra. Anda boleh meneliti semula perincian tentang Bahasa Melayu
Kuno dalam modul HMBL 3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu sebagai
ulang kaji untuk pemahaman yang lebih jelas.
BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu
Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir
pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan
Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah
Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama
Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan
prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi.
Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab
berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak
terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini
juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan
Aceh.
Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa
oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara
banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari
aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno
kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu
bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama
yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan
rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan
batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan
mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka,
Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi
1.3
Perihalkan perkembangan Bahasa Melayu Kuno berdasarkan tulisan
Ismail Hussein (1966) atau Darwis Harahap (1992).
SEMAK KENDIRI 1.2
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
10
kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan
seterusnya bahasa pada ketika itu.
Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu
Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di
beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua
ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis
yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab
AqaÊid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain
seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry
Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh
kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan.
Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang
sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas
kepada tiga sahaja, iaitu ÂiÊ, ÂaÊ dan ÂuÊ (daripada vokal Arab alif, ya dan wau).
Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai
enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu ÂaÊ, ÂeÊ
pepet, ÂeÊ taling, ÂiÊ, ÂoÊ, dan ÂuÊ. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan
bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam
Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar ÂrÊ yang jelas
menggunakan huruf „ra‰ dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku
kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan
tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan
persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ÂaiÊ, ÂauÊ dan
ÂoiÊ.
Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan
dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses
morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam
bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk
yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat
pasif.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah
! Ayat yang panjang dan berbelit-belit
! Banyak ayat pasif
! Menggunakan bahasa istana
! Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 11
! Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti
sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
! Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ÂpunÊ dan
ÂlahÊ
Kajian Asmah haji Omar tentang kitab ÂAqaiÊid al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa
Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa
Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan
Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi
dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakian dan
seumpamanya.
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya
Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat
songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang
jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga
menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman
tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang
berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan
penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan
inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan
Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai
bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera,
perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga
mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama
khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam,
dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik
ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda,
kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat
Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu
yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa
Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau
Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli
ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal
dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-
Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal
ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair
Perahu.
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
12
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya
tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan
munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu.
Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku,
konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi
memulakan transformasi ciri budaya yang penting.
! Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi
kata „Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan
oleh ahli sejarah.
! Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645
Masihi.
! Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada
suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah
Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
! Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara
(kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh
para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern.
! Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok
bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam
filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu
bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.
! Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang
mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun Bahasa
(a) Jelaskan perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan hubungannya
dengan penemuan batu bersurat.
(b) Huraikan dengan ringkas ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
berdasarkan batu bersurat yang ditemui.
(c) Jelaskan kesignifikanan Bahasa Melayu Klasik sebagai asas
kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden.
SEMAK KENDIRI 1.3
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 13
Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di
Kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di
Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori),
Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia), dan
Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan
Marianna).
! Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang
kurang daripada 2,500 tahun. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai
induknya daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu tengah
sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa
Melayu Proto yang merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.
! Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari
abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua
franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan
Riau dan Sumatera.
! Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir
pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya
kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-
Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.
! Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya
semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau.
! Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama
khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang
Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa
Melayu Klasik ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi.
! Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya
tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu
Moden.
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
14
Asal usul bangsa Melayu
Bahasa Austroasia
Bahasa Austronesia
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Purba
Batu bersurat
Filum
Keluarga bahasa
Konsep Melayu
Manuksrip lama
Prasasti
Rumpun bahasa
Surat lama
Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Dr. R. Soekmono. (1992). Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia I dan II:
Yogyakarta: Kanisius
Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Pub. & Distributors.
Nik Safiah Karim et al. (2004). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan
bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu (1998)
Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.jimoh370
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayujalilmazliah
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuAhmad NazRi
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) Izzah Zahh
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
Bahan semantik individu
Bahan semantik individuBahan semantik individu
Bahan semantik individuJamaliah Harun
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 

What's hot (20)

Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Pengelompokkan bahasa austronesia
Pengelompokkan bahasa austronesiaPengelompokkan bahasa austronesia
Pengelompokkan bahasa austronesia
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaAsal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Asal Usul Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Bahan semantik individu
Bahan semantik individuBahan semantik individu
Bahan semantik individu
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 

Similar to Sejarah perkembanganbm

20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilahMuhd Rais
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxAnselyGinsuru1
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuNurul Izyan
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...Wan Yusof
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxEwei Voon
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2Hendon Ramlan
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayulibangulu
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuFairuz Alwi
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12sadn1013
 
Unit 1 bml 3113 soalan
Unit 1  bml 3113 soalanUnit 1  bml 3113 soalan
Unit 1 bml 3113 soalanHadifar Nimig
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bmSyahmi Fauzee
 
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa MelayuPowerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayucikgufatinaupsi
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaHasanah Abd. Khafidz
 

Similar to Sejarah perkembanganbm (20)

20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
A. topik 1
A. topik 1A. topik 1
A. topik 1
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12
 
Unit 1 bml 3113 soalan
Unit 1  bml 3113 soalanUnit 1  bml 3113 soalan
Unit 1 bml 3113 soalan
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
 
Nota Bab
Nota BabNota Bab
Nota Bab
 
Nota bab 1
Nota bab 1Nota bab 1
Nota bab 1
 
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa MelayuPowerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
 
1.2 : BM Kuno
1.2 : BM Kuno    1.2 : BM Kuno
1.2 : BM Kuno
 

More from ShirleyEu1

2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan fail2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan failShirleyEu1
 
3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerko3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerkoShirleyEu1
 
4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokol4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokolShirleyEu1
 
5 penilaian projek
5 penilaian projek5 penilaian projek
5 penilaian projekShirleyEu1
 
Kelab persatuan
Kelab persatuanKelab persatuan
Kelab persatuanShirleyEu1
 
M4 pengurusan masa
M4 pengurusan masaM4 pengurusan masa
M4 pengurusan masaShirleyEu1
 
Bahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di BeijingBahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di BeijingShirleyEu1
 
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)ShirleyEu1
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)ShirleyEu1
 
5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)ShirleyEu1
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)ShirleyEu1
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa Melayu1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa MelayuShirleyEu1
 

More from ShirleyEu1 (14)

2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan fail2.11.1 sistem pengurusan fail
2.11.1 sistem pengurusan fail
 
3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerko3 pengelolaan aktiviti gerko
3 pengelolaan aktiviti gerko
 
4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokol4 majlis rasmi – protokol
4 majlis rasmi – protokol
 
5 penilaian projek
5 penilaian projek5 penilaian projek
5 penilaian projek
 
Kelab persatuan
Kelab persatuanKelab persatuan
Kelab persatuan
 
M4 pengurusan masa
M4 pengurusan masaM4 pengurusan masa
M4 pengurusan masa
 
Bahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di BeijingBahasa Melayu di Beijing
Bahasa Melayu di Beijing
 
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
Asal usul org melayu menulis semula sejarahnya (article)
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
 
5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik
 
3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)3 bahasa melayu kuno (2)
3 bahasa melayu kuno (2)
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik
 
1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa Melayu1 Asal Usul Bahasa Melayu
1 Asal Usul Bahasa Melayu
 

Recently uploaded

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

Sejarah perkembanganbm

  • 1. PENGENALAN Pengenalan tentang asal-usul bahasa dan bangsa Melayu telah anda pelajari dalam HMBL3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu yang telah memperincikan perkembangan Bahasa Melayu dengan jelas. Dalam modul ini, topik 1 dan topik 2 merupakan imbasan kembali sejarah awal tersebut secara ringkas dan bagi topik-topik seterusnya anda akan diperkenalkan kepada perkembangan Bahasa Melayu selepas merdeka, cabaran yang dihadapi, perancangan bahasa, kemunculan sistem tulisan, perkamusan Melayu dan kaedah penterjemahan. Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata „Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina T To op pi ik k 1 1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan asas usul bangsa dan Bahasa Melayu; 2. Mengenal pasti rumpun Bahasa Austronesia dan keluarga Bahasa Melayu; dan 3. Menjelaskan Bahasa Melayu Kuno dan Melayu Klasik.
  • 2. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 2 ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan „Mlayu‰ bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau- pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga. ASAL USUL BAHASA MELAYU Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. 1.1
  • 3. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 3 Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia. Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1). Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris 1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan nesos. Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilah austronesia membawa pengertian „pulau-pulau selatan‰ (Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa- bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet China. Istilah rumpun digunakan bagi
  • 4. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 4 menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 5,000 tahun. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa- bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa- bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah 1.2). Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia 1.1.2 Rumpun Bahasa Melayu Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna- Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima- Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja
  • 5. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 5 mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut. Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji- pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung.
  • 6. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 6 Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia. Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali- Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna- Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.
  • 7. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 7 Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor. Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu i) Bahasa Melayu Kuno, ii) Bahasa Melayu Klasik, dan iii) Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden. BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada 1.2 (a) Huraikan dengan ringkas sejarah asal usul kata „Melayu‰. (b) Bincangkan konsep rumpun dan keluarga Bahasa Melayu. SEMAK KENDIRI 1.1
  • 8. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 8 di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca dan bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumatera. Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu- batu bersurat seperti batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M); dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri. Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Kepentingannya sebagai bahasa lingua franca kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan dan hirarkinya yang tinggi. Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan butiran yang berikut: CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO 1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit 2. Susunan ayat bersifat Melayu 3. Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan) 4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) 5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas) 6. Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) 7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) 8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) Tulisan yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu
  • 9. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 9 Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti Kerajaan Campa dan Empayar Funan di Vietnam Tengah dan Selatan, Thailand Tengah dan Selatan, Kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan Empayar Sriwijaya yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra. Anda boleh meneliti semula perincian tentang Bahasa Melayu Kuno dalam modul HMBL 3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu sebagai ulang kaji untuk pemahaman yang lebih jelas. BAHASA MELAYU KLASIK Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi 1.3 Perihalkan perkembangan Bahasa Melayu Kuno berdasarkan tulisan Ismail Hussein (1966) atau Darwis Harahap (1992). SEMAK KENDIRI 1.2
  • 10. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 10 kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu. Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab AqaÊid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu. Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu ÂiÊ, ÂaÊ dan ÂuÊ (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu ÂaÊ, ÂeÊ pepet, ÂeÊ taling, ÂiÊ, ÂoÊ, dan ÂuÊ. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar ÂrÊ yang jelas menggunakan huruf „ra‰ dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ÂaiÊ, ÂauÊ dan ÂoiÊ. Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah ! Ayat yang panjang dan berbelit-belit ! Banyak ayat pasif ! Menggunakan bahasa istana ! Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya
  • 11. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 11 ! Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya ! Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ÂpunÊ dan ÂlahÊ Kajian Asmah haji Omar tentang kitab ÂAqaiÊid al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakian dan seumpamanya. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al- Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.
  • 12. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 12 Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting. ! Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata „Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. ! Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. ! Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berBahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. ! Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern. ! Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia. ! Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun Bahasa (a) Jelaskan perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan hubungannya dengan penemuan batu bersurat. (b) Huraikan dengan ringkas ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno berdasarkan batu bersurat yang ditemui. (c) Jelaskan kesignifikanan Bahasa Melayu Klasik sebagai asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden. SEMAK KENDIRI 1.3
  • 13. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ! 13 Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna). ! Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang merupakan kumpulan Bahasa Austronesia. ! Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. ! Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera- Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. ! Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. ! Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi. ! Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden.
  • 14. TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 14 Asal usul bangsa Melayu Bahasa Austroasia Bahasa Austronesia Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Purba Batu bersurat Filum Keluarga bahasa Konsep Melayu Manuksrip lama Prasasti Rumpun bahasa Surat lama Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Kamarudin Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Dr. R. Soekmono. (1992). Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia I dan II: Yogyakarta: Kanisius Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Pub. & Distributors. Nik Safiah Karim et al. (2004). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu (1998) Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.