SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN NASIONAL
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi
Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-
guru, rakan - rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.
Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Bahasa
Melayu Pemangkin Perpaduan Nasional Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita
juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.
Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas,
bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula
bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk
perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk
menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di
dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang
dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya
lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.
Hadirin Sekalian,
Bahasa Melayu merupakan asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting
menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya
Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam
Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa
sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun
peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu
yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian,
dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh
untuk membina sebuah negara.
Seterusnya, Bahasa Melayu adalah lambang jati diri. Bahasa Melayu mempunyai
lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu.
Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah
dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan
kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun
dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara
Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu
memainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia di persada dunia. Dengan
hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa
Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang
digariskan dalam Wawasan 2020.
Hadirin Sekalian,
Selain itu, Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan
sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan
negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini,
terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu
merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima
puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah
bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini
wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama
dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang
berbilang kaum.
Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai
hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka
berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah
berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang
dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk
menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian,
penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila
mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada
antarabangsa.
HadirinSekalian,
Tidak dapat dinafikan bahawasanya Bahasa Melayu juga memainkan peranan
sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara
bangsanya. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai
wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya.
Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan
pengguna bahasa yang berkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih
banyak kumpulan penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu
dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan
professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah,
dan ahli masyarakat. Kehadiran kumpulan ini dapat mengembangkan bahasa itu
dengan terancang, meliputi pelbagai bidang. Contonya, jika ahli politik dan ahli
profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa
Melayu, bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah
Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan
sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan
universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya
DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah
Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.
Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang standard
dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk
semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu,
tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain
dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan.
Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku
dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.
Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan
yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar
sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu
mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.
Hadirin Sekalian,
Dunia semakin berkembang, masyarakatnya semakin maju dan berpengetahuan,
maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu. Sejak dahulu Bahasa Melayu
dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi, kepada
kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia
diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum
lain.
Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana
pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-
masing akan menerima nasib malang.
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan
Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh
digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak
akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.
Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987
membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa
ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan
kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.
Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis
(PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini
membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan
oleh sesiapa sahaja.
Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan
melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga
mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa
Hadirin Sekalian,
Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan
teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap
keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris
dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah
bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa
Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan
tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya.
Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara
akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan
Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan Bahasa
Melayu atau Bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing
dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan
dasar pendidikan Negara.
Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap
kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan
pidato tadi. Terima Kasih.

More Related Content

What's hot (20)

Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Teks timbalan perdana menteri
Teks timbalan perdana menteriTeks timbalan perdana menteri
Teks timbalan perdana menteri
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Maksud logo dan bendera krs
Maksud logo dan bendera krsMaksud logo dan bendera krs
Maksud logo dan bendera krs
 
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Sajak dirgahayu bahasaku
Sajak dirgahayu bahasakuSajak dirgahayu bahasaku
Sajak dirgahayu bahasaku
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 

Viewers also liked (20)

Teks syarahan
Teks syarahanTeks syarahan
Teks syarahan
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimananSyarahan: kebersihan lambang keimanan
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
 
Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
Teks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integritiTeks pidato minggu integriti
Teks pidato minggu integriti
 
KARANGAN SYARAHAN
KARANGAN SYARAHANKARANGAN SYARAHAN
KARANGAN SYARAHAN
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilang
 
Kertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaKertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato diraja
 
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaanBahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
 
Pertandingan bercerita
Pertandingan berceritaPertandingan bercerita
Pertandingan bercerita
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
Pantun Muafakat
Pantun MuafakatPantun Muafakat
Pantun Muafakat
 
Pidato tua&muda
Pidato tua&mudaPidato tua&muda
Pidato tua&muda
 
2.2 patriotisme melalui sukan
2.2 patriotisme melalui sukan2.2 patriotisme melalui sukan
2.2 patriotisme melalui sukan
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
 

Similar to Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional

Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Siew Hong Ting
 
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISKarangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
UTM, MALAYSIA
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Rasit Masrii
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsa
Anua Haris
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
Yahya Othman
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
Hendon Ramlan
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysiaHbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Aku Tetap Beli Ori
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
Norhayati Muhamad
 

Similar to Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional (20)

Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967Kesimpulan akta kebangsaan 1967
Kesimpulan akta kebangsaan 1967
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
TEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docxTEKS PIDATO.docx
TEKS PIDATO.docx
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Polisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCOPolisi Bahasa Global UNESCO
Polisi Bahasa Global UNESCO
 
Ucapan perasmian
Ucapan perasmianUcapan perasmian
Ucapan perasmian
 
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERISKarangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
Karangan bahasa melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASA BAHASA INGGERIS
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan AntarabangsaIsu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Peringkat Serantau dan Antarabangsa
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsa
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysiaHbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
 
Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 

Recently uploaded (7)

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 

Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional

  • 1. BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN NASIONAL Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru- guru, rakan - rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Bahasa Melayu Pemangkin Perpaduan Nasional Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Hadirin Sekalian, Bahasa Melayu merupakan asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Seterusnya, Bahasa Melayu adalah lambang jati diri. Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
  • 2. Hadirin Sekalian, Selain itu, Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum. Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa. HadirinSekalian, Tidak dapat dinafikan bahawasanya Bahasa Melayu juga memainkan peranan sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang berkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ahli masyarakat. Kehadiran kumpulan ini dapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbagai bidang. Contonya, jika ahli politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya. Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya
  • 3. DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain. Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. Hadirin Sekalian, Dunia semakin berkembang, masyarakatnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu. Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi, kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing- masing akan menerima nasib malang. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain. Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa
  • 4. Hadirin Sekalian, Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Terima Kasih.