Hbml4403 700711135161 as1 bahasa melayu sebagai wahana penyatuan bangsa malaysia
1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
________________________________________________________________________
SEMESTER JANUARI 2011
HBML4403
KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU
SOALAN 1
Rencana: Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia
NO. MATRIKULASI : 700711135161002
NO. KAD PENGNEALAN : 700711135161
NO. TELEFON : 0138100780
E-MEL : atbo@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN
SARAWAK
2. HBML 4403
________________________________________________________________________
1
ABSTRAK
BahasaMelayudiangkatmartabatnyasebagaiBahasaKebangsaanketikanegarakitabarusah
ajamenghirupnafaskemerdekaan. Negara yang
barutumbuhinidikatakantidakakanbertahan lama
memandangkanrakyatnyaterdiridaripadapelbagaikaum. Pucukpimpinannegara yang
diterajuiolehTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ketikaituamatmemahamibahawaperpaduanyang
eratdapatmenjaditonggakkesejahteraannegarapelbagaikaumini.Justeru,
pelbagaiinisiatifdiambiluntukmengeratkanperpaduanantarakaum demi
menegakkansebuahnegara yang kukuhdanprogresif.Antaranya,
kerajaanmemartabatkanbahasaMelayusebagaiBahasaRasmidanBahasaKebangsaan.Ren
canainimengupasperananbahasaMelayuyang sejaksekian lama membinabatuasas,
menyusunkerangkadanmengisisetiapronggasebuahperpaduanbangsa di sebuahnegara
yang bernama
Malaysia.RencanainiditulisuntukdimuatkankedalamRuanganNadiBangsadalammajalahb
ulananPelitaBahasa, terbitanDewanBahasadanPustaka.
3. HBML 4403
________________________________________________________________________
2
Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia
Oleh: Abdul Talip Bin Ochar
Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita, Malaysia
sebaik sahaja negara kita menghirup udara kemerdekaan. Hal ini bererti bahasa Melayu
telah mengalami anjakan taraf daripada bahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada
bahasa kebangsaan negara Malaysia. Menurut Hassan Ahmad (2007), perubahan taraf ini,
seperti yang diisytiharkan dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik
yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagai bahasa seperti Malaysia.
Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa Melayu sahaja, tetapi lebih penting lagi, bahasa
Melayu diberikan fungsi dan nilai baharu, iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan
negara, merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain.
Berapa keratkah antara kita tahu bahawa bahasa Melayu merupakansatu bahasa
penting di rantau Kepulauan Melayu suatu ketika dulu?Bahasa Melayu bukan sahaja
dipertuturkan oleh jutaan penduduk di rantau inimalah bahasa Melayu pernah melalui
sejarah hidup yang panjang sejakkehadirannya puluhan abad lalu.Bahasa Melayu purba
dikatakan sudah wujud di Champa pada abadke-2 Masehi dan terus berkembang pesat.
Pada abad ke-4Masehi, beberapa prasasti atau batu bersurat dalam bahasa Melayukuno
ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Tourane, Vietnam danbeberapa prasasti lagi ditemui di
Sumatera, Jawa, Seberang Perai,Kedah, selatan Thailand, Filipina, Vietnam dan
Kalimantan padaabad ketujuh. Penemuan prasasti bertarikh 1303Masehi di Kuala
Berang,Terengganu dengan bentuk tulisan Melayu-Jawi serta kata-katapinjaman bahasa
Arab menandakan tahap baru dalam sejarahperkembangan bahasa Melayu. Ini disusuli
penemuan prasastiantara abad ke-14 hingga abad ke-18 di Pangkalan Kempas, Negeri
Sembilan;Pahang; Perak; Kelantan; Kedah; Sumatera; Brunei dan Kalimantanserta
manuskrip pada kulit kambing, gading, kulit kayu, kain danjuga kertas.
4. HBML 4403
________________________________________________________________________
3
Bermula awal abad ke-19, orang Barat datang membawa bersamapengaruh bahasa
mereka dan teknologi moden seperti mesinpencetak dan kapal api. Dasar mereka juga
menyaksikanpembukaan banyak sekolah Melayu dan peluang pembelajaranlebih meluas
kepada penduduk tempatan.Penerbitan pesat buku, akhbar dan majalah berbahasa
Melayudengan tulisan jawi dan rumi di Semenanjung Tanah Melayu,Indonesia dan
Singapura menyumbang kepada bahasa Melayumenjadi bahasa ilmu. Bahasa
Melayumula mencapai tahap bahasamoden dengan perbendaharaan kata, istilah dan gaya
penulisanbaru. Bahasa Melayu dikatakan bertapak kukuh pada abad ini.
Sejak sebelum penjajahan British, bahasa Melayu sudah mencapaikedudukan
penting dengan berfungsi sebagai bahasa perantaraan,perhubungan, pentadbiran,
perundangan dan kesusasteraan.Seawal abad ke-16 hingga ke-18, bahasa Melayu menjadi
bahasa linguafrancadi seluruh rantau Kepulauan Melayu. Profesor Ismail Husseindalam
bukunya Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita,berkata bahasa Melayu adalah
satu daripada 200 bahasa dalamKepulauan Melayu.Kesederhanaan sifat dan bentuk
bahasa Melayu itu menjadikannyamudah diterima sehingga menjadi bahasa perantaraan
yangpopular dan penting di rantau Kepulauan Melayu. Walaupunpelbagai ragam, dialek
dan bahasa daerah digunakan olehmasyarakat setempat apabila berhubung sesama
mereka, namunapabila ada keperluan berhubung dengan orang luar, satu bahasaumum
digunakan, iaitu bahasa Melayu.
Ada pihak beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan
sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara, tetapi hanya sebagai „lambang negara‟
atau sebagai „alat perpaduan bangsa atau etnik‟. Anggapan ini tidak benar, kerana bahasa
kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui
oleh sebilangan kecil penduduk dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
sesebuah negara. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf oleh undang-undang atau
dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu, nilainya nanti tidak lebih hanya
sebagai „bahasa simbolik‟ tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa
dan negara. Misalnya, di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan negara itu, tetapi peranan bahasa Melayu hanya sebagai lambang yang tidak
mempunyai apa-apa fungsi pembangunan. Hakikat yang nyata, bahasa ini tidak
5. HBML 4403
________________________________________________________________________
4
digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu, misalnya dalam bidang ekonomi,
pendidikan, teknologi dan sebagainya.
Lain halnya di Indonesia, bahasa Indonesia (bahasa Melayu juga) ialah bahasa
pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. Nilai atau fungsi bahasa
Indonesia sebagai bahasa nasional (bahasa kebangsaan), atau sebagai bahasa perpaduan
rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagai bahasa urusan
kerajaan (bahasa pengantar rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara
itu seluruhnya. Beginilah martabat yang seharusnya dimiliki oleh sesuatu bahasa
kebangsaan.Beginilah darjat yang seharusnya diduduki oleh bahasa Melayu di negara kita
ini.Bagaimanapun, di Malaysia, nampaknya hal yang sedemikan tidak berlaku.
Sebaliknya, kedudukan dan fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses
pembangunan negara. Penggunaan bahasa kebangsaan nampaknya terhad dalam skop
urusan rasmi kerajaan sahaja. Fungsi atau kegunaan bahasa Melayu tidak tersebar luas
dalam sektor pembangunan ekonomi, perniagaan dan teknologi negara, terutama yang
dikuasai sektor swasta.
Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara,
dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum.
Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen
dan emosi, tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu
untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa
kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita? Alasan yang paling kuat ialah,
bahasa Melayu mempunyai nilai tambah yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada
bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini
merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai
peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan
lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Sebagai
contoh, jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu,
pasti tiada siapa (kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya.
Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan
memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau
bahasa Mandarin atau Tamil. Situasi ini dapat menjadi contoh (dan banyak contoh lain)
6. HBML 4403
________________________________________________________________________
5
yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang luas ini
tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain di Malaysia.
Jika kita menyingkap sejarah pascamerdekanegara kita, keadaan tegang dan
kritikal pernah dialami oleh negara Malaysia. Keadaan ini yang dikatakan sebagai satu
titik hitam negara kita telah berlaku pada tahun 1969. Pergaduhan antara kaum yang
tercetus pada 13 Mei 1969, iaitu hanya sekitar enam tahun selepas penubuhan Malaysia,
telah menagih sesuatu senjata yang ampuh bagi menyatupadukan semula rakyat Malaysia
yang berbilang kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berbeza, dan juga
mempunyai bahasa ibunda yang berbeza. Untuk memaksa atau mendorong rakyat
Malaysia mengamalkan satu agama atau satu budaya yang sama adalah mutahil kerana
langkah berkenaan hanya akan ditanggapi sebagai usaha untuk meghapuskan identiti
kaum-kaum yang tertentu. Sebaliknya, untuk mendorong rakyat Malaysia menerima dan
meggunakan satu bahasa yang sama sebagai alat komunikasi adalah tidak mustahil,
walaupun berkemungkinan menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan. Bahasa
ditanggapi sebagai lebih bersifat universal atau sejagat berbanding dengan agama dan
budaya. Bahasa Melayu diangkat sebagai penawar kepada masalah perkauman yang lebih
parah pada masa depan.
Atas sebab-sebab ini, wujudlah Bahasa Malaysia pada tahun 1969 yang bakal
berfungsi sebagai satu mekanisma politik, iaitu sebagai Bahasa Kebangsaan negara
Malaysia. Asmah (1978:1) telah menerangkan sebab-sebab Malaysia memerlukan
Bahasa Kebangsaan yang ditukarkan namanya daripada bahasa Melayu kepada Bahasa
Malaysia yang bakal berfungsi sebagai alat penyatuan rakyat. Menurut Asmah,
“Kekacauan yang berlaku pada 13 Mei 1969 memahkotakan segala pergaduhan yang
pernah berlaku. Dan salah satu dari perkara sensitif itu adalah bahasa. Rakyat didorong
supaya menerima kenyataan bahawa Bahasa Malaysia ialah Bahasa Kebangsaan”.
Pandangan di atas jelas memperlihatkan bahawa penukaran nama bahasa Melayu kepada
Bahasa Malaysia adalah atas tujuan politik yang amat mendesak, iaitu untuk
menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang telah berpecah yang berpunca daripada
pelbagai perbezaan, dan salah satu yang utama adalah perbezaan bahasa.
7. HBML 4403
________________________________________________________________________
6
Oleh sebab Bahasa Malaysia berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan,
wujudandaian bahawa Bahasa Malaysia ialah bahasa yang tidak dihubungkan dengan
budaya mana-mana bangsa yang tertentu agar dapat diterima dan ditanggapi oleh
pelbagai golongan rakyat Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan mereka. Semasa
mengungkapkan kembali tentang kewujudan sebuah bahasa yang dipersepsikan sebagai
tidak dikaitkan dengan identiti mana-mana bangsa. Asmah (1987:75) mengatakan
bahawa boleh jadi dalam pemikiran dan perasaan mereka [yang bukan Melayu] Bahasa
Kebangsaan atau bahasa Melayu menjadikan mereka beridentiti Melayu. Pertukaran
nama bahasa ini pada tahun 1969 kepada „bahasa Malaysia‟ (lebih kemalaysiaan)
berbanding dengan „bahasa Melayu‟ (atau Melayu), adalah dimotivasikan oleh keinginan
untuk menukar sikap tertentu ini.
Apa yang jelas daripada huraian di atas adalah penukaran nama bahasa Melayu ke
Bahasa Malaysia bukanlah didorong oleh faktor linguistik tetapi semata-mata untuk
tujuan politik kebangsaan. Dengan kata lain, langkah tersebutdilaksanakandemi
memungkinkan bahasa Melayu berfungsi dengan lebih efektif sebagai bahasa penyatuan
antara kaum. Penukaran nama ini mewujudkan satu perasaan keserupaan, iaitu memiliki
Bahasa Kebangsaan yang serupa, iaitu Bahasa Malaysia.Di samping rasa penyatuan yang
terbit daripada rasa keserupaan itu, wujud juga rasa keterpisahan, iaitu perasaan bahawa
kita semua rakyat sebuah negara yang sama, dan kita wujud sebagai sebuah entiti yang
berlainan daripada rakyat negara lain. Dengan perkataan lain, wujud citra bahawa kita
ialah entiti politik yang satu dan terpisah daripada entiti politik yang lain. Dengan
demikian, rakyat Malaysia dapat memberikan kesetiaan hanya kepada sebuah negara,
iaitu Malaysia. Kita tidak akan mengkhianati negara ini dengan mengutamakan negara
lain. Kita rakyat Malaysia, dan kita wujud sebagai sebuah entiti politik yang berlainan
dan terpisah daripada entiti di luar Malaysia. Rasa keterpisahan ini mewujudkan
semangat atau citra „di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung‟.
Satu persoalan yang sering ditanya dan dibahaskan adalah mengapa penutur
Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu harus dibezakan statusnya, iaitu ada yang
menuturkannya sebagai bahasa ibunda, bahasa kedua dan juga sebagai penutur bahasa
asing. Tidakkah status bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan mampu
menyamatarafkan status penuturnya? Bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak
8. HBML 4403
________________________________________________________________________
7
ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri, bukan baru sekarang ini. Sebagaimana yang
kita tahu, bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun
tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Hakikat bahawa bahasa
Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Indonesia (tidak
bahasa-bahasa lain, misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya)
membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. Sifat ini tidak ada pada
bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain di Malaysia atau bahasa-bahasa lain di rantau
nusantara ini.
Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta
Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan
fungsi bahasa Melayu itu. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang
bukan Melayu makin cekap berbahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu yang betul,
daripada orang Melayu sendiri. Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan
dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu, maka kita dapat berkata bahawa bahasa
Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas
sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara. Strategi dan matlamat ini jauh lebih
penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk „menyatupadukan‟ penduduk
pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu.
Objektif untuk perpaduan tercapai melalui bahasa Melayu sebagai pengantar di
sekolah-sekolah. LaporanRazakdandiikutiPenyataRahmanTalib 1960
menegaskanbahawabahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaanuntukmenyatupadukanrakyatberanekarupadanpemikiran. Penggunaanbahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar
secaralangsungberkaitrapatdenganusahapembinaannegara.Bahasa Melayu
digunakandalamkonteksuntukmembantu perpaduan kebangsaandanmenjadiwahana yang
berkesanuntukkomunikasipelbagaikumpulanetnikdanmasyarakatpelbagaidialek.Selainitu,
bahasa Melayu jugadapatmembantupembentukanjatidiribangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa komunikasi yang mudahdifahami.Penggunaanbahasa
Melayutidakmenimbulkanisupenghapusanpenggunaanbahasa Cinadanbahasa Tamil
untukmemelihara perpaduan kaum.Hanya di
9. HBML 4403
________________________________________________________________________
8
sekolahmenengahkebangsaansahajapenggunaan bahasa Melayu
dipraktikandengantujuanmemupuk perpaduan antarakaum.
SufeanHussin(1993) menegaskanbahawapenggunaanbahasa
Melayumampumewujudkanperhubungandanpersefahamanantarakaumtanpamenimbulkan
rasa kecurigaanmana-manapihak. Langkahiniakanmempercepat perpaduan
dankeharmoniandalammasyarakatmajmuk. Padatahun 1970, selepastragedikaum 1969
penekananbahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa
Kebangsaandiperkuatdandijalankandengancara yang paling berkesan.
KementerianPelajaran Malaysia telahmenegaskanpenggunaanbahasa Melayu
disemuaperingkatbermuladenganaliransasterakeranabanyakbukubahasa
Melayuberbandingsains.
Sabanharibahasa Melayusemakinmeluaspenggunaannya.Majoritirakyat Malaysia
bolehbertuturdalambahasa Melayu.Kinibahasa Melayumenjadi bahasa pengantar utama
disemuaperingkatpersekolahannegarakita.Menjelangtahun 1983,
semuakursustahunpertama di universititempatanmengunakanbahasa Melayu sebagai
bahasa pengantarrasmi. Denganini, soalsatu bahasa pengantar,
satusistempelajarandansatusukatanpelajarantelah
tercapaidalamsistempendidikannegarakita.
Tanpapengenalandanpenggunaanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
danbahasa kebangsaan, sudahpasti proses pewujudanmasyarakat yang
bersatupadutidakmampudibinakeranaketiadaantunjangdanasas yang kukuh. Hal
inidemikiankerana,menurutOmar Mohd.Hashim (1991),sebelumLaporanRazak,
masyarakatpelbagaikaum
dinegarainicenderungmelakukantugassendiritanpamempedulikankaum lain.
Malahankomunikasitidakwujudakibatmasalah
bahasahinggamenimbulkansituasiumpamaitikbercakapdenganayam.Situasitidakmemaha
miantarasatusama lain
bolehmewujudkansikapprejudisdalamkalanganrakyatpelbagaikaum.
Jikasalingtidakmampuberkomunikasidenganbaikbagaimananakah perpaduan
dapatdicapai? Denganitu, bahasa Melayu berperanan sebagai
10. HBML 4403
________________________________________________________________________
9
alatmenyatupadukanrakyatdalam proses untukmencapai perpaduan negara yang dicita-
citakan. Sesuaidenganmatlamatinibahasa Melayudijadikansatumatapelajaranwajib di
semuaperingkatdanjenissekolahdankelulusanmatapelajaraninitelahmenjadikeperluanmala
hansyaratutamauntukmendapatkankelulusandalampeperiksaanawamsepertiPenilaianMene
ngahRendah (PMR) danSijilPelajaran Malaysia (SPM).
Secara konseptual Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia
dapat didefinisikansebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa
perantaraan berupaya menjaditunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di
negara ini.Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?Sejarah
membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau
bahasakomunikasi utama sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.
Bahasa inidigunakan secara meluas dalam bidang perdagangan, penyebaran agama Islam
dan hubungan diplomatik.
Kitab Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang menyebutkan bagaimana para
pedagang bertungkus lumus mempelajariBahasa Melayu dan menguasainya bagi
memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin danmasyarakat setempat yang telah
lama menggunakan bahasa itu.Dalam konteks hubungan antarabangsa pula, surat-surat
rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakanBahasa Melayu bertulisan jawi. Hal ini
membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaumtermasuk pihak British.
Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yangakan
mengajar mereka.Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh
negeri-negeri Melayu telahmenggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai
medium. Semua ini membuktikan kepadakita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai
tahap yang tertinggi dan digunakan sehingga peringkatantarabangsa.
Memandangkan Bahasa Melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa
rasmi dan bahasa basahan, sebagaibahasa komunikasi dan bahasa persuratan, maka
Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersamaoleh pemimpin pelbagai kaum
di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuanMalaysia yang merdeka
pada tahun 1957.Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk
dokumen tertinggi dan luhur,iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam
11. HBML 4403
________________________________________________________________________
10
Perkara 152 (Para 1) sebagai bahasa bagiPersekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang
merdeka.Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk
menjadi bahasaperantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi
kerajaan termasuk dimahkamah.
Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama
dan dapatdigunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.Bagaimanakah Bahasa
Melayu boleh berfungsi secara berterusan sebagai bahasa perpaduan?Bahasa Melayu
yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu
yangdigunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi
sebagai bahasabasahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.Bahasa ini bukan sahaja
dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapipenggunaannya
menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak telah bertuturdalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China
semasa lawatan beliau ke sana baru-baruini.
Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa
untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara
seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya
bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-
bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik
di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negarayang memainkan peranan sebagai wahana perpaduan rakyat Malaysia.
[2842 patah perkataan]
12. HBML 4403
________________________________________________________________________
11
RUJUKAN
AsmahHj. Omar. 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia dalamKonteksPerancangan
Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
AsmahHj. Omar. 1987. Malay in Its Sociocultural Context. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa danPustaka.
Hassan Ahmad,Datuk Dr. 2007.NilaidanPotensi Bahasa
KebangsaandalamBeritaHarianRabu, 21 Mac 2007 (Halaman 3).
Omar MohdHashim. 1991. PengisianMisiPendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa
danPustaka.
SufeanHussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, SistemdanFalsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.