Dokumen tersebut membahasikan pentingnya pendidikan agama Islam kepada kanak-kanak pada usia awal. Ia menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa kurang memberi tumpuan kepada tanggungjawab ini disebabkan ketidaksedaran mengenai kepentingannya. Dokumen ini juga menerangkan pelbagai pendekatan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam menanamkan akidah kepada anak-anak mereka mengikut tahap
2. PENDIDIKAN ASAS ISLAM
Pada masa kini, kebanyakan ibu bapa mengabaikan
tanggungjawab pendidikan anak-anak mereka pada usia
awal kanak-kanak.
Disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kepentingan
penerapan dan pengajaran akidah kepada anak-anak sejak
dari kecil.
Mereka juga tidak mengetahui isi kandungan pengajaran
akidah serta bagaimana cara dan pendekatan terbaik untuk
menerapkannnya kepada anak-anak mereka khususnya di
peringkat awal kanak-kanak.
3. Peringkat awal kanak-kanak adalah merupakan tempoh
yang perlu diberi keutamaan dalam proses pendidikan
khususnya pendidikan akidah.
Pendekatan khusus perlu diberikan termasuk pemilihan isi
kandungan akidah bagi memastikan kesesuaian dengan
tahap mentaliti dan perkembangan fisiologi mereka.
Merujuk kepada pendekatan-pendekatan yang dikaji
menurut perspektif islam, maka dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang boleh
digunapakai oleh ibu bapa dalam mendidik serta
menanam akidah kepada anak-anak mereka.
4. Dengan kepelbagaian pendekatan tersebut, ibu bapa dapat
memvariasikan teknik pengajaran akidah mengikut tahap
kemampuan kanak-kanak.
Selain itu, pendekatan tersebut bersifat selektif dan
dengan ini ia memudahkan ibu bapa dalam memilih dan
menentukan pendekatan terbaik bagi menilai kemampuan
tahap penerimaan anak-anak mereka.
Jelasnya, pendidikan Islam dijadikan sebagai satu proses
mengasuh dan mendidik, membela, melatih, menyucikan,
membaikkan, mengawal hawa nafsu, membentuk ketaatan
kepada Allah SWT membentuk sikap sopan dan beradab
dan memadamkan semua sifat tercela yang ada dalam diri
5. Semua definisi ini memberikan kefahaman bahawa hampir
keseluruhan pendidikan yang dikehendaki dalam Islam ialah
merujuk kepada pendidikan rohani manusia selaku hamba
Allah di muka bumi ini bagi memancarkan kejernihan
akhlak dan budi pekerti yang tinggi selain untuk
perkembangan pengetahuan itu sendiri yang merupakan
medium yang amat penting dalam membangunkan
ketamadunan manusia yang hidup di dunia ini.
Oleh itu, seharusnya pendidikan awal kanak-kanak perlu
dimulai dengan proses ta’dib untuk membentuk generasi
seimbang dari segi intelek dan rohaninya sebagaimana yang
sudah dipraktikkan dalam pendidikan prasekolah Islam di
Malaysia.