SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
SURUHANJAYA BAHASA NEGARA!

APAKAH Malaysia mempunyai satu Dasar Bahasa Negara? Jawapannya: Ya dan benar! Perkara
152 (1) Perlembagaan Persekutuan mengkanunkan “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu
dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-
undang oleh Parlimen” dan Perkara 152 (6) menegaskan “Dalam Perkara ini,

maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.” Fungsi
Bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, disemak 1971.

Daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan fungsi
bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain. Undang-undang tertinggi Malaysia itu
menetapkan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; Bahasa
Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan
Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dan rakyat Malaysia tidak dilarang
menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain.

Persoalan semasa sekarang di Malaysia ialah keperlahanan pelbagai sektor, awam dan swasta
bagi melaksanakan tanggung jawab dan usaha ke arah mencapai matlamat strategik,
memperkukuh fungsi utama bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Bahasa Melayu bukan satu
bahasa yang kecil, tetapi peranan besarnya itu agak tidak menentu mulai pertengahan dekad
1990-an.

Apabila memasuki abad ke-21 bahasa Melayu menerima cabaran baru, berada di persimpangan
jalan persepsi antara zaman globalisasi dan pengaruh liberalisasi. Bahasa Inggeris dianggap
satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan, tanpa mengakuri bagaimana Jepun, Korea,
Perancis dan Jerman maju. Lebih-lebih lagi kemajuan dikatakan sepenuhnya ditentukan sains
dan teknologi yang pula disinonimkan dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Kepemimpinan politik, organisasi industri, ekonomi dan dagang bagaikan hilang keyakinan
terhadap kemampuan bahasa negara sendiri untuk berada di arus perdana kemajuan itu. Ada
semacam kegagalan memahami fungsi lokal dan global, kepentingan jati diri, bahasa sebagai
asas pembinaan tamadun bangsa dan bahasa dalam sistem pendidikan atau dalam sistem-sistem
lain.

Senario baru menunjukkan penegasan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara semakin malap. Wujud keserongan persepsi yang beredar di fikiran politik.

Kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1996 menunjukkan ‘bahawa bahasa kebangsaan belum
dapat digunakan dengan meluas atau tidak memainkan peranan yang utama sebagai bahasa
komunikasi bagi urusan komersial dan perdagangan dalam negeri, industri, sains dan teknologi,
dan urusan-urusan dalam negeri yang lain.
Tempat bahasa Melayu itu diambil oleh bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.
Malah, kualiti bahasa Melayu didapati merosot, terutama sekali apabila bahasa Melayu
digunakan secara bercampur aduk dengan bahasa Inggeris’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Tahun Baru 2011, menyeru
rakyat, “Janganlah kita hanya berpuas hati dan berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian,
tetapi marilah kita corakkan masa depan generasi hari ini.” Apakah natijah yang boleh digarap
dan diaplikasikan dari kenyataan seorang ketua kerajaan kepada situasi bahasa di Malaysia?

Maknanya semua orang tidak harus berpuas hati dan berpeluk tubuh menjadi pengkritik di
tepian apabila melihat bahasa sebagai asas peradaban bangsa kian terpinggir dan dipinggirkan.
Mereka yang berkuasa di peringkat Kerajaan Pusat, negeri, badan berkanun, syarikat rangkaian
kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan dan organisasi swasta semestinya mengembalikan
semula keyakinan bahawa bahasa kebangsaan itulah bahasa pembangunan negara dan
pembinaan bangsa, bahasa yang menyatupadukan rakyat negara ini.

Apakah tidak ada kemungkinan diwujudkan sebuah Suruhanjaya Bahasa Negara (SBN)? Peranan
dan fungsi DBP boleh diserapkan dengan diberikan peranan dan fungsi yang lebih luas.
Cadangan ini telah saya sebut semasa Forum Wacana Bahasa Melayu, di Kangar pada 20 Januari
2011 dan terbaharu diulangi pada Hari Pejuang Bahasa 152 di Kuching, Sarawak pada 16
Februari, semasa saya menyampaikan ucap utama.

Sebuah suruhanjaya boleh bertindak melalui ‘kuasa’, ‘kuat kuasa’ dan ‘penguatkuasaan’ undang-
undang menyelesaikan masalah pelaksanaan bahasa Melayu yang belum tercapai sepenuhnya
sebagai bahasa rasmi.

SBN diberikan kuasa memantau bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi dan bercitra Malaysia
atau sebagai bahasa pengantar pendidikan kerana ada masalah di sektor institusi pendidikan
swasta.

Badan ini juga boleh menggerakkan perluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
ekonomi, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan kewangan atau meningkatkan prestasi
bahasa Melayu sebagai bahasa penyelidikan, penciptaan dan pembangunan sains dan teknologi
dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam amalan industri (kecuali IKS) dan bidang
profesional (perubatan, kejuruteraan, kepeguaman, kewangan dan seumpamanya).

Penegasan semula pelaksanaan Dasar Bahasa Negara hendaklah dikenakan segera kepada
semua jabatan sektor awam, sektor swasta dan organisasi umum.

Apakah senario kemerosotan bahasa Melayu itu disebabkan kelemahan bahasa itu atau
kemahuan politik (political will) yang lemah? Apakah disebabkan gelombang bahasa Inggeris
terlalu besar sehingga kita ikut berasa cemas dan bimbang. Apakah sesudah melangkahi garis
lebih setengah abad kemerdekaan, bangsa Malaysia masih terkapai-kapai dihanyutkan
gelombang sikap dan tabiat ‘tidak apa’?
Tabiat negatif terhadap bahasa Melayu ini akan mengakibatkan kesan yang lebih parah lagi
dalam tempoh jangka panjang. Apakah kita rela menyaksikan anak cucu kita puluhan tahun akan
datang luntur jati diri dan kehilangan keperibadian bangsa Malaysia? Mungkin kehidupan
budaya nasional atau tempatan beralih secara ala Amerika (Anglo American atau Anglo Saxon)
dengan nilai budaya, rasa dan selera budaya yang asing sama sekali!

Kita tahu dunia satu bahasa (monolingual) sudah tiada lagi. Rakyat Malaysia tahu keperluan
menguasai bahasa-bahasa asing utama yang lain itu dengan baik. Cuma yang mana dijunjung,
yang mana dikelek. Rasanya kini ‘Penegasan Semula Dasar Bahasa Negara’ memerlukan
‘Gerakan Baru’.

Sentuhan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dinantikan. Kita mahu berpegang kepada
matlamat untuk memperkukuh status dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa negara, bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi supaya dapat menjadi asas bagi pembinaan tamadun negara
bangsa Malaysia dalam abad ke-21 ini.

Malaysia memerlukan perancangan strategik bahasa bagi penyelesaian masalah pembangunan,
pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa negara menjelang tahun 2020.
Bahasa Melayu itu sudah berada di martabatnya, boleh diperkasakan dengan melihat masalah-
masalah utama, mengkaji isu-isunya dan menetapkan dasar penggunaan bahasa kebangsaan
untuk semua sektor selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bermula dalam
Rancangan Malaysia (RMK-10) 2011-2015 sekarang ini.

Datuk A Aziz Deraman ialah bekas Ketua Pengarah DBP 1994-2004/bekas Ketua Pengarah
Kebudayaan 1981-1989 dan kini Ahli Jawatankuasa Gapena

Sumber: Utusan Malaysia, 21 Februari 2011

More Related Content

What's hot

Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahSuhaida Anior
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaRasit Masrii
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuKelvin WC
 
Bahasa melayu komunikasi
Bahasa melayu komunikasiBahasa melayu komunikasi
Bahasa melayu komunikasiFoo Huihua
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOzaidinajihah05
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
Modul spm
Modul spmModul spm
Modul spmKPM
 
Badan bertindak bahasa kebangsaan
Badan bertindak bahasa kebangsaanBadan bertindak bahasa kebangsaan
Badan bertindak bahasa kebangsaanaisya97
 
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISKarangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISUTM, MALAYSIA
 
Analisis wacana - bahasa melayu
Analisis wacana - bahasa melayuAnalisis wacana - bahasa melayu
Analisis wacana - bahasa melayuAhmad NazRi
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Muhammad Amirul
 

What's hot (15)

Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semulaPenggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
Penggunaan bahasa dalam sektor awam satu penilaian semula
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Bahasa melayu komunikasi
Bahasa melayu komunikasiBahasa melayu komunikasi
Bahasa melayu komunikasi
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCO
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
Modul spm
Modul spmModul spm
Modul spm
 
Ucapan aluan
Ucapan aluanUcapan aluan
Ucapan aluan
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
Badan bertindak bahasa kebangsaan
Badan bertindak bahasa kebangsaanBadan bertindak bahasa kebangsaan
Badan bertindak bahasa kebangsaan
 
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISKarangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
 
Analisis wacana - bahasa melayu
Analisis wacana - bahasa melayuAnalisis wacana - bahasa melayu
Analisis wacana - bahasa melayu
 
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
 

Similar to Suruhanjaya bahasa negara

WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptEwei Voon
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaAnua Haris
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Fazila Latiff
 
Implikasi dasar perpaduan
Implikasi dasar perpaduanImplikasi dasar perpaduan
Implikasi dasar perpaduanlindaishak
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996Tan C.EAN
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1NikHaris1
 

Similar to Suruhanjaya bahasa negara (20)

MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
 
Ucapan aluan
Ucapan aluanUcapan aluan
Ucapan aluan
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsa
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
TEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docxTEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docx
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Presentation mlysian studies
Presentation mlysian studiesPresentation mlysian studies
Presentation mlysian studies
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200
 
Implikasi dasar perpaduan
Implikasi dasar perpaduanImplikasi dasar perpaduan
Implikasi dasar perpaduan
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 

Recently uploaded

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Recently uploaded (12)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Suruhanjaya bahasa negara

  • 1. SURUHANJAYA BAHASA NEGARA! APAKAH Malaysia mempunyai satu Dasar Bahasa Negara? Jawapannya: Ya dan benar! Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan mengkanunkan “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang- undang oleh Parlimen” dan Perkara 152 (6) menegaskan “Dalam Perkara ini, maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.” Fungsi Bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, disemak 1971. Daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain. Undang-undang tertinggi Malaysia itu menetapkan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dan rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain. Persoalan semasa sekarang di Malaysia ialah keperlahanan pelbagai sektor, awam dan swasta bagi melaksanakan tanggung jawab dan usaha ke arah mencapai matlamat strategik, memperkukuh fungsi utama bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Bahasa Melayu bukan satu bahasa yang kecil, tetapi peranan besarnya itu agak tidak menentu mulai pertengahan dekad 1990-an. Apabila memasuki abad ke-21 bahasa Melayu menerima cabaran baru, berada di persimpangan jalan persepsi antara zaman globalisasi dan pengaruh liberalisasi. Bahasa Inggeris dianggap satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan, tanpa mengakuri bagaimana Jepun, Korea, Perancis dan Jerman maju. Lebih-lebih lagi kemajuan dikatakan sepenuhnya ditentukan sains dan teknologi yang pula disinonimkan dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Kepemimpinan politik, organisasi industri, ekonomi dan dagang bagaikan hilang keyakinan terhadap kemampuan bahasa negara sendiri untuk berada di arus perdana kemajuan itu. Ada semacam kegagalan memahami fungsi lokal dan global, kepentingan jati diri, bahasa sebagai asas pembinaan tamadun bangsa dan bahasa dalam sistem pendidikan atau dalam sistem-sistem lain. Senario baru menunjukkan penegasan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara semakin malap. Wujud keserongan persepsi yang beredar di fikiran politik. Kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1996 menunjukkan ‘bahawa bahasa kebangsaan belum dapat digunakan dengan meluas atau tidak memainkan peranan yang utama sebagai bahasa komunikasi bagi urusan komersial dan perdagangan dalam negeri, industri, sains dan teknologi, dan urusan-urusan dalam negeri yang lain.
  • 2. Tempat bahasa Melayu itu diambil oleh bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Malah, kualiti bahasa Melayu didapati merosot, terutama sekali apabila bahasa Melayu digunakan secara bercampur aduk dengan bahasa Inggeris’. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Tahun Baru 2011, menyeru rakyat, “Janganlah kita hanya berpuas hati dan berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian, tetapi marilah kita corakkan masa depan generasi hari ini.” Apakah natijah yang boleh digarap dan diaplikasikan dari kenyataan seorang ketua kerajaan kepada situasi bahasa di Malaysia? Maknanya semua orang tidak harus berpuas hati dan berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian apabila melihat bahasa sebagai asas peradaban bangsa kian terpinggir dan dipinggirkan. Mereka yang berkuasa di peringkat Kerajaan Pusat, negeri, badan berkanun, syarikat rangkaian kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan dan organisasi swasta semestinya mengembalikan semula keyakinan bahawa bahasa kebangsaan itulah bahasa pembangunan negara dan pembinaan bangsa, bahasa yang menyatupadukan rakyat negara ini. Apakah tidak ada kemungkinan diwujudkan sebuah Suruhanjaya Bahasa Negara (SBN)? Peranan dan fungsi DBP boleh diserapkan dengan diberikan peranan dan fungsi yang lebih luas. Cadangan ini telah saya sebut semasa Forum Wacana Bahasa Melayu, di Kangar pada 20 Januari 2011 dan terbaharu diulangi pada Hari Pejuang Bahasa 152 di Kuching, Sarawak pada 16 Februari, semasa saya menyampaikan ucap utama. Sebuah suruhanjaya boleh bertindak melalui ‘kuasa’, ‘kuat kuasa’ dan ‘penguatkuasaan’ undang- undang menyelesaikan masalah pelaksanaan bahasa Melayu yang belum tercapai sepenuhnya sebagai bahasa rasmi. SBN diberikan kuasa memantau bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi dan bercitra Malaysia atau sebagai bahasa pengantar pendidikan kerana ada masalah di sektor institusi pendidikan swasta. Badan ini juga boleh menggerakkan perluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan kewangan atau meningkatkan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa penyelidikan, penciptaan dan pembangunan sains dan teknologi dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam amalan industri (kecuali IKS) dan bidang profesional (perubatan, kejuruteraan, kepeguaman, kewangan dan seumpamanya). Penegasan semula pelaksanaan Dasar Bahasa Negara hendaklah dikenakan segera kepada semua jabatan sektor awam, sektor swasta dan organisasi umum. Apakah senario kemerosotan bahasa Melayu itu disebabkan kelemahan bahasa itu atau kemahuan politik (political will) yang lemah? Apakah disebabkan gelombang bahasa Inggeris terlalu besar sehingga kita ikut berasa cemas dan bimbang. Apakah sesudah melangkahi garis lebih setengah abad kemerdekaan, bangsa Malaysia masih terkapai-kapai dihanyutkan gelombang sikap dan tabiat ‘tidak apa’?
  • 3. Tabiat negatif terhadap bahasa Melayu ini akan mengakibatkan kesan yang lebih parah lagi dalam tempoh jangka panjang. Apakah kita rela menyaksikan anak cucu kita puluhan tahun akan datang luntur jati diri dan kehilangan keperibadian bangsa Malaysia? Mungkin kehidupan budaya nasional atau tempatan beralih secara ala Amerika (Anglo American atau Anglo Saxon) dengan nilai budaya, rasa dan selera budaya yang asing sama sekali! Kita tahu dunia satu bahasa (monolingual) sudah tiada lagi. Rakyat Malaysia tahu keperluan menguasai bahasa-bahasa asing utama yang lain itu dengan baik. Cuma yang mana dijunjung, yang mana dikelek. Rasanya kini ‘Penegasan Semula Dasar Bahasa Negara’ memerlukan ‘Gerakan Baru’. Sentuhan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dinantikan. Kita mahu berpegang kepada matlamat untuk memperkukuh status dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa negara, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi supaya dapat menjadi asas bagi pembinaan tamadun negara bangsa Malaysia dalam abad ke-21 ini. Malaysia memerlukan perancangan strategik bahasa bagi penyelesaian masalah pembangunan, pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa negara menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu itu sudah berada di martabatnya, boleh diperkasakan dengan melihat masalah- masalah utama, mengkaji isu-isunya dan menetapkan dasar penggunaan bahasa kebangsaan untuk semua sektor selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bermula dalam Rancangan Malaysia (RMK-10) 2011-2015 sekarang ini. Datuk A Aziz Deraman ialah bekas Ketua Pengarah DBP 1994-2004/bekas Ketua Pengarah Kebudayaan 1981-1989 dan kini Ahli Jawatankuasa Gapena Sumber: Utusan Malaysia, 21 Februari 2011