1. MPU33050 :TALAQQI ALQURAN
ISTI’ADHAH & BASMALAH
NAMA NO MATRIK
•MOHAMAD NUR FIRDAUS BIN ZULKIFLI 044260
•NOR ZULIYANA ZAFIRAH BINTI ZULKIFLI 043297
•SITI NADIRAH BINTI ISMAIL 044263
•CHE NUR SYAMIMI BINTI CHE MALIK 044580
•NUR KHALILAH BINTI MOHD ZAIDI 044844
PROGRAM : ISM REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER : 1 / 2016_2017
PENSYARAH : USTAZ ASNAWI BIN ISMAIL
2. ISTI’ADHAH “”االستعاذة
Maksud
Isti'adhah iaitu ُُذوُعَأُِهـَّاللِبَُنِمُِانَطْيَّشالي ِجَّالر bermaksud, "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
terkutuk."
Lafaz ini diucap ketika hendak membaca al-Quran sama ada pada permulaan bacaan mahupun pada
pertengahan bacaan.
Dari segi Bahasa, Isti’adhah bermaksud berlindung. Dari segi istilah pula, Isti’adhah bermaksud lafaz yang
menghasilkan perlindungan dan naungan Allah daripada gangguan syaitan dalam apa jua keadaan.
Ia diambil daripada firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nahl ayat 98 :
اَذِإَفَُتْأ َرَقَُآن ْرُقْالُْذِعَتْساَفُِ َّاّللِبَُنِمُِانَطْيَّشالُِيم ِجَّالر
Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang
terkutuk.(Surah al-Nahl, 16:98)
3. Lafaz Isti’adhah
Terdapat beberapa shighah(bentuk) dalam membaca isti’adhah. Bentuk yang paling masyhur adalah ُُذوُعَأُِهـَّاللِبَُنِمُِانَطْيَّشالي ِجَّالر . Namun, ulama
berpendapat, lafaz ini boleh ditambah atau dikurangi selagi tidak membawa maksud yang salah.
Hukum membaca Isti’adhah
Membaca Isti’adhah merupakan satu perkara sunat yang dituntut dan diamalkan oleh Rasullah S.A.W sendiri.
Ulama membahagikan bacaan Isti’adhah kepada dua keadaan ketika membaca al-Quran iaitu bacaan secara kuat dan jelas dan bacaan secara perlahan.
1. Bacaan secara kuat dan jelas
Ketika membaca al-Quran pada majlis-majlis tertentu atau ketika mempelajari al-Quran kerana berhajat kepada orang sekeliling mendengar
bacaan tersebut.
2.Bacaan secara perlahan
a. Ketika membaca al-Quran secara perlahan walaupun di tempat orang ramai.
b. Ketika membaca al-Quran secara kuat tetapi di tempat yang sunyi dan tiada gangguan.
c. Ketika bertadarus al-Quran secara berjemaah sekiranya bukan orang pertama memulakan bacaan.
d. Ketika dalam keadaan bersolat.
Bacaan Isti’adhah tidak perlu diulangi sekiranya bacaan terputus disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan seperti bersin, batuk, menguap
dan sebagainya. Sebaliknya perlu diulangi sekiranya terputus disebabkan perkara luar yang tidak berkait dengan bacaan al-Quran seperti makan,
minum, memberi salam dan sebagainya.
4. BASMALAH “بسملة”
Maksud
Basmalah (Bahasa Arab: )بسملة ialah sebuah ringkasan kepada bacaan بسمهللاالرحمنالرحيم yang bermaksud "Dengan
nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"
Lafaz basmalah diambil dari firman Allah S.W.T dalam surah al-Naml ayat 30:
ُُهَّنِإُْنِمَُانَمْيَلُسُُهَّنِإ َوُِمْسِبُِ َّاّللُِن ََٰمْحَّالرَُّالرُِيم ِح
Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. (Surah al-Naml, 27:30)
5. Hukum membaca Basmalah
Para Ulama membahagikan hukum membaca Basmalah kepada tiga :
1) Wajib : Membaca Basmalah hukumnya wajib pada permulaan Surah Al-Fatihah, Mengikutmazhab al-
Syafi’I, basmalah dikira salah satu ayat dalam surah al-Fatihah.
2) Sunat : Pada seluruh permulaan surah selain surah al-Taubah.
3) Makruh dan Haram : Haram pada permulaan surah al-Taubah kerana dua sebab :
a. Sesetengah ulama berpendapat surat al-Taubah merupakan sambungan daripada surah sebelumnya
iaitu al-Anfal.
b. Surat al-Taubah diturunkan dalam perang Tabuk pada kesembilan Hijrah.
6. CARA BACAAN ISTI’ADHAH DAN BASMALAH
Pada awal setiap surah kecuali surah al-Taubah
1) Putus semua (Baca satu persatu)
ُِْمي ِجَُّالرِانَطْيَّشُالَنُِمِهللاِبُُذ ْوُعَاOُِيم ِحَُّالرِنَمْحَُّالرِ َُّاّللِْمسِبOُدَحَُأُ َُّاّلل َوُهُْلُقO
1) Disambung semua (Tanpa berhenti)
ُِْمي ِجَُّالرِانَطْيَّشُالَنُِمِهللاِبُُذ ْوُعَاOُِيم ِحَُّالرِنَمْحَُّالرِ َُّاّللِْمسِبOُدَحَُأُ َُّاّلل َوُهُْلُقO
1) Disambung Isti’adhah dengan Basmalah.
ُِْمي ِجَُّالرِانَطْيَّشُالَنُِمِهللاِبُُذ ْوُعَاOُِيم ِحَُّالرِنَمْحَُّالرِ َُّاّللِْمسِبOُدَحَُأُ َُّاّلل َوُهُْلُقO
1) Disambung Basmalah dengan Awal Surah
ُِْمي ِجَُّالرِانَطْيَّشُالَنُِمِهللاِبُُذ ْوُعَاOُِيم ِحَُّالرِنَمْحَُّالرِ َُّاّللِْمسِبOدَحَأ ُ هاَّلل َوُه ْلُقO
Para ulama sepakat tentang penetapan bacaan basmalah pada setiap awal surat kecuali surat At-Taubah. Manakala bacaan
Isti’adhah bila dibaca ketika memulakan bacaan al-Quran.
7. Bacaan basmalah antara dua surah
1) Putus semua (Baca satu persatu)
ُدَحَاُأ ًوُفُكُُهَلُْنُكَيُْمَل َوOُِيم ِحَُّالرِنَمْحَُّالرِ َُّاّللِْمسِبOُِقَلَفُْالِب َرِبُُذوُعَُأْلُقO
1) Disambung semua (Tanpa berhenti)
ُدَحَاُأ ًوُفُكُُهَلُْنُكَيُْمَل َوOُِيم ِحَُّالرِنَمْحَُّالرِ َُّاّللِْمسِبOُِقَلَفُْالِب َرِبُُذوُعَُأْلُقO
1) Disambung Basmalah dengan awal surah
ُدَحَاُأ ًوُفُكُُهَلُْنُكَيُْمَل َوOُِيم ِحَُّالرِنَمْحَُّالرِ َُّاّللِْمسِبOُِقَلَفُْالِب َرِبُُذوُعَُأْلُقO
Menurut riwayat imam Hafs tidak harus menyambung antara dua surah tanpa basmalah kecuali pada surah al-Taubah.
8. Bacaan antara surah al-Anfal dan surah al-Taubah
1) Washal : Menyambung akhir surah al-Anfal dengan awal surat al-Taubah.
…ُيمِلَعٍُءْيَشُِلُكِبَُ َُّاّللَّنِإOُِهِلوُسَر َُوِ َُّاّللَنُِمةَءا َرَب…O
1) Waqaf : Menghentikan bacaan pada akhir surat al-Anfal, kemudian mengambil nafas, lalu melanjutkan bacaan
pada awal surat al-Taubah.
…ُيمِلَعٍُءْيَشُِلُكِبَُ َُّاّللَّنِإOُِهِلوُسَر َُوِ َُّاّللَنُِمةَءا َرَب…O
1) Saktah : Menghentikan bacaan sejenak ± dua harakat tanpa mengambil nafas pada akhir surat al-Anfal,
kemudian melanjutkan bacaan pada awal surat al-Taubah.
…ُيمِلَعٍُءْيَشُِلُكِبَُ َُّاّللَّنِإOُِهِلوُسَر َُوِ َُّاّللَنُِمةَءا َرَب…O
Oleh itu, jika diawal surah al-Taubah harus untuk dimulakan dengan isti’adhah sahaja. Manakala di pertengahan
surah al-Taubah pula harus dengan isti’adhah dan basmalah