SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
BERITA


( Tema : Sekolah )

1. Pada minggu lalu, beberapa orang murid di sekolah kamu telah mengalami keracunan
   makanan. Tulis berita tentang kejadian itu.


Skema Jawapan

1.
                                  KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung
Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai
Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku
pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas
pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh.

       Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan
muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.

      Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang
keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula dilarang
meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah
Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini.

         Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital
Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak
stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan
Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.

       Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.
Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk
membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin
sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap
kebersihan kantin tersebut.




2.
KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung

Selamat telah _____________ keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat

Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan.

Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi, selepas waktu rehat.

Kejadian ini telah ______________ oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan

Hajah Saleha binti Puteh.

       Kejadian ini kemungkinan besar berlaku ____________ daripada nasi lemak yang dijual

di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah ___________ sakit perut

dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.

       Pihak sekolah telah mengambil __________ pantas dengan membawa murid-murid yang

keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula _____________

meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah

Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini.

       Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital

Seri Manjung untuk mendapatkan _________ selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak

stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan

Pantai Remis telah _________________ semua murid ini telah mengalami keracunan

makanan.

       Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.

Kantin sekolah diarahkan tutup _________. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk

membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin

sekolah hanya akan _______________sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan

tahap kebersihan kantin tersebut.



    disedari            tindakan          mengalami            rawatan           serta-merta


 mengesahkan          mengalami             dibuka              akibat            dilarang
3.

Isi penting

     -   20 orang keracunan makanan
     -   Dihantar ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan
     -   Berlaku pada pukul 11.30 pagi
     -   Dikesan oleh guru bertugas
     -   Punca kejadian akibat nasi lemak yang dibeli
     -   Diserang sakit perut dan muntah-muntah
     -   Ada murid yang serius sakitnya
     -   Pihak sekolah mengambil tindakan pantas
     -   Pengusaha kantin diminta memberhentikan perniagaan
     -   Pejabat Pelajaran Daerah dimaklumkan
     -   Murid yang serius dihantar ke hospital
     -   Murid lain dibenarkan pulang
     -   Pihak Pusat Kesihatan mengesahkan punca keracunan makanan
     -   Melawat kantin tersebut
     -   Mengarahkan kantin sekolah ditutup
     -   Minta bersihkan kawasan kantin dan patuhi peraturan
     -   Dibenarkan berniaga jika pihak kesihatan berpuas hati
( Tema : Keluarga )

1. Baru-baru ini, bapa kamu telah memenangi Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri.Tulis berita
   tentang majlis tersebut.


Skema Jawapan

1.
                        TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI

       KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai
Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu
daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal
Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang.

       Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang
kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran
rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan
dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-
sama isteri dan anak-anaknya.

         Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM 10000
dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan
mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar
semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha.

       Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang
ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya
untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan
makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya.

       Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian
dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap
kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus
melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam
bidang pertanian ini.
2.

                         TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI

        KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah       ______________ sebagai

Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu

daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal

Abidin _______________ dari Kampung Kubang Semang.

        Encik Zainal Abidin seorang petani yang ______________. Beliau telah mengusahakan

ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah

berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam _____________ikan keli. Masa yang terluang pula

telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang

bersama-sama isteri dan anak-anaknya.

        Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini _________ hadiah berupa wang tunai RM 10000

dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan

mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan____________

semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha.

        Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk __________ para petani yang

ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya

untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan

makanan ringan yang _______________ oleh keluarganya.

        Encik Zainal Abidin ____________ ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian

dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap

kejayaannya ini akan menjadi ___________ kepada semua petani negeri Kedah untuk

terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif

dalam bidang pertanian ini.


      berjaya          dihasilkan        dianugerahkan         pendorong             berasal


     menerima         merakamkan           menternak           membakar            membantu
3.

Isi Penting

- anugerah Tokoh Petani Jaya peringkat negeri
- menerima hadiah daripada Menteri Besar
- berasal dari Kampung Kubang Semang
- seorang petani yang berjaya mengusahakan kelapa sawit, menternak lembu dan
   melihat ikan keli
- mengusahakan makanan ringan berasaskan ubi dan pisang bersama-sama keluarga
- menerima hadiah lumayan – wang tunai dan sijil
- hadiah sampingan – baja dan mesin
- hadiah ini menjadi pembakar semangat
- berjanji membantu petani yang ingin menceburi bidang ini
- melawat ladangnya dan memasarkan hasil pertaniannya
- mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat – memberi khidmat nasihat
- kejayaannya menjadi pendorong kepada para petani
- terus aktif dalam bidang pertanian
( Tema : Masyarakat )

1. Kamu telah menyaksikan peristiwa tiga orang murid sekolah rendah telah lemas di sungai.
   Tulis berita tentang kejadian tersebut.


Skema Jawapan

1.
                                   LEMAS DIBAWA ARUS

       BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandi-
manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam
perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah
Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman.

       Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak deras arusnya kerana pada sebelah
paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi
di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah
melarang mereka mandi di sungai itu.

       Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong.
Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus.
Mangsa lemas itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas memberitahu
penduduk kampung.

      Sehingga berita ini ditulis, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi
mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk
mencari mangsa. Mereka telah menyusuri sungai untuk mencari mangsa.

       Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu terperanjat dengan kejadian ini.
Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola
sepak. Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat
anak mereka akan dijumpai secepat mungkin.
2.

                                   LEMAS DIBAWA ARUS

       BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah _______ semasa mandi-

manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam

perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang ___________

ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman.

       Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak _______arusnya kerana pada sebelah

paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi

di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah

______________ mereka mandi di sungai itu.

       Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang _______meminta tolong.

Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus.

Mangsa lemas itu ___________ diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan lbertindak pantas

memberitahu penduduk kampung.

       Sehingga berita ini ________, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala

dua lagi mangsa masih belum ditemui . Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus
untuk

mencari mangsa. Mereka telah ______________ sungai untuk mencari mangsa.

       Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu ____________ dengan kejadian ini.

Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola

sepak. Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat

anak mereka akan ___________________ secepat mungkin



      deras              ditulis          terperanjat          lemas            menyusuri


     menjerit           terlibat             Cuba             dijumpai          melarang
3.

Isi Penting

- tiga murid lemas di Sungai Renggam
- pulang dari latihan bola sepak
- nama mangsa yang lemas
- keadaan arus sungai deras
- mangsa sudah biasa mandi di sini
- dilarang oleh Pak Hasan
- menjerit minta tolong
- cuba membantu tetapi gagal
- memaklumkan kepada penduduk kampung
- seorang mangsa diselamatkan
- dua masih hilang – dicari oleh Bomba dan Penyelamat
- ibu bapa terperanjat – kesal
- reda dengan kejadian – harap mayat dijumpai segera

More Related Content

Similar to TRAGEDI SUNGAI

LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4
LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4
LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4LAZNas Chevron
 
Ketahanan pangan keluarga.ppt
Ketahanan pangan keluarga.pptKetahanan pangan keluarga.ppt
Ketahanan pangan keluarga.pptDaradaraa1
 
PROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONG
PROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONGPROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONG
PROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONGM. Panji Wicaksana
 
1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.doc
1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.doc1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.doc
1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.dochonaicreativecabin
 
Buduidaya ikan nila & mujair
Buduidaya ikan nila & mujairBuduidaya ikan nila & mujair
Buduidaya ikan nila & mujairSyara Hanjaya
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasangunavathy
 
28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas beneng
28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas beneng28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas beneng
28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas benengCelvinRamaPratama
 
Proposal ternak kambing etawa
Proposal ternak kambing etawaProposal ternak kambing etawa
Proposal ternak kambing etawafitriza SA
 
Balik ke kampung
Balik ke kampungBalik ke kampung
Balik ke kampungRUTH
 
Nasir ikan keli dan talapia
Nasir ikan keli dan talapiaNasir ikan keli dan talapia
Nasir ikan keli dan talapiaMektam Mas
 
Laporan penelitian industri kecil
Laporan penelitian industri kecilLaporan penelitian industri kecil
Laporan penelitian industri kecilSatria Novan
 
presentasi nakes teladan nym purwandani.ppt
presentasi nakes teladan nym purwandani.pptpresentasi nakes teladan nym purwandani.ppt
presentasi nakes teladan nym purwandani.pptPuskesmasIIDensel
 
Manajemen Strategik RM. Kindai
Manajemen Strategik RM. Kindai Manajemen Strategik RM. Kindai
Manajemen Strategik RM. Kindai Kimamura Wijaya
 
Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...
Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...
Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...SabilaAnnisa
 
Analisis pendapatan usahatani kelapa sawit
Analisis pendapatan usahatani kelapa sawitAnalisis pendapatan usahatani kelapa sawit
Analisis pendapatan usahatani kelapa sawitFeby Kusuma
 
PPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptx
PPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptxPPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptx
PPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptxsiskaaprilia11
 

Similar to TRAGEDI SUNGAI (20)

Penulisan berita
Penulisan beritaPenulisan berita
Penulisan berita
 
LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4
LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4
LAZNas Chevron Weekly Newsletter Edisi Oktober 2015 Week 4
 
Bab1, bab2 penyuluhan
Bab1, bab2 penyuluhanBab1, bab2 penyuluhan
Bab1, bab2 penyuluhan
 
Ketahanan pangan keluarga.ppt
Ketahanan pangan keluarga.pptKetahanan pangan keluarga.ppt
Ketahanan pangan keluarga.ppt
 
PROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONG
PROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONGPROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONG
PROKER KKM kelompok 2 DESA CILOWONG
 
1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.doc
1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.doc1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.doc
1.KAK Penyehatan makanan dan minuman.doc
 
Buduidaya ikan nila & mujair
Buduidaya ikan nila & mujairBuduidaya ikan nila & mujair
Buduidaya ikan nila & mujair
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas beneng
28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas beneng28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas beneng
28 april 2021, sambutan bupati wonosobo penanaman talas beneng
 
Proposal ternak kambing etawa
Proposal ternak kambing etawaProposal ternak kambing etawa
Proposal ternak kambing etawa
 
Balik ke kampung
Balik ke kampungBalik ke kampung
Balik ke kampung
 
Nasir ikan keli dan talapia
Nasir ikan keli dan talapiaNasir ikan keli dan talapia
Nasir ikan keli dan talapia
 
Cindy group3
Cindy group3Cindy group3
Cindy group3
 
Pekarangan 2 bu vivi
Pekarangan 2 bu viviPekarangan 2 bu vivi
Pekarangan 2 bu vivi
 
Laporan penelitian industri kecil
Laporan penelitian industri kecilLaporan penelitian industri kecil
Laporan penelitian industri kecil
 
presentasi nakes teladan nym purwandani.ppt
presentasi nakes teladan nym purwandani.pptpresentasi nakes teladan nym purwandani.ppt
presentasi nakes teladan nym purwandani.ppt
 
Manajemen Strategik RM. Kindai
Manajemen Strategik RM. Kindai Manajemen Strategik RM. Kindai
Manajemen Strategik RM. Kindai
 
Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...
Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...
Tinjauan Pengetahuan dan Sikap Pedagang Makanan Jajanan Dalam Pemilihan Bahan...
 
Analisis pendapatan usahatani kelapa sawit
Analisis pendapatan usahatani kelapa sawitAnalisis pendapatan usahatani kelapa sawit
Analisis pendapatan usahatani kelapa sawit
 
PPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptx
PPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptxPPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptx
PPT HOMESTAY AGRIBISNIS.pptx
 

More from Julia Tan

Med brochure
Med brochureMed brochure
Med brochureJulia Tan
 
Sukan forum 3
Sukan forum 3Sukan forum 3
Sukan forum 3Julia Tan
 
Rancangan Mengajar Harian
Rancangan Mengajar HarianRancangan Mengajar Harian
Rancangan Mengajar HarianJulia Tan
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Julia Tan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatanJulia Tan
 

More from Julia Tan (7)

54672
5467254672
54672
 
54676
5467654676
54676
 
Med brochure
Med brochureMed brochure
Med brochure
 
Sukan forum 3
Sukan forum 3Sukan forum 3
Sukan forum 3
 
Rancangan Mengajar Harian
Rancangan Mengajar HarianRancangan Mengajar Harian
Rancangan Mengajar Harian
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 

TRAGEDI SUNGAI

  • 1. BERITA ( Tema : Sekolah ) 1. Pada minggu lalu, beberapa orang murid di sekolah kamu telah mengalami keracunan makanan. Tulis berita tentang kejadian itu. Skema Jawapan 1. KERACUNAN MAKANAN PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut. 2.
  • 2. KERACUNAN MAKANAN PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah _____________ keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi, selepas waktu rehat. Kejadian ini telah ______________ oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku ____________ daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah ___________ sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah telah mengambil __________ pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula _____________ meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan _________ selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah _________________ semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup _________. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan _______________sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut. disedari tindakan mengalami rawatan serta-merta mengesahkan mengalami dibuka akibat dilarang
  • 3. 3. Isi penting - 20 orang keracunan makanan - Dihantar ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan - Berlaku pada pukul 11.30 pagi - Dikesan oleh guru bertugas - Punca kejadian akibat nasi lemak yang dibeli - Diserang sakit perut dan muntah-muntah - Ada murid yang serius sakitnya - Pihak sekolah mengambil tindakan pantas - Pengusaha kantin diminta memberhentikan perniagaan - Pejabat Pelajaran Daerah dimaklumkan - Murid yang serius dihantar ke hospital - Murid lain dibenarkan pulang - Pihak Pusat Kesihatan mengesahkan punca keracunan makanan - Melawat kantin tersebut - Mengarahkan kantin sekolah ditutup - Minta bersihkan kawasan kantin dan patuhi peraturan - Dibenarkan berniaga jika pihak kesihatan berpuas hati
  • 4. ( Tema : Keluarga ) 1. Baru-baru ini, bapa kamu telah memenangi Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri.Tulis berita tentang majlis tersebut. Skema Jawapan 1. TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama- sama isteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM 10000 dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian ini.
  • 5. 2. TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah ______________ sebagai Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin _______________ dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang ______________. Beliau telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam _____________ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-sama isteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini _________ hadiah berupa wang tunai RM 10000 dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan____________ semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk __________ para petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang _______________ oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin ____________ ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini akan menjadi ___________ kepada semua petani negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian ini. berjaya dihasilkan dianugerahkan pendorong berasal menerima merakamkan menternak membakar membantu
  • 6. 3. Isi Penting - anugerah Tokoh Petani Jaya peringkat negeri - menerima hadiah daripada Menteri Besar - berasal dari Kampung Kubang Semang - seorang petani yang berjaya mengusahakan kelapa sawit, menternak lembu dan melihat ikan keli - mengusahakan makanan ringan berasaskan ubi dan pisang bersama-sama keluarga - menerima hadiah lumayan – wang tunai dan sijil - hadiah sampingan – baja dan mesin - hadiah ini menjadi pembakar semangat - berjanji membantu petani yang ingin menceburi bidang ini - melawat ladangnya dan memasarkan hasil pertaniannya - mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat – memberi khidmat nasihat - kejayaannya menjadi pendorong kepada para petani - terus aktif dalam bidang pertanian
  • 7. ( Tema : Masyarakat ) 1. Kamu telah menyaksikan peristiwa tiga orang murid sekolah rendah telah lemas di sungai. Tulis berita tentang kejadian tersebut. Skema Jawapan 1. LEMAS DIBAWA ARUS BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandi- manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman. Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak deras arusnya kerana pada sebelah paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah melarang mereka mandi di sungai itu. Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong. Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa lemas itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas memberitahu penduduk kampung. Sehingga berita ini ditulis, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa. Mereka telah menyusuri sungai untuk mencari mangsa. Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu terperanjat dengan kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak. Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat anak mereka akan dijumpai secepat mungkin.
  • 8. 2. LEMAS DIBAWA ARUS BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah _______ semasa mandi- manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang ___________ ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman. Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak _______arusnya kerana pada sebelah paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah ______________ mereka mandi di sungai itu. Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang _______meminta tolong. Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa lemas itu ___________ diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan lbertindak pantas memberitahu penduduk kampung. Sehingga berita ini ________, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui . Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa. Mereka telah ______________ sungai untuk mencari mangsa. Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu ____________ dengan kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak. Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat anak mereka akan ___________________ secepat mungkin deras ditulis terperanjat lemas menyusuri menjerit terlibat Cuba dijumpai melarang
  • 9. 3. Isi Penting - tiga murid lemas di Sungai Renggam - pulang dari latihan bola sepak - nama mangsa yang lemas - keadaan arus sungai deras - mangsa sudah biasa mandi di sini - dilarang oleh Pak Hasan - menjerit minta tolong - cuba membantu tetapi gagal - memaklumkan kepada penduduk kampung - seorang mangsa diselamatkan - dua masih hilang – dicari oleh Bomba dan Penyelamat - ibu bapa terperanjat – kesal - reda dengan kejadian – harap mayat dijumpai segera