SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Unit tittle: Kesusasteraan Melayu
Name: Nadhihah Binti Mohamed Zaini
No Matrik: PB180034
Kelas:1 jazari
Tajuk karya: Cerpen Oren
Guru Subjek: Encik Syurdi Bin Shuib
Cerpen Oren
B.Analisis karya anda perlulah merangkumi:
Sinopsis
Ayah “aku” gelisah kerana kucing peliharaannya,iaitu Oren tidak pulang ke rumah.Sudah empat hari ayah “aku” tidak melihat
kelibat Oren.Oren ialah seekor anak kucing yang telah dipungut selepas ayah “aku” terlanggar ibunya sehingga mati.Sejak
peristiwa itu,Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga “aku”.Ayah “aku” dapat merasakan bahawa Oren merajuk
selepas kehadiran Kelabu dalan keluarga mereka.Kelabu lebih manja dan pandai mencuri perhatian keluarga “aku”.Hal ini telah
membuatkan ayah “aku” lebih banyak memberikan perhatian kepada Kelabu.
Kehilangan Oren membuatkan ayah “aku” berasa bersalah.Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa
dalam mimpinya. Ayah “aku” bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren.Pada keesokkan harinya,ayah “aku”
bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya.Selepas diberitahu bahawa Oren masih tidak nampak kelibatnya,barulah ayah “aku”
sedar bahwa dia sebernanya bermimpi.Ayah “aku” menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil membawa bangkai Oren.Bangkai Oren telah ditemuikan dicelah-celah pokok tua
yang tumbang di taman permainan.Mata ayah “aku” kelihatan berkaca.Seluruh anggota keluarga “aku” tertumpu kepada ayah
“aku”.
Tema
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.Dalam cerpen ini,seekor kucing yang dipanggil Oren telah diabaikan oleh
penjaganya,iaitu ayah “aku”.Oren membawa diri disebabkan rasa tersisih dengan kehadiran kucing lain,iaitu Kelabu dalam
keluarga “aku” .Kehilangan Oren telah menimbulkan kegelisahan dan rasa bersalah dalam diri ayah “aku” sehingga beliau
terbawa-bawa dalam mimpinya.Kehilangan Oren akhirnya terjawab apabila Anis menemukan bangkai Oren dicelah-celah pokok
tua yang tumbang di taman permainan.
Persoalan
a) Kasih sayang yang malibatkan haiwan peliharaan.Ayah “aku” dan anggota keluarganya memberikan sepenuh kasih sayang
kepada kucing peliharaan mereka.
b) Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik.Ayah “aku” dan anggota keluarganya lebih
memberikan tumpuan kepada Kelabu sehingga menyebabkan Oren terasa tersisih lalu membawa diri.
c) Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya sesuatu kehilangan.Kesilapan ayah “aku” yang lebih
memanjakan Kelabu hanya disedari Oren tidak pulang di rumah.
d) Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia semata-mata tetapi juga membabitkan haiwan.Ayah “aku” yang belas
kasihan akan nasib Oren dan Kelabu telah membawa kucing-kucing tersebut ke rumahnya untuk dipelihara.
e) Perhatian yang lebih terhadap haiwan yang berpunca daripada kepandaiannya mengambil hati dan kebijaksanaannya
menyesuaikan diri.Kelabu yang pandai mengambil hati dan memanjakandiri telah membuatkan tuannya dan anggota keluarga
tuannya lebih meberikan perhatian kepadanya.
f) Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama.Angota keluarga ayah “aku” memahami konflik yang
dihadapi oleh ayah “aku” dan tidak mahu membebankan beliau.
Watak dan Perwatakan
Ayah “aku”
a) Bapa kepada tiga orang anak.
b) Suka akan kucing.
c) Bersifat belas kasihan
d) Berasa gelisah apabila Oren tidak pulang ke rumah.
e) Ketua keluarga yang baik.
f) Dihantui perasaan bersalah mengabaikan Oren.
g) Mudah tersentuh hati.
Oren
a) Kucing berbulu Oren.
b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah “aku”.
c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.
d) Bersikap pasif.
e) Tidak suka memanjakan diri dengan tuannya.
Kelabu
a) Kucing yang berwarna kelabu
b) Menunjukkan reaki yang lebih manja.
c) Semasa kecil,Kelabu selalu membuang najis merata-rata tempat.
d) Pada awalnya,Kelabu kurs dan tidak terusus.
e) Selepas di dipelihara oleh ayah “aku” dan anggota keluarganya,kelabu semakin tembam.
Plot
Binaan plot
a) Permulaan-Ayah “aku” bertanya tentang Oren,iaitu kucing peliharaannya yang tidak pulang ke rumah.Kegelisahan ayah “aku”
tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian anggota keluarganya.
b) Perkembangan-Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren mati.Ayah “aku” telah mebawa Oren
pulang ke rumahnya.Ibu “aku” mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku”.Kemudian,Ayah
“aku” membawa kelabu pulang ke rumahnya.Kelabu ialah seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta.kelabu lebih
manja dan pandai menarik perhatian.Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri.
c) Klimaks-Sudah lebih seminggu Oren tidak pulang ke rumah.Ayah “aku” berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan
Oren.Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah ”aku”.
d) Peleraian-Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota keluarganya di meja makan.Tiba-tiba,Anis masuk ke dapur
dengan membwa bangkai Oren.Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah poko tua yang tumbang di taman permainan
semalam.
Teknik plot
a) Dialog.Contohnya,
• “Kemanakah engkau pergi,Oren?”soalnya sambil mengusap-usap belakang kucing
itu.[hlm.38]
• “Mengapa,Oren?”Dia tidak tahu akan sebabnya dia menanyakan soalan itu tetapi dia dapat
merasakan perasaannya yang sayu setiap kali mata Oren dan matanya bertemu.[hlm.38-39]
b)Imbas Kembali
• Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah
mereka.
c)Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama
empat hari.
d)Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.
LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu
Latar Tempat/ Ruang
i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor
kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk
dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu
Gaya Bahasa dan Unsur Bahasa
Ayat
a)Pengarang mengunakan ayat pendek.
• Oren masih tidak pulang.
• Hari terus berlalu.
b)Pengarang menggunakan ayat panjang.
• Petang itu,dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan
dan yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis.
• Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan
membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya.
Kata Ganda
• “Kemanakah engkau pergi,Oren?”soalnya sambil mengusap-usap belakang
kucingnya itu.
NILAI
• Kasih sayang – ayah dan keluarganya
menyayangi kucing peliharaan mereka
• Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab
memelihara Oren selepas kematian ibunya
• Baik hati – ayah memberikan makanan yang
berkhasiat kepada kucing peliharaannya
PENGAJARAN
• Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih
sayang walaupun kepada makhluk selain
manusia.
• Kita perlulah bertanggungjawab dalam
melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
• Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan
perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahteraan dalam hidup.
Keistimewaan Cerpen
 Dapat mengajar para pelajar agar sentiasa
menyanyi haiwan dan tidak memilih kasih.
Kekurangan Cerpen
Cerita yang agak pendek.
Cerita yang kurang menarik.
Penambahbaikkan
Penulis boleh menambahkan idea yang baharu
agar dapat memanjangkan lagi cerpen tersebut
dan dapat menarik banyak lagi perhatian
pembaca.

More Related Content

What's hot

CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)SUFINA SHUKRI
 
Analisis cerpen oren
Analisis cerpen orenAnalisis cerpen oren
Analisis cerpen orenAdamHarith7
 
Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan MelayuKesusasteraan Melayu
Kesusasteraan MelayuAmyraKarim
 
Assessment bm komsas
Assessment bm komsasAssessment bm komsas
Assessment bm komsasAlisyaSofea
 
Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1
Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1
Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1MuhammadFahmi137
 
Assessment Bahasa Melayu
Assessment Bahasa MelayuAssessment Bahasa Melayu
Assessment Bahasa MelayuAdamHaris9
 
Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)
Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)
Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)aisyahsofia3
 
Assessment Bahasa Malaysia - Cerpen Oren
Assessment Bahasa Malaysia - Cerpen OrenAssessment Bahasa Malaysia - Cerpen Oren
Assessment Bahasa Malaysia - Cerpen OrenYusoff Kamil
 
Komsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 Khazin
Komsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 KhazinKomsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 Khazin
Komsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 Khazinsyazwanidahlan
 
Assessment bahasa melayu
Assessment bahasa melayuAssessment bahasa melayu
Assessment bahasa melayuafykimi
 
18sx adik pun-tahu
18sx adik pun-tahu18sx adik pun-tahu
18sx adik pun-tahucicakrosfbj6
 

What's hot (20)

CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
 
Analisis cerpen oren
Analisis cerpen orenAnalisis cerpen oren
Analisis cerpen oren
 
CERPEN OREN
CERPEN ORENCERPEN OREN
CERPEN OREN
 
Cerpen 'oren'
Cerpen 'oren'Cerpen 'oren'
Cerpen 'oren'
 
Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan MelayuKesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu
 
Cerpen oren
Cerpen orenCerpen oren
Cerpen oren
 
Cerpen oren
Cerpen orenCerpen oren
Cerpen oren
 
Assessment bm komsas
Assessment bm komsasAssessment bm komsas
Assessment bm komsas
 
Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1
Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1
Tugasan Akhir Semester 2 2018 Tingkatan 1
 
Cerpen Oren
Cerpen OrenCerpen Oren
Cerpen Oren
 
Assessment Bahasa Melayu
Assessment Bahasa MelayuAssessment Bahasa Melayu
Assessment Bahasa Melayu
 
Kesusteraan Melayu
Kesusteraan MelayuKesusteraan Melayu
Kesusteraan Melayu
 
Assessment BM
Assessment BMAssessment BM
Assessment BM
 
Cerpen oren
Cerpen orenCerpen oren
Cerpen oren
 
Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)
Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)
Tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 tingkatan 1 (updated)
 
Assessment Bahasa Malaysia - Cerpen Oren
Assessment Bahasa Malaysia - Cerpen OrenAssessment Bahasa Malaysia - Cerpen Oren
Assessment Bahasa Malaysia - Cerpen Oren
 
Komsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 Khazin
Komsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 KhazinKomsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 Khazin
Komsas- Nor Syazwani Binti Dahlan- 1 Khazin
 
Assessment bahasa melayu
Assessment bahasa melayuAssessment bahasa melayu
Assessment bahasa melayu
 
18sx adik pun-tahu
18sx adik pun-tahu18sx adik pun-tahu
18sx adik pun-tahu
 
Cerpen oren
Cerpen orenCerpen oren
Cerpen oren
 

Recently uploaded

Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikObat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikNegustinNegustin
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Fathan Emran
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanMateri Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanTitaniaUtami
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramTitaniaUtami
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfAndiCoc
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarAureliaAflahAzZahra
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptxErikaPutriJayantini
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxFidiaHananasyst
 
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8RiniWulandari49
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAgusSuarno2
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurDoddiKELAS7A
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanaji guru
 

Recently uploaded (20)

Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitikObat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
Obat pada masa kehamilan: uteretonik dan tokolitik
 
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang KesehatanMateri Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
Materi Penggolongan Obat Undang-Undang Kesehatan
 
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan GaramMateri Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
Materi Kimfar Asam,Basa,Buffer dan Garam
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
 
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
Bahan Ajar Power Point Materi Campuran kelas 8
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptxAksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
Aksi Nyata Cegah Perundungan Mulai dari Kelas [Guru].pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Power point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsurPower point materi IPA pada materi unsur
Power point materi IPA pada materi unsur
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
 

CERPEN OREN

  • 1. Unit tittle: Kesusasteraan Melayu Name: Nadhihah Binti Mohamed Zaini No Matrik: PB180034 Kelas:1 jazari Tajuk karya: Cerpen Oren Guru Subjek: Encik Syurdi Bin Shuib
  • 2. Cerpen Oren B.Analisis karya anda perlulah merangkumi: Sinopsis Ayah “aku” gelisah kerana kucing peliharaannya,iaitu Oren tidak pulang ke rumah.Sudah empat hari ayah “aku” tidak melihat kelibat Oren.Oren ialah seekor anak kucing yang telah dipungut selepas ayah “aku” terlanggar ibunya sehingga mati.Sejak peristiwa itu,Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga “aku”.Ayah “aku” dapat merasakan bahawa Oren merajuk selepas kehadiran Kelabu dalan keluarga mereka.Kelabu lebih manja dan pandai mencuri perhatian keluarga “aku”.Hal ini telah membuatkan ayah “aku” lebih banyak memberikan perhatian kepada Kelabu. Kehilangan Oren membuatkan ayah “aku” berasa bersalah.Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah “aku” bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren.Pada keesokkan harinya,ayah “aku” bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya.Selepas diberitahu bahawa Oren masih tidak nampak kelibatnya,barulah ayah “aku” sedar bahwa dia sebernanya bermimpi.Ayah “aku” menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya. Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil membawa bangkai Oren.Bangkai Oren telah ditemuikan dicelah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan.Mata ayah “aku” kelihatan berkaca.Seluruh anggota keluarga “aku” tertumpu kepada ayah “aku”.
  • 3. Tema Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.Dalam cerpen ini,seekor kucing yang dipanggil Oren telah diabaikan oleh penjaganya,iaitu ayah “aku”.Oren membawa diri disebabkan rasa tersisih dengan kehadiran kucing lain,iaitu Kelabu dalam keluarga “aku” .Kehilangan Oren telah menimbulkan kegelisahan dan rasa bersalah dalam diri ayah “aku” sehingga beliau terbawa-bawa dalam mimpinya.Kehilangan Oren akhirnya terjawab apabila Anis menemukan bangkai Oren dicelah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan.
  • 4. Persoalan a) Kasih sayang yang malibatkan haiwan peliharaan.Ayah “aku” dan anggota keluarganya memberikan sepenuh kasih sayang kepada kucing peliharaan mereka. b) Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik.Ayah “aku” dan anggota keluarganya lebih memberikan tumpuan kepada Kelabu sehingga menyebabkan Oren terasa tersisih lalu membawa diri. c) Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya sesuatu kehilangan.Kesilapan ayah “aku” yang lebih memanjakan Kelabu hanya disedari Oren tidak pulang di rumah. d) Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia semata-mata tetapi juga membabitkan haiwan.Ayah “aku” yang belas kasihan akan nasib Oren dan Kelabu telah membawa kucing-kucing tersebut ke rumahnya untuk dipelihara. e) Perhatian yang lebih terhadap haiwan yang berpunca daripada kepandaiannya mengambil hati dan kebijaksanaannya menyesuaikan diri.Kelabu yang pandai mengambil hati dan memanjakandiri telah membuatkan tuannya dan anggota keluarga tuannya lebih meberikan perhatian kepadanya. f) Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama.Angota keluarga ayah “aku” memahami konflik yang dihadapi oleh ayah “aku” dan tidak mahu membebankan beliau.
  • 5. Watak dan Perwatakan Ayah “aku” a) Bapa kepada tiga orang anak. b) Suka akan kucing. c) Bersifat belas kasihan d) Berasa gelisah apabila Oren tidak pulang ke rumah. e) Ketua keluarga yang baik. f) Dihantui perasaan bersalah mengabaikan Oren. g) Mudah tersentuh hati. Oren a) Kucing berbulu Oren. b) Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah “aku”. c) Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang. d) Bersikap pasif. e) Tidak suka memanjakan diri dengan tuannya. Kelabu a) Kucing yang berwarna kelabu b) Menunjukkan reaki yang lebih manja. c) Semasa kecil,Kelabu selalu membuang najis merata-rata tempat. d) Pada awalnya,Kelabu kurs dan tidak terusus. e) Selepas di dipelihara oleh ayah “aku” dan anggota keluarganya,kelabu semakin tembam.
  • 6. Plot Binaan plot a) Permulaan-Ayah “aku” bertanya tentang Oren,iaitu kucing peliharaannya yang tidak pulang ke rumah.Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren turut mendapat perhatian anggota keluarganya. b) Perkembangan-Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren mati.Ayah “aku” telah mebawa Oren pulang ke rumahnya.Ibu “aku” mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku”.Kemudian,Ayah “aku” membawa kelabu pulang ke rumahnya.Kelabu ialah seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta.kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian.Oren pula bersikap pasif dan suka menyendiri. c) Klimaks-Sudah lebih seminggu Oren tidak pulang ke rumah.Ayah “aku” berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren.Kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah ”aku”. d) Peleraian-Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota keluarganya di meja makan.Tiba-tiba,Anis masuk ke dapur dengan membwa bangkai Oren.Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah poko tua yang tumbang di taman permainan semalam.
  • 7. Teknik plot a) Dialog.Contohnya, • “Kemanakah engkau pergi,Oren?”soalnya sambil mengusap-usap belakang kucing itu.[hlm.38] • “Mengapa,Oren?”Dia tidak tahu akan sebabnya dia menanyakan soalan itu tetapi dia dapat merasakan perasaannya yang sayu setiap kali mata Oren dan matanya bertemu.[hlm.38-39] b)Imbas Kembali • Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka. c)Monolog Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari. d)Pemerian Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.
  • 8. LATAR Latar Masa i. Kehilangan Oren selama empat hari ii. Sudah seminggu hujan turun iii. Setiap malam iv. Hujung pertengahan Disember v. Makan malam vi. Dua hari yang lalu Latar Tempat/ Ruang i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya Latar Masyarakat i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu
  • 9. Gaya Bahasa dan Unsur Bahasa Ayat a)Pengarang mengunakan ayat pendek. • Oren masih tidak pulang. • Hari terus berlalu. b)Pengarang menggunakan ayat panjang. • Petang itu,dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. • Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kata Ganda • “Kemanakah engkau pergi,Oren?”soalnya sambil mengusap-usap belakang kucingnya itu.
  • 10. NILAI • Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka • Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya • Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya
  • 11. PENGAJARAN • Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia. • Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain, • Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.
  • 12. Keistimewaan Cerpen  Dapat mengajar para pelajar agar sentiasa menyanyi haiwan dan tidak memilih kasih.
  • 13. Kekurangan Cerpen Cerita yang agak pendek. Cerita yang kurang menarik.
  • 14. Penambahbaikkan Penulis boleh menambahkan idea yang baharu agar dapat memanjangkan lagi cerpen tersebut dan dapat menarik banyak lagi perhatian pembaca.