1. cdikum@yahoo.com
Gerakan Kesedaran
Aspek Kajian:
1. Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran
a. Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:
I. peranan golongan agama
ii. peranan perkembangan bahasa dan kesusasteraan
iii.peranan para wartawan dan akhbar
iv.peranan sistem pendidikan
v.peranan golongan intelektual
vi.peristiwa dan pengaruh luar
Peranan golongan agama:
Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah -
Mohd Abduh.
Tujuan reformasi:
· perjuangan Pan Islamisasi
· perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
· mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan
dengan agama Islam.
· Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.
· Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam
perjuangan untuk orang Melayu.
Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama
Ø Sumbangannya:
Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang
untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.
2. Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk
kesejahteraan Melayu bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi
mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak
mengatasi golongan tua.
Perkembangan bahasa dan kesusasteraan
v Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.
v Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi
menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah.
Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.
v Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu
dan MPSI.
v Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.
v Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun.
Memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.
v Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.
v Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.
v Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu
dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan
MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.
Ø Sumbangannya:
1. Menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan
bahasa Melayu.
2. Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan
melalui karya sastera.
3. Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan
taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
negara selepas merdeka.
4. Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.
3. 5. Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan
bahasa seperti PASPAM – berjuang bagi menjadikan dan
memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan.
6. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai
pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan
bangsa.
7. Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui
penggunaan Bahasa Melayu – tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali
dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.
Peranan kewartawanan dan akhbar
Perkembangan:
v Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa
Melayu. Contoh: Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri
diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumu’l Fajar,
Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan Warta Melayu di
Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman
Pengetahuan.
v Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti
Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.
v Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan
tulisan Rumi kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian –
pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff , 1975 ).
v Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai
Jawi Peranakan.
v Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah
diterbitkan dengan taburannya seperti yang berikut:
Singapura : 7 buah
Pulau Pinag : 5 buah
4. Perak : 4 buah
v Tujuan:
· Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup
mereka masa kini.
· Al-Imam sebagai pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan
perbahasan, pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat
serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada penindasan.
v Akhbar beperanan sebagai:
· Penyebar maklumat
o Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang
terbaru, menolong memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu
memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang
menempuh perubahan.
o Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran
di sekolah-sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk
belajar.
· Propaganda/Alat kebangkitan
o Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati
terhadap Sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.
· Saluran komunikasi
Ø
Ø Sumbangannya:
Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan
terhadap Malayan Union.
Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan
tanggungjawab orang Melayu dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-
Ikhwan, Saudara.
§ Menjadi gelanggang kepada sasterawan.
Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.
5. Faktor penentu bagi kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa
Melayu seperti peranan Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan
pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi penuntut sekolah
mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-
orang Melayu.
Peranan Sistem Pendidikan
v Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang agama, sosio
politik, dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan
Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh
Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.
v Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu
yang peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.
v Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati
orang Melayu terhadap layanan Inggeris.
Peranan tokoh-tokoh intelektual
Ø Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan
menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union.
Ø Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda
Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap
soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan.
Ø Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada
tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu
dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.
Ø Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan
Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Ø Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.
Ø Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat menghalang
dan melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.
6. Peranan pengaruh luar
v Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun
mengalahkan British dalam perang dunia kedua - mencetuskan bahawa
bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.
Ø Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan
Inggeris bagi kemerdekaan India pada 1947.
Ø Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta
perjuangan bangsa Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat
perang dunia kedua.
Ø Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan
pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar
untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi merangsang perjuangan dan
menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada penjajahan.
Ø Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan
dan keluhuran negara-negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis
negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan
negara lain menjajah negara lain.
Ø Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat
serta Russia. - Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu
Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat dan sekutu Russia. Perlu
bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.
Perkembangan gerakan kesedaran
Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga
peringkat seperti yang berikut:
1. Peringkat keagamaan 1906 - 1926
2. Peringkat sosioekonomi 1927 – 1937
3. Peringkat politik 1937 -1957
7. Peringkat keagamaan 1906 - 1926
Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang
mendapat pendidikan di Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh
disimpulkan seperti yang berikut:
Konsep perjuangan:
Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan
Islam serta meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.
Matlamat perjuangan:
1. Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.
2. Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.
Tujuan reformasi:
2.1 perjuangan Pan Islamisasi
2.1.1 Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan
diletakkan dalam persaudaraan Islam sedunia.
2.1.2 Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara dan
menggagalkan pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh
Inggeris.
2.2 perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
2.2.1 Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al
Quran dan Sunnah dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari
sudut politik, ekonomi, dan sosial.
2.2.2 Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan
lekangnya mereka daripada ajaran Islam yang sebenar.
2.2.3 Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang
oleh golongan tua. Hal ini menyebabkan berlakunya penerusan
kepercayaan yang bertentangan dan berlebihan dalam Islam. ( Lihat
penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan tradisi masih
8. diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema
Satu)
2.3 Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan
agama Islam.
2.3.1 Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan
wanita untuk mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak
dbenarkan untuk mendapatkan pendidikan disebabkan berpegang
kepada amalan tradisi dan adat.
2.3.2 Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak
memundurkan pemikiran orang melayu dalam mengejarkan
kesejahteraan sosio-ekonomi. Antaranya dalam sistem kerah dan
serah. Pemilikan dan penghambaan sebagai tanda taat dan setia
kepada raja. Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini menghalang
rakyat biasa dalam memperbaharui diri ke arah pemodenan.
2.4 Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.
2.4.1 Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan
sempurna. Islam pentingkan ilmu, melarang perbuatan
menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam berdasarkan tamadunnya
menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada penerokaan
ilmu. Sedangkan golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa
ke arah cara hidup Islam yang syumul. Golongan ulama tua lebih
menjurus kepada golongan pembesar/pemerintah. Tidak
mencetuskan minda dan gagal dalam pelaksanaan kejayaan
berteraskan syariat. Keadaan ini banyak bersebabkan sekular
penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua.
Perjuangan kaum muda adalah untuk menjadikan Islam sebagai satu
cara hidup seperti perjuangan Nabi Muhamad saw.
Cara penyebaran:
9. 1. Menerusi majalah dan akhbar seperti:
1.1 Al-Imam
1.2 Al-Ikhwan
1.3 Seruan Azhar
1.4 Pilihan Timur
1.5 Semangat Islam
1.6 Sekolah-sekolah pondok.
Tokoh-tokoh pejuang:
1. Sheikh Tahir Jalaluddin
2. Syed Sheikh Al Hadi
3. Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:
Gerakan Sheikh Mohd Abduh
Syed Jamaluddin Al-Afgani
Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.
Ciri-ciri perjuangan:
1. Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.
2. Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan
bangsawan.
3. Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.
Ø Kejayaan/Rintangan
1. Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok
dan mengamalkan bidaah.
2. Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama
daripada meluaskan pengaruhnya.
2.1 Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada
kebenaran.
2.2 Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan
dengan Islam.
10. 2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .
2.4 Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan
Islam.
3. Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang
berfahaman sederhana dalam pentadbiran Inggeris serta kemunculan nasionalis
berpendidikan Melayu yang bergerak untuk mendapatkan kebebasan daripada
Inggeris.
Peringkat Sosioekonomi 1927-1937
Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur
tradisi memperlihatkan perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini
memperlihat ketandusan golongan yang berteraskan sosioekonomi. Kegagalan
pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat Melayu telah
mendorong pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi
pegaruh golongan keagamaan.
1. Konsep perjuangan:
Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.
2. Matlamat perjuangan:
Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan
masyarakat lain.
Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan
secara menyeluruh sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-
peluang kepada semua golongan. Membolehkan masyarakat Melayu
menerima pendidikan tinggi.
Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih
mereka mentadbir negri.
Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :
· Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan
masyarakat Islam mendapat pendidikan dan berusaha untuk mendirikan
11. sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-Hadi membina madrasah
di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.
· Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan
kerana dengan pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan
dan taraf hidup.
· Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan,
memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab
wakil Melayu ada yang tidak faham penggunaan bahasa Inggeris.
· Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan
buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang
MPSI ditubuhkan bagi merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-
buku dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya DBP pada 1956.
· Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu
adalah dengan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga
kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh perkembangan ekonomi
yang berpihak kepada warga asing.
· Bagi menghalang orang Melayu menjadi bangsa minoriti UMNO telah
berjaya menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi
suara minoriti. Ini penting bagi surviaval bangsa Melayu yang lemah dari
aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan menguasai
kuasa politik.
3. Tokoh-tokoh
Berlatarkan pendidikan Inggeris:
· Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos
Abdullah, Ishak Hj. Muhamad
Berlatarkan pendidikan Melayu:
· Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin,
Hassan Hj. Manan.
4. Pertubuhan
12. Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah
Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil
Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan
Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan
reformis di Indonesia. Wujudkan:
Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob,
Muhamad Isa Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan:
untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Indonesia Raya.
Paspam – Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan
perpadauan melayu melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu
supaya tidak terpinggir dalam negara sendiri. Hal perjuangan bahasa ini
bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh Raja Chulan –
yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan MMP.
Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Merugikan melayu kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-
undang yang akan diluluskan.
Peringkat Politik 1937-1948
Konsep Perjuangan: Politik
Matlamat perjuangan: Kemerdekaan
Tokoh-tokoh pejuang:
Ibrahin Yaakub }membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan
dalam
Onan Haji Siraj }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak
Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.
Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang
Burhanuddin Al-Helmi }Malayan Union.
Ishak Hj Muhammad }
13. Onn Jaafar } membentuk UMNO.
Pertubuhan terlibat:
KMM Kesatuan Melayu Muda
PETA Tentera Pembela Tanah Air
MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army
PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya
API Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM
AWAS Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM
PUTERA Pusat Tenaga Rakyat
UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Strategi perjuangan:
1. Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun
· Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris.
Menuntut kemerdekaan sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus
kemerdekaan bersama Indonesia dalam Indonesia Raya.
· Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan
kepimpinan KMM dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku
perang dunia ke-2, Jepun membebaskan tahan politik. Mula era kerjasama
dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan masih menjadi matlamat, lebih-
lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang dijajah
Imperialis barat.
· Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi
Jepun sebagai alat untuk memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin
Yaakub sebagai persediaan orang-orang Melayu mendapat latihan
ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi Jepun.
Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti
MPAJA, Force 136 dan Pasukan Wataniah.
14. · Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu
dalam PETA, tetapi dalam pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai,
dan Junsa - merupakan pasukan separa tentera dan polis. Sebelum ini orang
Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan latihan keteteraan secara
professional.
· PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan
rancangan untuk kemerdekaan bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan
diadakan seperti di Taiping pada 12 OGOS 1945 antara Ibrahim Yaakub
dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila Sukarno mengistiharkan
kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim Yaakub melarikan diri
ke Indonesia.
· Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM.
PKMM bekerjasama dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan
mencadangkan Pelembagaan Rakyat, tetapi tidak diterima Inggeris.
· Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun
bersama-sama dengan Force 136 dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA
menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak Inggeris, tetapi tidak diteruskan
pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan berlaku darurat
pada 1948.
2. Bekerjasama dengan Inggeris
· Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible daripada KMM. Boleh
dibawa berunding. Antara perundingan yang dijalankan ialah perundingan
kemerdekaan, serta tolak ansur dalam Perlembagaan 1948. Dianggap
sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.
3. Penentangan bersenjata
15. · Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948
menentang Inggeris secara gerila dalam zaman darurat 1948-1960.
4. Demontrasi aman
· Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan
Union serta disokong oleh Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada
wakil Inggeris ( Harold MacMicheal ) dalam peras ugut nya meminta tanda
tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu bergabung dalam UMNO
yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan
masyarakat dan taraf keududukan orang-orang Melayu. Berjaya menggagal
Malayan Union dan tertubuh pula politik yang berteraskan pelbagai kaum -
PERIKATAN yang ditubuhkan semasa pilahanraya perbandaran Kuala
Lumpur , 1952
5. Pemboikotan
· Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor
General Malayan Union serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris
yang bekerja di Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham.
6. Kerjasama parti-parti politik
· Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-
parti UMNO, MCA, dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama
PETA, MPAJA, Force 136 dan Wataniah untuk menentang penjajahan sama
ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM dengan PNI ( Partai Nasionalis
Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk mewujudkan negara
bangsa Melayu.
16. SUMBANGAN JEPUN
Sumbangan Jepun dan Nasionalisme Tanah Melayu
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat
Tanah Melayu. Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan
sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama. Dalam hal ini aspek
nasionalisme masih menjadi satu pertikaian kepada sejarawan sama ada pendudukan
Jepun ini mencetuskan semangat nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang
mendorongnya. Dalam hal ini kita akan mengkaji akan peristiwa yang berlaku semasa
pendudukan dan kesannya serta kegiatan pentadbiran British setelah menduduki
semula Tanah Melayu.
Umum mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah memberikan
peluang kepada anak-anak tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai
pasukan keselamatan. Pasukan tersebut terdiri daripada pasukan tentera, separa
tentera, polis atau polis rahsia. Dalam hal ini institusi ketenteraan yang memberikan
peluang kepada anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA
dan Kempetai. Melalui institusi ini anak-anak Melayu ini dapat menggunakan senjata. Di
samping itu ia juga mendedahkan mereka meningkatkan semangat kesetiaan kepada
negara dan pemerintah. Umum juga mengetahui antara aspek semangat yang
didedahkan ialah semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang
terakhir. Semangat seshin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera
Jepun menikmati kemenangan. Hal ini juga dinikmati oleh pemuda-pemuda Melayu
terutama sekali mereka yang berjuang dalam PETA. Melalui PETA kita dapat
meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan mengenal erti
kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan diri.
Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan
peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan
dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang
17. Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam
zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik,
Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang
Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk
menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya
menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan
semangat dan kesedaran nasionalisme.
Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, pemerintah tentera Jepun telah
memberikan peluang pendedahan cara-cara pentadbiran kepada orang-orang
Melayu. Ramailah anak-anak Melayu menjawat jawatan penting yang sebelum ini diisi
oleh pegawai Inggeris. Dalam hal ini, ia bukan setakat melatih, tetapi mendedahkan
mereka kepada keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri.
Kekecewaan dan kepincangan Jepun akhirnya memberikan mereka kesedaran untuk
sama-sama berjuang dalam gerakan anti bawah tanah. Inilah yang mendorong mereka
untuk membantu membebaskan diri daripada belenggu Jepun dan Inggeris. Mereka
yang berpeluang untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran adalah seperti
Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato Onn Jaafar, dan Ghazali Shafie.
Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami
oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan
Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun mengwujudkan organisasi anti-
Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi
tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain
itu, pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam
menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah
laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang
bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan
meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama
kepada organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar dapar
mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh
dikatakan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran tentera Jepun.
18. Walaupun peristiwa-peristiwa ini berlaku semasa zaman pendudukan, tetapi
satu hal yang menarik ialah peristiwa selepas Jepun menyerah kalah. Dalam masa 2
minggu, Tanah Melayu tidak mempunyai pentadbiran yang sah. Untuk itu MPAJA telah
memainkan peranan penting dengan menjadi pemerintah. Oleh yang demikian ramailah
orang-orang Melayu yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Hal ini akhirnya
mendorong kebencian orang-orang Melayu terhadap MPAJA yang terdiri daripada
orang Cina. Maka wujudlah ketegangan kaum antara Melayu-Cina. Mengapakah hal ini
terjadi? Inilah akibat-akibat daripada pendudukan Jepun yang memberi kelebihan
kepada orang Melayu dan menindas orang Cina. Akibat ini akhirnya mendorong MPAJA
membalas dendam akan perbuatan orang Melayu, terutama sekali anggota PETA.
Peristiwa ini juga menjadi wadah kepada perjuangan kesedaran nasionalisme Melayu.
Apakah mereka hendak ditadbir oleh penjajah Cina pula? Hal ini menjadi satu titik
pertemuan yang mengumpulkan pemikir Melayu dan akhirnya menentang konsep
Malayan Union yang memberi kelebihan kepada orang Cina.
Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu yang
didasarkan kepada peristiwa-peristiwa semasa pendudukan Jepun dan beberapa bulan
sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British, kita juga harus memikirkan adakah ia
merupakan titik mutlak yang membangkitkan nasionalisme Melayu. Dalam perkara ini,
kita perlu fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya
dalam memberikan sumbangan ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.
Adakah nasionalisme Melayu memang telah tersedia wujud walaupun
sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu ? Mungkin kenyataan ini dapat
diperbincangkan apabila kita melihat dan dibuktikan wujud oleh sarjana akan permulaan
titik-titik permulaan kesedaran nasionalis pada awal abad ke-20 dengan wujudnya
kesedaran golongan agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan
bangsawan Melayu, serta kebangkitan kesedaran politik apabila wujudnya pertubuhan-
pertubuhan seperti KMM dan juga PKMM. Daripada kebangkitan golongan ini kita
dapati bahawa kesedaran politik dan kebangkitan nasionalis sebenarnya sudah tumbuh
dengan suburnya walaupun Jepun belum lagi menjajahi Tanah Melayu.
Dalam kita menilai keadaan ini, kita dapati bahawa tindak-tanduk British
sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit
19. bagi mencapai kemerdekaan seperti yang dilaungkan oleh KMM dan PKMM. Laungan
untuk merdeka bukan hanya berlaku setelah tertubuhnya UMNO tetapi telah dilaungkan
oleh Ahmad Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai kepimpinan Melayu
telah terpenjara dan ada yang melarikan diri ke Indonesia. Kita juga perlu menilai cita-
cita dan tujuan Ibrahim Yaakob dan PKMM untuk bergabung dengan Indonesia dalam
menjamin ketuanan Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia, dan aspek ini jugalah yang
hendak digagalkan oleh Inggeris. Peristiwa-peristiwa ini semuanya berlaku sebelum
kedatangan dan penjajahan Jepun. Para sarjana juga sedia maklum iaitu gagasan
untuk menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 juga adalah hasil daripada
keinginan Sir Cecil Clementi Smith untuk membalas dendam terhdap orang Melayu
yang tidak menyokong British dalam perang dunia ke-2. Adakah perkara-perkara yang
berlaku ini tidak menimbulkan satu kesedaran nasionalisme?
Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas
peperangan dunia ke-2. Perubahan-perubahan besar dari aspek tonggak kuasa besar
dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS dan USSR, perubahan dalam PBB,
kebangkitan komunis dan permusuhan AS-USSR dalam perang dingin juga merupakan
satu aspek di mana semakin melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM
HUBUNGAN JEPUN - ASIA TENGGARA
Hubungan Jepun - Asia Tenggara 1945-1952
1. Tidak ada hubungan. Sebab:
i. Keadaan kucar kacir dalam politik Jepun. AS menguasai
pentadbiran dengan diperintah oleh Jeneral MacArthur.
ii. AT sendiri tidak mahu membuat hubungan dengan Jepun kerana
angkara Jepun dalam perang. Rosakkan nilai masyarakat dengan
pelakuan kejam dari aspek sosial dan ekonomi.
20. 2. Perbincangan mengadakan hubungan diadakan pada akhir 1951 dan selepas
termetrinya perjanjian San Francisco.
Dalam konteks negara Indonesia perundingan pembayaran pampasan
diadakan sekitar tahun 1952 dan berakhir akhir 1957. Berakhir dengan termtrinya
hubungan diplomatik dan perdagangan.
Tumpuan Utama Dasar AS
1. Menyekat pengaruh komunis daripada menular ke negara AT.
Penjalaran Perang Dingin antara blok Barat dan Timur dengan pengaruh
komunis yang diakibatkan daripada dasar-dasar imperialisme dan kapitalisme
yang merugikan golongan proleteriat dan kebencian kepada kuasa penjajah.
2. Tumpuan kepada pembangunan AT. Sebab:
i. Wujudnya teori Domino yang diasaskan oleh komunis antara bangsa untuk
kuasai setiap buah negara AT dan Caucasia.
ii. AT mempunyai sumber bahan mentah yang boleh menjadi asas kepada
pembangunan semula ekonomi Jepun.
iii. AT merupakan tempat pelambakkan barang-barang keluaran Jepun dan
pasaran utama barangan tersebut.
iv. AT ialah kawasan yang giat dengan perjuangan kemerdekaan dan
perlukan pembangunan supaya tidak terpengaruh dengan ideologi komunis.
v. AS cuba cari pengaruh untuk menjadi sebuah kuasa pelindung di AT.
Berjaya dengan adanya pangkalan tentera di Thailand, Fillipina - Pangkalan
Udara Clarke dan Pangkalan Laut di Teluk Subic, Vietnam Selatan di Teluk
Cam Ranch.
Pemikiran AS Cara Jepun Boleh Diselamatkan
1. Memberikan bantuan kewangan kepada Jepun untuk pertingkatkan syarikat
dan perdagangan Jepun. Cara ini Jepun boleh menyelesaikan bayaran
21. pampasan yang dituntut. Bayaran pampasan yang perlu dibayar oleh Jepun
kepada negara yang menuntutnya ialah sebanyak US1,152 juta.
2. Mengguna Jepun dengan menjual barangan Jepun yang murah ke AT yang
menjadi pasaran utama dan mendapatkan bahan mentah untuk industri Jepun.
3. Pulihkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Jepun dengan AT.
Kesannya dalam konteks negara Indonesia lebihan dagangan Jepun secara
purata meningkat sebanyak 89% jika dibandingkan dengan bayaran pampasan
sebanyak 11% dari tahun 1958 hingga 1970.
Birokrasi Di AS Yang Menentukan Dasar Terhadap Asia
1. Jabatan Pertahanan ( Pentagon )
a. Memberi bantuan senjata kepada negara AT seperti kepada Fillipina,
Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja terutama semasa perang Indo Cina.
b. Mengadakan perjanjian pertahanan.
c. Memberi bantuan ekonomi.
2. Jabatan Negara ( State Department )
a. Bantuan tingkatkan ekonomi dan perdagangan AT.
b. Bantuan memperkembangkan semangat nasionalisme berteraskan
demokrasi dan kapitalisme.
c. Bersifat sederhana.
Dalam perlumbaan menentukan dasar Jabatan Pertahanan lebih berjaya daripada
Jabatan Negara.
Peristiwa selepas 1950an.
1. Perang Indo Cina.
2. Perjanjian San Francisco 1951. Antara kandungan perjanjian:
a. Bayaran pampasan kepada negara yang diduduki Jepun.
22. b. Jepun tidak boleh menubuh angkatan tentera untuk tujuan peperangan
tetapi hanya dibenarkan penubuhan tentera pertahanan negara sahaja.
3. Kembalinya pemerintahan negara kepada Jepun pada tahun 1952 dan
pengunduran MacArthur.
Pampasan dan negara AT
1. Negara AT terpaksa menerima. Sebab:
a. Ekonomi negara yang mundur. Indonesia berhutang dengan Belanda >
US1 billion, daripada Jepun US170 juta.
b. Kebanyakan negara menuju kemerdekaan dan memerlukan wang untuk
membangunkan negara. Indonesia dalam rancangan 8 tahun memerlukan
US 1 billion ( 1961-1968 ).
v Hubungan Diplomatik dan Penerimaan Pampasan
Diplomatik Pampasan Jumlah
Indonesia 14 April 58 20 Jan.58 US 400 juta
Burma 1954 US 200
juta
Fillipina 1956 US 550 juta
Faedah Daripada Pampasan Kepada Negara Penerima
Terlalu sedikit faedahnya. Sebab: ( Dilihat dalam konteks negara Indonesia.)
1. Projek ilham Sukarno membawa sedikit faedah kepada negara. Antara
projeknya ialah:
a. 4 buah Hotel Besar ( Hanya Hotel Indonesia yang bawa pulangan yang
baik. Lagi tiga hotel pulangannya hanya 20-30% sahaja.)
b. Sarinah Departmental Store.
23. c. Wisma Nusantara 29 tingkat. Kos pembinaan US5.8 juta. Hanya
sebagai gajah putih. Tidak membawa faedah kepada rakyat.
2. Dalam masa 12 tahun hanya 26 projek besar telah dirancangkan dengan
peruntukan sebanyak US 77.63 juta. Sebahagian besar daripadanya tidak siap.
Jumlah projek melalui wang pampasan ialah 36 buah. Yang siap 25 sahaja. 7
daripadanya tidak berjalan dengan betul dan cekap. 9 projek lagi dalam keadaan
sederhana dan hanya 9 sahaja yang membawa pulangan yang berfaedah
kepada rakyat. Antaranya:
a. Jambatan Sungai Musi - siap pada tahun 1965 dengan kos US 11.782
juta. Kesannya masa perjalanan dipendekkan daripada 1 jam kepada 10
minit sahaja.
b. Projek terowong kawalan air Neyama. Bertujuan mengawal air daripada
membanjiri kawasan pertanian dan kawasan rendah Sungai Berantas. Projek
dicadangkan pada zaman Belanda tetapi disiapkan pada zaman pendudukan
Jepun. Walaupun begitu terowongnya tersumbat dan pembinaan semula
dijalankan melalui wang pampasan. Kosnya 1.972 juta US siap pada tahun
1961. Kesannya, 3000 hektar tanah pertanian selamat daripada banjir
dengan membawa pulangan 2 juta US.
c. Projek 3K - Sungai Karankates, Sungai Konto dan Sungai Kanan.
Pembinaan loji elektrik hidro, bekalan air, pengairan dan kawalan hakisan.
Siap pada tahun 1970. dan 1972.
2.1 Projek-projek yang gagal .
a. Kilang kain. Sebanyak 17 buah dibina. 8 dengan bantuan
Jepun dan 4 daripada dibina melalui wang pampasan. 4 buah
kilang ini hanya memproses 17% spindles sahaja.
b. Kilang kertas. Daripada 7 buah dibina 4 dengan biayai
wang pampasan. Dijangka memproses 80 tan kertas sehari tetapi
menurunkan pengeluaran kepada 3 tan sahaja pada tahun 1969.
Kilang di Kalimatan tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan
kerugian sebanyak US 1,919,000.
24. 3. Program latihan dan biasiswa tidak mengikut rancangan asal.
Dalam rancangan, 500 pelajar akan dihantar ke Jepun dalam masa 5 tahun
dan 1,750 belia untuk latihan vokesynal dan teknikal di pelbagai jabatan kerajaan
serta syarikat swasta.
Yang menjadi kenyataan hanya 378 pelajar dan 474 belia yang dihantar.
Sebabnya:
a. Kewangan program ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti
perbelanjaan kedutaan Indonesia di Jepun.
b. Pemilihan peserta lebih condong kepada fahaman politik dan
persaudaraan.
c. Rancangan ini berjaya dari sudut politik tetapi gagal dari sudut ilmu
pendidikan.
Sebab Kegagalan Projek
1. Ketidak cekapan kerajaan dan kelemahan dalam pengendalian projek-projek
yang siap serta penyelenggaraan yang buruk untuk kelengkapan pengangkutan.
2. Masalah politik dalaman Indonesia. Rampasan kuasa 1965 dan pertelagahan
antara Masjumi dan PNI.
3. Penggunaan wang pampasan untuk bayar kembali hutang luar negara pada
1965-1970 sebanyak US81.7 juta, dengan interest US 94.76 juta. Banyak
mengganggu projek yang dicadangkan.
4. Pelan-pelan rancangan untuk pembangunan menerusi biayai wang
pampasan tidak lengkap, lambat dan tidak tepat waktu siapnya. Cth: Pelan
rancangan 1958 hanya dapat disiapkan pada 8 Mac 1959.
Faedah Yang Didapati Oleh Jepun
1. Pemulihan hubungan dengan AT.
2. Peningkatan ekonomi Jepun dan perkembangan perdagangan Jepun.
25. a. Dapat menyimpan simpanan wang asing yang banyak. Pada 1960
sebanyak US 1,824 juta. Yang dibayar sebagai pampasan hanya US 7.5 juta
atau 0.4% daripada simpanan wang asing.
b. Pembayaran pampasan merangsang pembangunan industri dalam
negeri Jepun kerana mereka tidak terhalang untuk mengekspot barangan ke
negara AT berdasarkan perjanjian yang ditanda tangani.
Contoh: Perdagangan Jepun Indonesia.
Purata bayaran pampasan selama 12 tahun: US 18.56 juta @ 11%.
Ekspot Jepun ke Indonesia: US 146.48 juta @ 89%
Ekspot barangan berat: US 81.01 juta.
Simpanan wang asing Jepun 1960 US 1,824 juta.
Purata simpanan wang asing Indonesia 12 tahun: US 41.85 juta.( 1958-
1970 )
Purata Impot Indonesia: US 642 juta.
PENDUDUKAN JEPUN DAN EKONOMI TANAH MELAYU
Ruang lingkup perbincangan:
1. Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun
2. Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun
3. Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu
4. Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu
Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun
1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat simpanan
senjata.
26. 2. Menyediakan sumber bekalan tentera.
3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun.
Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun
1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan
Dasar Bumi Hangus dengan membakar semua gudang-gudang simpanan
makanan, terutama beras.
2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya untuk membaiki
semula keranan kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang
pembangunan pertanian.
3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana
dihalang oleh tentera berikat.
Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh
pergerakan bawah tanah seperti MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan
makanan Jepun.
4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal.
Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya empat buah
lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah,
1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit dan arang batu, tidak ada aktiviti
dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong yang menjalankan
setiap aktiviti perlombongan.
Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada
4 buah pada 1946.
5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu
dengan menjalankan tanaman di halaman rumah.
Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.
6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan.
Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.
7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada
askar dan pekerja-pekerja Jepun.
27. 8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini
berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:
a. Nilai wang terlalu rendah
b. Peningkatan kadar inflasi
c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.
9. Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi
dengan hukuman yang berat.
10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Lihat Jadual:
TAHUN 1939 1941 1946
BILANGAN 4206 1765 429
Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu
1. Dasar pembangunan Ekonomi:
Matlamat utama : a. Memastikan bekalan makanan mencukupi.
b. Mengurangkan kadar inflasi.
c. Merendahkan harga barangan
Langkah-langkah yang diambil:
1.1 Dasar Kewangan
a. mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.
b. meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk
Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00
sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing
$200.00 sahaja.
c. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat
kelulusan daripada District Tresurer for Payment.
d. Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.
28. e. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal
pengeluaran wang.
1.2 Dasar Pertanian
a. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk
menggerakkan aktiviti pertanian.
b. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.
c. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk
kanak-kanak serta sati kati gula pasir.
d. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.
e. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan
pertanian secara komersial seperti yang berikut:
I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya
selepas Oktober 1943.
ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.
iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung,
keledek atau ubi.
iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan
kelapa selepas Oktober 1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00
setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang menanam dengan padi
huma akan diberi sebanyak $10.00.
1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan
a. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.
b. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service
Consumer’s Association bagi membantu kakitangan kerajaan memperoleh
sumber makanan.
c. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan
Pengawal Makanan bagi menentukan pengedar menjualkan makanan
kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun.
29. d. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman
bunuh selain mengharamkan aktiviti orang tengah.
1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.
a. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.
b. Peningkatan penyakit dan kematian.
c. Kekurangan ubatan dan zat makanan.
d. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-
masing.
e. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.
Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu
Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk
membangunkan ekonomi Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan
kegagalan tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun. Dari sudut
dasar yang diambil sememangnya Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan
ekonomi, tetapi dari sudut kajayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh
dikaitkan dengan sumbangan cemerlangannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan
keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan Jepun pada Disember
1941.
Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke
belakang. Hal ini kerana dari sudut matlamat sahaja Jepun tidak berusaha untuk
menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di
Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam
mementingkan bekalan makanan mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi
Tanah Melayu sebagai pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi
ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah Melayu semasa zaman pendudukan
Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang dilombong di Johor sebagai perbandingan )
30. Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan
ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan
ubi. Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia
membangkitkan rasa kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan
Melayu telah diserahkan kepada orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini
masih lagi tidak mencukupi kerana sehingga penyerahan kalah Jepun
masyarakat Tanah Melayu masih lagi menghadapi kekurangan makanan, terutama
masyarakat bandar.
Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak menghargai
wang. Nilai wang telah jatuh begitu teruk. Perkara yang penting ialah bagaimana
mereka dapat mengisikan perut dengan makanan. Lagipun mereka tidak mempercayai
sah laku wang Jepun yang dicetak secara berleluasa sehingga ada yang tidak
mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat
menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan wang, dan nilai wang yang diragui
menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera Jepun akan
mencetak wang tanpa kawalan.
Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:
1. Banyaknya peluang pekerjaan.
Semasa zaman pendudukan Jepun keadaan ini disebaliknya. ( Rujuk
jadual taburan pekerjaan ).
2. Kemakmuran bekalan
a. bahan makanan
b. kemudahan asas
c. pakaian dan bahan keperluan harian
d. taraf kesihatan
e. kadar kematian dan hidup
Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu
31. 3. Tiadanya atau kurangnya aktiviti kecurian, penyorokan, dan penipuan oleh
pengedar.
4. Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan dibuktikan
dengan adanya kad-kad catuan makanan bagi setiap ahli keluarga.
5. Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam zaman
Jepun wang tidak bernilai kerana tidak terdapat bahan yang boleh dibeli.
6. Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada ekonomi
sara diri, kerana Jepun lebih menggalakkan petani menanam tanaman
makanan . Mereka yang berbuat demikian diberi imbuhan dan bantuan.
Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk memberi laluan tanaman
makanan.
Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana
ekonomi Tanah Melayu dan ini merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya
ditentang oleh masyarakat pribumi.
MALAYAN UNION
Ruang lingkup Kajian
1. Isi perlembagaan
2. Sebab digagaskan Malayan Union
3. Reaksi dan Sambutan
4. Proses pembentukan Malayan Union
5. Kesan terhadap orang Melayu
6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union
1. Isi Perlembagaan
32. 1.1 Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu, negeri-negeri Selat
, termasuk dalam kesatuan kecuali Singapura.
1.2 Kewarganegaraan dalam Malayan Union diberikan kepada syarat berikut:
a) Setiap imigran yang menetap di Tanah Melayu antara 10 daripada 15
tahun
b) Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas gagasan Malayan Union
layak menjadi warganegara.
c) Selepas gagasan mereka yang masuk ke Tanah Melayu boleh menjadi
warganegara setelah tinggal selama 5 tahun.
1.3 Pemusatan kuasa kepada tangan kerajaan pusat. Kerajaan negeri dan sultan
tidak mempunyai sebarang kuasa.
1.4 Penubuhan Majlis Penasihat Melayu dengan dipengerusikan oleh Sultan bagi
membincangkan hal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.
2. Sebab/Motif gagasan MU
2.1 Untuk menghukum bangsa Melayu yang tidak membantu Inggeris menentang
Jepun dan membalas jasa bangsa Cina yang banyak membantu Inggeris.
2.2 Pegawai British bimbang dengan cadangan beberapa pemimpin Melayu yang
hendak bergabung dengan Indonesia. Kesannya akan terbentuk negara yang
berteraskan Melayu.
2.3 MU beri kecekapan dalam pentadbiran dengan menggabungkan semua
negeri Melayu menjadi satu entiti politik. Hasilnya kecekapan dalam
pentadbiran dan meningkatkan kemajuan ekonomi serta pertahanan serta
kesamaan dalam kewarganegaraan bagi persediaan untuk bekerajaan sendiri (
Hall, 1987 )
2.4 Membolehkan British mengawal dan menjaga kepentingan ekonominya di
Tanah Melayu. Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah untuk
membangunkan British selepas hancur dalam perang dunia kedua.
3. Reaksi dan Sambutan
33. 3.1 Timbul kekhuatiran dan kesangsian terhadap kejujuran Inggeris.
3.1.1 Sebab timbul kekhuatiran.
a. Pelaksanaan MU menghilankan hak istimewa orang Melayu terutama
dalam hal kuasa Raja dan perkhidmatan pentabiran awam Tanah
Melayu
Hak- hak istimewa Melayu yang mungkin hilang
I. Hak dalam pentadbiran
a. Keistimewaan dalam perkhidmatan awam ( Malayan Civil Service
)
b. Bantuan pendidikan Melayu - MCKK dan MPSI
c. Perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh gabenor belum
tentu memberikan keadilan kepada bangsa Melayu.
ii. Hak dalam ekonomi
a. Khuatir mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu
b. Hilang keistimewaan untuk memperoleh tanah-tanah kerajaan
c. Menjadikan orang Melayu kelas kedua.
b. Khuatir akan kesan-kesan negatif daripada pelaksanaan MU seperti
kerakyatan yang menjadikan orang Melayu golongan minoriti. ( Lihat
lain-lain kesan dalam perkara 5 )
c. Tidak bersetuju dengan motif penubuhan MU yang menyatakan orang
Melayu tidak membantu Inggeris menentang Jepun. Ini memberi pelung
kepada kaum Cina untuk mengambil alih peranan pembesar Melayu.
3.2 Membantah dan melancarkan demontrasi aman
3.3 Memboikot perlantikan gabenor MU
4. Proses pembentukan Malayan Union
4.1 Sir Harold Mac Michael ditugaskan untuk mendapatkan tanda tangan sultan-
sultan Melayu dengan paksaan. Jika enggan diturunkan takhta dan dituduh
bersubahat dengan Jepun
34. 4.2 Sultan tidak diberi peluang untuk berunding dengan penasihat serta ahli
Majlis Mesyuarat Negeri.
4.3 Sultan tidak dibenarkan melihat kertas putih mengenai gagasan MU kerana
British telah mengambil pengajaran daripada peristiwa sentralisasi iaitu tedapat
bantahan daripada pembear-pembesar Melayu mengenai kuasa dan
kekuasaan Raja dan orang Melayu.
5. Kesan terhadap orang Melayu
5.1 Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang Melayu dan
mereka menjadi bangsa majoriti.
5.2 Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan menghilangkan
hak istimewa Melayu serta menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan
kemajuan antara Melayu dan bukan Melayu. ( Lihat dalam kehilangan hak
Melayu dalam ekonomi dan politik ).
5.3 Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama Islam dan
adat istiadat Melayu diambil alih oleh Gabenor Malaya Union. Sebagai
contohnya perkara tentang zakat fitrah dibincangkan bersama dan mesti
mendapat kelulusan daripada gabenor.
5.4 Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.
5.5 Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.
5.6 Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan boleh
menjejaskan kepentingan orang Melayu Singapura.
5.7 Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa dalam
menentukan arah perjalanan pentadbiran negeri-negeri Melayu.
5.8 Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam UMNO serta gandingan
tangan antara UMNO dan Raja-raja Melayu.
5.9 Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja supaya bertindak
mengikut kemahuan orang-orang Melayu. Ini menunjukkan kematangan dan
kesedaran yang tinggi dalam membangkitakan rasa nasionalisme Melayu di
Tanah Melayu.
35. 6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union
6.1 Menghantar memorandum kepada pejabat kolonial oleh Sultan Perak dan
mengadu sikap Sir Mac Michael.
6.2 Sultan Kedah menghantar telegram ke London membantah cara baginda
dikehendaki menandatangani perjanjian MU
6.3 Membawa kes ke mahkamah dengan melantik peguan John Foster.
6.4 Membuat petition kepada Raja England.
6.5 Membekalkan maklumat kepada bekas pegawai dalam MCS untuk
berkempen di London. Antaranya oleh Sir Frank Swetteham.
6.6 Adakan kempen di akhbar-akhbar di London terutama dalam London Times.
6.7 Sultan tidak mengakui tanda tangan yang diturunkan dan menarik balik
persetujuan.
6.8 Pemboikotan pelantikan gebenor MU - Edward Gent dan Malcolm MacDonal
sebagai Gabenor General oleh pembesar-pembesar, sultan dan rakyat Tanah
Melayu.
6.9 Penganjuran demontrasi aman, berkabung, dan penyatuan Melayu dalam
UMNO.
6.10 Menggagaskan terma baru MU dan fungsinya seperti perlembagaan 1948.
6.11 Menghantar pemimpin Melayu ke London untuk menjelaskan penentangan
dan rasa tidak puas hati terhadap cara Mac Michael.
6.12 Persatuan Melayu Johor tidak mengakui Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor
kerana telah melanggar Fasal 15 Undang-undang Tubuh Negeri Johor - iaitu
Raja tidak boleh membuat sebarang perjanjian tanpa mendapat persetujuan
Majlis Mesyuarat Negeri. Jika tidak perlakuan itu pecah amanah dan boleh
dihukum.
6.12 Sultan Selangor membantu Kesatuan Melayu Selangor dari segi kewangan
dan moral.
7. Sebab kegagalan MU
7.1 Tidak ada sokongan daripada orang-orang Melayu
7.2 Konsep yang tidak menguntungkan Melayu
36. 7.3 Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin: Komunis -
Kapitalis dan bantahan Russia terhadap penubuhan MU- memperlihatkan
wujudnya unsur regim lama sebelum perang dunia ke-2. Ini melanggar piagam
PBB yang hendak memberikan kemerdekaan kepada negara-negara yang
berkemampuan berbuat demikian.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Ruang lingkup kajian
1. Isi perlembagaan
2. Kesan , keistimewaan, dan pembandingan dengan Malayan Union.
Perbincangan
1. Isi perlembagaan
1.1 Raja dikembalikan hak kedaulatan negeri dan berkuasa memerintah dengan
syarat mesti mengikut nasihat Inggeris seperti sebelum MU.
1.2 Singapura masih kekal berasingan dan dijadikan crown colony.
1.3 Konsep kesatuan digantikan dengan persekutuan dengan diketuai oleh
seorang Pesuruhjaya Tinggi, Majlis Undangan dan Majlis Kerja. Majlis Kerja
terdiri daripada beberapa orang pegawai rasmi dan selebihnya diplih daripada
pelbagai peringkat bangsa yang menjadi ahli tidak rasmi. Majlis undangan
terdiri daripada 15 orang pegawai rasmi dan 61 orang tidak rasmi yang
dipecahkan kepda kuantiti berikut;
a) Melayu 31 orang
b) Eropah, Cina, India ,dan Nasrani 30 orang.
1.4 Syarat kewarganegaraan bertambah ketat dengan syarat berikut:
a) Syarat tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima belas tahun
semasa tempoh dua puluh lima tahun sebelumnya.
37. b) Mengakui mengenai penempatan kekal dan berkebolehan berbahasa
Melayu atau Inggeris.
2. Kesan dan keistimewaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 banyak mencorakkan keistimewaan kepada
orang-orang Melayu. Aspek-aspek keistimewaan ini dapat dilihat daripada aspek-
aspek yang berikut:
2.1 Menentukan orang-orang Melayu masih menjadi warganegara yang majoriti
dan ini memperlihatkan orang-orang Melayu masih menguasai politik negara.
Keadaan ini berbeza dengan kedudukan orang Melayu dalam perlembagaan
Malayan Union, jika MU diteruskan oleh British.
2.2 Penguasaan politik ini dapat dilihat melalui penguasaan kuasa dalam Majlis
Kerja dan Majlis Undangan. Jika dibandingkan dengan MU, orang-orang Melayu
tidak menguasai kuasa perundangan sebaliknya ia tertumpu kepada orang-
orang bukan Melayu dan British. ( Lihat perkara 1.3 sebagai hujah tambahan ).
2.3 Kedaulatan raja-raja Melayu terjamin dan ini memastikan kedudukan adat
istiadat Melayu dan urusan agama Islam masih ditadbirkan oleh orang-orang
Melayu. Aspek ini walaupun ditekankan dalam MU, tetapi pelaksanaannya raja-
raja Melayu tidak berkuasa. Ini menyebabkan urusan pentadbiran agama
dijalankan oleh Gabenor Malayan Union. Secara khususnya maruah dan
kesucian agama tidak tercemar dengan penguasaan raja dalam aspek ini.
2.4 Kuasa raja bukan setakat terbatas dalam pentadbiran agama, tetapi dalam
menentukan kuat kuasa undang-undang yang digubal oleh Majlis Kerja. Tanda
tangan dan pandangan serta persetujuan raja penting bagi mengesahkan
penggubalan undang-undang. Jika tidak, undang-undang yang digubalkan tidak
boleh dikuatkuasakan. Keadaan ini tidak berlaku dalam perlembagaan MU, di
mana kuasa menentukan kuat kuasa undang-undang terletak pada Majlis Kerja
dan gabenor sahaja.
2.5 Perlembagaan ini menjadi asas kepada perubahan-perubahan dan
perkembangan perlembagaan seperti pelaksanaan Sistem Ahli, pilihanraya
bandaran 1955, dan kewujudan perlembagaan PTM yang merdeka. Aspek-
38. aspek ini memberi peluang kepada orang-orang Melayu mendapatkan latihan
pentadbiran bagi bekerajaan sendiri dan akhirnya mencapai kemerdekaan.
2.6 Perlembagaan 1948 juga mengakui kedaulatan Bahasa Melayu yang
akhirnya menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan walaupun perkara ini
menjadi bahan tolak ansur dengan kepimpinan bukan melayu dalam parti
Perikatan. Hal ini dapat diperhatikan dalam pemberian taraf kewarganegaraan
yang menghendaki orang-orang bukan Melayu boleh bertutur dalam bahasa
Melayu sebelum mereka diiktiraf menjadi warganegara Tanah Melayu. Yang
penting dalam hal ini ialah penerimaan Inggeris untuk mengiktiraf bahawa
semua warga Tanah Melayu mesti boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika
dilihat dari aspek bahasa perkara ini tidak menjadi asas penting kepada
penerimaan seseorang individu untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.
2.7 Jika dilihat dari sudut syarat-syarat kewarganegaraan PTM 1948 lebih
menjaga kepentingan Melayu dan menjadikan orang Melayu kaum majoriti. Hal
ini kerana bagi orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara
dikehendaki melalui syarat yang ketat tidak seperti yang ada dalam Malayan
Union.
DARURAT 1948 – 1960 dan PERKEMBANGAN PKM
Ruang lingkup kajian
1. Sebab berlaku darurat dan pemberontakan senjata oleh PKM.
2. Langkah dan tindakan mengatasi.
3. Kesan kepada masyarakat.
4. Kegagalan perjuangan PKM dalam darurat.
1. Sebab-Sebab Berlakunya Darurat
39. 1.1 Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British
terhadap PKM
1.1.1 Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM
mempengaruhi kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke
dalam MU serta penolakan British terhadap gagasan MDU dalam
gabungan AMCJA-PUTERA untuk menggantikan perlembagaan
MU dengan perlembagaan Rakyat.
1.1.2 Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan
organisasi politik yang membentuk PMCJA dan kemudian
bergabung dengan PUTERA digunakan oleh PKM untuk
menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan
masyarakat serta penggunaan kesatuan buruh seperti GLU
kemudian diluaskan ke seluruh Tanah Melayu dengan nama baru
PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi mewujudkan kekacauan dan
melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu dan
Singapura. Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-
undang Buruh dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan
perlu bekerja dalam bidang kesatuan tersebut.
Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan
undang-undang seperti Trepass Law yang melarang pemimpin
buruh daripada menemui , berucap dan mengorganisasikan
pekerja-pekerja.
Begitu juga semua keatuan buruh perlu didaftarkan bagi
memudahkan kerajaan mengawal pergerakan dan tindakan
kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan Persatuan 1947
dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi
Ordinan Persatuan dengan melarang kesatuan sekerja
40. mencarumkan yuran keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu,
Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.
Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:
a) Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan
pekerja buruh.
b) Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan
kesatuan buruh bukan lagi dibawah telunjuk PKM.
c) Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi
menyebabkan PKM kehilangan satu cara bagi mencari kader-
kader baru. Ini boleh menyekat perjuangan komunis.
d) PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-
kesatuan yang berlainan iktisas dilarang daripada bergabung
menjadi persekutuan dan ini melemahkan juga kekuatan
PMFTU.
e) Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan
kegagalan strategi Barisan Bersatu dan jalan lain bagi
menghidupkan pengaruh dan matlamat PKM ialah
penentangan bersenjata.
1.1.3 Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota
MPAJA meletakan senjata dan seterusnya tidak mengikiraf
perjuangan MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah Melayu.
1.1.4 Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana
komunis cuba mempergunakan golongan nasionalisme bagi
mendapatkan pengaruh dan menyebarkannya. Dalam aspek ini
kegagalannya dapat dilihat apabila British meminta MPAJA
meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang
41. menyembunyikan kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu
organisasi yang dicurigai British.
1.2 Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas
perang dunia kedua.
1.2.1 Berikutan daripada Perseidangan Pemuda Calcutta dan
persidangan parti Komunis India di Calcutta dikatakan sebagai
pencetus kepada idea pemberontakan . Ini berikutan daripada
pertemuan antara Chin Peng dengan wakil PKC yang
menggalakkan PKM melakukan pemberontakan.
Lagipun persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang pro
komunis iaitu WFDY – World Federation of Democratic Youth dan
IUS – International Union of Student.
1.2.2 Berlakunya perubahan perkembangan politik antarabangsa
yang menyaksikan pertentangan antara golongan komunis dan
kapitalis ataupun perseteruan antara AS dan Russia. Hal ini dapat
dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat
pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun,
dan Asia Tenggara dengan banyak memberikan bantuan
kewangan kepada negara-negara ini, terutama negera-negara
Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi mereka. Hal ini dapat
dlihat daripada rancangan Truman Doctrine dan Marshall
Plan. Bagi Komunis pemulihan ekonomi ini boleh menghalang dan
menghancurkan cita-cita mereka bagi mengkomuniskan dunia.
Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat
kesungguhan British memulihkan keadaan yang teruk semasa
pendudukan Jepun. Bagi menyelesaikan masalah, PKM
42. dikatakan mendapat arahan daripada Moscow bagi melancarkan
penentangan bersenjata.
1.2.3 Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti
Komunis Australia yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno
Keempat Jawtankuasa Pusat PKM yang mengkritik dasar yang
dijalankan oleh PKM dan pandangan Zhadanov yang menyatakan
dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan
komunis. Berikutan daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah
memutuskan bahawa bagi mencapai kemerdekaan ia perlu
dijalankan dengan cara Perang Revolusi Rakyat dan PKm adalah
pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada serah diri
kepada perjuangan yang lebih militan, dan disiplin dalam PKM
perlu diperketatkan lagi.
1.2.4 Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi
Komunis antarabangsa mendapatkan pengaruh dan tempat di
kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah bagi menghalalkan
perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini
apabila British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan
PKM dalam keadaan terdesak. Ia akhirnya dinasihatkan untuk
menukarkan cara perjuangan ke arah penentangan bersenjata
sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat bagi penerimaan
konsep demokrasi dan kapitalis.
2. Langkah-langkah mengatasi.
Tindakan yang diambil oleh British seperti:
2.1 Rancangan Brigg
2.1.1 Memindahkan dan menempatkan semula penduduk setinggan dan
pinggir hutan ke kampung-kampung baru yang mempunyai kawalan
43. keselamatan yang lebih terjamin. Hal ini bertujuan komunis daripada
mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk ini seperti bantuan
makanan, maklumat, senjata, dan anggota baru.
2.1.2 Gerakan ini juga memutuskan perhubungan antara barisan
depada dan institusi Min Yuen yang menjadi pembekal maklumat dan
saraan kepada barisan depan komunis.
2.2 Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )
2.1.1 Bagi menyekat pemberontakan komunis kerajaan British telah
merekrut seramai 25 ribu polis biasa dan 24 ribu polis khas. Kejayaan
terpenting ialah wujud pasukan polis cawangan khas yang menjalankan
operasi mereka melalui gerakan internal-subversion, internal revolution,
dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan
seorang agen komunis yang bernama Lee Meng, merupakan seorang
orang penting Chin Peng dalam menerima dan mengutuskan utusan
daripada unit rahsia komunis.
2.3 Teknik Perang Urat Saraf
2.3.1 Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer dikenali dengan
Operasi Perang Urat Saraf dengan tujuan mempengaruhi hati dan
pemikiran masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada. Dasar ini
merupakan satu dasar Mao yang tidak dipatuhi oleh PKM. Ini diambil
peluang oleh Templer bagi melancarkannya terhadap PKM.
2.3.2 Antara tindakan yang diambil ialah dengan meancarkan voice
aircraft iaitu rakaman suara bekas-bekas komunis yang telah menyerah
diri serta menggugurkan risalah supaya gerila komunis menyerah diri.
Selain itu tindakan beliau mengistiharkan Safe Conduct Passes, iaitu
satu cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan kesihatan
yang baik kepada mereka yang meyerah, dan Reward Pardon , iaitu
satu langkah memberikan hadiah kepada penduduk yang membantu
kerajaan untuk menangkap Komunis atau berjaya memujuk komunis
untuk menyerah diri.
44. 2.3.3 Melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk
supaya menyokong kerajaan , jika tidak , meraka akan
dikenakan collective punishment iaitu dengan menutup kedai-kedai dan
menambahkan masa perintah berkurung.
2.3.4 Templer juga mewujudkan kawasan hitam dan putih bagi
menggalakkan masyarakat membantu kerajaan dan mendapat
kehormonian hidup dan bebas daripada perintah berkurung.
2.3.5 Selain itu Templer juga mempekenalkan kada pengenalan,
menambahkan peratusan orang cina untuk mendapatkan
kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special
Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi
menentang PKM, membentuk Good Citizen Committee- menjalankan
perang saraf dan perarakan anti komunis, dan Templer juga
menjalankan kegiatan lawatan ke hospital, mendidirkan dewan orang
ramai, dan mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat.
2.4 Tawaran penyerahan diri dan pengampunan
2.4.1 Penyerahan pertama semasa diadakan runding Baling pada tahun
1955 Tunku Abd Rahman menawarkan pengampunan kepada ahli PKM.
Tawaran tersebut dibebaskan dan diampunkan daripada tuduhan
membunuh dan mereka yang masih berpegang pada fahaman komunis
akan dihantar ke Cina.
2.4.2 Tawaran kedua di tawarkan pada tahun 1957 semasa negara
mendapat kemerdekaan dan dijanlankan selama 8 bulan dengan
kaedah tawaran yang sama.
2.5 Menambahkann kekuatan angkatan bersenjata dan polis.
2.5.1 Penubuhan Home Guard dan pembekalan senjata-senjata terkini
telah banyak membantu kerajaan British menentang komunis dengan
mengawal kampung-kampung. Pasukan askar melayu diperbesar
daripada 4 batalion kepada 6 batalion. Pasukan tentera udara ditambah
dengan satu skuadran penggempur. Pasukan tentera laut pula
menyerang kedudukan komunis di pinggir-pinggir sungai. Pasukan
45. tentera ini juga mendapat bantuan daripada pasukan polis Palestin
dan Force 136.
2.6 Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan
kasatuan sekerja.
2.6.1 Setiap kesatuan buruh dikehendaki mendaftarkan pertubuhan
mereka kepada pendaftar pertubuhan.
2.6.2 Kepimpinan kesatuan hendaklah mereka yang bekerja dalam
bidang kesatuan yang diwakili.
2.6.3 Kepimpinan yang telah didakwa dan didapati bersalah tidak
dibenarkan memimpin kesatuan sekerja.
3. Kesan terhadap masyarakat
3.1 Mewujudkan satu perikatan parti-parti politik yang memperjuangkan
kepentingan bersama – Parti Perikatan, gabungan UMNO, MCA, dan MIC.
3.2 Menampakkan pertelagahan kaum antara Melayu – Cina. Semasa darurat
ramai orang-orang Melayu telah dibunuh oleh PKM sebagai membalas dendam
terhadap mereka kerana menyokong Jepun. Hal ini terutamanya dihadapi oleh
bekas anggota PETA dan PUTERA.
3.3 Kesengsaraan ekonomi dan pembunuhan terhadap masyarakat dan
individu-individu tertentu seperti pembunuhan Sir Henry Gurney, dan pengurus-
pengurus ladang berbangsa Eropah. Hal ini menjejaskan masyarakat untuk
mencari sara hidup yang begitu banyak bergantung kepada hasil pertanian
seperti getah.
3.4 Perpindahan masyarakat ke kampung-kampung baru seperti dalam
Rancangan Brigg.
3.5 Kewujudan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei. Walau bagaimanapun Brunei telah menarik diri
daripada gagasan ini.
3.6 Wujudnya kawasan-kawasan hitam yang menjejaskan keharmonian
masyarakat dan terbatasnya kegiatan-kegiatan ekonomi.
46. 4. Sebab Kegagalan PKM/Darurat.
4.1 Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:
a. Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku perpecahan dalam
parti.
i. Selepas perang sebahagian ahli MPAJA – PKM menyerah diri
dan berbalik kepada pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan
jumlah ahli dan kekuatan PKM . Ramai antara ahli yang masih setia
ialah orang Cina. Wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli Melayu
yang merasakan mereka dipinggirkan.
b. Strategi yang tidak bersesuaian dengan kehendak
masyarakat.
i. Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang
menganggotai pasukan keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera,
dan PETA dipandang masyarakat sebagai golongan yang berbahaya.
Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu.
ii. Keadaan ini akhirnya memperlihatkan PKM menjadi organisasi
yang didominasikan oleh orang-orang Cina. Hal ini menjadi keraguan
kepada perjuangan orang Melayu untuk menyokong PKM.
iii. Mereka gagal dalam mempertahankan kawasan yang telah
dikuasai sehingga menyebabkan mereka tidak empunyai satu
pangkalan yang kukuh bagi menggerakkan jentera propaganda sama
ada dari segi politik, ekonomi, atau sosial. Dengan kata lain strategi
untuk mencantumkan kesemua kawasan yang dikuasai oleh askar-
askar yang menyerang ladang-ladang, Min Yuen dan askar-askar
mahir yang menyerang kedudukan British gagal disatukan.
c. Masalah kewangan dan Kelemahan kepimpinan tertinggi PKM
47. i. Lai Teck Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang
tabungan PKM .Usaha ini mengurangkan kemampuan PKM untuk
bergerak dengan lebih berkesan.
ii. Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh
pemerintah supaya kesatuan buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat
dalam pekerjaan tersebut.
iii. Orang bawahan melihat bahawa kepimpinan PKM boros serta telah
menyalahgunakan kewangan serta bertindak biadap terhadap ahli sendiri
sama ada dengan cara merampas isteri ahli serta tidak menghormati
seperti yang dibentangkan dalam ghost letter. Keborosan dan korup
kepimpinan PKM dapat dijelaskan oleh Pye (1957) seperti dinyatakan
oleh ahli yang tertangkap:
“ Apakah yang telah terjadi dengan wang yang telah kita kumpulkan.
Saya lihat mereka ialah manusia korup. Mereka menjadi kaya dan
membeli ladang-ladang getah untuk diri mereka. Kepimpinan atasan
semakin boncit dan semua hak organisasi telah menjadi hak mereka.”
d. Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam menyebarkan
propaganda.
e. Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan masyarakat.
i. Kepimpinan PKM adalah terdiri daripada golongan
bourjois bandar. Sedangkan masyarakat yang dikehendaki sebagai
penyokong ialah golongan petani desa yang menjalankan pertanian sara
diri. Teknik PKM yang memusnahkan sumber ekonomi mereka
dengancara menakutkan mereka, membunuh dan memusnahkan
sumber tersebut menjadikan masyarakat membenci dan tidak
menyokong PKM.
ii. Keadaan ini sebenarnya melemahkan organisasi
kerana PKM akhirnya tidak dapat merekrutkan kader-kader komunis dan
48. terbatasnya pergerakan gerakan Min Yuen dalam mencari pengaruh di
kalangan masyarakat.
f. Perjuangan yang tidak jelas. Objektifnya tidak dikongsi
bersama dengan orang-orang Melayu. Alimin salah seorang pegawai
tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak dapat mempengaruhi orang
Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini menyebabkan PKM
gagal mempengaruhi orang Melayu untuk berjuang dalam PKM.
4.2 Tindakan yang diambil oleh British seperti:
a. Rancangan Brigg
b. Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )
c. Home Guard
d. Teknik Perang Saraf
e. Tawaran penyerahan diri dan pengampunan
f. Menambahkann kekuatan angkatan bersenhata dan polis.
g. Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan
kasatuan sekerja.
4.3 Kejayaan dalam memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
Ruang lingkup Kajian:
1. Sebab pembentukan
2. Proses pembentukan
3. Kesan pembentukan
49. Sebab pembentukan
1. Menghalang perkembangan Komunis
a. wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang memperlihatkan
kegiatan subversif dan komunis begitu kuat.
b. kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu
c. Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri semakin
menguasai politik Singapura.
d. Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan pengawalan
keselamatan kepada Singapura sehingga 1958 dan apabila Singapura diberi
peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan ini berterusan sehingga 1963, tamat
tempoh masa bekeraajaan sendiri.
e. Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila ia
menuntut kemerdekaan dari Inggeris pada 1963.
2. Memperteguh keselamatan
a. Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah serantau
berdasarkan aspek berikut:
I. Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.
ii. Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.
iii. Tanah Melayu melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas dalam
darurat 1948-1960.
iv Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura
merupakan wilayah yang mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.
b. Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura, Sabah,
Sarawak ,dan Brunei akan dapat memperteguhkan keselamatan dan
pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-negeri tersebut, terutama
Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini berasaskan
keupayaan dan pengalaman Tanah Melayu mengekang pengaruh komunis
pada 1960.
50. 3. Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura ,dan Brunei
seterusnya ke arah kemerdekaan dalam Malaysia.
a. Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini untuk
mencapai kemerdekaan.
b. Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan Malaysia
adalah diandaikan bahawa Singapura mungkin menghadapi kesukaran
menuntut kemerdekaan yang dijangkakan pada 1963 daripada Inggeris jika
dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam persetujuannya
membentuk gagasan Malaysia:
“ ... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya
dapat mempercepatkan kemajuan dan perkembangan
politik ke arah kemerdekaan sepenuhnya untuk kita.” (
Mokhtar A.Kadir , 1991 )
c. Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan Yew
dengan Kuala Lumpur dalam mencari pengaruh di kalangan pengundi Cina
serta menafikan dominan MCA.
4. Kedudukan ekonomi yang stabil
a Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga dalam
Persekutuan 1896, negari kaya membantu negeri miskin. Dalam Malaysia hasil
bumi yang tidak seimbang membolehkan negeri kaya seperti Brunei, dan
Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang masih mundur.
b. Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan dengan
negara luar berjalan lancar.
c. Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan
secara beterusan.
d. Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-negeri ini
mendapat kebebsan penjajahan dan Tanah Melayu diberi peluang menguatkan
51. ekonominya dengan bantuan negeri-negeri kaya. Ini dibuktikan lagi dengan
kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan daripada Inggeris sehingga 1987.
5. Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai Malaysia dengan
konsep Malaysia Malaysia yang menjuruskan kepada pertentangan Melayu - bukan
Melayu.
a. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang besar.
Dengan kemasukkan Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew cuba
untuk menengelamkan peranan MCA yang lebih bersifat sederhana dan
perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.
b. Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37 daripada
51 kerusi. Akhirnya ia menuntut untuk membentuk kerajaan campuran
walaupun dalam konsesi dan persetujuan antara Lee dan Tunku Singapura
hanya boleh diwakili oleh 15 ahli parlimen ke Kuala Lumpur.
c. Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi PAP Lee
Kuan Yew telah menubuhkan Malaysia Solidarity Convention iaitu perikatan
parti-parti pembangkang yang majoritinya keturunan Cina. Selain daripada itu
Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian Malaysia untuk mencabar
UMNO dan perikatannya.
d. Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan PAP bagi
mendapatkan lebih banyak pengaruh dan kuasa serta melemahkan perikatan
UMNO. MCA, dan MIC.
Proses Pembentukan Malaysia
Proses yang dijalankan
1. Secara rundingan dan permuafakatan serta pemberian konsesi kepada
Singapura, Sabah , dan Sarawak.
2. Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri terlibat, dan Inggeris
52. 3. Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu, Inggeris, Dewan
Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Borneo Utara.
4. Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan Akta Malaysia
di London dan Rang Undang-undang Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong di Kuala
Lumpur.
5. Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan pungutan suara
rakyat melalui Suruhanjaya Cobbold. Di Singapura diadakan referendum dan
pendapat umum - 71.7 % bersetuju.
Latar belakang dan kronologi pembentukan Malaysia
27.05.1961 Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.
03.06.1961 Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan Yew
27.07.1961 Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan
Komanwel dan bersetuju membentuk Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan oleh Donal
Stephen.
16.10.1961 Tunku membentangkan konsep Malaysia di Parlimen.
20.11.1961 Rundingan di London bagi mendapat persetujuan Britain
mengenai penggabungan Singapura dan Tanah Melayu dan
dibentuk pada 31 Ogos 1963.
Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.
Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga menyokong
penubuhan Malaysia di PBB.
Awal SCC menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya
Tahun Cobbold.
1962 Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah
dan Sarawak.
23.10.1962 Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman mengenai
penubuhan Malaysia.
53. Jun 1962 Laporan pungutan suara diumumkan.
Febuari Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan wujud
1963 dasar konfrantasi.
Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada British.
Kerajaan British menolak tuntutan tersebut.
16.08.1963 U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi menjalankan
pungutan suara di Sabah dan Sarawak. Dianggotai juga oleh
wakil Indonesia dan Fillipina.
13.09.1963 Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan dan
mengesahkan kedua-dua rakyat Sabah dan Sarawak
bersetuju bergabung dalam Malaysia.
16.09.1963 Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.
Tujuan SCC
1. Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai mengenai
rancangan penubuhan Malaysia.
2. Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.
3. Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan tentang negara
baru melalui percantuman.
4. Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan mempercepatkan
penubuhannya.
5. Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.
Kesan Pembentukan Malaysia
1. Konfrantasi Malaysia-Indonesia
a. Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia
b. Terlerai ikatan persaudaraan Melayu
c. Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di Pontian,
Segamat, Kesang, Muar, dan Sarawak
54. 2. Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan Sarawak
daripada penjajahan Inggeris dan pergeseran politik Kuala Lumpur - Sabah,
Sarawak, dan Singapura..
a. Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan Perikatan
Sarawak.
b. Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan
Datu Mustapa Harun.
c. Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.
3. Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.
a. Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina 1964 di
Singapura.
b. Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.
c. PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.
4. Bantahan daripada Fillipina-Indonesia
a. Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di peringkat
antarabangsa.
b. Gabungan dalam ASA berkubur.
c. Gabungan Maphilindo tertangguh.
5. Hubungan diplomatik terputus.
a. Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.
b. Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia, tetapi
diiktiraf sebagai kedutaan Tanah Melayu.
6. Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara yang
terpenting..
a. Sabah dan Sarawak
55. I. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga
mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.
ii. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan tetapi
bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa pengantar dan
sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan
Negeri memutuskan sebaliknya.
iii. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh
dikembangkan.
iv. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak
istomewa sama seperti hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah
Melayu.
v. Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan
untuk pembangunan negeri.
vi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan
ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga
ada sebilangan pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk menggantikan
pegawai dagang itu.
b. Singapura
I. Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.
ii. Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.
iii. Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam kedua-dua
bidang tersebut.
iv. Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan
Rakyat Persekutuan akan dihadkan seramai 15 orang sahaja.
Rujukan:
Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia, MacMillan
Publishers, Kuala Lumpur, Bab 7.
56. Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik
Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.