SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Pe
nd
ek
at
an
 ,
St
ra
te
gi
 ,
Ka
ed
ah
da
 n
T
ek
ni
k?
"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih
tidak tercapai."

"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"

"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"

"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."

"Apa itu stra..."

                                   PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang
berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar
dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut
adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi
perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna
bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang
dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau
pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi
tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep
tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah
pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-
kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan
pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam
situasi pengajaran.

                                 KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan
secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau
aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri
daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan
ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita
diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya
adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta
bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di
dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan
senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu
memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran
khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan
bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.
Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum
mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi
teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga
harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah
disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara
memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu
harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-
tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan
tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak
begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah
menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia
dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai
walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai
dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-
teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat
kaedah yang diingini.

                         KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita,
perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming,
perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang
ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak
berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu
tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara,
penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan
"facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu
berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-
teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang
sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang
mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan
kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-
soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk
memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang
munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan
soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah
yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.
Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk
memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik
demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik
pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik
yang tertentu.

                                     PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to
come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-
pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah
seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati
keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri
makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa
seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan
seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan
teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan
kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang
dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau
pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan
profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang
sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain
dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

                             PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan
aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih
utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-
jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti
proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara
pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar,
pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan
individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang
kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang
difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan
induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi
susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan
memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai
pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang
memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala
kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan
murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah
perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata
pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia
menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana
beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi
suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains
Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema
tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan
komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran
yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis
atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang
digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya
untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan
oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

                                      STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-
kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya
untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang
panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura
terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-
pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan
tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya
terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera
laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah
disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor
ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita
dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta
sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah
kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan
mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat
terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak?
Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-
kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita
untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan
mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada
kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya.
                     Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya
                     kemudian membunuhnya dengan lebing.

                     Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu
                     menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga
                     perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain
                     secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya
                     menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja
                     bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah
                     menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana
                     ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah
                     permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

                                                    STRATEGI PENGAJARAN

                     Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan
                     gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan
                     pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan
                     strategi pengajaran.

                     Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
                     mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
                     Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita
                     menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan
                     induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh
                     kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang
                     manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan
                     yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang
                     dimaksudkan.

                     Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar
                     yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-
                     beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar
                     kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang
                     biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas.
                     Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah
                     mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah
                     mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal,
                     kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu,
                     seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang
                     lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu
                     untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah
ajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian m
interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

                                                                       KESIMPULAN

                     Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran
                     menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan
                     pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta
                     kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling
                     maksimum




                     Rujukan

                     Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.


                     Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.


                     Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.


                     Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.


                     Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan
                     Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.


                     Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti,

More Related Content

What's hot

Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Permata_An-Nur
 
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah sallehTugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Norafsah Awang Kati
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Haniah Ali
 
Kaedah teknik pengajaran
Kaedah teknik pengajaranKaedah teknik pengajaran
Kaedah teknik pengajaran
firo HAR
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Afiqah Nooh
 
Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1
Aslah Zakadi
 

What's hot (19)

M 15
M 15M 15
M 15
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Strategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PStrategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&P
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah sallehTugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
Tugasan pendidikan islam hbis1103 ustazah siti eshah salleh
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRStrategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Makalah ekspositori
Makalah ekspositoriMakalah ekspositori
Makalah ekspositori
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran
 
Kaedah teknik pengajaran
Kaedah teknik pengajaranKaedah teknik pengajaran
Kaedah teknik pengajaran
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Strategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositoriStrategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositori
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1
 

Viewers also liked

Pengayaan dlm kbsr
Pengayaan dlm kbsrPengayaan dlm kbsr
Pengayaan dlm kbsr
aifaomar
 

Viewers also liked (17)

Presentation's math program linier ~ garis selidik
Presentation's math   program linier ~ garis selidikPresentation's math   program linier ~ garis selidik
Presentation's math program linier ~ garis selidik
 
Going Pro
Going ProGoing Pro
Going Pro
 
Claudia
ClaudiaClaudia
Claudia
 
Pengayaan dlm kbsr
Pengayaan dlm kbsrPengayaan dlm kbsr
Pengayaan dlm kbsr
 
Presentasi tik ribbon view
Presentasi tik   ribbon viewPresentasi tik   ribbon view
Presentasi tik ribbon view
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Presentasi biologi hormon bst
Presentasi biologi   hormon bstPresentasi biologi   hormon bst
Presentasi biologi hormon bst
 
Odoo
OdooOdoo
Odoo
 
แผนแม่บทพัฒนาธุรกิจ Long stay ปี พ.ศ.2560-2564 (กลุ่มจังหวัดภาคเหนือตอนบน 1)
แผนแม่บทพัฒนาธุรกิจ Long stay ปี พ.ศ.2560-2564 (กลุ่มจังหวัดภาคเหนือตอนบน 1)แผนแม่บทพัฒนาธุรกิจ Long stay ปี พ.ศ.2560-2564 (กลุ่มจังหวัดภาคเหนือตอนบน 1)
แผนแม่บทพัฒนาธุรกิจ Long stay ปี พ.ศ.2560-2564 (กลุ่มจังหวัดภาคเหนือตอนบน 1)
 
อนาคตภาคเหนือ สู่ศูนย์กลาง Long Stay ระดับนานาชาติ
อนาคตภาคเหนือ สู่ศูนย์กลาง Long Stay ระดับนานาชาติอนาคตภาคเหนือ สู่ศูนย์กลาง Long Stay ระดับนานาชาติ
อนาคตภาคเหนือ สู่ศูนย์กลาง Long Stay ระดับนานาชาติ
 
LPB Tourism Situation
LPB Tourism SituationLPB Tourism Situation
LPB Tourism Situation
 
CBT in Chiang Mai & Lamphoon
CBT in Chiang Mai & LamphoonCBT in Chiang Mai & Lamphoon
CBT in Chiang Mai & Lamphoon
 
LPB city plan
LPB city planLPB city plan
LPB city plan
 
การท่องเที่ยวเพื่อผู้สูงอายุ ลู่ทางใหม่สำหรับผู้ประกอบการ
การท่องเที่ยวเพื่อผู้สูงอายุ ลู่ทางใหม่สำหรับผู้ประกอบการ การท่องเที่ยวเพื่อผู้สูงอายุ ลู่ทางใหม่สำหรับผู้ประกอบการ
การท่องเที่ยวเพื่อผู้สูงอายุ ลู่ทางใหม่สำหรับผู้ประกอบการ
 
ท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรม เส้นทางอารยธรรมล้านนา
ท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรม เส้นทางอารยธรรมล้านนาท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรม เส้นทางอารยธรรมล้านนา
ท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรม เส้นทางอารยธรรมล้านนา
 
Making suggestions and requesting something final
Making suggestions and requesting something finalMaking suggestions and requesting something final
Making suggestions and requesting something final
 
การท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรมกับวิถีไทย
การท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรมกับวิถีไทยการท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรมกับวิถีไทย
การท่องเที่ยวเชิงวัฒนธรรมกับวิถีไทย
 

Similar to Pendekatan

Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan
Dedi Yulianto
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013
bib bibah
 
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna BelajarBK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
nadya1997
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdfpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
UpiHambuku
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
OwesomePure Collection
 
Pengertian pendekatan teknik dan strategi
Pengertian pendekatan teknik dan strategiPengertian pendekatan teknik dan strategi
Pengertian pendekatan teknik dan strategi
Indah Ihsan
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptxpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
UpiHambuku
 

Similar to Pendekatan (20)

Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Perbedaan Model pebelajaran.docx
Perbedaan Model pebelajaran.docxPerbedaan Model pebelajaran.docx
Perbedaan Model pebelajaran.docx
 
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaranDefinisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
 
Modul perkuliahan strategi
Modul perkuliahan strategiModul perkuliahan strategi
Modul perkuliahan strategi
 
Powerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaranPowerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaran
 
Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013
 
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna BelajarBK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
BK (Bimbingan Konseling) XI, Makna Belajar
 
STRATEGI PEMBELAJARAN
STRATEGI PEMBELAJARAN STRATEGI PEMBELAJARAN
STRATEGI PEMBELAJARAN
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdfpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pdf
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
 
Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatanPengertian pendekatan
Pengertian pendekatan
 
Pengertian pendekatan teknik dan strategi
Pengertian pendekatan teknik dan strategiPengertian pendekatan teknik dan strategi
Pengertian pendekatan teknik dan strategi
 
Pengertian Pendekatan Pembelajaran
Pengertian Pendekatan PembelajaranPengertian Pendekatan Pembelajaran
Pengertian Pendekatan Pembelajaran
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptxpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
 
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptxPPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 

Pendekatan

  • 2. "Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai." "Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga" "Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi" "Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..." "Apa itu stra..." PENDAHULUAN Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut. Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua- kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran. KAEDAH DAN TEKNIK Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan
  • 3. ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik- tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik- teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang
  • 4. ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik- teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan- soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan- pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan
  • 5. kesihatan. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis- jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema
  • 6. tertentu. Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. STRATEGI Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah- kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan- pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah- kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada
  • 7. kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing. Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai. STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza- beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah
  • 8. ajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian m interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. KESIMPULAN Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum Rujukan Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur. Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti,