SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Bincangkan kelebihan dan kekurangan bacaan intensif dan ekstensif.
BACAAN INTENSIF
Pada peringkat ini murid dapat mengembangkan kebolehan meneliti, memaham dan
mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu bahawa bacaan ekstensif merupakan bacaan
meluas yang menekankan pengukuhan asas bacaan, meningkatkan kemahiran memaham dan
menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca dan membina minat membaca
murid. Namun demikian, bacaan ekstensif yang dilakukan oleh murid ini perlu dikawal selia
dan diawasi baik oleh guru mahupun ibu-bapa di rumah kerana bimbang disalah-gunakan
untuk perkara yang sia-sia seperti membaca bahan-bahan lucah, fahaman liar dan agresif
serta ajaran sesat. Sepertimana yang diketahui, muda-mudi atau remaja zaman kini amat
mudah terpengaruh dengan dakyah liar dan pengetahuan melalui pembacaan yang membawa
kepada banyak kerosakan. Contohnya seks bebas, bersekedudukan, berlumba haram,
menghisap rokok, amalan lepak dan sebagainya.
Selain daripada itu, bacaan ekstensif lebih sesuai digunakan oleh murid-murid yang
sudah mempunyai kemahiran membaca yang baik dan berkeupayaan untuk memahami
sesuatu perkara atau persoalan dengan baik. Bacaan ekstensif kurang sesuai digunakan untuk
murid-murid yang berkebolehan sederhana dan lemah kerana masih memerlukan panduan
dan bimbingan penuh guru untuk menyelesaikan masalah bacaan yang timbul. Oleh yang
demikian, dapatlah dikatakan bahawa bacaan intensif dan ekstensif mempunyai kumpulan
sasar atau murid tertentu yang boleh menggunakannya. Terpulanglah kepada guru bahasa
sesebuah kelas untuk membuat percaturan strategi bagi memastikan murid-murid mempunyai
kemahiran membaca dan pengetahuan yang luas melalui bacaan.
Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,
Berdasarkan Modul KRB3013, Prinsip Pengajaran Bacaan, bacaan intensif dilakukan
bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir
apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Fokusnya adalah terhadap ciri-ciri tatabahasa,
pembentukan dan penggunaan perkataan dan pemakaian bahasa dalam konteks yang
berlainan. Bacaan intensif ini memerlukan bimbingan dan pengatur-caraan dari guru
sekiranya murid menghadapi masalah untuk mendapatkan jawapan.
Kebaikan yang boleh diperolehi oleh murid-murid melalui aktiviti bacaan
intensif ini ialah murid boleh merujuk atau bertanya secara langsung dengan guru bahasa
sekiranya terdapat masalah seperti kurang faham dengan ayat atau perbendaharaan kata yang
dibaca. Murid juga boleh merujuk kamus atau buku rujukan tatabahasa untuk mendapatkan
maklumat tambahan. Aktiviti bacaan senyap dan pantas juga dapat menjimatkan masa murid.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dari guru untuk bacaan intensif ini
seperti soal-jawab tentang maksud perkataan mengikut konteks, aktiviti merujuk kamus
untuk mendapatkan maklumat tambahan, aktiviti membaca senyap dengan kepantasan yang
sesuai dan sebagainya akan meningkatkan lagi minat dan kecenderungan murid untuk belajar.
Kebaikan bacaan intensif yang lain kepada murid ialah murid dapat membaca dengan baik
dari segi intonasi dan sebutan kerana adanya bimbingan secara langsung dari guru, murid
juga dapat mengembangkan kebolehan mentafsir, menilai dan mengulas isi-isi bahan bacaan
di samping nilai-nilai estitika yang terdapat di dalam bahan bacaan. Kebolehan murid untuk
membuat kesimpulan dan mengenalpasti laras-laras bahasa yang digunakan dalam teks dapat
ditingkatkan melalui perbincangan kumpulan mahupun kelas selepas sesi bacaan intensif
dilakukan.
Kelemahan ketara untuk guru dalam aktiviti bacaan intensif ini ialah guru
mestilah mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi serta perbendaharaan kata yang banyak
agar boleh memberi penjelasan, penerangan atau contoh yang mudah kepada murid
bermasalah bahasa. Guru juga perlu menyediakan perancangan terperici dari segi bahan,
aktiviti dan kekangan masa yang mungkin berlaku sekiranya mengajar murid yang lemah
atau sederhana. Kelemahan murid pula adalah kebergantungan kepada guru sepenuhnya
untuk mendapatkan penerangan atau jawapan walaupun terdapat kamus atau buku rujukan.
Biasanya, istilah atau konsep bahasa yang digunakan dalam kamus atau buku rujukan adalah
lebih sukar difahami oleh murid. Membaca secara senyap dan pantas juga boleh
menyebabkan seseorang murid mungkin lupa atau kehilangan isi-isi penting bahan yang
dibaca. Murid tidak dapat menggarap dan menyatukan keseluruhan konsep yang cuba
diketengahkan oleh pengarang.
Bacaan ekstensif pula bermaksud bacaan meluas yang dilakukan di luar bilik darjah.
Bacaan ekstensif ini menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, mempertingkatkan
kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca,
membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting bahan
bacaan. Di samping memperolehi kepuasan dan keseronokan semasa membaca, murid-murid
dapat menimba ilmu pengetahuan yang banyak dan berguna hasil dari pembacaan meluas.
Dalam bacaan ekstensif ini, tugas guru hanyalah sebagai perunding atau pembantu sahaja
seperti dalam pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian dan teknik bacaan.
Antara kebaikan yang boleh diperolehi daripada bacaan ekstensif ini ialah murid
boleh memperolehi pengetahuan am yang luas dan berguna melalui pembacaan yang tiada
had melalui buku, majalah, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Minat murid untuk membaca
juga akan bertambah kerana murid sudah boleh membaca pantas dan mendapatkan maklumat
dengan cepat. Kreativiti murid melalui pembacaan bahan berbentuk prosa mahupun puisi
akan berkembang. Murid juga dapat memperkaya, memperluaskan dan meningkatkan lagi
tahap penguasaan, daya berfikir dan penggunaan bahasa yang betul, di samping pendedahan
laras-laras bahasa yang pelbagai dalam bahan bacaan yang tidak terhad.
Kelemahan nyata yang boleh didapati hasil daripada bacaan ektensif ini ialah kawalan
ke atas bahan bacaan. Bacaan ekstensif tidak memerlukan kawalan dan penyediaan bahan
bacaan yang bersesuaian oleh guru ke atas murid. Guru hanya mengesyorkan untuk murid
memilih bahan yang sesuai dibaca tetapi murid boleh mengakses atau bebas membaca apa
sahaja bahan termasuklah bahan-bahan lucah, buku-buku fahaman barat yang tidak sesuai
dengan agama dan nilai-nilai ketimuran dan sebagainya. Penyalahgunaan kebebasan
membaca seumpama ini haruslah dibendung agar generasi muda kita mempunyai
pengetahuan dan kemahiran positif yang boleh digunakan secara bijaksana pada masa depan.
Murid yang lemah dari segi bacaan, kefahaman tentang konsep dan kurang kosa kata akan
menghadapi masalah untuk membuat rujukan kerana bacaan ekstensif ini lebih kepada
bacaan luar kelas. Murid seumpama ini tidak dapat membaca buku, majalah, surat khabar dan
sebagainya dengan baik kerana masalah kefahaman dan memerlukan guru sebagai
pembimbing sebagaimana bacaan intensif.
Kesimpulannya ialah setiap aktiviti bacaan yang dilakukan sama ada intensif atau
ekstensif haruslah mengambil kira akan kebolehan dan keupayaan murid. Guru juga perlu
menganalisis keupayaan diri sendiri sama ada boleh melaksanakan aktiviti bacaan intensif
atau ekstensif ini dengan jayanya. Sekiranya berlaku halangan atau masalah dalam
pengajarann bacaan, guru sebagai perancang pengajaran boleh memikirkan alternatif lain
untuk menjayakan objektif yang telah disasarkan kepada murid agar memperolehi kemahiran
membaca. Membaca jambatan ilmu ke masa hadapan.
tidak s tidak sesuai dengan agama dan adat-adat ketimuran dan sebagainya. Penyalahgunaan
seumpama ini
Beberapa tujuan bacaan intensif adalah;
1. Untuk membolehkan murid membaca dengan baik iaitu betul dari segi sebutan,
intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
2. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu
dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
3. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca.
4. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
5. Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
6. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca dan sebagainya.
7. Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bacaan intensif akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru membuat persediaan yang
rapi sebelum bacaan intensif dilaksanakan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
oleh guru ialah:
1. Bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas,
kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.
2. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji
perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua, latihan perkamusan, hari ketiga
latihan meneka maksud mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan
sebagainya.
3. Murid-murid patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan
tatabahasa.
4. Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk
salah betul, bentuk lisan atau bentuk jawapan bertulis.
5. Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
Assalamualikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu bahawa guru boleh menggunakan bahan
bacaan intensif yang digunakan sebagai bahan bacaan untuk diperbincangan di kalangan
murid agar pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan bermakna. Terdapat beberapa
langkah yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk memperkemas dan menjadikan
pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas berkesan menggunakan bahan bacaan
intensif.
1. Teks atau bahan bacaan intensif boleh dianalisis setelah dibincangkan bersama untuk
dijadikan asas latihan untuk penulisan.
2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bacaan intensif hendaklah dipelbagaikan oleh guru
setiap hari. Perkara ini dapat mengelakkan kebosanan dan menarik minat serta
kecenderungan murid untuk belajar melalui aktiviti bacaan.
3. Selain guru sebagai pembimbing atau penyelesai masalah yang timbul dari aktiviti bacaan
intensif, murid juga dibenarkan untuk merujuk kamus atau buku tatabahasa untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Perkara ini akan membiasakan murid untuk membuat
rujukan dan maklumat dari pelbagai sumber.
4. Guru sebagai perancang pengajaran dan pmbelajaran hendaklah mempelbagaikan teknik
menyoal baik secara lisan mahupun bertulis selepas tamat sesi bacaan intensif terhadap
murid agar pemahaman murid dapat diperkukuhkan.
Kesimpulannya ialah murid yang sudah menguasai bacaan intensif dan boleh
memahami perkataan, ayat dan isi-isi penting yang terdapat dalam sesuatu teks haruslah
digalakkan untuk membuat bacaan ekstensif atau bacaan meluas pula di luar waktu kelas
atau di rumah untuk meningkatkan lagi kefahaman, kelancaran bacaan dan menambahkan
lagi ilmu pengetahuan. Ilmu Asas Kemajuan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu berkenaan bacaan intensif dan bacaan
ekstensif. Begitu juga dengan kebaikan dan kelelmahan yang terdapat dalam kedua-dua
kaedah bacaan itu. Izinkan saya membuat kesimpulan ringkas tentang perbezaan nyata
antara bacaan intensif dan bacaan ekstensif.
1. Guru
Bacaan intensif memerlukan guru sebagai pembimbing dan penyelesai masalah bacaan
manakala bacaan ekstensif tidak memerlukan guru mengawasi kegiatan murid sepanjang
masa. Guru hadir hanya apabila diperlukan sahaja.
2. Murid
Bacaan intensif lebih sesuai digunakan untuk murid yang lemah dan sederhana kebolehan
membaca dan pemahamannya terhadap teks. Bacaan ekstensif lebih sesuai untuk murid
yang cerdas dan mempunyai sifat ingin tahu serta mempunyai minat membaca yang tinggi.
3. Bahan/Teks
Bagi bacaan intensif, bahan bacaan adalah ditentukan oleh guru. Ianya mengikut kesesuaian
dan tahap kebolehan murid. Bagi bacaan ekstensif pula, bahan bacaannya adalah meluas
dan tidak terhad. Guru hanya boleh mengesyorkan bahan bacaan tetapi murid boleh
memilih dan membaca apa sahaja bahan yang mereka suka.
4. Tempat
Guru menggunakan bacaan intensif semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Bacaan ekstentif lebih berfokuskan aktiviti luar bilik darjah oleh murid. Bacaan boleh
dibuat di mana-mana sahaja.
5. Pengetahuan
Murid yang mengikuti bacaan intensif mempunyai pengetahuan yang terhad kerana
berdasarkan sumber bacaan dari guru. Murid yang menggunakan bacaan ekstensif akan
mempunyai pengetahuan sedia ada atau am yang tinggi kerana telah membaca pelbagai
bahan bacaan yang tidak dihadkan.
6. Masa melakukan aktiviti bacaan.
Bacaan intensif lebih terikat kepada PdP dan bacaan ekstensif adalah bersifat bebas.
Bacaan intensif
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan
kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam
konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Konsep
(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.
(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai
struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan
kata.
(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat
dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.
(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan
tulisan.
(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.
Tujuan
(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan,
intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan
mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.
(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.
(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.
Aktiviti bacaan intensif
(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar
dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan
menulis.
(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan
tatabahasa.
(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji
perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga
‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan
sebagainya.
(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif,
bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa
aspek terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran
memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan
mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya,
melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping
berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
BACAAN EKSTENSIF
Bacaan skimming
Bagaimana Melakukan skimming?
Skimming dilakukan dengan cara membaca judul bab, sub bab, dan beberapa alinea
pertama dalam setiap bab-nya. Jika buku tersebut memuat kesimpulan dalam tiap bab,
maka anda dapat pula membaca sekilas ringkasan tadi.
Fungsi skimming adalah mendapatkan idea utama tentang topik bacaan, bukan detailnya.
Jadi skimming dapat dikatakan berhasil jika anda boleh mendapatkan idea pokok dan
boleh membayangkan apa yang dibahas dalam keseluruhan isi buku secara umum.
Proses skimming ini sangat berharga sebelum anda membaca secara mendalam halaman
demi halaman. Dengan skimming anda mempersiapkan otak untuk menghadapi bahan
bacaan yang sesungguhnya. Selain itu skimming juga berguna menciptakan rasa ingin tahu,
memastikan apakah buku yang akan dibaca sesuai dengan yang diharapkan, dan
mendapatkan pokok cerita.
Fungsi Skimming
Selain untuk melakukan pembacaan sekilas, skimming juga berguna dalam banyak proses
membaca lainnya. Adapun beberapa alasan mengapa skimming dapat dilakukan tanpa
harus terlalu khawatir kehilangan makna adalah:
-Kebanyakan kalimat hanya memiliki beberapa kata penting yang menjadi pembentuk
strukturnya. Dengan menghilangkan kata-kata lain yang tidak terlalu penting, maka makna
kalimat sudah dapat ditangkap tanpa harus kehilangan makna sesungguhnya. Pada
kesempatan yang akan datang saya akan membahas hal ini yang dikenal pula dengan nama
telegraphic reading.
- Dalam bahan bacaan yang cukup tebal, tidak semua bahagian memiliki tingkat kesulitan
yang sama. Ada bahagian tertentu yang memang relatif lebih ringan dan mudah dipahami
dibandingkan dengan bagian yang lain. Bahagian yang ringan dapat dibaca dengan sangat
cepat lewat skimming sedangkan bagian yang lebih sulit dibaca secara lebih lengkap dan
teliti.
- Ada kata-kata tertentu yang sangat penting dan berperan dalam membentuk struktur
kalimat yakni subjek dan predikat. Masing ingat pelajaran bahasa Indonesia dulu? Subjek-
Predikat-Objek-Keterangan (SPOK)? Dengan menguasai struktur kalimat dalam bahan
bacaan dan menguasai terutama Subjek dan Predikat, maka inti bacaan sudah dapat
dikenali. Karena itu, berfokuslah pada kata benda dan kata kerja. Selain itu, kuasai pula
kata-kata penghubung yang bisa mengubah makna kalimat secara nyata jika kata-kata
tersebut dihilangkan. Kata-kata tersebut antara lain: tidak, bukan, meskipun, akan tetapi,
sebaliknya, pada sisi yang lain, dst.
Proses Skimming
Karena skimming berguna untuk mendapatkan gambaran umum suatu bahan bacaan, maka
perlu koordinasi yang baik ketika melakukan skimming dengan otak yang aktif bertanya,
menganalisa, membandingkan, serta membuat kesimpulan.
Oleh karena itu, jangan dianggap skimming seperti membaca sambil lalu. Sebaliknya,
dibutuhkan proses membaca aktif di mana semua indera yang terlibat bekerja, mulai dari
mata, otak, bahkan indra lain seperti penciuman dan pendengaran. Membaca aktif adalah
ketika Anda seolah-olah masuk ke dalam bahan bacaan itu sendiri dan bisa mendengar,
mencium serta merasakan apa-apa yang dituliskan.
Berikut adalah bagian-bagian penting yang perlu diperhatikan ketika melakukan skimming:
• Baca cover atau jacket buku yang biasanya menjelaskan tema besar buku tersebut dan
mengapa buku tersebut penting buat Anda
• Baca kata pengantar. Banyak orang malas membaca pengantar karena dianggap basa-
basi. Hal tersebut keliru. Kata pengantar seringkali sangat penting karena penulis biasanya
menjelaskan proses penulisan buku tersebut dari awal sampai selesai serta pendekatan
yang digunakannya. Dari kata pengantar Anda bisa mendapat gambaran apakah buku yang
sedang dipegang memang layak untuk dibaca sampai selesai atau sebenarnya tidak penting
buat Anda. Bagian yang berupa ucapan terima kasih, penghargaan dan sejenisnya bisa
dilewatkan.
• Baca daftar isi. Ya, banyak orang juga melewati bagian ini dan langsung melompat ke
bab pertama. Ingat, daftar isi memberi gambaran struktur pembahasan dalam buku. Ini
akan membantu Anda menguasai bahan bacaan dalam konteks yang besar dan lengkap.
Selain itu, tidak setiap bab penting untuk dibaca. Ada bab-bab yang bisa jadi sudah Anda
pahami dari buku-buku yang pernah dibaca sebelumnya sehingga bisa dilewatkan atau
dibaca sekilas saja. Energi yang lebih besar nantinya dapat difokuskan pada informasi baru
yang memang perlu Anda kuasai dari bahan bacaan tersebut.
• Baca judul bab, sub judul dan heading. Amati diagram, gambar dan keterangan
tambahan. Secara cepat baca setiap halaman hanya 1-2 detik saja. Baca judul bab, sub
judul, heading serta amati secara singkat gambar atau diagram yang menjadi penjelas bab
tersebut. Dapatkan ide pokok hanya dari judul tadi. Ingat, Anda juga telah menguasai
struktur penulisan ketika mempelajari daftar isi sebelumnya.
3. Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama
yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang
dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam
telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah
ditekankan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangankan kebolehan
dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut
juga memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu bahawa antara kelebihan bacaan ekstensif
ialah dapat meningkatkan kepantasan murid untuk membaca iaitu murid dapat membaca
dengan senyap dan halaju yang bersesuaian dengan kebolehan murid itu sendiri. Izinkan
saya menambah bahawa bacaan pantas adalah satu satu bentuk kegiatan membaca yang
dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah menjimatkan masa. Murid
dapat membaca banyak bahan atau makalah berguna sebagai pengetahuan berguna dengan
kebolehan bacaan pantas ini. Namun demikian, membaca dengan pantas dan laju tidak
semestinya baik untuk murid kerana penumpuan dan fokus murid pada pemahaman akan
berkurangan kerana murid lebih tertumpu untuk memerhatikan simbol-sombol bacaan
semasa membaca berbanding memahami apa yang dibaca. Murid yang membaca terlalu
pantas juga akan mudah kehilangan dan lupa isi-isi penting bacaan.
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa kepantasan bacaan murid
haruslah disesuaikan dengan teks yang dibaca dan tujuan pembacaan dalam bacaan
ekstensif.
tahap murid itu sendiri. rid-murid akan
Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca dengan pelbagai dua cara salah satunya ialah
membaca pantas. Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan
dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau
bagaimanapun, membaca yang terlalu laju tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar
kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca
ketika itu.
Membaca yang dilakukan dalam keadaan yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca
kehilangan isi-isi penting yang diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang
cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu perlahan tidak pula
menguntungkan kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh
berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam.
Ini kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca
mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan
pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.
Selain daripada membaca pantas keduannya ialah bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai
scanning adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai
membaca tinjauan. Biasanya.sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti
terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk
mendapatkan maklumat awal dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi
pilihan untuk dibaca.
Membaca sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata
yang terdapat dalam buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti judul-
judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar buku, bahagian bibliografi,
kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya
4. Bahan Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks
dalam jangka waktu yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif adalah untuk
memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti membaca yang
berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara yang berikut:
a. Membaca tinjauan (survey reading)
Membaca tinjauan (survey reading) dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan. Biasanya,
kita akan meneliti apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal ini mungkin melibatkan kita
memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku-buku tersebut atau mungkin
kita akan melihat-lihat atau meneliti judul, bab, rangka besar, kandungan dan sebagainya. Latar
belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya
tinjauan dapat dilakukan
b. Membaca sekilas (skimming)
Membaca sekilas (skimming) adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak
dengan cepat melihat, memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan mendapatkan
maklumat dan penerangan.
c. Membaca dangkal (superticial reading)
Skimming adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Biasanya,
melalui proses skimming, mata bergerak dengan cepat, melihat memerhatikan bahan bertulis untuk
mendapatkan maklumat atau penerangan dengan serta-merta.
Satu daripada tujuan membaca sekilas adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah
teks yang akan ditelaah. Pembaca mungkin akan melakukannya dengan jalan meneliti halaman judul,
kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya. Daripada tindakan begini,
pembaca akan mendapat satu pandangan atau gambaran yang lebih baik dengan mempelajari sifat,
hakikat dan jangkauan buku tersebut, susunan dan organisasinya.
Satu lagi tujuan membaca sekilas adalah untuk menemukan hal-hal tertentu. Lazim juga digunakan
untuk menemukan bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan. Membaca sekilas
merupakan satu keterampilan yang sangat berfaedah sekiranya tidak disalahgunakan. Sekiranya kita
dapat menggunakan dengan bijaksana, iaitu menggunakannya secara tepat dan cerdas, kita akan
kagum betapa banyaknya maklumat dan fakta yang boleh perolehi dalam satu jangka masa yang
singkat.
Membaca dangkal yang disebutkan juga sebagai superficial reading adalah bertujuan untuk
mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu
bahan bacaan. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti–aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas
bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan
membaca. Membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

More Related Content

What's hot

Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanDemolish Wolf
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Jospher Joanes
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Saifatul Nurul Zaima
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 

What's hot (20)

Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 

Similar to BAHAN BACAAN

Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasarHal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasarmaulida_molie
 
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayuAthiletchumy Ramudu
 
Ppt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras keras
Ppt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras kerasPpt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras keras
Ppt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras kerasSukmaAyuningtiyas
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranPermata_An-Nur
 
Demonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptx
Demonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptxDemonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptx
Demonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptxBuHasna
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Abd Mutalib
 
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaPendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaOperator Warnet Vast Raha
 
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaPendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaOperator Warnet Vast Raha
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membacaeliza72
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiahnurul bazilah
 

Similar to BAHAN BACAAN (20)

Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasarHal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
 
Definisi membaca
Definisi membacaDefinisi membaca
Definisi membaca
 
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
 
Ppt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras keras
Ppt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras kerasPpt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras keras
Ppt model & strategi pembelajaran active learning membaca keras keras
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
 
Demonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptx
Demonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptxDemonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptx
Demonstrasi kontektual modul 3.3_20240417_182631_0000.pptx
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
 
Kerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasaKerja kursus literasi bahasa
Kerja kursus literasi bahasa
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
 
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaPendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
 
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaPendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
 
Jurnal ptk
Jurnal ptkJurnal ptk
Jurnal ptk
 
Jurnal ptk
Jurnal ptkJurnal ptk
Jurnal ptk
 

BAHAN BACAAN

  • 1. Bincangkan kelebihan dan kekurangan bacaan intensif dan ekstensif. BACAAN INTENSIF Pada peringkat ini murid dapat mengembangkan kebolehan meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu bahawa bacaan ekstensif merupakan bacaan meluas yang menekankan pengukuhan asas bacaan, meningkatkan kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca dan membina minat membaca murid. Namun demikian, bacaan ekstensif yang dilakukan oleh murid ini perlu dikawal selia dan diawasi baik oleh guru mahupun ibu-bapa di rumah kerana bimbang disalah-gunakan untuk perkara yang sia-sia seperti membaca bahan-bahan lucah, fahaman liar dan agresif serta ajaran sesat. Sepertimana yang diketahui, muda-mudi atau remaja zaman kini amat mudah terpengaruh dengan dakyah liar dan pengetahuan melalui pembacaan yang membawa kepada banyak kerosakan. Contohnya seks bebas, bersekedudukan, berlumba haram, menghisap rokok, amalan lepak dan sebagainya. Selain daripada itu, bacaan ekstensif lebih sesuai digunakan oleh murid-murid yang sudah mempunyai kemahiran membaca yang baik dan berkeupayaan untuk memahami sesuatu perkara atau persoalan dengan baik. Bacaan ekstensif kurang sesuai digunakan untuk murid-murid yang berkebolehan sederhana dan lemah kerana masih memerlukan panduan dan bimbingan penuh guru untuk menyelesaikan masalah bacaan yang timbul. Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa bacaan intensif dan ekstensif mempunyai kumpulan sasar atau murid tertentu yang boleh menggunakannya. Terpulanglah kepada guru bahasa sesebuah kelas untuk membuat percaturan strategi bagi memastikan murid-murid mempunyai kemahiran membaca dan pengetahuan yang luas melalui bacaan. Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera, Berdasarkan Modul KRB3013, Prinsip Pengajaran Bacaan, bacaan intensif dilakukan bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Fokusnya adalah terhadap ciri-ciri tatabahasa, pembentukan dan penggunaan perkataan dan pemakaian bahasa dalam konteks yang berlainan. Bacaan intensif ini memerlukan bimbingan dan pengatur-caraan dari guru sekiranya murid menghadapi masalah untuk mendapatkan jawapan. Kebaikan yang boleh diperolehi oleh murid-murid melalui aktiviti bacaan intensif ini ialah murid boleh merujuk atau bertanya secara langsung dengan guru bahasa sekiranya terdapat masalah seperti kurang faham dengan ayat atau perbendaharaan kata yang dibaca. Murid juga boleh merujuk kamus atau buku rujukan tatabahasa untuk mendapatkan maklumat tambahan. Aktiviti bacaan senyap dan pantas juga dapat menjimatkan masa murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dari guru untuk bacaan intensif ini seperti soal-jawab tentang maksud perkataan mengikut konteks, aktiviti merujuk kamus untuk mendapatkan maklumat tambahan, aktiviti membaca senyap dengan kepantasan yang sesuai dan sebagainya akan meningkatkan lagi minat dan kecenderungan murid untuk belajar. Kebaikan bacaan intensif yang lain kepada murid ialah murid dapat membaca dengan baik dari segi intonasi dan sebutan kerana adanya bimbingan secara langsung dari guru, murid juga dapat mengembangkan kebolehan mentafsir, menilai dan mengulas isi-isi bahan bacaan di samping nilai-nilai estitika yang terdapat di dalam bahan bacaan. Kebolehan murid untuk membuat kesimpulan dan mengenalpasti laras-laras bahasa yang digunakan dalam teks dapat ditingkatkan melalui perbincangan kumpulan mahupun kelas selepas sesi bacaan intensif dilakukan. Kelemahan ketara untuk guru dalam aktiviti bacaan intensif ini ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi serta perbendaharaan kata yang banyak agar boleh memberi penjelasan, penerangan atau contoh yang mudah kepada murid bermasalah bahasa. Guru juga perlu menyediakan perancangan terperici dari segi bahan,
  • 2. aktiviti dan kekangan masa yang mungkin berlaku sekiranya mengajar murid yang lemah atau sederhana. Kelemahan murid pula adalah kebergantungan kepada guru sepenuhnya untuk mendapatkan penerangan atau jawapan walaupun terdapat kamus atau buku rujukan. Biasanya, istilah atau konsep bahasa yang digunakan dalam kamus atau buku rujukan adalah lebih sukar difahami oleh murid. Membaca secara senyap dan pantas juga boleh menyebabkan seseorang murid mungkin lupa atau kehilangan isi-isi penting bahan yang dibaca. Murid tidak dapat menggarap dan menyatukan keseluruhan konsep yang cuba diketengahkan oleh pengarang. Bacaan ekstensif pula bermaksud bacaan meluas yang dilakukan di luar bilik darjah. Bacaan ekstensif ini menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, mempertingkatkan kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting bahan bacaan. Di samping memperolehi kepuasan dan keseronokan semasa membaca, murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang banyak dan berguna hasil dari pembacaan meluas. Dalam bacaan ekstensif ini, tugas guru hanyalah sebagai perunding atau pembantu sahaja seperti dalam pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian dan teknik bacaan. Antara kebaikan yang boleh diperolehi daripada bacaan ekstensif ini ialah murid boleh memperolehi pengetahuan am yang luas dan berguna melalui pembacaan yang tiada had melalui buku, majalah, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Minat murid untuk membaca juga akan bertambah kerana murid sudah boleh membaca pantas dan mendapatkan maklumat dengan cepat. Kreativiti murid melalui pembacaan bahan berbentuk prosa mahupun puisi akan berkembang. Murid juga dapat memperkaya, memperluaskan dan meningkatkan lagi tahap penguasaan, daya berfikir dan penggunaan bahasa yang betul, di samping pendedahan laras-laras bahasa yang pelbagai dalam bahan bacaan yang tidak terhad. Kelemahan nyata yang boleh didapati hasil daripada bacaan ektensif ini ialah kawalan ke atas bahan bacaan. Bacaan ekstensif tidak memerlukan kawalan dan penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian oleh guru ke atas murid. Guru hanya mengesyorkan untuk murid memilih bahan yang sesuai dibaca tetapi murid boleh mengakses atau bebas membaca apa sahaja bahan termasuklah bahan-bahan lucah, buku-buku fahaman barat yang tidak sesuai dengan agama dan nilai-nilai ketimuran dan sebagainya. Penyalahgunaan kebebasan membaca seumpama ini haruslah dibendung agar generasi muda kita mempunyai pengetahuan dan kemahiran positif yang boleh digunakan secara bijaksana pada masa depan. Murid yang lemah dari segi bacaan, kefahaman tentang konsep dan kurang kosa kata akan menghadapi masalah untuk membuat rujukan kerana bacaan ekstensif ini lebih kepada bacaan luar kelas. Murid seumpama ini tidak dapat membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya dengan baik kerana masalah kefahaman dan memerlukan guru sebagai pembimbing sebagaimana bacaan intensif. Kesimpulannya ialah setiap aktiviti bacaan yang dilakukan sama ada intensif atau ekstensif haruslah mengambil kira akan kebolehan dan keupayaan murid. Guru juga perlu menganalisis keupayaan diri sendiri sama ada boleh melaksanakan aktiviti bacaan intensif atau ekstensif ini dengan jayanya. Sekiranya berlaku halangan atau masalah dalam pengajarann bacaan, guru sebagai perancang pengajaran boleh memikirkan alternatif lain untuk menjayakan objektif yang telah disasarkan kepada murid agar memperolehi kemahiran membaca. Membaca jambatan ilmu ke masa hadapan. tidak s tidak sesuai dengan agama dan adat-adat ketimuran dan sebagainya. Penyalahgunaan seumpama ini Beberapa tujuan bacaan intensif adalah; 1. Untuk membolehkan murid membaca dengan baik iaitu betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. 2. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
  • 3. 3. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. 4. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. 5. Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. 6. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca dan sebagainya. 7. Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bacaan intensif akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru membuat persediaan yang rapi sebelum bacaan intensif dilaksanakan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah: 1. Bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis. 2. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua, latihan perkamusan, hari ketiga latihan meneka maksud mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan sebagainya. 3. Murid-murid patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa. 4. Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan atau bentuk jawapan bertulis. 5. Segala kajian harus dibuat secara mendalam. Assalamualikum dan Salam Sejahtera, Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu bahawa guru boleh menggunakan bahan bacaan intensif yang digunakan sebagai bahan bacaan untuk diperbincangan di kalangan murid agar pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan bermakna. Terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk memperkemas dan menjadikan pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas berkesan menggunakan bahan bacaan intensif. 1. Teks atau bahan bacaan intensif boleh dianalisis setelah dibincangkan bersama untuk dijadikan asas latihan untuk penulisan. 2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bacaan intensif hendaklah dipelbagaikan oleh guru setiap hari. Perkara ini dapat mengelakkan kebosanan dan menarik minat serta kecenderungan murid untuk belajar melalui aktiviti bacaan. 3. Selain guru sebagai pembimbing atau penyelesai masalah yang timbul dari aktiviti bacaan intensif, murid juga dibenarkan untuk merujuk kamus atau buku tatabahasa untuk mendapatkan maklumat tambahan. Perkara ini akan membiasakan murid untuk membuat rujukan dan maklumat dari pelbagai sumber. 4. Guru sebagai perancang pengajaran dan pmbelajaran hendaklah mempelbagaikan teknik menyoal baik secara lisan mahupun bertulis selepas tamat sesi bacaan intensif terhadap murid agar pemahaman murid dapat diperkukuhkan.
  • 4. Kesimpulannya ialah murid yang sudah menguasai bacaan intensif dan boleh memahami perkataan, ayat dan isi-isi penting yang terdapat dalam sesuatu teks haruslah digalakkan untuk membuat bacaan ekstensif atau bacaan meluas pula di luar waktu kelas atau di rumah untuk meningkatkan lagi kefahaman, kelancaran bacaan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Ilmu Asas Kemajuan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu berkenaan bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Begitu juga dengan kebaikan dan kelelmahan yang terdapat dalam kedua-dua kaedah bacaan itu. Izinkan saya membuat kesimpulan ringkas tentang perbezaan nyata antara bacaan intensif dan bacaan ekstensif. 1. Guru Bacaan intensif memerlukan guru sebagai pembimbing dan penyelesai masalah bacaan manakala bacaan ekstensif tidak memerlukan guru mengawasi kegiatan murid sepanjang masa. Guru hadir hanya apabila diperlukan sahaja. 2. Murid Bacaan intensif lebih sesuai digunakan untuk murid yang lemah dan sederhana kebolehan membaca dan pemahamannya terhadap teks. Bacaan ekstensif lebih sesuai untuk murid yang cerdas dan mempunyai sifat ingin tahu serta mempunyai minat membaca yang tinggi. 3. Bahan/Teks Bagi bacaan intensif, bahan bacaan adalah ditentukan oleh guru. Ianya mengikut kesesuaian dan tahap kebolehan murid. Bagi bacaan ekstensif pula, bahan bacaannya adalah meluas dan tidak terhad. Guru hanya boleh mengesyorkan bahan bacaan tetapi murid boleh memilih dan membaca apa sahaja bahan yang mereka suka. 4. Tempat Guru menggunakan bacaan intensif semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bacaan ekstentif lebih berfokuskan aktiviti luar bilik darjah oleh murid. Bacaan boleh dibuat di mana-mana sahaja. 5. Pengetahuan Murid yang mengikuti bacaan intensif mempunyai pengetahuan yang terhad kerana berdasarkan sumber bacaan dari guru. Murid yang menggunakan bacaan ekstensif akan mempunyai pengetahuan sedia ada atau am yang tinggi kerana telah membaca pelbagai bahan bacaan yang tidak dihadkan. 6. Masa melakukan aktiviti bacaan. Bacaan intensif lebih terikat kepada PdP dan bacaan ekstensif adalah bersifat bebas. Bacaan intensif Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
  • 5. Konsep (a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru. (b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata. (c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya. (d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting. Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. (c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. (d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca. (e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa. (f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai. (g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya. Aktiviti bacaan intensif (a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis. (b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa. (c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya. (d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
  • 6. (e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam. Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. BACAAN EKSTENSIF Bacaan skimming Bagaimana Melakukan skimming? Skimming dilakukan dengan cara membaca judul bab, sub bab, dan beberapa alinea pertama dalam setiap bab-nya. Jika buku tersebut memuat kesimpulan dalam tiap bab, maka anda dapat pula membaca sekilas ringkasan tadi. Fungsi skimming adalah mendapatkan idea utama tentang topik bacaan, bukan detailnya. Jadi skimming dapat dikatakan berhasil jika anda boleh mendapatkan idea pokok dan boleh membayangkan apa yang dibahas dalam keseluruhan isi buku secara umum. Proses skimming ini sangat berharga sebelum anda membaca secara mendalam halaman demi halaman. Dengan skimming anda mempersiapkan otak untuk menghadapi bahan bacaan yang sesungguhnya. Selain itu skimming juga berguna menciptakan rasa ingin tahu, memastikan apakah buku yang akan dibaca sesuai dengan yang diharapkan, dan mendapatkan pokok cerita. Fungsi Skimming Selain untuk melakukan pembacaan sekilas, skimming juga berguna dalam banyak proses membaca lainnya. Adapun beberapa alasan mengapa skimming dapat dilakukan tanpa harus terlalu khawatir kehilangan makna adalah: -Kebanyakan kalimat hanya memiliki beberapa kata penting yang menjadi pembentuk strukturnya. Dengan menghilangkan kata-kata lain yang tidak terlalu penting, maka makna kalimat sudah dapat ditangkap tanpa harus kehilangan makna sesungguhnya. Pada kesempatan yang akan datang saya akan membahas hal ini yang dikenal pula dengan nama telegraphic reading. - Dalam bahan bacaan yang cukup tebal, tidak semua bahagian memiliki tingkat kesulitan yang sama. Ada bahagian tertentu yang memang relatif lebih ringan dan mudah dipahami dibandingkan dengan bagian yang lain. Bahagian yang ringan dapat dibaca dengan sangat cepat lewat skimming sedangkan bagian yang lebih sulit dibaca secara lebih lengkap dan
  • 7. teliti. - Ada kata-kata tertentu yang sangat penting dan berperan dalam membentuk struktur kalimat yakni subjek dan predikat. Masing ingat pelajaran bahasa Indonesia dulu? Subjek- Predikat-Objek-Keterangan (SPOK)? Dengan menguasai struktur kalimat dalam bahan bacaan dan menguasai terutama Subjek dan Predikat, maka inti bacaan sudah dapat dikenali. Karena itu, berfokuslah pada kata benda dan kata kerja. Selain itu, kuasai pula kata-kata penghubung yang bisa mengubah makna kalimat secara nyata jika kata-kata tersebut dihilangkan. Kata-kata tersebut antara lain: tidak, bukan, meskipun, akan tetapi, sebaliknya, pada sisi yang lain, dst. Proses Skimming Karena skimming berguna untuk mendapatkan gambaran umum suatu bahan bacaan, maka perlu koordinasi yang baik ketika melakukan skimming dengan otak yang aktif bertanya, menganalisa, membandingkan, serta membuat kesimpulan. Oleh karena itu, jangan dianggap skimming seperti membaca sambil lalu. Sebaliknya, dibutuhkan proses membaca aktif di mana semua indera yang terlibat bekerja, mulai dari mata, otak, bahkan indra lain seperti penciuman dan pendengaran. Membaca aktif adalah ketika Anda seolah-olah masuk ke dalam bahan bacaan itu sendiri dan bisa mendengar, mencium serta merasakan apa-apa yang dituliskan. Berikut adalah bagian-bagian penting yang perlu diperhatikan ketika melakukan skimming: • Baca cover atau jacket buku yang biasanya menjelaskan tema besar buku tersebut dan mengapa buku tersebut penting buat Anda • Baca kata pengantar. Banyak orang malas membaca pengantar karena dianggap basa- basi. Hal tersebut keliru. Kata pengantar seringkali sangat penting karena penulis biasanya menjelaskan proses penulisan buku tersebut dari awal sampai selesai serta pendekatan yang digunakannya. Dari kata pengantar Anda bisa mendapat gambaran apakah buku yang sedang dipegang memang layak untuk dibaca sampai selesai atau sebenarnya tidak penting buat Anda. Bagian yang berupa ucapan terima kasih, penghargaan dan sejenisnya bisa dilewatkan. • Baca daftar isi. Ya, banyak orang juga melewati bagian ini dan langsung melompat ke bab pertama. Ingat, daftar isi memberi gambaran struktur pembahasan dalam buku. Ini akan membantu Anda menguasai bahan bacaan dalam konteks yang besar dan lengkap. Selain itu, tidak setiap bab penting untuk dibaca. Ada bab-bab yang bisa jadi sudah Anda pahami dari buku-buku yang pernah dibaca sebelumnya sehingga bisa dilewatkan atau dibaca sekilas saja. Energi yang lebih besar nantinya dapat difokuskan pada informasi baru yang memang perlu Anda kuasai dari bahan bacaan tersebut. • Baca judul bab, sub judul dan heading. Amati diagram, gambar dan keterangan tambahan. Secara cepat baca setiap halaman hanya 1-2 detik saja. Baca judul bab, sub judul, heading serta amati secara singkat gambar atau diagram yang menjadi penjelas bab tersebut. Dapatkan ide pokok hanya dari judul tadi. Ingat, Anda juga telah menguasai struktur penulisan ketika mempelajari daftar isi sebelumnya.
  • 8. 3. Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan) Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangankan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut juga memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya bersetuju dengan pernyataan Cikgu bahawa antara kelebihan bacaan ekstensif ialah dapat meningkatkan kepantasan murid untuk membaca iaitu murid dapat membaca dengan senyap dan halaju yang bersesuaian dengan kebolehan murid itu sendiri. Izinkan saya menambah bahawa bacaan pantas adalah satu satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah menjimatkan masa. Murid dapat membaca banyak bahan atau makalah berguna sebagai pengetahuan berguna dengan kebolehan bacaan pantas ini. Namun demikian, membaca dengan pantas dan laju tidak semestinya baik untuk murid kerana penumpuan dan fokus murid pada pemahaman akan berkurangan kerana murid lebih tertumpu untuk memerhatikan simbol-sombol bacaan semasa membaca berbanding memahami apa yang dibaca. Murid yang membaca terlalu pantas juga akan mudah kehilangan dan lupa isi-isi penting bacaan. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa kepantasan bacaan murid haruslah disesuaikan dengan teks yang dibaca dan tujuan pembacaan dalam bacaan ekstensif.
  • 9. tahap murid itu sendiri. rid-murid akan Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca dengan pelbagai dua cara salah satunya ialah membaca pantas. Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu laju tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu. Membaca yang dilakukan dalam keadaan yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca kehilangan isi-isi penting yang diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu perlahan tidak pula menguntungkan kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam. Ini kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia. Selain daripada membaca pantas keduannya ialah bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. Biasanya.sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca. Membaca sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata yang terdapat dalam buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti judul- judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya 4. Bahan Bacaan Ekstensif
  • 10. Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif adalah untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara yang berikut: a. Membaca tinjauan (survey reading) Membaca tinjauan (survey reading) dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan. Biasanya, kita akan meneliti apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal ini mungkin melibatkan kita memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku-buku tersebut atau mungkin kita akan melihat-lihat atau meneliti judul, bab, rangka besar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan b. Membaca sekilas (skimming) Membaca sekilas (skimming) adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat, memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. c. Membaca dangkal (superticial reading) Skimming adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Biasanya, melalui proses skimming, mata bergerak dengan cepat, melihat memerhatikan bahan bertulis untuk mendapatkan maklumat atau penerangan dengan serta-merta. Satu daripada tujuan membaca sekilas adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah teks yang akan ditelaah. Pembaca mungkin akan melakukannya dengan jalan meneliti halaman judul, kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya. Daripada tindakan begini, pembaca akan mendapat satu pandangan atau gambaran yang lebih baik dengan mempelajari sifat, hakikat dan jangkauan buku tersebut, susunan dan organisasinya. Satu lagi tujuan membaca sekilas adalah untuk menemukan hal-hal tertentu. Lazim juga digunakan untuk menemukan bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan. Membaca sekilas merupakan satu keterampilan yang sangat berfaedah sekiranya tidak disalahgunakan. Sekiranya kita dapat menggunakan dengan bijaksana, iaitu menggunakannya secara tepat dan cerdas, kita akan kagum betapa banyaknya maklumat dan fakta yang boleh perolehi dalam satu jangka masa yang
  • 11. singkat. Membaca dangkal yang disebutkan juga sebagai superficial reading adalah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti–aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca. Membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.