SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
1
Peranan Ibu bapa dalam Menerapkan Nilai-nilai Islam kepada Anak Remaja Bermasalah
Pembelajaran
Azura Binti Awang1
Abstrak
Cabaran gejala sosial di kalangan remaja masa kini menuntut peranan ibu bapa yang jitu
ke arah melahirkan generasi yang mentaati Allah S.W.T dan Rasulnya. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab ibu bapa supaya mendidik anak-anak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah
termasuk kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan
mengkaji peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai iman, ibadah dan akhlak kepada anak remaja
bermasalah pembelajaran. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan pendekatan yang
diambil oleh ibu bapa dalam usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam yang mulia ini. Kajian
kualitatif yang bersifat deskriptif ini telah menemubual enam orang informan ibu bapa yang
memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran. Anak remaja informan kajian berumur antara 13
tahun hingga 19 tahun yang sedang menjalani Program Pendidikan Khas Intergrasi di Sekolah
Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Selangor. Dapatan kajian dianalisis secara tematik
menggunakan perisian Atlas.Ti versi 7. Hasil kajian mendapati bahawa semua informan telah
berperanan dengan baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak remaja
bermasalah pembelajaran masing-masing. Ibu bapa juga telah menggunakan pendekatan
tunjukcara, memberi nasihat, latih tubi dan menggunakan teknologi ICT dalam menerapkan
nilai-nilai Islam tersebut.
Kata kunci: Peranan ibu bapa, nilai-nilai Islam, kajian kes, anak remaja bermasalah
pembelajaran
1Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi,
Selangor.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
2
Abstract
The challenge of social ills among youths of today demands the vital role of parents
towards producing generations of believers who obey Allah and His Messenger. Therefore, the
responsibility of parents is to educate their children based on the Quran and as-Sunnah
including adolescents with learning difficulties. This study was conducted to assess the efforts of
parents in instilling iman, worship and akhlak to adolescents with learning difficulties. This
article is to discuss the approach taken by parents in efforts to implement the Islamic values of
this noble. This qualitative case study interviewed six parents who have adolescents with
learning difficulties in the slow learner category, aged 13 years to 19 years who are undergoing
Special Education Integration Programme at SMK Cheras Jaya, Selangor. The findings were
analyzed thematically using ATLAS.ti software version 7. The results showed that all informants
have served well in efforts to implement the values of Islam to their adolescents with learning
difficulties. The study found that these parents have been making efforts through demonstration,
advising, drills and use of ICT approaches in applying Islamic values to their teenagers.
Keywords: Role of parents values of Islam, case study, adolescents with learning difficulties.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
3
Pendahuluan
Kesyumulan Islam terjelma dalam proses penerapan nilai-nilai Islam melalui sistem atau
pendidikan anak-anak. Pendidikan atau tarbiah Islam dilaksanakan adalah untuk
mengembangkan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah di dalam
jiwa mereka. Penerapan nilai-nilai Islam dalam jiwa anak-anak adalah fitrah semula jadi manusia
kerana seluruh manusia adalah makhluk yang baik terhadap Pencipta-Nya dan makhluk ciptaan-
Nya.2 Ibu bapa yang merupakan pemegang amanah Allah S.W.T pula, bertanggungjawab
memelihara dan mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh, berguna kepada kedua ibu
bapa dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.3 Bagi menerapkan nilai-nilai Islam kepada
anak-anak remaja bermasalah pembelajaran, ibu bapa perlu memahami konsep celik iman.4
Konsep celik iman ini merangkumi persediaan ibu bapa iaitu tentang ilmu akliah,
jasmaniah dan rohaniah. Persediaan akliah adalah merangkumi pengetahuan ibu bapa terhadap
kepentingan dan matlamat penerapan nilai-nilai Islam. Persediaan jasmaniah melibatkan
kekuatan fizikal diri, sokongan suami isteri dan ahli keluarga ibu bapa tersebut serta sumber
kewangan mereka dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam ini. Manakala persediaan rohaniah
meliputi kebergantungan ibu bapa kepada Allah S.W.T dengan sentiasa memohon petunjuk dan
keampunan dalam mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Di samping itu, nilai
ketakwaan tinggi iaitu kepatuhan, ketundukan dan kesediaan menunaikan hak anak-anak remaja
bermasalah pembelajaran sebagai amanah Allah S.W.T serta penghayatan terhadap segala usaha
ini adalah dianggap nilai ibadah di sisi Allah S.W.T juga dinamakan persediaan rohaniah.5 Oleh
itu, sesuai dengan sifat anak yang dilahirkan dalam keadaan bersih dan suci umpama kain putih,
tanggungjawab ibu bapa adalah dengan menerapkan nilai-nilai Islam kepada semua anak
termasuk anak remaja bermasalah pembelajaran.
Objektif Kajian
Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmana peranan ibu bapa dalam
menerapkan nilai-nilai Islam iaitu iman, ibadah dan akhlak kepada anak-anak remaja bermasalah
pembelajaran. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan pendekatan-pendekatan yang
diambil oleh ibu bapa dalam usaha yang murni ini.
2 Surah al-Ahzab (33):72
3 Surah al-Zalzalah (99) : 7-8
4 Fuad Sam, Anakku:Didiklah Hati Mencintai-Nya, (Selangor : Karya Bestari Sdn Bhd, 2010), 15-33.
5 Ibid.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
4
Latar Belakang dan Permasalahan Kajian
Persoalan mengenai asuhan secara Islam oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak
bermasalah pembelajaran dibangkitkan kerana terdapat ibu bapa yang tidak mementingkan
pendidikan agama sehingga mengambil sikap tidak peduli, menganggap anak itu menyusahkan
dan membiarkan sahaja di rumah.6 Menurut Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi, ibu bapa
juga menghadapi masalah dan bingung berkaitan pengetahuan untuk membantu pembelajaran
anak mereka di rumah kerana mendidik anak-anak bermasalah pembelajaran di rumah agak
sukar berbanding mendidik anak-anak normal yang lain.7
Kirk dan Gallagher dalam Sufean Hussin mentakrifkan anak-anak remaja bermasalah
pembelajaran adalah anak-anak yang mengalami sedikit lencongan daripada anak-anak remaja
lain normal lain dari segi ciri-ciri mental, ciri-ciri fizikal atau neuro-motor, tingkah laku sosial
dan kebolehan komunikasi.8 Kamarulzaman Kamaruddin dan Rohaty Mohd Majzub pula
mendapati, lazimnya anak-anak bermasalah pembelajaran membawa definisi yang merujuk
kepada sekumpulan anak-anak yang mempunyai pelbagai kecacatan ringan dan sederhana
dengan masalah yang pelbagai.9Ciri-ciri mental anak-anak remaja bermasalah pembelajaran
dalam kajian ini ialah mereka yang mempunyai kecerdasan mental pada kadar IQ 50-80. Mereka
digolongkan sebagai terencat akal boleh didik (educable mentally retarded) dan menunjukkan
kebolehan pembelajaran.10
Anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini berisiko mengalami tingkah laku
tersosial (socialized-aggressive) yang suka bertindak liar, memberontak, agresif, membuli dan
kerap melakukan jenayah kecil seperti mencuri, mengugut, ponteng sekolah dan sebagainya yang
memerlukan usaha padu dan sokongan ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada
mereka.11 Oleh itu, asas kajian ini ialah melihat bagaimana peranan ibu bapa dalam menerapkan
nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran kerana anak-anak ini
sepatutnya boleh menerima tugasan dan berpegang kepada nilai-nilai Islam selepas didikan yang
diberikan.
Tahap disiplin pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk seperti merokok,
ponteng sekolah dan sebagainya menuntut peranan ibu bapa yang lebih efisien di rumah dalam
menangani masalah tingkah laku di samping membantu anak meningkatkan prestasi dalam
6 Ibid.
7 Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi Mohd Yasin, “Strategi Menjayakan Penglibatan Ibu bapa di Sekolah
Pelajar Berkeperluan Khas”, (makalah, Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI Siri II
2012), 665.
8Ibid, 360.
9 Kamarulzaman Kamaruddin dan Rohaty Mohd Majzub, “Pola Komunikasi dalam Keluarga Murid -murid
Bermasalah Pembelajaran,” Jurnal Pendidikan, No.24, (2004), 1.
10Ibid, 361.
11 Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Edisi Kedua (Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2004), 363-364.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
5
pendidikan sejak di sekolah rendah lagi.12 Disebabkan itu, kajian ini akan cuba melihat peranan
ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran.
Anak-anak ini hakikatnya berhak memperoleh pendidikan dan asuhan secara Islamik bagi
melindungi mereka daripada kes-kes penganiayaan, penderaan dan sebagainya.13 Pengabaian
terhadap penerapan nilai-nilai Islam ini boleh membunuh jiwa, melemahkan peribadi dan
menghilangkan keyakinan diri ibu bapa dan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran tersebut
secara langsung.14 Oleh itu, peranan ibu bapa adalah sangat diperlukan untuk menegah anak-
anak remaja bermasalah pembelajaran mereka daripada anasir-anasir yang merosakkan fungsi
akal seperti rokok, arak, dadah dan bahan-bahan lucah yang boleh merosakkan diri sendiri dan
orang lain melalui penerapan nilai-nilai Islam.15 Nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan kepada
anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ialah nilai-nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai
akhlak. Amalan nilai-nilai Islam anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini pula perlu
disesuaikan mengikut perkembangan akal dan naluri mereka.16
Menurut Abdul Ghafar Don, tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak adalah mengajar
mereka mendirikan solat.17 Anak-anak perlu disuruh dan dilatih mendirikan solat sejak berumur
tujuh tahun bagi membiasakan diri menunaikannya selepas mencapai umur baligh.18 Solat dapat
memberi impak positif kepada pembangunan fizikal, roh, emosi, akal manusia. Pembangunan
keempat-empat aspek ini mempengaruhi keseimbangan pembangunan insan anak-anak remaja
bermasalah pembelajaran. Peranan ibu bapa adalah dengan mendidik anak-anak remaja
bermasalah pembelajaran ini supaya berterusan menunaikan solat dan tidak mengabaikannya.
Di samping penekanan pelaksanaan solat kepada anak-anak remaja bermasalah
pembelajaran, ibu bapa perlu juga mendidik mereka menjaga aurat dan menekankan cara bersuci
seperti mengambil wuduk dan mandi wajib.19 Hal ini kerana perkembangan fizikal anak-anak
12 Siti Wan Nor et al., “Menangani Isu Disiplin dalam Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Intergrasi
Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah ”, Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan KhasUKM-
UPI, Siri 4 ,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014), 53-60. Lihat juga
Nurul Salwana, Mohd Mokhtar dan Mohd Tahar, “Kemahiran Guru Pendidikan Khas dalam Mengurus Disiplin
Pelajar Bermasalah Pembelajaran : Kajian di Daerah Sabak Bernam”, Prosiding Seminar Internasional Pasca
Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4 ,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia,2014), 37-44.
13 Subhi Mahmassani, Konsep Dasar Hak-hak Asasi Manusia, Studi Perbandingan Syariat Islam dan Perundangan
Modern, ( Indonesia: Pt. Tintams, 1979), 202.
14 Mahmud Mahdi Istanbuli, Ke Arah Pembentukan Keluarga Muslim, ( Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar,
1988), 47.
15Saedah Sumrah, Salwan Sudirman dan Roslee Ahmad, “Kaedah Menangani Kanak-kanak Bermasalah Tingkah
laku,” (makalah, Seminar Kaunseling Keluarga, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2008).,93
16 Merupakan sebahagian maksud daripada hadith Abu Bakar bin al-Syakhir daripada hadith Umar. Abu Dawud
pula meriwayatkan hadith daripada Aisyah dengan matan hadith “‫لهم‬ ِ‫َاز‬‫ن‬َ‫م‬ ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ ‫.”أنزلوا‬ Lihat Abu Daud Sulaiman bin
al-Ash’ab bin Ishaq bin Bashir bin Shadad bin ‘Amru al-Azadi al-Sijisatni, “ Sunan Abi Daud” e.d Muhammad
Muhyiddin ‘Abdul Hamid (Beirut : Maktabah al-Asriyah t.t) 4:261 ( Kitab Adab , Bab Fi Tanzili Nas Manazilihin,
no hadith 4842). al-Albani menghukumkan hadith ini Dhaif kerana Abu Dawud mengatakan bahawa Maimun bin
Abi Syabab tidak bertemu dengan Aisyah.
17Abdul Ghafar Don, “Islam dan Perspektif Orientasi Pembangunan Insan : Kepentingan dalam Menjana
Masyarakat Berkualiti” (makalah, Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia,
26-27 Nov 1998), 44.
18Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya, (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya, 2009).113.
19 Fadhli Nuruddin, Wasiat Imam Ghazali, (Selangor : Pustaka Ilmuwan :2012),21
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
6
remaja bermasalah pembelajaran adalah sama dengan anak-anak normal yang lain. Penumpuan
penting penerapan nilai-nilai Islam oleh ibu bapa juga adalah dalam aspek pendidikan akhlak.20
Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak
remaja bermasalah pembelajaran dapat menanamkan semangat cintakan kebaikan, menyemai
keimanan yang kukuh serta penghayatan Islam sebagai agama yang dianuti.
Metodologi Kajian
Kaedah pensampelan yang dipilih dalam menjalankan kajian ini ialah kaedah pensampelan
bertujuan. Pengkaji memilih kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) yang merujuk
kepada kumpulan informan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu memiliki anak
remaja bermasalah pembelajaran sebagai responden kajian ini.21 Kajian kualitatif bersifat
deskriptif ini menggunakan instrumen temubual mendalam (in-depth) bagi memahami
bagaimana ibu bapa iaitu informan kajian bertindak, berinteraksi dan menjalankan kehidupan
seharian bersama anak remaja bermasalah pembelajaran melalui media elektronik dalam aspek
penerapan nilai-nilai Islam.
Informan yang menjadi sampel kajian ini adalah ibu bapa beragama Islam yang memiliki
anak bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Kesemua anak remaja bermasalah
pembelajaran informan ditempatkan dalam Program Integrasi Pendidikan Khas, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Sampel ini bukan merupakan sampel rawak tetapi dipilih
sendiri oleh pengkaji. Sepanjang proses mendapatkan data, teknik pensampelan bertujuan ini
dikembangkan kepada pensampelan bola salji (snow ball sampling). Persampelan ini berlaku
apabila seorang informan yang menjadi sampel kajian pengkaji telah mencadangkan seorang
informan lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai dan menepati kriteria yang diperlukan oleh
kajian.
Pengkaji menggunakan teknik analisis data tematik dengan meneliti tema-tema utama
daripada data-data yang diperoleh. Penganalisisan data kajian ini adalah dengan menggunakan
proses tematik induktif dan deduktif. Pengkaji menganalisis transkripsi temu bual dengan
pencarian tema-tema utama dan melakukan proses-proses pengekodan. Untuk tujuan itu, perisian
Atlas.ti versi 7 telah digunakan untuk menganalisis kandungan transkrip temu bual tersebut.
20 Abdullah Muhammad Zin, “ Pendidikan Dakwah Islamiah di Malaysia : Masalah dan Prospek dalam Isu-isu
Pendidikan di Malaysia : Cabaran dan Harapan, peny. Ismail Abdul Rahman, Abdul Aziz @Ahmad Mohammad
dan Mohammad Yasin Muda, (Terengganu : Yayasan IslamTerengganu Sdn Bhd ,1993), 62-63
21 Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan, Siri Kaedah dan Statistik Penyelidikan,Buku 1, Edisi 2, (Selangor:Mc
Graw Hill (Malaysia) Education, 2011),226.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
7
Peranan Ibu bapa dalam Proses Penerapan Nilai-nilai Islam kepada Anak Remaja
Bermasalah Pembelajaran
Berdasarkan teori pendidikan anak-anak daripada al-Ghazali,22 Luqman al-Hakim23 dan
Abdullah Nasih ‘Ulwan,24 pendekatan dalam pendidikan anak-anak muslim perlu menekankan
tiga perkara berikut iaitu nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak. Nilai-nilai yang
diterapkan oleh ibu bapa dalam kajian ini adalah sesuai dengan pendekatan al-Quran dan as-
Sunnah seperti dapatan-dapatan berikut:
a) Nilai Keimanan
Keenam-enam informan telah menanamkan nilai keimanan dengan melaksanakan amalan-
amalan yang praktikal iaitu mentauhidkan Allah S.W.T. Para informan berusaha menerapkan
nilai-nilai iman dengan cara yang mudah, sesuai dengan penerimaan daya intelektual anak-anak
remaja bermasalah pembelajaran. Topik-topik yang abstrak dan sukar difahami oleh anak-anak
remaja bermasalah pembelajaran dikurangkan atau disampaikan mengikut kemampuan anak.25
Menurut Ab. Aziz Mohd Zin26 dan Ramlan Salim,27 sesuatu pengetahuan yang
disampaikan mengikut kemampuan anak bermaksud sesuatu kemahiran itu diajar bukan
mengikut peningkatan usia tetapi mengikut penerimaan akal fikiran anak remaja bermasalah
pembelajaran tersebut. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai Islam ini dengan
menggilap potensi dan kemampuan yang dimiliki secara berperingkat, mudah dan beransur-ansur
supaya tidak membebankan anak remaja tersebut.
Dapatan di bawah menerangkan perbualan informan berkaitan didikan kepada anaknya
secara berperingkat dan beransur-ansur dalam menerapkan nilai keimanan berkaitan sifat-sifat
Allah S.W.T:
“Saya sekadar memperkenalkan kepadanya sebutan nama-nama Allah dan zikir-
zikir pendek secara santai dan nyanyian, seperti nasyid Nama-nama Allah dan
nada zikir, subhanallah walhamdulillah, walailahaillah.”
(Informan D)
22 Abu Hamid Muhammad Muhammad al-Ghazali, Ayyuhal Walad, terj. Abu ‘Ali Al-Banjari al-Nadwi, (Kedah: al-
Khazanah al-Banjariyah, Ma’ahad al-Tarbiyah al-Islamiyah, 2007), 56-84.
23 Syazwana Aziz, Untaian Hikmah Luqman Hakim : Inilah bimbingan untuk Anakku, (Kuala Lumpur: Mulia
Terang Sdn. Bhd, 2012),13-47.
24 ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad Awwal), terj. Mohd Ikhwan Abdullah, Jil.1,
(Selangor: Publishing House Sdn Bhd, 2015),108-285.
25 Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya, (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya, 2009),160.
26 Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,2001),269.
27 Ramlan Salim, Pengurusan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,2015),3.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
8
Berdasarkan penjelasan seorang informan, nilai keimanan diterapkan kepada anak remaja
bermasalah pembelajaran melalui program-program yang ditayangkan di televisyen. Nilai
keimanan yang dimaksudkan adalah seperti menghidupkan kesedaran bahawa Allah S.W.T
sentiasa memerhati. Nasihat-nasihat diberikan kepada anak beliau berkaitan dengan larangan
menyalahgunakan nikmat Allah melalui perbuatan jahat dan maksiat seperti berikut:
“Sambil menonton televisyen, saya akan menasihati anak saya, “Adik, kita mesti
bersyukur kerana kita dikurniakan kaki dan tangan. Ini semua hak Allah. Kita
tidak boleh membuat kejahatan dengan tangan dan kaki ini, kita tidak boleh pergi
ke kelab malam, tidak boleh minum arak. Mulut ini, Allah juga yang beri. Jika
kita sudah mabuk, kita mudah memegang perempuan dan berzina pula, semua itu
tidak baik dan berdosa.” Saya sentiasa menasihati anak saya dan dia faham.”
(Informan E)
Informan ini cuba menerapkan nilai keimanan dengan menasihati anaknya supaya
bersyukur di atas nikmat anggota yang diberikan oleh Allah S.W.T. Menurut Roziah Sidik,
Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus,28 ibu bapa bertanggungjawab mengajar anak-anak
bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT dan mendidik mereka supaya tidak mensyirikkan-
Nya dengan melakukan kemungkaran.
Dapatan seterusnya menunjukkan informan E turut menanamkan rasa kecintaan dan
keimanan terhadap Rasulullah s.a.w. kepada anaknya. Penerapan nilai keimanan ini adalah
melalui pendekatan nasihat dan penceritaan sirah Rasulullah dalam menyebarkan dakwah.
Informan turut menanamkan rukun iman yang ketiga dengan menyatakan bilangan nabi yang
wajib dipercayai seperti dapatan berikut:
“Saya bercakap padanya, “Adik, adik perlu baca sejarah Nabi, perlu tahu siapa
Nabi itu, sebab baginda dilahirkan. Semasa Nabi lahir, semua orang bukan Islam.
Jadi, betapa susahnya Nabi kita berdakwah. Sekarang, ramai orang beragama
Islam. Kita senang untuk beribadat. Pada zaman Nabi dahulu, jika hendak solat,
mereka mungkin dipukul atau dibunuh. Sekarang, tiada lagi masalah itu. Kita juga
wajib percaya kepada Rasul. Rasul tu ada 25 orang. Nabi kita, Nabi Muhammad.”
(Informan E)
Dapatan temu bual mendapati, informan ini juga turut menerapkan nilai keimanan kepada
para malaikat dengan menggunakan pendekatan latih tubi. Informan menerapkan nilai ini ketika
membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah. Informan memberi penjelasan yang terperinci
apabila didapati anak remaja bermasalah pembelajarannya agak keliru tentang rukun iman kedua
iaitu percaya kepada malaikat seperti pernyataan di bawah:
28Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus, Pengajian Islam, Edisi Kedua, (Selangor: Oxford Fajar
Sdn Bhd, 2011),149.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
9
“Guru berikannya homework mengenai rukun iman. Pada Rukun Iman dia tulis,
percaya kepada Ridhuan.29 Percaya kepada Malik30. Saya pun terangkan padanya,
“Adik, itu semua sudah terangkum. Jawapannya ialah percaya kepada malaikat.
Malaikat itu banyak dan ada tugas masing-masing. Baik, mari kita search internet.
Cikgu mengajar, mungkin adik tidak berapa ingat, kita cari di internet.” Selepas
itu, dia salinlah. Apabila baca dan salin, dia akan cepat faham.”
(Informan E)
Berdasarkan dapatan-dapatan ini, informan E merupakan ibu yang paling banyak
menggunakan pendekatan nasihat, penceritaan dan latih tubi dalam usaha menerapkan nilai
keimanan berbanding dengan informan yang lain. Keprihatinan informan ini adalah sama seperti
yang disarankan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin bahawa keimanan
kepada Allah, malaikat, para rasul dan sebagainya perlu dipupuk dalam diri individu muslim
bagi memenuhi fitrah semula jadi manusia yang sangat memerlukan agama.31 Nilai-nilai
keimanan ini cuba dipupuk oleh informan ini walaupun anaknya mengalami ketidaksempurnaan
akal kerana fitrah manusia itu suka pada agama.
Dapatan seterusnya menerangkan pendekatan penerapan nilai-nilai ibadah yang
dititikberatkan dalam pendidikan anak remaja bermasalah pembelajaran.
b) Nilai Ibadah
Penerapan nilai-nilai ibadah yang dititikberatkan oleh semua informan ialah dengan memberi
penekanan kepada aspek fardu ain iaitu perkara yang wajib dilakukan dan berdosa sekira
meninggalkannya. Perkara fardu ain tersebut ialah bimbingan solat, berpuasa, bimbingan bacaan
muqaddam dan al-Quran. Begitu juga dengan bimbingan cara berwuduk, bercukur, menjaga
kebersihan diri dan mandi wajib.
Ibadah solat adalah amalan pertama yang wajib diterapkan oleh para ibu bapa kepada
anak-anak. Empat daripada enam orang informan dalam kajian ini menerapkan ibadah solat
dengan menggunakan pendekatan tingkah laku iaitu melalui contoh tauladan dan tunjuk cara.
Seorang informan menggunakan pendekatan peneguhan dalam pengamalan solat dan seorang
informan lagi menggunakan pendekatan memujuk. Pendekatan memujuk digunakan selepas anak
informan enggan melaksanakan solat. Namun, informan membiarkan anak itu tidak bersolat
sekiranya pujukan tersebut gagal.
Pendekatan tingkah laku yang digunakan dalam konteks ini bermaksud seseorang anak
bertingkah laku berdasarkan pengalaman dengan melihat ibu bapa mereka yang menunjukkan
contoh tauladan yang baik.32 Pendekatan contoh tauladan dan tunjuk cara dalam proses
penerapan ibadah solat ini memerlukan informan mengimamkan solat dan menguatkan
29 Ridhuan ialah nama malaikat yang menjaga syurga.
30 Malik ialah nama malaikat yang menjaga neraka.
31 Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, terj. Abu Hasan
Din al-Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr,2006),684.
32Khalim Zainal, "Memahami Tingkah laku Remaja Bermasalah dari Perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik,
Psikoanalitik & Tret Personaliti." Jurnal Pengajian Umum Bil 9 (2008): 46.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
10
bacaannya supaya dapat didengari oleh anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Pendekatan
tingkah laku ini dikenal pasti melalui dapatan temu bual berikut:
“Berkenaan solat, pada mulanya, saya ajar dia. Dia akan solat dengan saya dan
saya akan membaca bacaan solat dengan kuat. Saya mahu dia dengar. Lama-
kelamaan anak saya sudah boleh solat sendiri dengan betul. Walaupun saya tidak
solat (haid), saya pantau dia bersolat. Saya tidak ajarnya perkara yang susah.
Bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, itu sahaja yang saya ajar. Bacaan Robbighfirli,33
duduk antara dua sujud pun saya ajar sehingga ke hari ini.”
(Informan E)
Kebanyakan informan memerlukan proses yang lama, berterusan dan berulang-ulang
untuk mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran agar dapat menguasai ibadah solat.
Ini diterangkan oleh seorang informan lain yang sentiasa memberi bimbingan kepada anak beliau
setiap kali bersolat secara berjemaah di rumah:
“Anak saya tidak boleh membaca Surah Al-Fatihah sendiri. Saya yang perlu
mulakan ayat awalnya dan dia akan sambung. Begitu juga dengan surah-surah
lain, begitu juga keadaanya. Jika saya mohon padanya, “Adik, baca 3 qul34, dia
tidak tahu. Saya juga sembahyang jemaah bersamanya.”
(Informan A)
Dua daripada enam informan didapati mengambil usaha untuk mengatasi kesukaran
anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini melaksanakan ibadah. Sebuah bangku disediakan
untuk memudahkan anak informan bersolat bagi mengatasi kesukarannya mendirikan solat
secara berdiri seperti pernyataan berikut:
“Dia sembahyang tidak seperti orang biasa kerana dia tidak boleh duduk bersila.
Dia perlu duduk. Selalunya saya akan sediakan bangku. Saya bantu dia solat
walaupun dia kekurangan dari segi fizikal. Solat ini perlu diterapkan juga.”
(Informan A)
“Saya perlu sediakan kain pelikat dia dan bentangkan sejadah. Kemudian, kami
solatlah secara berjemaah.”
(Informan F)
Anak-anak remaja bermasalah pembelajaran juga tidak terkecuali mengikut keinginan
sendiri dalam melaksanakan ibadah solat. Namun demikian, dua informan menggunakan
pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah ini. Seorang informan didapati memahami
keadaan dan kesukaran anak untuk melaksanakan solat manakala seorang lagi informan
menggunakan pendekatan peneguhan bagi menunjukkan sifat tegas mereka terhadap pengamalan
solat. Dapatan temu bual menunjukkan dua situasi berbeza seperti berikut:
33 Robbighfirli adalah bacaan permulaan duduk di antara dua sujud dalam solat.
34 3 qul bermaksud 3 surah yang dimulai dengan qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Nas dan surah al-‘Alaq.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
11
“Masalah anak saya untuk bersolat ini, jika dia mahu solat, dia akan bersolat. Jika
dia tidak mahu, dia tidak solat. Saya pun faham situasi dia. Dia ikut mood. kalau
mood dia baik, dia bersolat. Kalau dia malas, dia akan beri macam-macam
alasan.”
(Informan A)
“Kadang-kadang, dia ikut mood kalau hendak solat. Anak saya memang ikut
mood. Hari-hari saya perlu sentiasa ingatkannya untuk terus bersolat. “Along,
pergi solat, sudah cukup masa ini.” Jika mood dia baik, solatnya baik.”
(Informan C)
Pendekatan peneguhan seperti yang digunakan informan di atas adalah dengan selalu
mengingat dan menggalakkan anak yang hanya mengikut kehendak sendiri tidak mahu bersolat
untuk segera menunaikan solat. Pendekatan ini digunakan seperti yang disarankan oleh
Mohamad Khairudin Bajuri et al., yang menyatakan bahawa tujuan peneguhan adalah untuk
mendorong dan memberi semangat serta galakan kepada anak-anak supaya berterusan
mengamalkan nilai ibadah iaitu bersolat.35 Pendekatan peneguhan dapat mengurangkan dan
menghapuskan tingkah laku anak daripada lalai menunaikan solat yang wajib.
Berdasarkan objektif pertama yang dibincangkan di awal bab ini, terdapat ibu bapa yang
cuba berusaha menyelesaikan masalah dalam usaha menerapkan nilai-nilai ibadah kepada anak
remaja bermasalah pembelajaran. Seorang informan didapati menggunakan pendekatan pujukan
dan kemudian menggunakan peneguhan negatif iaitu dengan mencubit anak yang tidak mahu
bersolat wajib, berpuasa di bulan Ramadan, mengaji al-Quran dan sebagainya. Situasi ini
menyebabkan informan mengandaikan bahawa anaknya itu belum lagi bersedia mengamalkan
ibadah khususnya solat dan berpuasa. Beliau juga kelihatan seperti sangat memahami dan
menerima keadaan anaknya seperti kenyataan ini:
“Saya ajak dia bersolat, berpuasa, tetapi dia tidak mahu. Dari sudut agama,
memang saya cuba ajar dia. Saya mengambil tindakan bertolak ansur dan tidak
memaksa. Saya gunakan pendekatan begitu. Apabila sampai masanya, jika dia
mahu, In sha Allah dia akan laksanakan ibadah itu. Bagi saya, ada sedikit
kerumitan untuk saya terapkan nilai-nilai Islam ini. Mungkin belum sampai
masanya untuk anak saya terima. Kadang-kadang saya marah padanya, tetapi
tindakan ini tidak patut kerana keadaannya begitu. Kadang-kadang, saya cubit
juga.”
(Informan D)
Al-Quran adalah perkataan atau kalamullah S.W.T. Menguasainya adalah satu kewajipan
bagi seseorang Muslim.36 Oleh yang demikian, peranan ibu bapa adalah dengan membimbing
anak remaja bermasalah pembelajaran menguasai kalam Allah S.W.T bagi menunaikan
35 Mohamad Khairudin Bajuri, Rohaida Mohd Saat, M.Y Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abdul Rahman dan
Durriyyah Sharifah Hasan Adli. "Pendekatan Peneguhan bagi Aktiviti Hafalan al-Quran dalam Kalangan Pelajar di
Peringkat Menengah Rendah," Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Bil.8, Jun 2014, 114.
36 Norakyairee Hj Mohd Raus, et al. "Pengajaran Al-Quran Braille: Isu dan Cabaran Semasa." QURANICA-
International Journal of Quranic Research”, Jil.3, No.4 (2013).79-94.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
12
kewajipan sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini. Dapatan temu bual telah memberi
gambaran yang lebih mendalam bahawa lima daripada enam informan didapati memberi
bimbingan membaca Muqaddam dan al-Quran kepada anak remaja bermasalah pembelajaran
menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah iaitu pengajaran yang secara bersemuka dan
dari mulut ke mulut dan teknik hafalan.
Dua daripada lima informan ini mendapatkan bimbingan membaca Muqaddam atau al-
Quran di rumah orang yang berkelayakan. Namun, kedua-dua informan ini menghadapi pelbagai
cabaran untuk mendapat sokongan positif daripada masyarakat setempat seperti dapatan berikut:
“Saya hantar dia mengaji Al-Quran di banyak tempat. Saya hantar anak saya
kepada orang yang benar-benar faham keadaaannya yang mengalami masalah
slow learner. Dia bukan macam budak-budak biasa. Dia pernah dimarahi kerana
tidak menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan membuatkannya tiada
keyakinan diri. Saya juga ada menerangkan pada ustazah itu bahawa anak saya ini
tidak normal. Sekarang, anak saya sudah pandai mengaji. Dia sudah 28 juz.”
(Informan F)
“Dari sudut mengaji, sampai sekarang, anak saya masih mengaji. Umur dia sudah
18 tahun. Ustaz itu sahaja yang ambil dia. Saya hantar kepada ustaz itu sewaktu
dia berumur 9 tahun. Saya maklumkan ustaz itu akan keadaan anak saya. Sampai
sekarang, anak saya masih Iqra’ 1 kerana dia cepat lupa. Tetapi, tidak mengapa”
(Informan C)
Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Khadijah Abdul Razak dan Norashidah
Mohamad Salleh37 yang mendapati bahawa tahap penguasaan bacaan al-Quran oleh anak
keperluan khas adalah pada tahap sederhana. Ketidakupayaan mental yang dialami oleh anak
remaja bermasalah pembelajaran bukan halangan untuk menguasai kemahiran tersebut. Perkara
ini dibuktikan lagi dengan dapatan kajian bahawa anak informan iaitu Miza (bukan nama
sebenar) yang merupakan anak remaja bermasalah pembelajaran juga mampu menguasai bacaan
al-Quran dengan baik.
Dalam menguasai bacaan al-Quran ini, dua orang informan yang lain mengakui bahawa
anak remaja mereka mula pandai menghafal surah-surah pendek dengan bimbingan guru di
sekolah. Kemahiran ini diteruskan dengan peranan yang dimainkan oleh informan seperti yang
terdapat dalam data temu bual berikut:
“Kadang-kadang saya ajarnya ayat-ayat pendek, dia baca juga. Dia ikut saya
membaca surah-surah seperti Al-Ikhlas sebab cikgu ajar dia hafal Surah Al-Ikhlas
dan surah lain.”
(Informan E)
37 Khadijah Abdul Razak dan Norshidah Mohamad Salleh. “ Pengajaran Tilawah al-Quran dalam kalangan Kanak-
kanak Bermasalah Penglihatan”, dalam J. S. Dharta Ranu Wijaya, Praktik-praktik Terbaik Pendidikan untuk
Semua: Isu-isu Pendidikan Khusus di Indonesia dan Malaysia, (Bandung: Rizqi Press), 252-267.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
13
“Kita memang ajar melalui hafalan dan praktikal, baru dia boleh tahu. Dia pun
tidak mampu ingat sepenuhnya dengan cepat. Tetapi kitalah yang memberi
tunjuk ajar pada dia, yang senang didahulukan.”
(Informan B)
“Anak saya ini seorang yang menghafal. Seperti bacaan Surah Al-Fatihah dalam
solat, saya memang ajar melalui teknik hafalan. Bacaan 3 qul, dia ingat juga sebab
surah ini dibaca dalam solat. Jadi, setiap bulan, saya akan ingatkan dia semula
untuk mengulangkaji hafalan surah. Bacaan 3 qul , mungkin dia lupa sedikit tetapi
Surah Al-Fatihah, dia boleh membaca.”
(Informan C)
Penjelasan ibu bapa dalam kajian ini juga membuktikan komitmen ibu bapa terhadap
bimbingan membaca al-Quran yang diberikan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran ini.
Dalam usaha penerapan nilai ibadah kepada anak remaja bermasalah pembelajaran, terdapat ibu
bapa yang menggunakan pendekatan berbentuk teknologi maklumat iaitu penggunaan perisian
al-Quran yang berbentuk al-Quran Digital dan Compact Disc (CD). Perisian-perisian ini sering
dimainkan di dalam kenderaan untuk mengukuhkan daya hafalan anak terhadap bacaan ayat-ayat
suci al-Quran. Ini dipetik daripada data-data temu bual bersama beberapa informan seperti
berikut:
“Dia ada dengar bacaan surah melalui laptop atau hand phone. Contoh saya suruh
dia baca al fatihah..Dia pandai sebab dia menghafal. Dia akan hafal melalui
earphone. Dia juga ada guna Quran digital.”
(Informan A)
“Kalau saya pasang CD Yasin dalam kereta, atau kadang-kadang ada ayat-ayat
pendek, dia baca juga seperti surah Al-Ikhlas, dia akan ikut melalui CD yang
didengar itu. Kalau dia dengar surah Yasin melalui CD juga, dia boleh ikut. Sebab
tiap-tiap minggu dia dengar. Lepas tu dia mulalah sambung sikit-sikit.”
(Informan E)
Penggunaan media seperti ini dipercayai dapat mempengaruhi tingkah laku individu.
Menurut Haryati Abdul Karim,38 Ab. Halim Tamuri39 dan Ika Destiana, Ali Salman serta Mohd
Helmi Abd Rahim,40 penggunaan media elektronik adalah sangat sinonim dengan kehidupan
harian para remaja. Oleh itu, pemilihan media yang baik seperti yang dinyatakan telah
38 Haryati Abdul Karim. "Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja
Malaysia." Southeast Asia Psychology Journal , Jil.1, (2014), 77-105.
39 Ab. Halim Tamuri, "Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja
Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). 199-212.
40 Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan
Pelajar Universiti di Palembang," Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, Bil.29, no. 2 (2013),
125-140.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
14
dititikberatkan oleh dua orang informan kajian ini dalam mempengaruhi pemupukan nilai Islam
khususnya dalam penguasaan bacaan al-Quran.
Dari sudut bimbingan asas penyucian diri seperti mandi dan berwuduk, kajian mendapati
semua ibu bapa terus bersabar dan bersedia memberi bimbingan yang berterusan kepada anak
remaja bermasalah pembelajaran mereka. Lima daripada enam orang informan telah
menggunakan pendekatan tunjuk cara dan penerangan secara jelas dalam memberi pendedahan
cara mandi wajib, bercukur serta bimbingan akil baligh seperti bermimpi dan kedatangan haid:
“Cara mandi wajib, saya ajar. Cara mandi, cara mencuci, tertib mandi, semuanya
saya ajar. Sekarang, dia sudah pandai mandi sendiri. Mandi wajib tu saya pantau
juga.”
(Informan A)
“Sebenarnya anak saya ini tidak tahu hendak membezakan air mani. Apabila kita
sudah hilang rasa malu, barulah kita cakap padanya, “Kalau ada sesuatu keluar
daripada (kemaluan) itu berwarna putih, Along mesti mandi wajib. Mandi wajib
ini mesti niat iaitu “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
Kemudian, cuci semua sehingga bersih.” Saya beritahu dia, suruh dia buat
begitu.”
(Informan C)
“Tentang balighnya itu, saya cakap dengan abang-abangnya, “Tolong ajar adik
ini. Jangan biar dia terlepas, dia tidak tahu apa-apa.” Jadi, abangnya pun ajar.
Abang keduanya rajin. Abangnya ajar cara potong bulu yang sudah tebal. Abang
dia buat.”
(Informan E)
“Ayah dia yang ajar. Cara mandi wajib. Mungkin dengan saya,dia malu. Jadi,
ayahnya yang ajar. “Kalau nampak ada air macam ini, air warna putih, kalau air
ini sudah keluar, Mail mesti mandi. Tidak boleh sembahyang.” Ayahnya beritahu
begitu.”
(Informan F)
Informan-informan ini telah memberi pendedahan yang sepatutnya tentang cara
penyucian diri terhadap anak remaja bermasalah pembelajaran mereka. Perkara ini penting bagi
menunjukkan bahawa Islam itu indah dan suci kerana Allah S.W.T sangat menyukai hamba-
hambanya yang menyucikan diri.41
Di samping itu, kajian mendapati empat informan ini juga memberikan bimbingan akil
baligh serta penjelasan tentang batas-batas aurat dan pergaulan antara lelaki dan wanita melalui
pendekatan nasihat. Proses menasihati anak remaja bermasalah pembelajaran perlu diterangkan
secara jelas dan terperinci tanpa menggunakan kiasan supaya anak itu memahami nasihat yang
disampaikan. Salah seorang informan cuba mendisiplinkan anaknya supaya meletakkan tangan
41 Surah at-Taubah (9):108
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
15
di belakang semasa berkomunikasi dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrim.
Informan mendidik anaknya sedemikian sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan
anaknya itu bersentuhan dengan seseorang perempuan. Ini diceritakan oleh informan mengenai
batas-batas pergaulan tersebut kepada anaknya yang dipanggil Along:
“Saya mesti ajar dia sebab dia lelaki. “Along, lelaki tidak boleh sentuh
perempuan. Seperti di sekolah, Along boleh bercakap dengan perempuan tetapi
jangan pegang. Apabila bercakap dengan perempuan, tangan letak di belakang.
Tidak boleh pegang. Tidak baik dan berdosa.”Wajib saya ajar perkara itu, saya
risau kerana anak saya lelaki. Jika anak perempuan lagi saya risau.“Jangan sentuh.
Itu bukan muhrim. Apa hukum menyentuh yang bukan muhrim?” Dia cakap,
“Berdosa.” “Ya, betul! Berdosa dan nanti masuk api neraka,” saya cakap secara
ringkas asalkan saya beritahunya juga.”
(Informan C)
Teknik nasihat juga digunakan oleh seorang informan yang lain dalam membimbing anak
remaja bermasalah pembelajaran beliau mengenai batas-batas pergaulan iaitu semasa menerima
sepucuk surat daripada kawan yang berlainan jantina.
“Saya ternampak satu surat, pelajar perempuan bagi padanya. Lalu, saya tanya
padanya, “Siapa budak ini?” Dia beritahu budak itu adalah kawan
sekolahnya.“Adakah Adik dapat surat daripadanya?” “Mana mama tahu? Adik
tidak suka dia, tetapi dia yang beri surat pada adik.” “Tidak mengapalah. Dia
hendak kawan sahaja. Kita tidak suka, tidak mengapa.Kita jangan marah orang.
Orang hendak kawan dengan kita. Kita kawan seperti biasa.Tidak perlu membalas
surat. Hanya lagak seperti biasa,” saya nasihat begitu padanya. Berkenaan
bersalam pula, saya nasihat padanya, tidak usah bersalam jika dengan perempuan.
Jika saudara perempuan, ibu saudara, tidak perlu bersalam. Hanya sapa sahaja.”
(Informan F)
Dua orang informan ini memberi pendedahan kepada anak remaja masing-masing tentang
batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan dari sudut menundukkan pandangan mata
dan tidak berjabat tangan dengan mereka yang bukan muhrim sesuai dengan peringatan Allah
S.W.T.42
Penerangan dan penjelasan para informan mengenai batas-batas dan adab-adab dalam
pergaulan ini disusuli dengan penerapan nilai-nilai akhlak mulia kepada anak remaja bermasalah
pembelajaran yang menjadi pelengkap kehidupan seorang muslim.
c) Nilai Akhlak
Berdasarkan literatur yang dibincangkan dalam bab dua, terdapat enam aspek akhlak yang perlu
diberi keutamaan oleh ibu bapa iaitu akhlak dalam kehidupan, bersosial, menunaikan ibadah,
42 Surah an-Nur (24):31
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
16
menuntut ilmu dan akhlak terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.43 Namun, kajian ini
mendapati hanya tiga aspek akhlak yang diberi penekanan oleh ibu bapa dalam menerapkan
nilai-nilai akhlak iaitu akhlak dalam bersosial, akhlak dalam menjalani kehidupan seharian dan
ketika menunaikan ibadah. Hanya tiga aspek ini sahaja yang diberi keutamaan kerana bidang
akhlak ini meliputi kehidupan anak remaja bermasalah pembelajaran serta sesuai dengan tahap
pemikiran dan penerimaan mereka.
Lima daripada enam informan didapati cuba mengamalkan saranan seperti yang telah
dianjurkan di dalam al-Quran iaitu galakan ibu bapa mendidik anak supaya berbuat baik dan
berbakti kepada kedua ibu bapa.44Pendidikan akhlak yang diberi penekanan ialah mendidik anak
remaja supaya membantu bapa mengusahakan sebuah bengkel kereta, membantu perniagaan
milik keluarga, mengajar melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan, membuang
sampah dan membasuh baju. Ini dipetik dari kenyataan-kenyataan informan berikut:
“Saya minta pertolongan kepada anak saya, “Tolong emak buang sampah.” Dia
pun akur lalu tolong apa yang patut. “Selepas makan, pinggan perlu dicuci, jangan
tinggalkan di sinki.” Saya tidak mahu biasakan dia dengan tabiat buruk. Nanti
kalau pergi ke rumah orang, jika buat seperti itu, orang tidak suka.”
(Informan C)
Seorang informan turut mendidik anak remaja bermasalah pembelajaran beliau supaya
mengangkat pakaian di ampaian sewaktu informan tiada kerana keluar bekerja:
“Saya selalu pesan pada dia, “Sebentar lagi, sekitar pukul dua atau tiga, Miza
tolong angkat kain, khuatir nanti hujan.Jika Miza bimbang Miza tertidur, tolak
sahaja ampaian kain ke dalam.Tidak mengapa, nanti mama yang angkat. Kalau
Miza rajin, tolong angkat.”Nanti, dia angkatlah.”
(Informan F)
Nilai-nilai akhlak seperti nilai bersyukur dan berterima kasih, nilai sabar, nilai saling
membantu, nilai beradab sopan dan suka memaafkan, turut dititikberatkan oleh ibu bapa
informan kajian ini. Sidek Baba menyatakan bahawa keperluan nilai, akhlak dan etika dalam
pendidikan anak-anak adalah untuk mengelakkan kerosakan sosial di samping anak tersebut
lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan mencabar.45
Nilai-nilai akhlak Islam yang cuba diterapkan oleh informan membolehkan seseorang
anak membuat sesuatu pertimbangan sama ada tindakannya pada masa hadapan itu betul atau
salah sebagai panduan dalam menjalani hidup bersyariat.46 Dapatan berikut menunjukkan nilai-
nilai akhlak yang diterapkan oleh ibu bapa dalam kajian ini:
1. Nilai bersyukur dan berterima kasih
43Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa dan Ahmad Munawar, “Memperkasakan Jati Diri Melayu-Muslim Menerusi
Pendidikan Islam dalam Pengajaran Akhlak”, Jurnal Hadhari (2012),31.
44 Surah Lukman (31):14
45 Sidek Baba, Keluarga Islam, ed. Azrina Sobian, (Kuala Lumpur :Institut Kefahaman Islam Malaysia 2007),268.
46 Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam,(Kuala Lumpur : Pustaka Salam,2011),119
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
17
Bersyukur dan berterima kasih adalah salah satu akhlak Islam yang paling terpuji dan mulia.47
Ayat ini menyatakan bahawa orang-orang yang bersyukur dan berterima kasih akan diberi
balasan pahala yang besar di akhirat. Seorang informan didapati menerapkan nilai syukur dan
berterima kasih kepada anaknya semasa pekerja kebersihan mengumpulsampah mereka di
kawasan perumahan. Walaupun mendapat tindak balas yang agak pelik daripada pekerja
kebersihan tersebut, nilai berterima kasih ini wajar dicontohi oleh para ibu bapa yang lain.
Perbualan di bawah menggambarkan situasi ini:
“Adik, jika adik nampak abang yang mengumpul sampah itu, adik mesti ucapkan
terima kasih. Jika dia tidak kutip sampah kita, sampah kita akan berulat.” Dia pun
ucap,“terima kasih, abang.” Saya menasihatinya lagi, “Adik, walaupun seseorang
itu membuat sesuatu yang kecil tapi ada kesan yang besar pada kita, adik.” Saya
sentiasa ajar dia, walaupun dia faham ataupun tidak.”
(Informan E)
2. Nilai sabar dan suka memaafkan orang lain
Sabar ialah menahan diri dari sesuatu perkara yang tidak disukai. Seseorang mukmin yang
bersabar akan sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah S.W.T.48 Seorang informan kajian ini
juga didapati menerapkan nilai sabar apabila anaknya Zaidi (bukan nama sebenar) mengadu
dipukul oleh rakan di sekolah. Informan menenangkan anaknya dengan kata-kata seperti di
bawah:
“Tidak mengapa, biarkanlah. Itukan kawan-kawan kita. Mungkin tidak sama.
Mungkin di rumahnya,emak dia tidak sayangkan dia sepertimana ibu sayang
Zaidi. Tetapi dengan Zaidi, kawan itu inginkan kasih sayang. Dia mahu Zaidi
sayangkan dia.” Begitulah, saya beritahu dia.”
(Informan E)
Nilai sabar yang diterapkan informan ini dapat melahirkan perasaan berkasih sayang sesama
insan di samping mendidik anaknya supaya tidak berdendam dan memaafkan kesalahan orang
lain semasa terlibat dengan pertengkaran kecil di sekolah:
“Tidak mengapalah adik, memang kawan Zaidi itu begitu.” Kadang-kadang, anak
saya bergaduh dengan kawannya di sekolah, dia akan mengadu dan saya cuba
tenangkan dia, “Tidak mengapalah adik, maafkanlah dia. Dia kawan kita.”
(Informan E)
Informan ini didapati telah mempraktikkan saranan Allah S.W.T di dalam al-Quran bagi
mengukuhkan jati diri dan membentuk peribadi mukmin dalam diri anak-anak. Firman Allah
S.W.T yang bermaksud:
47 Surah Ali Imran (3):145
48 Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, terj., H.M Asywadi Syulur Lc, Dasar-dasar Ilmu Da’wah, Jil. 2, (Kuala
Lumpur: Dewan Pustaka Fajar,2001), 71
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
18
“Berilah kemaafan dan suruhlah berbuat kebaikan serta berpalinglah dari orang-
orang yang jahil”
Surah al-‘Araf (7):19
3. Nilai saling membantu
Seorang informan menceritakan bahawa nilai saling membantu juga diterapkan kepada anak
remaja bermasalah pembelajaran. Nilai tersebut adalah dengan menghulurkan bantuan atau
derma kepada orang lain. Anak beliau didapati sering membantu rakan-rakan yang tidak
membawa wang saku ke sekolah. Petikan temu bual di bawah menerangkan situasi anaknya Mila
(bukan nama sebenar) yang suka membantu rakannya:
“Jika kawan Mila tidak bawa duit saku atau tidak makan, Mila akan cerita kepada
saya, “Mama, kawan adik tidak makan.” Dia tahu. Jadi, dia mintalah duit pada
saya. Saya pula memang selalu berada di sekolah ketika waktu rehat. Mila akan
beri duit kepada kawannya itu.Dia tahu yang mana kawannya yang tidak ada duit.
Dia akan beritahu saya. Dia suka tolong orang.”
(Informan A)
Galakan amalan saling membantu ini adalah seperti yang disarankan oleh Imam al-
Ghazali, seorang ilmuwan tersohor dalam dunia Islam dalam kitabnya Bidayatul Hidayah yang
menyatakan bahawa orang yang saling membantu dan berkelakuan baik itu akan mendapat
ganjaran yang setimpal malah lebih baik dari perbuatannya.49 Oleh itu, informan berharap agar
kebaikan beliau yang suka menolong orang lain dapat dicontohi oleh anak remajanya juga.
4. Nilai beradab sopan
Beradab sopan adalah akhlak yang sering dicontohi oleh baginda Rasulullah s.a.w. Merujuk
kepada kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,50 Rasulullah s.a.w mengamalkan adab
sopan dengan menghulurkan salam, berlemah lembut ketika berbicara dan tidak sombong. Nilai
beradab sopan yang diterapkan oleh informan kajian ini ialah dengan menggalakkan anaknya,
Mail (bukan nama sebenar) menghulurkan salam kepada orang yang lebih tua di samping
merendahkan tutur kata semasa berbicara sepertimana hasil dapatan temu bual berikut:
“Saya cakap padanya, “Jika bertemu Pak Cik, kawan ayah atau sesiapa,jika
sepuluh kali jumpa pun, sepuluh kali sapa.Apabila berjumpa, terus bersalam.
Tidak mengapa.” “Kenapa mahu salam banyak kali?” Dia bertanya. “Tidak
mengapalah. Hari ini Mail jumpa, Mail bersalam. Jika esok jumpa lagi, bersalam
juga. Apa salahnya.” Jawab saya dan dia pun diamlah.”
49 Abu Hamid al-Ghazali, Bidayatul Hidayah, terj., Abdul Samad al-Falimbani, Hidayatus-Salikin fi Suluki
Maslakil-Muttaqin,(Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah, 2010), 295.
50Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin : Inti pati Ihya’
Ulumuddin Pengajaran bagi Orang-orang Mukmin, terj., Abu Hasan Din al-Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr,
2006),645.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
19
(Informan E)
Selain penerapan nilai-nilai akhlak dalam pergaulan sosial seperti di atas, kajian juga
mendapati bahawa seorang informan memberikan penekanan kepada aspek akhlak dalam
kehidupan seharian seperti adab mandi untuk anak remaja bermasalah pembelajaran. Adab
mandi yang diberi penekanan ialah dengan memberi penekanan supaya anak mandi dengan
keadaan yang sopan walaupun berseorangan. Seperti dinyatakan informan ini:
“Saya cakap padanya, “Jika kita mandi, kita tidak boleh bogel. Kita mesti
memakai kain basahan. Kita mesti menutup aurat.”
(Informan A)
Penerangan tentang konsep dosa dan pahala juga adalah cara memupuk nilai peribadi dan
akhlak anak remaja bermasalah pembelajaran. Ibu bapa wajib memberikan penjelasan tentang
konsep dosa yang haram dilakukan dan konsep pahala yang dituntut untuk dilaksanakan kepada
anak-anak.51 Kepentingan penerapan nilai ini adalah untuk mengelak anak remaja bermasalah
pembelajaran melakukan perbuatan-perbuatan keji dan cela yang boleh mencalar identiti diri
sebagai seorang Islam.
Dalam konteks kajian ini, lima daripada enam informan telah mempraktikkan pendekatan
nasihat melalui medium televisyen melalui program Rancangan Tanah Kubur, saluran OASIS.
Pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa ini ialah dengan mengulas semula kisah-kisah dosa
serta akibat dari sesuatu perbuatan sesuai dengan pengetahuan anak-anak remaja bermasalah
pembelajaran seperti kenyataan berikut:
“Seperti rancangan Tanah Kubur, anak saya memang sangat gemar rancangan itu.
Jadi, saya pun cakap, “Apabila kematian seperti ini, lihat perbuatannya yang dia
sudah buat pada ibunya.” Ataupun, “Lihat, dia mencuri, apa balasannya?
Mahukah apabila mati nanti, kita jadi seperti ini?”Anak saya pun fahamlah.”
(Informan C)
“Biasanya anak ini, saya terangkan padanya tentang hukum sesuatu perbuatan
yang dilarang. Contohnya, siapa mencuri akan ditangkap polis. Apabila dia tonton
drama dalam televisyen, saya perlu ulas semula cerita itu. Cerita Tanah Kubur
banyak mengajarnya. Saya kerap bertanya anak saya, “Apa yang kamu tonton
itu?” Dia akan berceritalah tentang kisah-kisah orang yang derhaka, orang
mencuri, orang kurang ajar dan sebagainya melalui rancangan televisyen itu. Dia
minatlah.”
(Informan E)
“Saya selalu mencelah apabila dia sedang leka menonton televisyen, “Jika kita
tidak sembahyang, lihat keadaan apabila mati nanti.” Dia suka menonton
51Ibid, 424.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
20
(rancangan) Tanah Kubur. “Jika sudah buat jahat seperti ini, di dunia Tuhan sudah
tunjukkan.”
(Informan F)
Melalui media televisyen ini, tiga daripada enam informan ada menegaskan akibat atau
balasan sesuatu perbuatan seperti derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, akibat melakukan sesuatu
kejahatan seperti mencuri dan tidak bersolat berdasarkan rancangan Tanah Kubur yang
ditayangkan. Dapatan ini menyokong pendapat Haryati Abdul Karim yang menyatakan bahawa
penggunaan media tidak hanya digunakan untuk keseronokan tetapi digunakan untuk
memuhasabah diri seseorang individu.52 Oleh itu, informan-informan ini telah memainkan
peranan yang sangat baik dalam mempengaruhi anak remaja bermasalah pembelajaran untuk
menghayati nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.
Penerangan tentang konsep dosa dan pahala melalui pendekatan nasihat secara berterusan
juga dilaksanakan oleh ibu bapa kajian ini. Nasihat-nasihat ini merangkumi larangan melayari
video dan gambar-gambar lucah di internet. Seorang informan menasihati anak remajanya
supaya tidak menonton video lucah di internet. Informan menyatakan bahawa beliau dan suami
menasihati anak mereka itu dengan menjelaskan hukum dan sebab mengapa tidak boleh
menonton video sedemikian seperti yang dijelaskan di bawah:
“Suatu hari, saya rasa dia ada buka website yang tidak sepatutnya, jadi saya
beritahunya perkara ini tidak elok. “Miza budak kecil lagi. Miza belum besar lagi.
Ini untuk orang yang sudah berkahwin.”Ayahnya juga beritahu,“Tidak elok. Miza
belum besar lagi. Perkara ini untuk orang-orang yang sudah besar dan sudah
berkahwin.” Saya cakap begitu. “Ini dosa. Tengok pun tidak boleh. Sebab apa
tidak boleh tengok? Sebab Miza tengok aurat orang. Tengok aurat orang adalah
berdosa.Kita hendak sembahyang pun kena tutup aurat, ini kita tengok aurat
orang. Berdosa.”
(Informan F)
Informan C pula memberi nasihat kepada anak remaja bermasalah pembelajarannya
supaya tidak melayari gambar-gambar wanita berpakaian seksi di internet. Informan turut
memberi amaran bahawa melayari gambar sedemikian akan menyebabkan komputer dan
sebagainya akan dijangkiti virus dan melibatkan kos pembaikan yang mahal. Tindakan kedua-
dua informan ini adalah sangat wajar kerana anak-anak remaja muslim juga tidak terkecuali
daripada terlibat dengan budaya negatif yang dibawa melalui teknologi maklumat dan
komunikasi ini.53 Oleh itu, peranan ibu bapa adalah memantau aktiviti anak bagi mengelak
penularan nilai negatif seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat dan sebagainya dari meresap
ke dalam jiwa seorang mukmin.
52Haryati Abdul Karim. "Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja
Malaysia." Southeast Asia Psychology Journal , Jil.1, (2014),96.
53Ab. Halim Tamuri, "Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja
Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). 199-212.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
21
Penerangan tentang konsep dosa juga diterapkan melalui larangan berkelakuan lucah.
Seorang informan cuba menjelaskan perkara yang mungkin tidak diketahui bahawa ia adalah
salah oleh anak remaja bermasalah pembelajarannya itu. Larangan seperti ini sangat penting bagi
mengelakkan anak remaja bermasalah pembelajaran berkelakuan lucah di khalayak ramai:
“Anak saya pernah tunjuk pada saya alat sulitnya yang tegang. Saya nasihatkan
dia, “Ini berdosa. Adik tidak boleh tunjuk alat sulit ini pada orang. Tidak elok.”
(Informan E)
Berdasarkan dapatan kajian di atas, ibu bapa adalah acuan bagi mencorak kehidupan anak
remaja bermasalah pembelajaran. Semua informan menggunakan teknik nasihat apabila anak-
anak melakukan perkara yang menyimpang daripada syariat Islam semata-mata untuk
melahirkan anak yang berakhlak mulia seterusnya melahirkan masyarakat madani yang taat
kepada Allah S.W.T. Proses penerapan nilai-nilai Islam yang merangkumi aspek nilai keimanan,
ibadah dan akhlak yang ditanam dalam jiwa anak-anak remaja seperti ini turut memerlukan para
ibu bapa berhadapan dengan dunia luar untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, situasi sebenar
perlu dihadapi dan memerlukan penglibatan ibu bapa dengan lebih efektif.
Kesimpulan
Kajian mendapati, ibu bapa menggunakan pendekatan nasihat dan penceritaan, galakan
dan suruhan, pendekatan latih tubi, pendekatan tingkah laku iaitu melalui contoh teladan dan
tunjuk cara, pendekatan peneguhan dan penggunaan multimedia dalam penerapan nilai
keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak. Sebaliknya, pendekatan pujukan digunakan kepada anak
remaja bermasalah pembelajaran yang masih dalam proses pembelajaran sesuai dengan tahap
pemikiran mereka.
Penerapan nilai iman yang diterapkan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran ialah
berkaitan dengan keimanan kepada Allah S.W.T, keimanan kepada malaikat, rasul dan kitab.
Selain itu, penerapan nilai ibadah yang ditekankan ialah berkaitan dengan ibadah solat, puasa,
bimbingan bacaan muqaddam dan Al-Quran, bimbingan cara bersuci seperti berwuduk,
bercukur, cara menjaga kebersihan diri dan mandi wajib, penerangan hukum atau akibat
melakukan atau meninggalkan sesuatu amalan, bimbingan batas-batas aurat dan cara berpakaian.
Terdapat juga sebahagian informan ibu bapa yang memberikan bimbingan pengamalan ibadah
sunat seperti Solat Sunat Dhuha, Solat Terawih dan sebagainya.
Melalui penerapan nilai akhlak pula, pengkaji merumuskan bahawa ibu bapa telah
memberi didikan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran berkaitan dengan adab dalam
kehidupan seperti adab sebelum dan selepas makan, adab sebelum dan selepas tidur. Penekanan
juga diberikan oleh ibu bapa tentang akhlak dalam bersosial sesama ahli keluarga dan orang lain
dengan memupuk nilai berkasih sayang, nilai bersyukur dan berterima kasih, saling membantu,
nilai sabar dan bermaafan.
PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti
Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur.
22
Rujukan
Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
2001).Ab. Halim Tamuri,"Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa:
Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009).
‘Abd Al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, cet.7, (Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 2001).
‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, terj, Jil.1, (Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998).
‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad Awwal), terj. Mohd Ikhwan
Abdullah, Jil.1, (Selangor: Publishing House Sdn Bhd, 2015)
Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya, (Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya, 2009).
Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa dan Ahmad Munawar, “Memperkasakan Jati Diri Melayu-
Muslim Menerusi Pendidikan Islam dalam Pengajaran Akhlak”, Jurnal Hadhari (2012).
Norakyairee Hj Mohd Raus, et al. "Pengajaran Al-Quran Braille: Isu dan Cabaran
Semasa." QURANICA-International Journal of Quranic Research”, Jil.3, No.4 (2013).
Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin
: Inti pati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran bagi Orang-orang Mukmin, terj: Abu Hasan Din al-
Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, 2006).
Khadijah Abdul Razak dan Norshidah Mohamad Salleh. “ Pengajaran Tilawah al-Quran dalam
kalangan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan”, dalam J. S. Dharta Ranu Wijaya, Praktik-
praktik Terbaik Pendidikan untuk Semua: Isu-isu Pendidikan Khusus di Indonesia dan
Malaysia, (Bandung: Rizqi Press).
Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan Media Sosial: Kajian
dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang." Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal
of Communication, Bil.29, no. 2 (2013).
Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus, Pengajian Islam, Edisi Kedua,
(Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd, 2011).Sidek Baba, Keluarga Islam, Kemahiran
Keibubapaan dan Cabaran Semasa, ed. Azrina Sobian, (Selangor: MPH Group Publishing
Sdn Bhd dan Institut Kefahaman Islam Malaysia 2007).

More Related Content

What's hot

TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...
TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...
TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...WiwikSriPamularsih
 
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMATESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMAguestf6b63af
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamJihan Alive
 
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)Denny Kodrat
 
baju anak
baju anakbaju anak
baju anakBinawan
 
1 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 31 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 3Rafidah Adnan
 
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai UpayaPengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai UpayaNurulSyahira94
 
1 buku kurikulum k 13 paud-ok
1 buku kurikulum  k 13 paud-ok1 buku kurikulum  k 13 paud-ok
1 buku kurikulum k 13 paud-okEka Fadiyah Wati
 
Dskp pendidikan moral tahun 4
Dskp pendidikan moral tahun 4Dskp pendidikan moral tahun 4
Dskp pendidikan moral tahun 4Friderrica Juil
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianirosesani1
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Amar Arif
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmIra Raji
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmNas Lin
 
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3gengkapak84
 

What's hot (19)

TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...
TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...
TINGKAT PENCAPAIAN ASPEK PERKEMBANGAN ANAK USIA 5-6 TAHUN BERDASARKAN STANDAR...
 
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMATESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
 
A159554 projek akhir
A159554 projek akhirA159554 projek akhir
A159554 projek akhir
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
 
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
 
baju anak
baju anakbaju anak
baju anak
 
Kspk
KspkKspk
Kspk
 
1 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 31 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 3
 
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai UpayaPengurusan Murid Pelbagai Upaya
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
 
1 buku kurikulum k 13 paud-ok
1 buku kurikulum  k 13 paud-ok1 buku kurikulum  k 13 paud-ok
1 buku kurikulum k 13 paud-ok
 
Dskp pendidikan moral tahun 4
Dskp pendidikan moral tahun 4Dskp pendidikan moral tahun 4
Dskp pendidikan moral tahun 4
 
Bab 1 07110244015
Bab 1   07110244015Bab 1   07110244015
Bab 1 07110244015
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal riani
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
Sp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsmSp pj kbsr_kbsm
Sp pj kbsr_kbsm
 
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
 
Dspm thn3
Dspm thn3Dspm thn3
Dspm thn3
 

Viewers also liked

Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013Maaruthiswari Nadeson
 
Hari kantin sekolah
Hari kantin sekolahHari kantin sekolah
Hari kantin sekolahnajihahnawi
 
Surat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawasSurat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawasNorrijah Saidin
 
Borang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapaBorang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapamariam buang
 
Kebenaran penjaga kosong 2014 15
 Kebenaran penjaga kosong 2014 15 Kebenaran penjaga kosong 2014 15
Kebenaran penjaga kosong 2014 15zainulaman
 
Sijil penghargaan
Sijil penghargaanSijil penghargaan
Sijil penghargaannajihahnawi
 
KI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAAN
KI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAANKI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAAN
KI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAANboyhokage
 
Presentation falsafah
Presentation falsafahPresentation falsafah
Presentation falsafahNur Dhuha
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratFatin Ain Nabila
 
Surat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapaSurat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapaIzan Wahab
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratDaniel Hoo Ting Chiang
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 

Viewers also liked (20)

Najihah
NajihahNajihah
Najihah
 
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
Surat kebenaran waris kem sukan sekolah 2013
 
Hari kantin sekolah
Hari kantin sekolahHari kantin sekolah
Hari kantin sekolah
 
Surat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawasSurat kebenaran waris kem pengawas
Surat kebenaran waris kem pengawas
 
Borang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapaBorang kebenaran ibu bapa
Borang kebenaran ibu bapa
 
Kebenaran penjaga kosong 2014 15
 Kebenaran penjaga kosong 2014 15 Kebenaran penjaga kosong 2014 15
Kebenaran penjaga kosong 2014 15
 
Sijil penghargaan
Sijil penghargaanSijil penghargaan
Sijil penghargaan
 
KI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAAN
KI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAANKI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAAN
KI KD SMA PRAKARYA DAN KEWIRAUSAHAAN
 
nilai & etika
nilai &  etikanilai &  etika
nilai & etika
 
Surat kebenaran ibubapa
Surat kebenaran ibubapaSurat kebenaran ibubapa
Surat kebenaran ibubapa
 
template viva
template vivatemplate viva
template viva
 
Presentation falsafah
Presentation falsafahPresentation falsafah
Presentation falsafah
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
Surat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapaSurat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapa
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
surat memohon kebenaran
surat memohon kebenaransurat memohon kebenaran
surat memohon kebenaran
 
SMKKK 3K
SMKKK 3KSMKKK 3K
SMKKK 3K
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 

Similar to ISPEN-i 2016

Dakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kitaDakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kitaAzura Aziz
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluargaAzizan Amanda
 
Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]
Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]
Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]riskitheeaa1234567890
 
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docxJURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docxhadi23318
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Susilowati Boediono
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Susilowati Boediono
 
Laporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikan
Laporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikanLaporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikan
Laporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikanBang Mohtar
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Contoh bab 1
Contoh bab 1Contoh bab 1
Contoh bab 1anta88
 
Dokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolahDokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolahvleadminaba2059
 
Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1
Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1
Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1rosesani1
 
Resensi buku ria mustika 1106586
Resensi buku ria mustika 1106586Resensi buku ria mustika 1106586
Resensi buku ria mustika 1106586Ria Mustika
 

Similar to ISPEN-i 2016 (20)

Dakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kitaDakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kita
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluarga
 
Abahhhh
AbahhhhAbahhhh
Abahhhh
 
Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]
Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]
Resensi artikel jurnal_siti_monalisa[1]
 
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docxJURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
JURNAL Lenni Yuli Simatupang.docx
 
Paikem 1
Paikem 1Paikem 1
Paikem 1
 
Kertas cadangan
Kertas cadanganKertas cadangan
Kertas cadangan
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
 
Laporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikan
Laporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikanLaporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikan
Laporan tesis bab 1 s.d. 5 & daftar pustaka perbaikan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Contoh bab 1
Contoh bab 1Contoh bab 1
Contoh bab 1
 
Artikel 3
Artikel 3Artikel 3
Artikel 3
 
akuMQ.pptx
akuMQ.pptxakuMQ.pptx
akuMQ.pptx
 
bimsel.pdf
bimsel.pdfbimsel.pdf
bimsel.pdf
 
Dokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolahDokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolah
 
Dokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolahDokumen standard prasekolah
Dokumen standard prasekolah
 
Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1
Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1
Resensi artikel jurnal. nama sinta mazarina 1-1
 
Edu 3101
Edu 3101Edu 3101
Edu 3101
 
Resensi buku ria mustika 1106586
Resensi buku ria mustika 1106586Resensi buku ria mustika 1106586
Resensi buku ria mustika 1106586
 

Recently uploaded

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 

Recently uploaded (20)

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 

ISPEN-i 2016

  • 1. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 1 Peranan Ibu bapa dalam Menerapkan Nilai-nilai Islam kepada Anak Remaja Bermasalah Pembelajaran Azura Binti Awang1 Abstrak Cabaran gejala sosial di kalangan remaja masa kini menuntut peranan ibu bapa yang jitu ke arah melahirkan generasi yang mentaati Allah S.W.T dan Rasulnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa supaya mendidik anak-anak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah termasuk kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai iman, ibadah dan akhlak kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan pendekatan yang diambil oleh ibu bapa dalam usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam yang mulia ini. Kajian kualitatif yang bersifat deskriptif ini telah menemubual enam orang informan ibu bapa yang memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran. Anak remaja informan kajian berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun yang sedang menjalani Program Pendidikan Khas Intergrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Selangor. Dapatan kajian dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas.Ti versi 7. Hasil kajian mendapati bahawa semua informan telah berperanan dengan baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran masing-masing. Ibu bapa juga telah menggunakan pendekatan tunjukcara, memberi nasihat, latih tubi dan menggunakan teknologi ICT dalam menerapkan nilai-nilai Islam tersebut. Kata kunci: Peranan ibu bapa, nilai-nilai Islam, kajian kes, anak remaja bermasalah pembelajaran 1Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.
  • 2. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 2 Abstract The challenge of social ills among youths of today demands the vital role of parents towards producing generations of believers who obey Allah and His Messenger. Therefore, the responsibility of parents is to educate their children based on the Quran and as-Sunnah including adolescents with learning difficulties. This study was conducted to assess the efforts of parents in instilling iman, worship and akhlak to adolescents with learning difficulties. This article is to discuss the approach taken by parents in efforts to implement the Islamic values of this noble. This qualitative case study interviewed six parents who have adolescents with learning difficulties in the slow learner category, aged 13 years to 19 years who are undergoing Special Education Integration Programme at SMK Cheras Jaya, Selangor. The findings were analyzed thematically using ATLAS.ti software version 7. The results showed that all informants have served well in efforts to implement the values of Islam to their adolescents with learning difficulties. The study found that these parents have been making efforts through demonstration, advising, drills and use of ICT approaches in applying Islamic values to their teenagers. Keywords: Role of parents values of Islam, case study, adolescents with learning difficulties.
  • 3. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 3 Pendahuluan Kesyumulan Islam terjelma dalam proses penerapan nilai-nilai Islam melalui sistem atau pendidikan anak-anak. Pendidikan atau tarbiah Islam dilaksanakan adalah untuk mengembangkan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah di dalam jiwa mereka. Penerapan nilai-nilai Islam dalam jiwa anak-anak adalah fitrah semula jadi manusia kerana seluruh manusia adalah makhluk yang baik terhadap Pencipta-Nya dan makhluk ciptaan- Nya.2 Ibu bapa yang merupakan pemegang amanah Allah S.W.T pula, bertanggungjawab memelihara dan mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh, berguna kepada kedua ibu bapa dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.3 Bagi menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran, ibu bapa perlu memahami konsep celik iman.4 Konsep celik iman ini merangkumi persediaan ibu bapa iaitu tentang ilmu akliah, jasmaniah dan rohaniah. Persediaan akliah adalah merangkumi pengetahuan ibu bapa terhadap kepentingan dan matlamat penerapan nilai-nilai Islam. Persediaan jasmaniah melibatkan kekuatan fizikal diri, sokongan suami isteri dan ahli keluarga ibu bapa tersebut serta sumber kewangan mereka dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam ini. Manakala persediaan rohaniah meliputi kebergantungan ibu bapa kepada Allah S.W.T dengan sentiasa memohon petunjuk dan keampunan dalam mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Di samping itu, nilai ketakwaan tinggi iaitu kepatuhan, ketundukan dan kesediaan menunaikan hak anak-anak remaja bermasalah pembelajaran sebagai amanah Allah S.W.T serta penghayatan terhadap segala usaha ini adalah dianggap nilai ibadah di sisi Allah S.W.T juga dinamakan persediaan rohaniah.5 Oleh itu, sesuai dengan sifat anak yang dilahirkan dalam keadaan bersih dan suci umpama kain putih, tanggungjawab ibu bapa adalah dengan menerapkan nilai-nilai Islam kepada semua anak termasuk anak remaja bermasalah pembelajaran. Objektif Kajian Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmana peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam iaitu iman, ibadah dan akhlak kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh ibu bapa dalam usaha yang murni ini. 2 Surah al-Ahzab (33):72 3 Surah al-Zalzalah (99) : 7-8 4 Fuad Sam, Anakku:Didiklah Hati Mencintai-Nya, (Selangor : Karya Bestari Sdn Bhd, 2010), 15-33. 5 Ibid.
  • 4. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 4 Latar Belakang dan Permasalahan Kajian Persoalan mengenai asuhan secara Islam oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak bermasalah pembelajaran dibangkitkan kerana terdapat ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan agama sehingga mengambil sikap tidak peduli, menganggap anak itu menyusahkan dan membiarkan sahaja di rumah.6 Menurut Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi, ibu bapa juga menghadapi masalah dan bingung berkaitan pengetahuan untuk membantu pembelajaran anak mereka di rumah kerana mendidik anak-anak bermasalah pembelajaran di rumah agak sukar berbanding mendidik anak-anak normal yang lain.7 Kirk dan Gallagher dalam Sufean Hussin mentakrifkan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran adalah anak-anak yang mengalami sedikit lencongan daripada anak-anak remaja lain normal lain dari segi ciri-ciri mental, ciri-ciri fizikal atau neuro-motor, tingkah laku sosial dan kebolehan komunikasi.8 Kamarulzaman Kamaruddin dan Rohaty Mohd Majzub pula mendapati, lazimnya anak-anak bermasalah pembelajaran membawa definisi yang merujuk kepada sekumpulan anak-anak yang mempunyai pelbagai kecacatan ringan dan sederhana dengan masalah yang pelbagai.9Ciri-ciri mental anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dalam kajian ini ialah mereka yang mempunyai kecerdasan mental pada kadar IQ 50-80. Mereka digolongkan sebagai terencat akal boleh didik (educable mentally retarded) dan menunjukkan kebolehan pembelajaran.10 Anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini berisiko mengalami tingkah laku tersosial (socialized-aggressive) yang suka bertindak liar, memberontak, agresif, membuli dan kerap melakukan jenayah kecil seperti mencuri, mengugut, ponteng sekolah dan sebagainya yang memerlukan usaha padu dan sokongan ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka.11 Oleh itu, asas kajian ini ialah melihat bagaimana peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran kerana anak-anak ini sepatutnya boleh menerima tugasan dan berpegang kepada nilai-nilai Islam selepas didikan yang diberikan. Tahap disiplin pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk seperti merokok, ponteng sekolah dan sebagainya menuntut peranan ibu bapa yang lebih efisien di rumah dalam menangani masalah tingkah laku di samping membantu anak meningkatkan prestasi dalam 6 Ibid. 7 Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi Mohd Yasin, “Strategi Menjayakan Penglibatan Ibu bapa di Sekolah Pelajar Berkeperluan Khas”, (makalah, Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI Siri II 2012), 665. 8Ibid, 360. 9 Kamarulzaman Kamaruddin dan Rohaty Mohd Majzub, “Pola Komunikasi dalam Keluarga Murid -murid Bermasalah Pembelajaran,” Jurnal Pendidikan, No.24, (2004), 1. 10Ibid, 361. 11 Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Edisi Kedua (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), 363-364.
  • 5. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 5 pendidikan sejak di sekolah rendah lagi.12 Disebabkan itu, kajian ini akan cuba melihat peranan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Anak-anak ini hakikatnya berhak memperoleh pendidikan dan asuhan secara Islamik bagi melindungi mereka daripada kes-kes penganiayaan, penderaan dan sebagainya.13 Pengabaian terhadap penerapan nilai-nilai Islam ini boleh membunuh jiwa, melemahkan peribadi dan menghilangkan keyakinan diri ibu bapa dan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran tersebut secara langsung.14 Oleh itu, peranan ibu bapa adalah sangat diperlukan untuk menegah anak- anak remaja bermasalah pembelajaran mereka daripada anasir-anasir yang merosakkan fungsi akal seperti rokok, arak, dadah dan bahan-bahan lucah yang boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain melalui penerapan nilai-nilai Islam.15 Nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ialah nilai-nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak. Amalan nilai-nilai Islam anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini pula perlu disesuaikan mengikut perkembangan akal dan naluri mereka.16 Menurut Abdul Ghafar Don, tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak adalah mengajar mereka mendirikan solat.17 Anak-anak perlu disuruh dan dilatih mendirikan solat sejak berumur tujuh tahun bagi membiasakan diri menunaikannya selepas mencapai umur baligh.18 Solat dapat memberi impak positif kepada pembangunan fizikal, roh, emosi, akal manusia. Pembangunan keempat-empat aspek ini mempengaruhi keseimbangan pembangunan insan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Peranan ibu bapa adalah dengan mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini supaya berterusan menunaikan solat dan tidak mengabaikannya. Di samping penekanan pelaksanaan solat kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran, ibu bapa perlu juga mendidik mereka menjaga aurat dan menekankan cara bersuci seperti mengambil wuduk dan mandi wajib.19 Hal ini kerana perkembangan fizikal anak-anak 12 Siti Wan Nor et al., “Menangani Isu Disiplin dalam Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Intergrasi Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah ”, Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan KhasUKM- UPI, Siri 4 ,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014), 53-60. Lihat juga Nurul Salwana, Mohd Mokhtar dan Mohd Tahar, “Kemahiran Guru Pendidikan Khas dalam Mengurus Disiplin Pelajar Bermasalah Pembelajaran : Kajian di Daerah Sabak Bernam”, Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4 ,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014), 37-44. 13 Subhi Mahmassani, Konsep Dasar Hak-hak Asasi Manusia, Studi Perbandingan Syariat Islam dan Perundangan Modern, ( Indonesia: Pt. Tintams, 1979), 202. 14 Mahmud Mahdi Istanbuli, Ke Arah Pembentukan Keluarga Muslim, ( Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1988), 47. 15Saedah Sumrah, Salwan Sudirman dan Roslee Ahmad, “Kaedah Menangani Kanak-kanak Bermasalah Tingkah laku,” (makalah, Seminar Kaunseling Keluarga, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2008).,93 16 Merupakan sebahagian maksud daripada hadith Abu Bakar bin al-Syakhir daripada hadith Umar. Abu Dawud pula meriwayatkan hadith daripada Aisyah dengan matan hadith “‫لهم‬ ِ‫َاز‬‫ن‬َ‫م‬ ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ ‫.”أنزلوا‬ Lihat Abu Daud Sulaiman bin al-Ash’ab bin Ishaq bin Bashir bin Shadad bin ‘Amru al-Azadi al-Sijisatni, “ Sunan Abi Daud” e.d Muhammad Muhyiddin ‘Abdul Hamid (Beirut : Maktabah al-Asriyah t.t) 4:261 ( Kitab Adab , Bab Fi Tanzili Nas Manazilihin, no hadith 4842). al-Albani menghukumkan hadith ini Dhaif kerana Abu Dawud mengatakan bahawa Maimun bin Abi Syabab tidak bertemu dengan Aisyah. 17Abdul Ghafar Don, “Islam dan Perspektif Orientasi Pembangunan Insan : Kepentingan dalam Menjana Masyarakat Berkualiti” (makalah, Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 26-27 Nov 1998), 44. 18Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya, (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2009).113. 19 Fadhli Nuruddin, Wasiat Imam Ghazali, (Selangor : Pustaka Ilmuwan :2012),21
  • 6. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 6 remaja bermasalah pembelajaran adalah sama dengan anak-anak normal yang lain. Penumpuan penting penerapan nilai-nilai Islam oleh ibu bapa juga adalah dalam aspek pendidikan akhlak.20 Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dapat menanamkan semangat cintakan kebaikan, menyemai keimanan yang kukuh serta penghayatan Islam sebagai agama yang dianuti. Metodologi Kajian Kaedah pensampelan yang dipilih dalam menjalankan kajian ini ialah kaedah pensampelan bertujuan. Pengkaji memilih kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) yang merujuk kepada kumpulan informan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran sebagai responden kajian ini.21 Kajian kualitatif bersifat deskriptif ini menggunakan instrumen temubual mendalam (in-depth) bagi memahami bagaimana ibu bapa iaitu informan kajian bertindak, berinteraksi dan menjalankan kehidupan seharian bersama anak remaja bermasalah pembelajaran melalui media elektronik dalam aspek penerapan nilai-nilai Islam. Informan yang menjadi sampel kajian ini adalah ibu bapa beragama Islam yang memiliki anak bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Kesemua anak remaja bermasalah pembelajaran informan ditempatkan dalam Program Integrasi Pendidikan Khas, di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Sampel ini bukan merupakan sampel rawak tetapi dipilih sendiri oleh pengkaji. Sepanjang proses mendapatkan data, teknik pensampelan bertujuan ini dikembangkan kepada pensampelan bola salji (snow ball sampling). Persampelan ini berlaku apabila seorang informan yang menjadi sampel kajian pengkaji telah mencadangkan seorang informan lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai dan menepati kriteria yang diperlukan oleh kajian. Pengkaji menggunakan teknik analisis data tematik dengan meneliti tema-tema utama daripada data-data yang diperoleh. Penganalisisan data kajian ini adalah dengan menggunakan proses tematik induktif dan deduktif. Pengkaji menganalisis transkripsi temu bual dengan pencarian tema-tema utama dan melakukan proses-proses pengekodan. Untuk tujuan itu, perisian Atlas.ti versi 7 telah digunakan untuk menganalisis kandungan transkrip temu bual tersebut. 20 Abdullah Muhammad Zin, “ Pendidikan Dakwah Islamiah di Malaysia : Masalah dan Prospek dalam Isu-isu Pendidikan di Malaysia : Cabaran dan Harapan, peny. Ismail Abdul Rahman, Abdul Aziz @Ahmad Mohammad dan Mohammad Yasin Muda, (Terengganu : Yayasan IslamTerengganu Sdn Bhd ,1993), 62-63 21 Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan, Siri Kaedah dan Statistik Penyelidikan,Buku 1, Edisi 2, (Selangor:Mc Graw Hill (Malaysia) Education, 2011),226.
  • 7. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 7 Peranan Ibu bapa dalam Proses Penerapan Nilai-nilai Islam kepada Anak Remaja Bermasalah Pembelajaran Berdasarkan teori pendidikan anak-anak daripada al-Ghazali,22 Luqman al-Hakim23 dan Abdullah Nasih ‘Ulwan,24 pendekatan dalam pendidikan anak-anak muslim perlu menekankan tiga perkara berikut iaitu nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak. Nilai-nilai yang diterapkan oleh ibu bapa dalam kajian ini adalah sesuai dengan pendekatan al-Quran dan as- Sunnah seperti dapatan-dapatan berikut: a) Nilai Keimanan Keenam-enam informan telah menanamkan nilai keimanan dengan melaksanakan amalan- amalan yang praktikal iaitu mentauhidkan Allah S.W.T. Para informan berusaha menerapkan nilai-nilai iman dengan cara yang mudah, sesuai dengan penerimaan daya intelektual anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Topik-topik yang abstrak dan sukar difahami oleh anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dikurangkan atau disampaikan mengikut kemampuan anak.25 Menurut Ab. Aziz Mohd Zin26 dan Ramlan Salim,27 sesuatu pengetahuan yang disampaikan mengikut kemampuan anak bermaksud sesuatu kemahiran itu diajar bukan mengikut peningkatan usia tetapi mengikut penerimaan akal fikiran anak remaja bermasalah pembelajaran tersebut. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai Islam ini dengan menggilap potensi dan kemampuan yang dimiliki secara berperingkat, mudah dan beransur-ansur supaya tidak membebankan anak remaja tersebut. Dapatan di bawah menerangkan perbualan informan berkaitan didikan kepada anaknya secara berperingkat dan beransur-ansur dalam menerapkan nilai keimanan berkaitan sifat-sifat Allah S.W.T: “Saya sekadar memperkenalkan kepadanya sebutan nama-nama Allah dan zikir- zikir pendek secara santai dan nyanyian, seperti nasyid Nama-nama Allah dan nada zikir, subhanallah walhamdulillah, walailahaillah.” (Informan D) 22 Abu Hamid Muhammad Muhammad al-Ghazali, Ayyuhal Walad, terj. Abu ‘Ali Al-Banjari al-Nadwi, (Kedah: al- Khazanah al-Banjariyah, Ma’ahad al-Tarbiyah al-Islamiyah, 2007), 56-84. 23 Syazwana Aziz, Untaian Hikmah Luqman Hakim : Inilah bimbingan untuk Anakku, (Kuala Lumpur: Mulia Terang Sdn. Bhd, 2012),13-47. 24 ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad Awwal), terj. Mohd Ikhwan Abdullah, Jil.1, (Selangor: Publishing House Sdn Bhd, 2015),108-285. 25 Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya, (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2009),160. 26 Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,2001),269. 27 Ramlan Salim, Pengurusan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2015),3.
  • 8. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 8 Berdasarkan penjelasan seorang informan, nilai keimanan diterapkan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran melalui program-program yang ditayangkan di televisyen. Nilai keimanan yang dimaksudkan adalah seperti menghidupkan kesedaran bahawa Allah S.W.T sentiasa memerhati. Nasihat-nasihat diberikan kepada anak beliau berkaitan dengan larangan menyalahgunakan nikmat Allah melalui perbuatan jahat dan maksiat seperti berikut: “Sambil menonton televisyen, saya akan menasihati anak saya, “Adik, kita mesti bersyukur kerana kita dikurniakan kaki dan tangan. Ini semua hak Allah. Kita tidak boleh membuat kejahatan dengan tangan dan kaki ini, kita tidak boleh pergi ke kelab malam, tidak boleh minum arak. Mulut ini, Allah juga yang beri. Jika kita sudah mabuk, kita mudah memegang perempuan dan berzina pula, semua itu tidak baik dan berdosa.” Saya sentiasa menasihati anak saya dan dia faham.” (Informan E) Informan ini cuba menerapkan nilai keimanan dengan menasihati anaknya supaya bersyukur di atas nikmat anggota yang diberikan oleh Allah S.W.T. Menurut Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus,28 ibu bapa bertanggungjawab mengajar anak-anak bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT dan mendidik mereka supaya tidak mensyirikkan- Nya dengan melakukan kemungkaran. Dapatan seterusnya menunjukkan informan E turut menanamkan rasa kecintaan dan keimanan terhadap Rasulullah s.a.w. kepada anaknya. Penerapan nilai keimanan ini adalah melalui pendekatan nasihat dan penceritaan sirah Rasulullah dalam menyebarkan dakwah. Informan turut menanamkan rukun iman yang ketiga dengan menyatakan bilangan nabi yang wajib dipercayai seperti dapatan berikut: “Saya bercakap padanya, “Adik, adik perlu baca sejarah Nabi, perlu tahu siapa Nabi itu, sebab baginda dilahirkan. Semasa Nabi lahir, semua orang bukan Islam. Jadi, betapa susahnya Nabi kita berdakwah. Sekarang, ramai orang beragama Islam. Kita senang untuk beribadat. Pada zaman Nabi dahulu, jika hendak solat, mereka mungkin dipukul atau dibunuh. Sekarang, tiada lagi masalah itu. Kita juga wajib percaya kepada Rasul. Rasul tu ada 25 orang. Nabi kita, Nabi Muhammad.” (Informan E) Dapatan temu bual mendapati, informan ini juga turut menerapkan nilai keimanan kepada para malaikat dengan menggunakan pendekatan latih tubi. Informan menerapkan nilai ini ketika membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah. Informan memberi penjelasan yang terperinci apabila didapati anak remaja bermasalah pembelajarannya agak keliru tentang rukun iman kedua iaitu percaya kepada malaikat seperti pernyataan di bawah: 28Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus, Pengajian Islam, Edisi Kedua, (Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd, 2011),149.
  • 9. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 9 “Guru berikannya homework mengenai rukun iman. Pada Rukun Iman dia tulis, percaya kepada Ridhuan.29 Percaya kepada Malik30. Saya pun terangkan padanya, “Adik, itu semua sudah terangkum. Jawapannya ialah percaya kepada malaikat. Malaikat itu banyak dan ada tugas masing-masing. Baik, mari kita search internet. Cikgu mengajar, mungkin adik tidak berapa ingat, kita cari di internet.” Selepas itu, dia salinlah. Apabila baca dan salin, dia akan cepat faham.” (Informan E) Berdasarkan dapatan-dapatan ini, informan E merupakan ibu yang paling banyak menggunakan pendekatan nasihat, penceritaan dan latih tubi dalam usaha menerapkan nilai keimanan berbanding dengan informan yang lain. Keprihatinan informan ini adalah sama seperti yang disarankan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin bahawa keimanan kepada Allah, malaikat, para rasul dan sebagainya perlu dipupuk dalam diri individu muslim bagi memenuhi fitrah semula jadi manusia yang sangat memerlukan agama.31 Nilai-nilai keimanan ini cuba dipupuk oleh informan ini walaupun anaknya mengalami ketidaksempurnaan akal kerana fitrah manusia itu suka pada agama. Dapatan seterusnya menerangkan pendekatan penerapan nilai-nilai ibadah yang dititikberatkan dalam pendidikan anak remaja bermasalah pembelajaran. b) Nilai Ibadah Penerapan nilai-nilai ibadah yang dititikberatkan oleh semua informan ialah dengan memberi penekanan kepada aspek fardu ain iaitu perkara yang wajib dilakukan dan berdosa sekira meninggalkannya. Perkara fardu ain tersebut ialah bimbingan solat, berpuasa, bimbingan bacaan muqaddam dan al-Quran. Begitu juga dengan bimbingan cara berwuduk, bercukur, menjaga kebersihan diri dan mandi wajib. Ibadah solat adalah amalan pertama yang wajib diterapkan oleh para ibu bapa kepada anak-anak. Empat daripada enam orang informan dalam kajian ini menerapkan ibadah solat dengan menggunakan pendekatan tingkah laku iaitu melalui contoh tauladan dan tunjuk cara. Seorang informan menggunakan pendekatan peneguhan dalam pengamalan solat dan seorang informan lagi menggunakan pendekatan memujuk. Pendekatan memujuk digunakan selepas anak informan enggan melaksanakan solat. Namun, informan membiarkan anak itu tidak bersolat sekiranya pujukan tersebut gagal. Pendekatan tingkah laku yang digunakan dalam konteks ini bermaksud seseorang anak bertingkah laku berdasarkan pengalaman dengan melihat ibu bapa mereka yang menunjukkan contoh tauladan yang baik.32 Pendekatan contoh tauladan dan tunjuk cara dalam proses penerapan ibadah solat ini memerlukan informan mengimamkan solat dan menguatkan 29 Ridhuan ialah nama malaikat yang menjaga syurga. 30 Malik ialah nama malaikat yang menjaga neraka. 31 Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, terj. Abu Hasan Din al-Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr,2006),684. 32Khalim Zainal, "Memahami Tingkah laku Remaja Bermasalah dari Perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti." Jurnal Pengajian Umum Bil 9 (2008): 46.
  • 10. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 10 bacaannya supaya dapat didengari oleh anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Pendekatan tingkah laku ini dikenal pasti melalui dapatan temu bual berikut: “Berkenaan solat, pada mulanya, saya ajar dia. Dia akan solat dengan saya dan saya akan membaca bacaan solat dengan kuat. Saya mahu dia dengar. Lama- kelamaan anak saya sudah boleh solat sendiri dengan betul. Walaupun saya tidak solat (haid), saya pantau dia bersolat. Saya tidak ajarnya perkara yang susah. Bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, itu sahaja yang saya ajar. Bacaan Robbighfirli,33 duduk antara dua sujud pun saya ajar sehingga ke hari ini.” (Informan E) Kebanyakan informan memerlukan proses yang lama, berterusan dan berulang-ulang untuk mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran agar dapat menguasai ibadah solat. Ini diterangkan oleh seorang informan lain yang sentiasa memberi bimbingan kepada anak beliau setiap kali bersolat secara berjemaah di rumah: “Anak saya tidak boleh membaca Surah Al-Fatihah sendiri. Saya yang perlu mulakan ayat awalnya dan dia akan sambung. Begitu juga dengan surah-surah lain, begitu juga keadaanya. Jika saya mohon padanya, “Adik, baca 3 qul34, dia tidak tahu. Saya juga sembahyang jemaah bersamanya.” (Informan A) Dua daripada enam informan didapati mengambil usaha untuk mengatasi kesukaran anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini melaksanakan ibadah. Sebuah bangku disediakan untuk memudahkan anak informan bersolat bagi mengatasi kesukarannya mendirikan solat secara berdiri seperti pernyataan berikut: “Dia sembahyang tidak seperti orang biasa kerana dia tidak boleh duduk bersila. Dia perlu duduk. Selalunya saya akan sediakan bangku. Saya bantu dia solat walaupun dia kekurangan dari segi fizikal. Solat ini perlu diterapkan juga.” (Informan A) “Saya perlu sediakan kain pelikat dia dan bentangkan sejadah. Kemudian, kami solatlah secara berjemaah.” (Informan F) Anak-anak remaja bermasalah pembelajaran juga tidak terkecuali mengikut keinginan sendiri dalam melaksanakan ibadah solat. Namun demikian, dua informan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah ini. Seorang informan didapati memahami keadaan dan kesukaran anak untuk melaksanakan solat manakala seorang lagi informan menggunakan pendekatan peneguhan bagi menunjukkan sifat tegas mereka terhadap pengamalan solat. Dapatan temu bual menunjukkan dua situasi berbeza seperti berikut: 33 Robbighfirli adalah bacaan permulaan duduk di antara dua sujud dalam solat. 34 3 qul bermaksud 3 surah yang dimulai dengan qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Nas dan surah al-‘Alaq.
  • 11. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 11 “Masalah anak saya untuk bersolat ini, jika dia mahu solat, dia akan bersolat. Jika dia tidak mahu, dia tidak solat. Saya pun faham situasi dia. Dia ikut mood. kalau mood dia baik, dia bersolat. Kalau dia malas, dia akan beri macam-macam alasan.” (Informan A) “Kadang-kadang, dia ikut mood kalau hendak solat. Anak saya memang ikut mood. Hari-hari saya perlu sentiasa ingatkannya untuk terus bersolat. “Along, pergi solat, sudah cukup masa ini.” Jika mood dia baik, solatnya baik.” (Informan C) Pendekatan peneguhan seperti yang digunakan informan di atas adalah dengan selalu mengingat dan menggalakkan anak yang hanya mengikut kehendak sendiri tidak mahu bersolat untuk segera menunaikan solat. Pendekatan ini digunakan seperti yang disarankan oleh Mohamad Khairudin Bajuri et al., yang menyatakan bahawa tujuan peneguhan adalah untuk mendorong dan memberi semangat serta galakan kepada anak-anak supaya berterusan mengamalkan nilai ibadah iaitu bersolat.35 Pendekatan peneguhan dapat mengurangkan dan menghapuskan tingkah laku anak daripada lalai menunaikan solat yang wajib. Berdasarkan objektif pertama yang dibincangkan di awal bab ini, terdapat ibu bapa yang cuba berusaha menyelesaikan masalah dalam usaha menerapkan nilai-nilai ibadah kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Seorang informan didapati menggunakan pendekatan pujukan dan kemudian menggunakan peneguhan negatif iaitu dengan mencubit anak yang tidak mahu bersolat wajib, berpuasa di bulan Ramadan, mengaji al-Quran dan sebagainya. Situasi ini menyebabkan informan mengandaikan bahawa anaknya itu belum lagi bersedia mengamalkan ibadah khususnya solat dan berpuasa. Beliau juga kelihatan seperti sangat memahami dan menerima keadaan anaknya seperti kenyataan ini: “Saya ajak dia bersolat, berpuasa, tetapi dia tidak mahu. Dari sudut agama, memang saya cuba ajar dia. Saya mengambil tindakan bertolak ansur dan tidak memaksa. Saya gunakan pendekatan begitu. Apabila sampai masanya, jika dia mahu, In sha Allah dia akan laksanakan ibadah itu. Bagi saya, ada sedikit kerumitan untuk saya terapkan nilai-nilai Islam ini. Mungkin belum sampai masanya untuk anak saya terima. Kadang-kadang saya marah padanya, tetapi tindakan ini tidak patut kerana keadaannya begitu. Kadang-kadang, saya cubit juga.” (Informan D) Al-Quran adalah perkataan atau kalamullah S.W.T. Menguasainya adalah satu kewajipan bagi seseorang Muslim.36 Oleh yang demikian, peranan ibu bapa adalah dengan membimbing anak remaja bermasalah pembelajaran menguasai kalam Allah S.W.T bagi menunaikan 35 Mohamad Khairudin Bajuri, Rohaida Mohd Saat, M.Y Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abdul Rahman dan Durriyyah Sharifah Hasan Adli. "Pendekatan Peneguhan bagi Aktiviti Hafalan al-Quran dalam Kalangan Pelajar di Peringkat Menengah Rendah," Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Bil.8, Jun 2014, 114. 36 Norakyairee Hj Mohd Raus, et al. "Pengajaran Al-Quran Braille: Isu dan Cabaran Semasa." QURANICA- International Journal of Quranic Research”, Jil.3, No.4 (2013).79-94.
  • 12. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 12 kewajipan sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini. Dapatan temu bual telah memberi gambaran yang lebih mendalam bahawa lima daripada enam informan didapati memberi bimbingan membaca Muqaddam dan al-Quran kepada anak remaja bermasalah pembelajaran menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah iaitu pengajaran yang secara bersemuka dan dari mulut ke mulut dan teknik hafalan. Dua daripada lima informan ini mendapatkan bimbingan membaca Muqaddam atau al- Quran di rumah orang yang berkelayakan. Namun, kedua-dua informan ini menghadapi pelbagai cabaran untuk mendapat sokongan positif daripada masyarakat setempat seperti dapatan berikut: “Saya hantar dia mengaji Al-Quran di banyak tempat. Saya hantar anak saya kepada orang yang benar-benar faham keadaaannya yang mengalami masalah slow learner. Dia bukan macam budak-budak biasa. Dia pernah dimarahi kerana tidak menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan membuatkannya tiada keyakinan diri. Saya juga ada menerangkan pada ustazah itu bahawa anak saya ini tidak normal. Sekarang, anak saya sudah pandai mengaji. Dia sudah 28 juz.” (Informan F) “Dari sudut mengaji, sampai sekarang, anak saya masih mengaji. Umur dia sudah 18 tahun. Ustaz itu sahaja yang ambil dia. Saya hantar kepada ustaz itu sewaktu dia berumur 9 tahun. Saya maklumkan ustaz itu akan keadaan anak saya. Sampai sekarang, anak saya masih Iqra’ 1 kerana dia cepat lupa. Tetapi, tidak mengapa” (Informan C) Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Khadijah Abdul Razak dan Norashidah Mohamad Salleh37 yang mendapati bahawa tahap penguasaan bacaan al-Quran oleh anak keperluan khas adalah pada tahap sederhana. Ketidakupayaan mental yang dialami oleh anak remaja bermasalah pembelajaran bukan halangan untuk menguasai kemahiran tersebut. Perkara ini dibuktikan lagi dengan dapatan kajian bahawa anak informan iaitu Miza (bukan nama sebenar) yang merupakan anak remaja bermasalah pembelajaran juga mampu menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Dalam menguasai bacaan al-Quran ini, dua orang informan yang lain mengakui bahawa anak remaja mereka mula pandai menghafal surah-surah pendek dengan bimbingan guru di sekolah. Kemahiran ini diteruskan dengan peranan yang dimainkan oleh informan seperti yang terdapat dalam data temu bual berikut: “Kadang-kadang saya ajarnya ayat-ayat pendek, dia baca juga. Dia ikut saya membaca surah-surah seperti Al-Ikhlas sebab cikgu ajar dia hafal Surah Al-Ikhlas dan surah lain.” (Informan E) 37 Khadijah Abdul Razak dan Norshidah Mohamad Salleh. “ Pengajaran Tilawah al-Quran dalam kalangan Kanak- kanak Bermasalah Penglihatan”, dalam J. S. Dharta Ranu Wijaya, Praktik-praktik Terbaik Pendidikan untuk Semua: Isu-isu Pendidikan Khusus di Indonesia dan Malaysia, (Bandung: Rizqi Press), 252-267.
  • 13. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 13 “Kita memang ajar melalui hafalan dan praktikal, baru dia boleh tahu. Dia pun tidak mampu ingat sepenuhnya dengan cepat. Tetapi kitalah yang memberi tunjuk ajar pada dia, yang senang didahulukan.” (Informan B) “Anak saya ini seorang yang menghafal. Seperti bacaan Surah Al-Fatihah dalam solat, saya memang ajar melalui teknik hafalan. Bacaan 3 qul, dia ingat juga sebab surah ini dibaca dalam solat. Jadi, setiap bulan, saya akan ingatkan dia semula untuk mengulangkaji hafalan surah. Bacaan 3 qul , mungkin dia lupa sedikit tetapi Surah Al-Fatihah, dia boleh membaca.” (Informan C) Penjelasan ibu bapa dalam kajian ini juga membuktikan komitmen ibu bapa terhadap bimbingan membaca al-Quran yang diberikan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran ini. Dalam usaha penerapan nilai ibadah kepada anak remaja bermasalah pembelajaran, terdapat ibu bapa yang menggunakan pendekatan berbentuk teknologi maklumat iaitu penggunaan perisian al-Quran yang berbentuk al-Quran Digital dan Compact Disc (CD). Perisian-perisian ini sering dimainkan di dalam kenderaan untuk mengukuhkan daya hafalan anak terhadap bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Ini dipetik daripada data-data temu bual bersama beberapa informan seperti berikut: “Dia ada dengar bacaan surah melalui laptop atau hand phone. Contoh saya suruh dia baca al fatihah..Dia pandai sebab dia menghafal. Dia akan hafal melalui earphone. Dia juga ada guna Quran digital.” (Informan A) “Kalau saya pasang CD Yasin dalam kereta, atau kadang-kadang ada ayat-ayat pendek, dia baca juga seperti surah Al-Ikhlas, dia akan ikut melalui CD yang didengar itu. Kalau dia dengar surah Yasin melalui CD juga, dia boleh ikut. Sebab tiap-tiap minggu dia dengar. Lepas tu dia mulalah sambung sikit-sikit.” (Informan E) Penggunaan media seperti ini dipercayai dapat mempengaruhi tingkah laku individu. Menurut Haryati Abdul Karim,38 Ab. Halim Tamuri39 dan Ika Destiana, Ali Salman serta Mohd Helmi Abd Rahim,40 penggunaan media elektronik adalah sangat sinonim dengan kehidupan harian para remaja. Oleh itu, pemilihan media yang baik seperti yang dinyatakan telah 38 Haryati Abdul Karim. "Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja Malaysia." Southeast Asia Psychology Journal , Jil.1, (2014), 77-105. 39 Ab. Halim Tamuri, "Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). 199-212. 40 Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang," Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, Bil.29, no. 2 (2013), 125-140.
  • 14. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 14 dititikberatkan oleh dua orang informan kajian ini dalam mempengaruhi pemupukan nilai Islam khususnya dalam penguasaan bacaan al-Quran. Dari sudut bimbingan asas penyucian diri seperti mandi dan berwuduk, kajian mendapati semua ibu bapa terus bersabar dan bersedia memberi bimbingan yang berterusan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran mereka. Lima daripada enam orang informan telah menggunakan pendekatan tunjuk cara dan penerangan secara jelas dalam memberi pendedahan cara mandi wajib, bercukur serta bimbingan akil baligh seperti bermimpi dan kedatangan haid: “Cara mandi wajib, saya ajar. Cara mandi, cara mencuci, tertib mandi, semuanya saya ajar. Sekarang, dia sudah pandai mandi sendiri. Mandi wajib tu saya pantau juga.” (Informan A) “Sebenarnya anak saya ini tidak tahu hendak membezakan air mani. Apabila kita sudah hilang rasa malu, barulah kita cakap padanya, “Kalau ada sesuatu keluar daripada (kemaluan) itu berwarna putih, Along mesti mandi wajib. Mandi wajib ini mesti niat iaitu “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. Kemudian, cuci semua sehingga bersih.” Saya beritahu dia, suruh dia buat begitu.” (Informan C) “Tentang balighnya itu, saya cakap dengan abang-abangnya, “Tolong ajar adik ini. Jangan biar dia terlepas, dia tidak tahu apa-apa.” Jadi, abangnya pun ajar. Abang keduanya rajin. Abangnya ajar cara potong bulu yang sudah tebal. Abang dia buat.” (Informan E) “Ayah dia yang ajar. Cara mandi wajib. Mungkin dengan saya,dia malu. Jadi, ayahnya yang ajar. “Kalau nampak ada air macam ini, air warna putih, kalau air ini sudah keluar, Mail mesti mandi. Tidak boleh sembahyang.” Ayahnya beritahu begitu.” (Informan F) Informan-informan ini telah memberi pendedahan yang sepatutnya tentang cara penyucian diri terhadap anak remaja bermasalah pembelajaran mereka. Perkara ini penting bagi menunjukkan bahawa Islam itu indah dan suci kerana Allah S.W.T sangat menyukai hamba- hambanya yang menyucikan diri.41 Di samping itu, kajian mendapati empat informan ini juga memberikan bimbingan akil baligh serta penjelasan tentang batas-batas aurat dan pergaulan antara lelaki dan wanita melalui pendekatan nasihat. Proses menasihati anak remaja bermasalah pembelajaran perlu diterangkan secara jelas dan terperinci tanpa menggunakan kiasan supaya anak itu memahami nasihat yang disampaikan. Salah seorang informan cuba mendisiplinkan anaknya supaya meletakkan tangan 41 Surah at-Taubah (9):108
  • 15. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 15 di belakang semasa berkomunikasi dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrim. Informan mendidik anaknya sedemikian sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan anaknya itu bersentuhan dengan seseorang perempuan. Ini diceritakan oleh informan mengenai batas-batas pergaulan tersebut kepada anaknya yang dipanggil Along: “Saya mesti ajar dia sebab dia lelaki. “Along, lelaki tidak boleh sentuh perempuan. Seperti di sekolah, Along boleh bercakap dengan perempuan tetapi jangan pegang. Apabila bercakap dengan perempuan, tangan letak di belakang. Tidak boleh pegang. Tidak baik dan berdosa.”Wajib saya ajar perkara itu, saya risau kerana anak saya lelaki. Jika anak perempuan lagi saya risau.“Jangan sentuh. Itu bukan muhrim. Apa hukum menyentuh yang bukan muhrim?” Dia cakap, “Berdosa.” “Ya, betul! Berdosa dan nanti masuk api neraka,” saya cakap secara ringkas asalkan saya beritahunya juga.” (Informan C) Teknik nasihat juga digunakan oleh seorang informan yang lain dalam membimbing anak remaja bermasalah pembelajaran beliau mengenai batas-batas pergaulan iaitu semasa menerima sepucuk surat daripada kawan yang berlainan jantina. “Saya ternampak satu surat, pelajar perempuan bagi padanya. Lalu, saya tanya padanya, “Siapa budak ini?” Dia beritahu budak itu adalah kawan sekolahnya.“Adakah Adik dapat surat daripadanya?” “Mana mama tahu? Adik tidak suka dia, tetapi dia yang beri surat pada adik.” “Tidak mengapalah. Dia hendak kawan sahaja. Kita tidak suka, tidak mengapa.Kita jangan marah orang. Orang hendak kawan dengan kita. Kita kawan seperti biasa.Tidak perlu membalas surat. Hanya lagak seperti biasa,” saya nasihat begitu padanya. Berkenaan bersalam pula, saya nasihat padanya, tidak usah bersalam jika dengan perempuan. Jika saudara perempuan, ibu saudara, tidak perlu bersalam. Hanya sapa sahaja.” (Informan F) Dua orang informan ini memberi pendedahan kepada anak remaja masing-masing tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan dari sudut menundukkan pandangan mata dan tidak berjabat tangan dengan mereka yang bukan muhrim sesuai dengan peringatan Allah S.W.T.42 Penerangan dan penjelasan para informan mengenai batas-batas dan adab-adab dalam pergaulan ini disusuli dengan penerapan nilai-nilai akhlak mulia kepada anak remaja bermasalah pembelajaran yang menjadi pelengkap kehidupan seorang muslim. c) Nilai Akhlak Berdasarkan literatur yang dibincangkan dalam bab dua, terdapat enam aspek akhlak yang perlu diberi keutamaan oleh ibu bapa iaitu akhlak dalam kehidupan, bersosial, menunaikan ibadah, 42 Surah an-Nur (24):31
  • 16. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 16 menuntut ilmu dan akhlak terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.43 Namun, kajian ini mendapati hanya tiga aspek akhlak yang diberi penekanan oleh ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai akhlak iaitu akhlak dalam bersosial, akhlak dalam menjalani kehidupan seharian dan ketika menunaikan ibadah. Hanya tiga aspek ini sahaja yang diberi keutamaan kerana bidang akhlak ini meliputi kehidupan anak remaja bermasalah pembelajaran serta sesuai dengan tahap pemikiran dan penerimaan mereka. Lima daripada enam informan didapati cuba mengamalkan saranan seperti yang telah dianjurkan di dalam al-Quran iaitu galakan ibu bapa mendidik anak supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa.44Pendidikan akhlak yang diberi penekanan ialah mendidik anak remaja supaya membantu bapa mengusahakan sebuah bengkel kereta, membantu perniagaan milik keluarga, mengajar melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan, membuang sampah dan membasuh baju. Ini dipetik dari kenyataan-kenyataan informan berikut: “Saya minta pertolongan kepada anak saya, “Tolong emak buang sampah.” Dia pun akur lalu tolong apa yang patut. “Selepas makan, pinggan perlu dicuci, jangan tinggalkan di sinki.” Saya tidak mahu biasakan dia dengan tabiat buruk. Nanti kalau pergi ke rumah orang, jika buat seperti itu, orang tidak suka.” (Informan C) Seorang informan turut mendidik anak remaja bermasalah pembelajaran beliau supaya mengangkat pakaian di ampaian sewaktu informan tiada kerana keluar bekerja: “Saya selalu pesan pada dia, “Sebentar lagi, sekitar pukul dua atau tiga, Miza tolong angkat kain, khuatir nanti hujan.Jika Miza bimbang Miza tertidur, tolak sahaja ampaian kain ke dalam.Tidak mengapa, nanti mama yang angkat. Kalau Miza rajin, tolong angkat.”Nanti, dia angkatlah.” (Informan F) Nilai-nilai akhlak seperti nilai bersyukur dan berterima kasih, nilai sabar, nilai saling membantu, nilai beradab sopan dan suka memaafkan, turut dititikberatkan oleh ibu bapa informan kajian ini. Sidek Baba menyatakan bahawa keperluan nilai, akhlak dan etika dalam pendidikan anak-anak adalah untuk mengelakkan kerosakan sosial di samping anak tersebut lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan mencabar.45 Nilai-nilai akhlak Islam yang cuba diterapkan oleh informan membolehkan seseorang anak membuat sesuatu pertimbangan sama ada tindakannya pada masa hadapan itu betul atau salah sebagai panduan dalam menjalani hidup bersyariat.46 Dapatan berikut menunjukkan nilai- nilai akhlak yang diterapkan oleh ibu bapa dalam kajian ini: 1. Nilai bersyukur dan berterima kasih 43Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa dan Ahmad Munawar, “Memperkasakan Jati Diri Melayu-Muslim Menerusi Pendidikan Islam dalam Pengajaran Akhlak”, Jurnal Hadhari (2012),31. 44 Surah Lukman (31):14 45 Sidek Baba, Keluarga Islam, ed. Azrina Sobian, (Kuala Lumpur :Institut Kefahaman Islam Malaysia 2007),268. 46 Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam,(Kuala Lumpur : Pustaka Salam,2011),119
  • 17. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 17 Bersyukur dan berterima kasih adalah salah satu akhlak Islam yang paling terpuji dan mulia.47 Ayat ini menyatakan bahawa orang-orang yang bersyukur dan berterima kasih akan diberi balasan pahala yang besar di akhirat. Seorang informan didapati menerapkan nilai syukur dan berterima kasih kepada anaknya semasa pekerja kebersihan mengumpulsampah mereka di kawasan perumahan. Walaupun mendapat tindak balas yang agak pelik daripada pekerja kebersihan tersebut, nilai berterima kasih ini wajar dicontohi oleh para ibu bapa yang lain. Perbualan di bawah menggambarkan situasi ini: “Adik, jika adik nampak abang yang mengumpul sampah itu, adik mesti ucapkan terima kasih. Jika dia tidak kutip sampah kita, sampah kita akan berulat.” Dia pun ucap,“terima kasih, abang.” Saya menasihatinya lagi, “Adik, walaupun seseorang itu membuat sesuatu yang kecil tapi ada kesan yang besar pada kita, adik.” Saya sentiasa ajar dia, walaupun dia faham ataupun tidak.” (Informan E) 2. Nilai sabar dan suka memaafkan orang lain Sabar ialah menahan diri dari sesuatu perkara yang tidak disukai. Seseorang mukmin yang bersabar akan sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah S.W.T.48 Seorang informan kajian ini juga didapati menerapkan nilai sabar apabila anaknya Zaidi (bukan nama sebenar) mengadu dipukul oleh rakan di sekolah. Informan menenangkan anaknya dengan kata-kata seperti di bawah: “Tidak mengapa, biarkanlah. Itukan kawan-kawan kita. Mungkin tidak sama. Mungkin di rumahnya,emak dia tidak sayangkan dia sepertimana ibu sayang Zaidi. Tetapi dengan Zaidi, kawan itu inginkan kasih sayang. Dia mahu Zaidi sayangkan dia.” Begitulah, saya beritahu dia.” (Informan E) Nilai sabar yang diterapkan informan ini dapat melahirkan perasaan berkasih sayang sesama insan di samping mendidik anaknya supaya tidak berdendam dan memaafkan kesalahan orang lain semasa terlibat dengan pertengkaran kecil di sekolah: “Tidak mengapalah adik, memang kawan Zaidi itu begitu.” Kadang-kadang, anak saya bergaduh dengan kawannya di sekolah, dia akan mengadu dan saya cuba tenangkan dia, “Tidak mengapalah adik, maafkanlah dia. Dia kawan kita.” (Informan E) Informan ini didapati telah mempraktikkan saranan Allah S.W.T di dalam al-Quran bagi mengukuhkan jati diri dan membentuk peribadi mukmin dalam diri anak-anak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 47 Surah Ali Imran (3):145 48 Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, terj., H.M Asywadi Syulur Lc, Dasar-dasar Ilmu Da’wah, Jil. 2, (Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar,2001), 71
  • 18. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 18 “Berilah kemaafan dan suruhlah berbuat kebaikan serta berpalinglah dari orang- orang yang jahil” Surah al-‘Araf (7):19 3. Nilai saling membantu Seorang informan menceritakan bahawa nilai saling membantu juga diterapkan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Nilai tersebut adalah dengan menghulurkan bantuan atau derma kepada orang lain. Anak beliau didapati sering membantu rakan-rakan yang tidak membawa wang saku ke sekolah. Petikan temu bual di bawah menerangkan situasi anaknya Mila (bukan nama sebenar) yang suka membantu rakannya: “Jika kawan Mila tidak bawa duit saku atau tidak makan, Mila akan cerita kepada saya, “Mama, kawan adik tidak makan.” Dia tahu. Jadi, dia mintalah duit pada saya. Saya pula memang selalu berada di sekolah ketika waktu rehat. Mila akan beri duit kepada kawannya itu.Dia tahu yang mana kawannya yang tidak ada duit. Dia akan beritahu saya. Dia suka tolong orang.” (Informan A) Galakan amalan saling membantu ini adalah seperti yang disarankan oleh Imam al- Ghazali, seorang ilmuwan tersohor dalam dunia Islam dalam kitabnya Bidayatul Hidayah yang menyatakan bahawa orang yang saling membantu dan berkelakuan baik itu akan mendapat ganjaran yang setimpal malah lebih baik dari perbuatannya.49 Oleh itu, informan berharap agar kebaikan beliau yang suka menolong orang lain dapat dicontohi oleh anak remajanya juga. 4. Nilai beradab sopan Beradab sopan adalah akhlak yang sering dicontohi oleh baginda Rasulullah s.a.w. Merujuk kepada kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,50 Rasulullah s.a.w mengamalkan adab sopan dengan menghulurkan salam, berlemah lembut ketika berbicara dan tidak sombong. Nilai beradab sopan yang diterapkan oleh informan kajian ini ialah dengan menggalakkan anaknya, Mail (bukan nama sebenar) menghulurkan salam kepada orang yang lebih tua di samping merendahkan tutur kata semasa berbicara sepertimana hasil dapatan temu bual berikut: “Saya cakap padanya, “Jika bertemu Pak Cik, kawan ayah atau sesiapa,jika sepuluh kali jumpa pun, sepuluh kali sapa.Apabila berjumpa, terus bersalam. Tidak mengapa.” “Kenapa mahu salam banyak kali?” Dia bertanya. “Tidak mengapalah. Hari ini Mail jumpa, Mail bersalam. Jika esok jumpa lagi, bersalam juga. Apa salahnya.” Jawab saya dan dia pun diamlah.” 49 Abu Hamid al-Ghazali, Bidayatul Hidayah, terj., Abdul Samad al-Falimbani, Hidayatus-Salikin fi Suluki Maslakil-Muttaqin,(Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah, 2010), 295. 50Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin : Inti pati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran bagi Orang-orang Mukmin, terj., Abu Hasan Din al-Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, 2006),645.
  • 19. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 19 (Informan E) Selain penerapan nilai-nilai akhlak dalam pergaulan sosial seperti di atas, kajian juga mendapati bahawa seorang informan memberikan penekanan kepada aspek akhlak dalam kehidupan seharian seperti adab mandi untuk anak remaja bermasalah pembelajaran. Adab mandi yang diberi penekanan ialah dengan memberi penekanan supaya anak mandi dengan keadaan yang sopan walaupun berseorangan. Seperti dinyatakan informan ini: “Saya cakap padanya, “Jika kita mandi, kita tidak boleh bogel. Kita mesti memakai kain basahan. Kita mesti menutup aurat.” (Informan A) Penerangan tentang konsep dosa dan pahala juga adalah cara memupuk nilai peribadi dan akhlak anak remaja bermasalah pembelajaran. Ibu bapa wajib memberikan penjelasan tentang konsep dosa yang haram dilakukan dan konsep pahala yang dituntut untuk dilaksanakan kepada anak-anak.51 Kepentingan penerapan nilai ini adalah untuk mengelak anak remaja bermasalah pembelajaran melakukan perbuatan-perbuatan keji dan cela yang boleh mencalar identiti diri sebagai seorang Islam. Dalam konteks kajian ini, lima daripada enam informan telah mempraktikkan pendekatan nasihat melalui medium televisyen melalui program Rancangan Tanah Kubur, saluran OASIS. Pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa ini ialah dengan mengulas semula kisah-kisah dosa serta akibat dari sesuatu perbuatan sesuai dengan pengetahuan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran seperti kenyataan berikut: “Seperti rancangan Tanah Kubur, anak saya memang sangat gemar rancangan itu. Jadi, saya pun cakap, “Apabila kematian seperti ini, lihat perbuatannya yang dia sudah buat pada ibunya.” Ataupun, “Lihat, dia mencuri, apa balasannya? Mahukah apabila mati nanti, kita jadi seperti ini?”Anak saya pun fahamlah.” (Informan C) “Biasanya anak ini, saya terangkan padanya tentang hukum sesuatu perbuatan yang dilarang. Contohnya, siapa mencuri akan ditangkap polis. Apabila dia tonton drama dalam televisyen, saya perlu ulas semula cerita itu. Cerita Tanah Kubur banyak mengajarnya. Saya kerap bertanya anak saya, “Apa yang kamu tonton itu?” Dia akan berceritalah tentang kisah-kisah orang yang derhaka, orang mencuri, orang kurang ajar dan sebagainya melalui rancangan televisyen itu. Dia minatlah.” (Informan E) “Saya selalu mencelah apabila dia sedang leka menonton televisyen, “Jika kita tidak sembahyang, lihat keadaan apabila mati nanti.” Dia suka menonton 51Ibid, 424.
  • 20. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 20 (rancangan) Tanah Kubur. “Jika sudah buat jahat seperti ini, di dunia Tuhan sudah tunjukkan.” (Informan F) Melalui media televisyen ini, tiga daripada enam informan ada menegaskan akibat atau balasan sesuatu perbuatan seperti derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, akibat melakukan sesuatu kejahatan seperti mencuri dan tidak bersolat berdasarkan rancangan Tanah Kubur yang ditayangkan. Dapatan ini menyokong pendapat Haryati Abdul Karim yang menyatakan bahawa penggunaan media tidak hanya digunakan untuk keseronokan tetapi digunakan untuk memuhasabah diri seseorang individu.52 Oleh itu, informan-informan ini telah memainkan peranan yang sangat baik dalam mempengaruhi anak remaja bermasalah pembelajaran untuk menghayati nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam. Penerangan tentang konsep dosa dan pahala melalui pendekatan nasihat secara berterusan juga dilaksanakan oleh ibu bapa kajian ini. Nasihat-nasihat ini merangkumi larangan melayari video dan gambar-gambar lucah di internet. Seorang informan menasihati anak remajanya supaya tidak menonton video lucah di internet. Informan menyatakan bahawa beliau dan suami menasihati anak mereka itu dengan menjelaskan hukum dan sebab mengapa tidak boleh menonton video sedemikian seperti yang dijelaskan di bawah: “Suatu hari, saya rasa dia ada buka website yang tidak sepatutnya, jadi saya beritahunya perkara ini tidak elok. “Miza budak kecil lagi. Miza belum besar lagi. Ini untuk orang yang sudah berkahwin.”Ayahnya juga beritahu,“Tidak elok. Miza belum besar lagi. Perkara ini untuk orang-orang yang sudah besar dan sudah berkahwin.” Saya cakap begitu. “Ini dosa. Tengok pun tidak boleh. Sebab apa tidak boleh tengok? Sebab Miza tengok aurat orang. Tengok aurat orang adalah berdosa.Kita hendak sembahyang pun kena tutup aurat, ini kita tengok aurat orang. Berdosa.” (Informan F) Informan C pula memberi nasihat kepada anak remaja bermasalah pembelajarannya supaya tidak melayari gambar-gambar wanita berpakaian seksi di internet. Informan turut memberi amaran bahawa melayari gambar sedemikian akan menyebabkan komputer dan sebagainya akan dijangkiti virus dan melibatkan kos pembaikan yang mahal. Tindakan kedua- dua informan ini adalah sangat wajar kerana anak-anak remaja muslim juga tidak terkecuali daripada terlibat dengan budaya negatif yang dibawa melalui teknologi maklumat dan komunikasi ini.53 Oleh itu, peranan ibu bapa adalah memantau aktiviti anak bagi mengelak penularan nilai negatif seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat dan sebagainya dari meresap ke dalam jiwa seorang mukmin. 52Haryati Abdul Karim. "Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja Malaysia." Southeast Asia Psychology Journal , Jil.1, (2014),96. 53Ab. Halim Tamuri, "Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). 199-212.
  • 21. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 21 Penerangan tentang konsep dosa juga diterapkan melalui larangan berkelakuan lucah. Seorang informan cuba menjelaskan perkara yang mungkin tidak diketahui bahawa ia adalah salah oleh anak remaja bermasalah pembelajarannya itu. Larangan seperti ini sangat penting bagi mengelakkan anak remaja bermasalah pembelajaran berkelakuan lucah di khalayak ramai: “Anak saya pernah tunjuk pada saya alat sulitnya yang tegang. Saya nasihatkan dia, “Ini berdosa. Adik tidak boleh tunjuk alat sulit ini pada orang. Tidak elok.” (Informan E) Berdasarkan dapatan kajian di atas, ibu bapa adalah acuan bagi mencorak kehidupan anak remaja bermasalah pembelajaran. Semua informan menggunakan teknik nasihat apabila anak- anak melakukan perkara yang menyimpang daripada syariat Islam semata-mata untuk melahirkan anak yang berakhlak mulia seterusnya melahirkan masyarakat madani yang taat kepada Allah S.W.T. Proses penerapan nilai-nilai Islam yang merangkumi aspek nilai keimanan, ibadah dan akhlak yang ditanam dalam jiwa anak-anak remaja seperti ini turut memerlukan para ibu bapa berhadapan dengan dunia luar untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, situasi sebenar perlu dihadapi dan memerlukan penglibatan ibu bapa dengan lebih efektif. Kesimpulan Kajian mendapati, ibu bapa menggunakan pendekatan nasihat dan penceritaan, galakan dan suruhan, pendekatan latih tubi, pendekatan tingkah laku iaitu melalui contoh teladan dan tunjuk cara, pendekatan peneguhan dan penggunaan multimedia dalam penerapan nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak. Sebaliknya, pendekatan pujukan digunakan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran yang masih dalam proses pembelajaran sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Penerapan nilai iman yang diterapkan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran ialah berkaitan dengan keimanan kepada Allah S.W.T, keimanan kepada malaikat, rasul dan kitab. Selain itu, penerapan nilai ibadah yang ditekankan ialah berkaitan dengan ibadah solat, puasa, bimbingan bacaan muqaddam dan Al-Quran, bimbingan cara bersuci seperti berwuduk, bercukur, cara menjaga kebersihan diri dan mandi wajib, penerangan hukum atau akibat melakukan atau meninggalkan sesuatu amalan, bimbingan batas-batas aurat dan cara berpakaian. Terdapat juga sebahagian informan ibu bapa yang memberikan bimbingan pengamalan ibadah sunat seperti Solat Sunat Dhuha, Solat Terawih dan sebagainya. Melalui penerapan nilai akhlak pula, pengkaji merumuskan bahawa ibu bapa telah memberi didikan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran berkaitan dengan adab dalam kehidupan seperti adab sebelum dan selepas makan, adab sebelum dan selepas tidur. Penekanan juga diberikan oleh ibu bapa tentang akhlak dalam bersosial sesama ahli keluarga dan orang lain dengan memupuk nilai berkasih sayang, nilai bersyukur dan berterima kasih, saling membantu, nilai sabar dan bermaafan.
  • 22. PersidanganKebangsaanIsu-isuPendidikan,(ISPEN-i 2016),21-22 Mei 2016, AuditoriumFakulti Pendidikan,UniversitiMalaya,KualaLumpur. 22 Rujukan Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2001).Ab. Halim Tamuri,"Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). ‘Abd Al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, cet.7, (Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 2001). ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, terj, Jil.1, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998). ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad Awwal), terj. Mohd Ikhwan Abdullah, Jil.1, (Selangor: Publishing House Sdn Bhd, 2015) Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya, (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2009). Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa dan Ahmad Munawar, “Memperkasakan Jati Diri Melayu- Muslim Menerusi Pendidikan Islam dalam Pengajaran Akhlak”, Jurnal Hadhari (2012). Norakyairee Hj Mohd Raus, et al. "Pengajaran Al-Quran Braille: Isu dan Cabaran Semasa." QURANICA-International Journal of Quranic Research”, Jil.3, No.4 (2013). Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin : Inti pati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran bagi Orang-orang Mukmin, terj: Abu Hasan Din al- Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, 2006). Khadijah Abdul Razak dan Norshidah Mohamad Salleh. “ Pengajaran Tilawah al-Quran dalam kalangan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan”, dalam J. S. Dharta Ranu Wijaya, Praktik- praktik Terbaik Pendidikan untuk Semua: Isu-isu Pendidikan Khusus di Indonesia dan Malaysia, (Bandung: Rizqi Press). Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang." Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, Bil.29, no. 2 (2013). Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus, Pengajian Islam, Edisi Kedua, (Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd, 2011).Sidek Baba, Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa, ed. Azrina Sobian, (Selangor: MPH Group Publishing Sdn Bhd dan Institut Kefahaman Islam Malaysia 2007).