SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru
yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran
amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa
semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu
perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah
merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna
oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep
adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya
ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau
pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan
pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang
konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah
pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-
kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan
pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut
dalam situasi pengajaran.
KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita
memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan
bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu
kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai
sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita
gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga
kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan
kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder,
sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri
memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah
seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita
perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut.
Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita
menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun
dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali
terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan
melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak
yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua
tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk
kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh
memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah
maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu
panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik
nafas.
Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah
tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah
menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia
dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai
walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai
dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-
teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya
matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,
perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming,
perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang
ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak
berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar
sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada
suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid,
gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti
bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-
teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa
yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-
soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan
kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti
soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk
memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang
munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas,
mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah
yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.
Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk
memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik
pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik
yang tertentu.
PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to
come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi
yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah
seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati
keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri
makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa
seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan
seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains
dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya
dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang
dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau
pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan
profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang
sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah
bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan
pemerhatian.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-
pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau
memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai
klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria
yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran
mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan
individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan
kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh
tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih
kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan
induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi
susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan
memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai
pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang
memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala
kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang
memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan
kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa
mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan
Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah
kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan
menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan
pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar
mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti
pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan
terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-
teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita
mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti
pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka
pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan
ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana
caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang
ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-
kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya
untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang
panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan
Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah
kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-
sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti
oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut
kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak
seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak
supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan
masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak
ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,
memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan
sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau
barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut
sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan
kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah
rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu
dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh
harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah
terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau
untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu
menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a
juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti
bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan
kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua.
Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu
menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi
permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan
yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak
sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan
gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan
merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu
digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil?
Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan
pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah
pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan
kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah
kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan
dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar
yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang
berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah
KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta
kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada
pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu,
setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti
keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan
murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah
mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling
berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang
paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk
membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu
berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat
pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah
lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran
menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan
pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga
serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang
paling maksimum
Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan
Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

More Related Content

What's hot

kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah sallehTugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah sallehNorafsah Awang Kati
 
Strategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PStrategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PNiena Majid
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikHazwani Idrus
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikPermata_An-Nur
 
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRStrategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRSyafiq Mansor
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikansuryo1
 
Potensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&P
Potensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&PPotensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&P
Potensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&Pprofmadyadrhjsuaidi
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran mia elbugis
 
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sxSahlan Tuah Harahap
 
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pjeida Idahyunizah
 
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiriMakalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiriChi'onk Pemimpin
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 

What's hot (20)

kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah sallehTugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
Strategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PStrategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&P
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRStrategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
 
Potensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&P
Potensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&PPotensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&P
Potensi Strategi&Pendekatan Mengoptimum P&P
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran
 
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
 
Makalah ekspositori
Makalah ekspositoriMakalah ekspositori
Makalah ekspositori
 
Strategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositoriStrategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositori
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
 
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiriMakalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiri
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 

Viewers also liked

Rancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolah
Rancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolahRancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolah
Rancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolahJupong Ambak
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Great touching photos :")
Great touching photos :")Great touching photos :")
Great touching photos :")Kunal Bhasin
 
Electronic media presentation system
Electronic media presentation systemElectronic media presentation system
Electronic media presentation systemMeKwang Kreng
 
Biotech Bulletin -Fall 2015
Biotech Bulletin -Fall 2015Biotech Bulletin -Fall 2015
Biotech Bulletin -Fall 2015Regina M Maxwell
 
Sp 20110617 Clean
Sp 20110617 CleanSp 20110617 Clean
Sp 20110617 Cleanmwallace704
 
Online Social Networking
Online Social Networking Online Social Networking
Online Social Networking Kristen Bonk
 
Inflables dad
Inflables dadInflables dad
Inflables dadDANITHHA
 
Modulo 7 funçao exponencial
Modulo 7   funçao exponencialModulo 7   funçao exponencial
Modulo 7 funçao exponencialLuciano Franklin
 
The Efficient Plan
The Efficient PlanThe Efficient Plan
The Efficient Planprinzw
 
The song of_the_bird_sas
The song of_the_bird_sasThe song of_the_bird_sas
The song of_the_bird_sasGautam Shah
 
Company profile 2013 l
Company profile 2013 lCompany profile 2013 l
Company profile 2013 litechswiss
 
Telling a good story
Telling a good storyTelling a good story
Telling a good storygenerationprx
 
Frios e congelados
Frios e congeladosFrios e congelados
Frios e congeladosgentedagente
 

Viewers also liked (20)

Rancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolah
Rancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolahRancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolah
Rancangan harian slot bahasa dan komunikasi prasekolah
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Great touching photos :")
Great touching photos :")Great touching photos :")
Great touching photos :")
 
Food
FoodFood
Food
 
Electronic media presentation system
Electronic media presentation systemElectronic media presentation system
Electronic media presentation system
 
Base de datos
Base de datosBase de datos
Base de datos
 
Biotech Bulletin -Fall 2015
Biotech Bulletin -Fall 2015Biotech Bulletin -Fall 2015
Biotech Bulletin -Fall 2015
 
Perfumaria
PerfumariaPerfumaria
Perfumaria
 
Processo civil Art. 1031
Processo civil Art. 1031Processo civil Art. 1031
Processo civil Art. 1031
 
Sp 20110617 Clean
Sp 20110617 CleanSp 20110617 Clean
Sp 20110617 Clean
 
Icin2012
Icin2012Icin2012
Icin2012
 
Online Social Networking
Online Social Networking Online Social Networking
Online Social Networking
 
Inflables dad
Inflables dadInflables dad
Inflables dad
 
Modulo 7 funçao exponencial
Modulo 7   funçao exponencialModulo 7   funçao exponencial
Modulo 7 funçao exponencial
 
The Efficient Plan
The Efficient PlanThe Efficient Plan
The Efficient Plan
 
The song of_the_bird_sas
The song of_the_bird_sasThe song of_the_bird_sas
The song of_the_bird_sas
 
Company profile 2013 l
Company profile 2013 lCompany profile 2013 l
Company profile 2013 l
 
Telling a good story
Telling a good storyTelling a good story
Telling a good story
 
Ujian kecemerlangan muzik tahun 1
Ujian kecemerlangan muzik tahun 1Ujian kecemerlangan muzik tahun 1
Ujian kecemerlangan muzik tahun 1
 
Frios e congelados
Frios e congeladosFrios e congelados
Frios e congelados
 

Similar to KONSEP PENGAJARAN

Perbedaan Model pebelajaran.docx
Perbedaan Model pebelajaran.docxPerbedaan Model pebelajaran.docx
Perbedaan Model pebelajaran.docxMhdTaajuddin
 
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna BelajarBK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajarnadya1997
 
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaranDefinisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaranDani Novita Rahma
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikadea nindria imansari
 
Modul perkuliahan strategi
Modul perkuliahan strategiModul perkuliahan strategi
Modul perkuliahan strategiArief Marbot
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...T. Astari
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Alfonsus Sam
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdfpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdfUpiHambuku
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013bib bibah
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010FKIP UNHALU
 
Merencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode PembelajaranMerencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode PembelajaranNini Ibrahim01
 
Unit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&pUnit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&pAminah Rahmat
 
Unit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&pUnit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&pAminah Rahmat
 

Similar to KONSEP PENGAJARAN (20)

Perbedaan Model pebelajaran.docx
Perbedaan Model pebelajaran.docxPerbedaan Model pebelajaran.docx
Perbedaan Model pebelajaran.docx
 
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna BelajarBK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
 
STRATEGI PEMBELAJARAN
STRATEGI PEMBELAJARAN STRATEGI PEMBELAJARAN
STRATEGI PEMBELAJARAN
 
Powerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaranPowerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaran
 
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaranDefinisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
 
Modul perkuliahan strategi
Modul perkuliahan strategiModul perkuliahan strategi
Modul perkuliahan strategi
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
Nota
NotaNota
Nota
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdfpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010
 
Merencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode PembelajaranMerencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode Pembelajaran
 
Unit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&pUnit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&p
 
Unit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&pUnit 4 pedagogi dlm p&p
Unit 4 pedagogi dlm p&p
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1
 

More from Saifatul Nurul Zaima

More from Saifatul Nurul Zaima (18)

11. pergerakan bukan lokomotor (menarik dan menolak)
11. pergerakan bukan lokomotor      (menarik dan menolak)11. pergerakan bukan lokomotor      (menarik dan menolak)
11. pergerakan bukan lokomotor (menarik dan menolak)
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Pengamatan pendengaran
Pengamatan pendengaranPengamatan pendengaran
Pengamatan pendengaran
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan
Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatanMinit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan
Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan
 
Modul bacaan suku kata terbuka 2014
Modul bacaan suku kata terbuka 2014Modul bacaan suku kata terbuka 2014
Modul bacaan suku kata terbuka 2014
 
Ujian muzik tahun 1
Ujian muzik tahun 1Ujian muzik tahun 1
Ujian muzik tahun 1
 
K3 tonggak pendidikan unesco
K3 tonggak pendidikan unescoK3 tonggak pendidikan unesco
K3 tonggak pendidikan unesco
 
Presentation pppm ipgktaa 2014
Presentation pppm ipgktaa 2014Presentation pppm ipgktaa 2014
Presentation pppm ipgktaa 2014
 
Stres di kalangan guru
Stres di kalangan guruStres di kalangan guru
Stres di kalangan guru
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K3 tonggak pendidikan unesco
K3 tonggak pendidikan unescoK3 tonggak pendidikan unesco
K3 tonggak pendidikan unesco
 
Penglipur lara 1
Penglipur lara 1Penglipur lara 1
Penglipur lara 1
 
Penglipur lara
Penglipur lara Penglipur lara
Penglipur lara
 
Rpt m3 thn 2 kssr
Rpt m3 thn 2 kssrRpt m3 thn 2 kssr
Rpt m3 thn 2 kssr
 
Borang pemarkahan larian merentas desa
Borang pemarkahan larian merentas desaBorang pemarkahan larian merentas desa
Borang pemarkahan larian merentas desa
 
Borang pemarkahan larian merentas desa
Borang pemarkahan larian merentas desaBorang pemarkahan larian merentas desa
Borang pemarkahan larian merentas desa
 
rph kssr tahun 2
rph kssr tahun 2rph kssr tahun 2
rph kssr tahun 2
 

KONSEP PENGAJARAN

  • 1. PENDAHULUAN Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut. Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua- kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran. KAEDAH DAN TEKNIK Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
  • 2. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik- teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik- teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan- soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas,
  • 3. mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan- pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan
  • 4. individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori- teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. STRATEGI Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah- kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-
  • 5. sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing. Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai. STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan
  • 6. dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. KESIMPULAN Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum Rujukan Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur. Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
  • 7. Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London. Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.