SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Dalam pendidikan Malaysia penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M) amat di pentingkan pada peringkat awal. Ini
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.
Prabacaan dijalankan untuk murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan murid-murid yang
belum menguasai tiga kemahiran ini.

       Perbezaan minat, pengalaman, bakat serta gaya belajar individu murid itu
sendiri mengakibatkan ada segelintir murid lebih lambat menguasai sesuatu
kemahiran berbanding dengan rakan sebayanya. Melalui prabacaan         keperluan-
keperluan murid berpencapaian rendah dapat di penuhi untuk mengharungi masa
depan mereka.

       Membaca merupakan kemahiran yang paling di utamakan dalam prabacaan.
Pada masa dahulu membaca merupakan kemahiran yang memindahkan tulisan
kepada suara semata-mata. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan
dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak
difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara
membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran
dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu
membaca bahasanya sendiri dan daripadda itu difikirkan tentu mengerti apa yang
dituturkannya.

       Mengikut    fahaman    sekarang    membaca     itu   bukanlah   bermakna
memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan
memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan
kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang
disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung sebagai pandai membaca.
Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran
membaca.

      Tulisan juga amat penting dalam 3M. Tulisan adalah bahasa yang bertulis
dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan merupakan satu alat untuk melahirkan
buah fikiran, perasaan dan minda mereka. Seseorang individu akan dapat
menghayati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisan. Oleh
itu, pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi
menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.
     Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan
teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah
juga di sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah
sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam
masa yang selari.
Pada masa kini terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid
sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca
atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak
sebabnya       perkara      „tidak     boleh       membaca‟        ini     berlaku.
Mungkin kesediaan murid-murid untuk membaca tidak dititik beratkan pada awal
alam persekolahan.

       Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid
menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang
melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan
seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai
potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan
menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan
minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja
atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang
dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak
menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan,
keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan
keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik,
haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan).

      Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca
sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha
untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh
menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.
Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami
oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.
Oleh yang demikian,      kaedah bacaan Bahasa Melayu di peringkat awal
(Darjah 1 atau 2), harus perlu digubal dengan cara yang lebih sesuai, mudah dan
berkesan untuk mencari penyelesaian masalah tidak menguasai kemahiran ini.
      Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh
guru-guru kita – „kaedah abjad‟ , „kaedah fonik‟, „kaedah pandang dan sebut‟,
„kaedah                  eklektik‟                dan                sebagainya.
Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika
murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca
di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini
terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada
keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak
munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca
dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. Dalam rancangan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya – dari segi matlamat
supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira – bergantung besar
atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan
mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan
berisi : berbagai „ilmu pengetahuan‟, mesej moral, dan sebagainya.
Prabacaan




                 Pengamatan         Pengamatan      Pergerakan
                                                    Tangan dan
                 Penglihatan        Pendengaran        Mata


                Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar




                               Laksanakan Latihan




Konsep Pengamatan

Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas
pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya
rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil
proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep
yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971).
Bertindak
                         Menerima
                                                       Balas
                        Rangsangan
                                                     (Respon)




                         Merakam                     Memproses
                         Maklumat                     Maklumat




                        Proses Pengamatan Janet W. Leaner



        Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna kepadatugas-
tugas     pancaindera   dengan       bantuan       pengalaman-pengalaman    lalu    yang
berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses
pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah
Baharom et al, 2002).




        Penerimaan                   Proses Data                  Tindak Balas




                     Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.

Komponen dan Bentuk Pengamatan

Berikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat diaplikasikan
dalam melaksanakan aktiviti prabacaan.

I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi        visual-
motor dan visual-kinestetik)
II.   Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi
visual-pendengaran)

III. Pergerakan tangan dan mata.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1
Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
Bahan         : Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.
Aktiviti Murid : Murid melaksanakan gambar yang telah dicampur adukkan oleh guru.

                  Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.



Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2
Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan
kenyataan atau di buku skrap kelas.
Bahan                :Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh

                     dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat

                     tulis-menulis.
Aktiviti Guru/Murid :

1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.

2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidu” sebagai respons
terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru

 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan
kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan
lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut
tajuk tertentu.
AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN


Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1


Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam
perbezaan bunyinya.
Bahan:
Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.


Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku,
tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi
benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita
rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.


Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2
Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir,
air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.
Bahan:
Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang,
angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat
disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.


Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis
bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA


Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1
Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan:
Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.


Aktiviti Guru/Murid:
1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model
yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2


Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke
bawah untuk membolehkan membentuk huruf.
Bahan:
Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera,
bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah
yang dibuat dengan garisan putus-putus.


Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan
sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan
menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik
memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.
Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat
membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya
sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain,
dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak
serius.

          Kemahiran 3M adalah „alat‟ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta,
dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam
menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari.
Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat „mengenal
huruf‟ sudah tidak memadai lagi.

          Masyarakat     kita    sentiasa    mengharapkan       sistem    persekolahan     kita
memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan
jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu
dianggap        gagal,      dan       harus         dikaji    semula      serta     dipulihkan.
Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam
sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di
peringkat awal. Antaranya ialah:-

Kaedah abjad

        Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf
yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajar
menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadang ada
nyanyian         yang           menggunakan            huruf-huruf       sebagai       liriknya.
     Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u.
Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan sebagainya, dan diikuti pula
dengan mengeja perkataan-perkataan. Selepas itu latihan menulis ayat-ayat pendek
diberikan. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih
untuk      mengetahui     nama-nama         huruf    hingga   tahu     membaca     ayat-ayat   .
Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang
bermakna    bagi   kanak-kanak.   Memulakan     pengajaran   membaca     dengan
menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan
sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil
masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.



Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say)


      Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama
Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi
kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih
bermakna daripada Kaedah Menghafal „nama setiap huruf itu‟. Misalnya batu,
rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan
yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap
hurufnya.

      Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan
asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh
perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.
Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan
sebagainya. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba „mengenal‟ keseluruhan
lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa
puluh „lambang perkataan‟ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru
diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang
mewakilinya.

      Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan
membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu, menyusahkan
dan   melambatkan      lagi   murid-murid   mencapai     kemahiran     membaca.



Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di
antara simbol (huruf) dan „bunyi‟ (grapheme phoneme relationship) supaya
kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar „bunyi-bunyi‟ huruf. Ertinya lambing
huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya „a‟ dibunyikan „aa…‟, „t‟ – „tah‟, „s‟ –
„ss‟. „u‟ – „uu…‟, „z‟ – „zz…‟, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-
tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, „ba‟, „da‟, „tu‟, „ka‟, „lu‟,
„mi‟ dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi
perkataan-perkataan – „dada‟, „batu‟, „kata‟, „lalu‟, dan sebagainya. Seterusnya
murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-
perkataan.
         Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik,
(iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara „huruf‟ dan „bunyinya‟), dan oleh
sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini
sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan
Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih
berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.
Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi
huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak
panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum
mereka     membaca      perkataan-perkataan       dan    ayat-ayat    yang    bermakna.
Aktiviti Peringkat Prabacaan

      Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
      Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz.

      Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.
      Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.
      Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.




Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis

      Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.
      Membaca perkataan bergambar.
      Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan
      gambar.
      Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.
      Mengeja perkataan dan membaca ayat
      Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan.



Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami

      Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan
      yang diberi.
      Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi.
      Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.
      Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah.
      Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan.
      Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan
Aktiviti Peringkar Pramenulis


      Aktiviti membuat corak :
      Aktiviti mewarnakan corak :
      Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :


          Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya



Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :-

      Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

      Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua
      Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul
      Menulis huruf mengikut urutan yang tetap
      Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
      Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

More Related Content

What's hot

Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)unitpljun2014
 
Strategi pembelajaran active
Strategi pembelajaran activeStrategi pembelajaran active
Strategi pembelajaran activeTri Adi
 
4. deria dan seni
4. deria dan seni4. deria dan seni
4. deria dan senisinurha
 
Teori belajar kognitif
Teori belajar kognitifTeori belajar kognitif
Teori belajar kognitifLia Destiani
 
PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)
PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)
PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)Misc_ChaAlhedrah
 
Pengenalan matematika pada anak usia dini
Pengenalan matematika pada anak usia diniPengenalan matematika pada anak usia dini
Pengenalan matematika pada anak usia diniDheendhy SundonkYank
 
Ppt teori belajar sibernetik
Ppt teori belajar sibernetikPpt teori belajar sibernetik
Ppt teori belajar sibernetikCiliburempatAsyik
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paud1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paudAzizah18595
 
Kelompok 2 sbm jadi
Kelompok 2 sbm   jadiKelompok 2 sbm   jadi
Kelompok 2 sbm jadiMitha Ye Es
 
Teori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi Gagne
Teori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi GagneTeori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi Gagne
Teori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi GagneTeguh Arie Sandy
 
Media Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri Sriwijaya
Media Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri SriwijayaMedia Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri Sriwijaya
Media Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri SriwijayaHeriyanto Lim
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Mazli Jaafar
 

What's hot (20)

Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
 
Strategi pembelajaran active
Strategi pembelajaran activeStrategi pembelajaran active
Strategi pembelajaran active
 
B A B I V
B A B  I VB A B  I V
B A B I V
 
Merencanakan Sentra Pembelajaran
Merencanakan Sentra Pembelajaran Merencanakan Sentra Pembelajaran
Merencanakan Sentra Pembelajaran
 
4. deria dan seni
4. deria dan seni4. deria dan seni
4. deria dan seni
 
Teori belajar kognitif
Teori belajar kognitifTeori belajar kognitif
Teori belajar kognitif
 
PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)
PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)
PENGURUSAN PEMBELAJARAN: PENGURUSAN PELAJAR(KUMPULAN OREN)
 
Pengenalan matematika pada anak usia dini
Pengenalan matematika pada anak usia diniPengenalan matematika pada anak usia dini
Pengenalan matematika pada anak usia dini
 
Bermain Dan Anak
Bermain Dan AnakBermain Dan Anak
Bermain Dan Anak
 
Kognitif "Psikologi Pendidikan"
Kognitif "Psikologi Pendidikan"Kognitif "Psikologi Pendidikan"
Kognitif "Psikologi Pendidikan"
 
PPT Tokoh Pendidikan Anak Usia Dini
PPT Tokoh Pendidikan Anak Usia Dini PPT Tokoh Pendidikan Anak Usia Dini
PPT Tokoh Pendidikan Anak Usia Dini
 
Ppt teori belajar sibernetik
Ppt teori belajar sibernetikPpt teori belajar sibernetik
Ppt teori belajar sibernetik
 
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteriKecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paud1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paud
 
Kelompok 2 sbm jadi
Kelompok 2 sbm   jadiKelompok 2 sbm   jadi
Kelompok 2 sbm jadi
 
Teori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi Gagne
Teori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi GagneTeori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi Gagne
Teori Komunikasi Berlo & Pemrosesan Informasi Gagne
 
Media Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri Sriwijaya
Media Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri SriwijayaMedia Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri Sriwijaya
Media Pembelajaran PLPG 2014 STAB Negeri Sriwijaya
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 

Similar to Literasi bahasa kerja kursus

Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3Mohamad Saad Mohamad Nain
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfridafarida14
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasanwindarti aja
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4shockgadof
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikaniirstanty
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikaniirstanty
 
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02Andri Zukro
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
uas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfuas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfridafarida14
 
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanPembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanWisda Putri
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranPermata_An-Nur
 
Artikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikanArtikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikanElsina Sihombing
 
Perkembangan Kogntif dan Bahasa
Perkembangan Kogntif dan BahasaPerkembangan Kogntif dan Bahasa
Perkembangan Kogntif dan BahasaIndah Fatmawati
 
Metode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative LearningMetode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative LearningR Wijaya
 
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACAFAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACAEffy Haridth
 
masalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membacamasalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membacaEFFY HARIDTH
 
Karya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatKarya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatTum-tum Rizla
 
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Boedi Santosa,
 

Similar to Literasi bahasa kerja kursus (20)

Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdf
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasan
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
Psikologimakalah 101016054200-phpapp02
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
uas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfuas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdf
 
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanPembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
 
Artikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikanArtikel psikologi pendidikan
Artikel psikologi pendidikan
 
Perkembangan Kogntif dan Bahasa
Perkembangan Kogntif dan BahasaPerkembangan Kogntif dan Bahasa
Perkembangan Kogntif dan Bahasa
 
Metode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative LearningMetode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative Learning
 
3
33
3
 
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACAFAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN MEMBACA
 
masalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membacamasalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membaca
 
Karya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatKarya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyat
 
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
 

Literasi bahasa kerja kursus

  • 1. Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam pendidikan Malaysia penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) amat di pentingkan pada peringkat awal. Ini membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Prabacaan dijalankan untuk murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan murid-murid yang belum menguasai tiga kemahiran ini. Perbezaan minat, pengalaman, bakat serta gaya belajar individu murid itu sendiri mengakibatkan ada segelintir murid lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding dengan rakan sebayanya. Melalui prabacaan keperluan- keperluan murid berpencapaian rendah dapat di penuhi untuk mengharungi masa depan mereka. Membaca merupakan kemahiran yang paling di utamakan dalam prabacaan. Pada masa dahulu membaca merupakan kemahiran yang memindahkan tulisan kepada suara semata-mata. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripadda itu difikirkan tentu mengerti apa yang dituturkannya. Mengikut fahaman sekarang membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dihitung sebagai pandai membaca.
  • 2. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca. Tulisan juga amat penting dalam 3M. Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan merupakan satu alat untuk melahirkan buah fikiran, perasaan dan minda mereka. Seseorang individu akan dapat menghayati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisan. Oleh itu, pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu. Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.
  • 3. Pada masa kini terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara „tidak boleh membaca‟ ini berlaku. Mungkin kesediaan murid-murid untuk membaca tidak dititik beratkan pada awal alam persekolahan. Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan). Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.
  • 4. Oleh yang demikian, kaedah bacaan Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), harus perlu digubal dengan cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan untuk mencari penyelesaian masalah tidak menguasai kemahiran ini. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita – „kaedah abjad‟ , „kaedah fonik‟, „kaedah pandang dan sebut‟, „kaedah eklektik‟ dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya – dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira – bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai „ilmu pengetahuan‟, mesej moral, dan sebagainya.
  • 5. Prabacaan Pengamatan Pengamatan Pergerakan Tangan dan Penglihatan Pendengaran Mata Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Laksanakan Latihan Konsep Pengamatan Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971).
  • 6. Bertindak Menerima Balas Rangsangan (Respon) Merakam Memproses Maklumat Maklumat Proses Pengamatan Janet W. Leaner Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna kepadatugas- tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002). Penerimaan Proses Data Tindak Balas Proses Pengamatan Noresah Baharom et al. Komponen dan Bentuk Pengamatan Berikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan. I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual- motor dan visual-kinestetik)
  • 7. II. Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visual-pendengaran) III. Pergerakan tangan dan mata. AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan : Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain. Aktiviti Murid : Murid melaksanakan gambar yang telah dicampur adukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan. Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan :Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis. Aktiviti Guru/Murid : 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidu” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.
  • 8. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
  • 9. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.
  • 10. Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. Kemahiran 3M adalah „alat‟ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat „mengenal huruf‟ sudah tidak memadai lagi. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal. Antaranya ialah:- Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Selepas itu latihan menulis ayat-ayat pendek diberikan. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat . Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang
  • 11. bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas. Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say) Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal „nama setiap huruf itu‟. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba „mengenal‟ keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh „lambang perkataan‟ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu, menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca. Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan „bunyi‟ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru.
  • 12. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar „bunyi-bunyi‟ huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya „a‟ dibunyikan „aa…‟, „t‟ – „tah‟, „s‟ – „ss‟. „u‟ – „uu…‟, „z‟ – „zz…‟, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap- tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, „ba‟, „da‟, „tu‟, „ka‟, „lu‟, „mi‟ dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan – „dada‟, „batu‟, „kata‟, „lalu‟, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan- perkataan. Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara „huruf‟ dan „bunyinya‟), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.
  • 13. Aktiviti Peringkat Prabacaan Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan saiz. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf. Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan. Menyusun benda atau gambar mengikut urutan. Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan. Membaca perkataan bergambar. Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan bepandukan gambar. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan. Mengeja perkataan dan membaca ayat Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam perkataan. Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan yang diberi. Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi. Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan. Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah. Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan. Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan
  • 14. Aktiviti Peringkar Pramenulis Aktiviti membuat corak : Aktiviti mewarnakan corak : Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :  Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :- Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul Menulis huruf mengikut urutan yang tetap Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.