SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
0
PROPOSAL KAJIAN
PENDEKATAN TEKNIK LUKISAN DALAM ISU BULI
NAMA : AL-HAFIS BIN ABD RAHMAN
PENYELIA: DR. NOOR SHAMILAH BINTI ZAKARIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SERDANG, SELANGOR
0
Kandungan
Perkara Muka Surat
Pendahuluan 1
Penyataan masalah 2
Latar belakang masalah 3
Persoalan kajian 4
Objektif kajian 4
Kepentingan kajian 4
Hipotesis kajian 5
Metodologi kajian 6
Kajian perpustakaan 6
Temubual 7
Persampelan 8
Cadangan 9
Kesimpulan 9
Rujukan 10
1
Pengenalan
Dewasa ini keganasan pelajar di sekolah semakin mendapat liputan media masa
dan elektronik. Hal-hal berkaitan displin dan moral seringkali menjadi tajuk perbahasan
dikalangan guru sama ada di sekolah menengah atau sekolah rendah. Pelajar yang
sepatutnya menjadi asas dalam pembentukan sosial masyarakat dalam negara kini
semakin rosak dengan masalah moraliti. Hukuman demi hukuman dicadangkan oleh
pihak penguasa negara namun ianya tidak selesai sampai kepenghujungnya.
Keprihatinan ibu bapa dan guru terhadap isu ini amat diperlukan lebih-lebih lagi jika
insiden yang berlaku boleh memudaratkan keseimbangan sosial masyarakat yang lain.
Masalah yang hangat diperkatakan antara lain ialah berkaitan buli. ‘Buli’ menurut
kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah
dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Pembuli
dianggap orang yang berpengaruh, kuat, besar, tinggi dan berkuasa melakukan
sesuatu mengikut kehendaknya. Manakala mangsa buli disifatkan sebagai lemah, kecil
dan takut.
Perbuatan ini melibatkan lebih daripada satu pihak yang menyebabkan mangsa
mengalami kesan sama ada secara fizikal, mental, emosi mahu pun spritual. Bagi
pelakunya pula mereka akan merasa puas dengan tindakan yang dilakukan. Hal ini
membuatkan mereka seolah menguasai diri mangsa yang dianggap lemah. Menurut
Ferrow and Fox ( 2010 ), dalam satu kajian, keganasan buli boleh mendatangkan kesan
terhadap kesihatan mangsa sehingga mengganggu tabiat makan dan kesihatan
mereka. Murid sekolah rendah khasnya amat memerlukan penjagaan makanan yang
berkualiti, perhatian yang serius, penguasaan dalam mata pelajaran dan pengukuhan
akhlak sebelum meningkat ke sekolah menengah. Jika ini dapat ditangani maka
pengurusan diperingkat menengah akan menjadi lebih mudah diurus.
2
Pernyataan masalah
Buli semakin menjadi barah dalam peradapan moral insan. Mangsa buli yang
mengalami trauma sukar untuk diubati dan lebih suka menyendiri daripada berhubung
dengan pihak sekolah. Rasa takut dan malu membuatkan diri mereka terus merasa
lemah dan menerima keadaan negatif itu dalam tempoh yang lama. Kebanyakan
pengkaji melihat isu buli ini berlaku di bandar dan luar bandar yang berhampiran
dengan kemudahan masyarakat setempat. Antaranya ialah kompleks membeli belah,
kawasan riadah, kemudahan “access” internet dan pengangkutan awam (Ahmad,
2005). Ini secara langsung memudahkan golongan yang dianggap pembuli bersosial
dan bergaul bebas tanpa kawalan. Serapan pemikiran dan budaya negatif setempat
memerangkap mereka untuk berkelakuan kasar dan ganas.
Jika dahulu kes-kes buli hanya melibatkan pelajar lelaki sahaja namun hari ini
buli juga melibatkan pelajar perempuan. Gejala yang dianggap tidak masuk akal ini
benar-benar meruntuhkan adat dan nilai budaya Melayu nusantara khususnya apabila
ada dikalangan pelajar perempuan menjadi pembuli di sekolah. Wanita atau perempuan
melayu yang terkenal dengan sikap dan sifat pemalu, kaya dengan kelembutan dan
kesopanan kini telah hilang darjatnya dan hina dengan pembabitan mereka ke kancah
yang memalukan. Satu forum berkaitan buli yang telah diadakan di Universiti
Kebangsaan Malaysia bertajuk “Buli:Satu Fenomena atau Igauan” (2015)
membincangkan isu keterlibatan pelajar lelaki dan perempuan dalam gejala buli rakan
sebaya. Menurut Prof Madya Dr Rozmi Ismail, salah seorang panel jemputan berkata
pembuli juga mungkin terlibat dengan pengambilan dadah. Perlakuan ganas dan tidak
merasa kasihan dan empati terhadap mangsa merupakan kesan dadah yang diambil.
Di kawasan kampung dan pedalaman, pembangunan dan taraf hidup
masyarakat tidak pesat seperti warga bandar yang lain. Namun mereka juga turut
mengalami isu buli di sekolah-sekolah termasuk sekolah beraliran agama. Kes-kes
yang membabitkan murid tahun lima dan enam bertengkar secara lisan dan fizikal
selalu dibincangkan dalam Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Jelasnya isu
buli ini telah berakar umbi diperingkat sekolah rendah. Maka tidak hairanlah jika
pengurusan sekolah menengah terbeban dengan aduan dan rungutan isu hangat ini.
3
Melihat isu ini pengkaji ingin turut sama membantu menangani masalah yang
berlaku. Pelbagai kaedah dan teknik pernah digunakan oleh beberapa orang pengkaji
sebelum ini. Jadi pengkaji berhasrat untuk menggunakan suatu pendekatan untuk
membantu mengenal pasti dan membimbing pembuli dan mangsa buli ke arah
suasana yang sihat dan positif. Kajian ini akan memberi fokus kepada faktor individu
menjadi pembuli di sekolah rendah.
Latar belakang masalah
‘Terapi’ bermaksud kaedah pengubatan secara psikologi yang digunakan oleh
psikologis bagi merawat klien. Pengubatan secara terapi tidak memerlukan sebarang
pembedahan fizikal bahkan psikologis atau kaunselor berupaya membantu pesakit
yang mengalami gangguan emosi, sosial, mental mahupun fizikal berdasarkan teknik
terapi yang sesuai.
‘Seni Lukisan’ merujuk kepada tindakan tanpa lisan ( non-verbal ) yang
mencantumkan dua keadaan sedar dan tidak sedar. Lukisan yang digambarkan
berfokus kepada perkara yang dialami oleh individu. Adakalanya klien tidak mampu
meluahkan masalah yang dialami secara lisan tetapi lukisan klien menjelaskan bebanan
yang dialami oleh mereka. Minda yang mencetuskan idea dipaparkan melalui lukisan
yang kreatif. Di sana dapat dilihat perasaan dan emosi yang melanda jiwa dan emosi
mereka.
Jika karya seni yang dihasilkan menyakitkan, mengingatkan, membangkitkan
pengalaman lama yang tidak menyenangkan serta mendukacitakan, karya seni yang
klien ciptakan itu sebenarnya menunjukan arah dan turut menguatkan klien. (Mc Niff,
2004).
4
Persoalan kajian
1. Apakah faktor luaran dan dalaman murid sekolah rendah menjadi seorang
pembuli?
2. Adakah pendekatan yang digunakan boleh mengesan pengaruh buli dari rumah?
3. Adakah terdapat perkaitan antara pengalaman dera mangsa buli dengan tingkah
laku buli di sekolah?
Objektif kajian
Beberapa objektif yang ingin dilihat dalam kajian ini. Antaranya :-
1- Melihat faktor dalaman dan luaran mempengaruhi tingkah laku buli murid di
sekolah.
2- Melihat kesan pendekatan teknik kajian terhadap pembuli dan mangsa buli.
3- Melihat perkaitan antara pengalaman dera mangsa buli dengan tingkah laku buli
di sekolah.
Kepentingan kajian
Hasil kajian adalah penting bagi melihat senario kejadian buli di kalangan pelajar
sekolah rendah luar bandar dengan mengenal pasti kekerapan kejadian buli, lokasi,
siapa yang menjadi pembuli dan jenis perlakuan kerana akan dapat membantu:
i. Guru dan pihak pentadbiran sekolah mereka bentuk program yang
bersesuaian dalam memberikan dan meningkatkan kesedaran terhadap
implikasi buli di sekolah.
ii. Kaunselor dalam menyediakan program kaunseling yang bersesuaian
terhadap mana-mana kategori individu atau kelompok yang berpotensi untuk
membuli termasuk mangsa buli.
5
iii. Mana-mana institusi dan organisasi pendidikan untuk membina modul dan
kempen yang bersesuaian dengan persekitaran sekolah luar bandar dalam
meningkatkan kesedaran diri dan mencegah kejadian buli.
Hipotesis Kajian
Hipotesis kajan adalah ramalan awal pengaji terhadap hasil kajian yang ingin
dijalankan. Hipotesis ini berkait dengan persoalan kajian yang dikemukakan oleh
pengkaji.
Hipotesis kajian 1:
Ho1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dalaman dan
luaran dengan pengaruh buli.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dalaman dan luaran
dengan pengaruh buli.
Hipotesis kajian 2:
Ho1: Terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan yang digunakan
dengan pengaruh buli di rumah.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan yang
digunakan dengan pengaruh buli di rumah.
Hipotesis kajian 3:
Ho1: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh dari rumah dengan
pembuli di sekolah.
Ho2: Ttidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh dari rumah
dengan pembuli di sekolah.
6
Metodologi Kajian
Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk,
mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian ( merumuskan apa yang dikaji). Tujuan metodologi ialah
untuk membantu pengkaji memahami dengan lebih luas dan terperinci tentang
pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian terhadap kajiannya.
Kajian perpustakaan
Kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan telah
banyak membantu pengkaji dalam mencari bahan atau idea tentang aspek yang boleh
dikaji oleh pengkaji. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk
yang akan dikaji hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan.
Kajian perpustakaan banyak dimanfaatkan dalam menyiapkan bab satu dan dua
iaitu bahagian yang melibatkan konsep-konsep yang sesuai digunakan dalam kajian
yang akan dibuat dan bahagian kosa ilmu yang menerangkan soal kajian lepas yang
telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Penting bagi seseorang pengkaji untuk
mempunyai maklumat atau bahan yang berkaitan dengan kajiannya agar kajian yang
dilakukan itu tidak menyerupai dengan kajian-kajian yang lalu. Hal ini juga penting
kerana hasil dari kajian perpustakaan pengkaji akan dapat lebih memahami bagaimana
sesuatu kajian itu dilakukan.
Dalam menjalankan kajian perpustakaan, pengkaji perlu bijak dalam memilih
bahan yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam kajian pengkaji. Hal ini penting
kerana pemilihan bahan yang sesuai akan banyak membantu pengkaji dalam
menyiapkan latihan ilmiah terutama dalam bab satu dan dua. Dalam pencarian bahan
atau sumber rujukan yang sesuai, pengkaji perlu tahu apa yang akan dikaji atau apa
yang akan diketengahkan dalam kajian pengkaji. Hal ini akan memudahkan pengkaji
dalam mencari bahan atau sumber rujkan yang sesuai dengan kajian pengkaji.
7
Kajian perpustakaan yang dilakukan oleh pengkaji bukan hanya mencari buku-
buku yang diperlukan di perpustakaan tun seri lanang dan perpustakaan pusat linguistik
dan bahasa sahaja. Tetapi pengkaji juga turut memanfaatkan kemudahan terkini iaitu
pengkaji juga mendapatkan bahan yang diperlukan melalui perpustakaan atas talian.
Hal ini memudahkan pengkaji dalam mendapatkan artikel-artikel dan membantu
pengkaji mendapatkan bahan yang lebih banyak.
Di samping itu, kebanyakan artikel hanya boleh didapati dalam perpustakaan
atas talian sahaja seperti gema online, institutional repository of universiti kebangsaan
malaysia dan beberapa laman web lagi. Laman web yang sedemikian boleh dianggap
sebagai perpustakaan atas talian. Dalam usaha mendapatkan lirik-lirik lagu jenaka
rakyat kedah pula, pengkaji berusaha untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut dari
perpustakaan negeri dan juga dari kedai-kedai muzik serta cuba mendapatkan dari
laman web atas talian.
Temubual
Antara instrument yang digunakan bagi mengumpul data, pengkaji
menggunakan teknik temubual. Ini bertujuan mendapatkan data secara langsung
daripada sampel kajian dan menjurus kepada kesahihan dalam kajian penyelidik.
Temubual sangat membantu penyelidik disamping mempercepat proses penemuan isu
yang ingin dikaji.
Menurut Patton (1980), terdapat 3 jenis kaedah temubual iaitu temubual formal,
tidak formal dan temubual terbuka. Kaedah temubual ini juga dikenali sebagai temubual
berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tidak berstruktur ( fontana dan
frey,1914 ).
Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan kaedah temubual berstruktur. Ini
bagi mendapatkan maklumat secara terperinci dan tersusun berkaitan dengan latar
belakang klien dan keluarga klien seperti sosiokeluarga, pendapatan, pekerjaan,
komunikasi dan punca konflik.
8
Dalam kaedah temubual tidak berstruktur klien akan memberi maklumat secara
fleksibel. Ini bermaksud klien dengan mudah menyatakan apa yang terlintas dalam
permikiran mereka. Di sinilah tugas penyelidik untuk menyusun data dan maklumat
tersebut agar dapat diberi kesimpulan dengan betul.
Persampelan
Dalam membuat kajian kualitataif, terdapat dua cara untuk mendapatkan sample
bagi tujuan kajian iaitu samada secara rawak atau bukan rawak. Sampel yang diambil
secara rawak dari sesebuah populasi akan digunapakai sebagai inferens kepada
populasi yang hendak kita kaji itu. Ini bermaksud , selepas selesai kajian
dijalankan dan selepas melihat kepada hasil dapatan kajian, hasil kajian akan
menunjukkan bahawa sampel yang dipilih itu mewakili populasi dari semua segi yang
dipaparkan oleh sampel tadi.
Rajah 1
Dalam kajian ini sebanyak 40 orang pelajar akan dipilih menjadi sampel kajian.
Mereka terdiri daripada murid sekolah rendah dalam daerah kuala pilah, negeri
sembilan. Penyelidik menetapkan sampel kajian berumur sembilan sehingga 12 tahun
dalam kalangan lelaki dan perempuan.
9
Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini bertujuan melihat kesan penderaan bapa di rumah
yang mempengaruhi klien menjadi pembuli di sekolah melalui pendekatan teknik
lukisan. Kajian dijalankan secara kualitatif yang menggunakan teknik temubual dimana
sampel dipilih secara rawak. Sampel diambil merupakan pelajar sekolah rendah dalam
daerah kuala pilah, negeri sembilan.
Cadangan.
Beberapa cadangan dapat dikemukakan kepada penyelidik akan datang antaranya
ialah:
1. kajian ini hanya merujuk kepada murid sekolah rendah walaupun ianya boleh
dikaji secara meluas kepada skop yang lebih besar dan pelbagai contohnya
remaja dan dewasa. Teknik lukisan juga boleh digunakan terhadap kajian
berkaitan perkara dan isu selain masalah buli di sekolah.
2. Kekangan masa dan tempat kajian yang terhad menyebabkan kajian ini tidak
boleh digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar. Maka kajian akan
datang memerlukan tempoh masa yang lebih lama dan lokasi yang lebih sesuai
agar hasil kajian boleh didapati lebih tepat.
10
Rujukan:
Mahadi Bin Hj. Khalid, (2007),Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang : Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Di Sarawak, Institut Perguruan Batu Lintang
Azizi Hj Yahaya & Abdul Latif Ahmad,(Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005: 63–86),
Persepsi Guru Dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Daerah Batu Pahat ,Universiti Teknologi Malaysia
Patton, M.Q.(1990), “Qualitative Evaluation And Research Method.”London:Sage
Publication.
Merriem, S.B, (1998),”Qualitative Research And Case Study Application In
Education”(2nd Ed.). San Francisco: Jossey-Bass

More Related Content

What's hot

Makalah geng motor
Makalah geng motorMakalah geng motor
Makalah geng motorHolis Fiven
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Cikgu Sivam sivam
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarShila Melisha
 
Tugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi SosiologiTugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi Sosiologiplainzahra
 

What's hot (6)

Makalah geng motor
Makalah geng motorMakalah geng motor
Makalah geng motor
 
Makalah tawuran
Makalah tawuranMakalah tawuran
Makalah tawuran
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
 
Buli 1
Buli 1Buli 1
Buli 1
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajar
 
Tugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi SosiologiTugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi Sosiologi
 

Similar to Art therapy in bullies issues

Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORALISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORALshishamuddin1979
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahFaktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahYee Ivy
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniRizal Abdullah
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianirosesani1
 
Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4plainzahra
 
Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4plainzahra
 
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa SMPN 1 Cikidang
 

Similar to Art therapy in bullies issues (20)

Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Artikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosialArtikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosial
 
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORALISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN MORAL
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolahFaktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
Faktor faktor penyebab-masalah_disiplin_di_sekolah
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskini
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Tugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal rianiTugas artikel jurnal riani
Tugas artikel jurnal riani
 
Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4
 
Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4Tugas kelompok sosiologi x4
Tugas kelompok sosiologi x4
 
Bahagian c ulasan
Bahagian  c ulasanBahagian  c ulasan
Bahagian c ulasan
 
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
Makalah penanganan tawuran di kalangan Siswa
 
Pendidikan moral
Pendidikan moralPendidikan moral
Pendidikan moral
 
Hbef 1103 topik 1
Hbef 1103 topik 1Hbef 1103 topik 1
Hbef 1103 topik 1
 

Recently uploaded

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 

Recently uploaded (20)

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 

Art therapy in bullies issues

  • 1. 0 PROPOSAL KAJIAN PENDEKATAN TEKNIK LUKISAN DALAM ISU BULI NAMA : AL-HAFIS BIN ABD RAHMAN PENYELIA: DR. NOOR SHAMILAH BINTI ZAKARIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG, SELANGOR
  • 2. 0 Kandungan Perkara Muka Surat Pendahuluan 1 Penyataan masalah 2 Latar belakang masalah 3 Persoalan kajian 4 Objektif kajian 4 Kepentingan kajian 4 Hipotesis kajian 5 Metodologi kajian 6 Kajian perpustakaan 6 Temubual 7 Persampelan 8 Cadangan 9 Kesimpulan 9 Rujukan 10
  • 3. 1 Pengenalan Dewasa ini keganasan pelajar di sekolah semakin mendapat liputan media masa dan elektronik. Hal-hal berkaitan displin dan moral seringkali menjadi tajuk perbahasan dikalangan guru sama ada di sekolah menengah atau sekolah rendah. Pelajar yang sepatutnya menjadi asas dalam pembentukan sosial masyarakat dalam negara kini semakin rosak dengan masalah moraliti. Hukuman demi hukuman dicadangkan oleh pihak penguasa negara namun ianya tidak selesai sampai kepenghujungnya. Keprihatinan ibu bapa dan guru terhadap isu ini amat diperlukan lebih-lebih lagi jika insiden yang berlaku boleh memudaratkan keseimbangan sosial masyarakat yang lain. Masalah yang hangat diperkatakan antara lain ialah berkaitan buli. ‘Buli’ menurut kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Pembuli dianggap orang yang berpengaruh, kuat, besar, tinggi dan berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendaknya. Manakala mangsa buli disifatkan sebagai lemah, kecil dan takut. Perbuatan ini melibatkan lebih daripada satu pihak yang menyebabkan mangsa mengalami kesan sama ada secara fizikal, mental, emosi mahu pun spritual. Bagi pelakunya pula mereka akan merasa puas dengan tindakan yang dilakukan. Hal ini membuatkan mereka seolah menguasai diri mangsa yang dianggap lemah. Menurut Ferrow and Fox ( 2010 ), dalam satu kajian, keganasan buli boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan mangsa sehingga mengganggu tabiat makan dan kesihatan mereka. Murid sekolah rendah khasnya amat memerlukan penjagaan makanan yang berkualiti, perhatian yang serius, penguasaan dalam mata pelajaran dan pengukuhan akhlak sebelum meningkat ke sekolah menengah. Jika ini dapat ditangani maka pengurusan diperingkat menengah akan menjadi lebih mudah diurus.
  • 4. 2 Pernyataan masalah Buli semakin menjadi barah dalam peradapan moral insan. Mangsa buli yang mengalami trauma sukar untuk diubati dan lebih suka menyendiri daripada berhubung dengan pihak sekolah. Rasa takut dan malu membuatkan diri mereka terus merasa lemah dan menerima keadaan negatif itu dalam tempoh yang lama. Kebanyakan pengkaji melihat isu buli ini berlaku di bandar dan luar bandar yang berhampiran dengan kemudahan masyarakat setempat. Antaranya ialah kompleks membeli belah, kawasan riadah, kemudahan “access” internet dan pengangkutan awam (Ahmad, 2005). Ini secara langsung memudahkan golongan yang dianggap pembuli bersosial dan bergaul bebas tanpa kawalan. Serapan pemikiran dan budaya negatif setempat memerangkap mereka untuk berkelakuan kasar dan ganas. Jika dahulu kes-kes buli hanya melibatkan pelajar lelaki sahaja namun hari ini buli juga melibatkan pelajar perempuan. Gejala yang dianggap tidak masuk akal ini benar-benar meruntuhkan adat dan nilai budaya Melayu nusantara khususnya apabila ada dikalangan pelajar perempuan menjadi pembuli di sekolah. Wanita atau perempuan melayu yang terkenal dengan sikap dan sifat pemalu, kaya dengan kelembutan dan kesopanan kini telah hilang darjatnya dan hina dengan pembabitan mereka ke kancah yang memalukan. Satu forum berkaitan buli yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk “Buli:Satu Fenomena atau Igauan” (2015) membincangkan isu keterlibatan pelajar lelaki dan perempuan dalam gejala buli rakan sebaya. Menurut Prof Madya Dr Rozmi Ismail, salah seorang panel jemputan berkata pembuli juga mungkin terlibat dengan pengambilan dadah. Perlakuan ganas dan tidak merasa kasihan dan empati terhadap mangsa merupakan kesan dadah yang diambil. Di kawasan kampung dan pedalaman, pembangunan dan taraf hidup masyarakat tidak pesat seperti warga bandar yang lain. Namun mereka juga turut mengalami isu buli di sekolah-sekolah termasuk sekolah beraliran agama. Kes-kes yang membabitkan murid tahun lima dan enam bertengkar secara lisan dan fizikal selalu dibincangkan dalam Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Jelasnya isu buli ini telah berakar umbi diperingkat sekolah rendah. Maka tidak hairanlah jika pengurusan sekolah menengah terbeban dengan aduan dan rungutan isu hangat ini.
  • 5. 3 Melihat isu ini pengkaji ingin turut sama membantu menangani masalah yang berlaku. Pelbagai kaedah dan teknik pernah digunakan oleh beberapa orang pengkaji sebelum ini. Jadi pengkaji berhasrat untuk menggunakan suatu pendekatan untuk membantu mengenal pasti dan membimbing pembuli dan mangsa buli ke arah suasana yang sihat dan positif. Kajian ini akan memberi fokus kepada faktor individu menjadi pembuli di sekolah rendah. Latar belakang masalah ‘Terapi’ bermaksud kaedah pengubatan secara psikologi yang digunakan oleh psikologis bagi merawat klien. Pengubatan secara terapi tidak memerlukan sebarang pembedahan fizikal bahkan psikologis atau kaunselor berupaya membantu pesakit yang mengalami gangguan emosi, sosial, mental mahupun fizikal berdasarkan teknik terapi yang sesuai. ‘Seni Lukisan’ merujuk kepada tindakan tanpa lisan ( non-verbal ) yang mencantumkan dua keadaan sedar dan tidak sedar. Lukisan yang digambarkan berfokus kepada perkara yang dialami oleh individu. Adakalanya klien tidak mampu meluahkan masalah yang dialami secara lisan tetapi lukisan klien menjelaskan bebanan yang dialami oleh mereka. Minda yang mencetuskan idea dipaparkan melalui lukisan yang kreatif. Di sana dapat dilihat perasaan dan emosi yang melanda jiwa dan emosi mereka. Jika karya seni yang dihasilkan menyakitkan, mengingatkan, membangkitkan pengalaman lama yang tidak menyenangkan serta mendukacitakan, karya seni yang klien ciptakan itu sebenarnya menunjukan arah dan turut menguatkan klien. (Mc Niff, 2004).
  • 6. 4 Persoalan kajian 1. Apakah faktor luaran dan dalaman murid sekolah rendah menjadi seorang pembuli? 2. Adakah pendekatan yang digunakan boleh mengesan pengaruh buli dari rumah? 3. Adakah terdapat perkaitan antara pengalaman dera mangsa buli dengan tingkah laku buli di sekolah? Objektif kajian Beberapa objektif yang ingin dilihat dalam kajian ini. Antaranya :- 1- Melihat faktor dalaman dan luaran mempengaruhi tingkah laku buli murid di sekolah. 2- Melihat kesan pendekatan teknik kajian terhadap pembuli dan mangsa buli. 3- Melihat perkaitan antara pengalaman dera mangsa buli dengan tingkah laku buli di sekolah. Kepentingan kajian Hasil kajian adalah penting bagi melihat senario kejadian buli di kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar dengan mengenal pasti kekerapan kejadian buli, lokasi, siapa yang menjadi pembuli dan jenis perlakuan kerana akan dapat membantu: i. Guru dan pihak pentadbiran sekolah mereka bentuk program yang bersesuaian dalam memberikan dan meningkatkan kesedaran terhadap implikasi buli di sekolah. ii. Kaunselor dalam menyediakan program kaunseling yang bersesuaian terhadap mana-mana kategori individu atau kelompok yang berpotensi untuk membuli termasuk mangsa buli.
  • 7. 5 iii. Mana-mana institusi dan organisasi pendidikan untuk membina modul dan kempen yang bersesuaian dengan persekitaran sekolah luar bandar dalam meningkatkan kesedaran diri dan mencegah kejadian buli. Hipotesis Kajian Hipotesis kajan adalah ramalan awal pengaji terhadap hasil kajian yang ingin dijalankan. Hipotesis ini berkait dengan persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji. Hipotesis kajian 1: Ho1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dalaman dan luaran dengan pengaruh buli. Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dalaman dan luaran dengan pengaruh buli. Hipotesis kajian 2: Ho1: Terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan yang digunakan dengan pengaruh buli di rumah. Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan yang digunakan dengan pengaruh buli di rumah. Hipotesis kajian 3: Ho1: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh dari rumah dengan pembuli di sekolah. Ho2: Ttidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh dari rumah dengan pembuli di sekolah.
  • 8. 6 Metodologi Kajian Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian ( merumuskan apa yang dikaji). Tujuan metodologi ialah untuk membantu pengkaji memahami dengan lebih luas dan terperinci tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian terhadap kajiannya. Kajian perpustakaan Kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan telah banyak membantu pengkaji dalam mencari bahan atau idea tentang aspek yang boleh dikaji oleh pengkaji. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk yang akan dikaji hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan. Kajian perpustakaan banyak dimanfaatkan dalam menyiapkan bab satu dan dua iaitu bahagian yang melibatkan konsep-konsep yang sesuai digunakan dalam kajian yang akan dibuat dan bahagian kosa ilmu yang menerangkan soal kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Penting bagi seseorang pengkaji untuk mempunyai maklumat atau bahan yang berkaitan dengan kajiannya agar kajian yang dilakukan itu tidak menyerupai dengan kajian-kajian yang lalu. Hal ini juga penting kerana hasil dari kajian perpustakaan pengkaji akan dapat lebih memahami bagaimana sesuatu kajian itu dilakukan. Dalam menjalankan kajian perpustakaan, pengkaji perlu bijak dalam memilih bahan yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam kajian pengkaji. Hal ini penting kerana pemilihan bahan yang sesuai akan banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan latihan ilmiah terutama dalam bab satu dan dua. Dalam pencarian bahan atau sumber rujukan yang sesuai, pengkaji perlu tahu apa yang akan dikaji atau apa yang akan diketengahkan dalam kajian pengkaji. Hal ini akan memudahkan pengkaji dalam mencari bahan atau sumber rujkan yang sesuai dengan kajian pengkaji.
  • 9. 7 Kajian perpustakaan yang dilakukan oleh pengkaji bukan hanya mencari buku- buku yang diperlukan di perpustakaan tun seri lanang dan perpustakaan pusat linguistik dan bahasa sahaja. Tetapi pengkaji juga turut memanfaatkan kemudahan terkini iaitu pengkaji juga mendapatkan bahan yang diperlukan melalui perpustakaan atas talian. Hal ini memudahkan pengkaji dalam mendapatkan artikel-artikel dan membantu pengkaji mendapatkan bahan yang lebih banyak. Di samping itu, kebanyakan artikel hanya boleh didapati dalam perpustakaan atas talian sahaja seperti gema online, institutional repository of universiti kebangsaan malaysia dan beberapa laman web lagi. Laman web yang sedemikian boleh dianggap sebagai perpustakaan atas talian. Dalam usaha mendapatkan lirik-lirik lagu jenaka rakyat kedah pula, pengkaji berusaha untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut dari perpustakaan negeri dan juga dari kedai-kedai muzik serta cuba mendapatkan dari laman web atas talian. Temubual Antara instrument yang digunakan bagi mengumpul data, pengkaji menggunakan teknik temubual. Ini bertujuan mendapatkan data secara langsung daripada sampel kajian dan menjurus kepada kesahihan dalam kajian penyelidik. Temubual sangat membantu penyelidik disamping mempercepat proses penemuan isu yang ingin dikaji. Menurut Patton (1980), terdapat 3 jenis kaedah temubual iaitu temubual formal, tidak formal dan temubual terbuka. Kaedah temubual ini juga dikenali sebagai temubual berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tidak berstruktur ( fontana dan frey,1914 ). Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan kaedah temubual berstruktur. Ini bagi mendapatkan maklumat secara terperinci dan tersusun berkaitan dengan latar belakang klien dan keluarga klien seperti sosiokeluarga, pendapatan, pekerjaan, komunikasi dan punca konflik.
  • 10. 8 Dalam kaedah temubual tidak berstruktur klien akan memberi maklumat secara fleksibel. Ini bermaksud klien dengan mudah menyatakan apa yang terlintas dalam permikiran mereka. Di sinilah tugas penyelidik untuk menyusun data dan maklumat tersebut agar dapat diberi kesimpulan dengan betul. Persampelan Dalam membuat kajian kualitataif, terdapat dua cara untuk mendapatkan sample bagi tujuan kajian iaitu samada secara rawak atau bukan rawak. Sampel yang diambil secara rawak dari sesebuah populasi akan digunapakai sebagai inferens kepada populasi yang hendak kita kaji itu. Ini bermaksud , selepas selesai kajian dijalankan dan selepas melihat kepada hasil dapatan kajian, hasil kajian akan menunjukkan bahawa sampel yang dipilih itu mewakili populasi dari semua segi yang dipaparkan oleh sampel tadi. Rajah 1 Dalam kajian ini sebanyak 40 orang pelajar akan dipilih menjadi sampel kajian. Mereka terdiri daripada murid sekolah rendah dalam daerah kuala pilah, negeri sembilan. Penyelidik menetapkan sampel kajian berumur sembilan sehingga 12 tahun dalam kalangan lelaki dan perempuan.
  • 11. 9 Kesimpulan Kesimpulannya, kajian ini bertujuan melihat kesan penderaan bapa di rumah yang mempengaruhi klien menjadi pembuli di sekolah melalui pendekatan teknik lukisan. Kajian dijalankan secara kualitatif yang menggunakan teknik temubual dimana sampel dipilih secara rawak. Sampel diambil merupakan pelajar sekolah rendah dalam daerah kuala pilah, negeri sembilan. Cadangan. Beberapa cadangan dapat dikemukakan kepada penyelidik akan datang antaranya ialah: 1. kajian ini hanya merujuk kepada murid sekolah rendah walaupun ianya boleh dikaji secara meluas kepada skop yang lebih besar dan pelbagai contohnya remaja dan dewasa. Teknik lukisan juga boleh digunakan terhadap kajian berkaitan perkara dan isu selain masalah buli di sekolah. 2. Kekangan masa dan tempat kajian yang terhad menyebabkan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar. Maka kajian akan datang memerlukan tempoh masa yang lebih lama dan lokasi yang lebih sesuai agar hasil kajian boleh didapati lebih tepat.
  • 12. 10 Rujukan: Mahadi Bin Hj. Khalid, (2007),Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang : Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Sarawak, Institut Perguruan Batu Lintang Azizi Hj Yahaya & Abdul Latif Ahmad,(Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005: 63–86), Persepsi Guru Dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat ,Universiti Teknologi Malaysia Patton, M.Q.(1990), “Qualitative Evaluation And Research Method.”London:Sage Publication. Merriem, S.B, (1998),”Qualitative Research And Case Study Application In Education”(2nd Ed.). San Francisco: Jossey-Bass