SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
PEMAHAMAN BID’AH DALAM SYARIAT ISLAM

                        Oleh : Prof. Dr. Abdul Razzaq Abdul Rahman As-Asa‟diy

                                Universiti Islam Antarabangsa Malaysia




       Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w, begitu juga para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahNya.

       Perbincangan mengenai topik bid‟ah telah mendapat perhatian para ulama‟ sejak zaman
lampau hinggalah ke hari ini. Ini kerana al-Quran al- Karim dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.
ke dua-duanya telah menyebutkan istilah ini beserta maksudnya secara jelas dan mudah
difahami. Namun demikian, kita melihat mutakhir ini terdapat unsur penyalahgunaan terhadap
istilah ini. Kita dapat melihat perbezaan pandangan seseorang dalam memahami maksud bid‟ah.
Ini dalam banyak keadaan disertai pula dengan sentimen-sentimen fanatik dan ketaksuban
kepada pandangan puak dan kumpulan sedangkan sepatutnya umat Islam dituntut untuk kembali
kepada kitab Allah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. dengan kepatuhan secara menyeluruh
serta bersih dari dorongan hawa nafsu. Di atas asas inilah saya memutuskan untuk menulis topik
pemahaman bid‟ah berdasarkan nas-nas syariat serta jauh dari pengaruh kecenderungan dan
bersikap memihak.

Pengertian Bid’ah

       Persoalan :

       Apakah itu “bid‟ah”? Adakah terdapat apa yang dikatakan bid‟ah yang baik (hasanah)
dan bid‟ah yang tidak baik (sayyi-ah)? Apakah bid‟ah al-haqiqiyyah (tidak mempunyai sebarang
sandaran dalil syarie) dan bid‟ah al-idhafiyyah (perkara yang disyariatkan dari satu sudut, namun
dari sudut yang lain tidak).

       Jawapan:

       Bid’ah dari segi bahasa bermaksud mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud
sebelumnya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:

                                                   1
"‫"بذٚع انسًٕاث ٔاألسض‬

           Maksudnya: Allah telah menjadikan langit dan bumi ini tanpa ada contoh sesuatupun
sebelumnya. (*1/1 33 2 ‫)انًصباح انًُٛش: يادة : أبذ‬


           Sementara bid’ah dari segi istilah adalah mengadakan sesuatu yang tidak ada sebarang
sandaran dari sudut syariat sama ada dari al-quran, as-sunnah, ijmak dan qias serta tidak
termasuk di bawah kaedah-kaedah feqah dan prinsip-prinsip umum yang terdapat dalam Islam
atau dengan lain perkataan mengadakan sesuatu yang bercanggah dan bertentangan terus dengan
Islam.

           Berdasarkan takrif dan pengertian ini, maka apa-apa saja perkara baru yang diadakan,
perlu dilihat dan dipastikan. Jika terdapat di sana dalil-dalil dari al-quran, as-sunnah, ijmak, atau
qias maka ia dikira sebagai mengikut syari‟at. Jika sekiranya tidak terdapat apa-apa dalil dari
sumber syar‟iat yang disebutkan sebelum ini, maka dilihat pula adakah ia termasuk di bawah
mana-mana kaedah daripada kaedah-kaedah umum Islam atau tidak. Jika sekiranya ia termasuk
di bawah mana-mana kaedah ini, maka ia dikira sebagai mengikut syari‟at dan tidak dinamakan
bid‟ah. Jika sekiranya tidak termasuk, maka ia dikira sebagai bid‟ah dan sesat.

           Dengan pengertian ini, kita mampu menyelaraskan tuntutan-tuntutan nas yang memberi
peringatan tentang pembaharuan dan larangan bid‟ah dengan nas-nas lain yang menyebutkan
tentang suruhan menunjukkan teladan jalan kehidupan yang baik serta galakan kepadanya,
seperti sabda Rasulullah s.a.w.:

            ‫" عهٛكى بانسًع ٔانطاعت ٔإٌ حأيش عهٛكى عبذ دبشٙ فإَّ يٍ ٚعش يُكى قسٛشٖ اخخالفا كثٛشا فعهٛكى بسُخٙ ٔسُت‬
                "‫انخهفاء انشاشذٍٚ يٍ بعذ٘. عضٕا عهٛٓا بانُٕاجز ٔإٚاكى ٔيذذثاث األيٕس فإٌ كم بذعت ضالنت‬


(*1/2 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan menurutnya: Hadis Hasan Soheh/ Ruyadhus Solihin Bab Al Muhaafazoh a‟las
sunnah.)

Maksudnya:

           “Wajib ke atas kamu dengar dan patuh sekalipun ketua yang dilantik ke atas kamu itu
seorang hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup di kalangan kamu pasti dia akan
melihat banyak berlaku pertelingkahan. Dalam keadaan itu kamu hendaklah mengikut sunnahku

                                                                2
dan sunnah Khulafak ar-Rasyidin selepas dariku. Gigitlah sungguh-sungguh dengan geraham
kamu dan hindarkanlah diri kamu dari sesuatu yang diada-adakan kerana setiap bid‟ah yang
diada-adakan itu adalah sesat.”

Dalam satu riwayat yang lain disebutkan :

                                                        ‫كم بذعت فٙ انُاس‬

Maksudnya :

          “Setiap sesuatu yang sesat itu tempatnya adalah neraka.”

Manakala tentang galakan menunjukkan teladan yang baik dinyatakan seperti sabda Rasulullah
s.a.w :

ٗ‫(يٍ سٍ سُت دسُت فهّ أجشْا ٔأجش يٍ عًم بٓا إنٗ ٕٚو انقٛايت ٔيٍ سٍ سُت فعهّٛ ٔصسْا ٔٔصس يٍ عًم بٓا إن‬
                                                       )‫ٕٚو انقٛايت‬

Maksudnya:

          “Barang siapa yang menunjukkan teladan yang baik maka dia akan mendapat ganjaran
pahala untuk dirinya dan pahala orang yang beramal denganya sehingga hari kiamat. Dan barang
siapa yang menunjukkan teladan yang jahat maka dia akan menanggung dosa untuk dirinya dan
dosa sesiapa yang melakukannya sehingga hari kiamat. ”                     (*2/1 Hadis ini riwayat Muslim/ Lihat Riyadhus
Solihin: Bab Sesiapa yang mengajar sunnah yang baik)


          Apabila kita memerhatikan pembahagian di atas, kita mendapati bahawa bahagian yang
pertama hadis ini menggalakkan kita mengajar satu contoh dan teladan yang baik. Ini kerana
kebaikan itu adalah dari asas- asas Islam. Oleh sebab itu, si pelakunya akan mendapat ganjaran
pahala. Sementara bahagian kedua pula menyebutkan celaan terhadap orang yang mengajar
kejahatan di mana pelakunya akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya.
Dan bahagian kedua inilah yang disebut sebagai bid‟ah yang sesat seperti yang dinyatakan dalam
hadis pertama.




                                                                 3
Pengertian dan pembahagian ini adalah bersumber dari sabda Rasulullah s.a.w.:

                                      "‫"يٍ أدذد فٙ أيشَا ْزا يا نٛس يُّ فٕٓ سد‬

                   (*2/2 Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim / Lihat Riyadhus Solihin: Bab Larangan dari perkara bid‟ah.)


Maksudnya :

         “Barang siapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini sesuatu yang bukan
darinya maka ia adalah tertolak (tidak diterima).”

Dalam suatu riwayat yang lain:

                                        "‫"يٍ عًم عًال نٛس عهّٛ أيشَا فٕٓ سد‬

Maksudnya:

         “Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang tiada kaitan dengan ajaran kami maka
ianya adalah tertolak (tidak diterima).”              (*2/3 Hadis riwayat Muslim / Lihat Riyadhus Soolihin: Bab Larangan dari

perkara Bid‟ah).


Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengadakan-adakan amalan itu tidak terlepas dari
terbahagi kepada dua keadaan:

1. Perbuatan mengada-adakan yang ditolak kerana bertentangan dengan ajaran agama seperti
yang dinyatakan oleh nas hadis, dan

2. Perbuatan mengada-adakan yang boleh diterima apabila ianya menepati serta selari dengan
agama. Ini diambil dari mafhum mukholafah (pemahaman bertentangan yang tersirat daripada
lafaz) dari hadis nabi. Ini kerana                   apa yang difahami dari hadis : “Barang siapa yang
mengamalkan sesuatu amalan yang menepati ajaran kami maka dia adalah diterima. Dan
yang dimaksudkan dengan "‫ "أمرنا‬ialah agama secara keseluruhan merangkumi ibadat dan
muamalat.

         Yang dimaksudkan dengan lafaz "‫ "سُت‬pula ialah jalan dan cara. Ia juga meliputi urusan
ibadat dan muamalat. Dari sini jelaslah bahawa apa-apa jua amalan yang diada-adakan yang
bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah).
Sementara apa jua amalan yang diada-adakan tetapi bercanggah dengan nas-nas agama atau

                                                                     4
kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai bid‟ah dan termasuk dalam sunnah yang tidak baik
(sayyi-ah).

       Jelaslah di sini bahawa pembahagian bid‟ah kepada hasanah (baik) dan sayyi-ah (buruk)
atau pun pembahagian bid‟ah kepada hakikiyyah dan idhafiyyah seperti mana yang dilakukan
oleh Imam as-Shatibiy dalam kitab “I‟tisom” atau pembahagian bid‟ah kepada wajib, sunat,
haram, makruh, dan harus seperti yang dilakukan oleh Imam al „Eiz Bin Abdus Salam di mana
ianya adalah merupakan pembahagian dari sudut bahasa sahaja.

       Adapun dari segi syarak, setiap apa saja yang bertentangan dengan asas-asas serta
perkara pokok dalam Islam, maka ia dikira sebagai bid‟ah yang sayyi-ah. Adapun apa saja yang
selari dan tidak bertentangan maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah) dan diterima
disudut syarak.

Jenis-Jenis Ibadat Yang Datang Daripada Nabi s.a.w.

Ibadat yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. terbahagi kepada dua:

Pertama:

       Apa yang disebutkan dari Nabi s.a.w. yang terikat dengan masa, tempat, bilangan,
keadaan, serta situasi tertentu. Dalam semua keadaan ini, ianya perlu dilakukan seperti mana
ianya didatangkan tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan dan perubahan. Dan
barang siapa yang menokok tambah serta merubah bercanggah dengan apa yang didatangkan,
maka ia dianggap seorang yang melakukan perbuatan bid‟ah. Ini seperti dalam persoalan-
persoalan pokok ibadat, bilangan rakaat, bilangan hari-hari puasa dan masanya, peraturan haji
dan umrah, kadar-kadar pengiraan zakat, jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat, dan persoalan-
persoalan yang berkait dengan akidah serta yang seumpama dengannya.

Kedua:

       Apa yang datang dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk perintah, saranan, galakan,
pesanan dan ianya tidak terikat dengan bentuk, masa, tempat, keadaan dan bilangan tertentu dan
tidak terdapat di sana larangan dalam melakukannya pada sesuatu masa yang tertentu. Maka
dalam hal ini, umat Islam bebas memilih masa dan tempat yang sesuai, serta situasi yang baik

                                                  5
untuk dia melaksanakannya. Apa yang penting ialah tidak menyandarkan pilihan yang dibuatnya
dalam melakukan semua ini – sama ada dari segi masa, situasi dan tempat - kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Pilihan ini hanyalah diasaskan kepada satu keizinan umum yang diberikan
oleh syarak. Samalah halnya seperti kita mengerjakan sembahyang sunat mutlak, puasa mutlak,
zikir, pembacaan al-Quran, berdoa, berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad
s.a.w., memberi sedekah makanan, menyembelih seseekor binatang dengan niat bersedekah serta
bertaqorrub kepada Allah dan seumpamanya.

       Andai kata seseorang muslim hendak mewajibkan dirinya menunaikan solat sunat dalam
sesuatu masa tertentu yang bukan masa yang dilarang, maka solatnya ini tidak boleh dianggap
sebagai suatu yang bid‟ah. Demikian juga jika dia membiasakan berdoa dengan doa tertentu di
masa yang tertentu, atau dia membiasakan diri dengan membaca sejuzuk al-Quran setiap hari di
masa-masa yang tertentu, maka yang demikian juga tidak boleh dikira sebagai perbuatan bid‟ah.

       Begitulah juga halnya dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
tidak dikira bid‟ah selama mana dia tidak menyandarkan apa yang dilakukannya itu kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Sekiranya dia menyandarkan perbuatannya itu kepada Nabi Muhammad,
maka ketika itu apa yang dilakukan itu menjadi bid‟ah kerana dia telah mengada-adakan sesuatu
terhadap nabi dan ia juga dalam masa yang sama merupakan rekaan dan pendustaan terhadap
Nabi Muhammad s.a.w.

Pengurangan Dan Penambahan Dalam Perkara Yang Telah Dihadkan Oleh Syarak

       Pengurangan dalam perkara yang telah ditentukan oleh syarak dalam soal ibadat-ibadat
yang telah difardhukan adalah haram dan dikira sebagai bid‟ah yang merosakkan ibadat.
Contohnya seperti pengurangan bilangan rakaat solat, atau hari-hari berpuasa, atau bilangan
pusingan mengelilingi ka‟bah semasa tawaf, atau bilangan tempat melontar jamrah, atau
mempermainkan kadar yang wajib dikeluarkan semasa berzakat serta kadar nisabnya, atau
mengurangkan perkara rukun dalan sesuatu ibadat.

Adapun perkara yang merupakan penambahan maka ia terbahagi kepada dua iaitu:

a) Penambahan Muttasilah

b) Penambahan Munfasilah
                                                   6
Penambahan Muttasilah(bersambungan) :

Penambahan yang berkait terus pada satu ibadat tertentu ia merupakan bid‟ah dan sesat seperti
penambahan ruku‟, atau sujud atau penambahan satu rakaat sempurna dengan sengaja atau
penambahan lafaz tertentu melebihi susunan lafaz yang telah disebutkan oleh hadis Nabi
Muhammad s.a.w. dalam susunan lafaz azan dengan melakukan penambahan lafaz yang
menjejaskan susunan asal serta gaya bahasa dan lafaz seumpama penambahan lafaz saiyidina
sebelum lafaz Muhammad s.a.w. dalam masa azan. Ini kerana, ia menjejaskan lafaz asal dan
gaya bahasanya seperti mana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Jika sekiranya tidak berlaku perubahan pada gaya bahasa, dan tidak dilakukan dengan niat untuk
menyempurnakan lagi ibadat dari sebarang kekurangan, tetapi hanya sekadar untuk melahirkan
rasa penghormatan dan bersikap sopan – seperti menambah lafaz saiyidina sebelum menyebut
lafaz Muhammad s.a.w. semasa berselawat seperti dalam selawat Ibrohimiyyah – maka ianya
bukan suatu yang ditegah dan penambahan seumpama itu tidak dinamakan bid‟ah.


Penambahan Munfasilah (berasingan):
Penambahan yang tidak berkait terus dalam sesuatu ibadat tertentu, sama ada ia ibadah yang
ditegah ataupun ibadah yang tidak ditegah. Adapun ibadah yang ditegah, maka melakukannya
dianggap bid‟ah seperti mengerjakan solat sunat selepas solat subuh dan solat asar. Begitu juga
jika kita mengadakan satu lagi solat fardhu selain dari solat lima waktu yang telah difardhukan
tanpa ada dalil yang memfardhukannya.


Manakala ibadah yang tidak ditegah, sekiranya seorang muslim melakukannya dengan
keyakinan darinya bahawa ibadat yang ada tidak sempurna dan mesti disempurnakan
dengan penambahan itu, maka pengerjaan amalan ini dikira sebagai bid‟ah lagi haram.

Jika sekiranya dia melakukan penambahan ini dengan menganggapnya sebagai satu ibadat
yang terasing dan mendapat keizinan umum dari syarak, maka ia tidaklah dikira
penambahan yang ditegah selama mana dia tidak menyandarkan amalan itu kepada Nabi
Muhammad s.a.w.




                                                  7
Contoh penambahan ini ialah seperti menambah jumlah harta yang hendak diberi kepada
golongan fakir semasa mengeluarkan zakat.

Contoh lain ialah seperti mengadakan sembahyang sunat dua rakaat selepas solat fardhu dengan
niat mengerjakan sembahyang sunat dan ianya dikerjakan pada masa yang bukan masa yang
dilarang.

Begitu juga dengan penambahan selawat kepada Nabi s.a.w. selepas sebutan zikir

                           “"‫"انهٓى أَج انسالو ٔيُك انسالو حباسكج ٔحعانٛج ٚا را انجالل ٔاإلكشاو‬

Termasuk juga seperti penambahan bacaan zikir-zikir dan banyak doa-doa yang ma‟thur.

Begitu juga dengan apa yang disebut sebelum azan dan selepasnya sebagai mengisyaratkan telah
masuk waktu.

Beberapa Kaedah Syarak

Terdapat beberapa kaedah umum dalam Islam di antaranya:

1. ‫ ال ضشس ٔال ضشاس‬bermaksud tidak memudharatkan diri sendiri dan tidak pula boleh
memudharatkan orang lain. Kaedah ini mengharamkan apa saja masalah yang membawa kepada
berlakunya kemudharatan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain walaupun tidak
terdapat di sana nas daripada al-Quran atau as-Sunnah.

2. "ٌٕ‫ : "ٔافعم انخٛش نعهكى حفهذ‬Ayat ini menyuruh melakukan apa saja bentuk kebaikan sama ada
kepada diri sendiri atau pun kepada orang lain selagi mana tidak merupakan sesuatu yang
dilarang oleh syarak dengan larangan yang khas atau perlakuan tersebut tidak membawa kepada
sesuatu mafsadah atau kerosakan yang nyata pada masa akan datang.

3. Kaedah "‫ :”انضشٔسة حبٛخ انًذزٔساث‬Apa saja yang membawa kemudaratan dan bahaya akan
mengharuskan perkara yang dilarang. Bermaksud apa saja yang dilarang oleh syarak diharuskan
melakukannya dalam keadaan terpaksa dan mempunyai mudarat. Ini kerana terdapat beberapa
hukum dalam masalah ‘dhoruroh’ (keadaan terpaksa yang mempunyai mudarat). Pengharusan
ini pula dibenarkan hanya sekadar melepaskan kemudaratan dan tidak lebih dari itu. Dan
‘dhoruroh’ pula ialah suatu keadaan yang mana keselamatan manusia atau binatang atau anggota

                                                       8
badan atau kesihatan manusia bergantung kepadanya, sekiranya jika tidak dilakukan perkara
yang terlarang tersebut maka ia akan membawa kerosakan jiwa atau kebinasaan anggota tubuh
badan atau membawa kepada sakit yang berpanjangan dan melambatkan proses penyembuhan.

4. ‫ .إرا حعاسض انذالل ٔانذشاو فٙ أيش سجخ انذشاو ادخٛاطا‬Maksudnya: Apabila berlakunya pertembungan
di antara halal dan haram maka hukum yang diberatkan ialah hukum haram.

5. ّ‫ يا دشو أخزِ دشو إعطائ‬Maksudnya: Sesuatu yang diharamkan kita mengambilnya maka kita juga
diharamkan memberinya.

6. ‫ انبُّٛ عهٗ انًذعٙ ٔانًٍٛٛ عهٗ يٍ أَكش‬Maksudnya : Keterangan pembuktian hendaklah dilakukan
oleh orang yang mendakwa dan sumpah dilakukan oleh orang yang menolak dakwaan.

7. ‫ األيٕس بًقاصذْا‬Sesuatu perkara dikira berdasarkan tujuannya.

8. ‫ إعًال انكالو خٛش يٍ إًْانٓا‬Maksudnya : Beramal dengan nas-nas hukum itu lebih baik dari
mengabaikannya.

       Sebahagian ulama‟ dan fuqaha‟ Islam telah menyusun banyak buku menyentuh persoalan
kaedah-kaedah seperti Seikh I‟z Bin Salam, Ibnu Rejab Al Hambali, Ibnul Liham, AlI”laaiy,
Imam Sayuti, dan Ibnu Nujaim dalam kitab al- Ashbah Wa Al- Nazoir dan ramai lagi.

       Kaedah-kaedah ini merupakan ciri yang melambangkan keluasan Islam dan
kesempurnaannya. Berdasarkan kaedah-kaedah ini, apa saja yang berlaku sehinggalah ke hari
Kiamat maka Islam akan mampu meletakkan hukuman yang tertentu kepadanya sama ada wajib,
sunat, haram, makruh atau pun harus. Ini dilakukan dengan melihat kepada kelas dan kumpulan
kaedah mana yang sesuai untuk hukum tersebut sekalipun nas bersikap berdiam diri tanpa
menerangkan hukumnya. Kesemua kaedah-kaedah ini dikeluarkan (istinbat) sama ada dari ayat
al-Quran ataupun dari sunnah Nabi Muhammad SAW.




                                                     9
Sesuatu Yang Tidak Dilakukan Oleh Rasulullah Dan Sahabat Tidak Bermakna Tidak
Syarie Jika Dilakukan

Persoalan:

         Apabila tidak terbukti dari Nabi bahawa baginda melakukan sesutu amalan atau pun tidak
terbukti adanya di kalangan para sahabat melakukan amalan tersebut dan apabila ada pula
seseorang hendak melakukannya maka adakah itu dikira sebagai bid‟ah kerana ianya tidak
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mahu pun para sahabat?

         Sesiapa yang berpandangan bahawa itu suatu yang bid‟ah maka pandangannya adalah
salah dari dua sudut:

Pertama:

         Sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh nabi tidak membawa erti bahawa perkara
tersebut syarie dilakukan atau syarie meninggalkan, malah baginda membiarkan sesuatu perkara
itu dalam keharusan asalnya. Sebagaimana tidak melakukan perbuatan itu tidak menjadi dalil
pensyariatan hukum syarak, maka begitu juga ia tidak menjadi dalil tegahan daripada
melakukannya selama mana tidak terdapat nas yang menegahnya.

         Setelah itu dilihat pula adakah ia termasuk di bawah mana-mana kaedah daripada kaedah-
kaedah syarak boleh dikiaskan dengan sesuatu yang ada sandaran nas untuk membolehkan kita
menghukumnya sebagai syarie atau pun sebaliknya. Jika ia termasuk dalam perkara yang ditolak
oleh kaedah syarak atau bertentangan dengan nas maka ketika itu kita akan mengatakan ianya
sebagai bid‟ah.

Kedua:

         Pandangan yang menyebutkan: “Kalau perkara ini baik dan dibolehkan maka sudah tentu
mereka yang dahulu dan jauh lebih baik dari kita akan melakukannya” merupakan pandangan
yang menjadikan syariat Islam jumud dan kaku serta membataskan kesyumulan Islam kepada
perkara yang hanya berlaku di kurun yang pertama di kalangan umat Islam sedangkan
hakikatnya adalah sebaliknya.



                                                  10
Sesungguhnya syariat Islam tidak pernah lemah dalam memberikan pandangan dan
hukumnya terhadap setiap amalan yang dilakukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah dan asas-
asas yang terdapat dalam Islam sama ada amalan tersebut termasuk dalam bab muamalat atau
pada sesetengah bab ibadat yang tiada penetapan dan pembatasan tertentu di sudut syarak.



* Artikel ini merupakan sedutan dari kertas yang dibentangkan dalam Seminar Pemurnian Akidah 2010 anjuran
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.




                                                       11

More Related Content

What's hot

2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptxSharifahNurulhuda3
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hDausi Nuzula
 
Adab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al QuranAdab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al QuranNabihahAdam22
 
Adab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.WAdab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.WFarhatul Hanim
 
Kursus haji & modul
Kursus haji & modulKursus haji & modul
Kursus haji & modulkhairul_21
 
Pel. 21 adab terhadap ibubapa
Pel. 21 adab terhadap ibubapaPel. 21 adab terhadap ibubapa
Pel. 21 adab terhadap ibubapafathisaid
 
Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Pak Tih Sbk
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanUzairi Azali
 
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargaPendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargacba0004
 
Panduan Solat Tarawih Lengkap Negeri Johor
Panduan Solat Tarawih Lengkap Negeri JohorPanduan Solat Tarawih Lengkap Negeri Johor
Panduan Solat Tarawih Lengkap Negeri JohorWak Mykrk
 
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHHadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHJamalmaklumi
 
Borang soal selidik kbs
Borang soal selidik kbs Borang soal selidik kbs
Borang soal selidik kbs Azrina Rosli
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaahmuzani anh
 
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiSyahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiImran
 

What's hot (20)

2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
2_SEJARAH_PERKEMBANGAN_ILMU_TAFSIR_Noras.pptx
 
Haji
HajiHaji
Haji
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
 
Adab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al QuranAdab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al Quran
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Adab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.WAdab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.W
 
Kursus haji & modul
Kursus haji & modulKursus haji & modul
Kursus haji & modul
 
Pel. 21 adab terhadap ibubapa
Pel. 21 adab terhadap ibubapaPel. 21 adab terhadap ibubapa
Pel. 21 adab terhadap ibubapa
 
Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4
 
Syirik
SyirikSyirik
Syirik
 
Sepintas Lalu Surah al-Munafiqun
Sepintas Lalu Surah al-MunafiqunSepintas Lalu Surah al-Munafiqun
Sepintas Lalu Surah al-Munafiqun
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
 
Bahasa arabharian
Bahasa arabharianBahasa arabharian
Bahasa arabharian
 
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluargaPendidkan islam tahun 4 adab keluarga
Pendidkan islam tahun 4 adab keluarga
 
Panduan Solat Tarawih Lengkap Negeri Johor
Panduan Solat Tarawih Lengkap Negeri JohorPanduan Solat Tarawih Lengkap Negeri Johor
Panduan Solat Tarawih Lengkap Negeri Johor
 
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAHHadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
Hadis Hasan dan Hadis sahih - MARSAH
 
Borang soal selidik kbs
Borang soal selidik kbs Borang soal selidik kbs
Borang soal selidik kbs
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
I'jaz tarbawi
I'jaz tarbawiI'jaz tarbawi
I'jaz tarbawi
 
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiSyahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
 

Viewers also liked

Najis yang dimaafkan
Najis yang dimaafkanNajis yang dimaafkan
Najis yang dimaafkankumpulan21
 
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah Bandung
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah BandungKunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah Bandung
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah BandungRidlo Abelian
 
Jiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAW
Jiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAWJiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAW
Jiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAWRidlo Abelian
 
penyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduh
penyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduhpenyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduh
penyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduhVisnu Candra
 
10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar Nasir
10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar Nasir10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar Nasir
10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar NasirRidlo Abelian
 
40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman
40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman
40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zamanGua Syed Al Yahya
 
Tradisi tujuh hari
Tradisi tujuh hariTradisi tujuh hari
Tradisi tujuh hariVisnu Candra
 

Viewers also liked (18)

Jahriyatu Dakwah
Jahriyatu DakwahJahriyatu Dakwah
Jahriyatu Dakwah
 
Najis yang dimaafkan
Najis yang dimaafkanNajis yang dimaafkan
Najis yang dimaafkan
 
Sukses ala ulama
Sukses ala ulamaSukses ala ulama
Sukses ala ulama
 
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah Bandung
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah BandungKunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah Bandung
Kunci-Kunci Tadabbur Al-Qur'an - Wahdah Islamiyah Bandung
 
Hadis landasan akidah
Hadis landasan akidahHadis landasan akidah
Hadis landasan akidah
 
Jiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAW
Jiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAWJiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAW
Jiwa (ruh) Kepemimpinan Muhammad SAW
 
penyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduh
penyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduhpenyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduh
penyimpangan ibnu taimiyah dan muhammad abduh
 
10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar Nasir
10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar Nasir10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar Nasir
10 Langkah Tadabbur Al Qur'an by Ustadz Bachtiar Nasir
 
Thaharah
ThaharahThaharah
Thaharah
 
40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman
40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman
40 hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman
 
Sifat Solat Nabi SAW
Sifat Solat Nabi SAWSifat Solat Nabi SAW
Sifat Solat Nabi SAW
 
Wanita muslimat
Wanita muslimatWanita muslimat
Wanita muslimat
 
Tradisi tujuh hari
Tradisi tujuh hariTradisi tujuh hari
Tradisi tujuh hari
 
Risalah masjid
Risalah masjidRisalah masjid
Risalah masjid
 
Firqah
FirqahFirqah
Firqah
 
Konsep tabaruk
Konsep tabarukKonsep tabaruk
Konsep tabaruk
 
Dunia akhir zaman
Dunia akhir zamanDunia akhir zaman
Dunia akhir zaman
 
Thaharah
ThaharahThaharah
Thaharah
 

Similar to PEMAHAMAN BID'AH DALAM SYARIAT ISLAM

Similar to PEMAHAMAN BID'AH DALAM SYARIAT ISLAM (20)

sunnah dan bidaah
sunnah dan bidaahsunnah dan bidaah
sunnah dan bidaah
 
Studi hadist kelompok 1
Studi hadist kelompok 1Studi hadist kelompok 1
Studi hadist kelompok 1
 
PPT ILMU FIKIH KLP 11mm-dikonversi.pdf
PPT ILMU FIKIH KLP 11mm-dikonversi.pdfPPT ILMU FIKIH KLP 11mm-dikonversi.pdf
PPT ILMU FIKIH KLP 11mm-dikonversi.pdf
 
Bida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam MasyarakatBida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam Masyarakat
 
Bida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakatBida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakat
 
Amalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayuAmalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayu
 
Amalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayuAmalan bidaah dalam masyarakat melayu
Amalan bidaah dalam masyarakat melayu
 
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
 
Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3
 
pengantar studi islam
pengantar studi islampengantar studi islam
pengantar studi islam
 
Studi hukum islam
Studi hukum islam Studi hukum islam
Studi hukum islam
 
Studi hukum islam kel.2hhhh
Studi hukum islam kel.2hhhhStudi hukum islam kel.2hhhh
Studi hukum islam kel.2hhhh
 
Pengertian fiqh
Pengertian fiqhPengertian fiqh
Pengertian fiqh
 
Pengertian fiqh
Pengertian fiqhPengertian fiqh
Pengertian fiqh
 
Bid'ah al fauzan
Bid'ah   al fauzanBid'ah   al fauzan
Bid'ah al fauzan
 
Bid’ah, apakah itu
Bid’ah, apakah ituBid’ah, apakah itu
Bid’ah, apakah itu
 
Maksud bid
Maksud bidMaksud bid
Maksud bid
 
Konsep bid'ah dan toleransi fiqih
Konsep bid'ah dan toleransi fiqihKonsep bid'ah dan toleransi fiqih
Konsep bid'ah dan toleransi fiqih
 
Makalah ijma' dan qiyas
Makalah ijma' dan qiyasMakalah ijma' dan qiyas
Makalah ijma' dan qiyas
 
Makalah Agama Islam Kelas X. Semester Genap
Makalah Agama Islam Kelas X. Semester GenapMakalah Agama Islam Kelas X. Semester Genap
Makalah Agama Islam Kelas X. Semester Genap
 

More from Gua Syed Al Yahya

Mengenal Kitab Al Umm - Imam Syafie
Mengenal Kitab Al Umm - Imam SyafieMengenal Kitab Al Umm - Imam Syafie
Mengenal Kitab Al Umm - Imam SyafieGua Syed Al Yahya
 
Perisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnah
Perisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnahPerisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnah
Perisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnahGua Syed Al Yahya
 
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhanGua Syed Al Yahya
 

More from Gua Syed Al Yahya (9)

Mengenal Kitab Al Umm - Imam Syafie
Mengenal Kitab Al Umm - Imam SyafieMengenal Kitab Al Umm - Imam Syafie
Mengenal Kitab Al Umm - Imam Syafie
 
Hadis 40 imam an-nawawi..
Hadis 40   imam an-nawawi..Hadis 40   imam an-nawawi..
Hadis 40 imam an-nawawi..
 
Perisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnah
Perisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnahPerisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnah
Perisai muslim himpunan-doa-dan-zikir-dari-al-quran-as-sunnah
 
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
36 hadits hadits palsu dan lemah yang sering disebut di bulan ramadhan
 
100 hadis palsu
100 hadis palsu100 hadis palsu
100 hadis palsu
 
Oop in php tutorial
Oop in php tutorialOop in php tutorial
Oop in php tutorial
 
Doa selepas sembahyang
Doa selepas sembahyangDoa selepas sembahyang
Doa selepas sembahyang
 
Praktikal solat subuh
Praktikal solat subuhPraktikal solat subuh
Praktikal solat subuh
 
Tanda qiyamat
Tanda qiyamatTanda qiyamat
Tanda qiyamat
 

Recently uploaded

rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxHansTobing
 
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKArifinAmin1
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdfHeriyantoHeriyanto44
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 

Recently uploaded (20)

rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
 
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 

PEMAHAMAN BID'AH DALAM SYARIAT ISLAM

  • 1. PEMAHAMAN BID’AH DALAM SYARIAT ISLAM Oleh : Prof. Dr. Abdul Razzaq Abdul Rahman As-Asa‟diy Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, begitu juga para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahNya. Perbincangan mengenai topik bid‟ah telah mendapat perhatian para ulama‟ sejak zaman lampau hinggalah ke hari ini. Ini kerana al-Quran al- Karim dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. ke dua-duanya telah menyebutkan istilah ini beserta maksudnya secara jelas dan mudah difahami. Namun demikian, kita melihat mutakhir ini terdapat unsur penyalahgunaan terhadap istilah ini. Kita dapat melihat perbezaan pandangan seseorang dalam memahami maksud bid‟ah. Ini dalam banyak keadaan disertai pula dengan sentimen-sentimen fanatik dan ketaksuban kepada pandangan puak dan kumpulan sedangkan sepatutnya umat Islam dituntut untuk kembali kepada kitab Allah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. dengan kepatuhan secara menyeluruh serta bersih dari dorongan hawa nafsu. Di atas asas inilah saya memutuskan untuk menulis topik pemahaman bid‟ah berdasarkan nas-nas syariat serta jauh dari pengaruh kecenderungan dan bersikap memihak. Pengertian Bid’ah Persoalan : Apakah itu “bid‟ah”? Adakah terdapat apa yang dikatakan bid‟ah yang baik (hasanah) dan bid‟ah yang tidak baik (sayyi-ah)? Apakah bid‟ah al-haqiqiyyah (tidak mempunyai sebarang sandaran dalil syarie) dan bid‟ah al-idhafiyyah (perkara yang disyariatkan dari satu sudut, namun dari sudut yang lain tidak). Jawapan: Bid’ah dari segi bahasa bermaksud mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.: 1
  • 2. "‫"بذٚع انسًٕاث ٔاألسض‬ Maksudnya: Allah telah menjadikan langit dan bumi ini tanpa ada contoh sesuatupun sebelumnya. (*1/1 33 2 ‫)انًصباح انًُٛش: يادة : أبذ‬ Sementara bid’ah dari segi istilah adalah mengadakan sesuatu yang tidak ada sebarang sandaran dari sudut syariat sama ada dari al-quran, as-sunnah, ijmak dan qias serta tidak termasuk di bawah kaedah-kaedah feqah dan prinsip-prinsip umum yang terdapat dalam Islam atau dengan lain perkataan mengadakan sesuatu yang bercanggah dan bertentangan terus dengan Islam. Berdasarkan takrif dan pengertian ini, maka apa-apa saja perkara baru yang diadakan, perlu dilihat dan dipastikan. Jika terdapat di sana dalil-dalil dari al-quran, as-sunnah, ijmak, atau qias maka ia dikira sebagai mengikut syari‟at. Jika sekiranya tidak terdapat apa-apa dalil dari sumber syar‟iat yang disebutkan sebelum ini, maka dilihat pula adakah ia termasuk di bawah mana-mana kaedah daripada kaedah-kaedah umum Islam atau tidak. Jika sekiranya ia termasuk di bawah mana-mana kaedah ini, maka ia dikira sebagai mengikut syari‟at dan tidak dinamakan bid‟ah. Jika sekiranya tidak termasuk, maka ia dikira sebagai bid‟ah dan sesat. Dengan pengertian ini, kita mampu menyelaraskan tuntutan-tuntutan nas yang memberi peringatan tentang pembaharuan dan larangan bid‟ah dengan nas-nas lain yang menyebutkan tentang suruhan menunjukkan teladan jalan kehidupan yang baik serta galakan kepadanya, seperti sabda Rasulullah s.a.w.: ‫" عهٛكى بانسًع ٔانطاعت ٔإٌ حأيش عهٛكى عبذ دبشٙ فإَّ يٍ ٚعش يُكى قسٛشٖ اخخالفا كثٛشا فعهٛكى بسُخٙ ٔسُت‬ "‫انخهفاء انشاشذٍٚ يٍ بعذ٘. عضٕا عهٛٓا بانُٕاجز ٔإٚاكى ٔيذذثاث األيٕس فإٌ كم بذعت ضالنت‬ (*1/2 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan menurutnya: Hadis Hasan Soheh/ Ruyadhus Solihin Bab Al Muhaafazoh a‟las sunnah.) Maksudnya: “Wajib ke atas kamu dengar dan patuh sekalipun ketua yang dilantik ke atas kamu itu seorang hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup di kalangan kamu pasti dia akan melihat banyak berlaku pertelingkahan. Dalam keadaan itu kamu hendaklah mengikut sunnahku 2
  • 3. dan sunnah Khulafak ar-Rasyidin selepas dariku. Gigitlah sungguh-sungguh dengan geraham kamu dan hindarkanlah diri kamu dari sesuatu yang diada-adakan kerana setiap bid‟ah yang diada-adakan itu adalah sesat.” Dalam satu riwayat yang lain disebutkan : ‫كم بذعت فٙ انُاس‬ Maksudnya : “Setiap sesuatu yang sesat itu tempatnya adalah neraka.” Manakala tentang galakan menunjukkan teladan yang baik dinyatakan seperti sabda Rasulullah s.a.w : ٗ‫(يٍ سٍ سُت دسُت فهّ أجشْا ٔأجش يٍ عًم بٓا إنٗ ٕٚو انقٛايت ٔيٍ سٍ سُت فعهّٛ ٔصسْا ٔٔصس يٍ عًم بٓا إن‬ )‫ٕٚو انقٛايت‬ Maksudnya: “Barang siapa yang menunjukkan teladan yang baik maka dia akan mendapat ganjaran pahala untuk dirinya dan pahala orang yang beramal denganya sehingga hari kiamat. Dan barang siapa yang menunjukkan teladan yang jahat maka dia akan menanggung dosa untuk dirinya dan dosa sesiapa yang melakukannya sehingga hari kiamat. ” (*2/1 Hadis ini riwayat Muslim/ Lihat Riyadhus Solihin: Bab Sesiapa yang mengajar sunnah yang baik) Apabila kita memerhatikan pembahagian di atas, kita mendapati bahawa bahagian yang pertama hadis ini menggalakkan kita mengajar satu contoh dan teladan yang baik. Ini kerana kebaikan itu adalah dari asas- asas Islam. Oleh sebab itu, si pelakunya akan mendapat ganjaran pahala. Sementara bahagian kedua pula menyebutkan celaan terhadap orang yang mengajar kejahatan di mana pelakunya akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya. Dan bahagian kedua inilah yang disebut sebagai bid‟ah yang sesat seperti yang dinyatakan dalam hadis pertama. 3
  • 4. Pengertian dan pembahagian ini adalah bersumber dari sabda Rasulullah s.a.w.: "‫"يٍ أدذد فٙ أيشَا ْزا يا نٛس يُّ فٕٓ سد‬ (*2/2 Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim / Lihat Riyadhus Solihin: Bab Larangan dari perkara bid‟ah.) Maksudnya : “Barang siapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini sesuatu yang bukan darinya maka ia adalah tertolak (tidak diterima).” Dalam suatu riwayat yang lain: "‫"يٍ عًم عًال نٛس عهّٛ أيشَا فٕٓ سد‬ Maksudnya: “Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang tiada kaitan dengan ajaran kami maka ianya adalah tertolak (tidak diterima).” (*2/3 Hadis riwayat Muslim / Lihat Riyadhus Soolihin: Bab Larangan dari perkara Bid‟ah). Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengadakan-adakan amalan itu tidak terlepas dari terbahagi kepada dua keadaan: 1. Perbuatan mengada-adakan yang ditolak kerana bertentangan dengan ajaran agama seperti yang dinyatakan oleh nas hadis, dan 2. Perbuatan mengada-adakan yang boleh diterima apabila ianya menepati serta selari dengan agama. Ini diambil dari mafhum mukholafah (pemahaman bertentangan yang tersirat daripada lafaz) dari hadis nabi. Ini kerana apa yang difahami dari hadis : “Barang siapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang menepati ajaran kami maka dia adalah diterima. Dan yang dimaksudkan dengan "‫ "أمرنا‬ialah agama secara keseluruhan merangkumi ibadat dan muamalat. Yang dimaksudkan dengan lafaz "‫ "سُت‬pula ialah jalan dan cara. Ia juga meliputi urusan ibadat dan muamalat. Dari sini jelaslah bahawa apa-apa jua amalan yang diada-adakan yang bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah). Sementara apa jua amalan yang diada-adakan tetapi bercanggah dengan nas-nas agama atau 4
  • 5. kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai bid‟ah dan termasuk dalam sunnah yang tidak baik (sayyi-ah). Jelaslah di sini bahawa pembahagian bid‟ah kepada hasanah (baik) dan sayyi-ah (buruk) atau pun pembahagian bid‟ah kepada hakikiyyah dan idhafiyyah seperti mana yang dilakukan oleh Imam as-Shatibiy dalam kitab “I‟tisom” atau pembahagian bid‟ah kepada wajib, sunat, haram, makruh, dan harus seperti yang dilakukan oleh Imam al „Eiz Bin Abdus Salam di mana ianya adalah merupakan pembahagian dari sudut bahasa sahaja. Adapun dari segi syarak, setiap apa saja yang bertentangan dengan asas-asas serta perkara pokok dalam Islam, maka ia dikira sebagai bid‟ah yang sayyi-ah. Adapun apa saja yang selari dan tidak bertentangan maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah) dan diterima disudut syarak. Jenis-Jenis Ibadat Yang Datang Daripada Nabi s.a.w. Ibadat yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. terbahagi kepada dua: Pertama: Apa yang disebutkan dari Nabi s.a.w. yang terikat dengan masa, tempat, bilangan, keadaan, serta situasi tertentu. Dalam semua keadaan ini, ianya perlu dilakukan seperti mana ianya didatangkan tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan dan perubahan. Dan barang siapa yang menokok tambah serta merubah bercanggah dengan apa yang didatangkan, maka ia dianggap seorang yang melakukan perbuatan bid‟ah. Ini seperti dalam persoalan- persoalan pokok ibadat, bilangan rakaat, bilangan hari-hari puasa dan masanya, peraturan haji dan umrah, kadar-kadar pengiraan zakat, jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat, dan persoalan- persoalan yang berkait dengan akidah serta yang seumpama dengannya. Kedua: Apa yang datang dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk perintah, saranan, galakan, pesanan dan ianya tidak terikat dengan bentuk, masa, tempat, keadaan dan bilangan tertentu dan tidak terdapat di sana larangan dalam melakukannya pada sesuatu masa yang tertentu. Maka dalam hal ini, umat Islam bebas memilih masa dan tempat yang sesuai, serta situasi yang baik 5
  • 6. untuk dia melaksanakannya. Apa yang penting ialah tidak menyandarkan pilihan yang dibuatnya dalam melakukan semua ini – sama ada dari segi masa, situasi dan tempat - kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pilihan ini hanyalah diasaskan kepada satu keizinan umum yang diberikan oleh syarak. Samalah halnya seperti kita mengerjakan sembahyang sunat mutlak, puasa mutlak, zikir, pembacaan al-Quran, berdoa, berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w., memberi sedekah makanan, menyembelih seseekor binatang dengan niat bersedekah serta bertaqorrub kepada Allah dan seumpamanya. Andai kata seseorang muslim hendak mewajibkan dirinya menunaikan solat sunat dalam sesuatu masa tertentu yang bukan masa yang dilarang, maka solatnya ini tidak boleh dianggap sebagai suatu yang bid‟ah. Demikian juga jika dia membiasakan berdoa dengan doa tertentu di masa yang tertentu, atau dia membiasakan diri dengan membaca sejuzuk al-Quran setiap hari di masa-masa yang tertentu, maka yang demikian juga tidak boleh dikira sebagai perbuatan bid‟ah. Begitulah juga halnya dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. tidak dikira bid‟ah selama mana dia tidak menyandarkan apa yang dilakukannya itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya dia menyandarkan perbuatannya itu kepada Nabi Muhammad, maka ketika itu apa yang dilakukan itu menjadi bid‟ah kerana dia telah mengada-adakan sesuatu terhadap nabi dan ia juga dalam masa yang sama merupakan rekaan dan pendustaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Pengurangan Dan Penambahan Dalam Perkara Yang Telah Dihadkan Oleh Syarak Pengurangan dalam perkara yang telah ditentukan oleh syarak dalam soal ibadat-ibadat yang telah difardhukan adalah haram dan dikira sebagai bid‟ah yang merosakkan ibadat. Contohnya seperti pengurangan bilangan rakaat solat, atau hari-hari berpuasa, atau bilangan pusingan mengelilingi ka‟bah semasa tawaf, atau bilangan tempat melontar jamrah, atau mempermainkan kadar yang wajib dikeluarkan semasa berzakat serta kadar nisabnya, atau mengurangkan perkara rukun dalan sesuatu ibadat. Adapun perkara yang merupakan penambahan maka ia terbahagi kepada dua iaitu: a) Penambahan Muttasilah b) Penambahan Munfasilah 6
  • 7. Penambahan Muttasilah(bersambungan) : Penambahan yang berkait terus pada satu ibadat tertentu ia merupakan bid‟ah dan sesat seperti penambahan ruku‟, atau sujud atau penambahan satu rakaat sempurna dengan sengaja atau penambahan lafaz tertentu melebihi susunan lafaz yang telah disebutkan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w. dalam susunan lafaz azan dengan melakukan penambahan lafaz yang menjejaskan susunan asal serta gaya bahasa dan lafaz seumpama penambahan lafaz saiyidina sebelum lafaz Muhammad s.a.w. dalam masa azan. Ini kerana, ia menjejaskan lafaz asal dan gaya bahasanya seperti mana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. Jika sekiranya tidak berlaku perubahan pada gaya bahasa, dan tidak dilakukan dengan niat untuk menyempurnakan lagi ibadat dari sebarang kekurangan, tetapi hanya sekadar untuk melahirkan rasa penghormatan dan bersikap sopan – seperti menambah lafaz saiyidina sebelum menyebut lafaz Muhammad s.a.w. semasa berselawat seperti dalam selawat Ibrohimiyyah – maka ianya bukan suatu yang ditegah dan penambahan seumpama itu tidak dinamakan bid‟ah. Penambahan Munfasilah (berasingan): Penambahan yang tidak berkait terus dalam sesuatu ibadat tertentu, sama ada ia ibadah yang ditegah ataupun ibadah yang tidak ditegah. Adapun ibadah yang ditegah, maka melakukannya dianggap bid‟ah seperti mengerjakan solat sunat selepas solat subuh dan solat asar. Begitu juga jika kita mengadakan satu lagi solat fardhu selain dari solat lima waktu yang telah difardhukan tanpa ada dalil yang memfardhukannya. Manakala ibadah yang tidak ditegah, sekiranya seorang muslim melakukannya dengan keyakinan darinya bahawa ibadat yang ada tidak sempurna dan mesti disempurnakan dengan penambahan itu, maka pengerjaan amalan ini dikira sebagai bid‟ah lagi haram. Jika sekiranya dia melakukan penambahan ini dengan menganggapnya sebagai satu ibadat yang terasing dan mendapat keizinan umum dari syarak, maka ia tidaklah dikira penambahan yang ditegah selama mana dia tidak menyandarkan amalan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. 7
  • 8. Contoh penambahan ini ialah seperti menambah jumlah harta yang hendak diberi kepada golongan fakir semasa mengeluarkan zakat. Contoh lain ialah seperti mengadakan sembahyang sunat dua rakaat selepas solat fardhu dengan niat mengerjakan sembahyang sunat dan ianya dikerjakan pada masa yang bukan masa yang dilarang. Begitu juga dengan penambahan selawat kepada Nabi s.a.w. selepas sebutan zikir “"‫"انهٓى أَج انسالو ٔيُك انسالو حباسكج ٔحعانٛج ٚا را انجالل ٔاإلكشاو‬ Termasuk juga seperti penambahan bacaan zikir-zikir dan banyak doa-doa yang ma‟thur. Begitu juga dengan apa yang disebut sebelum azan dan selepasnya sebagai mengisyaratkan telah masuk waktu. Beberapa Kaedah Syarak Terdapat beberapa kaedah umum dalam Islam di antaranya: 1. ‫ ال ضشس ٔال ضشاس‬bermaksud tidak memudharatkan diri sendiri dan tidak pula boleh memudharatkan orang lain. Kaedah ini mengharamkan apa saja masalah yang membawa kepada berlakunya kemudharatan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain walaupun tidak terdapat di sana nas daripada al-Quran atau as-Sunnah. 2. "ٌٕ‫ : "ٔافعم انخٛش نعهكى حفهذ‬Ayat ini menyuruh melakukan apa saja bentuk kebaikan sama ada kepada diri sendiri atau pun kepada orang lain selagi mana tidak merupakan sesuatu yang dilarang oleh syarak dengan larangan yang khas atau perlakuan tersebut tidak membawa kepada sesuatu mafsadah atau kerosakan yang nyata pada masa akan datang. 3. Kaedah "‫ :”انضشٔسة حبٛخ انًذزٔساث‬Apa saja yang membawa kemudaratan dan bahaya akan mengharuskan perkara yang dilarang. Bermaksud apa saja yang dilarang oleh syarak diharuskan melakukannya dalam keadaan terpaksa dan mempunyai mudarat. Ini kerana terdapat beberapa hukum dalam masalah ‘dhoruroh’ (keadaan terpaksa yang mempunyai mudarat). Pengharusan ini pula dibenarkan hanya sekadar melepaskan kemudaratan dan tidak lebih dari itu. Dan ‘dhoruroh’ pula ialah suatu keadaan yang mana keselamatan manusia atau binatang atau anggota 8
  • 9. badan atau kesihatan manusia bergantung kepadanya, sekiranya jika tidak dilakukan perkara yang terlarang tersebut maka ia akan membawa kerosakan jiwa atau kebinasaan anggota tubuh badan atau membawa kepada sakit yang berpanjangan dan melambatkan proses penyembuhan. 4. ‫ .إرا حعاسض انذالل ٔانذشاو فٙ أيش سجخ انذشاو ادخٛاطا‬Maksudnya: Apabila berlakunya pertembungan di antara halal dan haram maka hukum yang diberatkan ialah hukum haram. 5. ّ‫ يا دشو أخزِ دشو إعطائ‬Maksudnya: Sesuatu yang diharamkan kita mengambilnya maka kita juga diharamkan memberinya. 6. ‫ انبُّٛ عهٗ انًذعٙ ٔانًٍٛٛ عهٗ يٍ أَكش‬Maksudnya : Keterangan pembuktian hendaklah dilakukan oleh orang yang mendakwa dan sumpah dilakukan oleh orang yang menolak dakwaan. 7. ‫ األيٕس بًقاصذْا‬Sesuatu perkara dikira berdasarkan tujuannya. 8. ‫ إعًال انكالو خٛش يٍ إًْانٓا‬Maksudnya : Beramal dengan nas-nas hukum itu lebih baik dari mengabaikannya. Sebahagian ulama‟ dan fuqaha‟ Islam telah menyusun banyak buku menyentuh persoalan kaedah-kaedah seperti Seikh I‟z Bin Salam, Ibnu Rejab Al Hambali, Ibnul Liham, AlI”laaiy, Imam Sayuti, dan Ibnu Nujaim dalam kitab al- Ashbah Wa Al- Nazoir dan ramai lagi. Kaedah-kaedah ini merupakan ciri yang melambangkan keluasan Islam dan kesempurnaannya. Berdasarkan kaedah-kaedah ini, apa saja yang berlaku sehinggalah ke hari Kiamat maka Islam akan mampu meletakkan hukuman yang tertentu kepadanya sama ada wajib, sunat, haram, makruh atau pun harus. Ini dilakukan dengan melihat kepada kelas dan kumpulan kaedah mana yang sesuai untuk hukum tersebut sekalipun nas bersikap berdiam diri tanpa menerangkan hukumnya. Kesemua kaedah-kaedah ini dikeluarkan (istinbat) sama ada dari ayat al-Quran ataupun dari sunnah Nabi Muhammad SAW. 9
  • 10. Sesuatu Yang Tidak Dilakukan Oleh Rasulullah Dan Sahabat Tidak Bermakna Tidak Syarie Jika Dilakukan Persoalan: Apabila tidak terbukti dari Nabi bahawa baginda melakukan sesutu amalan atau pun tidak terbukti adanya di kalangan para sahabat melakukan amalan tersebut dan apabila ada pula seseorang hendak melakukannya maka adakah itu dikira sebagai bid‟ah kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mahu pun para sahabat? Sesiapa yang berpandangan bahawa itu suatu yang bid‟ah maka pandangannya adalah salah dari dua sudut: Pertama: Sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh nabi tidak membawa erti bahawa perkara tersebut syarie dilakukan atau syarie meninggalkan, malah baginda membiarkan sesuatu perkara itu dalam keharusan asalnya. Sebagaimana tidak melakukan perbuatan itu tidak menjadi dalil pensyariatan hukum syarak, maka begitu juga ia tidak menjadi dalil tegahan daripada melakukannya selama mana tidak terdapat nas yang menegahnya. Setelah itu dilihat pula adakah ia termasuk di bawah mana-mana kaedah daripada kaedah- kaedah syarak boleh dikiaskan dengan sesuatu yang ada sandaran nas untuk membolehkan kita menghukumnya sebagai syarie atau pun sebaliknya. Jika ia termasuk dalam perkara yang ditolak oleh kaedah syarak atau bertentangan dengan nas maka ketika itu kita akan mengatakan ianya sebagai bid‟ah. Kedua: Pandangan yang menyebutkan: “Kalau perkara ini baik dan dibolehkan maka sudah tentu mereka yang dahulu dan jauh lebih baik dari kita akan melakukannya” merupakan pandangan yang menjadikan syariat Islam jumud dan kaku serta membataskan kesyumulan Islam kepada perkara yang hanya berlaku di kurun yang pertama di kalangan umat Islam sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. 10
  • 11. Sesungguhnya syariat Islam tidak pernah lemah dalam memberikan pandangan dan hukumnya terhadap setiap amalan yang dilakukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah dan asas- asas yang terdapat dalam Islam sama ada amalan tersebut termasuk dalam bab muamalat atau pada sesetengah bab ibadat yang tiada penetapan dan pembatasan tertentu di sudut syarak. * Artikel ini merupakan sedutan dari kertas yang dibentangkan dalam Seminar Pemurnian Akidah 2010 anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 11