SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/343841635
Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap Keganasan Rumah Tangga: Kajian
Rintis
Article · November 2019
DOI: 10.47405/mjssh.v4i7.274
CITATIONS
0
READS
4,672
2 authors:
Nuruaslizawati Ayob
Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA
6 PUBLICATIONS   3 CITATIONS   
SEE PROFILE
Siti Hajar Abdul Rauf
Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA
16 PUBLICATIONS   8 CITATIONS   
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Siti Hajar Abdul Rauf on 03 December 2020.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
Malaysian	Journal	of	Social	Sciences	and	Humanities,	Volume	4,	Issue	7,	(page	62	-	67),	2019	
	
	
62	
www.msocialsciences.com		
	
Tahap	Pengetahuan	Masyarakat	Terhadap	Keganasan	Rumah	Tangga:	Kajian	
Rintis	
	
Nuruaslizawati	Binti	Ayob1,	Siti	Hajar	Binti	Abdul	Rauf1	
1Fakulti	Sains	Sosial	Gunaan,	Universiti	Sultan	Zainal	Abidin	(UniSZA)	
	
Correspondence:	Nuruaslizawati	Binti	Ayob	(ayobnuruaslizawati@gmail.com)	
	
Abstrak	
______________________________________________________________________________________________________	
Keganasan rumah tangga merujuk kepada penyalahgunaan kuasa yang digunakan sama ada oleh suami
kepada isteri dan/atau sebaliknya melalui keganasan, ancaman keganasan atau mengawal ekonomi
serta kehidupan sosial. Satu kajian rintis dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan
masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden
telah dipilih secara rawak mudah. Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik dan dianalisis
menggunakan perisian SPSS dengan menggunakan analisis berbentuk deskriptif untuk mengukur min,
sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi menerangkan tahap pengetahuan masyarakat mengenai
isu keganasan rumah tangga. Hasil analisis mendapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat
mengenai keganasan rumah tangga adalah pada tahap yang sederhana. Dicadangkan agar pihak
bewajib melipatgandakan usaha atau inisiatif dengan menguar-uarkan kepada masyarakat khususnya
maklumat mengenai keganasan rumah tangga supaya masyarakat pada hari ini lebih peka mengenai isu
keganasan rumah tangga.
Kata kunci: keganasan rumah tangga, pengetahuan masyarakat
______________________________________________________________________________________________________
	
Level	of	Knowledge	Among	Community	on	Domestic	Violence:	Pilot	Test		
	
Abstract		
______________________________________________________________________________________________________	
Domestic violence refers to abuse that power be used either by the husband to the wife and / or
otherwise through violence, threat of violence or controlling the economic and social life.	A pilot study
carried out in order to determine the level of public knowledge on the issue of domestic violence.	This
study involved 50 respondents which were selected using a simple random sampling. Data were
collected using a questionnaire survey and was performed by SPSS software using descriptive
statistical measures mean, standard deviation, frequency, and percentage to describe the level of
community knowledge about the issue of domestic violence.	 The analysis found that the level of
knowledge among community is at a moderate level. It is proposed that the authorities expand their
efforts or initiatives to get the word out to the public, especially information about domestic violence
so that people today are more aware of the issue of domestic violence.
Key words: domestic violence, public knowledge
______________________________________________________________________________________________________	
	
	
Malaysian	Journal	of	Social	Sciences	and	Humanities	(MJ	-	SSH)	
	
	
Volume	4,	Issue	7,	November	2019	
	
e-ISSN	:	2504-8562	
	
Journal	home	page:		
www.msocialsciences.com
Malaysian	Journal	of	Social	Sciences	and	Humanities,	Volume	4,	Issue	7,	(page	62	-	67),	2019	
	
	
63	
www.msocialsciences.com		
Pengenalan	
Keluarga dianggap sebagai suatu sistem di mana individu perlu menghormati antara satu sama lain.
Keluarga yang lengkap adalah dengan hadirnya ibu, bapa dan anak-anak yang tinggal di dalam satu
rumah. Namun, terdapat juga institusi yang melibatkan keluarga yang luas iaitu dengan kehadiran
datuk, nenek, saudara-mara lain. Mereka berfungsi sebagai tempat yang selamat untuk berkembang dan
bertindak dalam memberi sokongan emosi dan material. Struktur dalam keluarga ditentukan mengikut
pangkat kedudukan mereka dalam keluarga. Sebagai contoh, pembangunan manusia boleh dipertingkat
dengan memperkaya kehidupan keluarga (Sangwan, 2014). Mereka berfungsi sebagai penghubung
antara satu sama lain dalam mewaujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera dalam keluarga.
Menurut Norlina (2019), individu yang membesar dalam keluarga yang tidak berfungsi dengan baik
sering mengalami masalah keluarga sendiri apabila dewasa. Keganasan dipelajari secara langsung atau
tidak langsung melalui tingkah laku ahli keluarga. Kajian mendapati bahawa seseorang yang
berperilaku agresif adalah mereka yang pernah menyaksikan atau mengalami keganasan dalam
keluarga (Hyde-Nolan dan Juliao, 2012).
Literatur	Kajian	
Keganasan rumah tangga telah dikenalpasti sebagai satu masalah sosial. Masalah ini telah memberi
pengaruh kepada kesejahteraan psikologi mereka. Masalah ini sering digambarkan sebagai masalah
yang berpusat pada keluarga dan umumnya difahami sebagai satu tingkah laku kasar dan paksaan
(abdul ghani et al, 2016). Persepsi budaya Malaysia melihat lelaki berperanan dalam mengurus hal
kekeluargaan berbanding wanita yang dilihat sebagai “orang rumah” yang berperanan sebagai
“pengasuh” anak-anak. Keganasan rumahtangga bukan sahaja melibatkan wanita (Semahegn &
Mengistie, 2015) tetapi lelaki juga didapati disalahgunakan oleh pasangan mereka (Reingle et al.,
2013). Menurut De Wall, Kikkert, Kleinhesselink dan Goudriaan, (2017), lelaki kebiasaan
disalahgunakan oleh orang yang tidak dikenali, tetapi wanita disalahgunakan oleh pasangan atau bekas
pasangan mereka. Speizer (2010) menyatakan keganasan terhadap wanita sering dikaitkan dengan
sikap lelaki.
Keganasan melibatkan sentuhan, serangan, gangguan, kekejamaan fizikal dan mental, atau apa-apa
tingkah laku yang memberi kesan kepada mangsa. Kebanyakan wanita menjadi mangsa keganasan
samada dari segi psikologi atau fizikal, yang mana membawa kepada masalah kesihatan yang serius
bagi mereka (Flury dan Nyberg, 2010). Tingkah laku agresif seperti fizikal (menampar, memukul,
menendang, serangan bersenjata), emosi (mengejar, mengawal, menghina, menghalang daripada
berhubungan dengan keluarga atau rakan), seksual (rogol, memaksa dalam melakukan hubungan
seksual) atau ekonomi (mengawal ekonomi) (Abdul Ghani, 2014; Cao et al, 2011; Salari dan Ramsay
et al, 2012).
Pengalaman selain daripada keganasan fizikal, emosi, seksual dan ekonomi, keganasan turut
dipengaruhi oleh norma budaya, sejarah dan politik. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari
tahun 2010 hingga Mac 2017 mendapati bahawa sebanyak 23212 kes keganasan rumah tangga
dilaporkan melibatkan wanita sebagai mangsa.
Keganasan rumah tangga mungkin berbeza dari sudut pandang negara atau budaya (Tonsing, 2014)
tetapi berlaku di semua negara tanpa mengira etnik, kelompok sosial, ekonomi, agama atau budaya
(Pyles dan Postmus, 2004). Keganasan mungkin boleh berlaku sekali, atau mungkin berlaku dalam
corak yang berulang dan mampu meningkat selama tempoh sebulan atau setahun (Goldstein, 2007).
Kebanyakan wanita dalam masyarakat telah menjadi mangsa penghinaan, penyeksaan, eksplotasi dan
juga berfungsi sebagai sumber kepuasan nafsu peribadi.
Walaupun laporan keganasan rumah tangga ditahap yang membimbangkan, namun tahap keganasan
sebenar tidak dapat diandaikan dengan tepat. Pelbagai kajian yang telah dilakukan mendapati
pengetahuan mengenai pengalaman wanita didera masih kurang (abdul ghani et al, 2016). Hal ini
Malaysian	Journal	of	Social	Sciences	and	Humanities,	Volume	4,	Issue	7,	(page	62	-	67),	2019	
	
	
64	
www.msocialsciences.com		
demikian kerana, tidak mudah bagi seseorang yang terlibat untuk bercakap tentang pengalaman mereka
atau meminta bantuan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman masyarakat
tentang keganasan rumah tangga.
Metod	Kajian		
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan masyarakat di Kuala Terengganu. Kajian
ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sebanyak 50 soal selidik diedarkan dan telah dijawab sepenuhnya.
Menurut Mitchell dan Jolley, (2010) soal selidik merupakan satu set yang dibentuk secara khusus di
mana responden membaca dan menulis jawapan. Tujuan soal selidik diberikan adalah untuk
mengumpul maklumat berkaitan kajian. Jackson (2015), berpendapat bahawa soal selidik adalah untuk
mengukur bagaimana seseorang bertindak, berfikir atau merasakan sesuatu. Manakala, rujukan
daripada buku, internet digunakan bagi memperoleh data sekunder.
Kajian ini merupakan kajian rintis yang dilakukan terhadap masyarakat di Kuala Terengganu.
Kebolehpercayaan bagi kajian rintis item ini adalah 0.914. Menurut Mohd Majid Kontang (2000), nilai
alpha melibihi 0.6 dikategorikan sebagai item yang boleh dipercayai dan boleh digunaakan dalam
kajian sebenar.
Tahap pengetahuan telah diukur melalui 15 item. Skala likert telah digunakan dan bersesuaian dengan
pernyataan dalam konteks pengetahuan iaitu (1) sangat tidak setuju sehingga skala (5) sangat setuju.
Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 17 dengan menumpukan kaedah statistik
deskriptif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus kekerapan. Bagi menginterpretasi tahap
pengetahuan terhadap isu keganasan rumah tangga, skor min dikodkan kepada tiga tahap iaitu tahap
rendah, sederhana dan tinggi.
Jadual 1: Skala Interprestasi Skor Min
Bil Julat skor min Tahap
1 1.00-2.33 Rendah
2 2.34-3.66 Sederhana
3 3.67-5.00 Tinggi
Sumber: Pallant (2007)
Dapatan	Kajian	
Tahap	pengetahuan	masyarakat	mengenai	keganasan	rumah	tangga	
Merujuk kepada Jadual 2, didapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat mengenai keganasan rumah
tangga adalah berada pada tahap sederhana, iaitu pada nilai Min 3.62 dan nilai sisihan piawai 1.048.
Item ini adalah untuk melihat sejauh manakah tahap pengetahuan masyarakat terhadap isu rumah
tangga. Isu rumah tangga yang dimaksudkan adalah perkara-perkara yang sering digunakan dalam
sebarang tindakan keganasan yang dikenakan oleh pasangan samada dalam bentuk fizikal, emosi,
ekonomi dan seksual.
Terdapat 15 item pengetahuan telah diuji menggunakan kaedah deskriptif. Sebanyak 9 item
pengetahuan berada di tahap tinggi, dan 6 item berada di tahap sederhana. Hal ini menunjukkan
bahawa respondan yang terlibat dalam kajian ini mempunyai nilai tahap pengetahuan yang sederhana.
Menurut jadual 2, min item yang sederhana paling tinggi ialah 3.62 “Keganasan rumah tangga ialah
corak keganasan, penderaan, ugutan yang digunakan untuk mengawal atau mengekalkan kuasa ke atas
pasangan yang sedang atau dalam hubungan intim”.
Malaysian	Journal	of	Social	Sciences	and	Humanities,	Volume	4,	Issue	7,	(page	62	-	67),	2019	
	
	
65	
www.msocialsciences.com		
Jadual 2: Tahap Pengetahuan
Perbincangan	
Masalah sosial ini dapat membentuk satu persepsi dimana pada awalnya masyarakat tidak menganggap
isu keganasan ini sebagai isu yang serius dan mengganggap ini satu rahsia yang perlu disembunyikan.
Keadaan ini menunjukkan bahawa respondan masih kurang berpengetahuan atau tidak peka
persekitaran sosial terhadap sesetengah isu keganasan rumah tangga. Kajian Bellingham-Whatcom
County Commission against Domestic Violence, (2002) mendapati bahawa halangan dalaman seperti
emosi, sikap, pengetahuan dan kesedaran mereka tentang masalah keganasan rumah tangga adalah
penghalang bagi mereka untuk mencari jalan keluar bagi masalah ini.
Keganasan bukan sahaja melibatkan jantina, tetapi ia terjadi tanpa mengira agama, bangsa, umur,
namun masalah ini sering diabaikan atau dinafikan haknya. Mangsa yang mengalami semua bentuk
keganasan sukar untuk dibuktikan melainkan kecederaan fizikal (Abdul Ghani, 2014). Kecederaan
daripada keganasan yang melibatkan keganasan fizikal dapat dilihat dengan pandangan mata kasar,
manakala kecederaan emosi boleh meninggalkan parut yang dalam.
Item Pernyataan N Min Sisihan
piawai
D1 Keganasan rumah tangga termasuk keganasan emosi dan
lisan
50 4.14 .833
D2 Keganasan bermula daripada keganasan emosi diikuti
keganasan fizikal
50 4.08 1.007
D3 Keganasan rumah tangga ialah keganasan fizikal yang
menyebabkan kemudaratan pada anggota badan
50 4.02 1.040
D4 Keganasan rumah tangga termasuklah keganasan seksual 50 3.88 1.118
D5 Keganasan rumah tangga seringkali berlaku di Malaysia 50 3.84 .976
D6 Keganasan rumah tangga adalah keganasan secara sengaja
dengan meletakkan mangsa di dalam ketakutan
50 3.80 1.069
D7 Mengurung atau menahan tanpa kerelaan adalah
dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga.
50 3.78 1.075
D8 Mangsa yang terlibat dalam keganasan rumah tangga tidak
menghiraukan keselamatan anak-anak mereka
50 3.78 1.166
D9 Keganasan rumah tangga termasuklah melakukan khianat
atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan
atau kegusaran
50 3.72 .991
D10 Keganasan rumah tangga ialah corak keganasan, penderaan,
ugutan yang digunakan untuk mengawal atau mengekalkan
kuasa ke atas pasangan yang sedang atau dalam hubungan
intim.
50 3.62
(s)
1.067
D11 Keganasan rumah tangga adalah mengenai kuasa dan
kawalan
50 3.56 .972
D12 Keganasan rumah tangga adalah mengancam dengan
keganasan walaupun bukan dengan keganasan fizikal
sebenar
50 3.46 1.110
D13 Seseorang yang melakukan keganasan fizikal kepada
pasangannya adalah “pesakit mental
50 3.42 1.032
D14 Keganasan rumah tangga seringkali berlaku kepada
pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga.
50 2.62 1.176
D15 Keganasan rumah tangga seringkali berlaku kepada
pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
50 2.60 1.088
50 3.62 1.048
Malaysian	Journal	of	Social	Sciences	and	Humanities,	Volume	4,	Issue	7,	(page	62	-	67),	2019	
	
	
66	
www.msocialsciences.com		
Majoriti masyarakat melihat keganasan antara pasangan suami isteri adalah masalah peribadi yang
tidak boleh diganggu (Khan., 2015). Walaupun terdapat banyak kajian yang dilakukan, tetapi masalah
ini masih mencari jalan penyelesaian dan ditahap yang membimbangkan pada hari ini. Menurut Aziz,
Idris, Ishak, Wahid, & Yazid (2018) kekerapan dan keterangan tentang keganasan rumah tangga di
Malaysia adalah tidak diketahui sepenuhnya. Kajian ini menujukkan tahap pengetahuan masyarakat
tentang keganasan rumah tangga adalah di tahap sederhana.
Kekurangan ilmu pengetahuan mengenai keganasan rumah tangga merupakan halangan utama dalam
membuat keputusan. Menurut Webster, Pennay, Bricknall, Diemer, Flood, Powell, Politoff dan Ward
(2014), pemahaman terhadap keganasan terhadap wanita dan perilaku mereka mempunyai kesan yang
signifikan terhadap kegansan rumah tangga. Keganasan rumah tangga turut dikaitkan dengan corak
tingkah laku yang berterusan dengan tujuan untuk mengawal. Kawalan diri yang lemah sehingga
menimbulkan kemarahan dianggap pencetus kepada tindakan ganas (Howells, Day, & Thomas-Peter,
2004). Selain itu, bentuk keganasan yang kurang jelas dan kepercayaan terhadap masalah ini
menyukarkan seseorang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan walaupun pelbagai input
seperti ceramah, seminar, pemplets, dan lain-lain telah dibekalkan.
World Health Organization (2002), mencadangkan terdapat tiga tahap pencegahan yang perlu dinilai
sebelum berlakunya keganasan. (i) pendekatan bertujuan untuk mencegah keganasan sebelum berlaku.
Sebagai contoh, memberitahu kepada masyarakat tentang konflik dan mewujudkan kesedaran terutama
kepada wanita yang terdedah kepada keganasan. (ii) penglibatan pihak sekunder untuk mengurangkan
kekerapan keganasan. Sebagai contoh, memberi tumpuan segera terhadap setiap keganasan yang
berlaku seperti perkhidmatan kecemasan atau rawatan untuk penyakit kelamin selepas rogol. (iii)
pencegahan daripada pihak ketiga. Sebagai contoh, memberi tumpuan kepada penjagaan jangka
panjang seperti pemulihan dan mengintegrasi, mengurangkan trauma atau kecacatan jangka panjang
yang berkait dengan keganasan.
Kesimpulan	
Memahami sikap dan sejauh mana pengetahuan umum masyarakat terhadap isu keganasan rumah
tangga adalah penting kerana persepsi masyarakat dapat dijadikan pengukur kepada keganasan dan
membentuk tindak balas seseorang. Buang (2017), menyatakan bahawa mesej tentang keganasan
rumah tangga perlu dikongsi untuk mendidik dan mengubah persepsi masyarakat yang mengelirukan.
Kajian ini mendapati bahawa masyarakat masih belum menguasai sepenuhnya tentang makna yang
tersurat disebalik keganasan rumah tangga. Oleh itu, keperluan untuk campurtangan adalah penting
dalam mengurangkan risiko keganasan dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Selain itu, kajian ini
dilihat penting untuk dikaji kerana ia bertindak balas terhadap pembentukan undang-undang dan dasar
negara.
Rujukan	
Abdul Ghani, M., (2014). Exploring domestic violence experiences from the perspective of abused
women in Malaysia. Loughborough University
Abdul Ghani. M., N.A. Ahmad., dan A. Mohamad. (2016). Profiles of Domestic Violence Victims and
Perpetrators: A Qualitative Research Perspective. Journal of Advanced Research in Social and
Behavioural Sciences ISSN (online): 2462-1951 Vol. 4, No. 1. Pages 43-50.
Aziz, N. N. A., Idris, S. A. M., Ishak, M., Wahid, N. A., & Yazid, Z. N. A. (2018a). Factors affecting
domestic violence against women: a conceptual model and research propositions.
International Journal for Studies on Children, Women, Elderly And Disabled, 4(June), 191–
198.
Bellingham-Whatcom County Commission against Domestic Violence. (2002). Community survey
project: Factors that influence disclosure of domestic abuse to providers. Minnesota Center
Against Violence and Abuse [MINCAVA]: Minnesota.
Malaysian	Journal	of	Social	Sciences	and	Humanities,	Volume	4,	Issue	7,	(page	62	-	67),	2019	
	
	
67	
www.msocialsciences.com		
Cao, Y. P., Zhang, Y. L., Chang, D. F., Yang, S. C., & Wang, G. Q. (2011). Correlations between self-
reported symptoms and psychosocial factors of perpetrators with domestic violence in China: a
population-based sample. Chinese medical journal, 124(4), 546-550.
De Waal, M. M., Dekker, J. J., Kikkert, M. J., Kleinhesselink, M. D., & Goudriaan, A. E. (2017).
Gender differences in characteristics of physical and sexual victimization in patients with dual
diagnosis: a cross-sectional study. BMC psychiatry, 17(1), 270.
Flury, M., & Nyberg, E. (2010). Domestic violence against women: definitions, epidemiology, risk
factors and consequences. Swiss medical weekly, 140(3536).
Goldstein, M. (2007). Seeking protection from domestic violence. OSCE.
Howells, K., Day, A., & Thomas-Peter, B. (2004). Changing violent behaviour: Forensic mental health
and criminological models compared. Journal of Forensic Psychiatry & Psychology, 15(3), 391-
406.
Hyde-Nolan, M. E., & Juliao, T. (2012). Family violence: what health care providers need to
know. Chapter 2: Theoretical Basis for Family Violence.
Jackson, S. L. (2015). Research methods and statistics: A critical thinking approach. Cengage
Learning.
Noralina, O., (2019). Pengenalan Kerja Sosial Keluarga. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Mohd Majid Konting (2000), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mitchell, M. L., & Jolley, J. M. (2010). Research design explained: Instructor's edition (7th ed.).
Belmont, CA,: Wadsworth/Cengage Learning.
Khan, A. R. (2015). Domestic Violence against Women in Bangladesh: A Review of the Literature
and the Gaps to fill-in by Future Interventions. Khazar Journal of Humanities and Social
Sciences, 18(3), 57–81
Pallant, J. (2007) SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS for
Windows. 3rd Edition, McGraw Hill Open University Press, New York.
Pyles, L., & Postmus, J. L. (2004). Addressing the problem of domestic violence: How far have we
come?. Affilia, 19(4), 376-388.
Ramsay, J., Rutterford, C., Gregory, A., Dunne, D., Eldridge, S., Sharp, D., & Feder, G.(2012).
Domestic violence: knowledge, attitudes, and clinical practice of selected UK primary healthcare
clinicians. Br J Gen Pract, 62(602), e647-e655.
Reingle, J. M., Staras, S. A. S., Jennings, W. G., Branchini, J., & Maldonado-molina, M. M. (2013).
The Relationship Between Marijuana Use and Intimate Partner Violence in a Nationally
Representative, Longitudinal Sample. Journal of Interpersonal Violence, 27(8), 1 –13
Salari, Z., & Nakhaee, N. (2008). Identifying types of domestic violence and its associated risk factors
in a pregnant population in Kerman hospitals, Iran Republic. Asia Pacific Journal of Public
Health, 20(1), 49-55.
Semahegn, A., & Mengistie, B. (2015). Domestic violence against women and associated factors in
Ethiopia; systematic review. Reproductive health, 12(1), 78.
Speizer, I. S. (2010). Intimate partner violence attitudes and experience among women and men in
Uganda. Journal of interpersonal violence, 25(7), 1224-1241.
Sangwan, K. S. (2014). Domestic Violence Against Women: A Sociological Study. Department of
Sociology Maharshi Dayanand University Rohtak
Tonsing, J. (2014). A study of domestic violence among south Asian women in Hong Kong (Doctoral
dissertation, Royal Holloway, University of London). (R.23-penulis asal)
Webster K, Pennay P, Bricknall R, Diemer K, Flood M, Powell A, Politoff V & Ward A (2014).
Australians’ attitudes to violence against women: Full technical report, Findings from the 2013
National Community Attitudes towards Violence Against Women Survey (NCAS). Melbourne:
Victorian Health Promotion Foundation.
World Health Organization (2002). World Report on Violance and Health.
http://www.who.int/violence_injury_prevention/violence/world_report/en/index.html
View publication stats
View publication stats

More Related Content

Similar to 2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf

Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi
Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi  Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi
Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi Ridho Fitrah Hyzkia
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaUbaidillah Muhammad
 
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksualsakuramochi
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp
Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar ppSokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp
Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar ppGlobal R & D Services
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remajahellohary
 
DISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdf
DISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdfDISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdf
DISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdfEldoMalba1
 
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMATugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMAAgnes Yodo
 
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakPerlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakTrini Handayani
 
Stigma HIV dan AIDS
Stigma HIV dan AIDSStigma HIV dan AIDS
Stigma HIV dan AIDSstapa center
 
Pro questdocuments 2014-10-16(1)
Pro questdocuments 2014-10-16(1)Pro questdocuments 2014-10-16(1)
Pro questdocuments 2014-10-16(1)SilviaAnggraeni12
 
Kekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalananKekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalananLRIndriyani
 

Similar to 2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf (20)

878 1631-1-sm (1)
878 1631-1-sm (1)878 1631-1-sm (1)
878 1631-1-sm (1)
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
8._Youth_Violence.pptx
8._Youth_Violence.pptx8._Youth_Violence.pptx
8._Youth_Violence.pptx
 
Naskah publikasi
Naskah publikasi Naskah publikasi
Naskah publikasi
 
Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi
Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi  Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi
Korupsi, Religiusitas dan Intoleransi
 
Art therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issuesArt therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issues
 
Asg3
Asg3Asg3
Asg3
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
 
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
10_Upaya Perlindungan Terhadap Penyintas Kejahatan Seksual
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp
Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar ppSokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp
Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remaja
 
DISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdf
DISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdfDISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdf
DISEMINASI LSI - SOLO 15 JUNI 2023.pdf
 
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMATugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
 
10178 27513-1-sm
10178 27513-1-sm10178 27513-1-sm
10178 27513-1-sm
 
Ringkasan
RingkasanRingkasan
Ringkasan
 
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anakPerlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
Perlindungan dan penegakan hukum terhadap kasus kekerasan seksual pada anak
 
Stigma HIV dan AIDS
Stigma HIV dan AIDSStigma HIV dan AIDS
Stigma HIV dan AIDS
 
Pro questdocuments 2014-10-16(1)
Pro questdocuments 2014-10-16(1)Pro questdocuments 2014-10-16(1)
Pro questdocuments 2014-10-16(1)
 
Kekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalananKekerasan terhadap anak jalanan
Kekerasan terhadap anak jalanan
 

Recently uploaded

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 

Recently uploaded (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 

2. TAHAPPENGETAHUANMASYARAKATTERHADAPKEGANASANRUMAHTANGGA.pdf

  • 1. See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/343841635 Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap Keganasan Rumah Tangga: Kajian Rintis Article · November 2019 DOI: 10.47405/mjssh.v4i7.274 CITATIONS 0 READS 4,672 2 authors: Nuruaslizawati Ayob Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA 6 PUBLICATIONS   3 CITATIONS    SEE PROFILE Siti Hajar Abdul Rauf Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA 16 PUBLICATIONS   8 CITATIONS    SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Siti Hajar Abdul Rauf on 03 December 2020. The user has requested enhancement of the downloaded file.
  • 2. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 4, Issue 7, (page 62 - 67), 2019 62 www.msocialsciences.com Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap Keganasan Rumah Tangga: Kajian Rintis Nuruaslizawati Binti Ayob1, Siti Hajar Binti Abdul Rauf1 1Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Correspondence: Nuruaslizawati Binti Ayob (ayobnuruaslizawati@gmail.com) Abstrak ______________________________________________________________________________________________________ Keganasan rumah tangga merujuk kepada penyalahgunaan kuasa yang digunakan sama ada oleh suami kepada isteri dan/atau sebaliknya melalui keganasan, ancaman keganasan atau mengawal ekonomi serta kehidupan sosial. Satu kajian rintis dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden telah dipilih secara rawak mudah. Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menggunakan analisis berbentuk deskriptif untuk mengukur min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi menerangkan tahap pengetahuan masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga. Hasil analisis mendapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat mengenai keganasan rumah tangga adalah pada tahap yang sederhana. Dicadangkan agar pihak bewajib melipatgandakan usaha atau inisiatif dengan menguar-uarkan kepada masyarakat khususnya maklumat mengenai keganasan rumah tangga supaya masyarakat pada hari ini lebih peka mengenai isu keganasan rumah tangga. Kata kunci: keganasan rumah tangga, pengetahuan masyarakat ______________________________________________________________________________________________________ Level of Knowledge Among Community on Domestic Violence: Pilot Test Abstract ______________________________________________________________________________________________________ Domestic violence refers to abuse that power be used either by the husband to the wife and / or otherwise through violence, threat of violence or controlling the economic and social life. A pilot study carried out in order to determine the level of public knowledge on the issue of domestic violence. This study involved 50 respondents which were selected using a simple random sampling. Data were collected using a questionnaire survey and was performed by SPSS software using descriptive statistical measures mean, standard deviation, frequency, and percentage to describe the level of community knowledge about the issue of domestic violence. The analysis found that the level of knowledge among community is at a moderate level. It is proposed that the authorities expand their efforts or initiatives to get the word out to the public, especially information about domestic violence so that people today are more aware of the issue of domestic violence. Key words: domestic violence, public knowledge ______________________________________________________________________________________________________ Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ - SSH) Volume 4, Issue 7, November 2019 e-ISSN : 2504-8562 Journal home page: www.msocialsciences.com
  • 3. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 4, Issue 7, (page 62 - 67), 2019 63 www.msocialsciences.com Pengenalan Keluarga dianggap sebagai suatu sistem di mana individu perlu menghormati antara satu sama lain. Keluarga yang lengkap adalah dengan hadirnya ibu, bapa dan anak-anak yang tinggal di dalam satu rumah. Namun, terdapat juga institusi yang melibatkan keluarga yang luas iaitu dengan kehadiran datuk, nenek, saudara-mara lain. Mereka berfungsi sebagai tempat yang selamat untuk berkembang dan bertindak dalam memberi sokongan emosi dan material. Struktur dalam keluarga ditentukan mengikut pangkat kedudukan mereka dalam keluarga. Sebagai contoh, pembangunan manusia boleh dipertingkat dengan memperkaya kehidupan keluarga (Sangwan, 2014). Mereka berfungsi sebagai penghubung antara satu sama lain dalam mewaujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera dalam keluarga. Menurut Norlina (2019), individu yang membesar dalam keluarga yang tidak berfungsi dengan baik sering mengalami masalah keluarga sendiri apabila dewasa. Keganasan dipelajari secara langsung atau tidak langsung melalui tingkah laku ahli keluarga. Kajian mendapati bahawa seseorang yang berperilaku agresif adalah mereka yang pernah menyaksikan atau mengalami keganasan dalam keluarga (Hyde-Nolan dan Juliao, 2012). Literatur Kajian Keganasan rumah tangga telah dikenalpasti sebagai satu masalah sosial. Masalah ini telah memberi pengaruh kepada kesejahteraan psikologi mereka. Masalah ini sering digambarkan sebagai masalah yang berpusat pada keluarga dan umumnya difahami sebagai satu tingkah laku kasar dan paksaan (abdul ghani et al, 2016). Persepsi budaya Malaysia melihat lelaki berperanan dalam mengurus hal kekeluargaan berbanding wanita yang dilihat sebagai “orang rumah” yang berperanan sebagai “pengasuh” anak-anak. Keganasan rumahtangga bukan sahaja melibatkan wanita (Semahegn & Mengistie, 2015) tetapi lelaki juga didapati disalahgunakan oleh pasangan mereka (Reingle et al., 2013). Menurut De Wall, Kikkert, Kleinhesselink dan Goudriaan, (2017), lelaki kebiasaan disalahgunakan oleh orang yang tidak dikenali, tetapi wanita disalahgunakan oleh pasangan atau bekas pasangan mereka. Speizer (2010) menyatakan keganasan terhadap wanita sering dikaitkan dengan sikap lelaki. Keganasan melibatkan sentuhan, serangan, gangguan, kekejamaan fizikal dan mental, atau apa-apa tingkah laku yang memberi kesan kepada mangsa. Kebanyakan wanita menjadi mangsa keganasan samada dari segi psikologi atau fizikal, yang mana membawa kepada masalah kesihatan yang serius bagi mereka (Flury dan Nyberg, 2010). Tingkah laku agresif seperti fizikal (menampar, memukul, menendang, serangan bersenjata), emosi (mengejar, mengawal, menghina, menghalang daripada berhubungan dengan keluarga atau rakan), seksual (rogol, memaksa dalam melakukan hubungan seksual) atau ekonomi (mengawal ekonomi) (Abdul Ghani, 2014; Cao et al, 2011; Salari dan Ramsay et al, 2012). Pengalaman selain daripada keganasan fizikal, emosi, seksual dan ekonomi, keganasan turut dipengaruhi oleh norma budaya, sejarah dan politik. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 2010 hingga Mac 2017 mendapati bahawa sebanyak 23212 kes keganasan rumah tangga dilaporkan melibatkan wanita sebagai mangsa. Keganasan rumah tangga mungkin berbeza dari sudut pandang negara atau budaya (Tonsing, 2014) tetapi berlaku di semua negara tanpa mengira etnik, kelompok sosial, ekonomi, agama atau budaya (Pyles dan Postmus, 2004). Keganasan mungkin boleh berlaku sekali, atau mungkin berlaku dalam corak yang berulang dan mampu meningkat selama tempoh sebulan atau setahun (Goldstein, 2007). Kebanyakan wanita dalam masyarakat telah menjadi mangsa penghinaan, penyeksaan, eksplotasi dan juga berfungsi sebagai sumber kepuasan nafsu peribadi. Walaupun laporan keganasan rumah tangga ditahap yang membimbangkan, namun tahap keganasan sebenar tidak dapat diandaikan dengan tepat. Pelbagai kajian yang telah dilakukan mendapati pengetahuan mengenai pengalaman wanita didera masih kurang (abdul ghani et al, 2016). Hal ini
  • 4. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 4, Issue 7, (page 62 - 67), 2019 64 www.msocialsciences.com demikian kerana, tidak mudah bagi seseorang yang terlibat untuk bercakap tentang pengalaman mereka atau meminta bantuan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman masyarakat tentang keganasan rumah tangga. Metod Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan masyarakat di Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sebanyak 50 soal selidik diedarkan dan telah dijawab sepenuhnya. Menurut Mitchell dan Jolley, (2010) soal selidik merupakan satu set yang dibentuk secara khusus di mana responden membaca dan menulis jawapan. Tujuan soal selidik diberikan adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan kajian. Jackson (2015), berpendapat bahawa soal selidik adalah untuk mengukur bagaimana seseorang bertindak, berfikir atau merasakan sesuatu. Manakala, rujukan daripada buku, internet digunakan bagi memperoleh data sekunder. Kajian ini merupakan kajian rintis yang dilakukan terhadap masyarakat di Kuala Terengganu. Kebolehpercayaan bagi kajian rintis item ini adalah 0.914. Menurut Mohd Majid Kontang (2000), nilai alpha melibihi 0.6 dikategorikan sebagai item yang boleh dipercayai dan boleh digunaakan dalam kajian sebenar. Tahap pengetahuan telah diukur melalui 15 item. Skala likert telah digunakan dan bersesuaian dengan pernyataan dalam konteks pengetahuan iaitu (1) sangat tidak setuju sehingga skala (5) sangat setuju. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 17 dengan menumpukan kaedah statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus kekerapan. Bagi menginterpretasi tahap pengetahuan terhadap isu keganasan rumah tangga, skor min dikodkan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Jadual 1: Skala Interprestasi Skor Min Bil Julat skor min Tahap 1 1.00-2.33 Rendah 2 2.34-3.66 Sederhana 3 3.67-5.00 Tinggi Sumber: Pallant (2007) Dapatan Kajian Tahap pengetahuan masyarakat mengenai keganasan rumah tangga Merujuk kepada Jadual 2, didapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat mengenai keganasan rumah tangga adalah berada pada tahap sederhana, iaitu pada nilai Min 3.62 dan nilai sisihan piawai 1.048. Item ini adalah untuk melihat sejauh manakah tahap pengetahuan masyarakat terhadap isu rumah tangga. Isu rumah tangga yang dimaksudkan adalah perkara-perkara yang sering digunakan dalam sebarang tindakan keganasan yang dikenakan oleh pasangan samada dalam bentuk fizikal, emosi, ekonomi dan seksual. Terdapat 15 item pengetahuan telah diuji menggunakan kaedah deskriptif. Sebanyak 9 item pengetahuan berada di tahap tinggi, dan 6 item berada di tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa respondan yang terlibat dalam kajian ini mempunyai nilai tahap pengetahuan yang sederhana. Menurut jadual 2, min item yang sederhana paling tinggi ialah 3.62 “Keganasan rumah tangga ialah corak keganasan, penderaan, ugutan yang digunakan untuk mengawal atau mengekalkan kuasa ke atas pasangan yang sedang atau dalam hubungan intim”.
  • 5. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 4, Issue 7, (page 62 - 67), 2019 65 www.msocialsciences.com Jadual 2: Tahap Pengetahuan Perbincangan Masalah sosial ini dapat membentuk satu persepsi dimana pada awalnya masyarakat tidak menganggap isu keganasan ini sebagai isu yang serius dan mengganggap ini satu rahsia yang perlu disembunyikan. Keadaan ini menunjukkan bahawa respondan masih kurang berpengetahuan atau tidak peka persekitaran sosial terhadap sesetengah isu keganasan rumah tangga. Kajian Bellingham-Whatcom County Commission against Domestic Violence, (2002) mendapati bahawa halangan dalaman seperti emosi, sikap, pengetahuan dan kesedaran mereka tentang masalah keganasan rumah tangga adalah penghalang bagi mereka untuk mencari jalan keluar bagi masalah ini. Keganasan bukan sahaja melibatkan jantina, tetapi ia terjadi tanpa mengira agama, bangsa, umur, namun masalah ini sering diabaikan atau dinafikan haknya. Mangsa yang mengalami semua bentuk keganasan sukar untuk dibuktikan melainkan kecederaan fizikal (Abdul Ghani, 2014). Kecederaan daripada keganasan yang melibatkan keganasan fizikal dapat dilihat dengan pandangan mata kasar, manakala kecederaan emosi boleh meninggalkan parut yang dalam. Item Pernyataan N Min Sisihan piawai D1 Keganasan rumah tangga termasuk keganasan emosi dan lisan 50 4.14 .833 D2 Keganasan bermula daripada keganasan emosi diikuti keganasan fizikal 50 4.08 1.007 D3 Keganasan rumah tangga ialah keganasan fizikal yang menyebabkan kemudaratan pada anggota badan 50 4.02 1.040 D4 Keganasan rumah tangga termasuklah keganasan seksual 50 3.88 1.118 D5 Keganasan rumah tangga seringkali berlaku di Malaysia 50 3.84 .976 D6 Keganasan rumah tangga adalah keganasan secara sengaja dengan meletakkan mangsa di dalam ketakutan 50 3.80 1.069 D7 Mengurung atau menahan tanpa kerelaan adalah dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga. 50 3.78 1.075 D8 Mangsa yang terlibat dalam keganasan rumah tangga tidak menghiraukan keselamatan anak-anak mereka 50 3.78 1.166 D9 Keganasan rumah tangga termasuklah melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran 50 3.72 .991 D10 Keganasan rumah tangga ialah corak keganasan, penderaan, ugutan yang digunakan untuk mengawal atau mengekalkan kuasa ke atas pasangan yang sedang atau dalam hubungan intim. 50 3.62 (s) 1.067 D11 Keganasan rumah tangga adalah mengenai kuasa dan kawalan 50 3.56 .972 D12 Keganasan rumah tangga adalah mengancam dengan keganasan walaupun bukan dengan keganasan fizikal sebenar 50 3.46 1.110 D13 Seseorang yang melakukan keganasan fizikal kepada pasangannya adalah “pesakit mental 50 3.42 1.032 D14 Keganasan rumah tangga seringkali berlaku kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga. 50 2.62 1.176 D15 Keganasan rumah tangga seringkali berlaku kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. 50 2.60 1.088 50 3.62 1.048
  • 6. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 4, Issue 7, (page 62 - 67), 2019 66 www.msocialsciences.com Majoriti masyarakat melihat keganasan antara pasangan suami isteri adalah masalah peribadi yang tidak boleh diganggu (Khan., 2015). Walaupun terdapat banyak kajian yang dilakukan, tetapi masalah ini masih mencari jalan penyelesaian dan ditahap yang membimbangkan pada hari ini. Menurut Aziz, Idris, Ishak, Wahid, & Yazid (2018) kekerapan dan keterangan tentang keganasan rumah tangga di Malaysia adalah tidak diketahui sepenuhnya. Kajian ini menujukkan tahap pengetahuan masyarakat tentang keganasan rumah tangga adalah di tahap sederhana. Kekurangan ilmu pengetahuan mengenai keganasan rumah tangga merupakan halangan utama dalam membuat keputusan. Menurut Webster, Pennay, Bricknall, Diemer, Flood, Powell, Politoff dan Ward (2014), pemahaman terhadap keganasan terhadap wanita dan perilaku mereka mempunyai kesan yang signifikan terhadap kegansan rumah tangga. Keganasan rumah tangga turut dikaitkan dengan corak tingkah laku yang berterusan dengan tujuan untuk mengawal. Kawalan diri yang lemah sehingga menimbulkan kemarahan dianggap pencetus kepada tindakan ganas (Howells, Day, & Thomas-Peter, 2004). Selain itu, bentuk keganasan yang kurang jelas dan kepercayaan terhadap masalah ini menyukarkan seseorang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan walaupun pelbagai input seperti ceramah, seminar, pemplets, dan lain-lain telah dibekalkan. World Health Organization (2002), mencadangkan terdapat tiga tahap pencegahan yang perlu dinilai sebelum berlakunya keganasan. (i) pendekatan bertujuan untuk mencegah keganasan sebelum berlaku. Sebagai contoh, memberitahu kepada masyarakat tentang konflik dan mewujudkan kesedaran terutama kepada wanita yang terdedah kepada keganasan. (ii) penglibatan pihak sekunder untuk mengurangkan kekerapan keganasan. Sebagai contoh, memberi tumpuan segera terhadap setiap keganasan yang berlaku seperti perkhidmatan kecemasan atau rawatan untuk penyakit kelamin selepas rogol. (iii) pencegahan daripada pihak ketiga. Sebagai contoh, memberi tumpuan kepada penjagaan jangka panjang seperti pemulihan dan mengintegrasi, mengurangkan trauma atau kecacatan jangka panjang yang berkait dengan keganasan. Kesimpulan Memahami sikap dan sejauh mana pengetahuan umum masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga adalah penting kerana persepsi masyarakat dapat dijadikan pengukur kepada keganasan dan membentuk tindak balas seseorang. Buang (2017), menyatakan bahawa mesej tentang keganasan rumah tangga perlu dikongsi untuk mendidik dan mengubah persepsi masyarakat yang mengelirukan. Kajian ini mendapati bahawa masyarakat masih belum menguasai sepenuhnya tentang makna yang tersurat disebalik keganasan rumah tangga. Oleh itu, keperluan untuk campurtangan adalah penting dalam mengurangkan risiko keganasan dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Selain itu, kajian ini dilihat penting untuk dikaji kerana ia bertindak balas terhadap pembentukan undang-undang dan dasar negara. Rujukan Abdul Ghani, M., (2014). Exploring domestic violence experiences from the perspective of abused women in Malaysia. Loughborough University Abdul Ghani. M., N.A. Ahmad., dan A. Mohamad. (2016). Profiles of Domestic Violence Victims and Perpetrators: A Qualitative Research Perspective. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences ISSN (online): 2462-1951 Vol. 4, No. 1. Pages 43-50. Aziz, N. N. A., Idris, S. A. M., Ishak, M., Wahid, N. A., & Yazid, Z. N. A. (2018a). Factors affecting domestic violence against women: a conceptual model and research propositions. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly And Disabled, 4(June), 191– 198. Bellingham-Whatcom County Commission against Domestic Violence. (2002). Community survey project: Factors that influence disclosure of domestic abuse to providers. Minnesota Center Against Violence and Abuse [MINCAVA]: Minnesota.
  • 7. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 4, Issue 7, (page 62 - 67), 2019 67 www.msocialsciences.com Cao, Y. P., Zhang, Y. L., Chang, D. F., Yang, S. C., & Wang, G. Q. (2011). Correlations between self- reported symptoms and psychosocial factors of perpetrators with domestic violence in China: a population-based sample. Chinese medical journal, 124(4), 546-550. De Waal, M. M., Dekker, J. J., Kikkert, M. J., Kleinhesselink, M. D., & Goudriaan, A. E. (2017). Gender differences in characteristics of physical and sexual victimization in patients with dual diagnosis: a cross-sectional study. BMC psychiatry, 17(1), 270. Flury, M., & Nyberg, E. (2010). Domestic violence against women: definitions, epidemiology, risk factors and consequences. Swiss medical weekly, 140(3536). Goldstein, M. (2007). Seeking protection from domestic violence. OSCE. Howells, K., Day, A., & Thomas-Peter, B. (2004). Changing violent behaviour: Forensic mental health and criminological models compared. Journal of Forensic Psychiatry & Psychology, 15(3), 391- 406. Hyde-Nolan, M. E., & Juliao, T. (2012). Family violence: what health care providers need to know. Chapter 2: Theoretical Basis for Family Violence. Jackson, S. L. (2015). Research methods and statistics: A critical thinking approach. Cengage Learning. Noralina, O., (2019). Pengenalan Kerja Sosial Keluarga. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Mohd Majid Konting (2000), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mitchell, M. L., & Jolley, J. M. (2010). Research design explained: Instructor's edition (7th ed.). Belmont, CA,: Wadsworth/Cengage Learning. Khan, A. R. (2015). Domestic Violence against Women in Bangladesh: A Review of the Literature and the Gaps to fill-in by Future Interventions. Khazar Journal of Humanities and Social Sciences, 18(3), 57–81 Pallant, J. (2007) SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS for Windows. 3rd Edition, McGraw Hill Open University Press, New York. Pyles, L., & Postmus, J. L. (2004). Addressing the problem of domestic violence: How far have we come?. Affilia, 19(4), 376-388. Ramsay, J., Rutterford, C., Gregory, A., Dunne, D., Eldridge, S., Sharp, D., & Feder, G.(2012). Domestic violence: knowledge, attitudes, and clinical practice of selected UK primary healthcare clinicians. Br J Gen Pract, 62(602), e647-e655. Reingle, J. M., Staras, S. A. S., Jennings, W. G., Branchini, J., & Maldonado-molina, M. M. (2013). The Relationship Between Marijuana Use and Intimate Partner Violence in a Nationally Representative, Longitudinal Sample. Journal of Interpersonal Violence, 27(8), 1 –13 Salari, Z., & Nakhaee, N. (2008). Identifying types of domestic violence and its associated risk factors in a pregnant population in Kerman hospitals, Iran Republic. Asia Pacific Journal of Public Health, 20(1), 49-55. Semahegn, A., & Mengistie, B. (2015). Domestic violence against women and associated factors in Ethiopia; systematic review. Reproductive health, 12(1), 78. Speizer, I. S. (2010). Intimate partner violence attitudes and experience among women and men in Uganda. Journal of interpersonal violence, 25(7), 1224-1241. Sangwan, K. S. (2014). Domestic Violence Against Women: A Sociological Study. Department of Sociology Maharshi Dayanand University Rohtak Tonsing, J. (2014). A study of domestic violence among south Asian women in Hong Kong (Doctoral dissertation, Royal Holloway, University of London). (R.23-penulis asal) Webster K, Pennay P, Bricknall R, Diemer K, Flood M, Powell A, Politoff V & Ward A (2014). Australians’ attitudes to violence against women: Full technical report, Findings from the 2013 National Community Attitudes towards Violence Against Women Survey (NCAS). Melbourne: Victorian Health Promotion Foundation. World Health Organization (2002). World Report on Violance and Health. http://www.who.int/violence_injury_prevention/violence/world_report/en/index.html View publication stats View publication stats