2. Pengenalan
Harga komoditi dunia telah meningkat dengan
ketara sejak awal tahun 2007 dam kekal pada
paras yang tinggi, kecuali penurunan mendadak
yang singkat pada tahun 2009.
Ia mengalami turun naik yang ketara,
terutamanya harga minyak mentah.
Hal ini disebabkan oleh permintaan global yang
meningkat, ganngguan bekalan dunia, dan
pasaran komoditi yang lebih bercirikan pasaran
kewangan dalam keadaan mudah tunai global
yang berlebihan.
3. Peningkatan harga minyak dunia memberi kesan
kepada kenaikan kos pengeluaran, kos
pengangkutan dan seterusnya harga barang-
barang dan perkhidmatan.
Di Malaysia harga produk berasaskan minyak
dan gas adalah dikawal.
Dengan itu ianya mungkin boleh melindungi atau
sekurangnya melambatkan kesan tersebut
terhadap ekonomi.
Dalam masa yang sama Malaysia adalah
pengeksport bersih minyak.
Justeru itu, kenaikan harga minyak dunia
menyumbang secara positif kepada pendapatan
negara
4. Faktor Peningkatan Harga Minyak di
Dunia
Pertumbuhan pesat di rantau Asia telah
meningkatkan permintaan minyak terutamanya
dari negara Cina dan India
Ketidaktentuan geopolitik di Asia Tengah telah
mengakibatkan ketidakseimbangan pasaran
minyak dunia
Jangkaan agen ekonomi terhadap peningkatan
berterusan harga minyak dunia berkemungkinan
memberi kesan negatif terhadap ekonomi
negara-negara di Asia Tenggara.
5. Kesan kenaikan harga minyak
mentah
menjejaskan permintaan minyak dunia dalam
jangka pendek
Peningkatan harga minyak dunia memberi kesan
kepada kenaikan kos pengeluaran, kos
pengangkutan dan seterusnya harga barang-
barang dan perkhidmatan
Dikebanyakan negara membangun termasuk
Malaysia harga produk berasaskan minyak dan
gas adalah dikawal. Oleh itu, banyak negara
telah mengambil tindakan meningkatkan harga
minyak runcit dalam negara melalui pembiayaan
fiskal ataupun melepaskan beban kenaikan
kepada pengguna
6. Jadual menunjukkan kadar harga purata petrol dan diesel
di beberapa negara Asia terpilih dalam unit matawang
Malaysia (RM)
Negara 2004 2006
Petrol Diesel Petrol Diesel
Malaysia 1.41 0.84 1.96 1.48
Thailand 2.05 1.41 2.59 2.41
Indonesia 1.03 0.68 2.11 1.63
Singapura 3.38 2.09 3.40 2.33
Vietnam 1.82 1.22 2.48 1.96
Myanmar 0.46 0.38 2.44 2.78
Taiwan 2.70 2.09 3.07 2.63
Hong Kong 5.85 3.80 6.25 3.92
China 1.82 1.63 2.55 2.26
7. Impak pada harga hasil dari peningkatan harga
sumber tenaga mempunyai dua kesan iaitu kesan
secara langsung dan tidak langsung pada tingkat
harga
Peningkatan harga minyak dan gas secara langsung
menyebabkan indeks harga meningkat secara
umum kerana petroleum dan gas sebahagian
besarnya digunakan oleh isi rumah
Manakala kesan tidak langsung datangnya dari
pengeluar yang memindahkan sebahagian dari
peningkatan harga minyak dan kos operasi kepada
barang dan perkhidmatan akhir.
Maka dengan itu, wujudnya kesan makroekonomi
iaitu peningkatan harga barang dan perkhidmatan
yang menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan
akhirnya meningkatkan harga output pengeluaran
8. Manakala kesan secara langsung peningkatan harga
minyak dan gas terhadap inflasi bergantung pada
nisbah penggunaan produk akhir dan juga keupayaan
pengguna untuk menggantikan dengan barangan
yang kurang menggunakan tenaga atau mencari
alternatif sumber tenaga yang murah.
Tambahan pula, kesan secara tidak langsung
datangnya dari pengeluar yang bergantung pada
sumber tenaga dan keupayaan untuk menggantikan
sumber tenaga yang lebih murah.
Jika firma tidak dapat mencari sumber tenaga
alternatif yang murah menyebabkan barang yang
digunakan untuk menghasilkan output akhir menjadi
mahal.
Ini secara tidak langsung pengeluaran firma akan
berkurangan, seterusnya memberi kesan negatif
kepada output akhir.